modul program nilam

Upload: shafiq-baseri

Post on 08-Jan-2016

249 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

modul

TRANSCRIPT

MODUL PROGRAM BACAAN NADI ILMU AMALAN MEMBACA (NILAM) PAHANG

MODUL PROGRAM BACAAN NADI ILMU AMALAN MEMBACA (NILAM) 1.PENGENALANNILAM adalah singkatan nama bagi Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan program galakan membaca secara terancang dan berterusan dengan melibatkan semua pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri Pahang Darul Makmur. Dulu Program ini dikenali dengan Projek BUKTI ( Baca Untuk Tingkat Ilmu ).Program NILAM merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca dikalangan pelajar dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya mambaca dan budaya ilmu. Pada akhir persekolahan mereka, tahun 6 bagi sekolah rendah, mereka akan diberi pengiktirafan berdasarkan jumlah buku yang dibaca.2.MATLAMAT

Ia bertujuan untuk membudayakan amalan membaca dikalangan pelajar sepanjang hayat.

3.OBJEKTIF

3.1.Dapat menyemai minat membaca dikalangan pelajar.

3.2. Menjadikan murid banyak membaca.3.3.Dapat memperbanyak bahan bacaan sesuai dengan tahap perkembangan pelajar.3.4.Dapat memupuk persaingan dalam konteks membaca bagi mencapai kecemerlangan.4.MASA4.1.Dimasukkan aktiviti membaca dalam jadual waktu, umpamanya satu waktu dalam pelajaran bahasa.

4.2.Diberi masa khas untuk semua warga sekolah terlibat dengan membaca. Contohnya 10 minit sebelum dan selepas dan waktu rehat.

4.3.Ditekankan dan digalakkan penggunaan masa senggang unutk membaca.

5.PELAKSANAAN PROGRAM NILAM

5.1.Rekod Bacaan PelajarSetiap pelajar menyediakan satu Buku Rekod Bacaan untuk mengisi maklumat buku-buku yang telah dibaca.5.2Rekod Tahap Rakan Pembaca

5.2.Pengesahan Bacaan

Semua guru boleh membuat pengesahan Buku Rekod Bacaan Pelajar.

5.3.Pengiktirafan

Satu perakuan diberikan kepada pelajar berdasarkan rekod jumlah buku yang dibacanya.6.TAHAP PELAKSANAAN PROGRAM

Program ini terbahagi kepada dua tahap

JAUHARIUntuk membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina tabiaat membaca. RAKAN MEMBACA

Membantu meningkatkan penyertaan pelajar dan kepelbagaian penggunaan bahan dalam gerakan membaca.6.1.TAHAP JAUHARI

Semua pelajar diwajibkan mengikuti aktiviti galakan membaca.

Sekolah rendah

Pelajar mengikuti aktiviti bacaan sebaik sahaja menguasai kemahiran asas membaca (Pertengahan Tahun 1).

Sistem Ganjaran JAUHARI

Pelajar akan diberi ganjaran berdasarkan bilangan bahan yang dibaca. Pengiktirafan ini diterterakan dalam Buku Rekod Kemajuan Pelajar, Sijil Berhenti dan Surat Akuan Sekolah

Sekolah Rendah

Jumlah Bacaan/ BukuPengiktirafan

90 - 179Gangsa

180 - 269Perak

270 - 359Emas

360 ke atasNILAM

6.2.TAHAP RAKAN MEMBACA

Ciri- ciri Rakan Pembaca

Pra Syarat:

Pelajar yang sudah membaca lebih dari 100 buah buku layak dipilih ke tahap ini. Pelajar mempunyai sifat kepimpinan dan berupaya memimpin dan menarik minat pelajar lain. Pelajar pada tahap ini akan dibimbing oleh guru atau fasilitator untuk turut serta ditempat-tempat aktiviti ( 10 orang pelajar untuk seorang fasilitator )

Pelajar yang dipilih akan dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan aktiviti ini.

Pelajar juga dilatih untuk menjalankan pembacaan bersama rakan-rakan di sekolah seperti : aktiviti bercerita, membaca bersama, bicara buku,meminjamkan buku dan ulasan buku. Aktiviti yang mereka jalankan akan diberi skor pemarkahan mengikut jumlah ramai pendengar, pembaca dan peminjam buku mereka.

SISTEM GANJARAN PEMBACA

Ganjaran akan diberi kepada pelajar yang telah melaksanakan beberapa aktiviti seperti yang dinyatakan di bawah.

Contoh kiraan markah:

Bercerita / Lakonan / Sketsa

1 sesi x 20 pendengar= 5 markah

Membaca bersama

1 sesi x 3 pembaca

= 3 markah

Bicara buku / Resensi Buku / Diskusi

1 sesi x 5 pendengar= 5 markah

Meminjamkan buku

1 buah x 5 peminjam= 5 markah

Ulasan buku

1 buah x 4 pendengar= 4 markah

Jumlah

22 markah

Markah maksimum bagi setiap aktiviti ialah 5 markah.Ganjaran mengikuti aktiviti

MarkahPengiktirafan

100 - 199Gangsa

200 - 299Perak

300 - 399Emas

400 keatasNILAM

JAWATANKUASA PROGRAM NILAM Contoh Carta Organisasi Jawatankuasa NILAM Sekolah RendahSEKOLAH RENDAH

(Rujuk di Lampiran 1)PERANAN AHLI JAWATANKUASA

7.1. Pengerusi- Pengetua / Guru Besar Memahami dasar dan matlamat program NILAM. Mempengerusi setiap mesyuarat jawatankuasa. Memberi taklimat kepada guru dan ibu bapa.

Memastikan pelaksanaan program berjalan lancar dari segi penyeliaan,

perjumpaan dengan guru, temubual murid dan ibu bapa.

Memastikan PSS dikemaskinikan dari segi bahan bacaan: Pengredan buku

Pinjaman buku

Keperluan bahan bacaan mencukupi dan sesuai

Rekod Bacaan

Menentukan keberkesanan jadual pelaksanaan program. Mengenal pasti guru untuk menghadiri kursus atau seminar yang berkaitan

dengan program bacaan.

Memastikan semua guru terlibat dalam program NILAM terutama dalam membuat pengesahan Buku Rekod Bacaan pelajar.

Meluluskan peruntukan kewangan dan yang berkaitan.

7.2. Timbalan Pengerusi- Guru Penolong Kanan 1

Menjalankan tugas pengerusi semasa ketiadaannya. Membantu pengerusi merancang, melaksana, menyelaras,memantau dan manilai Program NILAM.

Mengenal pasti masalah, kelemahan, kekuatan program dan mengambil tindakan susulan.

Menyelia aktiviti-aktiviti yang menyokong Program NILAM. Memastikan Program NILAM dilaksanakan mengikut perancangan.

Mengesah dan manandatangani Buku Rekod Bacaan pelajar.

7.3. Setiausaha- Guru NILAM Membentuk satu pasukan kerja untuk pengredan buku. Mengagihkan buku pinjaman secara berkelompok.

Mengurus dan mengedar Buku Rekod Bacaan pelajar. Menganjur dan menyelaras sebarang aktiviti untuk menyokong Program NILAM yang dirancang oleh setiap panitia dengan kerjasama PSS. Menyedia laporan berkala dan laporan tahunan untuk dikemukakan kepada BTPN Melaka melalui PKG. Memasukkan dan mengemaskinikan data dari semasa ke semasa.

Membuat analisis Program NILAM berdasarkan data terkumpul.

Menjadi urus setia untuk anugerah NILAM peringkat sekolah.

7.4. Penolong Setiausaha- Guru Perpustakaan Membantu pihak sekolah membuat pengredan buku.

Mengagihkan buku pinjaman secara berkelompok.

Mengedar Buku Rekod Bacaan pelajar. Membantu setiausaha menganjurkan sebarang aktiviti untuk menyokong Program NILAM.

Membantu setiausaha menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan. Membantu setiausaha menyediakan pengiktirafan Tahap JAUHARI dan Tahap RAKAN PEMBACA.

Membantu setiausaha memasukkan dan mengemaskinikan data serta menganalisis Program NILAM berdasarkan data terkumpul.

7.5. Guru Penolong Kanan HEM / Kokurikulum Bertanggungjawab kepada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi serta menjalankan tugas Pengerusi dan Timbalan Pengerusi semasa ketiadaannya.

7.6. Ketua Panitia Mata Pelajaran

Membantu dan memilih bahan bacaan yang sesuai untuk pelajar. Menyemak buku rekod pembelajaran di perpustakaan atau di luar perpustakaan.

Merancang dan menyelaras aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menjurus ke arah pembacaan berkualiti. Membuat perancangan dan anggaran pembelajaran Program NILAM.

Menyelia pelaksanaan Program NILAM. Mengesah dan menandatangani Buku Rekod Bacaan Pelajar.

7.7. Guru kelas

Memantapkan dan memantau aktiviti membaca yang menyokong Program NILAM yang telah dirancang. Mengambil tindakan selepas pembentangan laporan Setiausaha NILAM.

Menjadi urus setia anugerah NILAM peringkat sekolah. Mewujudkan sudut bacaan kelas. Menyelaras agihan Buku Rekod Bacaan pelajar kelas. Membuat pinjaman buku dari PSS. Menyemak dan merekod data bacaan pelajar dan sentiasa dikemaskinikan data. Mengesah dan menandatangani Buku Rekod Bacaan pelajar. Menyimpan dan mengemaskini Buku Rekod Bacaan pelajar. Menghantar Buku Rekod Bacaan pelajar kepada Guru NILAM.

Memberi kerajsama yang padu agar program NILAM berjalan mengikut perancangan.

7.8. Wakil PIBG

Menggalakkan anak-anak membaca di rumah. Menyediakan bahan bacaan bersesuaian dan mencukupi di sudut perpustakaan keluarga.

Membuat pinjaman bahan bacaan daripada sumber lain seperti Perpustakaan Awam, Desa Bergerak, FELDA dan sebagainya.

Memastikan anak-anak sentiasa mempunyai bahan untuk dibaca dan merekodkan bacaan.

Membantu pihak sekolah menjayakan Program NILAM melalui sumbangan buku atau kewangan.

Menghadiri setiap mesyuarat jawatankuasa NILAM.8. BAHAN BACAAN

8.1. Sekolah Rendah

Tahap 1

Ilustrasi yang menarik dan berwarna warni.

Bahan bebentuk imaginasi dan fantasi.

Mempunyai struktur ayat yang mudah.

Saiz font ketebalan buku:

Tahun Saiz FontKetebalan

Tahun 11610 ms

Tahun 21615 ms

Tahun 31426 ms

Tahap 2 Ilustrasi yang sesuai mengikut keperluan.

Bahan berbentuk realiti pengembagan dan kegagahan.

Mempunyai struktur ayat yang mudah kepada ayat yang

Kompleks dan gaya bahasa yang menarik.

Ketebalan minimum buku disarankan 40 ms.

PAGE 1_____________________________________________________________________________ Pusat Kegiatan Guru Sebatu @2014