morfo grup

5
KONSEP KATA GANTI NAMA Menurut buku Tatabahasa Asas (2014) oleh Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj. Sabran, Nawi Ismail dan Ton Ibrahim kata ganti nama ialah kata yang dapat menggantikan sesuatu kata nama, sama ada nama khas atau kata nama am. Dengan kata lain, kata ganti nama merujuk kepada sesuatu nama yang dimaksudkan atau yang ditunjukkannya. Manakala menurut buku Nahu Melayu Mutakhir edisi kelima (2009) oleh Asmah Haji Omar pula menyatakan yang kata ganti nama adalah kata yang berdiri di tempat kata nama. Dengan demikian kata ganti nama boleh berfungsi pada subjek dan objek ayat. Kata ganti nama pada amnya memasuki sistem tertutup. Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan edisi baharu (1997) oleh Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood pula, kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Oleh hal yang demikian, berdasarkan ketiga-tiga definisi dari buku tersebut, apa yang dapat difahami yang kata ganti nama ialah pengganti untuk seseorang dalam menerangkan sesuatu. Kata ganti nama ini terdiri dari golongan kata nama. CIRI-CIRI KATA NAMA Berdasarkan buku Tatabahasa Asas ada menyatakan beberapa kriteria untuk mengenali kata nama.

Upload: ct-awer-yusoh

Post on 27-Jan-2016

228 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

m,

TRANSCRIPT

Page 1: morfo grup

KONSEP KATA GANTI NAMA

Menurut buku Tatabahasa Asas (2014) oleh Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj.

Sabran, Nawi Ismail dan Ton Ibrahim kata ganti nama ialah kata yang dapat menggantikan

sesuatu kata nama, sama ada nama khas atau kata nama am. Dengan kata lain, kata ganti nama

merujuk kepada sesuatu nama yang dimaksudkan atau yang ditunjukkannya.

Manakala menurut buku Nahu Melayu Mutakhir edisi kelima (2009) oleh Asmah Haji

Omar pula menyatakan yang kata ganti nama adalah kata yang berdiri di tempat kata nama.

Dengan demikian kata ganti nama boleh berfungsi pada subjek dan objek ayat. Kata ganti nama

pada amnya memasuki sistem tertutup.

Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan edisi baharu (1997) oleh Nik Safiah Karim, Farid

M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood pula, kata ganti nama ialah perkataan

yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am.

Oleh hal yang demikian, berdasarkan ketiga-tiga definisi dari buku tersebut, apa yang

dapat difahami yang kata ganti nama ialah pengganti untuk seseorang dalam menerangkan

sesuatu. Kata ganti nama ini terdiri dari golongan kata nama.

CIRI-CIRI KATA NAMA

Berdasarkan buku Tatabahasa Asas ada menyatakan beberapa kriteria untuk mengenali kata

nama.

(1) Setiap kata nama dapat diikuti oleh kata tunjuk itu atau ini. Kata tunjuk itu menjadi kata

penentu dalam binaan frasa nama kerana kata itu hadir pada akhir binaan frasa nama.

Contohnya: wang itu / ini.

Segala rancangan itu / ini.

(2) Kata nama dapat didahului kata bilangan, dengan atau tanpa penjodoh bilangan.

Contohnya: empat buah rumah.

Ketiga-tiga orang pelajar.

Kata penjodoh bilangan atau kata bilangan tidak dapat digunakan dengan kata kerja atau

kata adjektif. Oleh itu, binaan seperti dua buah makan, tiga buah tidur dan tiga buah

kuning tidak diterima dalam Bahasa Melayu.

Page 2: morfo grup

(3) Kata nama dapat diikuti oleh kata adjektif, sama ada secara langsung ataupun dengan

kata hubung yang. Contohnya: ibu tua itu.

Ibu yang tua itu.

(4) Kata nama boleh didahului oleh kata sendi nama. contohnya :

Normah ke Melaka.

Orang itu berdiri di samping saya.

(5) Setiap kata nama dapat berfungsi sebagai subjek, predikat, pelengkap, dan objek dalam

ayat. Contohnya:

Bahaya ada di mana-mana. (subjek)

Tindakannya itu bahaya. (predikat)

Situasi bertambah bahaya. (pelengkap)

Jangan mencari bahaya. (objek)

Page 3: morfo grup

KESIMPULAN

Berdasarkan perbandingan dan dapatan yang diperoleh, apa yang dapat disimpulkan ialah

kata ganti nama ini terbahagi kepada tiga golongan. Pembahagian ketiga-tiga golongan ini

seperti yang dinyatakan dalam buku-buku yang telah digunakan. Tiga golongan tersebut ialah

kata ganti nam tunjuk, kata ganti nama diri, dan kata ganti nama tak tentu. Seterusnya dalam

subgolongan yang dibahagi tersebut, kata ganti nama tunjuk terbahagi kepada tiga jenis lagi iaitu

kata ganti nama umum, kata ganti nama tempat dan kata ganti nama hal. Tambahan lagi, bagi

kata ganti nama diri pula terbahagi kepada kata ganti nama tanya dan kata ganti nama orang.

Kata ganti nama orang mempunyai tiga jenis iaitu kata ganti nama pertama, kata ganti nama

kedua, dan kata ganti nama ketiga.

Page 4: morfo grup

RUJUKAN

Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj. Sabran, Nawi Ismail & Ton Ibrahim. Tatabahasa Asas.

2014. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn Bhd.

Nik Safiah Karim. Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood. Tatabahasa

Dewan edisi baharu. 1997. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. Nahu Melayu Mutakhir edisi kelima. 2009. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

dan Pustaka.