tokoh teori sastera grup terr

Upload: iffat-zikri

Post on 02-Jun-2018

315 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    1/48

    Nama Ahli Kumpulan :-

    Marliana Binti Hassan ( D20121057961 )Wi Geok Mei ( D20121057965 )

    Nurul Wajeehah Binti Md Yusof ( D20121057974 )Nurul Amaleena Binti Roslan (D20121058043 )

    Ahmad Iffat Zikri Bin Ismail ( D20131063138 )

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    2/48

    o Tidak ada satu tarikh tepat yang dapat dirujuk bagi menjelaskan tempoh Era

    Klasik dan Era Modennamun dapat difahami berdasarkan aliran-aliran dantokoh-tokoh penting yang wujud paza zaman tersebut.

    o Perkembangan Sastera Barat : Era Klasik Zaman Pertengahan ( abad ke 5 )Zaman Renaissance @ Zaman Pembaharuan ( abad ke 14 hingga abad

    o ke 17 ) Era Moden

    o Teori Era Moden bermula dengan kemunculan Teori Formalisme Rusiao ( 1915 )

    o Perkembangan Teori Era Moden banyak dibantu oleh teori-teori pada zaman

    klasik.

    o Penteori yang dikaji ialah Sigmund Freud ( Teori Psikoanalisis ) , Edmund Husserl( Teori Femonologi ) , Karl Max ( Teori Marxisme ) , Mary Wollstonecraft ( Teori

    Feminisme ) .

    Pengenalan

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    3/48

    o Mengenal pasti wujudnya teori sastera Barat Era Moden dalam dunia

    kritikan sastera di Malaysia.

    o Mengenali lebih mendalam lagi penteoripenteori yang mempelopori

    teori-teori sastera Barat era Moden.

    o Mengenalpasti teori yang digunakan oleh penteori-penteori sastera Barat

    era Moden.

    o Dapat membezakan penggunaan teori dan kritikan sastera moden Barat

    yang ada.

    o Dapat dijadikan sebagai ilmu pengetahuan tambahan mengenai bidang

    kesusasteraan Melayu.

    Objektif Kajian

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    4/48

    Teori

    Psikoanalisis

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    5/48

    Sigmund Freud

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    6/48

    Nama : Sigmund Freud

    Lahir : pada 6 Mei 1856 di Moravia

    Adik beradik : Anak sulung daripada 8 orang adik beradik.

    Asal keluarga : Yahudi

    Isteri : Martha Barneys

    Keluarga : Mempunyai 4 orang anak. Salah satu anak perempuan

    bernama Anna Freud menjadi penganut freudinamisme.Meninggal dunia : pada 23 September 1939 di London

    Latar belakang tokoh

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    7/48

    Setelah menamatkan pendidikannya di sekolah menengah di kota

    Vienna,Sigmund Freud telah menyambung pendidikannya di Universiti

    Vienna pada tahun 1873.

    menemui beberapa orang guru yang terkenal yang terdiri daripada ahli

    falsafah dan ahli psikologi

    Antara guru-guru yang ditemui oleh Freud ialah Franz Brentano.

    Sigmund Freud telah mengambil lima kursus elektif ketika dalam dua

    tahun pertama di sekolah perubatan

    Namun, hasrat beliau untuk mengambil iajazah dalam bidang perubatan

    selepas tamat latihan juga tidak kesampaianAgama yang dianuti oleh Freud iaitu agama Yahudi sering menghadapi

    diskriminasi bagi pemilihan kerja di universiti

    Ini telah menyebabkan Freud melakukan latihan praktikal selama

    beberapa tahun di hospital awam Vienna.

    Pendidikan

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    8/48

    Semasa berada di hospital,Freud telah mengikuti pengkhususan dalam

    bidang yang berkaitan dengan neurofisiologi dan memberi tumpuan

    kajiannya di bawah seliaan ahli anatomi otak yang terkenal iaitu Theodor

    Meynert.

    Pada tahun 1885,beliau telah meneruskan lagi pengajian beliau di Paris

    dengan sokongan daripada Theodor Meynert

    Beliau telah meninggalkan dunia akademik di universiti untuk menjadi

    seorang pengamal perubatan pada tahun 1886

    Semasa Freud berada di Paris,beliau telah berguru selama setahun

    dengan Piere Janet dan Jean Charcot.

    Beliau juga telah mempelajari prosedur-prosedur dan teknik-teknik untuk

    menyembuhkan pesakit histeria dengan menggunakan teknik hinopsis.

    Freud juga telah mempratikkan teknik hinopsis sambil beliau bekerja

    dengan Joseph Breuer setelah beliau kembali ke Vienna.

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    9/48

    Menurut Abdul Halim Ali(2013:56),idea teori psikoanalisis ini telahbermula dengan pemikiran Sigmund Freud tentang psikologi dan

    pemikiran bawah sedar dan sedar manusia yang dianggap sebagai dasar

    kepada segala tindakan dan perlakuan.

    Pengalaman Freud berhadapan dengan pesakit-pesakit jiwa sendiri telahmencetuskan idea Freud tentang pemikiran bawah sedar dan sedar

    sehingga menyebabkan Freud berasa hairan dengan tingkah laku yang

    ditunjukkan oleh pesakit-pesakitnya itu.

    Sigmund Freud telah mengemukakan beberapa konsep penting dalam

    teori psikoanalisis.

    Antaranya ialah id,ego,superego,pemikiran bawah sedar ataupun dikenali

    sebagai unconscious mind dan pemikiran sedar(conscious mind).

    Idea Teori

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    10/48

    Menurutnya,struktur personaliti manusia terdiri daripada tiga sistem

    utama iaitu id,ego dan superego.

    I. Id didorong oleh tenaga untuk hidup serta berprinsipkan

    kenikmatan Id juga merupakan bahagian kebinatangan psike yang dikawal

    oleh dorongan-dorongan naluri seperti makan dan minum

    II. Ego merupakan diri yang sedar dan berprinsipkan realiti Ia mencuba untuk mengimbangi antara tuntutan dari id dengan

    superego dengan cara realistik.

    III. Superego merupakan komponen sosial yang berprinsipkan moral Sekiranya sesuatu keinginan diingkari,individu yang mengalami

    superego akan dibelenggu oleh perasaan bersalah

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    11/48

    Freud telah menggunakan istilah kekuatan ego untuk merujuk kepada

    keupayaan ego untuk berfungsi walaupun terdapat halangan daripada iddan superego

    Seseorang individu yang mempunyai keegoan yang tinggi akan menjadikan

    mereka keras hati dan sentiasa terganggu dengan perkara-perkara kecil.

    kunci keperibadian yang sihat adalah keseimbangan antara id,ego dansuperego

    Pengenalpastian strategi iaitu mekanisme pertahanan telah dilakukan

    untuk mempertahankan sebarang tindakan yang telah dilakukan oleh

    individu

    Personaliti dapat dibahagikan kepada dua tahap iaitu tahap

    sedar(conscious dan tahap bawah sedar(unconscious).

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    12/48

    I. Tahap sedar(conscious)

    meliputi perkara-perkara yang kita lakukan setiap hari

    Ini merangkumi semua rangsangan dan pengalaman yang kita sedar

    pada suatu masa yang tertentu

    Contohnya semasa kita membaca buku,kita mungkin akan perasan

    bahawa tangan kita sedang pegang pen untuk dibuat catatan ataupun

    mungkin terdengar bunyi-bunyi bising di luar sana.

    Freud telah menganggap tahap sedar merupakan satu aspek

    personaliti yang terhad kerana hanya sebahagian kecil pemikiran

    wujud di tahap kesedaran ini pada bila-bila masa sahaja

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    13/48

    II. Tahap bawah sedar(unconscious)

    Tahap bawah sedar sangat luas dan ia meliputi sebahagian besar

    naluri manusia iaitu kehendak dan keinginan yang mengarah tingkah

    laku manusia

    Tahap bawah sedar mengandungi tenaga penggerak utama terhadap

    semua tingkah laku dan boleh juga menjadi sekumpulan kekuatan

    yang tidak dapat dilihat atau dikawal oleh kita.

    Freud juga menyatakan bahagian yang lebih penting dalam pemikiran

    manusia ialah pada tahap bawah sedar di mana tahap ini adalah lebih

    besar dan tidak dapat dilihat dalam kehidupan seharian kita.

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    14/48

    Sigmund Freud juga mempunyai kelebihan lain dalam bidang sastera

    Bakat penulisan yang terdapat pada Freud dapat dilihat semasa beliau

    berada di bangku sekolah lagi.

    Pada tahun 1930,Sigmund Freud pernah menjadi orang keempat penerima

    hadiah Goethe dalam bidang kesusasteraan yang diberikan di kota

    Frankfrut

    Freud telah menghasilkan lebih daripada 600 karya penulisannya

    Beliau telah menerbitkan karyanya dalam bahasa Inggeris sebanyak 24 jilid

    yang dikenali sebagai The Standard Edition of the Complete

    Psychological Works of Sigmund Freud(1953-1964).

    Karya yang dihasilkan

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    15/48

    The Interpretation of Dream(1990)

    The Psychology of Every Day(1901)

    The Ego and the Id(1923)

    Cvilization and Its Discontents(1930)

    An Outline of Psychoanalysis(1940)

    Beyond The Pleasure Principle(1920)

    New Introductory Lecture onPsychoanalysis (1933)

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    16/48

    Walaupun beliau merupakan pengasas teori psikoanalisis,namun beliau

    juga mendapat kritikan daripada ahli falsafah lain tentang teori yang

    telah dikemukakan olehnya.

    Pandangan Sigmund Freud yang lebih menumpukan kepada pengkarya

    telah ditolak dan tidak dapat diterima oleh ahli falsafah yang lain.

    Selain itu,Freud selalu mengumpul data kajian dengan menggunakan

    kaedah kajian kes tidak diterima oleh pengkaji-pengkaji yang lain.

    Mereka berpendapat bahawa pemerhatian daripada kajian ini tidak

    mempunyai objektif yang sah.

    Walaupun pemikiran Freud sangat berpengaruh dalam perkembangan teori

    psikoanalis,namun tidak semua perkara yang diutarakan oleh Freud

    dipersetujui oleh orang lain

    Kritikan terhadap teorinya

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    17/48

    Carl Jung merupakan salah satu orang yang menentang pandangan Freud

    Carl Jung merupakan anak murid kepada Sigmund Freud

    Beliau telah mengkritik Freud dengan menekankan hanya perkara yang

    lepas dapat membentuk personaliti seseorang

    Jung mempercayai personaliti yang dialami oleh seseorang tidak akan

    mengira umur atau masa manakala Freud menyatakan bahawa personaliti

    hanya dibentuk sehingga umur 5 tahun.

    Kemudiannya,Jung telah memperluaskan idea Freud dengan cara yang

    berbeza tetapi masih berkaitan dengan idea asal Freud

    Teori Psikologi analitikal telah dipopularkan oleh Carl Jung sehinggaNorthrop Frye iaitu seorang professor teori kesusasteraan telah

    mengambil beberapa idea Jung dan seterusnya mengembangkan teori

    Psikologi Arketipal pada pertengahan 1950.

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    18/48

    Teori

    eminisme

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    19/48

    Mary Wollstonecraft

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    20/48

    merupakan anak perempuan daripada tujuh orang adik-beradik kepada

    seorang penenun sapu tangan yang suka mendera.

    dilahirkan di Spitalfields, London pada April 27, 1759.

    Keluarganya hidup dalam kelas sederhana dan selalu berpindah-randah

    sejak zaman kanak-kanak Mary lagi.

    Personaliti zalim bapanya meninggalkan kesan kepada gadis muda ini yang

    akhirnya mencurigai ikatan perkahwinan.

    Kekayaan keluarganya dilimpahkan kepada saudara lelakinya yang tidakberbakat membuat dia sedar betapa masyarakat mementingkan lelaki

    lebih daripada wanita.

    Latar belakang tokoh

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    21/48

    Pada tahun 1784 , Mary, kakaknya Eliza kawan baiknya Fanny telahmenubuhkan sebuah sekolah di Newington Green .

    Richard Price telah menjadi mentor kepada Wollstonecraft pada waktu

    itu.

    Apabila rakannya Fanny meninggal dunia pada tahun 1785, Wollstonecrafttelah bekerja sebagai seorang pengasuh untuk keluarga Kingsborough di

    Ireland.

    Tiga tahun kemudian, beliau kembali ke London dan menjadi

    penterjemah dan penasihat kepada Joseph Johnson, penerbit teks

    radikal.

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    22/48

    Feminisme sebagai filsafat dan gerakan berkaitan dengan Era

    Pencerahan di Eropah yang dipelopori oleh Lady Mary Wortley

    Montagu dan Marquis de Condorcet.

    perempuan, baik dari kalangan atas, menengah mahupun bawahan,tidak memiliki hak-hak seperti hak untuk mendapatkan pendidikan,

    berpolitik, hak atas milik dan pekerjaan.

    Pada 1785 mesyuarat masyarakat ilmiah untuk perempuan pertama kali

    didirikan di Middelburg, sebuah kota di selatan Belanda.

    Kata feminisme dicetuskan pertama kali oleh aktivis sosialis utopis,

    Charles Fourier pada tahun 1837.

    Idea Teori

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    23/48

    Pada tahun 1960, permulaan bagi kaum perempuan dalammendapatkan hak untuk memilih dan seterusnyanya ikut serta dalam

    politik kenegaraan dengan adanya hak perempuan dalam parlimen.

    Gelombang feminisme di Amerika Serikat mulai ketara berkembang

    pada era perubahan dengan terbitnya buku The Feminine Mystiqueyang ditulis oleh Betty Friedan pada tahun 1963.

    Dalam bidang perundangan, tulisan Betty Fredman berhasil

    mengeluarkan sebuah buku bertajuk Equal Pay Right (1963) sehingga

    kaum perempuan bisa menikmati keadaan kerja yang lebih baik dan

    memperoleh gaji sama dengan lelaki untuk pekerjaan yang sama.

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    24/48

    Karya yang dihasilkan

    Thoughts on the Education of Daughters: With Reflections onFemale Conduct, in the More Important Duties of Life. 1787

    Mary, A Fiction, 1788.

    Original Stories from Real Life: with Conversations Calculated toRegulate the Affections and Form the Mind to Truth and

    Goodness, 1788.

    The Female Reader: or Miscellaneous Pieces, in Prose and Verse:Selected from the Best Writers, and Disposed under Proper Heads:

    for the Improvement of Young Women, by Mr Creswick, 1789.

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    25/48

    A Vindication of the Rights of Men, in a Letter to the RightHonourable Edmund Burke, 1790 bearing Wollstonecraft's authorship.

    A Vindication of the Rights of Woman with Strictures on Political andMoral Subjects,, 1792.

    An Historical and Moral View of the Origin and Progress of theFrench Revolution; and the Effect it has produced in Europe, 1794.

    Letters Written during a Short Residence in Sweden, Norway, andDenmark, 1796.

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    26/48

    Walaupun diterima sebagai ibu feminisme bahasa Inggeris,

    Wollstonecraft semakin menjadi mangsa kepada kritikan feminis dari

    tahun 1970-an ke atas.

    Ini penilaian semula keatas kedua-dua gelombang Wollstonecraft yang

    mencapai kemuncaknya pada tahun 1994, apabila pengkritik sastera

    Susan Gubar mendakwa Wollstonecraft dengan " kebencian terhadap

    wanita feminis

    Mary Jacobus , misalnya , memahami dua novel Wollstonecraft untuk

    menjadi " fiksyen yang, walaupun mereka menganalisis batasan 'perasaan'

    tidak dapat melepaskan diri daripada tugasan dan pengaruh sastera" .

    Kritikan terhadap teorinya

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    27/48

    Mary Poovey juga mengkritik Wollstonecraft untuk " kekal sebagai

    seorang banduan kategori yang paling dia berusaha untuk menolak .

    Janet Todd begitu juga berhujah bahawa Wollstonecraft dan rakan-

    rakan penulis radikal Mary Hays supaya kekal 'terperangkap dalam

    ideologi kewanitaan.

    Angela Keane telah berhujah bahawa Wollstonecraft "hanya boleh

    menghasilkan logik sistem yang dia berusaha untuk menghapuskannya"

    Cora Kaplan mengkaji Wollstonecraft untuk dijadikan contoh nasib

    para pemikir feminis yang lebih umum , kerana "all feminisms give some

    ideological hostage to femininities and are constructed through the

    gender sexuality of their day as well as standing in opposition to them

    "

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    28/48

    TeoriMarxisme

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    29/48

    Karl Marx

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    30/48

    Nama : Karl Heinrich Marx

    Lahir : Tahun 1818 di Kota Trier, Prusia (sekarang Jerman)

    Pendidikan : - University of Bonn,- Friedrich Schiller University of Jena

    - Humboldt University of Berlin

    - Ijazah Doktor Falsafah ( 1841 )

    Dibantu oleh : Rakan baiknya iaitu Friedrich Engels

    Meninggal : 14 Mac 1883 di United Kingdom

    Latar belakang tokoh

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    31/48

    Marxisme adalah fahaman atau ideologi tentang kehidupan

    dengan kepercayaan bahawa sosio ekonomi adalah penentunya

    Memberi penekanan terhadap kehidupan manusia yang sangat

    bergantung pada sistem ekonomi

    Marxis melihat sejarah dan budaya serta kegiatan ekonomi

    sangat relevan utnuk memahami sesuatu msyarakat

    Pengaruh penting dalam teori kesusasteraan Marx tertumpupada konsep ideologi

    Idea Teori

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    32/48

    Marx menganggap mengkaji sastera dengan memahami sahaja tidak

    sempurna jika dipisahkan dengan realiti masyarakat

    Realiti mempunyai bentuk yang khusus yang telah wujud dalam

    sejarah sebagai kesan perjuangan kelas sosial dengan jenis

    pengeluasan ekonomi

    Realiti didalam teks adalah cerminan realiti dalam masyarakat.

    Struktur masyarakat bersifat dialektikal ( dinamik dan saling

    bertentangan)

    Sosio ekonomi dijadikan sebagai penentu mutlak dan menjadi

    gambaran atau cerminan dalam karya kesusasteraan

    masyarakat berbentuk struktur dan struktur agung merupakan

    struktur yang paling tinggi kerana mempengaruhi perubahan dan

    masyarakat.

    Karya kesusasteraan diletakkan di struktur agung kerana

    mencerminkan asas kaitan dengan kesusasteraan

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    33/48

    Marx dan Engels menggunakan istilah ideologi (1840) melalui karyanya

    The German Ideology

    Istilah ini menentang pemikiran metafizik

    Kritikan ideologi ini memainkan peranan penting dalam kesusasteraansejak pengaruh Kritikan Baharu menjadi lemah

    Marx memahami ideologi sebagai suatu yang berlawanan

    Marx mnempatkan sastera setaraf agama, falsafah, politik dan

    sistem perundangan Kritikan ini dimajukan oleh LouisAlthusserstetapi tidak

    sependapat Marx

    Konsep Ideologi

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    34/48

    Kesusasteraan menurut pandangan Marx

    o Model peniruano Idea asal Plato &

    Aristotleo Cerminan realiti

    dalam masyarakat

    o Menghubungkankarya dengan realiti

    o Menekankanhubungan pengarangdengan karya

    o Dikemukakan olehLucien Goldmann

    o Kesusasteraan terhasil

    melalui sebab, akibat,asal usul danpenentuannya

    o Kritikan terhadap ModelPencerminan

    o Seni & realiti berada padasatu jarak tertentumembolehkan karyamengkritik kebenaran

    o Dimajukan oleh kumpulanBakhtin

    o Menolak ModelPencerminan

    o Menganggap sasterasebagai cerminan ideologi

    Model Pencerminan Model Penerbitan Model Genetik

    Model Pengetahuan Negatif Model Berpusatkan Bahasa

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    35/48

    Karya-karya

    Karya yang dihasilkan

    Karya-karya

    The Class

    Strruggles inFrance dan The

    EighteenthBrumaire of Louis

    Bonaparte.

    The GermanIdeology

    Economicand

    PhilosophicalManuscript.

    TheCommunistManifesto

    Das Kapital

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    36/48

    Terdapat beberapa penyokong yang menyetujui teori yang

    dikemukakan oleh Marx namun terdapat beberapa aspek yang tidak

    lengkap dan ada yang telah ketinggalan zaman dalam aspek-aspek

    tertentu, politik atau sosio ekonomi.

    Teorinya juga dikatakan tidak konsisten atau dengan makna lain,

    Marx membuat kesimpulan keseluruhan tidak mengikut teorinya

    Kritikan terhadap teorinya

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    37/48

    Teori

    enomenologi

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    38/48

    Edmund Husserl

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    39/48

    Nama : Edmund Gustav Albrecht Husserl

    Tempat lahir : Prostjov , Moravia

    Tarikh lahir : 8 April 1859Adik beradik : anak kedua daripada empat orang adik beradik

    Agama : berasal daripada keluarga Yahudi tetapi beliau telah

    menukar agamanya kepada Kristian.

    Meninggal : 28 April 1938 pada usia 79 tahun

    Latar belakang tokoh

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    40/48

    Mendapat pendidikan awal di Prostjov

    Kemudian Husserl melanjutkan pelajarannya di Realgymnasiu,Wina

    ke Staatsgymnasium di Olomouc.

    Pada tahun 1876 sehingga tahun 1878,beliau telah mempelajari ilmu matamatik,fizik

    dan astronami di Univesiti Leipzig. Kemudian beliau ke universiti Humboldt,Berlin yang kini dikenali sebagai Friedrich

    William Universiti pada tahun 1878 didalam bidang pengajian matamatik di bawah

    Leopold Kronecker

    Manakala pada tahun 1881,beliau berangkat ke universiti Wina untuk menyambung

    pengajian matamatik beliau di bawah pengawasan Leo Knigsberger (mantan

    mahasiswa Weierstrass).

    Di Wina pada tahun 1883 beliau telah berjaya memperolehi gelar Ph.D. dalam

    bidang Beitrge zur Variationsrechnung ("Kontribusi ke Kalkulus variasi").

    Pendidikan

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    41/48

    Fenomenologi berasal daripada perkataan Yunani iaitu pahainomenon yang

    membawa maksud gejala atau sesuatu yang memaparkan diri pada kesedaran kita.

    Dalam kajian sastera,pendekatan Fenomenologi merupakan salah satu kaedah

    kritikan teks yang penting dan popular dalam bidang bahasa dan kesusasteraan yang

    berasaskan idea falsafah batiniah.Pendekatan ini menggunakan idea-idea teori

    Fenomenologi yang pernah dipopularkan oleh ahli falsafah German iaitu Edmund

    Husserl.

    Edmund Husserl seorang ahli falsafah Austria berusaha membina suatu kaedah

    falsafah bagi menjelaskan kepastian mutlak yang boleh dicapai dan dirasai dalam

    diri manusia.Idea ini dikemukakan setelah Edmund Husserlmendapati,fenomenologi merupakan sebuah kajian yang berkaitan dengan struktur

    kesedaran yang membolehkan kesedaran tersebut menunjuk kepada objek-objek

    yang terdapat diluar daripada dirinya.Bermula dari situlah lahirnya istilah

    pengurangan fenomenologi

    Idea Teori

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    42/48

    Untuk meningkatkan keyakinan yang murni dan hakiki,teori Fenomenologi

    menyatakan perlu dilakukan perbersihan minda manusia daripada ganguanfenomena-fenomena yang sedia ada.Minda manusia perlu dikosongkan dengan cara

    melakukan reduksi,ia itu dengan meletakkan fenomenologi yang sedia ada dalam

    minda `di luar minda`,untuk sementara waktu.

    Manakala langkah seterusnya adalah melalui penyediaan ruang transedental untuk

    membolehkan fenomena-fenomena yang baik masuk ke dalam minda

    manusia.Semasa proses fenomena sejati dengan minda yang bersifat

    transcendental,manusia dapat menghayati dan menikmati fenomena-fenomena

    yang sejati tanpa ada `ganguan` atau unsur-unsur luar kerana keadaan mindamanusia ketika itu sudah bersih dan kosong daripada fenomena-fenomena sedia

    ada.

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    43/48

    persamaan diantara pendekatan Fenomenologi dengan formalis Rusia.Persamaan

    yang ketara dapat dilihat sebagaimana Formalistik Rusia yang menolak objek

    sebenar untuk mengetahui sesuatu,begitu juga dengan Fenomenologi yang

    menolak pengaruh dan peranan unsur lain diluar diri manusia sebagai faktor yang

    menentukan makna,tetapi sebaliknya makna itu dapat dicari dan difahami atas

    potensi kendiri.Pendekatan ini dilihat amat sesuai untuk memahami pengalaman

    estetik pembaca terhadap sesebuah karya kesusasteraan

    Walaupun pendekatan ini tidak begitu popular,tetapi masih terdapat pengaruh

    yang besar dalam aliran kritikan Geneva terutama dalam era tahun 1940-an ke

    1950-an.Diantara tokoh kritikan yang penting pada masa itu ialah Georges Poulet

    dari Belgium, Jean Pierre Richard dari Perancis, Jean Starobinki dan Jean

    Rousset dari Swiss, Emil Staiger dan J.Hillis Miller dari Amerika Syarikat (Terry

    Eagleton,1983:65).

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    44/48

    Pendekatan Fenomenologi menjelaskan bahawa kesedaran tidak hanya dapat

    dikecapi secara empiri tetapi harus bersifat transcendental.Transcendental

    diletakkan pada tempat yang paling tinggi,kerana di kaitkan sebagai sumber da nasal

    usul bagi segala makna.Ini jelas dapat dilihat dalam kritikan sastera yang tidak

    mementingkan pengkaryaan tetapi lebih mementingkan pembacaan teks secara

    rohaniah yang sama sekali tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur dari luar dirinya.

    Teks adalah satu wadah yang tulin untuk kesedaran pengkarya.Aspek gaya dan

    semantik dijadikan sebahagian inti penting dalam penghasilan sesebuah teks

    manakala kebijaksanaan dan kemahiran pengkarya dalam menghasilkan sesebuah

    karya menjadikan sesebuah karya itu lengkap.Kebenaran tidak boleh dilihat kepada

    keadaan luaran pengkarya tetapi harus dilihat kepada kesedaran yang wujud di

    dalam teks.Oleh itu,pengkritik perlu melakukan penerjunan secara langsung dalam

    teks untuk melakukan penginterpetasian.

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    45/48

    Karya-karya

    Karya yang dihasilkan

    Karya-karya

    Fofmale undtranszendenta

    le LogikIdeen II.

    LogisheUntersuchungen I dan II

    Krisis der EurpopischenWissenschaften und die

    transzedetalePhenomenologie

    Phenomenologishe

    Psychologie

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    46/48

    Menurut Smith pendekatan Fenomenologi Husserl merupakan suatu cara untuk

    memahami tentang kesedaran sebagaimana yang dialami dari sudut pandang orang

    pertama.Secara letralnya Fenomenologi adalah kajian yang berkaitan dengan

    fenomena atau perihal segala sesuatu benda yang dapat kita lihat melalui

    pengalaman subejtif atau tentang bagaimana cara kita mengalami sesuatu yang

    wujud disekeliling kita.

    Menurut Hussrel, inti dari pemikiran fenomenologinya adalah untuk menentukan

    pemikiran yang benar. Kata fenomen atau gejala dapat diertikan sebagai

    penampakan. Kata fenomen ini juga dapat digunakan untuk mengugkapkan suatu

    peristiwa yang dapat diamati dengan indera. Fenomen ada didepan kesadaran,disajikan pada kesadaran. Fenomenologi akan mengadakan refleksi tentang

    pengalaman secara langsung sejauh tindakan secara intensional berhubungan

    dengan objek.Sehingga, tanpa menyedari kita sudah melakukan perbuatan

    fenomenologi setiap masa.

    Kritikan terhadap teorinya

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    47/48

    I. Kant dan G. W. F. Hegel, menurutnya kita manusia hanya mengenal

    fenomenon dan bukan nomenon. Kita hanya mengenal sebuah fenomen-

    fenomena dan bukan realiti itu sendiri (das Ding an sich). Tetapi untuk

    fenomen yang kita pelajari dari Hussrel ini mempunyai ciri-ciri khas, iaitusebagai kaedah berfikiran tertentu yang teliti secara khas. Sehingga

    memberikan kesan pengaruh yang sangat besar di Eropah dan

    AmerikaSelain memberi kesan yang besar terhadap pengaruh para

    falsafah yang taksub terhadap kaedah pemikiran Fenomenologi.

  • 8/10/2019 Tokoh Teori Sastera Grup Terr..

    48/48

    o Kesimpulannya, Teori Barat banyak membantu dalam wujudnya TeoriModen di Malaysia.

    o Tanpa sastera Barat, tidak ada sastera Melayu moden. Itulah kesimpulanPanel Anugerah Sastera Negara, para sarjana yang menjadi pengikutmereka, pengkritik sastera yang lumpuh jika tidak memakai teori dan

    pendekatan Barat, dan para sasterawan yang tidak mempunyai tekniktanpa teori sastera Barat.

    o Tanpa menggunakan teknik, pendekatan dan teori Barat, kata merekasastera Melayu moden tidak akan mencapai taraf antarabangsa

    o Menerima pengaruh adalah biasa dalam pembinaan tamadun manusia,tetapi ini tidak bermakna pengaruh itu diterima tanpa olahan kreatif.

    o Para sasterawan Malaysia dan sarjananya menerima pengaruh Barat inisebagai sesuatu yang definitif dalam perkembangan sastera Melayumoden.

    Penutup