modul 2 unit 9

Upload: benn-beckman

Post on 29-Oct-2015

516 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Modul 2 Unit 9

TRANSCRIPT

  • U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 129

    UNIT 9

    PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DILUAR NEGARA

    HASIL PEMBELAJARANPada akhir unit ini, anda diharap dapat:

    1. Meneliti model-model pendidikan awal kanak-kanak luar negara2. Memahami kurikulum dan pelaksanaan program-programnya di pusat pendidikan awal kanak-

    kanak.

    PENGENALAN

    Bagaimanakah perkembangan pendidikan awal kanak-kanak di luar negara mempengaruhiprogram pengasuhan di Malaysia? Fikirkan.

    endidikan awal kanak-kanak telah berkembang maju bermula peringkat pusat asuhan hinggaprasekolah. Pendidikan prasekolah di Asean bermula selepas peperangan Dunia Kedua. Padatahun 1900-an, prasekolah ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand sahaja. Pendidikanawal kanak-kanak di luar Negara iaitu, bermula di Amerika Syarikat. Prasekolah pertama

    didirikan pada tahun 1850 tetapi tumpuan diberi kepada kanak-kanak daripada golongan berada. Kanak-kanak miskin terbiar dan tidak mendapat pendidikan awal kanak-kanak. Namun, pelbagai program telahdirancang dan dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini. Model-model yang diperkenalkan di luar negaratelah memberi keseimbangan terhadap penyelesaian masalah yang ada seterusnya meningkatkan mutupendidikan awal kanak-kanak.Oleh yang demikian, bab ini akan membincangkan perkara yang berkaitan

    P

  • U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 130

    dengan program-program yang dilaksanakan di luar negara menggunakan model-model pendidikan awalkanak-kanak.

    ISI KANDUNGAN

    Anda biasa dengan falsafah pendidikan awal kanak-kanak di luar negara? Apakah kandunganprogram yang boleh disesuaikan dan dilaksanakan di Malaysia?

    Dalam topik ini perbincangan akan berkisar kepada model pendidikan awal kanak-kanak di luar negarayang berkaitan dengan falsafah, latar belakang, kurikulum dan keberkesanan model.

    PERKEMBANGAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI LUAR NEGARA

    Pendidikan prasekolah mula berkembang di Amerika pada abad ke 20. Johann Heinrich Pestalozzi,Friedrich Froebel dan Maria Montessori merupakan orang pertama mendirikan tadika di dunia iaitu diJerman pada tahun 1837. Manakala di United Kingdom, prasekolah pertama didirikan adalah pada tahun1816 di Daerah Scotland oleh Robert Own dan diberi nama The Infant School .

    MODEL SURE START

    Falsafah

    ure Start adalah satu program yang menyediakan pendidikan prasekolah yang berkualiti.Perkhidmatan yang disediakan merangkumi aspek pendidikan, kesihatan, sosial, danpenglibatan ibu bapa. Hubungan rapat dan kerjasama antara keluarga, sekolah dan komunitimerupakan faktor yang amat dititikberatkan dalam program ini. Sure Start diasaskan kepada

    prinsip amalan bersesuaian dengan kanak-kanak yang berasaskan kepada teori Piaget, Erikson, Vygotskydan Gadner. Program ini bertujuan membantu perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh dan jugakeluarga.Dengan ini kanak-kanak dapat mengembangkan kemahiran sosial dan bakat mereka supayalebih produktif.

    S

  • U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 131

    Latar Belakang

    ure Start adalah satu usaha kerajaan British untuk mengatasi masalah kanak-kanak miskin danmasalah sosial (social exclusion). Sure Start dijalankan melalui program tempatan di kawasanyang kurang bernasib baik (deprived region) dalam negeri. Matlamatnya adalah untuk mencapaihasil yang terbaik bagi kanak-kanak, ibu bapa dan komuniti dengan mewujudkan pusat

    penjagaan kanak-kanak untuk semua kanak-kanak; mempertingkatkan kesihatan kanak-kanak; pendidikandan perkembangan emosi; dan membantu ibu bapa dalam peranannya dan mempertingkatkan aspirasipekerjaan.

    Kerajaan British telah menambahkan peruntukkan lebih daripada 1.5 billion dalam masa 2005-06, denganpenambahan sebanyak 669 milion untuk tahun 2007-08. Ini termasuklah 100,000 pusat penjagaankanak-kanak yang sebahagiannya di tempatkan di sekolah. Dilancarkan dalam tahun 1998, kanak-kanak,remaja dan keluarga menjadi fokus penting kepada Sure Start dan dikelolakan oleh Jabatan Pendidikandan Kemahiran (Department for Education and Skills). Unit ini bekerja dengan Kerajaan Tempatan,Primary Care Trusts, agensi mencari kerja Jobcentre Plus, komuniti tempatan dan organisasi sukarela dansektor swasta. Terdapat 520 program tempatan; program-program dijalankan di Scotland, Wales danIreland Utara. Memberi fokus kepada keluarga-keluarga yang mempunyai anak di bawah umur 4 tahundan meliputi lebih kurang 800 kanak-kanak di setiap kawasan.

    Kemudahan-kemudahan yang disediakan termasuklah drop-in centres untuk ibu bapa datang berbincangdengan kakitangan sure start, , pusat penjagaan dan klinik kesihatan bergerak. Setiap program dikelolakandengan kerjasama badan-badan kerajaan (termasuk ahli profesional dalam kesihatan dan pendidikan),ahli profesional dalam penjagaan kanak-kanak dan kumpulan sukarelawan dan komuniti, begitu juga ibubapa bekerjasama untuk memberi perkhidmatan kepada keluarga. Konsep perkongsian ini merupakanfaktor yang unik yang menjayakan program program Sure Start. Program ini menyediakan pengalamanpembelajaran yang berkualiti tinggi. Perkembangan bahasa kanak-kanak menjadi punca kejayaan SureStart. Dengan ini kerajaan dapat mensasarkan untuk mengurangkan sebanyak 5% perbelanjaan untukmenggunakan pakar bahasa dan pertuturan untuk kanak-kanak berumur empat tahun dalam tahun 2004.

    S

  • U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 132

    Sure Start berasaskan program Head Start yang dilaksanakan di Amerika Syarikat yang dilancarkan padatahun 1965 bertujuan membantu komuniti memenuhi keperluan kanak-kanak yang tidak beruntung. Kajianmendapati pencapaian peperiksaan kanak-kanak yang mengikuti program Head Start lebih baik daripadarakan mereka yang tidak mengikuti program ini. Dan program ini juga telah mengurangkan kadar jenayah.

    Apakah Perbezaan Antara Model Head Start dan Sure Start

    Model Head Start Keunikan Sure Start

    Sure Start cuba menggabungkan beberapa ciriHead Start yang dianggap berkualiti tinggi

    Program sepanjang hari Sistem yang merangkumi - pendidikan,

    kesihatan, perkhidmatan social, danpenglibatan ibu bapa.

    Pemeriksaan perubatan, pergigian, danpenilaian berterusan

    Makanan tengahari yang berkhasiatdan minuman dan makanan ringan.

    Penglibatan keluarga yang aktif.Semua program berasaskan amalan yangbersesuaian dengan kanak-kanak

    Sure Start berasaskan DoDEA; Head Start menggunakan pendapatan

    sebagai kriteria kelayakan pendaftarankanak-kanak. Sure Start jugamenganggap pendapatan keluargasebagai faktor penting tetapi selaindaripada pendapatan faktor lain jugadiambilkira.

    Head Start memperuntukkan minimum10% bilik darjah untuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas, Sure Starttidak mengambilkira kanak-kanakkeperluan khas sebagai kriteriapendaftaran ;

    Penglibatan ibu bapa dalam Sure Startmerupakan bahagian yang pentingdalam program ;

    menggunakan DoDEA sebagai asaskurikulum. Guru dan pembantu programdiberi latihan dalam melaksanakanprogram untuk menjamin ketekalan;

    memperuntukkan kadar 2 dewasa bagisetiap 18-20 murid.

  • U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 133

    Keberkesanan Program Sure Start

    Ibu bapa yang mengikuti program ini mengakui mereka merasa lebih seronok dan lebih bersemangat untukmelakukan pekerjaan. Pengkaji juga mendapati program ini berjaya mengumpulkan pelbagai komunititermasuklah mereka yang sebelum ini tidak pernah bercakap antara satu sama lain. Lebih kurang tujuhpuluh orang ibu bapa termasuk bapa-bapa dari pelbagai komuniti menghadiri perjumpaan. Ibu bapamerasa bangga dengan perjumpaan ini.

    Contoh Program Sure Start

    Playlink

    Satu projek yang dilaksanakan untuk mempertingkatkan perkembangan bahasa,penumpuan, kemahiransosial dan aktiviti bebas. Projek ini juga untuk memperkukuhkan kehidupan kekeluargaan dan menghalangperceraian. Projek ini merupakan usahasama antara pendidikan program kesihatan yang dilaksanakan diUtara Sussex dan Brighton.Projek ini melibatkan lawatan mingguan (oleh pelawat yang dilatih termasukibu bapa yang mendapat latihan dan berpengalaman) ke rumah-rumah. Mereka berbincang dengankeluarga dan memperkenalkan pelbagai alat permainan, buku-buku, lukisan, masakan yang mudah,mainan messy dan lain-lain . Terdapat juga perbincangan yang diadakan di dewan orang ramai dan ditempat-tempat lain untuk ibu bapa dan kanak-kanak yang bertujuan untuk bertemu dan berkongsi akt ivititermasuk membantu keluarga dalam penjagaan anak-anak. Kajian mendapati 16 kanak-kanak yang terlibatdalam playlink menunjukkan penumpuan yang lebih baik semasa permainan table play dan kurangmenghadapi masalah percakapan dan bahasa semasa mula mendaftar di pusat jagaan kanak-kanak.Mereka juga telah menunjukkan kebolehan yang tinggi, kemahiran dan keyakinan diri semasa bercakapdengan kanak-kanak lain dan orang dewasa.

    Sasaran

    Sure Start adalah program yang mendapat pembiayaan kerajaan. Pada asalnya diperuntukkan kepadakanak-kanak berumur empat tahun. Kanak-kanak yang layak untuk memasuki program ini berdasarkankepada keluarga yang berkemungkinan menjadikan anak-anak mereka "at risk":

    Berasaskan ranking tajaan (sponsor) (E-1-E-4 first priority)

  • U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 134

    i. Kanak-kanak daripada ibu tunggalii. Ibu bapa bukan di kalangan pemegang ijazahiii. Ibu bapa tidak berpendidikan menengah atasiv. Ibu bapa dari kalangan remaja semasa anak pertama dilahirkanv. Salah seorang ibu bapa bercakap bahasa lain selain daripada bahasa Inggeris sebagai bahasa

    pertamavi. Kanak-kanak kurang berat badan;vii. Ibu bapa bertugas di luar daerah selama tiga bulan atau lebih;viii. Keluarga yang mempunyai empat atau lebih yang kelahiran mereka rapat ;ix. Kanak-kanak yang mempunyai kakak atau abang yang berkeperluan khas yang serius.

    Bidang Kurikulum

    1. Perkembangan Sahsiah, Sosio-Emosi Dan Kerohanian2. Perkembangan Bahasa, Komunikasi Dan Literasi Awal3. Perkembangan Matematik Dan Pemikiran Logik4. Perkembangan Pengetahuan Dan Pemahaman Alam Persekitaran5. Perkembangan Fizikal6. Perkembangan Estetika Dan Daya Kreatif

    Strategi

    Pembelajaran menggunakan program Sure Start haruslah dirancang dengan baik dan berstruktur denganmemberi penekanan kepada keseronokan, main, bersesuaian dan memberi motivasi kepada setiap orangkanak-kanak.

  • U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 135

    MODEL MONTESSORI

    odel ini banyak digunakan di Amerika Syarikat. Program ini merujuk kepada bagaimana kanak-kanak membesar.

    Matlamat program Montessori adalah untuk memperkembangkan aspek-aspek berikut:

    Penumpuan

    Kemahiran membuat pemerhatian

    Kesedaran dari segi susunan dan urutan

    Koodinasi

    Kesedaran dari segi tanggapan dan kemahiran amali

    Konsep matematik

    Kemahiran bahasa

    Kemahiran menulis dan membaca

    Kebiasaan dari segi seni kreatif

    Kefahaman tentang alam semula jadi

    Pengalaman dalam memahami sains sosial

    Pengalaman dari segi kemahiran berfikir secara kritikal melalui teknik penyelesaian masalah

    Persekitaran Pusat Prasekolah

    ontessori mementingkan kawasan yang luas bagi sesebuah pusat pendidikan awal kanak-kanak. Kawasan yang luas membolehkan kanak-kanak bergerak dengan bebas. Dilengkapkandengan taman permainan dan juga kebun bunga. Persekitarannya menarik danmenyeronokkan. Terdapat tanam-tanaman, bunga-bungaan dan alat-alat yang menarik.

    M

    M

  • U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 136

    Peralatan seperti kerusi meja perlu dibuat dalam saiz kanak-kanak. Kerusi dan meja ini perlu ringansupaya kanak-kanak yang berumur dua dan empat tahun boleh mengangkat kerusi dan meja tersebut.Meja yang disediakan untuk kanak-kanak adalah berbentuk tiga segi yang boleh digunakan untuk duaorang kanak-kanak atau tiga orang kanak-kanak jika mereka duduk berdekatan. Terdapat juga meja yangkecil yang hanya boleh digunakan oleh seorang kanak-kanak jika ia bekerja berseorangan.

    Bahan-bahan disusun di dalam almari yang boleh dicapai oleh kanak-kanak. Terdapat ruang-ruang yangdilengkapkan dengan bahan-bahan untuk membolehkan kanak-kanak menguasai kemahiran-kemahiranyang tertentu.

    Di pusat pendidikan Montessori disediakan juga tempat membasuh tangan yang rendah, boleh digunakanoleh kanak-kanak yang berumur tiga tahun. Di sediakan juga rak untuk meletak sabun, berus kuku, tualadan lain-lain keperluan kanak-kanak. Jika perlu Montessori mencadangkan supaya disediakan almari kecilbagi tiap-tiap orang kanak-kanak supaya mereka dapat menyimpan sabun mereka, berus kuku, berus gigidan lain-lain keperluan mereka.

    Dalam setiap bilik disediakan almari yang rendah untuk menyimpan bahan-bahan pembelajaran. Pintualmari ini mudah dibuka. Penjagaan bahan-bahan ini dipertanggungjawabkan kepada kanak-kanak. Di atasalmari ini dihiasi dengan pokok bunga yang ditanam dalam pasu, akuirium kecil, pelbagai barang-barangpermainan. Kanak-kanak diberi kebebasan untuk bermain dengan barang-barang ini.

    Bilik darjah juga dilengkapkan dengan papan hitam yang digantung rendah supaya boleh digunakan olehkanak-kanak. Papan hitam ini juga dilengkapkan dengan tempat meletak kapur dan kain putih untukkegunaan menyapu papan hitam. Di atas papan hitam dihiasi pula dengan gambar-gambar yang bolehmenarik perhatian kanak-kanak. Falsafah Montessori adalah berdasarkan logik, teratur, sistematik danindah.

  • U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 137

    Kanak-Kanak

    ktiviti pembelajaran adalah berdasarkan kepada aktiviti individu. Kanak-kanak pelbagai umurmelibatkan diri dalam aktiviti yang berbentuk individual. Kanak-kanak bebas memilih mana-manaprojek yang mereka suka. Aktiviti biasanya dilakukan di atas tikar atau di atas meja. Kanak-kanakmengikut arahan kendiri bekerja bersendirian atau berdua-duaan. Kanak-kanak yang lebih muda

    mempelajari aktiviti tertentu dengan cara memerhati dan meniru rakan-rakan yang lebih tua. ProgramMontessori dibentuk untuk kanak-kanak yang berumur 3-6 tahun.

    Guru

    Dalam program Montessori kawalan orang dewasa adalah sangat minimum. Guru memerhati kanak-kanakdari jauh atau melibatkan diri hanya semasa membuat demonstrasi kepada kanak-kanak tentang bagaimanamengguna alat-alat/bahan yang baru. Guru tidak memuji kanak-kanak kerana matlamat aktiviti ialah untukmendapat self rewarding, motivasi intrinsik. Guru-guru Montessori mempelajari kaedah dan kurikulumdengan mengikuti kursus yang intensif di peringkat ijazah

    Bahan

    i. Mempunyai ciri-ciri yang khusus.

    ii. Bahannya didaktik, dibentuk untuk mengajar pelajaran tertentu.

    iii. Berbentuk (self correcting). Mereka akan mendapat maklumat balik setelah berjaya atau tidakdalam menyempurnakan tugas berdasarkan bahan-bahan tersebut.

    iv. Bahan dibina daripada mudah kepada yang lebih susah. Kanak-kanak diberi cabaran untukmenyelesaikan konsep-konsep yang lebih susah secara progresif.

    v. Bahan-bahan dibina dengan cermat, selalunya dengan menggunakan bahan-bahan semulajadiseperti kayu yang telah divarnis.

    A

  • U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 138

    Aktiviti

    Terdapat beberapa set aktiviti. Di antaranya ialah:

    aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan harian,

    aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan deria dan

    aktiviti yang bercorak akademik.

    a) Aktiviti Kehidupan Harian (Daily Living)

    Aktiviti ini berbentuk praktikal seperti:

    mengenakan butang baju,

    memasang tali kasut,

    menggilap kasut,

    menyikat rambut,

    menyiram pokok,

    mencuci tingkap dan menyapu sampah dan melap meja.

    Aktiviti ini bukan sahaja bertujuan untuk memperkembangkan kemahiran fizikal kanak-kanak, tetapi jugauntuk melatih disiplin diri, berdikari dan penghargaan kendiri. Melalui mengerjakan aktiviti tersebut denganmemberi penumpuan sepenuhnya.

    b) Bahan Deria (Sensorial Material)

    Aktiviti ini bertujuan untuk membantu kanak-kanak memperkembang, menyusun, meluas danmenghalusi persepsi deria dari segi penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa. Untukmengembangkan kemahiran kanak-kanak dalam aspek di atas, Montessori mencipta berbagaialat . Di antaranya adalah seperti berikut:

    Pink Tower - mengandungi 10 kiub yang diperbuat daripada kayu yang mempunyai bentuk,teksture, dan warna yang sama. Semuanya berwarna merah jambu. Kuib yang ukurannya

  • U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 139

    bermula daripada 1cm, ditambah dengan 1cm bagi tiap-tiap kiub. Kuib yang yang terbesarberukuran 10cm. Kiub ini disusun secara menegak daripada yang terbesar kepada yangterkecil. Tower yang berwarna merah ini sangat menarik kanak-kanak kecil yang berumurkurang dari lima tahun kerana mereka boleh meruntuhakan tower ini dan kemudian membinasemula berkali-berkali mengikut kesukaan mereka

    Brown Stairs mengandungi 10 blok yang dibuat daripada kayu. Semuanya berwarna coklat,berbeza dari segi ketebalannya. Kanak-kanak menyusun blok-blok ini daripada yang palingtebal kepada yang paling nipis. Yang paling tebal berukuran 10 cm. Blok-blok yang lain akanberkurangan ukuran ketebalannya bagi tiap-tiap satu sebanyak 1 cm

    Red Rods-10 batang kayu, semuanya berwarna merah mempunyai saiz yang sama tetapiberbeza dari segi panjang iaitu bermula daripada 10 cm kepada 1 cm. Kanak-kanak menyusunkayu-kayu ini daripada yang paling panjang kepada yang paling pendek.

    Cylinder Block Terdapat blok yang berlubang bulat dan selinder-selinder kecil yangdisediakan mempunyai saiz yang sesuai dengan lubang-lubang yang terdapat pada bloktersebut. Kanak-kanak dikehendaki mengeluarkan selinder daripada blok tersebut danmasukkan selinder itu ke dalam lubang-lubang yang sesuai dengan saiz selinder tersebut.

    Smelling Jar Menggunakan dua botol yang sama warna tetapi dimasukkan bauan yangberbeza. Guru meletakkan dua benda yang mempunyai persamaan bau dengan bauan yangterdapat di dalam botol. Kanak-kanak di minta mencium benda-benda tadi dan memadankanbenda-benda tersebut dengan bauan yang terdapat di dalam botol tersebut.

    Baric Tablets - set kepingan kayu yang berbentuk tiga segi, mempunyai berat yang berbeza.Terdapat tiga set- ringan,sederhana ringan dan berat. Kanak-kanak dikehendaki memadankankepingan-kepingan tersebut mengikut berat.

    Latihan Mengecam Warna (Color Tablets) - Pada peringkat awal Montessori memilih tigapapan yang mempunyai warna yang sangat terang. Iaitu warna merah, biru, dan kuning secarapasangan. Keenam-enam papan warna ini diletakkan di hadapan kanak-kanak. Kanak-kanakditunjukkan dengan satu keping papan yang berwarna kemudian mereka disuruh mencari satulagi papan yang mempunyai warna yang sama. Akhirnya kanak-kanak disuruh menyusunwarna-warna dalam satu ruang mengikut pasangan masing-masing.

  • U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 140

    Bilangan papan akan ditambah menjadi lapan warna, atau enam belas keping. Setelah kanak-kanak dapat menguasai warna yang terang diteruskan pula dengan menambah warna yanglebih muda. Kemudian ditambah lagi dengan beberapa keping papan yang mempunyai warnayang sama tatapi berbeza dari segi tonnya. Kanak-kanak disuruh menyusun kepingan papanini mengikut tone warna

    Sound Boxes - Dua kotak yang serupa dari segi saiz dan warna, dimasukkan ke dalamnyadengan benda-benda yang berlainan. Misalnya satu dimasukkan pasir yang halus dan satulagi dengan batu-batu kasar. Kanak-kanak diminta menggoncangkan kotak-kotak tersebut danmemadankan dengan kotak yang mempunyai bunyi yang sama.

    Temperature jugs Bertujuan untuk membezakan suhu. Jug yang diperbuat daripada besi.Dimasukkan ke dalamnya air yang berbeza dari segi suhu. Kanak-kanak diminta memadankanjug yang sama suhunya.

    Montessori juga mengajar kanak-kanak merasa dengan lidah untuk mengetahui rasa pahit,masam, manis, masin dan sebagainya. Kanak-kanak yang berumur empat tahun sudahmempunyai kesediaan untuk bermain dengan permainan ini. Selepas kanak-kanak merasamakanan-makanan mereka dikehendaki mencuci mulut dengan air bersih. Montessoriberpendapat permainan ini bukan sahaja boleh mengajar kanak-kanak pelbagai bau dan rasamalah juga mengajar mereka memberisihkan mulut setelah mersai apa-apa makanan.

    Pelbagai Jenis Kain- Montessori menggunakan pelbagai jenis kain untuk dikenalpasti olehkanak-kanak. Terdapat tujuh jenis contoh kain iaitu baldu, sutera, bulu, kain linen yang halus,kain linen yang kasar, kain kapas yang halus dan kain kapas yang kasar. (Lihat gambar dibawah)

    c) Bahan-Bahan Konsep dan Akademik

    Geometric Insets of Wood and Frame- Terdapat berbagai bentuk geometri yang digunakanuntuk mengajar bentuk (Lihat Rajah di bawah). Dalam set ini kanak-kanak dikehendakimemadankan bentuk yang sama. Mereka dikehendaki memasang kedua-dua bentuk yangsama dengan memasang kedua-duanya ke dalam frame yang telah dibentuk dengan bentuk-

  • U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 141

    bentuk yang tertentu. Kedua-dua kepingan papan itu diskrew supaya ia tidak bertaburan.Montessori juga mencipta kabinet untuk menyimpan alat-alat geometri tersebut.

    Latihan Pengecaman Bentuk - Kanak-kanak diberi frame atau talam yang dipenuhi dengankepingan kayu dalam pelbagai bentuk. Keluarkan semua bentuk itu dan campurkansemuanya. Kanak-kanak dikehendaki memilih bentuk-bentuk yang sama dan padankanbentuk-bentuk itu ke dalam frame atau talam. Montessori menganggap permainan ini sangatberkesan untuk melatih kanak-kanak mengenali bentuk geometri. Kanak-kanak jugadikehendaki menggunakan jari untuk menyentuh dan menggerakkan jarinya mengikut bentukgeometri yang terdapat dikepingan papan tersebut

    Kertas Pasir- Kanak-kanak dilatih menggunakan jari untuk merasakan (trace) huruf-huruf yangdipotong daripada kertas pasir.

    Huruf Abjad - Di kelas Montessori dilengkapkan dengan huruf-huruf abjad. Kanak-kanakdikehendaki menyusun huruf-huruf ini supaya menjadi perkataan.

    Manik-Di Tadika Montessori dibekalkan dengan manik daripada unit 10, 100 dan 1000 untukmendedahkan konsep menghitung kepada kanak-kanak.

    Artistic or cultural material and exercice- dicipta untuk membantu kanak-kanak menyukai danmenikmati muzik dan belajar mengawal pergerakan kaki dan tangan mereka dalampenyediaan untuk menari. Montessori juga memperkenalkan rhythm, harmony dan melodi.Kanak-kanak diajar bagaimana menggunakan alat-alat muzik dan mengecam bunyi muzikmelalui latihan deria. Sungguhpun lukisan tidak diajar secara langsung, kanak-kanak diajarmengenai garisan dan warna sebelum lukisan diperkenalkan (Brewer 1998).

    Aktiviti lain yang boleh mempertingkatkan persefahaman kanak-kanak dari segi budaya ialahseperti peta, gambar-gambar binatang dan tumbuh-tumbuhan untuk kanak-kanakmengenalpasti dan membuat klasifikasi.

  • U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 142

    MODEL REGGIO EMILIA

    Odel ini diasaskan di Reggio Emilia yang terletak di Utara Itali di bawah bimbingan LorisMalaguzzi . Model ini dibina adalah berdasarkan kepada teori Piaget dan Vygotsky.

    Persekitaran

    Menarik dan menyeronokkan

    Boleh mewujudkan hubungan kemanusiaan dan menggalakkan pembelajaran.

    Ruang-ruang digunakan untuk menggalakkan komunikasi. Penyusunan ruang bolehmenggalakkan kanak-kanak bekerja dalam kumpulan kecil, kumpulan besar, bekerja denganhanya seorang guru, atau bekerja sendiri.

    Peralatan, bahan-bahan dan aktiviti disusun untuk menggalakkan penerokaan, penemuan,penyelesaian masalah dan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pemilihan.

    Atelier

    Model ini menyediakan studio khas atau bengkel di mana kanak-kanak dan guru-guru bolehmenggunakan pelbagai bahan untuk melahirkan pengalaman mereka.

    Atelier ini digunakan untuk mendokumentasikan kerja kanak-kanak, membuat transkripsidaripada perbincangan kanak-kanak, mengambil gambar aktiviti-aktiviti mereka, membuatdokumen terhadap proses pembelajaran kanak-kanak dalam pelbagai projek.

    Dokumen ini memberi makna kepada kanak-kanak kerana mereka akan dapat menilai sendirihasil kerja mereka, dan hasil kerja rakan mereka.

    Melalui projek ini guru dan ibu bapa boleh menilai dan membuat pertimbangan terhadapproses pembelajaran kanak-kanak.

    M

  • U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 143

    Kurikulum

    Kurikulum Reggio Emilia berasaskan kepada projek. Dalam projek ini kanak-kanak biasanyabekerja dalam kumpulan kecil untuk menerokai sesuatu konsep, atau sesuatu tajuk dengan lebihmendalam.

    Projek ini boleh dijalankan dalam masa yang singkat atau lama. Selalunya ia mengambil masadalam jangka masa sebulan. Oleh kerana program Reggio Emilia tidak menetapkan masa-masayang tertentu di sekolah maka kanak-kanak boleh membuat kerja dengan keadaan yang tenang(tidak terburu-buru)

    Tajuk atau Tema Projek

    Model ini mementingkan minat dan kecenderungan kanak- kanak. Oleh sebab itu tajuk projekyang akan dilaksanakan oleh kanak-kanak mungkin hasil daripada soalan yang merekakemukakan kepada guru, atau dengan kata lain ianya berdasarkan idea kanak-kanak.

    Ia juga mungkin berdasarkan idea yang dikemukakan oleh guru.

    Kebiasaannya tajuk projek adalah berdasarkan pengalaman harian kanak-kanak.

    Projek boleh dilakukan dalam berbagai topik.

    Contoh

    Forman (1993) dalam (Eva Essa 1996), mengemukakan sebuah projek di mana kanak-kanak mengkajikeadaan persekitaran mereka dalam musim bunga yang berkaitan dengan bunga popi. Kanak-kanakmemulakan projek dengan aktiviti melukis, bermula dengan memikirkan bagaimana rupa bunga popi. Gurudan kanak-kanak berkomunikasi : Mereka bersoal jawab, membandingkan kerja masing-masing danmembincang beberapa perkara yang terdapat di ladang popi. Kemudian mereka membuat lawatan keladang popi. Mereka berada di ladang popi selama beberapa hari, di sana mereka membuat pemerhatian,membanding dan memikirkan semula soalan-soalan yang pernah mereka kemukakan sebelum ini. Apabilamereka balik semula ke sekolah, mereka dapat melukis bunga popi dalam keadaan yang lebih tepat dansempurna.

  • U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 144

    Guru

    Mengikut Malaguzzi (1993) pendidikan mesti melibatkan tiga unsur- kanak-kanak, guru dankeluarga.

    Guru-guru di Reggio Emilia bekerja sebagai pasangan kepada kanak-kanak. Mereka akan dudukbersama sekumpulan kanak-kanak yang berumur tiga tahun, sejak lahir hingga tiga tahun, tigatahun hingga enam tahun.

    Peranan guru adalah sebagai sumber kepada kanak-kanak dan pasangan dalam pembelajarankanak-kanak. Guru mendapat bantuan daripada penyelaras pedagogi dan seorang guru lukisan .

    Program-program yang lain yang terdapat di Reggio Emilia ialah mesyuarat mingguan bagikakitangan dan program kemajuan staf.

    Kedua-dua program ini dapat mempertingkatkan kemahiran komunikasi dan profesionalisme.

    PENDEKATAN BANK STREET DEVELOPMENT INTERACTIONendekatan ini ditubuhkan untuk Head Start dan program Follow Through oleh ElizabethGilkeson & associates. Ianya berdasarkan falsafah Kolej Pendidikan Bank Street, di New York.Kurikulumnya berdasarkan kepada individu mengikut peringkat perkembangan individu

    Kesan pembelajaran secara berinteraksi

    Dari segi interaksi dengan orang lain program ini mempercayai bahawa kanak-kanak dapat belajardengan lebih berkesan melalui interaksi dengan rakan sebaya dan orang dewasa dalampersekitaran yang dibentuk untuk menyediakan pelbagai kegiatan.

    Program ini berdasarkan kepada falsafah dan usaha yang bersungguh-sungguh untuk memupukperkembangan intelek dan sosioemosi.

    Penekanan diberi kepada kemahiran kognitif, penghargaan kendiri, identiti (sifat-sifat dan lain-lainyang terdapat pada seseorang), kecekapan kendiri, kawalan impulsif (desakan hati), keyakinandiri, reka cipta, produktiviti, autonomi (hak atau kuasa sendiri) dan hubungan dengan orang lain.

    P

  • U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 145

    Penilaian

    Guru membuat penilaian yang berterusan terhadap kemajuan kanak-kanak dan menyediakanaktiviti yang selari dengan penilaian.

    Pelbagai bahan pembelajaran disediakan untuk kanak-kanak.

    Pendekatan Tematik

    Model ini mencadangkan strategi pengajaran pembelajaran menggunakan kaedah tematik.

    Pembelajaran berdasarkan tema dijalankan dengan menyepadukan aspek kurikulum.

    Pemilihan tema adalah berasaskan kriteria berikut:

    o Perkara-perkara yang diminati oleh kanak- kanak

    o Berdasarkan sumber yang ada

    o Yang membawa kepada aktiviti dan perbincangan

    o Ada kaitan dengan kanak-kanak dan boleh difahami oleh mereka.

    o Dapat membantu perkembangan pembelajaran konsep idea yang lebih luas

    o Sesuai mengikut peringkat umur kanak-kanak

    o Mempunyai potensi terhadap pembelajaran sendiri.

    Apabila tema telah dipilih, guru-guru perlu menentukan apakah konsep yang boleh dibina dengantema tersebut. Kanak-kanak mendapat keseronokan semasa menjalankan aktiviti.

    Hubungan guru-kanak-kanak menjadi asas dalam pelaksanaan program ini. Kemesraan guru, sifatpenyayang dan hubungan yang menyokong (supportive) dengan kanak-kanak menggalakkanmereka memberi kerjasama kepada guru.

  • U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 146

    MODEL COGNITIVELY ORIENTED

    odel ini pula diasaskan oleh David Weikart and Associates di Institute High/Scope di Ypsilanti,Michigan. Ia merupakan satu percubaan untuk menterjemahkan teori perkembangan Piaget kedalam program pendidikan. Pada asalnya ia dikenali sebagai Perry Preschool, dibina dalamtahun 1960 untuk membantu kanak-kanak yang tidak beruntung. Program ini memberi

    penekanan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak, bagaimana kanak-kanak mengurus masa danmenginterpretasikan hubungan di antara objek dan peristiwa dalam persekitaran.

    Persekitaran

    Kanak-kanak boleh memilih pelbagai bahan yang disediakan.

    Bilik darjah dibahagikan kepada sudut-sudut. Tiap-tiap sudut dilengkapkan dengan peralatantertentu. Sudut dalam bilik darjah mengandungi :

    i. sudut untuk urusan rumah tangga,

    ii. sudut blok,

    iii. sudut lukisan,

    iv. sudut senyap dan sudut yang luas.

    v. sudut-sudut untuk binaan,

    vi. sudut muzik dan gerakan,

    vii. sudut permainan pasir dan air dan,

    viii. sudut binatang dan tanaman,

    ix. terdapat juga tempat penyimpanan barang-barang yang disediakan untuk mengajarkanak-kanak dari segi kebersihan dan peraturan.

    M

  • U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 147

    Masa Merancang

    Kanak-kanak memulakan aktiviti dengan membuat perancangan tentang apakah aktiviti yanghendak dilakukan. Guru membantu kanak-kanak dalam perancangan tersebut dan mencatatrancangan kanak-kanak tersebut.

    Masa Bekerja

    Kanak-kanak bekerja sendiri. Kanak-kanak mungkin diberi plastisin atau pun bahan-bahan lain untukditerokai dan memanipulasi. Ini bukan masa mengajar. Masa ini memberi peluang kepada guru untukmembuat pemerhatian terhadap kanak-kanak dan memperkenalkan bahan-bahan untuk diterokaioleh kanak-kanak.

    Masa untuk Mengingat Semula (Recall Time)

    Kanak-kanak menyemak semula kerja-kerja mereka. Selalunya dijalankan dalam kumpulan kecil.

    Kurikulum

    Terdapat lapan bidang

    i. Pembelajaran Aktif- Kanak-kanak sendiri menjalankan aktiviti mereka, termasuk belajar melaluideria, manipulatif, mencantum bahan untuk mengetahui hubungan, memilih sendiri aktiviti danbahan-bahan dan belajar menggunakan alat dan perkakas.

    ii. Untuk mempertingkatkan penggunaan bahasa kanak-kanak digalakkan bercakap dengan oranglain mengenai pengalaman yang bermakna kepada mereka, menggambarkan sesuatu danmelahirkan perasaan. Guru menulis dan mengadakan permainan bahasa.

    iii. Menggambarkan pengalaman dan idea dengan mengecam objek melalui deria, meniru pergerakandan suara, main peranan, melukis dan mengecat.

    iv. Membuat klasifikasi bermula dengan pra operasi di mana kanak-kanak mengenali persamaan danperbezaan objek. Kanak-kanak digalakkan menggambarkan ciri-ciri sesuatu benda, mengasing

  • U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 148

    dan mencantumkan benda, menggunakan benda dalam berbagai cara, membincang tentang ciri-ciri yang tidak dimiliki oleh sesuatu dan membezakan di antara sedikit, setengah dan semua.

    v. Membuat seriasi. Berkebolehan menyusun benda-benda, dilakukan dengan membuatperbandingan, menyusun objek mengikut susunan dan mencantumkan objek.

    vi. Konsep nombor- Merupakan asas kepada kefahaman matematik yang dilakukan berasaskankepada pengalaman konkrit. Untuk mempertingkatkan konsep ini pengalaman disediakan supayakanak-kanak dapat membuat perbandingan, dan membilang.

    vii. Hubungan yang berkaitan dengan ruang Digalakkan melalui memasang dan mengasingkanbenda, menyusun semula dan membentuk semula objek. Memerhati dan menggambarkan benda-benda mengikut perspektif yang berbeza. Bermain dengan benda-benda yang berbagai bentuk,mengalami dengan anggota tubuh badan sendiri dan menggambarkan anggota badan sendiri,menggambarkan jarak dan kedudukan. Memahami unit-unit masa dan menyusun urutan peristiwamengikut masa.

    MODEL THE BEREITER-ENGLEMANNDikenali sebagai The Direct Instruction iaitu Prasekolah Akademik atau DISTAR

    odel ini dibina berdasarkan teori tingkah laku. Ia diasaskan oleh Carl Bereiter dan SiegfriedEngelmann dalam tahun 1960. Ia bertujuan untuk membantu kanak-kanak daripada latarbelakang yang miskin supaya mereka berjaya apabila berada di sekolah rendah. Kanak-kanaktidak beruntung sudah sedia ketinggalan daripada rakan-rakan mereka dari golongan kelas

    menengah. Mereka bukan sahaja memerlukan pengayaan, malah juga memerlukan program yang bolehmempercepatkan kadar pembelajaran mereka. Model ini berbeza daripada model-model lain kerana iadibentuk untuk memenuhi matlamat-matlamat tertentu yang telah ditetapkan oleh guru (bukan untukmemenuhi perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh).

    M

  • U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 149

    Kurikulum

    Model ini menggunakan pendekatan pengajaran secara langsung.

    Guru merancang pengajaran, Kanak-kanak dikehendaki membuat latih tubi dan latihan-latihantertentu.

    Terdapat tiga mata pelajaran yang diberi penekanan iaitu bahasa, matematik dan bacaan.Matlamatnya ialah untuk memberi kemahiran kepada kanak-kanak dalam tiga aspek yang disebutdi atas.

    Setiap pelajaran dibentuk untuk membantu kanak-kanak menguasai kemahiran-kemahiran yangtertentu .

    Contoh, dalam aspek bacaan, kanak-kanak dikehendaki melihat huruf dan menyebut huruf dari kirike kanan. Matlamatnya ialah untuk membolehkan kanak-kanak mencantumkan huruf-huruf untukmembentuk perkataan.

    Dalam aspek bahasa, dikaitkan dengan penggunaan dikaitkan dengan penggunaan kata majmuk,melengkapkan ayat, ayat kalau, dan, ayat positif dan negatif dan perkataan berlawan (besar/kecil,atas/bawah).

    Matlamat lain berkaitan dengan warna dan nama, bilangan sehingga 20, mengenal huruf,berkebolehan untuk mengeluarkan kata-kata irama. Guru memberi peneguhan yang berterusandalam bentuk pujian dan makanan.

    Muzik diajar secara langsung bertujuan untuk memperkukuhkan bahasa.

    Mengikut Lay- Dopyera & Dopyera (1993), dalam mata pelajaran matematik kanak-kanak bukansahaja diajar untuk membilang sehingga 20, mereka juga dilatih untuk membilang denganmencampur atau menolak/membuang di samping pengajaran simbol-simbol +, -, dan =, dandikehendaki menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan simbol-simbol tersebut.

  • U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 150

    Persekitaran

    Pengajaran berdasarkan kepada bilik darjah yang kecil di mana guru mengajar secara langsung.Bilik darjah yang luas untuk aktiviti yang kurang berstruktur untuk kumpulan yang lebih besar.

    Pelan lantai terdiri daripada tiga bilik darjah yang kecil- bilik matematik, bilik bacaan dan bilikbahasa. Semua bilik dilengkapkan dengan lima kerusi yang menghadapi papan hitam.

    Terdapat bahan-bahan seperti puzzel, buku-buku, bahan-bahan untuk menekap, kertas dankrayon tetapi tidak ada bahan untuk kreativiti kerana perkembangan kreatif bukan menjadimatlamat dalam program ini.

    Jadual

    Ketiga-tiga pelajaran (bahasa, matematik dan bacaan) diajar secara intensif. Dijalankan dalam masa20 minit. Tiap satu mengandungi 5 orang kanak-kanak, atau tiga hingga lapan orang, dan seorangguru. Pengumpulan dilakukan mengikut kebolehan.

    Guru

    Program ini mencadangkan bahawa guru sekolah rendah lebih layak dan sesuai mengajarprogram ini berbanding dengan guru yang dilatih untuk awal kanak-kanak.

    Kajian Tentang Keberkesanan Program

    Beberapa kajian telah dibuat untuk melihat keberkesanan program ini.

    Hasilnya didapati kanak-kanak telah menunjukkan kemajuan yang signifikan dalam ujian IQ danujian pencapaian berbanding dengan kumpulan kanak-kanak lain yang dikaji.

    Tetapi kemajuan ini nampaknya menurun dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanakyang mengikut program yang lain.

    Begitu juga dengan peringkat sifat ingin tahu dan reka cipta yang terdapat di kalangan kanak-kanak dari program Bereiter-Engelmann didapati lebih rendah berbanding dengan kanak-kanakdaripada program lain

  • U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 151

    Keadaan ini mungkin kerana terlalu banyak pengukuhan dibuat yang berkemungkinan bolehmengurangkan minat intrinsik yang terdapat dalam diri kanak-kanak dalam pembelajaran mereka

    Apabila motivasi luaran dihapuskan motivasi untuk belajar hilang.

    Kajian juga mendapati remaja yang mengikuti program pengajaran secara langsung semasa diperingkat prasekolah menunjukkan kadar delinkuen remaja yang lebih tinggi daripada kanak-kanakyang mengikuti program yang menekankan kepada pemilihan sendiri semasa di tadika.

    RUMUSAN

    Pendidikan prasekolah di luar negara telah bermula lebih awal berbanding di Malaysia. Model yangdigunakan mengambil kira isu-isu masyarakat dan menjadi satu jalan penyelesaian masyarakat sekitarnya.Kurikulumnya memberi perhatian kepada keseronokan dan minat kanak-kanak itu. Pelbagai model telahdiperkenalkan dan dilaksanakan. Ia memberi banyak kesan yang positif terhadap perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Berdasarkan kajian keberkesanan yang dilakukan pada model ini, kelemahan dankekurangannya telah dinilai semula. Semua yang dilakukan untuk memastikan kanak-kanak mengalamipengalaman pembelajaran yang menarik sekaligus meningkatkan mutu diri dan perkembangannya ketahap yang baik. Terdapat model luar negara telah diadaptasi dan digunapakai di negara kita seperti HeadStart dan Montessori.

    KATA KUNCI

    1. Sure Start2. Head start3. Montessori4. Model The Bereiter-Englemann5. Model Reggio Emilia

  • U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 152

    PENILAIAN KENDIRI

    1) Pilih salah satu model dan rancang aktiviti berdasarkan kurikulum yang digunakannya.

    2) Nyatakan kekuatan dan kekurangan bagi model berikut:

    a- Reggio Emilia

    b- Bank Street

    c- Sure Start

    RUJUKAN

    Gordon, A. M. & Browne, K. W. (2004). Beginnings & Beyond Foundations in Early Childhood Education(6th ed.). NY: Thompson Delmar Learning.

    Johnson, J. E., (2005). Approaches to Early Childhood Education (4th.Ed.). NJ: Merill Prentice Hall.

    Sobel. D. (2008). Childhood and Nature. Portland, Maine: Stenhouse Publishers,

    Beecher, A., (,2008.). Programming and Planning in Early Childhood Settings. Australia: Thomson.

    Decker C. A & Decker J. R. (2004). Planning and Administering Early Childhood Programs (8th ed). NJ:Prentice Hall.