pengenalan morfologi

30
Pengenalan Morfologi Takrif morfologi menurut tokoh Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan –rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu. Manakala Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalam buku Linguistik Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk – bentuk perkataan ialah morfem dan kata. Nik Safiah Karim dan rakan – rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu , 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna. Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal – soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok – belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu.Beliau juga telah merumuskan bahawa morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem – morfem itu bergabung untuk membentuk ayat. Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji

Upload: norhayati-ahmad-osman

Post on 24-Dec-2015

283 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan Morfologi

Pengenalan Morfologi

Takrif morfologi menurut tokoh

Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan –rakannya dalam buku Pengajian

Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah

disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan

kata.Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.

Manakala  Abdullah Hassan  juga menyatakan definisi  morfologi

dalam buku Linguistik Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang

mengkaji bagaimana perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur

yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk –

bentuk perkataan ialah morfem dan kata.

Nik Safiah Karim dan rakan – rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan

Edisi Baharu , 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang

mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata

dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit

bahasa yang bermakna.

Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa

Bahasa Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi

iaitu morfologi  satu cabang daripada ilmu linguistik  yang mengkaji soal – soal

yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan

makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok –

belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu.Beliau

juga telah merumuskan bahawa morfologi  adalah bidang mengkaji bagaimana

morfem – morfem itu bergabung untuk membentuk ayat.

Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa

Untuk Pelatih Maktab Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang

dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara –cara

pembentukkannya.O`Grady & Guzman juga menyatakan pendapat pada

tahun  2000 :121 dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yusoff dan rakan –

rakannya,2004:36 iaitu morfologi adalah merujuk kepada kajian tentang

pembentukan kata dan struktur kata.

Page 2: Pengenalan Morfologi

Konklusinya morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur,

bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau

lambang  yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah

rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses

pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah

proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi

dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

Golongan Kata

       Kata dapat digolongkan kepada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan

kata tugas. Kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas tergolong

sebagai kata utama kerana masing-masing menjadi unsur utama (inti utama)

frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Sebaliknya kata tugas tidak boleh

menjadi frasa endosentrik (frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif) tetapi

masuk kedalam binaan frasa, klausa dan ayat melalui hubungannya dengan

kata lain dalam tiga golongan kata itu atau berhubung dengan binaan frasa

dan klausa secara langsung.

Kata nama

Kata nama ialah sejumlah kata yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa

nama. Kata nama dapat dibahagikan kepada kata nama khas, kata nama am dan

kata ganti nama. Kata nama adalah segala perkataan yang menduduki kedudukan

nama dalam struktur-struktur tertentu ayat-ayat bahasa Malaysia.

 Kata nama khas

Kata nama khas ialah kata nama yang mendukung makna rujukan khusus

kepada sesuatu benda atau orang. Huruf pertama kata nama ini ditulis dengan

huruf besar. Dapat dibahagikan kepada kata nama khas hidup dan kata nama

Page 3: Pengenalan Morfologi

khas tak hidup. Kata nama khas hidup terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kata

nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia.

Kata nama am

Kata nama am adalah nama umum yang diberikan bagi menyebut segala benda,

perkara, proses, kejadian, keadaan, dan konsep yang abstrak.

Kata nama amBukan institusi-jalan-rumahHidup

Manusia-ayah-guru

Bukan manusia-burung-harimauInstitusi-hospital-jabatan

Tak hidup

 

Page 4: Pengenalan Morfologi

 Kata ganti nama

Kata ganti nama ialah kata yang menggantikan kata nama am atau kata nama

khas.

Kata ganti nama

 

Pertama-aku-beta-kami

Kedua-anda-kamu-kalianKata ganti nama tunjuk-itu-iniKata ganti nama diri orangKata ganti nama diri tanya-apa-mana-siapa

Kata ganti nama diri

 

Page 5: Pengenalan Morfologi

Kata kerja

Kata kerja ialah sejumlah kata yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa

kerja.terbahagi kepada dua iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.

 Kata kerja transitif

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek yang terdiri

daripada frasa nama untuk menyempurnakan maksudnya.

Kata kerja aktif transitif

          Kata kerja aktif transitif adalah kata kerja yang boleh menerima objek

tepat  dan objek tak tepat (sipi) dalam ayat aktif transitif yang predikatnya

mengandungi kata kerja. Dalam ayat transitif ini, kata kerjanya hendaklah

menerima awalan me-, sama ada sebagai awalan yang tersendiri atau sebagai

sebahagian daripada apitan me-…kan, me-…i, memper-…kan, memper-…i atau

akhiran –i dengan menduduki kedudukan kata kerja dalam rangkai kata predikat.

Page 6: Pengenalan Morfologi

Contoh:      i.        Samad membacakan ayahnya surat.    ii.        Pengarang itu menulis buku.   iii.        Aminah sedang mencuci pakaian.   iv.        Ibu sedang menggoreng ikan di dapur.

Kata kerja aktif tak transitif

         Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak boleh menerima objek

dalam ayat-ayat yang predikatnya mengandungi kata kerja. Kata kerja aktif tak

transitif boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kata kerja yang

tidak menerima sebarang imbuhan seperti perkataan-perkataan tidur, duduk,

jatuh, datang dan pergi dan kumpulan yang menerima salah satu daripada

imbuhan-imbuhan : me-, ber-, ber-…an dan ter seperti perkataan menangis,

berkereta, terjatuh, dan bersendirian.

          Contoh :      i.        Pegawai itu berkereta ke pejabat.    ii.        Pelajar-pelajar itu pergi ke Pulau Besar semalam.   iii.        Anak Pak Mat menangis di dalam bilik.   iv.        Gadis itu tersenyum.    v.        Padi sedang menguning.   vi.        Pemuda itu sedang berbual. 

 Kata kerja pasif

Kata kerja pasif ialah kata kerja untuk ayat pasif sebagai lawan ayat aktif

transitif. Kata kerja pasif berawalan ber- seperti berasah, berlipat, bertulis dan

sebagainya. Kata kerja pasif berawalan ter- seperti terangkat, terbunuh,

tercapai dan sebagainya. Kata kerja pasif ke …..an seperti kecurian, kedinginan,

kehujanan dan sebagainya.

 Kata Adjektif

Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu

benda atau kata nama. Kata adjektif boleh berdiri sendiri sebagai frasa adjektif

Page 7: Pengenalan Morfologi

untuk memenuhi tugas predikat sesuatu ayat. Kata adjektif boleh disertai kata

keterangan amat, sungguh dan sangat.

Darjah Penghabisan

Darjah penghabisan dalam bahasa Melayu dinyatakan dengan menggunakan

cara-cara berikut:1.    se + kata adjektif + gandaan + kata nama              I.        sepandai-pandai tupai            II.        setinggi-tinggi gunung           III.        sekeras-keras batu          IV.        sebaik-baik manusia           V.        secantik-cantik bunga 2.    yang + ter- + kata adjektif              i.        yang terbesar            ii.        yang terpandai           iii.        yang tertinggi 3.    paling + kata adjektif              i.        paling besar            ii.        paling pandai           iii.        paling tinggi           iv.        paling lemah            v.        paling baik  4.    kata adjektif + sekali              i.        besar sekali            ii.        pandai sekali           iii.        tinggi sekali           iv.        lemah sekali            v.        baik sekali 5.    yang + ter- + amat atau sangat              i.        yang teramat pandai            ii.        yang teramat mulia           iii.        yang teramat tinggi           iv.        yang tersangat lemah            v.        yang tersangat baik           vi.        yang tersangat cantik 6.    amat atau sangat atau sungguh + adjektif + sekali              i.        amat cantik sekali            ii.        sangat cantik sekali           iii.        sungguh cantik sekali           iv.        amat pandai sekali            v.        sangat pandai sekali

Page 8: Pengenalan Morfologi

           vi.        sungguh pandai sekali  

Kata Tugas

Kata tugas hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung

sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang,

penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri

dan tugas-tugas lain. 

 Kata Penyambung Ayat

Kata penyambung ayat ialah kata hubung iaitu sejumlah perkataan yang

bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu

bentuk ayat yang berlapis iaitu ayat majmuk. Terbahagi kepada dua iaitu kata

hubung gabungan (kata hubung setara) dan kata hubung pancangan (kata

hubung tak setara).

Kata hubung gabungan

Menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Antara

kata yang tergolong sebagai kata hubung gabungan termaksuklah atau, dan, lalu,

malahan, serta, sambil dan tetapi.Contoh ayat:a)    Dia membaca sambil mendengar muzik.b)    Jay gemar akan buah durian dan ciku. 

 Kata hubung pancangan

Berperanan menyambung klausa tak setara atau klausa pancangan pada

klausa utama.terbahagi kapada tiga jenis iaitu kata hubung pancangan relatif,

kata hubung pancangan komplemen dan kata hubung pancangan keterangan.

 Kata hubung pancangan relatif

Page 9: Pengenalan Morfologi

Digunakan untuk menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang

lain. Kata relatif yang digunakan ialah yang.

Contoh ayat:

Lelaki yang meminang anak gadis Tuk Penghulu sudah berumur.

Kata hubung pancangan komplemen

Digunakan untuk menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen

atau pelengkap pada klausa utama. Kata komplemen yang digunakan

ialah bahawa dan untuk.

Contoh ayat:

Puan Nik menyatakan bahawa kelasnya pada pagi itu batal.

Kerajaan perlu meningkatkan sektor pertanian untuk mengawal inflasi.

 Kata hubung pancangan keterangan

Berfungsi untuk menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada

satu klausa utama.

Kata hubung keterangan Contohnya

Keteranagn sebab kerana, lantaran, oleh sebab

Keterangan syarat sekiranya, kalau, jikalau, andai kata,

jika

Keterangan akibat hingga, sehingga

Keterangan waktu sementara, ketika, setelah, tatkala

Keterangan pertentangan walaupun, sungguhpun, sekalipun

Keterangan tujuan agar, supaya, untuk

Keterangan cara Dengan

Keterangan bandingan seolah-olah, seperti

Kata Praklausa

Page 10: Pengenalan Morfologi

Kata praklausa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa,

iaitu yang terdiri daripada kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar,

dan kata pangkal ayat. Tugas perkataan-perkataan ini adalah untuk menimbulkan

seruan, pertanyaan, pengayaan atau sebagai penerang pangkal kepada klausa.

 Kata seru

Kata seru digunakan untuk melahirkan pelbagai perasaan dan menghasilkan

ayat seruan. Antara perasaan yang dimaksudkan itu

termasuklah hairan atau takjub, sedih, terkejut, marah dan gembira. Antara kata

seru yang terdapat dalam bahasa Melayu termasuklah aduh, aduhai, ah, amboi,

celaka, cis, eh, oh, syabas, wah dan wahai. Contoh penggunaan kata seru di

dalam ayat adalah seperti berikut:

       i.        Aduh, bisanya tikamanmu, Tuah!

      ii.        Cis, pantang datuk nenek aku dinista begitu!

    iii.        Ehem, aku tahulah engkau baru dinaikkan pangkat!

    iv.        Wah, cantiknya kereta ini!

 Kata Tanya

Kata tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu. Dalam ayat kata tanya

hadir sebagai predikat atau sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya

dikedepankan, maka kata tersebut perlu disertai partikel –kah. Contoh

penggunaan kata tanya dalam ayat adalah seperti berikut:

           i.        Apakah nama pentadbiran Malaysia yang baru?

          ii.        Mengapakah Encik Roslan lewat?

         iii.        Benda yang dibawa Thomson itu apa?

         iv.        Yang menang dalam pertandingan itu siapa?

 Kata perintah

Page 11: Pengenalan Morfologi

Digunakan dalam ayat perintah untuk menimbulkan sesuatu tindak balas.

Antara contoh kata perintah ialah jangan, usah, sila, jemput, minta,

tolong dan harap. Contoh penggunaan kata perintah dalam ayat adalah seperti

berikut:      i.        Jemput duduk Encik Ishak.    ii.        Tolong duduk diam.   iii.        Usah dikenang perkara yang lalu.   iv.        Harap pelajar tidak melalui kawasan ini. 

 Kata pembenar

Digunakan untuk mengesahkan sesuatu pertanyaan. Kata pembenar dalam

bahasa Melayu ialah ya, benar dan betul. Contoh penggunaan kata pembenar

dalam ayat adalah seperti berikut:      i.        Benar, Institusi Perguruan Kota Bharu selalu ketiadaan air.    ii.        Betul, Puan Narita ketua Jabatan Bahasa Melayu.   iii.        Ya, tentera Jepun telah mendarat di Pantai Sabak.

 Kata pangkal ayat

Hadir dibahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat

dalam wacana. Kerap digunakan dalam bahasa klasik. Antara kata pangkal ayat

yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah hatta, maka, syahadan, alkisah,

arakian dan sebermula. Contoh penggunaan kata pangkal ayat ialah:

      i.        Alkisah maka tersebutlah perkataan sebuah negeri di tanah Andalas.

    ii.        Maka Seri Teri Buana pun keluar semayam dihadap Demang Lebar Daun.

   iii.        Adapun pada zaman itu Hang Jebat bukan barang-barang orang. 

 Kata Prafrasa

Kata prafrasa ialah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu frasa

nama, frasa kerja atau frasa adjektif yang berfungsi sebagai membantu,

menguatkan, menegaskan, menafikan, memerikan, menyendikan, menunjukkan

arah, dan membilang.

Page 12: Pengenalan Morfologi

Kata bantu

                                         Kata bantu

Bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama dengan

menimbulkan makna-makna tambahan daripada segi aspek waktu atau ragam.

 

 

 

Kata bantu ragam

Menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang

dilakukan.

-boleh

-dapat

-harus

-hendak

-mahu

-mesti

Kata bantu aspek

Menimbulkan suasana perbezaan masa samada masa lampau kini atau

hadapan.

-akan

-belum

-masih

-pernah

-sedang

-sudah

-telah

Page 13: Pengenalan Morfologi

 

 

 

 

 

 

        

Kata penguat 

Page 14: Pengenalan Morfologi

Kata penguat

Kata yang mendahului atau mengikuti kata adjektif. Fungsinya adalah untuk

menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.

Kata penguat belakang

-benar

-betul

-nian

-sekali

Kata penguat bebas

-amat

-sangat

-sungguh

Kata penguat

hadapan

-terlalu

-paling

-agak 

Page 15: Pengenalan Morfologi

 Kata penegas

Berfungsi memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam

ayat. Kata penegas terbahagi kepada dua jenis iaitu yang menegaskan frasa

predikat atau bahagian-bahagiannya yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat

iaitu subjek dan predikat. Kata penegas hanya menegaskan frasa predikat atau

bahagian-bahagiannya ialah –kah, -tah dan –lah. Antara kata penegas yang

menegaskan kedua-dua bahagian ayat ialah juga, jua, pun, sahaja,

lagi dan memang.

Kata nafi

Kata yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat. Kata yang tergolong

sebagai kata nafi ialah kata bukan dan tidak. Kata bukan menjadi unsur nafi

kepada frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi bukan boleh hadir sebelum

frasa kerja dan frasa adjektif sekiranya kedua-dua frasa itu membawa maksud

pertentangan maklumat. Kata tidak pula menjadi unsur nafi kepada frasa kerja

dan frasa adjektif.

 Kata pemeri

Menjadi unsur pemerihal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa

utama dalam predikat. Kata pemeri hanyalah kata ialah dan adalah. Kata

pemeri ialah hadir dihadapan frasa nama dan menunjukkan persamaan atau

ekuatif. Kata pemeri adalah hadir dihadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama

yang menunjukkan huraian atau kualitatif. Biasanya kata pemeri tidak boleh hadir

bersama kata nafi dan juga tidak boleh hadir dihadapan frasa kerja.

Kata sendi nama

Hadir dihadapan kata nama atau frasa nama dan berfungsi untuk

merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.

Bil Kata sendi nama Fungsi

1 di Digunakan untuk menunjukkan tempat

Page 16: Pengenalan Morfologi

2 ke Digunakan untuk menunjukkan tempat atau arah yang

dituju serta waktu

3 dari Digunakan untuk menyatakan arah, tempat dan waktu

4 daripada Digunakan untuk menyatakan punca bagi manusia,

haiwan, benda dan unsur mujarab. Juga kepada sumber

atau asal kejadian sesuatu benda serta perbezaan dan

perbandingan

5 kepada Digunakan untuk menyatakan sasaran yang merujuk

kepada manusia, haiwan dan unsur mujarab serta

pecahan dan perubahan keadaan 

6 pada Digunakan untuk menunjukkan keterangan waktu dan

tempat dalam ungkapan ada pada manusia dan haiwan

serta benda   konkrit

7 demi Digunakan untuk menunjukkan maksud tujuan,

penegasan dan urutan

8 untuk/bagi Kata sendi nama untuk bervariasi dengan bagi dan

berfungsi menunjukkan kegunaan sesuatu. Untuk

menyatakan maksud   bahagian yang diperuntukkan,

hanya kata sendi nama untuk digunakan9 tentang Digunakan untuk menunjukkan maksud rujukan sesuatu

yang umum atau mujarab10 seperti/bagai/

umpama/laksana

Membawa maksud perbandingan atau persamaan

11 dengan Membawa maksud bersama-sama, keterangan cara,

penggunaan alat dan perbandingan yang serupa12 sejak Membawa maksud bermula dari sesuatu masa13 terhadap Membawa maksud rujukan sesuatu yang konkrit14 akan Digunakan selepas kata adjektif yang bersifat emotif15 oleh Digunakan selepas kata kerja pasif berawalan di- dan

ter- dan kata bantu pasif kena serta sebab16 hingga/sampai Digunakan untuk menyatakan perihal peringkat had

waktu dan tempat

Page 17: Pengenalan Morfologi

17 dalam/antara Digunakan untuk bawa pengertian lingkungan yang tidak

mempunyai ruang atau jarak

 Kata arah

Hadir sebelum frasa nama dan biasanya digunakan sesudah kata sendi

nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Contoh kata arah ialah antara, atas,

bawah, barat, belakang, hadapan, luar dan sebagainya.

 Kata bilangan

Kata yang menjadi penerang jumlah pada frasa namala)    Kata bilangan tentu – lima, sebelas, seribu dan sebagainyab)    Kata bilangan tak tentu – beberapa, para, sedikit dan sebagainyac)    Kata bilangan himpunan – berbaga-bagai, beribu-ribu, berjuta-jutad)    Kata bilangan pecahan – sesetengah, suku, separuhe)    Kata bilangan pisahan – masing-masing, tiap-tiap dan setiap

 Kata pascakata

Kata yang hadir selepas sesuatu kata iaitu –nya. Kata penekan memberikan

penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contohnya

ialah sebenarnya, nampaknya, sesungguhnya dan sebagainya.

Kata pembenda menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata

nama menjadi kata nama. Antaranya ialah sakitnya, kuatnya, panjangnya dan

sebagainya.

Bentuk kata

Kata tunggal

Perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan

atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam

jenis kata tunggal.Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata

Page 18: Pengenalan Morfologi

tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang

mengandungi dua suku kata atau lebih.

 Kata tunggal satu suku kata

Jumlah kata tunggal dengan satu suku kata dalam bahasa Melayu amat

terhad, iaitu kira-kira 500. Ada antaranya merupakan pinjaman daripada bahasa-

bahasa asing, terutama bahasa Arab dan bahasa Inggeris.

            Pola gabungan konsonan-vokal dalam kata tunggal bahasa Melayu adalah

seperti berikut :

Kata tunggal satu suku kata

KVyu, ru, ya  

KKVKstor, pruf, dril

KKKVKskrip, strawKKKVskru

KVKKteks, bank, volt

KVKtin, sen, bom

VKam

 

Page 19: Pengenalan Morfologi

Kata tunggal dua suku kata

            Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri

daripada dua suku kata. Antara pola-pola kata tunggal dengan dua suku kata

adalah seperti yang berikut :

Kata tunggal dua suku kataV+KV

aku (a + ku)

KV + KVmata (ma + ta)

VK + KVundi (u +ndi)KVK + KV

lampu (lam + pu)VK + KVK

         umpan (um + pan)

KV + Vdoa (do +

a)KV + VK

buih (bu + ih)KV + KVKtelur (te +

lur)KVK + KVK

bandar (ban + dar)

V + KVKemas (e +

mas)V + VK

aur (a + ur) 

Page 20: Pengenalan Morfologi

Kata tunggal tiga suku kata

            Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata agak sedikit. Perkataan-perkataan tiga suku kata ini banyak daripadanya ialah kata-kata pinjaman. Antara pola-polanya ialah :

Contoh perkataan Pola kata tunggal tiga suku kata

Armanda VK + KVK + KVBudaya KV + KV + KVCerakin KV + KV + KVKDerhaka KVK + KV + KVEmpulur VK + KV + KVKFalsafah KVK + KV + KVK

Gelombang KV + KVK + KVKKHikayat KV + KV + KVK

Isteri VK + KV + KVJentera KVK + KV + KVMenantu KV + KVK + KVOrganik VK + KV + KVKPeluang KV + KV + VKVQasidah KV + KV + KVKRezeki KV + KV + KV

Sempurna KVK + KVK + KVUtara V + KV + KV

Yayasan KV + KV + KVKTenggara KVKK + KV + KV

Page 21: Pengenalan Morfologi

  Kata tunggal (akronim)

            Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan

huruf awal, suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata

daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar.

Akronim boleh ditulis dengan tiga cara.

Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata

yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar.

            Contoh :

                         LUTH        -        (Lembaga Urusan dan Tabung Haji)

                         ABIM        -        ( Angkatan Belia Islam Malaysia)

            

Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan/atau suku kata ditulis

dengan huruf kecil keseluruhannya.(jika bukan nama khas)

            Contoh :

                        tabika        -          (taman bimbingan kanak-kanak)

                        cerpen       -          (cerita pendek)

Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan/atau suku kata

itu menjadi nama khas, kata itu ditulis bermula dengan huruf besar.

Contoh :

             Bernama     -       (Berita Nasional Malaysia)

             Pernas         -       (Perbadanan Nasional)

             Intan           -        (Institut Tadbiran Awam Negara)

  Bentuk kata terbitan

Page 22: Pengenalan Morfologi

         Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses

pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar.

Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan.

Kata terbitan berawalan

         Awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata

adjektif terbitan.

Contoh :

awalan kata nama  pe -             pekebun, pelaut, peladang, pesawah, pekedai.    pem -          pembesar, pembaca, pembajak, pembelot, pemburu. pen -           pencuri, penjaja, pendengar, pentadbir, pentafsir.    peng -         penggali, penghantar, pengkaji, pengurus, pengasuh     penge -      pengecat, pengebom, pengetin. ke -            ketua, kekasih, kekanda.juru -          juruterbang, juruwang, jurubahasa, jururawat.maha -        mahasiswa, maharaja, mahaguru.  tata -           tatabahasa, tatacara.pra -           prakata, prasejarah, prasyarat, prasekolah, prauniversiti.     eka -           ekabahasa, ekawarna.dwi -           dwibahasa, dwifungsi.      

           

awalan kata kerja     

1.    me -            melihat, melawat, merawat, merebus, melombong, melompat.2.    mem -         membaca, membesar, membawa, membilang.3.    men -          mendayung, mendaki, mencari, mencuri.4.    meng -        menghijau, mengambil, mengkritik, mengkaji.5.    menge -      mengebom, mengecat, mengelap, mengekod, mengetin.6.    memper -    mempersuami, memperisteri, memperlebar, memperhamba.7.    ber -            berlari, bercukur, berfikir, berbuah, bertanya, bersuara.8.    be -             bekerja, berasa, beraja.9.    ter -             termakan, tersepak, terambil, terminum. 

awalan kata adjektif

1.    ter -            terkecil, terbesar, tertinggi, terkurus.2.    se -             sehodoh, secantik, senipis, setebal. 

 Kata majmuk

Page 23: Pengenalan Morfologi

         Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih, dan mewujudkan

makna  tertentu. Kata majmuk dapat dibahagikan kepada tiga kelompok, iaitu :

Rangkai kata bebas.

Bil Contoh

1 naib cancelor

2 ketua menteri

3 terima kasih

4 menteri besar

5 alat tulis

6 jalan raya

7 meja tulis

8 janji temu

9 cita rasa

10 pegawai tadbir

                                                                             Istilah khusus

Bil Contoh

1 mata pelajaran

2 kaji selidik

3 kertas kerja

4 atur cara

5 uji kaji

6 reka cipta

7 reka bentuk

8 urus niaga

            

Maksud kiasan

Bil Contoh

1 mulut murai

2 kaki ayam

Page 24: Pengenalan Morfologi

3 kaki bangku

4 hati batu

5 pilih kasih

6 kaki judi

7 duit kopi

8 bulan madu

           

Kata majmuk yang telah mantap ditulis sebagai satu perkataan.

Bil Contoh

1 matahari

2 pesuruhjaya

3 olahraga

4 warganegara

5 kerjasama

6 kakitangan

7 tanggungjawab

8 tandatangan

9 jawatankuasa

10 suruhanjaya

11 bumiputera

12 sukarela

13 beritahu

14 setiausaha

15 antarabangsa

               

Penggandaan kata majmuk

Gandaan unsur pertama

Bil Contoh

Page 25: Pengenalan Morfologi

1 naib-naib canselor

2 timbalan-timbalan menteri

3 pegawai-pegawai tadbir

4 perdana-perdana menteri

5 mata-mata pelajaran

6 kertas-kertas kerja

Gandaan seluruh kata

Bil Contoh

1 kakitangan-kakitangan

2 suruhanjaya-suruhanjaya

3 setiausaha-setiausaha

4 pesuruhjaya-pesuruhjaya

  Kata ganda

Kata ganda ialah kata yang terhasil melalui proses mengulang kata dasar.

Pengulangan kata dasar itu boleh melibatkan seluruh kata dasar, sebahagian kata

dasar, atau digandakan secara berirama. Pengulangan seluruh kata dasar disebut

penggandaan penuh, pengulangan sebahagian kata dasar disebut penggandaan

separa, manakala pengulangan kata dasar yang berirama disebut penggandaan

berentak.

Penggandaan penuh

      i.        elok-elok

    ii.        orang-orang

   iii.        tiba-tiba

   iv.        sama-sama

Penggandaan separa

      i.        jejari

    ii.        lelayang

   iii.        rerama

   iv.        lelangit

Penggandaan berentak

      i.        dolak-dalik

    ii.        riuh-rendah

   iii.        kayu-kayan

   iv.        lauk-pauk