unit 11 modul migrasi dalaman

Download Unit 11   modul migrasi dalaman

Post on 03-Jul-2015

1.664 views

Category:

Education

7 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1. HGM3033 GEOGRAFI PENDUDUK MODUL TUGASAN KUMPULAN TAJUK: UNIT 11 - MIGRASI DALAMAN KUMPULAN : A KULIAH : ISNIN (8 AM 10 AM) PENSYARAH : EN. KAMARUL BIN ISMAIL NAMA AHLI KUMPULAN :

2. HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012 1 NAMA NO MATRIK NIK ASMAWI BIN HASSAN D 20111048652 MUHAMMAD SAFUAN BIN ABD GHANI D 20111048616 MUHAMMAD HUZAIFAH BIN JAMALUDIN D 20111048634 MOHD HAFIFI HAFIDZ BIN JAMALUDIN D 20111048641 MOHAMAD NORHISAN BIN ALIAS D 20111048648 MOHD KHAIRUL AZWAN B JAMALI D 20101038728 NIK AMIRUL IZZAD B NIK KAMAL D 20101038705 MOHD SYAFIE BIN MAHADI D 20091035568 HASIL PEMBELAJARAN Di akhir pembelajaran, para pelajar akan dapat : 1. Mengetahui Model-model Pembangunan yang berkaitan dengan Migrasi. 2. Memahami Teori Tolakan dan Tarikan Migrasi. 3. Mengetahui Jenis-jenis Migrasi Dalaman. 4. Memahami Tren Migrasi Dalaman di Malaysia. 3. HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012 2 5. Mengetahui Faktor Tarikan dan Tolakan Migrasi di Malaysia. 6. Mengetahui Implikasi Migrasi Dalaman di Malaysia. PENGENALAN Perpindahan penduduk atau migrasi merupakan suatu fenomena penting di peringkat nasional dan antarabangsa. Migrasi diertikan sebagai perpindahan penduduk dengan tujuan untuk menetap dari suatu tempat ke tempat lain melalui batas politik atau negara ataupun batas pentadbiran dari suatu negara. Fenomena ini telah berlaku sejak berzaman dahulu lagi manakala faktor yang mempengaruhi berlakunya perpindahan penduduk sangat kompleks. Ini termasuklah aspek kehidupan manusia, ekonomi, sosial, perubatan, kebudayaan dan politik. Migrasi juga merupakan satu proses demografi yang melibatkan perpindahan penduduk daripada satu kawasan kepada kawasan yang lain. Selain itu, mengenai migrasi dalaman, terdapat faktor tarikan dan tolakan yang menyebabkan manusia perpindahan dari satu kawasan ke satu kawasan lain. Sebagai contohnya, di Malaysia, isu yang berkait rapat dengan migrasi telah berlaku sebelum 4. HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012 3 merdeka lagi apabila British membawa masuk kaum Cina dan India ke Tanah Melayu untuk bekerja dalam sektor tertentu iaitu pertanian, perlombongan dan sebagainya. Selepas merdeka iaitu sekitar tahun 1970-an, berlaku proses perindustrian dan urbanisasi yang pesat di Malaysia khususnya di kawasan Selangor dan Lembah Klang. Sehubungan dengan itu, perpindahan penduduk berterusan ke kawasan bandar ini adalah disebabkan oleh faktor tarikan di tempat hendak dituju dan faktor tolakan di tempat yang asal. Fenomena yang berlaku pada zaman dahulu sehingga sekarang ini masih lagi berterusan. Perpindahan ini juga merupakan pemindahan sumber tenaga manusia yang mempengaruhi struktur umur dan jantina, perkahwinan, pertumbuhan penduduk dan ekonomi. Perpindahan penduduk yang berlaku boleh dianggap satu proses memajukan bidang sosioekonomi. Namun begitu, wujud juga kesan negatif iaitu antaranya masalah sosial dan kekurangan tenaga buruh di tempat asal mereka. Di Malaysia, bandar raya Kuala Lumpur merupakan bandar besar yang menerima ramai migrant daripada seluruh negeri. Bagi mendefinisikan migrasi, terdapat ramai tokoh 5. HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012 4 yang memberikan takrifan yang tersendiri. Menurut Suriati (1994), migrasi merujuk kepada pergerakan penduduk yang berlaku buat beberapa ketika bergantung pada lama masa yang diambil sama ada dalam jangka masa panjang atau pendek. Manakala Usman (1989), mengatakan bahawa konsep migrasi adalah pemindahan seseorang individu melintasi sempadan salah sebuah daripada unit kawasan tersebut. Di dalam sesebuah negeri, sempadan ditentukan dari segi wilayah, negeri, daerah dan kampung. Seterusnya, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), mengatakan migrasi adalah satu bentuk mobiliti ruang yang berlaku di antara unit atau kawasan yang melibatkan perubahan tempat tinggal, iaitu tempat tinggal asal atau tempat bertolak, ke tempat ditujui atau tempat yang baru (Usman, 1989). Ini bermakna, migrasi yang berlaku ini melibatkan interaksi antara satu ruang dengan satu ruang yang lain. Model-model pembangunan yang berkaitan dengan migrasi adalah Model Neo- Klasik, Model Lebihan Buruh, Model Ladang Besar dan Model Pembangunan Luar Bandar. 6. HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012 5 Tambahan lagi, mengikut Kamus Dewan (1996), migrasi adalah perpindahan penduduk dari sebuah negara atau tempat ke negara atau tempat yang lain. Hal ini bertepatan dengan definisi yang dikemukakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (1991) iaitu menyatakan migrasi sebagai mereka yang bertukar tempat tinggal biasa di beberapa peringkat geografi di dalam negara. Migrasi boleh dibahagikan kepada empat jenis migrasi iaitu migrasi antarabangsa, migrasi dalaman, migrasi musiman dan migrasi sementara (Katiman, 2002). Walau bagaimanapun, dalam penulis modul ini, kita fokuskan kepada migrasi dalaman sahaja. Sehubungan dengan itu, migrasi dalaman merujuk kepada pergerakan dari satu negeri ke negeri lain atau satu tempat ke tempat lain atau dalam erti kata lain pergerakan penduduk dalam negeri yang sama (Kompendium Perangkaan Alam Sekitar, 2004). Pergerakan dalaman ini melibatkan perpindahan penduduk yang melintasi sempadan negeri, sepadan wilayah, sempadan daerah, dan sempadan kampung. Manakala menurut Clarke (1988), migrasi dalaman merujuk kepada migrasi yang berlaku dalam sempadan politik dan pentadbiran yang sama. Jenis migrasi dalaman yang berlaku 7. HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012 6 ialah bandar ke bandar, bandar ke luar bandar, luar bandar ke bandar dan luar bandar ke luar bandar seperti jadual 1 (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2005). Jadual 1: Migrasi di Malaysia pada tahun 1980, 1986 hingga 1991 dan 2000. Bil Jenis Aliran 1980 (%) 1986-1991 (%) 2000 (%) 1 Bandar Bandar 21.0 50.1 63.2 2 Bandar Luar Bandar 18.0 20.7 9.2 3 Luar Bandar Bandar 16.0 17.1 17.6 4 Luar Bandar Luar Bandar 45.0 12.1 10.0 Jumlah (%) 100.0 100.0 100.0 Bilangan Migran (orang) 954,200 1,024,500 3,328,485 Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, (2005). 8. HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012 7 DAPATAN KAJIAN MODEL-MODEL PEMBANGUNAN BERKAITAN DENGAN MIGRASI Berbagai teori dan model telah dikemukakan oleh ahli ekonomi untuk mengkaji migrasi. Terdapat empat kategori dalam migrasi manusia (Manning, 2005). Tiga antara migrasi tersebut mempunyai model yang hampir sama dengan migrasi haiwan, khususnya mamalia. Model pembangunan yang berkaitan antara migrasi dan pembangunan meliputi empat model seperti yang telah diterangkan oleh Simmons (1984). Antara model-model tersebut adalah Model Neo-Klasik, Model Lebihan Buruh, Model Ladang Besar dan Model Pembangunan Luar Bandar. a) Model Neo-Klasik Model ini menerangkan peranan positif migrasi luar bandar ke bandar bagi negara maju. Berdasarkan teori ekonomi neo-klasik, perbezaan upah antara kawasan merupakan faktor utama yang merangsang penghijrahan buruh. Perbezaan upah wujud disebabkan perbezaan antara 9. HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012 8 permintaan dan penawaran buruh. Kawasan yang memerlukan buruh pada kadar yang rendah akan menyumbang kepada peningkatan upah pekerja. Manakala lebihan buruh di luar bandar akan diserap oleh industri di bandar. Model ini juga menerangkan bahawa penghijrahan penduduk terutamanya ke kawasan bandar didorong oleh faktor penarik, iaitu kawasan yang ditinggalkan dan faktor penarik, iaitu kawasan yang dituju. Sektor pertanian yang semakin moden menyebabkan buruh-buruh di kawasan luar bandar berhijrah ke kawasan bandar yang sentiasa memerlukan bilangan buruh yang ramai disebabkan pertumbuhan kawasan bandar. Penggunaan teknologi seperti penggunaan jentera-jentera dan mesin-mesin di kawasan luar bandar menjadi faktor penolak kepada penduduk kawasan sekitar untuk berhijrah ke bandar. Hasilnya, berlaku peningkatan dalam kecekapan ekonomi negara. Model yang dirangka oleh Simmons (1984) ini adalah bersifat kekeluargaan, kekal dan terarah kepada penghijrahan ke kawasan bandar. Model ini menunjukkan bahawa berlaku migrasi luar bandar ke bandar. 10. HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012 9 b) Model Lebihan Buruh Model ini sesuai untuk menerangkan tentang negara sedang membangun yang mengalami kepesatan pertambahan penduduk. Pertambahan penduduk ini akan menyebabkan negara tersebut mempunyai tanggungan yang tinggi kerana ramai daripada penduduknya terdiri daripada golongan belia. Penggunaan teknologi dalam kebanyakan sektor ekonomi tidak kira di kawasan bandar mahupun luar bandar menyebabkan berlakunya lebihan buruh. Sektor perkilangan di kawasan bandar juga tidak dapat menyerap lebihan penduduk yang dialirkan daripada kawasan luar bandar. Lebihan penduduk ini hanya akan menyumbang kepada berlakunya pengangguran yang ketara terutamanya di kawasan luar bandar. Dalam model ini terdapat migrasi berpusingan dan migrasi pulang. Model ini adalah berkaitan dengan penghijrahan penduduk daripada luar bandar ke bandar. 11. HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012 10 c) Model Ladang Besar Sebagai sub model kepada pendekatan lebihan buruh, model ini menunjukkan bahawa perubahan ekonomi sesebuah negara diukur berdasarkan sektor ekonomi primer yang meliputi sektor pertanian, perhutanan dan perlombongan di kawasan luar bandar dan bukannya diukur melalui sektor ekonomi sekunder dan tertier. Hal ini kerana segala aktiviti perkilangan dan perindustrian di kawasan bandar hanya akan berjalan dengan lancar dengan adanya sumber primer yang diambil dan diolah di kawasan luar bandar. Permintaan di kawasan bandar terhadap sumber- sumber semula jadi di luar bandar akan menyebabkan pengeksploitasian terhadap sumber. Namun pada masa yang sama, terdapat penghijrah yang berhijrah ke suatu kawasan ke kawasan yang lain dan sentiasa berhijrah pada masa yang singkat. Mereka berhijrah adalah untuk mencari peluang ekonomi di sesuatu kawasan. Biasanya, para penghijrah dalam model ini adalah tidak kekal. Penghijrah 12. HGM 3033 - Geografi Penduduk 2012 11 biasanya pulang ke tempat asal apabila permintaan terhadap buruh menurun. d) Model Pembangunan Luar Bandar Model ini sesuai untuk menerangkan usaha ker