modul p&p statistik dan kebarangkalian tahun 3 sk

Upload: syazalina83

Post on 05-Apr-2018

255 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Modul P&P Statistik Dan Kebarangkalian Tahun 3 SK

    1/22

  • 7/31/2019 Modul P&P Statistik Dan Kebarangkalian Tahun 3 SK

    2/22

  • 7/31/2019 Modul P&P Statistik Dan Kebarangkalian Tahun 3 SK

    3/22

    i

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH(KSSR)

    MATEMATIK

    TAHUN 3

    MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    (SEKOLAH KEBANGSAAN)

    BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

  • 7/31/2019 Modul P&P Statistik Dan Kebarangkalian Tahun 3 SK

    4/22

    ii

    Cetakan Pertama 2012

    Kementerian Pelajaran Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana

    bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga

    bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi,

    mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis

    daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian

    Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran

    Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

  • 7/31/2019 Modul P&P Statistik Dan Kebarangkalian Tahun 3 SK

    5/22

    iii

    ISI KANDUNGAN

    TAJUK MUKASURAT

    Pendahuluan v

    Penjelasan dan Penggunaan Modul vi

    STATISTIK DAN KEBARANGKALIAN: Perwakilan Data

    Mengumpul, mengelas dan menyusun data. 1 10

  • 7/31/2019 Modul P&P Statistik Dan Kebarangkalian Tahun 3 SK

    6/22

    iv

  • 7/31/2019 Modul P&P Statistik Dan Kebarangkalian Tahun 3 SK

    7/22

    v

    PENDAHULUAN

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan unggul selaras

    dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan

    bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi

    intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus

    globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.

    Matematik di peringkat sekolah rendah adalah satu mata pelajaran asas yang menegaskan

    kepada penguasaan bahasa matematik, kefahaman konsep, penguasaan kemahiran

    mengira, menaakul dan kemahiran menyelesaikan masalah serta penerapan nilai-nilai

    murni. Elemen kreativiti, keusahawanan dan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)

    perlu diterapkan melalui konteks yang sesuai bagi setiap standard pembelajaran.

    Sebagai usaha panduan dan pencetus idea, modul pengajaran dan pembelajaran ini

    disediakan bagi membantu guru merealisasikan tuntutan dan hasrat KSSR melalui

    pendidikan matematik. Keberkesanan pelaksanaan KSSR memerlukan guru menghayati

    kehendak dan semangat pendidikan matematik sepertimana yang tersurat dalam dokumen

    KSSR Matematik dan diterjemahkan dalam modul ini. Adalah diharapkan modul ini dapat

    membantu guru melaksanakan kurikulum matematik yang dihasratkan dapat menyediakan

    murid yang lebih berdaya saing, membentuk insan yang seimbang dan dapat menyumbang

    kepada keharmonian serta kesejahteraan negara.

    Modul ini memuatkan beberapa maklumat berhubung dengan senarai standard

    pembelajaran yang perlu diajar serta cadangan aktiviti dan latihan. Modul ini boleh

    digunapakai sebagai pencetus idea. Namun begitu, guru juga boleh mengubahsuai dan

    mengembangkan lagi aktiviti dan latihan yang dicadangkan.

    Dalam proses penyediaan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Tahun 3, banyak

    pihak yang turut sama terlibat. Kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan

    kepakaran, masa dan tenaga hingga terhasilnya modul ini, Kementerian Pelajaran

    merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

  • 7/31/2019 Modul P&P Statistik Dan Kebarangkalian Tahun 3 SK

    8/22

  • 7/31/2019 Modul P&P Statistik Dan Kebarangkalian Tahun 3 SK

    9/22

    vii

    PENJELASAN MODUL

    Modul ini merupakan panduan yang boleh diguna oleh guru di peringkat sekolah. Ia

    merupakan contoh yang boleh digunakan di dalam bilik darjah. Pengubahsuaian boleh

    dilakukan berdasarkan situasi persekitaran pembelajaran murid. Modul ini dibangunkan

    berdasarkan kepada empat fasa kreativiti yang menjadi teras kepada pengajaran danpembelajaran di bilik darjah.

    PENGGUNAAN MODUL

    Standard minima yang perlu dicapai oleh setiap murid.

    Cadangan latihan atau kerja bertulis yang boleh dilakukan.

    Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi

    Merupakan pemeringkatan pengajaran dan

    pembelajaran berdasarkan elemen kreativit i

    dan inovasi.

    Merupakan contoh pengajaran, guru boleh mengubahsuai

    berdasarkan situasi dan aktiviti tambahan yang difikir

    perlu bagi mencapai standard pembelajaran.

    Merupakan cadangan bentuk soalan

    atau pertanyaan yang dikemukakan.

  • 7/31/2019 Modul P&P Statistik Dan Kebarangkalian Tahun 3 SK

    10/22

    viii

  • 7/31/2019 Modul P&P Statistik Dan Kebarangkalian Tahun 3 SK

    11/22

    STATISTIK DAN KEBARANGKALIAN: TAHUN 3

    1

    Bidang: Statistik dan Kebarangkalian

    Tajuk: Perwakilan Data

    Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk:15.1 Mengumpul, mengelas dan menyusun data.

    Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk:(i) Mengumpul data berdasarkan situasi harian.

    Masa: 60 minit

    Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi

    1. Persediaan

    Pemerhatiandan Analisis

    a. Minta murid memerhati objek di dalamkelas.Contoh:Papan tulis, meja, jam dinding, buku.

    b. Terima semua senarai objek yang diberioleh murid.

    c. Perkukuhkan kefahaman murid berkaitandengan perbincangan dengan melukisbentuk objek yang disenaraikan.Contoh:

    Jam

    Almari

    Kotak pensel warna

    d. Murid menyatakan bilangan bentukberdasarkan senarai yang dikumpul.Contoh: Bulatan

    Segiempat tepat Segiempat sama

    i. Lihat objek berupabentuk di dalamkelas dan senaraikanapa yang kamunampak.

    ii. Lukis bentuk asasbagi objek yangdisenaraikan.

    iii. Berapa bilanganobjek berbentuksegiempat tepat?

  • 7/31/2019 Modul P&P Statistik Dan Kebarangkalian Tahun 3 SK

    12/22

    STATISTIK DAN KEBARANGKALIAN: TAHUN 3

    2

    2. Imaginasi

    Penjanaan

    Idea

    Sintesis Idea

    a. Murid diminta menyenaraikan kenderaanyang mereka naiki untuk ke sekolah.Contoh:

    Kereta Motosikal

    Berjalan kaki

    Basikal

    b. Murid ditanya secara rawak dan gurumencatatkan bilangan murid berdasarkankenderaan yang mereka naiki secaragundal.

    Kenderaan Gundal Bilangan

    Kereta llll l 6Motosikal

    Berjalan kaki

    Basikal

    i. Bagaimana kamudatang ke sekolah?

    ii. Berapa orang datangke sekolah menaikikereta?

    3. Perkembangan

    PenambahbaikanMenilai

    a. Bentuk kumpulan murid yang terdiridaripada lima atau enam orang.

    b. Guru mengedarkan satu gambar buah-buahan.

    c. Setiap kumpulan diminta menyenaraikanbuah-buahan yang terdapat di dalamgambar yang diberikan dan dimintamengasingkan buah-buahan tersebutmengikut warna.

    d. Sila rujuk Lembaran Kerja 1.

    i. Lihat dengan telitidan lengkapkanLembaran 1 yangdiberi.

    4. Tindakan

    PelaksanaanAmalanBerterusan

    a. Edarkan Lembaran Kerja 2kepadasetiap murid.

    b. Bincangkan hasil kerja murid.

    i. Selesaikan tugasanyang diberi

    Pentaksiran Berdasarkan hasil kerja murid mengumpul maklumat dengan betul padalembaran kerja yang diberikan.

    Nilai dan Sikap Menerapkan sifat bekerjasama, dan ketelitian.

  • 7/31/2019 Modul P&P Statistik Dan Kebarangkalian Tahun 3 SK

    13/22

    STATISTIK DAN KEBARANGKALIAN: TAHUN 3

    3

    Lembaran Kerja 1

    Nama: ______________________________ Kela s: _____________

    Senarai dan asingkan buah-buahan mengikut warna.

    WarnaSena rai

    buah-buahanGundal Bilangan

    Merah

    Hijau

    Kuning

    Jingga

  • 7/31/2019 Modul P&P Statistik Dan Kebarangkalian Tahun 3 SK

    14/22

    STATISTIK DAN KEBARANGKALIAN: TAHUN 3

    4

    Lembaran Kerja 2

    Nama: ______________________________ Kela s: _____________

    Warnaka n gam bar mengikut panduan warna diberi dan

    lengkap kan jadual di bawah.

    Warna Gund al Bilangan

  • 7/31/2019 Modul P&P Statistik Dan Kebarangkalian Tahun 3 SK

    15/22

    STATISTIK DAN KEBARANGKALIAN: TAHUN 3

    5

    Bidang: Statistik dan Kebarangkalian

    Tajuk: Perwakilan Data

    Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk:15.1 Mengumpul, mengelas dan menyusun data.

    Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk:(ii) Mengelas dan menyusun data menggunakan jadual.

    Masa: 60 minit

    Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi

    1. Persediaan

    Pemerhatiandan Analisis

    a. Tunjukkan 21 biji bola pelbagai warnakepada murid.

    b. Minta murid memerhati dan menceritakanapa yang dilihat.

    c. Beberapa orang murid dimintamengasingkan bola mengikut warna.

    Contoh:

    i. Perhatikan bola danasingkan mengikutwarna.

  • 7/31/2019 Modul P&P Statistik Dan Kebarangkalian Tahun 3 SK

    16/22

    STATISTIK DAN KEBARANGKALIAN: TAHUN 3

    6

    d. Murid diminta mengira dan mencatatkanbilangan bola mengikut warna ke dalamjadual di hadapan kelas.

    Warna Gundal Bilangan

    Biru IIII II 7

    Hijau IIII 5

    Kuning IIII 5

    Merah IIII 4

    ii. Lengkapkan jadual dihadapan kelasberdasarkan

    permerhatian.

    2. Imaginasi

    PenjanaanIdea

    Sintesis Idea

    a. Murid diminta menyenaraikan bulan-bulan

    dalam setahun.

    b. Murid diminta menyatakan bulankelahiran mereka.

    c. Berdasarkan data yang diperolehi,beberapa orang murid diminta membinajadual yang bersesuaian denganmaklumat yang diperolehi.

    d. Terima semua idea yang diberi olehmurid dan memilih satu jadual yangsesuai.

    e. Setiap murid diberikan pelekat bergambar

    f. Murid diminta melekatkannya mengikutbulan kelahiran mereka di dalam jadual.Contoh:

    Bulan Bilangan

    Januari

    Februari

    g. Murid menjawab secara lisan beberapasoalan berdasarkan jadual.

    i. Berapa bulan dalam

    setahun?Senaraikan.

    ii. Berapa orang yanglahir dalam bulanJanuari?

    iii. Bina jadual yangsesuai berdasarkanmaklumat yangawak perolehi.

    iv. Berapakah bilanganmurid yang lahirdalam bulanFebruari?

    v. Berapakahperbezaan bilanganmurid yang lahirpada bulan Januaridan Februari?

  • 7/31/2019 Modul P&P Statistik Dan Kebarangkalian Tahun 3 SK

    17/22

    STATISTIK DAN KEBARANGKALIAN: TAHUN 3

    7

    3. Perkembangan

    Penambahbaikan

    Menilai

    a. Bentuk kumpulan murid yang terdiridaripada sepuluh orang.

    b. Setiap kumpulan diedarkan sehelaikertas.

    c. Murid dikehendaki menyenaraikanwarna kegemaran masing-masing.

    d. Secara berkumpulan murid dikehendakiberbincang dan membina jadual yangsesuai dengan maklumat yangdikumpulkan.

    e. Ketua kumpulan dikehendakimenunjukkan hasil kerja kumpulanmasing-masing di hadapan kelas.Contoh:

    Warna Gundal Bilangan

    III 3

    i. Senaraikan warnakegemaran kamu

    pada kertas yangdiedarkan.

    ii. Bincang dan binajadual yang sesuaidengan maklumatyang diberi.

    iii. Tunjukkan hasil kerjadi hadapan kelas.

    4. Tindakan

    PelaksanaanAmalanBerterusan

    a. Edarkan Lembaran Kerja 3 dan 4kepada setiap murid.

    b. Bincangkan hasil kerja murid.

    i. Selesaikan tugasanyang diberi

    Pentaksiran Berdasarkan hasil kerja murid mengumpul maklumat dan melengkapkanjadual dengan betul pada lembaran kerja yang diberikan.

    Nilai dan Sikap Bekerjasama, ketelitian, kreatif

  • 7/31/2019 Modul P&P Statistik Dan Kebarangkalian Tahun 3 SK

    18/22

    STATISTIK DAN KEBARANGKALIAN: TAHUN 3

    8

    Lembaran Kerja 3

    Nama: ______________________________ Kela s: _____________

    Lengkap kan jadual di bawah berdasarkan g ambar haiwan da n

    jawab soalan d iberi.

    Jenis Haiwan Gundal Bilangan

    Berenang

    Terbang

    Merayap

  • 7/31/2019 Modul P&P Statistik Dan Kebarangkalian Tahun 3 SK

    19/22

    STATISTIK DAN KEBARANGKALIAN: TAHUN 3

    9

    1. Berapa kah b ilangan haiwan yang be renang?

    ________________________________________

    2. Berapa kah b ilangan haiwan yang terba ng?

    _______________________________________

    3. Berap akah jumlah ha iwa n yang be renang dan m erayap?

    _______________________________________

    4. Berapa kah perbezaan antara haiwa n yang terba ng danmerayap?

    ________________________________________

  • 7/31/2019 Modul P&P Statistik Dan Kebarangkalian Tahun 3 SK

    20/22

    STATISTIK DAN KEBARANGKALIAN: TAHUN 3

    10

    Lembaran Kerja 4

    Nama: ______________________________ Kela s: _____________

    Jawab perkataan berdasarkan perkataan d iberi.

    1. Berapakah huruf yang berbeza d i da lam p erka taan di a tas?

    ___________________________________

    2. Berapakah b ilanga n huruf A d i a tas?

    ____________________________________

    3. Berap akah jumlah huruf di da lam p erkataan terseb ut?

    ____________________________________

    4. Berapakah perbezaan huruf anta ra huruf A dan N?

    ____________________________________

    PERWAKILAN DATA

  • 7/31/2019 Modul P&P Statistik Dan Kebarangkalian Tahun 3 SK

    21/22

  • 7/31/2019 Modul P&P Statistik Dan Kebarangkalian Tahun 3 SK

    22/22