modul pembangunan laman pdp untuk persekitaran maya (2)

46

Click here to load reader

Upload: hajariahhalim

Post on 10-Apr-2016

35 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

nota pembagunan laman pdp untuk persekitaran maya

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERSIARAN BUKIT KIARA

50604 KUALA LUMPUR

LAMAN WEB: www.moe.edu.my

MODUL PEMBANGUNAN LAMAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PdP UNTUK PERSEKITARAN MAYA

Page 2: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

1

Isi Kandung

Isi Kandung 1Modul Pembangunan Laman Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) untuk Persekitaran Maya 2Objektif 2Pembelajaran Maya 2Frog VLE (Virtual Learning Environment) 3Model Reka Bentuk Instruksional 5•Analisis (Analysis) 6•Reka bentuk (Design) 7•Pembangunan (Development) 7•Pelaksanaan (Implementation) 8•Penilaian (Evaluation) 8Smith and Ragan 10Organizational Strategy 12Delivery Strategy 13Management Strategy 13Expanded Events of Instruction 14Langkah-Langkah Pembinaan Laman PdP 15Persekitaran Pembelajaran Maya 15Rujukan 45

Page 3: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

Modul Pembangunan Laman Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) untuk Persekitaran Maya VLE telah dibangunkan sebagai satu pelantar pembelajaran untuk memudahkan guru menyediakan pelajaran bagi murid-murid. Selain memberi peluang murid mengikuti pelajaran di rumah ia juga merupakan pelantar yang memungkinkan murid-murid mengulangkaji pelajaran yang dipelajari di sekolah berulang kali. Untuk memungkinkan hasrat KPM (Perkara 6) dicapai, KPM perlu memastikan pelantar VLE dioptimumkan dan dimanfaatkan oleh guru-guru dan murid-murid. Objektif Modul ini bertujuan untuk menjelaskan bagaimana model reka bentuk instruksional digunakan secara terancang dan bersesuaian dalam membangunkan bahan pengajaran dan pembelajaran. Modul ini juga dapat membantu guru merancang dan melaksanakan aktiviti- aktiviti PdP menggunakan persekitaran maya Pembelajaran Maya Pembelajaran Maya merupakan satu kaedah pembelajaran yang dihubungkan secara terus dengan internet dan intranet yang menggunakan media elektronik sebagai medium pembelajaran. Dengan menggunakan kaedah ini murid boleh memperolehi maklumat dan membantu pembelajaran di dalam dan luar kelas. PdP boleh dicapai di mana-mana sahaja dengan cara yang lebih mudah dan berkesan. “Pembelajaran maya bermaksud pembelajaran dilakukan secara penghantaran dan akses ke koleksi bahan-bahan pengajaran yang berkoordinasikan ke atas media elektronik dengan menggunakan ‘web server’ untuk menyebarkan bahan tersebut atau ‘web browser’ untuk mengaksesnya dan Protocol Internet (IP) dan Protokol Pemindahan HyperText (HTTP) sebagai perantara (pertukaran).” (Alan Jolliffe, Jonathan Ritter dan David Stevens, 2001) Frog VLE (Virtual Learning Environment) Frog VLE merupakan platform pembelajaran yang digunakan berasaskan “cloud” yang membolehkan pentadbir, pengurus, guru sekolah serta murid menerapkan landasan pengajaran dan pembelajaran mereka ke dalam amalan dan persekitaran sekolah. Frog VLE boleh dilayari dengan menggunakan browser Google Chrome. Frog VLE hanya boleh diakses menggunakan 1Bestari Net iaitu rangkaian internet yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 4: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

4

Frog VLE dijadikan satu dasar dalam transformasi pendidikan negara dan memudahkan guru-guru membina laman bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. VLE boleh digunakan sebagai landasan persekitaran pembelajaran yang direka bentuk sebagai sumber pembelajaran kendiri. Penglibatan sekolah secara maksimum akan dapat meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dalam persekitaran pembelajaran yang selamat.

MODEL REKA BENTUK INSTRUKSIONAL

Reka bentuk pengajaran adalah sains untuk mencipta amalan pengajaran yang terperinci untuk pembangunan, penilaian dan penyelenggaraan persekitaran pembelajaran yang memudahkan PdP sesuatu unit pelajaran berlaku (Richey,1986). Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru tidak dapat mencapai keberkesanan dalam pengajaran. Terdapat banyak model reka bentuk instruksional yang boleh menjadi panduan menghasilkan proses atau bahan PdP yang merangkumi perkara asas berikut:

• Menentukan keperluan murid• Menentukan matlamat dan objektif• Membina prosedur penilaian• Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian• Mencuba sistem pengajaran• Menilai keseluruhan sistem

Tujuan utama reka bentuk instruksional adalah untuk menghasilkan PdP yang berkesan bagi membolehkan murid memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan serta digemari oleh murid. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat murid,

Page 5: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

6

sekaligus membina disiplin yang positif. Ini kerana guru dapat melaksanakan PdP dengan lancar, menarik dan sistematik. Terdapat banyak model-model reka bentuk instruksional yang diguna pakai untuk menghasilkan bahan PdP yang berkesan. Model ADDIE (Dick & Carey, 1978) contohnya adalah antara model reka bentuk instruksional yang paling banyak diguna pakai dalam pembangunan bahan PdP.Model ADDIE mempunyai lima komponen utama iaitu:

1) Analisis,2) Reka bentuk,3) Pembangunan,4) Implimentasi,5) Penilaian. Analisis (Analysis) Analisis atau Analysis bertujuan untuk mengenal pasti objektif sesuatu perisian kursus diperkenalkan. Kenapa reka bentuk instruksional ini diperlukan? Apakah ilmu-ilmu yang perlu ada kepada murid sebelum perisian kursus itu boleh digunakan? Juga melihat kesesuaian kandungan perisian kursus kepada murid dan adakah ia sesuai untuk kegunaan individu atau kumpulan? Perlu difikirkan juga logistik sesuatu perisian kursus yang dihasilkan, adakah ia boleh diakses di internet atau pun disebarkan melalui CD dan DVD? Reka bentuk (Design) Reka bentuk atau Design pula bermaksud menentukan dan mereka kaedah instruksional yang akan digunakan. Contohnya perisian kursus tersebut mungkin akan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif, penerokaan, penyelesaian masalah, permainan, simulasi, perbincangan, latihan dan praktikal, tutorial, demonstrasi atau secara pembentangan. Alat yang digunakan juga perlu ditentukan, seperti sama ada menggunakan audio, video, komputer, internet dan sebagainya. Pembangunan (Development) Pembangunan atau Development ialah proses menghasilkan perisian kursus yang telah direka bentuk. Seperti membina dahulu papan cerita, kemudian membentuk grafik yang diperlukan, menentukan pula bahasa pengaturcaraan, membuat ujian perisian kursus yang dihasilkan dan menyebarkan bahan tersebut.

Page 6: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

8

Pelaksanaan (Implementation) Implemention atau pelaksanaan berperanan untuk membuat ujian rintis terhadap perisian kursus yang telah dihasilkan. Misalnya beberapa sampel atau murid telah dipilih bagi menggunakan perisian kursus tersebut. Penilaian (Evaluation) Penilaian atau Evaluation pula mempunyai dua jenis penilaian utama iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif bertujuan untuk meningkatkan serta memperbaiki tahap keberkesanan bahan instruksional yang telah direka. Contohnya meningkatkan mutu perisian kursus selepas ujian rintis . Manakala penilaian sumatif bermaksud penilaian keseluruhan bahan instruksional yang telah dihasilkan. Misalnya satu kajian dibuat untuk menilai berapa peratus objektif yang tercapai setelah proses penggunaan perisian kursus tersebut selesai digunakan. Walau bagaimanapun, modul ini akan menggunakan model reka bentuk instruksional Smith & Ragan (2005) yang mana tiga aktiviti utama iaitu analisa, strategi dan penilaian telah dibina berdasarkan model-model reka bentuk instruksional yang lain. Perbezaan utama antara model ini dan model-model yang lain adalah penekanan yang teliti dalam aspek strategi instruksionalnya. Ketelitian ini tidak banyak terdapat dalam model-model reka bentuk instruksional yang lain (Gustafan & Branch, 2002). Berikut adalah gambaran visual Model Smith dan Ragan (Smith & Ragan, 2005, p.10).

Page 7: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

9

Page 8: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

10

Berdasarkan diagram di atas, walaupun proses reka bentuk ini kelihatan linear, Smith dan Ragan menekankan bahawa aktiviti berkaitan dengan pembangunan instruksional selalunya berlaku serentak. Langkah-langkah dalam setiap fasa adalah saling bergabung jalin yang mana sebarang perubahan dalam satu langkah memerlukan pereka instruksional membuat perubahan pada langkah-langkah yang lain. Model Smith dan Ragan mempunyai tiga aspek penting iaitu, Analisa, Strategi, dan Penilaian. Ketiga-tiga aspek ini sangat penting dalam menghasilkan bahan PdP tetapi, modul ini hanya fokus kepada aspek Strategi Instruksional sahaja kerana aspek ini dirasakan rumit untuk dilaksanakan. Walau bagaimana pun, ini tidak bermakna aspek Analisa dan Penilaian itu tidak perlu dilakukan dalam proses membangunkan bahan PdP. Aspek Analisa perlu dibuat sebelum memulakan proses reka bentuk bahan kerana maklumat itu dapat membantu pereka instruksional untuk menghasilkan bahan PdP yang menepati kehendak pengguna. Begitu juga aspek Penilaian dimana aktiviti ini dapat membantu pereka instruksional mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sesuatu bahan PdP yang dibangunkan. Smith dan Ragan memberi penghargaan kepada Reigeluth (1983) dalam menghuraikan Strategi Instruksional yang mengandungi tiga ciri berikut:

Page 9: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

Organizational Strategy

Delivery Strategy ManagementStrategy

• How will the instruction be sequenced

• What Instructional medium will be used

• How will learners be grouped

• Scheduling and allocation of resources

Strategy

Strategi-strategi di atas boleh dirancang di tahap subjek (makro) atau di tahap lesson (mikro). Berikut adalah penerangan ringkas berkaitan strategi instruksional di tahap mikro. Organizational StrategiesSetiap individu belajar secara operasi mental, satu proses yang dikenali sebagai persepsi terpilih. Organizational Strategies harus menjawab tiga soalan berikut:

1) Apakah isi kandung yang diperlukan?2) Bagaimanakah cara isi kandung itu perlu dipersembahkan?3) Bagaimanakah cara isi kandung itu harus dicerakinkan?

Page 10: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

13

Delivery Strategies

Delivery Strategies mengandungi strategi pengajaran (instructional strategies) seperti berikut:

General sequence of instructional delivery

Management StrategiesStrategi ini melibatkan urusan penjadualan bahan PdP yang dibangunkan dan agihan peruntukan untuk sumber-sumber

yang diperlukan dalam pembangunan bahan PdP. Walau bagaimanapun, elemen ini dilakukan setelah bahan selesai dibangunkan.

Introduction • Deploy attention/arouse interest and motivation

• Establish instructional purpose

• Preview the lesson

Body • Recall prior knowledge

• Process information and examples

• Focus attention

• Employ learning strategies

• Practice

• Evaluate feedback

• Employ learning strategies

Closure • Summarize and review

• Transfer Knowledge

• Re-motivate and close

• Assessment of concept learning

• Evaluate feedback and seek remediation

Page 11: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

14

Page 12: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

15

Page 13: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

1. Masukan domain sekolah di ruangan url.Contoh : https://sekolahmayakpm.1bestarinet.net

16

2. Masukan ID pengguna dan kata laluan 3. Log masuk

PROSES LOGIN KE VLE

Page 14: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

1. Laman di atas adalah laman sekolah anda (Dashboard sekolah).

2. Untuk membina laman baru atau New site , anda perlu klik ikon Quick Launch

18

PROSES MEMBINA LAMAN

Page 15: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

1. Apabila anda klik ikon Quick Launch maka tetingkap seperti di atas (dalam kotak merah) akan dipaparkan:

Di dalam ikon Menu Quick Launch terdapat ikon Assignments , ikon Departmental Sites , ikon The Pond , ikon E-Mail, ikon Calendar , ikon Google Drive, ikon Learn

Centre, ikon Booking Calendar, ikon Frogstore, ikon Learning Styles Report, ikon Pin-Point, ikon Community, ikon Forums, ikon Sites, dan ikon Bookshelf.

2. Klik ikon Site untuk membina laman baru

19

Page 16: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

1. Apabila anda mengklik ikon site maka tetingkap seperti di atas akan dipaparkan

2. Kemudian klik pula ikon New Site

20

Page 17: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

Tetingkap ikon New Site memerlukan anda menaip Nama Laman baru (Give your site a name) dan juga memerlukan anda memasukkan sedikit

penerangan tentang laman anda (Write a brief description of your site:).

21

Page 18: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

1. Tetingkap seterusnya terpapar Nama Sains Tingkatan 1 dan untuk

memilih Tema Reka bentuk laman anda ,klik mana-mana

tema/theme yang dikehendaki .

2. Kemudian pilih mana-mana ikon Imej di bawah dan klik butang Next.

22

3. Pilih kategori dan klik add, pilih kumpulan dan klik add kemudian klik butang Create Site.4. Pilihan keyword adalah optional.

Page 19: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

1. Laman baru SAINS TINGKATAN 1 telah berjaya dihasil & dipaparkan.2. Untuk menamakan (rename) tab, menambah tab atau page kandungan laman tersebut klik butang edit di sebelah kiri

23

Page 20: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

25

Tambah tab/ page mengikut reka bentuk ID yang dikenal pasti: (rujuk model pembelajaran Smith & Ragan). Contoh:

Pengenalan Kandungan Rumusan Penilaian

Page 21: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

1. Klik pada ikon edit untuk suntingan (editing)2. Klik butang widget untuk memilih media yang sesuai .3. Klik dan seretkan widget Scorm ke dalam laman (seperti dipaparkan) sehingga bar berwarna biru terpapar.

27

Page 22: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

1. Kedudukan icon SCORM selepas berjaya dimasukkan ke dalam laman.2. Kemudian double click ikon SCORM tersebut untuk mencari tajuk pilihan menerusi Search SCORM

files.

28

Page 23: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

1. Save dan klik icon keluar (X). 2. Seterusnya lengkapkan bahan ke dalam pautan Kandungan, Latihan dan Rumusan., kemudian kongsikan (share) laman PdP yang dibina .

29

Page 24: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

1. Klik 2. Paparan di bawah akan kelihatan. Klik

30

LANGKAH-LANGKAH BERKONGSI LAMAN (SHARING SITES)

Page 25: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

4. Pilih pilihan anda untuk berkongsi laman dan klik opsyen view/contribute/edit and manage.

31

3. Isikan butiran di bawah. Klik Next.

Page 26: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

PROSES PERKONGSIAN LAMAN (SITES) DALAM LAMAN (SITES)

Seperti contoh; kongsi laman (sites) dalam laman Bengkel Peluasan Pembangunan Laman PdP VLE 2014

32

Page 27: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

33

1.Klik pada widget site dan tarik (Drag) pada tab dikehendaki. 2. Klik dua kali pada widget site satu senarai laman yang telah dikongsi bersama dalam domain akan terpapar.

Klik dua kali

Page 28: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

34

1. Klik satu kali pada laman yang dikehendaki 2. Selepas selesai klik pada butang X untuk keluar.

Page 29: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

PROSES MENGHANTAR LAMAN PDP KE MOE REPOSITORY.

1. Klik pada , pilih 2. Lihat dalam ruangan ‘My Sites’

35

Page 30: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

1. Pilih dan klik pada laman yang hendak dihantar ke MoE Repository

2. Klik pada ‘setting’ dan pilih ‘Send to MoE repository’

36

Page 31: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

Paparan seperti di atas akan kelihatan. Setelah semakan ‘tags’ dibuat klik pada dan laman tersebut akan terus dihantar ke MoE repository untuk divalidasi oleh KPM sebelum dihantar terus ke ‘frogstore’.

37

Page 32: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

Proses penghantaran Laman PdP

Menggunakan widget yang sesuai untuk bahan PdP dalam VLE

Berkongsi laman PdP kepada murid di dalam kelas atau kepada guru yang lain di dalam sekolah yang sama

Laman PdP yang hendak dikongsi bersama guru-guru lain seluruh

Malaysia di dalam

Frogstore hendaklah dihantar ke MoE repository

Proses validasi laman PdP oleh KPM

Laman PdP berada di Frogstore

38

RUMUSAN PROSES MEMBANGUN LAMAN PEMBELAJARAN

Bina laman baru untuk tujuan PdP

Page 33: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

Akses menggunakan ID murid untuk akses ke laman (site) tidak kelihatan.

MENCARI LAMAN (SITE) DALAM FROGSTORE

Akses menggunakan ID guru paparan untuk akses ke laman (site) kelihatan. Ini bermakna hanya ID guru sahaja boleh akses laman (sites) dalam frogstore.

Page 34: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

MENGAKSES LAMAN DALAM FROGSTORE

1. Klik pada kemudian klik pada frogstore. 2. Klik pada tab SITES

Page 35: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

3. Pencarian boleh dilakukan menggunakan pilihan Subject / Level atau Search sites secara spesifik.

4. Pencarian menggunakan pilihan Subject / Level.

MENGAKSES LAMAN DALAM FROGSTORE

Page 36: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

5. Paparan diatas kelihatan apabila pencarian menggunakan pilihan Subject / Level.

6. Klik ADD kemudian OK

MENGAKSES LAMAN DALAM FROGSTORE

Page 37: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

7.Secara automatik laman tersebut akan disimpan dalam MY LIBRARY SITES 8.Klik semula kepada Ikon Quick Launch kemudian klik pada ikon SITES untuk melihat kembali laman yang telah ditambah dalam MY LIBRARY.

MENGAKSES LAMAN DALAM FROGSTORE

Page 38: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

Klik

9. Paparan di atas akan kelihatan dalam tab MY LIBRARY sekiranya lebih banyak laman yang diakses dalam FrogStore ditambah.

Klik

10. Klik pada laman yang hendak dibuka.

MENGAKSES LAMAN DALAM FROGSTORE

Page 39: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

11. Paparan seperti Copy to My Sites akan kelihatan dan pengguna hanya klik pada tab Copy untuk meneruskan langkah.

Notifikasi

12. Setelah berjaya Copy to My Sites notifikasi seperti di atas akan kelihatan.

MENGAKSES LAMAN DALAM FROGSTORE

Page 40: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

13. Klik semula kepada Ikon Quick Launch kemudian klik pada ikon SITES untuk melihat kembali laman yang telah ditambah dalam MY LIBRARY.

Klik

14. Paparan di atas akan kelihatan dalam tab MY LIBRARY sekiranya lebih banyak laman yang diakses dalam FrogStore ditambah.

MENGAKSES LAMAN DALAM FROGSTORE

Page 41: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

Klik

15. Klik pada laman yang hendak dibuka. 16. Paparan seperti Copy to My Sites akan kelihatan dan pengguna hanya klik pada tab Copy untuk meneruskan langkah.

MENGAKSES LAMAN DALAM FROGSTORE

Page 42: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

Notifikasi

17. Setelah berjaya Copy to My Sites notifikasi seperti di atas akan kelihatan.

Klik

18. Klik untuk melihat laman yang telah diambil dari frogstore

MENGAKSES LAMAN DALAM FROGSTORE

Page 43: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

1. 2.

3. 4.

PENYELESAIAN WIDGET EMBED WEBSITE YANG TIDAK BERFUNGSI Permasalahan ini terjadi akibat daripada versi baru google chrome.

> Klik pada “Load Unsafe Script”

Tatacara adalah seperti gambarajah berikut:

Page 44: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

PAPARAN ANTARA MUKA UNTUK IBU BAPA

Page 45: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

39

RUJUKAN

Frog Asiawww.frogasia.com

Sekolah Maya KPMhttps://sekolahmayakpm.1bestarinet.net

Page 46: Modul Pembangunan Laman Pdp Untuk Persekitaran Maya (2)

40

Lampiran

Perkara yang perlu diambilkira semasa membina laman PdP

▪ Bahan yang dimuat naik perlu berkaitan dengan PdP.▪ Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)▪ Dibenarkan ke atas bahan yang sah dan tertakluk dibawah AKTA HAK CIPTA.▪ Keselamatan;❖ Isu sensitif❖ Perkauman❖ Agama❖ Politik❖ Unsur-unsur porno

▪ Kelulusan bergantung kepada tapisan (Jawatankuasa Penilaian Bahan PdP yang Dimuat naik Oleh Guru), jika lulus akan diterbitkan, jika tidak lulus, tidak akan diterbitkan (tamat)