modul unit 3

31
Ko-kurikulum dan Rekreasi | 36 UNIT PELAJARAN 3 SUKAN KHAS HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Mengenalpasti jenis-jenis sukan yang ditawarkan kepada individu berkeperluan khas di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 2. Menjelaskan tentang peringkat- peringkat pemilihan atlit bagi sukan khas ini. 3. Membincangkan tentang syarat dan peraturan sukan khas di peringkat kebangsaan dan antarabangsa PENGENALAN Sukan mempunyai nilai tertentu dalam kehidupan seseorang. Sukan juga tidak terkecuali bagi golongan orang kelainan upaya malah ia lebih penting dalam kehidupan mereka. Hal ini kerana pengaruh pemulihan sukan bukan sahaja terhadap pemulihan fizikal malah membantu membawa golongan ini ke dalam masyarakat normal yang lain. Tambahan lagi sukan membantu mereka untuk menjadi lebih berdikari. Kini, orang-orang kelainan upaya telah menyertai pelbagai penyertaan dan mendapat pencapaian yang tinggi dalam pertandingan sukan dan rekreasi. Sukan untuk atlet orang kelainan upaya telah wujud lebih 100 tahun dahulu. Pada abad ke-18 dan 19, sumbangan telah dibuat membuktikan bahawa aktiviti-aktiviti sukan adalah sangat penting kepada pendidikan dan pemulihan untuk orang kurang upaya. Selepas Perang Dunia 1, fisioterapi dan perubatan sukan menjadi sama penting dengan ortopedik dan pembedahan dalaman. Sukan untuk orang kurang upaya fizikal diperkenalkan selepas Perang Dunia ke 2 untuk membantu keperluan perubatan dan psikologi sebilangan besar bekas tentera, wanita dan orang awam yang cedera. Dalam penyelidikan kaedah baru untuk mengurangkan kesan daripada pergerakan mereka yang terbatas, kaedah ini menyediakan kemungkinan yang baru dan hebat untuk menghidupkan semula idea sukan sebagai satu rawatan dan pemulihan. Pada tahun 1944, atas permintaan Kerajaan British Dr.Ludwig Guttmann telah membuka pusat untuk kecederaan tulang belakang di Hospital Mandeville Stoke . Satu pendekatan baru telah diperkenalkan iaitu sukan menjadi satu perkara yang penting untuk rawatan pemulihan dan pemulihan untuk orang kurang upaya. Pemulihan sukan berkembang dengan cepat untuk sukan rekreasi dan ini merupakan langkah seterusnya yang hanya mengambil beberapa tahun untuk sukan yang kompetitif. Terdapat beberapa jenis temasya sukan yang diperkenalkan khusus untuk orang- orang kelainan upaya. Antaranya ialah Deaflympics Games. Sukan pertama telah diadakan pada tahun 1924 di Paris. Sukan ini juga dikenali sebagai Sukan Senyap Antarabangsa yang diperkenalkan oleh Eugene Rubens-Al Cais iaitu seorang Presiden Persekutuan Pekak Perancis. Seterusnya, pada 28 Julai 1948, Dr.Guttmann telah menganjurkan pertandingan pertama untuk atlet berkerusi roda yang dinamakan Stoke Mandeville Games pada Majlis Perasmian Sukan Olimpik 1948 di London.

Upload: adwasakinah

Post on 14-Aug-2015

359 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

modul sem 3

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Unit 3

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 36

UNIT PELAJARAN 3

SUKAN KHAS HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Mengenalpasti jenis-jenis sukan yang ditawarkan kepada individu berkeperluan khas di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

2. Menjelaskan tentang peringkat- peringkat pemilihan atlit bagi sukan khas ini. 3. Membincangkan tentang syarat dan peraturan sukan khas di peringkat kebangsaan

dan antarabangsa

PENGENALAN Sukan mempunyai nilai tertentu dalam kehidupan seseorang. Sukan juga tidak terkecuali bagi golongan orang kelainan upaya malah ia lebih penting dalam kehidupan mereka. Hal ini kerana pengaruh pemulihan sukan bukan sahaja terhadap pemulihan fizikal malah membantu membawa golongan ini ke dalam masyarakat normal yang lain. Tambahan lagi sukan membantu mereka untuk menjadi lebih berdikari. Kini, orang-orang kelainan upaya telah menyertai pelbagai penyertaan dan mendapat pencapaian yang tinggi dalam pertandingan sukan dan rekreasi. Sukan untuk atlet orang kelainan upaya telah wujud lebih 100 tahun dahulu. Pada abad ke-18 dan 19, sumbangan telah dibuat membuktikan bahawa aktiviti-aktiviti sukan adalah sangat penting kepada pendidikan dan pemulihan untuk orang kurang upaya. Selepas Perang Dunia 1, fisioterapi dan perubatan sukan menjadi sama penting dengan ortopedik dan pembedahan dalaman. Sukan untuk orang kurang upaya fizikal diperkenalkan selepas Perang Dunia ke 2 untuk membantu keperluan perubatan dan psikologi sebilangan besar bekas tentera, wanita dan orang awam yang cedera.

Dalam penyelidikan kaedah baru untuk mengurangkan kesan daripada pergerakan mereka yang terbatas, kaedah ini menyediakan kemungkinan yang baru dan hebat untuk menghidupkan semula idea sukan sebagai satu rawatan dan pemulihan. Pada tahun 1944, atas permintaan Kerajaan British Dr.Ludwig Guttmann telah membuka pusat untuk kecederaan tulang belakang di Hospital Mandeville Stoke . Satu pendekatan baru telah diperkenalkan iaitu sukan menjadi satu perkara yang penting untuk rawatan pemulihan dan pemulihan untuk orang kurang upaya. Pemulihan sukan berkembang dengan cepat untuk sukan rekreasi dan ini merupakan langkah seterusnya yang hanya mengambil beberapa tahun untuk sukan yang kompetitif. Terdapat beberapa jenis temasya sukan yang diperkenalkan khusus untuk orang-orang kelainan upaya. Antaranya ialah Deaflympics Games. Sukan pertama telah diadakan pada tahun 1924 di Paris. Sukan ini juga dikenali sebagai Sukan Senyap Antarabangsa yang diperkenalkan oleh Eugene Rubens-Al Cais iaitu seorang Presiden Persekutuan Pekak Perancis. Seterusnya, pada 28 Julai 1948, Dr.Guttmann telah menganjurkan pertandingan pertama untuk atlet berkerusi roda yang dinamakan Stoke Mandeville Games pada Majlis Perasmian Sukan Olimpik 1948 di London.

Page 2: Modul Unit 3

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 37

Selain itu, pada tahun 1960, Paralimpik Games pertama telah diadakan secara langsung

di Rom Itali. Di samping itu, golongan ini juga telah menyertai Sukan Olimpik Khas Dunia. Sukan ini mempunyai 2 siri iaitu sukan musim panas dan sukan musim sejuk. Sukan Olimpik Khas Musim Panas pertama telah diadakan pada tahun 1968 di Chicago manakala Sukan Olimpik Khas Musim Sejuk pertama diadakan di Colorado USA pada tahun 1977. Sukan lain yang diperkenalkan untuk golongan orang kelainan upaya ini ialah Fespic Games. Fespic Games pertama telah diadakan di Oita Jepun pada 1975. Asian Para Games pula mula diperkenalkan pada tahun 2001 bertempat di Kuala Lumpur manakala Commenwealth games pertama diadakan di England pada tahun 2002.

Sejarah penubuhan Majlis Paralimpik Malaysia

Pada awal tahun 1970, Pengasas Persatuan Orang-Orang Cacat Anggota Malaysia, Mr. H.R.M. Storey menghantar satu pasukan atlet Malaysia untuk menyertai permainan dalam Mandeville Stoke. Sejak itu, Mr. H.R.M. Storey, Y. Bhg Dato 'Zainal Abu Zarin, Encik Kassim Abd Rahman dan En Radha Krishnan telah memulakan pembentukan' Majlis Sukan Orang Cacat Malaysia dan didaftarkan dengan sewajarnya dengan Pendaftar Pertubuhan pada 18 Mei 1989, dengan tujuan untuk menggalakkan sukan untuk orang kurang upaya dalam Malaysia dan memberi peluang kepada semua atlet Malaysia untuk mengambil bahagian dalam permainan di peringkat Asia dan Antarabangsa serta untuk menjalankan latihan kepimpinan di kalangan orang kurang upaya. Pada tahun 1996, Majlis Sukan Orang Cacat Malaysia telah dinamakan semula sebagai Majlis Paralimpik Malaysia (MPC) juga dikenali sebagai "Majlis Paralimpik Malaysia" dan MPC akhirnya diiktiraf oleh Kerajaan sebagai Negara Badan Sukan tunggal untuk Kurang Upaya.

Objektif utama MPC termasuk menganjurkan dan mempromosikan pelbagai acara sukan dan aktiviti rekreasi untuk orang kurang upaya di seluruh Malaysia. Objektif kedua ialah membangunkan kesedaran di kalangan orang kurang upaya bahawa sukan menggalakkan gaya hidup yang sihat, aktif dan membina keyakinan diri. Objektif seterusnya ialah memupuk hubungan rapat dan persefahaman antara golongan kurang upaya dan masyarakat umum dengan meluas menggalakkan acara-acara sukan yang kurang upaya. Objektif terakhir pula ialah berterusan untuk membangunkan 20 acara sukan Paralimpik, mewujudkan Sukan Negeri dan Majlis rekreasi untuk Kurang Upaya (PESRON).

Terdapat beberapa siri sukan yang disertai dan akan disertai oleh Majlis Paralimpik

Malaysia. Antaranya ialah Paralympic Games di Korea pada tahun 1988 , Spain pada tahun 1992 ,USA pada tahun 1996, Australia pada tahun 2000, Greece pada tahun 2004 , China pada tahun 2008, dan United Kingdom pada tahun 2012. Sukan lain yang disertai oleh Majlis Paralimpik Malaysia ialah Fespic Games. Malaysia mula menyertai temasya sukan ini pada anjuran kali ketiga di Shatin, Hong Kong . Seterusnya penyertaan di Surakata, Indonesia pada tahun 1986, di Korea, Japan pada tahun 1989, Beijing China pada tahun 1994 , Bangkok, Thailand pada tahun 1999 , Busan, Korea pada tahun 2002 , dan Kuala Lumpur, Malaysia pada tahun 2006.

Beberapa siri sukan lain yang telah dan akan disertai ialah Asian Para Games. Pada tahun 2010, sukan ini telah diadakan di Guangzhou, China. Seterusnya, wakil atlet Malaysia akan menyertai siri sukan ini di Incheon, Korea pada tahun 2014. Selain itu Majlis Paralimpik Malaysia juga telah menghantar wakil pada 3 siri Commenwealth Games iaitu di Manchester, England pada tahun 2002, di Melbourne, Australia pada tahun 2006 dan pada tahun 2010 di New Delhi, India. Majlis Paralimpik Malaysia juga tidak melepaskan peluang menyertai

Page 3: Modul Unit 3

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 38

beberapa siri Asean Para Games. Bermula pada tahun 2001 di Kuala Lumpur, tahun 2003 di Hanoi, Vietnam dan di Manila, Filipana pada tahun 2005. Seterusnya sukan ini di adakan di Korat, Thailand pada tahun 2007. Seterusnya pada tahun 2009, sukan ini diadakan sekali lagi di Kuala Lumpur, Malaysia dan pada tahun ini iaitu 2011 di Solo, Indonesia.

KEPERLUAN SUKAN KEPADA OKU DAN MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS Bagi murid yang berkeperluan khas, kegiatan sukan adalah amat penting bagi membantu mengembangkan lagi potensi mereka sama ada dari sudut psikomotor, afektif, kognif, sosial, emosi dan sebagainya. Kegiatan ko-kurikulum seperti bersukan ini merupakan salah satu alternatif yang berkesan bagi meningkatkan keupayaan mereka dari segala sudut. Jesteru itu, beberapa keperluan perlu diambil kira dan dirancang dengan teliti bagi merangka dan melaksanakan aktiviti sukan yang sesuai kepada murid-murid pendidikan khas dan orang kurang upaya mengikut keupayaan mental dan fizikal mereka. Hal ini disebabkan, seandainya keperluan ini tidak dipenuhi, maka amat sukarlah bagi mereka untuk terlibat sama dalam mana-mana jenis sukan yang dianjurkan. Antara keperluan yang perlu diambil kira adalah dari segi keupayaan fizikal dan mental murid-murid pendidikan khas. Keperluan-keperluan ini adalah penting kepada seseorang individu berkeperluan khas kerana, sekiranya keperluan ini diabaikan, maka terbantutlah usaha untuk meningkatkan pencapaian murid dari segi kemahiran, keyakinan, kebolehan dan keupayaan mereka. Oleh yang demikian, maka wujudnya sukan khas yang dibentuk khusus kepada murid-murid berkeperluan khas ini sama ada dari segi bermasalah pendengaran, penglihatan, pembelajaran atau cacat anggota. Sukan khas ini merupakan sukan yang telah diubahsuai bersesuaian dengan ketidakupayaan seseorang individu itu. Ia bertujuan untuk mengalakkan penglibatan murid-murid berkeperluan khas dalam aktiviti-aktiviti sukan selain sebagai sokongan dalam perkembangan potensi mereka. Sukan khas direka bentuk bagi memberi kemudahan kepada murid-murid pendidikan khas dan golongan OKU untuk turut sama terlibat secara aktif dalam kegiatan kokurikulum seperti individu normal yang lain. Kadang-kala, terdapat juga potensi mereka yang terlepas pandang oleh pihak ibu bapa dan guru tentang kebolehan anak mereka. Contohnya, individu yang berkeperluan khas masih lagi mempunyai peluang yang lebih cerah meskipun bukan dalam bidang pendidikan. Oleh yang demikian, di sinilah peranan guru dan ibu bapa diperlukan untuk mengasah bakat dan kebolehan mereka untuk cemerlang dari aspek jasmani dan emosi. Keperluan sukan kepada murid pendidikan khas dan golongan OKU adalah meliputi beberapa aspek penting iaitu dari segi fizikal, sosial, emosi dan sebagainya.

a.Kesihatan Fizikal Dari sudut fizikal, kegiatan bersukan adalah penting dan menjadi keperluan kepada orang kurang upaya dalam mengembangkan potensi psikomotor mereka. Melalui aktiviti seperti olahraga, berenang, lontar peluru dan sebagainya mampu mengerakkan kemahiran psikomotor bagi murid-murid pendidikan khas ini. Mereka yang mengalami masalah fizikal yang melibatkan otot, saraf dan pembentukan postur yang kurang sempurna dapat dirawat dan diberi pemulihan melalui kegiatan sukan ini. Selain itu, melalui sukan khas ini, mereka dapat berlatih untuk memperbaiki pergerakan dan kekuatan fizikal mereka. Contohnya, individu yang mengalami masalah otot seperti spastik dapat dirawat sedikit demi sedikit dan diberi pemulihan untuk

Page 4: Modul Unit 3

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 39

menguatkan ketahanan otot mereka. Malah, melalui sukan juga dapat menjamin kesejahteraan fizikal mereka dengan sempurna selain bertambah cergas dan aktif serta peningkatan dari segi kemahiran motor kasar.

b.Perkembangan Sosial Dari segi sosial pula, sukan ini dapat membantu meningkatkan aktiviti sosial antara orang kurang upaya dengan masyarakat luar. Melalui penglibatan dalam sukan oleh orang kurang upaya, maka, secara tidak langsung membantu meningkatkan pergaulan dan interaksi mereka dengan masyarakat setempat. Malah, ia juga melatih mereka untuk menjadi yakin dan berani untuk berhadapan dengan persekitaran luar terutama jika potensi dan bakat mereka berjaya diasah dan dicungkil hingga mencapai tahap antarabangsa. Contohnya, sekiranya seseorang individu itu berjaya sehingga tahap yang lebih tinggi dalam bidang sukan ini seperti ke peringkat paralimpik, maka, pergaulan sosial mereka akan menjadi lebih berkembang dan ini sedikit sebanyak membantu meningkatkan keyakinan mereka dari dalam. Pendedahan sosial semasa bersukan dapat membantu meningkatkan sikap positif dalam diri setiap individu berkeperluan khas dan membantu mereka membuat penyesuaian dengan keadaan sekeliling. Semangat kerjasama juga dapat dipupuk melalui penglibatan OKU dalam sukan. Berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing. Contohnya, dalam sukan kumpulan dan berpasukan seperti bola keranjang, bola sepak dan bola tampar. Sukan boleh merapatkan hubungan di antara setiap pemain. Contohnya .dalam aktiviti sukan, OKU akan bekerjasama dan bantu- membantu bagi mencapai kemenangan dan ini secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan sesama mereka.

c.Kestabilan Emosi Sukan merupakan suatu kegiatan yang menyeronokkan kepada murid-murid kerana ia merupakan aktiviti yang memenuhi kehendak dan keperluan mereka sebagai kanak-kanak atau remaja yang aktif. Maka, penglibatan dalam aktiviti sukan merupakan sebahagian daripada minat mereka dalam bermain. Bagi murid-murid pendidikan khas, mereka akan lebih gembira dan seronok dengan adanya sukan khas yang disediakan untuk mereka. Kita sedia maklum bahawa individu yang berkeperluan khas ini merupakan individu yang terlalu sensitif dan sering mengalami kecelaruan emosi terutamanya individu autisma dan kerencatan mental. Jesteru itu, dengan adanya sukan ini, maka, pihak guru dapat membantu mengurang dan mengawal emosi mereka secara perlahan-lahan dan berterusan. Dengan persekitaran yang tidak membebankan semasa bersukan, maka, ia sedikit sebanyak membantu meningkatkan kawalan emosi yang positif dalam diri individu tersebut kesan daripada pendedahan sosial tadi.

KEJOHANAN SUKAN UNTUK GOLONGAN KURANG UPAYA (OKU)

a. SUKAN OLIMPIK KHAS DUNIA ( SPECIAL OLYMPIC WORLD GAMES)

Sukan Olimpik Khas adalah organisasi yang terbesar di dunia sukan untuk kanak-kanak dan orang dewasa kurang upaya intelek, menyediakan latihan dan pertandingan sepanjang tahun kepada lebih 3,1 juta atlet di 175 buah negara. Berselang-seli antara musim panas dan musim sejuk, Sukan Olimpik Khas Dunia diadakan setiap dua tahun. Biasanya acara sukan terbesar

Page 5: Modul Unit 3

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 40

untuk mengambil tempat di dunia pada tahun itu. Terdapat juga pertandingan tempatan, nasional dan serantau di lebih 175 negara di seluruh dunia.

Sukan Olimpik Khas Antarabangsa yang pertama telah diadakan di Soldier Field di

Chicago pada tahun 1968. Anne McGlone Burke, seorang guru pendidikan jasmani bermula dengan idea mengadakan sukan gaya olimpik untuk orang-orang berkeperluan khas kemudian mengemukakan cadangan kepada Eunice Kennedy Shriver, ketua Joseph P. Kennedy Jr. Foundation, untuk membiayai acara ini. Shriver menggalakkan Burke untuk mengembangkan idea dan Yayasan JPK dan beliau telah menyediakan geran $ 25,000. Lebih daripada 1,000 atlet dari seluruh Amerika Syarikat dan Kanada mengambil bahagian. Pada sukan itu, Shriver mengumumkan pembentukan Olimpik Khas. Pada bulan Jun 1962, Eunice Kennedy Shriver memulakan kem yang dikenali sebagai Kem Shriver, untuk kanak-kanak kurang upaya intelek di rumahnya di Potomac, Maryland. Menggunakan Camp Shriver sebagai contoh, Shriver mempromosikan konsep penglibatan dalam aktiviti fizikal dan peluang persaingan untuk orang-orang kurang upaya intelektual. Pada tahun 1971, Jawatankuasa Olimpik Amerika Syarikat memberikan Sukan Olimpik Khas kelulusan rasmi untuk menggunakan nama "Sukan Olimpik”. Sukan Khas Olimpik Musim Sejuk pertama telah diadakan pada bulan Februari 1977 di Steamboat Springs, Colorado, Amerika Syarikat. Pada tahun 2003, Sukan Olimpik Khas Dunia buat kali pertama diadakan di luar Amerika Syarikat (AS) iaitu telah mengambil tempat di Dublin Ireland. Kira-kira 7000 orang atlet dari 150 buah negara yang bertanding lebih 18 acara. Sukan ini disiarkan secara lansung dan acara perasmian pembukaan dan penutupan telah disempurnakan oleh Presiden Ireland iaitu Mary McAleese. Kebanyakan acara sukan yang diadakan di dalam sukan ini telah mengubah persepsi dan sikap masyarakat mengenai kebolehan dan batasan orang kurang upaya intelektual.

B.LOGO SUKAN OLIMPIK KHAS

Logo Sukan Olimpik Khas telah melalui beberapa perubahan dalam hayatnya. “stick figure" abstrak tetapi bentuk kemanusiaan yang direka untuk menyampaikan gambaran pergerakan dan aktiviti. Logo itu adalah simbol pertumbuhan, keyakinan dan kegembiraan di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa kurang upaya yang belajar koordinasi, menguasai kemahiran, mengambil bahagian dalam pertandingan dan menyediakan diri mereka untuk lebih kaya, kehidupan yang lebih produktif. Kemunculan logo sfera mewakili jangkauan global Olimpik Khas. Moto

“Let me win. But if I cannot win, let me be brave in the attempt”

Jenis-Jenis sukan

1) Sukan Olimpik Khas mempunyai lebih 30 jenis sukan individu dan berpasukan. Sukan Olimpik menyediakan peluang-peluang latihan dan persaingan bermakna bagi orang-orang kurang upaya intelektual. Bagi sukan musim panas, antara sukan yang dipertandingkan ialah Aquatik, Boling , Roller Skatin ,Tenis, Cycling, Sailing, Volleyball

Equestrian, Team Handball, SoftbalL, Floor Hockey ,Table Tenni, Football (Soccer), Athletics,

badminton dan Golf.

Page 6: Modul Unit 3

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 41

Seterusnya, bagi sukan musim sejuk pula, antara sukan yang ditawarkan ialah :

Ini adalah hanya beberapa jenis Sukan Olimpik Khas yang ditawarkan, terdapat lebih banyak sukan yang ada. Sukan ini berbeza-beza bergantung kepada organisasi tertentu dan bergantung kepada keadaan anda. Jenis Sukan Olimpik Khas juga berbeza mengikut musim. Sukan yang dimainkan pada musim sejuk sebahagiannya tidak terdapat dalam sukan musim panas. Atlet remaja (usia 2-7) bermain sukan yang mudah seperti bola keranjang, bola sepak, perlumbaan, dan sebagainya. Mereka bermain sukan yang mudah, kerana mereka tidak mampu melakukan sukan lain kerana umur mereka.Jika sukarelawan Sukan Olimpik Khas memutuskan untuk membiarkan pemuda itu bermain sukan lain, ia akan menjadi versi yang berbeza. Pada tahun 1968, trek, padang dan renang yang pertama menjadi sukan rasmi yang ditawarkan oleh Sukan Olimpik Khas. Seperti dalam Sukan Olimpik, acara diperkenalkan dalam latihan dan kemudiannya ditambah kepada jadual yang kompetitif, dan dari sana senarai acara sukan dan terus berkembang.

SUKAN PARALIMPIK

Paralimpik berasal dari bahasa Greek yang bermaksud para “sebelah” yang merujuk kepada pertandingan yang diadakan selari dengan Sukan Olimpik. Sukan paralimpik merupakan temasya sukan yang diadakan bagi mengumpul atlet-atlet OKU, celebral palsi, buta. Selain itu, sukan ini dianjurkan oleh Majlis Paralimpik Antarabangsan (IPC) setiap 4 tahun sekali. Ianya diadakan serentak pada tahun yang sama dengan temasya sukan Olimpik. Di samping itu, terdapat sukan musim sejuk (Winter paralympic games) dan sukan musim panas (Summer paralympic games) yang diadakan sejurus selepas Sukan Olimpik . Sukan paralimpik bermula sejak dari perhimpunan kecik British veteran pada Perang Dunia II iaitu pada tahun 1948. Temasya ini merupakan temasya sukan kedua erbesar yang diadakan pada peringkat antarabangsa selepas Sukan Olimpik sejak awal abad ke-21. Sukan Paralimpik bermula di Burylesburg, England pada tahun 1948, dimana sukan ini disertai oleh orang yang mengalami kecederaan tulang spina. Tambahan lagi, temasya sukan ini diilhamkan oleh sukan Olimpik yang berlangsung di London yang di adili oleh Sir Ludwing Guttman yang digelar sebagai Bapa Sukan Paralimpik atau Bapa sukan Kurang Upaya. Sir Ludwing Guttman pada mulanya mendedahkan sukan sebagai satu proses rehabilitasi kepada mereka yang mengalami kecederaan saraf tunjang. Selain itu, program tersebut diberi sokongan penuh oleh kerajaan

1) Alpine Skiing

2) Cross-country skiing

3) Figure Skating

4) Snowboarding

5) Snowshoeing

6) Speed Skating

7) Floor Hockey

Page 7: Modul Unit 3

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 42

British akibat berlaku banyak kecederaan dalam kalangan askar mereka pada Perang dunia Ke-2. Sukan Paralimpik yang pertama berlangsung di Kota Rome, Itali pada tahun 1960. Sebanyak 23 buah negara dan lebih kurang 400 orang atlet mengambil bahagian pada temasya tersebut.

Sejak itu, sukan olimpik dan paralimpik sentiasa bergerak bersama mengikut perkembangan

sukan sepanjang zaman setiap empat tahun sekali dibandar yang sama. Sebelum tahun 1984, ia dikenali sebagai olimpik untuk OKU. Hanya selepas tahun 1984, ia telah ditukar menjadi sukan Paralimpik. Sejak sukan Olimpik di Seuol, Korea Selatan pada tahun 1988 sukan olimpik dan paralimpik sentiasa bergerak bersama dan seterusnya sukan Olimpik musim sejuk Kanada pada tahun 1992. Pada 19 Jun 2001 satu perjanjian telah ditandatangani antara IOC dan IPC dimana permohonan setiap bandar yang ingin menjadi Tuan Rumah Sukan Olimpik 2012 mestilah juga bersedia untuk menjadi Tuan Rumah Sukan Paralimpik. Atas dasar setia kawan dan semangat Olimpik atau Paralimpik. Athens, Greece telah dipilih buat pertama kalinya secara rasmi menganjurkan sukan olimpik di Sukan Paralimpik secara bersama. Acara sukan paralimpik dibahagikan kepada 6 kategori iaitu kategori amputee, cerebral palsy, kurang upaya intelek, kerusi roda, cacat penglihatan, dan Les Autres .

Logo

Logo ini merupakan singkatan yang menggabungkan "lumpuh" dan "Sukan Olimpik. Motto bagi logo sukan paralimpik adalah “Spirit in Motion”. Selain itu, logo ini mengandungi tiga warna iaitu merah, biru, dan hijau. Warna ini merupakan warna yang paling banyak diwakili dalam bendera negara-negara yang menyertai sukan paralimpik. Manakala bulatan tiga merupakan simbol untuk atlet yang berkumpul dari semua dunia yang menyertai temasya sukan ini. Manakala lagu rasmi bagi sukan paralimpik ini adalah "Hymn de l'Avenir" atau "Anthem of the Future“yang dicipta oleh Thierry Darnis. Lagu ini secara rasminya diterima pakai sebagai lagu rasmi pada bulan Mac 1996.

Bincangkan perananan yang dimainkan oleh NGO yang mewakili kategori keperluan khas menjayakan sukan orang kurang upaya di Malaysia.

Page 8: Modul Unit 3

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 43

Contoh Logo Sukan Paralimpik

Logo sukan Paralimpik yang diadakan

di Atlanta pada tahun 1996.

Logo sukan Paralimpik yang diadakan di Sydney

Australia pada tahun 2000.

Logo sukan Paralimpik yang diadakan di Athens pada

tahun 2004.

Page 9: Modul Unit 3

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 44

Jenis Sukan Yang Dipertandingkan Ini merupakan senarai sukan yang dipertandingkan semasa sukan Paralimpik pada setiap empat tahun sekali. Jenis sukan ini dipilih bersesuaian dengan kemampuan OKU iaitu olahraga,renang, angkat berat, ping pong, pelayaran, boccia,memanah, basikal lebuh raya, basikal trek, bola tampar duduk, ekuestrian, bola sepak 5 sebelah, bola sepak 7 sebelah, goalball, judo, menembak, wheelchair basketball, lawan pedang (Wheelchair Fencing), wheelchair rugby, eheelchair tennis dan rowing.

Senarai Negara Yang Pernah Menganjurkan Sukan Paralimpik

Upacara Majlis Sukan Paralimpik Majlis biasanya bermula dengan menaikkan bendera sukan paralimpik dan bendera negara tuan rumah. Seterusnya, lagu kebangsaan negara tuan rumah akan dimainkan. Setelah selesai

Bil. Tahun Negara 1. 1960 Rome Itali 2. 1964 Tokyo Japan 3. 1968 Tel Aviv, Israel 4. 1972 Heidelberg, West Germany 5. 1976 Toronto, Kanada 6. 1980 Arnhem, Netherlands 7. 1984 Stoke Mandeville, United Kingdom

New York, United States 8. 1988 Seoul Korea 9. 1992 Barcelona Sepanyol 10. 1996 Atlanta Amerika Syarikat 11. 2000 Sdney Australia 12. 2004 Athens Greece 13. 2008 Beijing China

Logo sukan Paralimpik yang diadakan di Beijing China

pada tahun 2008.

Page 10: Modul Unit 3

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 45

nyanyian lagu negara tuan rumah, persembahan mengenai negara berkenaan akan dipersembahkan. Persembahan yang ditunjukkan adalah dari segi kebudayaan Negara tersebut misalnya mengenai seni muzik, nyanyian, tarian kebangsaan negara berkenaan dan wakil teater budaya. Hal ini bertujuan bagi memperkenalkan mengenai kebudayaan Negara berkenaan kepada negara lain. Melalui persembahan yang ditunjukkan, atlet serta masyarakat negara lain akan dapat mengenai negara tuan rumah sevara dengan lebih dekat mengenai adat dan kebudayaan negara berkenaan. Setelah selesai,atlet yang terlibat sepanjang temasya sukan akan berarak masuk ke dalam stadium mengikut abjad Negara yang menyertai temasya sukan pada tahun itu. Akhir sekali atlet dari negara tuan rumah untuk masuk untuk perarakan. Selesai acara perarakan, ucapan akan diberikan secara rasmi bagi upaca pembukaan permainan. Akhir sekali, obor sukan paralimpik akan dibawa masuk ke dalam stadium dan akan dinyalakan sebagai tanda pembukaan rasmi temasya sukan paralimpik pada tahun tersebut. Upacara penutup Sukan Paralimpik berlangsung setelah semua acara sukan selesai. Bendera setiap negara yang menyertai kejohanan sukan dibawa masuk ke dalam stadium. Seterusnya, atlet yang menyertai sukan tersebut akan masuk ke dalam stadium. Bendera sukan paralimpik akan diturunkan dan bendera kebangsaan negara tuan rumah yang seterusnya akan dinaikkan semasa lagu kebangsaan negara berkenaan dimainkan. Majlis sukan tersebut akan ditutup secara rasmi serta nyaalan obor akan dipadamkan. Negara tuan rumah akan datang secara ringkas memperkenalkan dirinya dengan pameran seni tarian dan wakil teater budaya.

SUMMER PARALYMPIC GAMES Pada tahun 1976, atlet-atlet kurang uapaya yang berbeza kecacatan bertanding buat kali pertama di Sukan Paralimpik Musim Panas. Melalui kemasukan lebih banyak kategori kecacatan dalam Sukan paralimpik Musim Panas serta melibatkan pertambahan atlet kepada kepada 1600 orang atlet dari 40 buah negara. Pada tahun 1988 di Seoul Korea Selatan, Sukan Paralimpik Musim Panas telah diadakan secara langsung selepas Sukan Olimpik Musim Panas di bandar raya tuan rumah yang sama serta menggunakan kemudahan yang sama. Manakala pada tahun 1992 pula, Sukan Paralimpik Musim Panas yang pertama menggunakan kemudahan yang sama seperti Sukan Olimpik Musim Sejuk.

Senaraikan lima (5) badan pertubuhan NGO yang bersama dengan Majlis Paralimpik Malayaia b. _____________________________________________ c. _____________________________________________ d. _____________________________________________ e. _____________________________________________ f. ______________________________________________

A

Page 11: Modul Unit 3

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 46

Logo Summer Paralympic Games

Acara Sukan Yang Dipertandingkan ialah memanah, olahraga, bola keranjang, boccia, berbasikal, Ekuestrian, Lawan pedang, Bola sepak, Goalball, Angkat berat (powerlifting) , Pelayaran, Menembak,Renang, Ping pong, Tenis , Bola tampar dan Rabgi berkerusi roda (rugby wheelchair)

SUKAN OLIMPIK KHAS Sukan olimpik khas bermaksud sukan yang direka khas dan dicipta bersesuaian mengikut keupayaan atlet OKU yang dipertandingkan sehingga ke peringkat antarabngsa. Sukan olimpik khas juga dikenali sebagai Special Olympics. Sukan Olimpik khas diwujudkan bertujuan mencungkil bakat dan membina keyakinan dalam kalangan OKU dalam pelbagai aspek termasuk meningkatkan taraf hidup OKU. Penubuhan awal Sukan Olimpik Khas adalah di Sibu pada 10 tahun yang lalu. Pada peringkat awal, tiada sokongan ibu bapa yang mempunyai anak-anak kelainan upaya bagi mengizinkan anak mereka menyertai Sukan Olimpik Khas ini kerana ibu bapa tidak yakin dengan kebolehan anak-anak mereka. Namun, kemunculan seorang atlet OKU iaitu Ailyn Sharon dalam acara marathon di peringakat antarabangsa di Shanghai dalam Sukan Olimpik Khas telah membuka mata ramai pihak. Hal ini secara tidak langsung telah menaikkan semangat atlet OKU untuk bertanding sama ada di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.

Sukan ini banyak mambantu individu yang terencat akal menjadi seorang yang produktif

dalam bidang sukan. Sukan Olimpik Khas melatih bakal-bakal atlet OKU secara sistematik dan holistik. Tiada paksaan dalam latihan, malah mereka dilatih dan menyertai sukan yang layak disertai mengikut kemampuan masing-masing. Hal ini secara tidak langsung telah membina semangat yang tinggi, berdaya saing serta meningkatkan keyakinan mereka untuk menjalani kehidupan normal seperti orang normal. Sukan Olimpik Khas disertai oleh kanak-kanak yang mengalami terencat akal dan bermasalah pembelajaran berumur dalam lingkungan umur lapan tahun dan ke atas. Manakala Sukan Paralimpik disertai oleh golongan atlet OKU yang dewasa mengikut enam kategori tersebut.

Page 12: Modul Unit 3

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 47

Sukan Orang Pekak Sukan Orang Pekak atau dikenali sebagai Deaflympics merupakan sukan yang tidak termasuk dalam kategori Sukan Paralimpik. Perkara ini terkandung dalam syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa atau International Paralympis Committee (IPC) yang menyatakan orang pekak tidak tersenarai dalam enam kategori atlet kurang keupayaan. Orang pekak juga tidak dapat bermain secara berkumpulan bersama individu yang berkemampuan mendengar disebabkan ketidakupayaan mereka untuk berinteraksi. Hal ini disebabkan individu yang bermasalah pendengaran tidak dapat mendengar menyebabkan individu terbabit tidak dapat bertanding bersama golongan orang kelainan upaya yang lain. Sebagai contoh, dalam acara olah raga padang, wisel akan ditiup atau tembakan kecil akan dilakukan bagi menandakan permainan bermula. Hal ini menyukarkan orang pekak kerana mereka tidak berkemampuan untuk mendengar serta jika menggunakan bahasa isyarat akan menyukarkan atlet OKU yang lain kerana tidak memahami isyarat yang dilakukan tersebut.

Namun begitu, sukan khas untuk orang pekak secara individu diwujudkan secara khusus, contohnya acara berenang yang hanya disertai oleh orang pekak. Sukan yang ditawarkan untuk orang pekak adalah sukat futsal dan bola tenpin. Sukan Orang Pekak Malaysia (S0PMA) perlu bekerjasama dengan pihak MSFD agar memberi penjelasan yang jelas supaya warga pekak dan orang awam tidak terkeliru dengan Sukan Paralimpik. Hal ini penting bertujuan menggerakkan misi demi kesamarataan mwujudkan keseimbangan hak bersukan antara Sukan Paralimpik bagi kategori OKU dengan Sukan Deaflympics bagi orang pekak. Sukan Orang Pekak atau dikenali juga dengan nama deaflympics, telah dibenarkan menyertai permainan yang dipertandingkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk bersaing di peringkat elit. Tetapi atlet Sukan Orang Pekak tidak sama seperti atlet OKU mengikut kategori yang lain iaitu dalam Sukan Paralimpik dan Sukan Olimpik Khas kerana sukan orang pekak tidak boleh dipandu oleh bunyi. Lazimnya, dalam sukan selain sukan orang pekak, senapang digunakan sebagai arahan permulaan permainan yang akan dibuat oleh pengadil. Sukan Orang Pekak juga dipertandingkan di samping Sukan Olimpik yang diadakan setiap empat tahun.

Pelbagai permainan Sukan Orang Pekak dipertandingkan yang telah direka dan

diubahsuai mengikut tahap dan kemampuan orang pekak. Sukan Orang Pekak yang kali pertama diadakan adalah semasa musim sejuk pada tahun 1949 dikenali denga nama Sukan Musim Sejuk Deaflympics. Kejohanan pertama kali ini disertai seramai 148 orang atlet orang pekak dari sembilan buah negara Eropah yang diadakan di Paris, Perancis. Pada mulanya, pertandingan Sukan Orang Pekak diberi nama “Sukan Antarabangsa bagi Orang Pekak” bermula tahun 1924 hingga 1965 dan kini lebih dikenali sebagai Sukan Orang Pekak. Kelayakan bagi individu yang bermasalah pendengaran untuk menyertai Sukan Orang Pekak adalah sekurang-kurangnya 55dB dan ke atas. Penggunaan alat bantu dengar seperti alat bantu dengar jenis belakang telinga atau Behind The Ear (BTE), implan koklea, dan pelbagai jenis alat bantu dengar yang lain tidak dibenarkan semasa menyertai sukan ini. Hal ini bertujuan meletakkan kedudukan mereka sama rata semasa perlawanan berlangsung. Sebagai contoh, pengadil bola sepak akan menggunakan kibaran bendera untuk memulakan dan sepanjang permainan berlangsung

Bincangkan bagaimakah mengadaptasikan acara olahraga bagi kategori

bermasalah penglihatan.

Page 13: Modul Unit 3

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 48

ADAPTASI SUKAN PADA OKU Sukan untuk OKU atau dikenali sebagai sukan khas adalah seperti sukan biasa pada asalnya. Sukan khas mempunyai konsep permainan yang sama seperti sukan biasa. Walaubagaimanapaun, perbezaan antara sukan biasa dan sukan khas adalah sukan khas telah mengubahsuai sukan biasa kepada sukan khas supaya mengikut kemampuan dan kebolehan mereka.

Sukan yang Diubahsuai Sukan yang diubahsuai bermakna sukan yang dimodifikasikan mengikut keperluan individu yang kurang upaya (Joseph P. Winnick, 2005). Kategori sukan dalam sukan khas telah diubahsuai supaya mengikuti keupayaan orang kurang upaya adalah sama seperti sukan untuk orang normal peringkat kebangsaan tetapi perbezaan dalam kedua-dua sukan ini adalah sukan khas telah diubahsuai mengikut keupayaan individu yang kurang upaya ini. Contohnya, individu yang kekurangan dalam penglihatan memerlukan pengubahsuaian pada setiap sukan supaya sukan tersebut memberi kelonggaran dalam aktiviti yang melibatkan penglihatan. Manakala, individu yang cacat anggota badan seperti tidak mempunyai mana-mana bahagian badan atau individu tersebut mempunyai masalah ketidakupayaan fizikal, mereka memerlukan pengubahsuaian sesuatu sukan tersebut sesuai dengan dirinya yang tidak mempunyai anggota yang lengkap. Berikut dinyatakan beberapa jenis sukan yang telah diubahsuai. Pengubahsuaian sukan merangkumi perubahan peraturan permainan, kaedah bermain, dan peralatan permainan. Perubahan-perubahan yang dilakukan menitikberatkan keupayaan orang kurang upaya ini disamping cuba mengekalkan kualiti permainan supaya sukan yang dilakukan berkualiti seperti sukan biasa.

a. Memanah Pada masa ini, sukan memanah amat terkenal berbanding dahulu kerana ia diketengahkan di dalam pelbagai temasya sukan. Pelbagai kemahiran dan teknik yang terdapat di dalam sukan memanah ini masih dikekalkan. Sukan ini adalah sukan yang dipertandingkan di beberapa acara sukan yang terkenal seperti Sukan SEA, Sukan Asia, dan Sukan Olimpik. Sukan memanah merupakan salah satu sukan statik yang memerlukan kekuatan daya tahan otot pada bahagian atas badan (upper body) terutamanya pada bahagian otot bahu. Selain itu, juga sukan mempunyai prestasi yang tinggi dalam menguji tumpuan seseorang untuk berupaya memanah ke sasaran dengan tepat. Oleh itu, sukan ini amat sesuai untuk melatih kekuatan otot dan tumpuan kepada OKU dalam kategori ketidakupayaan fizikal. Pengubahsuaian dalam sukan memanah adalah atlet dibenarkan untuk duduk di atas kerusi roda. Kerusi roda merupakan pengubahsuaian dalam peralatan sukan tersebut dimana dalam sukan biasa, pemain harus berdiri tegak sepanjang permainan. Perkara penting yang perlu diingat apabila menentukan kerusi roda yang sesuai untuk atlet ini adalah kerusi roda tersebut mestilah selamat digunakan oleh atlet tersebut (Karen P. Depauw & Susan J. Gavron, 1995). Selain itu, penggunaan kerusi roda mestilah mengikut ukuran yang ditetapkan oleh penganjur. Setiap kerusi roda akan diteliti saiz kerusi rodanya. Manakala, syarat-syarat pertandingan yang lain dikekalkan seperti berat dan saiz archery arrow. Jarak antara pemanah dan archery target juga sama seperti sukan orang normal iaitu 70 meter. Setiap pemanah mempunyai jumlah membidik anak panah yang sama seperti sukan biasa iaitu sebanyak 72 anak panah. Oleh itu, atlet ini juga layak untuk bertanding dengan atlet normal dalam sukan kebangsaan. Hal ini kerana, kesemua syarat permainan dikekalkan.

Page 14: Modul Unit 3

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 49

b. Berbasikal

Sukan basikal juga telah diubahsuai. Pengubahsuaian ini adalah kepada peralatan basikal iaitu basikal ini menggunakan pengayuh tangan bagi OKU yang mempunyai ketidakupayaan dibahagian kaki seperti kudung kaki atau penyakit muscular dystrophy, iaitu suatu kumpulan penyakit yang berpunca daripada genetik. Ia disebabkan oleh masalah tisu dan kelemahan otot. Jenis kedua dalam peralatan basikal untuk orang kurang upaya adalah dinamakan tempo tricycle iaitu basikal yang diubah suai untuk OKU yang tiada tangan akibat kemalangan yang menyebabkan tangannya dipotong atau individu tersebut mempunyai penyakit lain. Tempo tricycle ini mempunyi tempat sandar untuk menyokong badan pemandu basikal jenis ini. Acara berbasikal ini dijalankan di jalanraya yang rata untuk memudahkan mereka berbasikal. Kawasan seperti tanah rumput dan berbatu, bukit bukau, hutan yang mempunyai pokok, kawasan ini tidak digalakkan. Kawasan ini tidak digalakkan kerana menimbulkan kesukaran dan cabaran untuk atlet semasa perjalanan mereka berbasikal. Mereka perlu mengelak daripada batu. Seharusnya, perjalanan mereka perlu mudah daripada halangan jalan supaya mereka dapat menumpukan kepada jalan dihadapan mereka. Manakala jarak perjalanan dalam acara ini juga diubahsuai iaitu diantara 5 hingga 200 km bergantung kepada kelas acara berbasikal. Kelas acara berbasikal ditentukan mengikut keupayaan fizikal dan bahagian badan yang bermasalah oleh atlet OKU ini. Bagi OKU yang mempunyai masalah fizikal yang teruk dan lemah dikebanyakan bahagian otot badan mereka, mereka akan diberi jarak perjalanan yang pendek dalam acara berbasikal ini. Bagi atlet yang bermasalah penglihatan, mereka dibenarkan menggunakan tandem cycle dan mereka ditemani oleh orang biasa sepanjang perjalanan basikal mereka. Pembantu mereka yang mempunyai penglihatan yang kabur akan duduk dihadapan manakala, peserta acara berbasikal yang mempunyai masalah penglihatan yang teruk akan duduk di belakang.

c. Bola Tampar

Sukan seterusnya adalah bola tampar. Dalam sukan ini, pemain akan duduk di atas lantai gelanggang sepanjang permainan. Saiz gelanggang diubahsuai menjadi kecil daripada saiz sebenar. Selain itu, jaring pula dipasang dengan jarak yang rendah. Manakala, syarat-syarat permainan yang lain dikekalkan. Saiz gelanggang dikekalkan 6m x 10m. Jarak zon serang adalah 2m, jarak zon belakang adalah 3m dan jarak zon servis adalah 5m. Ketinggian jaring pula adalah 1.15m. Kedudukan pemain digelanggang berasaskan punggung yang menyentuh lantai gelanggang. Di Malaysia, klasifikasi pemain dibuat oleh Persatuan Bola Tampar OKU Malaysia (MDVA). Organisasi ini juga akan mengendalikan pertandingan bola tampar duduk di negara ini (Kejohanan Bola Tampar Duduk AMBANK 1-Malaysia, 2011).Peraturan permainan juga dimudahkan kerana pemain tidak berdiri tetapi mereka akan duduk. Pada ketika pukulan servis dibuat, kedua punggung pemain mesti berada dalam zon servis. Syarat kedua permainan ini adalah punggung tidak terangkat semasa membuat servis. Manakala tangan dan kaki pemain yang membuat servis, dibenarkan berada atau menyentuh kawasan di luar zon servis. Selain itu, semasa membuat pukulan dan serangan, para pemain tidak dibenarkan mengangkat mana-mana belah punggung semasa melakukan serangan. Semasa membuat hadangan, para pemain dibenarkan membuat hadangan tetapi tidak boleh mengangkat punggung. Kesimpulannya, dalam permainan bola tampar ini, syarat utama permainan adalah punggung pemain mesti sentiasa menyentuh gelanggang.

a. Huraikan aktiviti dan acara sukan yang sesuai untuk murid bermasalah

pendengaran dan penglihatan.

b. Jelaskan peralatan yang khusus dalam pertandingan acara olahraga

murid pendidikan khas kategori bermasalah pendengaran

Page 15: Modul Unit 3

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 50

d. Ping Pong Dalam permainan ping pong, atlet yang tidak mempunyai lengan akan diberi pembantu untuk membuat servis. Syarat membuat servis iaitu bola harus dilambung setinggi lebih daripada 6 inci dikekalkan (Sein O‟neill, 2006). Oleh itu, atlet yang hanya mempunyai satu tangan masih dapat melibatkan diri dalam sukan ini. Seorang pembantu akan melambung bola setinggi 6 inci dan atlet OKU ini akan terus membuat servis untuk mereka teruskan permainan dengan membuat serangan dan pukulan. Selain itu, syarat dalam permainan ini dilonggarkan dimana bola dibenarkan untuk melantun dua kali. Syarat ini dilonggarkan untuk atlet yang tidak mempunyai kaki atau bermasalah di bahagian kaki seperti spastik (Joseph P. Winnick, 2005). Oleh itu, pemain yang menggunakan kerusi roda mempunyai masa yang mencukupi untuk membalas servis dan serangan daripada pihak lawan.

e. Bola Keranjang

Bola keranjang merupakan suatu permainan yang dapat disertai oleh golongan kurang upaya ini juga. Sukan ini juga telah diubahsuai seperti sukan-sukan yang lain. Pengubahsuian yang dilakukan adalah dari segi kelonggaran permainan iaitu pemain yang mempunyai masalah di bahagian kaki samaada tidak mempunyai kaki atau otot kaki mereka lemah, mereka dibenarkan untuk menggunakan kerusi roda. Oleh itu, kiraan faul atau kesalahan dalam permainan bola keranjang telah diubahsuai. Contohnya, bound akan batal apabila mana-mana bahagian pemain terkena lantai atau kerusi rodanya tersentuh bahagian luar gelanggang (National Wheelchair Basketball Association, 2008). Kerusi roda yang digunakan perlu memenuhi syarat peralatan permainan. Sebelum memasuki suatu pertandingan, kerusi roda atlet ini akan diperiksa oleh penyelia pertandingan supaya tidak melanggar syarat kelayakan memasuki pertandingan. Salah satu syarat adalah ketinggian kerusi roda hendaklah tidak melebihi 25.6 meter dan 12.5 lebar. Seorang atlet bola keranjang berkerusi roda mengatakan kemampuan adalah bukan kiraan dalam ketidakupayaan. Kata-kata atlet tersebut membawa maksud kemampuan seseorang tidak ada kaitannya dengan kekurangannya atau kelebihannya, tetapi, kemampuan seseorang terletak pada usahanya. Apabila kita berusaha kita akan mendapat apa yang diingini (Jespersen. E & McNamee. M, 2009).

Sukan Yang Direka Khas Kebanyakan sukan telah diubahsuai untuk memberi peluang kepada atlet OKU menyertai sukan ini. Namun, terdapat juga sukan yang memang direka khas untuk golongan orang kurang upaya ini. Satu sukan yang dinamakan sukan Boccia iaitu sukan yang direka khas untuk atlet yang kurang kemampuan seperti orang biasa ini. Sukan ini seperti bowling padang. Sukan ini seumpama menggantikan sukan bowling padang. Sukan ini direka khas untuk golongan kurang upaya kategori bermasalah fizikal seperti spastik, cerebral palsi dan epilepsi. Mereka perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak dan mereka tidak mampu berdiri. Oleh itu sukan ini tidak benyak menggunakan pergerakan tempat dan sukan ini juga tidak banyak menggunakan kemahiran motor daripada bahagian kaki. Kaedah permainan ini adalah, pemain akan duduk di atas kerusi roda dan mereka dikehendaki untuk menggolekkan bola sehingga menghampiri sasaran bola yang telah diletakkan beberapa jarak dihadapan mereka. Tujuan pemainan ini adalah untuk menggolekkan bola di atas lantai supaya mendekati bola yang disasarkan. Oleh

Page 16: Modul Unit 3

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 51

itu, pemain yang dapat menggolekkan bola menghampiri bola yang disasarkan akan dikira sebagai pemenang.

KESESUAIAN SUKAN MENGIKUT KATEGORI KETIDAKUPAYAAN Setiap kategori orang kurang upaya ini mempunyai sukan yang diubah suai mengikut kekurangan dan kemampuan mereka. Terdapat peraturan yang dikekalkan dan ada juga peraturan yang dilonggarkan.

a.Kategori Masalah Penglihatan Kategori masalah penglihatan dalam sukan khas ini melibatkan semua klasifikasi dalam masalah penglihatan iaitu daripada bermasalah penglihatan yang sedikit sehingga buta keseluruhan. Di Amerika Syarikat, terdapat dua organisasi yang mengendalikan sukan untuk orang kurang upaya dalam masalah penglihatan ini iaitu United States Association For Blind Athletes (USABA) dan The International Blind Sport Organization (IBSA). Kedua-dua organisasi ini bertugas untuk menyediakan peluang kepada orang yang bermasalah penglihatan untuk terlibat dalam bidang sukan ini. Selain itu, mereka ditugaskan untuk menganjurkan pertandingan dan acara untuk OKU ini dan mereka juga ditugaskan untuk menjaga kebajikan atlet mereka. (Joseph P. Winnick, 2006). Menurut USABA, sukan yang dipertandingkan untuk orang bermasalah penglihatan ini adalah olahraga, judo, renang, berbasikal, angkat berat dan beepball. Sukan-sukan ini diubahsuai peraturannya supaya mengikuti kemampuan mereka. Dalam sukan olahraga iaitu larian, terdapat beberapa panduan yang harus diikuti untuk membawa orang bermasalah penglihatan terlibat dalam larian. Pelari yang bermasalah penglihatan teruk memerlukan orang untuk memandu mereka. Pelari akan memegang siku atau tangan pemandu mereka, bergantung kepada keselesaan mereka. Selain itu, mereka juga boleh menggunakan tali yang pendek sebagai panduan untuk mereka berlari sepanjang trek larian. Penganjur juga dapat menggunakan bunyi sebagai panduan iaitu, terdapat bunyi yang dipasang di hujung trek dan mereka akan berlari menuju ke arah bunyi tersebut. Namun, pemasangan bunyi hendaklah dibuat dengan kuat dan jelas.

Sukan seterusnya adalah angkat berat. Dalam sukan ini, pengkelasan sukan mengikut umur, jantina dan berat badan. Peraturan dalam pengkelasan ini masih sama seperti sukan biasa. Kategori yang dipertandingkan dalam sukan ini juga sama seperti sukan biasa iaitu squat iaitu mengangkat berat sehingga kebelakang kepala dan tahan di belakang kepala. Seterusnya, bench iaitu angkat sehingga ke dada sahaja dan kategori ketiga, dead iaitu mengangkat sehingga ke bahagian pinggang (Therapeutic Recreation Directory, 2000). Sukan renang juga meletakkan ketegori yang sama seperti sukan angkat berat. Terdapat ketegori butterfly, backstroke, breastroke dan gaya bebas. Semua peraturan sama sahaja seperti sukan renang yang biasa seperti besar kolam renang, jarak renang, lebar trek renang. Manakala, pakaian renang juga sama seperti sukan renang yang biasa. Mereka perlu memakai gogal untuk melindungi mata mereka sepertimana perenang yang normal. Perbezaannya cuma sukan ini ditambah dengan satu bantuan iaitu tapper. Tapper adalah alat pengetuk yang diperbuat daripada kayu atau plastik berbentuk tongkat. Perenang yang bertanding akan membuat beberapa pusingan seperti acara pertandingan biasa. Namun, atlet bermasalah penglihatan ini tidak sedar akan berapa pusingan telah dibuat. Oleh itu, tapper akan mengetuk badan mereka untuk memberitahu pusingan terakhir perlu dilakkan.

Page 17: Modul Unit 3

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 52

Dalam sukan judo pula, atlet bermasalah penglihatan yang ringan sahaja sesuai menyertai sukan ini. Sukan ini sudah mempunyai peraturan yang memudahkan golongan yang bermasalah penglihatan ini iaitu komunikasi semasa dalam permainan antara peserta pertandingan dan pengadil pertandingan tersebut. Dalam beep ball, peraturan yang diubah suai iaitu pitch dan catcher adalah dari kumpulan yang sama. Kesemua pemain akan memakai penutup mata atau blindfold untuk memberi keadilan dalam permainan dimana pemain yang bermasalah penglihatan ringan akan mempunyai penglihatan yang keseluruhan tidak dapat melihat supaya selaras dengan atlet yang bermasalah penglihatan teruk. Pitch akan menjerit menyebut perkataan „ready, ball‟ sebelum membaling bola ke arah bat supaya bat dapat mengetahui bahawa bola akan dibaling ke arahnya dan dia perlu bersedia. Setiap base atau tapak mempunyai bunyi apabila dipijak untuk memberi tahu kepada pemain bahawa dia telah melepasi suatu tapak. Dalam sukan ini telah dimudahkan dengan mengurangkan tapak dimana dalam sukan baseball biasa, jumlah tapak adalah 3 tetapi dalam sukan khas ini, jumlah tapak telah dikurangkan menjadi 2 sahaja.

b.Kategori Masalah Pendengaran Dalam sukan deaflimpic yang dinyatakan di atas merupakan sukan untuk golongan yang bermasalah pendengaran. Sukan yang sesuai untuk disertai oleh golongan ini adalah sukan yang kurang memerlukan komunikasi dalam kumpulan. Antara contoh sukan yang sesuai disertai adalah sukan terjunan air. Chriss Colwill iaitu penerjun air mengatakan beliau tidak dapat mendengar seperti individu lain. Namun, kelemahan dan kekurangan beliau ini dijadikan sebagai kelebihan kerana, apabila beliau tidak dapat mendengar, beliau dapat lebih memberi tumpuan apabila membuat terjunan (Estep. T, 2008). Di Amerika Syarikat, The United States Of America Deaf Sport Federation (USADSF) menyediakan beberapa sukan untuk orang kurang upaya. Sukan-sukan tersebut adalah olahraga, badminton, bowling, berbasikal, golf, dan luncur ais. Mereka dapat memberi tumpuan yang luar biasa kerana mereka tidak dapat mendengar. Kesemua sukan ini tidak banyak diubahsuai dari segi peraturannya. Namun, pengubahsuai dilakukan kepada pertukaran isyarat bunyi menjadi isyarat kiu. Contohnya, dalam sukan olahraga larian, tembakan akan dilepaskan menandakan peserta memulakan larian dan perlumbaan. Pengubahsuaian yang dilakukan dalam sukan olahraga larian ini kepada golongan yang bermasalah pendengaran adalah seorang pengadil akan berdiri di depan dan menunjukkan isyarat „go‟. Selain itu, terdapat pertandingan yang tidak menggunakan isyarat tangan tetapi menggunakan lampu dimana lampu ini akan dinyalakan untuk menandakan pelari memulakan larian.

c.Kategori Masalah Pembelajaran Sukan kepada golongan bermasalah pendengaran ini juga telah diubahsuai mengikut kurangan mereka yang lemah dalam ingatan dan pergerakan. Apabila aktiviti yang mencabar dalam sukan dapat diubah suai, golongan ini sudah pasti dapat menyertai pertandingan ini. Mereka hanya memerlukan kelonggaran dalam peraturan dan sokongan dari segi aktiviti fizikal. Aktiviti yang perlu dimodifikasikan adalah menggantikan kemahiran motor yang mencabar kepada teknik yang mudah dilakukan. Contohnya sukan gimnastik yang mempunyai banyak pergerakan motor yang sangat kompleks dapat dipermudahkan pergerakannya menjadi pergerakan yang tidak terlalu meregang otot. Selain itu, sukan yang menguji kelajuan dan ketangkasan pemainnya perlu diubah dan dilonggarkan syarat ini. Contohnya sukan olahraga larian yang menguji kepantasan pemainnya perlu dilonggarkan kepada acara berjalan kaki. Modifikasi seterusnya adalah sukan yang menguji kejauhan jarak atau keupayaan seseorang untuk bertahan dalam jangka masa yang lama. Contoh sukan yang menguji teknik ini adalah angkat

Page 18: Modul Unit 3

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 53

berat dan renang. Seperti yang diketahui sukan angkat berat merupakan sukan yang menguji ketahanan peserta untuk mengangkat berat pada jangka masa selama yang termampu oleh peserta tersebut. Oleh itu, sukan ini dapat dikurangkan masa seperti pengiraan masa untuk pemain bertahan adalah singkat berbanding sukan biasa. Sukan paralimpik menyediakan beberapa sukan untuk golongan yang istimewa ini. Sukan yang dipertandingkan adalah renang, olahraga, dan pingpong. Sukan ini sukan yang sesuai untuk mereka kerana tidak ada banyak peraturan dalam sukan jenis ini. Sukan jenis ini juga memerlukan kemahiran motor yang mudah untuk dilakukan.

d. Kategori Bermasalah Motor Terdapat beberapa jenis kategori kecacatan, antaranya adalah cerebral palsy, spastic, dan Les Autres. Dalam Les Autres, terdapat beberapa penyakit di bawahnya pula. Penyakit tersebut adalah muscular dystrophy, juvenile Rheumatoid arthritis, osteogenesis imperfect, arthrogryposis, multiple sclerosis, friedreich‟s ataxia, myasthenia fravis dan guillain barre syndrome. Selain itu, kudung juga merupakan salah satu kecacatan yang berada di bawah ketegori ketidakupayaan fizikal. Muscular dystrophy, adalah suatu kumpulan penyakit yang berpunca daripada genetik. Ia disebabkan oleh masalah tisu dan kelemahan otot. Simptom ini dapat dikesan sejak bayi itu masih kecil atau ketika bayi lagi. Mereka memerlukan kerusi roda untuk bergerak kerana kaki mereka tidak mampu untuk berdiri dan otot kaki mereka lemah. Oleh itu, sukan yang sesuai untuk mereka adalah sukan yang membenarkan penggunaan kerusi roda.Bagi golongan yang berpenyakit ini, sukan yang sesuai untuk mereka adalah sukan yang tidak menekan otot seperti renang. Arthrogryposis juga merupakan penyakit yang bermasalah join pada otot dan otot lemah. Bahagian yang bermasalah adalah anggota penglibatan di bahagian atas. Akibatnya, mereka akan mengalami halangan dalam pergerakan dan keseimbangan. Oleh itu, sukan yang sesuai untuk mereka adalah sukan renang. Sukan seperti bowling, berbasikal, golf, dan boccia juga sesuai untuk mereka. Masalah motor termasuklah golongan yang mempunyi penyakit cerebral palsy, spastic, epilepsy. Serebral palsy ialah keadaan saraf otot yang disebabkan oleh kecederaan otak sebelum, semasa dan serta merta semasa kelahiran. Ia bukanlah keadaaan berperingkat ataupun penyakit. Atlet ini mengalami aktiviti reflek otot yang tidak normal, masalah motor persepsi, penglihatan yang kabur, lembap dalam pembelajaran dan lain-lain. Atlet ini memerlukan kerusi roda dalam kebanyakan sukan. Contohnya adalah sukan alpine skiing. Peralatan luncur telah diubah suai menjadi bentuk kerusi roda supaya dapat diduduk oleh pemain daripada golongan bermasalah motor ini. Mereka tidak sesuai dengan aktiviti air yang mencabar seperti kanu kayak dan luncur air kerana mereka mudah terkena kekejangan otot. Oleh itu, mereka susah untuk diselamatkan apabila berlaku kekejangan semasa mereka berada di atas permukaan air. Hal ini akan membahayakan keselamatan mereka.

Acara Syarat dan Klasifikasi

Memanah Acara memanah terbuka kepada atlet kurang upaya fizikal. Klasifikasi bagi acara ini dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu: W1- tulang belakang saraf atlet yang cedera dan Cerebral Palsy dengan kecacatan dalam semua empat anggota badan. W2 - pengguna kerusi roda dengan fungsi lengan penuh. W3 - berdiri amputee, Les Autres dan atlet Cerebral Palsy berdiri. Beberapa atlet dalam kumpulan yang ada akan duduk di atas sokongan yang tinggi tetapi masih mempunyai kaki mereka menyentuh tanah.

Page 19: Modul Unit 3

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 54

Olahraga Olahraga terbuka kepada semua golongan kurang upaya dan menggunakan sistem klasifikasi yang berfungsi. F awalan untuk atlet bidang T bagi atlet trek. F atau T 11-13 cacat penglihatan F atau T 20 pembelajaran kurang upaya F atau T 32-38 Cerebral Palsy F atau T 40-46 amputee dan Les Autres T 51-54 atlet trek kerusi roda F 51 - 58 atlet bidang kerusi roda

Bola Keranjang

Acara bola keranjang terbuka kepada atlet kerusi roda dan atlet-atlet kurang upaya pembelajaran. Atlet kerusi roda dikelaskan mengikut kepada keupayaan fizikal mereka dan diberi penarafan mata antara 0.5 sehingga 4.5. Individu yang kadar pada kadar 0.5 adalah keupayaan paling teruk dan OKU pada kadar 4.5 adalah keupayaan kurang. Sebuah pasukan terdiri daripada lima pemain dan tidak boleh melebihi jumlah 14 mata pada bila-bila masa yang diberikan

Boccioa Boccia terbuka kepada atlet cerebral palsy atau syarat-syarat yang berkaitan neurologi yang bertanding dari kerusi roda. Klasifikasi adalah dibahagikan kepada empat kumpulan : BC1: Atlet sama ada mencampakkan atau pemain kaki (Cerebral Palsy). Atlet boleh bersaing dengan BC 2

Berbasikal LC1 - untuk penunggang dengan kurang upaya anggota atas LC2 - untuk penunggang kurang upaya dalam satu kaki LC3 - untuk penunggang dengan kecacatan dalam satu anggota badan yang lebih rendah yang biasanya akan kayuh dengan satu kaki sahaja. LC4 - untuk penunggang kurang upaya yang member kesan kepada kedua-dua kaki.

Ekuestrian Equestrian adalah terbuka kepada semua golongan kurang uapaya dengan penunggang dibahagikan kepada empat gred iaitu : Gred 1 menggabungkan pelumba yang mengalami kurang upaya teruk dengan celebral palsi, les autres dan kecederaan saraf tunjang. Gred 2 menggabungkan celebral palsi, les autres, kecederaan saraf tunjang dan penunggang amputee . Gred 3 adalah untuk celebral palsi, les autres dan kecederaan saraf tunjang, amputee, pergerakan kaki dan buta. Gred 4 menggabungkan atlet yang mempunyai celebral palsi, les autres dan kecederaan saraf tunjang, pemotongan, atau mempunyai masalah penglihatan.

Goalball Terbuka kepada atlet yang cacat penglihatan. Pemain mesti memakai topeng untuk memastikan semua peserta dapat bersaing bersama-sama. Bola mempunyai loceng di dalamnya untuk membantu pemain bertindak balas terhadap bola.

Page 20: Modul Unit 3

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 55

WINTER PARALYMPICS GAMES Sukan Paralimpik Musim Sejuk diadakan setiap empat tahun secara langsung berikutan Sukan Olimpik Musim Sejuk. Selain itu, Paralimpik Musim Sejuk juga diadakan di bandar yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk. Paralimpik Musim Sejuk dimulakan pada tahun 1976 di Ornskoldsvik, Sweden. Atlet dari Paralimpik pertama (Musim Panas atau Musim Sejuk) yang menampilkan atlet lain daripada atlet kerusi roda.

Kategori Atlet Winter Paralympics Atlet bagi winter paralypics dibahagikan kepada enam kategori iaitu amputee. Amutee terdiri daripada atlet dengan kecacatan sebahagian atau keseluruhan sekurang-kurangnya satu anggota. Seterusnya adalah cerebral palsi. Atlet celebral palsi terdiri daripada atlet dengan kerosakan otak bukan progresif. Misalnya, cerebral palsi, kecederaan otak trauma, strok atau kurang upaya yang serupa yang mempengaruhi kawalan otot, imbangan atau koordinasi. Seterusnya adalah kategori kurang upaya intelek dan ketegori kerusi roda. Atlet kategori kerusi roda merupakan atlet dengan kecederaan saraf tunjang dan kurang upaya yang lain yang memerlukan mereka untuk bersaing di kerusi roda. Seterusnya, kategori cacat penglihatan yang diwakili oleh atlet yang cacat penglihatan. Manakala bagi kategori les autres pula diwakili oleh atlet kurang upaya fizikal. Jenis Sukan Winter Paralympics ialah, Meluncur ais, Biathlon, Cross-country skiing, Hoki ais (Ice Sledge Hockey) dan Kerusi roda lencong (wheelchair curling)

SUKAN PARALIMPIAD MALAYSIA Kejohanan Sukan Paralimpiad Malaysia yang pertama telah diadakan pada tahun 1982 dan ketika itu ianya dikenali sebagai Kejohanan Sukan Kebangsaan Bagi Orang Cacat. Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) telah mengambil alih penganjuran kejohanan ini sepenuhnya bermula pada siri ke-6, iaitu pada tahun 1992. Sukan Paralimpiad Malaysia adalah satu kejohanan sukan di peringkat kebangsaan yang dipertandingkan di bawah pengawalan MPM dan ia diadakan setiap dua tahun secara berselang-seli dengan Kejohanan Sukan Para Asean. Penghormatan pengelolaan kejohanan Sukan Paralimpiad Malaysia diamanahkan kepada negeri yang menganjurkan Sukan Malaysia (SUKMA). Kejohanan Sukan Paralimpiad Malaysia mestilah diadakan setiap dua tahun berselang-seli dengan kejohanan Sukan Para Asean. Pemilihan tuan rumah bagi kejohanan Sukan Paralimpiad Malaysia adalah berdasarkan seperti pemilihan tuan rumah bagi SUKAN Sukan Malaysia (SUKMA) yang diputuskan oleh pihak kerajaan.Jumlah sukan serta acara yang perlu dipertandingkan adalah ditentukan oleh Jawatankuasa Tertinggi dengan mengambilkira pelbagai aspek termasuk kemudahan atau fasiliti yang mesra OKU (disabled friendly) di tempat kejohanan.

Bendera Dan Lambang

Page 21: Modul Unit 3

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 56

„Taegu atau air mata 3 titisan air yang berwarna hijau, biru dan merah melambangkan “Kekuatan dan Keazaman Pergerakan Paralimpik”.

Jenis Sukan Yang Dipertandingkan Jawatankuasa Pengelola menawarkan sukan-sukan mengikut kategori kecacatan yang telah ditetapkan seperti berikut didalam menganjurkan kejohanan Sukan Paralimpiad Malaysia. Acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut :Olahraga ,Renang ,Badminton,Boccia ,Ping pong,Lawan pedang ,Menembak ,Tenis kerusi roda, Powerlifting ,Boling padang,Judo,Tenpin bowling, Lumba basikal, Perahu layar ,Goalball ,Bola tampar duduk, Bola keranjang kerusi roda, Bolasepak ,7 a side (Cerebral palsi),5 a side (Cacat penglihatan), Ekuestrian,Memanah,Tarian kerusi roda, Rugbi berkerusi roda, Golf, Catur, Karom

Kategori Kecacatan Terdapat enam jenis kategori bagi atlet OKU iaitu : OKU Anggota (Wheelchair bound, Amputees & les autres) OKU Penglihatan (Visually Impaired) Spastik (Cerebral Palsy) OKU Akal (Intellectually Disabled) OKU Pendengaran (Deaf) Kerdil (Little People)

DEAFLYMPICS GAMES Sejarah sukan deaflympics bermula semasa sukan yang pertama dianjurkan di Paris pada tahun 1924 (Paris) yang dikenali sebagai Sukan Senyap Antarabangsa ( International Silent Games ). Idea berkaitan sukan deaflympics diperkenalkan oleh Eugene Rubens-Alcais yang berasal daripada Perancis . Beliau merupakan seorang yang pekak dan Presiden Persekutuan Pekak Perancis. Matlamat sukan ini diadakan bagi membuang persepsi terhadap orang pekak yang mempunyai tahap intelektual yang rendah, golongan yang miskin dan sering dilayan seperti orang terbuang oleh masyarakat sekeliling pada masa tersebut.

Page 22: Modul Unit 3

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 57

Selain itu, seorang pemuda dari negara Belgium yang juga mengalami masalah pekak

telah iaitu Antoine Dresse telah memainkan peranana penting dalam membantu Eugene Ruben-Alcais mencapai matlamat ini. Sukan deaflympics dijadikan sebagai platform untuk negara-negara membincangkan tentang persamaan dan perbezaan dalam kebajikan orang pekak. Sukan Senyap (Silent Games ) telah ditubuhkan oleh jawatankuasa Sukan Senyap Antarabangsa atau The International Committee of Silent Sports (CISS) manakala dalam bahasa perancis dikenali sebagai Le Comité International des Sports Silencieux.Kemudiannya bertukar nama kepada Le Comite‟ International des Sports des Sourds iaitu Jawatankuasa Antarabangsa Sukan Orang Pekak atau The International Committee of Sports for the Deaf (ICSD).

Deaflympics mempunyai perbezaan daripada semua permainan yang diperkenalkan

dalam International Olympics Committee (IOC). Perbezaannya adalah kerana sukan ini dianjurkan dan dikendalikan secara eksklusif oleh ahli-ahlinya. Dalam pengurusan sukan ini, hanya orang yang pekak layak berkhidmat dalam lembaga ICSD dan badan-badan eksekutif. Pada awalnya penubuhan sukan ini, iaitu semasa sukan pertama yang berlangsung di Paris hanya Sembilan buah negara-negara eropah yang menganggotai dan menyertai dalam sukan tersebut. Oleh kerana, arus kemodenan yang pesat dan perkembangan teknologi dunia yang semakin canggih, penerimaan negara-negara terhadap sukan deaflympics semakin tinggi.

Sehingga kini keanggotaan ICSD telah mencapai keanggotaan dan penyertaan

sebanyak 104 negara. Sebanyak 21 permainan musim panas telah diadakan sejak awal permainan di Paris dengan penyertaan seramai 148 atlet. Malangnya, tiada permainan telah diadakan antara tahun 1939 dan tahun 1949 disebabkan kerana Perang Dunia ke Dua. Manakala, Sukan Musim Sejuk yang pertama telah diadakan di Seefeld di Austria pada tahun 1949 dengan 33 atlet dari lima buah negara. Pada tahun 1965 permainan pertama telah diadakan di luar Eropah, Sukan Musim Panas yang diadakan di Washington DC di Amerika Syarikat.

Logo Sukan Deaflympics

Logo sukan deaflympics direka pada tahun 2003 oleh seorang ahli reka bentuk grafik

iaitu Ralph Fernandez. Logo ini melambangkan simbol kekuatan positif dan kuasa sukan komuniti orang pekak antarabngsa. Logo ini menunjukkan hubungan kuat dan elemen bersama antara bahasa isyarat, orang pekak, budaya antarabangsa, perpaduan dan kesinambungan antara komuniti orang pekak. Pada logo terdapat bentuk tangan “ok”,”baik” dan “hebat” yang bertindih antara satu sama lain di dalam satu bulatan mewakili tanda asal untuk deaflympics. Bentuk tangan tersebut mewakili tanda golongan pekak untuk bersatu. Pusat logo yang berada

Page 23: Modul Unit 3

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 58

ditengah-tengah dan berbentuk bulat mewakili iris mata yang menyatakan orang pekak menggunakan visual mata untuk berkomunikasi. Manakala, logo ini menggabungkan empat warna bendera negara di dunia iaitu merah, biru, kuning dan hijau. Warna ini juga mewakili empat konfederasi serantau iaitu terdiri daripada Konfederasi Sukan Pekak Asia Pasifik, Organisasi Sukan Pekak Eropah, Organisasi Sukan Pekan Pan Amerika dan Persekutuan Sukan Pekak Afrika. Rajah diatas menunjukkan logo bagi Deaflympics. Logo ini digunakan dan kekal hingga kini.

Kategori Sukan Deaflympics Sukan deaflympics terbahagi kepada dua bahagian iaitu Sukan Deaflympics Musim Sejuk (The Winter Deaflympics) dan Sukan Deaflympics Musim Panas (The Summer Deaflympics). Penyertaan atlet dalam kedua-dua kejohanan ini perlulah mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak organisasi Sukan Deaflympics. Peraturan bagi Sukan Musim Panas dan Musim Sejuk Deaflympics adalah sama tetapi hanya berbeza dari segi sukan yang ditawarkan dalam kejohanan tersebut. Bagi Sukan Musim Panas Deaflympics acara sukan yang ditawarkan bagi kategori individu ialah olahraga, bola tampar, bowling, berbasikal,judo,karate, orienteering, renang, ping pong, taekwando,tenis, gusti gaya bebas dan gusti Greco-Rom. Manakala bagi kategori berkumpulan acara yang dipertandingkan ialah bola jarring, bola sepak, bola baling, bola tampar dan polo air. Sukan Musim sejuk deaflympics menawarkan acara Alpine Skiing, Cross Country Skiing dan Snowboard bagi kategori individu. Manakala bagi kategori berkumpulan acara curling dan hoki ais dipertandingkan.

Kelayakan Menyertai Sukan Deaflympics Kelayakan bagi Sukan Musim Panas dan Musim sejuk Deaflympics ialah pertandingan mestilah jujur dan tidak berat sebelah dan semua atlet adalah ahli gabungan penuh. Seterusnya, diskriminasi tidak dibenarkan dalam persatuan atau mana-mana bangsa, agama dan politik. Penyertaan dalam sukan Deaflympics adalah terhad kepada orang-orang yang pekak iaitu ditakrifkan sebagai kehilangan pendengaran sekurang-kurangnya 55 dB ( purata tiga nada frekuensi 500, 1000 dan 2000 Hertz) mengikut standard ISO 1964. Seterusnya, atlet terdiri daripada ahli-ahli gabungan Persekutuan Kebangsaan (National Federation). Selain itu, tiada had umur bagi peserta kerana had umur untuk acara atau pertandingan mengikut sukan-sukan tertentu.

Kelayakan deaflympics juga mengenakan atlet mengisi borang pendaftaran. Borang pendaftaran tersebut akan disertakan dengan teks kod kelayakan yang ditandatangani oleh dua orang pegawai iaitu presiden dan setiausaha persekutuan. Teks kod adalah seperti berikut :- "We, the undersigned, declare that we have read the eligibility conditions for the Summer Deaflympics and that we and our athletes comply with them. We agree to be filmed or photographed during the Summer Deaflympics under the conditions and for the purposes authorized by the International Committee of Sports for the Deaf."

Peraturan yang seterusnya ialah dari segi kad identiti. Semua atlet dan pegawai akan diberi kad pengenalan yang perlu dibawa apabila memasuki tapak atau stadium. Tanpa kad pengenalan tersebut tiada atlet dibenarkan memulakan permainan. Peraturan dari segi alat bantu pendengaran, semua atlet dilarang menggunakan apa-apa jenis alat bantu pendengaran atau penguatan atau implan koklea bahagian luar semasa acara sukan sedang dipertandingkan.

Page 24: Modul Unit 3

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 59

SUKAN PARA ASEAN ( ASEAN PARA GAMES ) Sukan Para ASEAN diadakan dua tahun sekali (selepas Sukan Asia Tenggara). Sukan ini menawarkan pelbagai acara bagi atlet kurang upaya. Sukan Para ASEAN disertai oleh 11 buah negara yang terletak di Asia Tenggara. Sukan ini berpola selepas Sukan Paralimpik yang disertai oleh atlet kurang upaya. Antaranya atlet kurang upaya pergerakan, masalah penglihata, amputee dan kurang upaya dengan Seberal Palsy. Sukan Para ASEAN di bawah peraturan Persekutuan Sukan Para ASEAN ( ASEAN Para Sport Federation, APSF ). malah, persekutuan ini menguruskan organisasi dan pengurusan berkaitan Sukan Para ASEAN. Sukan ini dihoskan oleh negara yang sama dengan Sukan SEA dijalankan.

Sejarah Sukan Para ASEAN bermula di Kuala Lumpur, Malaysia pada 25 hingga 30 Oktober 2001, dimana Kuala Lumpur menjadi tuan rumah dan sukan ini buat pertama kalinya diadakan. Sukan Para ASEAN merupakan acara rasmi dan utama dalam Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF). Sukan para ASEAN merupakan acara sukan selari bagi orang kurang upaya selepas Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) dan berpola selepas Sukan Paralimpik dan Sukan FESPIC. Sukan para ASEAN kedua berlansung di Hanoi, Vietnam pada 19 hingga 27 Disember 2003. Pada kejohanan ini, Timor Leste telah dimasukkan secara rasmi dalam sukan ini sebagai negara-negara keanggotaan yang ke sebelas.

Sukan Para ASEAN ketiga diadakan di Kuala Lumpur, Filipina pada 14 hingga 20

Disember 2005. Seterusnya, sukan ini diadakan di Nakhon Ratchasima, Thailand untuk kali keempat pada 20 hingga 26 januari 2008. Sukan Para ASEAN kelima diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia. Pada peringkat awalnya sukan kali kelima akan diadakan di Laos tetapi disebabkan masalah kewangan dan kurang pengalaman dalam menyediakan sokongan yang perlu bagi keperluan atlet kurang upaya menyebabkan Sukan Para ASEAN tidak dapat dilangsungkan di Laos. Sukan Para ASEAN kelima diadakan pada 15 hingga 19 Ogos 2009. Manakala, Sukan Para ASEAN yang keenam akan diadakan di Solo, Indonesia pada 12 hingga 22 Disember 2011 dan yang ketujuh akan diadakan di Naypyidaw, Myammar pada tahun 2013. Logo

Logo Sukan Para ASEAN ( ASEAN Para Games )

Page 25: Modul Unit 3

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 60

Sukan Para ASEAN juga mempunyai logo tersendiri seperti sukan-sukan lain. Logo Sukan Para ASEAN menunjukkan kemunculan bersama Sukan Pemimpin Paralimpik ( Paralympic Sports Leaders ) dengan satu visi, misi dan komitmen dalam mencapai kesaksamaan dalam sukan bagi orang kurang upaya di rantau ASEAN. Logo ini menunjukkan semangat kerjasama, kebanggaan dan keharmonian yang kekal dalam serantau. Logo ini juga menghubungkan semua dalam “Mind,Body, Spirit” seperti dalam cita-cita Gerakan Paralimpik.

Penyertaan negara bagi Sukan Para ASEAN sebanyak sebelas negara atau lebih dikenali negara keanggotaan. Negara yang menyertai sukan ini ialah Indonesia, Combodia, Brunei, Vietnam, Thailand, Malaysia, Myammar, Timor Laste, Singapura, Filipina dan Laos. Sukan Para ASEAN menawarkan empat kategori sukan yang dipertandingkan iaitu acara sukan, acara sasaran, sukan bola dan sukan air.

Kategori Acara

Kategori acara sukan adalah judo,olahraga, angkat berat dan catur. Manakala bagi acara sasaran memanah, menembak dan lawan pedang dipertandingkan. Seterusnya ialah sukan bola iaitu badminton, bowling, boccia, tenis meja, bola keranjang kerusi roda, bowling berkerusi roda, bola tampar kerusi roda dan goalball. Selain itu, sukan Para ASEAN juga menawarkan sukan air bagi golongan kurang upaya iaitu kapal layar dan renang.

SUKAN PARA-ASIA (ASIAN PARA GAMES)

Logo Persekutuan Sukan Para ASEAN ( ASEAN Para Sports

Federation )

Page 26: Modul Unit 3

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 61

Sukan Para-Asia merupakan satu-satunya sukan untuk atlet kurang upaya yang terbesar di rantau Asia. Sebelum ini Sukan Para-Asia dikenali sebagai Sukan FESPIC (Far East South Asia Pasific) di bawah naungan FESPIC Federation. FESPIC Federation ini semata-mata bertujuan untuk mempromosi kesedaran awam dan kebajikan untuk golongan OKU di dalam benua melalui penglibatan dalam sukan dan aktiviti lain. Selain itu sukan FESPIC diadakan bagi meningkatkan persefahaman untuk golongan OKU dengan oran awam serta mempromosi rehabilitasi melalui aktiviti sukan. Selepas itu FESPIC Federation ini telah dibubarkan dan digantikan penubuhannya dengan Asian Paralympic Committee (APC). APC ini menjadi badan induk yang mempunyai hak membuat keputusan ke atas Sukan Para Asia. Selepas diberi nafas baru dengan menukarkan kepada Sukan Para Asia, Guangzhou, China telah menjadi sebagai tuan rumah yang pertama Sukan Para-Asia pada tahun 2010.

Penganjuran Sukan Para Asia

SUKAN FESPIC

TAHUN TARIKH NEGARA JUMLAH NEGARA

JUMLAH PENYERTAAN

1st 1975 1-3 Jun Oita & Beppu, Jepun 18 973 2nd 1977 20-26 Nov Parramatta, Australia 16 430 3rd 1982 31 Oct -7

Nov Sha Tin, Hong Kong 23 744

4th 1986 31 Ogos- 7 Sept

Surakarta, Indonesia 19 834

5th 1989 15-20 Sept Kobe, Jepun 41 1,646 6th 1994 4-10 Sept Beijing, China 42 2,081 7th 1999 10-16 Jan Bangkok, Thailand 34 2,258 8th 2002 26 Oct-1

Nov Busan, Kore 40 2,199

9th 2006 25 Nov-1 Dec

KL, Malaysia 46 3,641

a. SUKAN PARA-ASIA GUANGZHOU

Logo, Slogan, Maskot

Page 27: Modul Unit 3

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 62

Logo rasmi Sukan Para-Asia Guangzhou 2010 telah diilhamkan oleh Xiguan Flower Window-elemen dan reka bentuk boleh didapati pada rumah tradisional di Guangzhou. Logo ini membayangkan pergerakan seorang atlet dan menggunakan 3 unsur warna iaitu merah, hijau, biru. Logo ini juga melambangkan dan mewakili atlet kurang upaya berusaha mencipta kejayaan dalam Sukan Para-Asia Guangzhou 2010. Manakala slogan bagi Sukan Para-Asia Guangzhou 2010 ini ialah „We cheer, We share, We win‟ yang bermaksud „Kami bersorak, Kami berkongsi, Kami menang‟.

Gambar di atas menunjukkan maskot rasmi Guangzhou Asia pada Sukan Para-Asia 2010 di Guangzhou, ibu kota wilayah selatan China, Guangdong. Maskot tersebut dikenali sebagai Fun Fun. Fun Fun adalah merupakan bunga yang berasal dari Guangzhou. Maskot ini juga mewakili kekuatan, kegembiraan dan kecergasan atlet dan pergerakan atlet Para-Asia. Dalam bahasa Cina, Fun Fun yang digunakan untuk menggambarkan satu wangian bunga-manis dan menyenangkan dengan aroma yang indah.

Lima kelopak menari Fun Fun mewujudkan wajah yang cerah tersenyum, melambangkan kegembiraan yang dirasai oleh semua orang mengambil bahagian dalam sukan dan semangat serta sokongan yang ditunjukkan oleh Guangzhou. Ia juga dikenali dengan Fun Fun aktif, gaya sporty melambangkan kecergasan para atlet Sukan Para Asia dan kuasa yang datang melalui gerakan. Terdapat 41 buah negara yang menyertai kejohanan sukan ini. Acara sukannya ialah Olahraga,Boccia, Bola Sepak 5 sebelah, Bola Sepak 7 sebelah, Goalball, Judo, Powerlifting, Memanah, Badminton, Lawan Pedang Kerusi Roda, Lumba Basikal ,Bola Tampar Kerusi Roda, Renang, Ping Pong, Bola Keranjang Kerusi Roda, Tenis Kerusi Roda, Mendayung, Menembak dan Tenpin Bowling

SUKAN KOMANWEL Sukan Komanwel merupakan satu-satunya sukan OKU yang dijalankan pada masa, tarikh dan tempat yang sama semasa berlangsungnya sukan Komanwel bagi atlet normal. Tahun 2010, Delhi, India merupakan tuan rumah bagi edisi ketiga selepas Manchester 2002 dan Melbourne 2006. Hanya menawarkan 5 jenis sukan sahaja iaitu Olahraga, Renang, Ping pong, Lawn Bowl dan Power lifting

Sukan Komanwel Delhi 2010 telah disertai oleh 130 atlet elit kurang upaya. Persatuan

Paralimpik British menyokong kemasukan acara bagi atlet kurang upaya dalam Sukan Komanwel program masa depan, sambil menyokong persaingan yang adil dan integriti pertandingan untuk permainan/ sukan masa hadapan. Sukan Komanwel 2014 akan diadakan di Glasgow. Glasgow 2014 adalah Sukan Komanwel 2014 terbesar di Scotland dan menawarkan

Page 28: Modul Unit 3

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 63

pelbagai acara yang membawa lebih 6000 atlet, pegawai (dari 71 buah negara) bersaing dalam 17 sukan yang berbeza.

RUMUSAN

semua pihak haruslah bekerjasama dalam melahirkan generasi OKU yang aktif dalam bidang sukan. Penglibatan secara aktif oleh golongan OKU menunjukkan bahawa masyarakat tidak sepatutnya memandang rendah pada bakat dan kebolehan individu ini kerana mereka juga merupakan pelapis-pelapis yang bakal mengharumkan nama negara ke peringkat yang lebih tinggi.

bagi merealisasi matlamat negara, bantuan dari segi keperluan golongan OKU ini haruslah disediakan yang meliputi kemudahan untuk mereka bersukan. Contohnya, kemudahan semasa latihan dan jurulatih yang berpengalaman. Selain itu, semangat kesukanan mereka juga perlu diterapkan agar mereka akan lebih bersemangat untuk terlibat secara aktif dalam bidang ini. Sokongan oleh pihak keluarga, guru, dan masyarakat adalah paling utama untuk mencapai matlamat tersebut.

Sukan khas yang diadakan seperti pada peringkat paralimpik merupakan salah satu sukan untuk golongan OKU. Pada peringkat ini, golongan OKU lebih berpeluang untuk membuktikan keupayaan mereka pada mata dunia. Mereka secara tidak langsung akan dilihat sebagai individu yang berjaya meskipun kekurangan dari segi keupayaan mental dan fizikal.

Penglibatan sukan oleh golongan OKU ini sama ada melalui Sukan Paralimpik, Sukan Orang Pekak mahupun Sukan Olimpik Khas, banyak memberi impak yang positif kepada mereka terutama dari segi fizikal, emosi dan sosial. Hal ini merupakan suatu petanda positif dalam melahirkan golongan OKU yang mampu untuk berdikari dan mencapai peningkatan dalam kemahiran psikomotor, kognitif dan afektif.

Jesteru itu, semua pihak perlulah bergabung dan bersatu untuk memberikan sokongan moral kepada usaha dan semangat golongan OKU dalam bidang sukan ini. Kejayaan mereka merupakan kebanggaan negara dan merupakan suatu motivasi kepada individu normal untuk mengambil teladan atas usaha golongan ini. Kejayaan mereka dalam bidang sukan akan menjadi contoh kepada individu normal untuk berusaha lebih gigih lagi untuk mencapai kejayaan dan terlibat aktif dalam bidang sukan.

Bincangkan konsep dan definisi pendidikan jasmani suaian yang berkaitan dengan

kokurikulum dan rekreasi murid pendidikan khas

Page 29: Modul Unit 3

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 64

RUJUKAN Deaflympics games, Oktober 25 2012. Diperoleh daripada http://www.paralympic.org/export/sites/default/Science_Education/Education/Paralympic_School_Day/Card_15_Paralympic_Games.pdf Deaflympics games, Oktober 25 2012. Diperoleh daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Deaflympics Deaflympics games, Oktober 25 2011. Diperoleh daripada http://english.2009deaflympics.org/bin/home.php Deaflympics games, Oktober 25 2012. Diperoleh daripada http://www.deaflympics.com/games/ Deaflympics games, Oktober 25 2011. Diperoleh daripada http://www.deaflympics.com/games/calendar.asp Majlis Paralimpik Malaysia, Oktober 24 2011. Diperoleh daripada http://www.nsc.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=251&Itemid=110 Majlis Paralimpik Malaysia, Oktober 24 2011. Diperoleh daripada http://paralimpikbeijing-malaysia.synthasite.com/ Majlis Paralimpik Malaysia, Oktober 24 2011. Diperoleh daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0906&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_08.htm Majlis Paralimpik Malaysia, Oktober 24 2011. Diperoleh daripada http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0906&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm Majlis Paralimpik Malaysia, Oktober 24 2011. Diperoleh daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0528&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm

Page 30: Modul Unit 3

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 65

Page 31: Modul Unit 3

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 66