aplikasi persekitaran pengajaran maya (frog vle) dalam ...ir.upsi.edu.my/1974/1/aplikasi...

14
JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA VOL.3 NO.2 ISSN 2232-0393 63 APLIKASI PERSEKITARAN PENGAJARAN MAYA (FROG VLE) DALAM KALANGAN GURU SAINS 1 Norazilawati Abdullah, 2 Noraini Mohamed Noh, 3 Nik Azmah Nik Yusuff, 4 Rosnidar Mansor 1,2,3,4 Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjong Malim, Perak Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan di peringkat awal pengaplikasian persekitaran pengajaran maya (Frog VLE) dalam kalangan guru sains. Ia melibatkan empat orang guru sains yang mengajar di Kuala Lumpur dan Perak. Kajian kualitatif ini dijalankan secara temubual berstruktur dengan menggunakan protokol temubual sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru sains telah mengaplikasikan Frog VLE dan ianya membantu pengajaran dan pembelajaran serta memotivasikan guru untuk mengajar lebih baik. Namun tidak semua guru selesa menjalankannya kerana terdapat masalah dan kekangan yang dihadapi guru semasa mengaplikasikannya. Antaranya ialah capaian internet yang terhad, masa yang tidak mencukupi, silibus serta bebanan kerja guru yang banyak. Namun setiap masalah ada cara untuk mengatasinya. Bagi meningkatkan pengaplikasian Frog VLE dalam kalangan guru, mereka mencadangkan agar pentadbir sekolah perlu jelas tentang matlamat pelaksanaan persekitaran pembelajaran maya, pelan pelaksanaan yang melibatkan semua warga sekolah dan ibu bapa perlu dibangunkan, program peningkatan kemahiran perlu diatur untuk memastikan bukan guru yang berminat dan berkemahiran sahaja yang aktif dalam pelaksanaan, pemantauan perlu dijalankan, maklumbalas berhubung pelaksanaan patut dikumpulkan dan dinilai bagi tujuan penambahbaikan, menilai semula pelan berdasarkan maklumbalas dan memperbaiki strategi pelaksanaan. Selain itu, capaian internet perlu ditambah kelajuannya, bebanan kerja guru perlu dikurangkan dan guru juga perlu berfikiran positif, membuat perancangan untuk pengajaran yang lebih awal dan bersedia mengikuti kursus yang dianjurkan oleh kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berkaitan dengan aplikasi ini. Kesimpulannya, kajian ini memberi maklumat terkini tentang pengaplikasian persekitaran pengajaran maya di sekolah agar dapat memberi ruang untuk memperbaiki kelemahan aplikasi Frog VLE di sekolah dengan lebih menyeluruh. Kata kunci Persekitaran pengajaran maya (Frog VLE), guru-guru sains Abstract This study aims to identify the strengths and weaknesses in the early stages of the application of virtual teaching environment (Frog VLE) of science teachers. The study involved four teachers who taught science in Kuala

Upload: vuongtuyen

Post on 06-Mar-2019

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: APLIKASI PERSEKITARAN PENGAJARAN MAYA (FROG VLE) DALAM ...ir.upsi.edu.my/1974/1/Aplikasi persekitaran pengajaran maya (Frog... · Jenis teknologi dan kepentingannya terhadap proses

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.3 NO.2 ISSN 2232-0393

63

APLIKASI PERSEKITARAN PENGAJARAN MAYA (FROG VLE) DALAM KALANGAN GURU SAINS

1Norazilawati Abdullah, 2Noraini Mohamed Noh, 3Nik Azmah Nik Yusuff, 4Rosnidar Mansor1,2,3,4Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia

Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjong Malim, Perak

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan di peringkat awal pengaplikasian persekitaran pengajaran maya (Frog VLE) dalam kalangan guru sains. Ia melibatkan empat orang guru sains yang mengajar di Kuala Lumpur dan Perak. Kajian kualitatif ini dijalankan secara temubual berstruktur dengan menggunakan protokol temubual sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru sains telah mengaplikasikan Frog VLE dan ianya membantu pengajaran dan pembelajaran serta memotivasikan guru untuk mengajar lebih baik. Namun tidak semua guru selesa menjalankannya kerana terdapat masalah dan kekangan yang dihadapi guru semasa mengaplikasikannya. Antaranya ialah capaian internet yang terhad, masa yang tidak mencukupi, silibus serta bebanan kerja guru yang banyak. Namun setiap masalah ada cara untuk mengatasinya. Bagi meningkatkan pengaplikasian Frog VLE dalam kalangan guru, mereka mencadangkan agar pentadbir sekolah perlu jelas tentang matlamat pelaksanaan persekitaran pembelajaran maya, pelan pelaksanaan yang melibatkan semua warga sekolah dan ibu bapa perlu dibangunkan, program peningkatan kemahiran perlu diatur untuk memastikan bukan guru yang berminat dan berkemahiran sahaja yang aktif dalam pelaksanaan, pemantauan perlu dijalankan, maklumbalas berhubung pelaksanaan patut dikumpulkan dan dinilai bagi tujuan penambahbaikan, menilai semula pelan berdasarkan maklumbalas dan memperbaiki strategi pelaksanaan. Selain itu, capaian internet perlu ditambah kelajuannya, bebanan kerja guru perlu dikurangkan dan guru juga perlu berfikiran positif, membuat perancangan untuk pengajaran yang lebih awal dan bersedia mengikuti kursus yang dianjurkan oleh kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berkaitan dengan aplikasi ini. Kesimpulannya, kajian ini memberi maklumat terkini tentang pengaplikasian persekitaran pengajaran maya di sekolah agar dapat memberi ruang untuk memperbaiki kelemahan aplikasi Frog VLE di sekolah dengan lebih menyeluruh.

Kata kunci Persekitaran pengajaran maya (Frog VLE), guru-guru sains

Abstract

This study aims to identify the strengths and weaknesses in the early stages of the application of virtual teaching environment (Frog VLE) of science teachers. The study involved four teachers who taught science in Kuala

Page 2: APLIKASI PERSEKITARAN PENGAJARAN MAYA (FROG VLE) DALAM ...ir.upsi.edu.my/1974/1/Aplikasi persekitaran pengajaran maya (Frog... · Jenis teknologi dan kepentingannya terhadap proses

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.3 NO.2 ISSN 2232-0393

64

Lumpur and Perak. This qualitative study was conducted using a structured interviews with the interview protocol as the instrument. The findings showed that science teachers had been accustomed to apply the Frog VLE and this assisted teaching and learning. But not all teachers are comfortable implementing it as there are problems and constraints faced by teachers. For examples, limited access to the internet, insufficient of teaching time and teacher’s heavy workload. But every problem has a solution to it. To enhance the application of VLE Frog among teachers, they suggest that, school administrators need to be clear about the goals of the application of the virtual learning environment, up-skilling should be arranged to ensure that not only interested and skilled teachers who are active implementing Frog VLE, monitor the implementation, feedback collected should be evaluated to reevaluate and improve its strategy. Besides that, the internet connection speed should be increased, reduce teacher’s workload, teacher’s thinking should be positive and willing to attend related courses organized by the Malaysian Ministry of Education. In conclusion, this study provides current information on the application of Frog VLE as well as provides ways to improve weaknesses in the application of Frog VLE in schools more comprehensively.

Keywords virtual teaching environment (VLE Frog), science teachers

PENGENALAN

Selama berdekad teknologi telah menjadi sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Jenis teknologi dan kepentingannya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran telah menghadapi gelombang perubahan saban hari. Di Malaysia, bidang sains dan teknologi merupakan satu bidang yang mendapat perhatian yang tinggi. Malah, bidang ini juga dianggap sebagai satu bidang yang penting untuk mengekalkan pembangunan ekonomi, memperbaiki mutu hidup dan keselamatan negara (Dasar Sains Negara, 1986). Oleh itu, pelbagai usaha telah dijalankan agar bidang sains dan teknologi diterima dan menjadi sebahagian yang penting dalam hidup masyarakat negara ini. Sejak kemunculan teknologi internet, ianya telah mengubah corak hidup komuniti dan masyarakat di seluruh dunia dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. Penggunaan internet terus berkembang dari masa ke semasa (Noraini, 2010). Antara bidang yang turut berkembang dalam era internet ini ialah pembelajaran maya (virtual learning). Setiap murid perlu mempunyai akses kepada pendidikan berkualiti dan teknologi yang mencorak dunia masa kini. Sejajar dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) telah bekerjasama dengan 1BestariNet memperkenalkan Frog Virtual Learning Environment atau Frog VLE dan memperluaskan teknologi ini untuk meningkatkan tahap pendidikan dan melengkapkan murid dengan kemahiran sewajarnya. KPM dengan kerjasama YTL Communications juga telah menyediakan Internet 4G tanpa wayar berkelajuan tinggi berserta Frog VLE yang efektif ke semua sekolah di seluruh Malaysia.

Page 3: APLIKASI PERSEKITARAN PENGAJARAN MAYA (FROG VLE) DALAM ...ir.upsi.edu.my/1974/1/Aplikasi persekitaran pengajaran maya (Frog... · Jenis teknologi dan kepentingannya terhadap proses

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.3 NO.2 ISSN 2232-0393

65

PERNYATAAN MASALAH

Di Malaysia, pembelajaran maya bagi murid sekolah rendah adalah satu konsep pembelajaran yang baru tetapi di negara lain contohnya seperti di United Kingdom, Ireland, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Singapura ia sudah lama bertapak dan diamalkan Siti (Aminah Khasiman, 2013). Menurut Rheingold (2004), persekitaran pembelajaran maya adalah berasaskan internet yang dibina untuk menghubungkan ahli-ahli komuniti dan membolehkan mereka berbincang dan bekerjasama dalam melakukan tugasan atau projek. Semua ahli komuniti yang terlibat dalam persekitaran pembelajaran maya perlu ada komputer dan boleh mengakses secara talian (on-line) dari mana-mana tempat. Ahli komuniti boleh terlibat secara aktif seperti bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan pada masa hadapan, berkongsi pandangan dalam perlaksanaan polisi tertentu atau berbincang tentang perkembangan tugasan mereka. VLE atau Virtual Learning Environment adalah satu kaedah penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran yang boleh diakses di sekolah, atau di mana-mana sahaja melalui capaian Internet. Ia juga boleh dikatakan sebagai School Community Environment disebabkan ibu bapa boleh mengakses apa jua hal-hal berkaitan pendidikan di sekolah. Frog VLE merupakan satu projek Transformasi sistem pendidikan yang telah dilaksanakan oleh KPM di bawah Projek 1BestariNet mulai tahun 2011. Di dalam projek ini, sekolah-sekolah dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu mengenai urusan pentadbiran sekolah, kaedah maya pengajaran dan pembelajaran dan maklumat-maklumat terkini persekolahan murid-murid menerusi capaian Internet. Persekitaran Pembelajaran Maya ( Frog VLE) bagaikan sebuah bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah dan juga sebagai adalah sistem pembelajaran berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep maya dalam pendidikan konvensional. Ia mempunyai kalendar, laman sembang atau ruang forum (social network), ruang kerja (shared workspace) dan ruang penilaian (online assessment). Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secara maya manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui Frog VLE. Ibu bapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemas kini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. Frog VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet. Seterusnya Rheingold (2004), menyatakan bahawa dalam persekitaran pembelajaran maya mestilah memberikan peluang yang banyak kepada setiap ahli komuniti, untuk mengakses bahan-bahan perbengkelan dan maklumat yang berkaitan dengan tajuk yang diberikan. Dokumen-dokumen seperti bahan persembahan, artikel dan juga senarai tambahan sumber yang boleh diperolehi secara on-line dari laman-laman web lain harus disertakan. Pembelajaran maya seharusnya berlaku seperti pembelajaran biasa, di mana berlaku komunikasi dua hala di antara guru dengan murid dan di antara murid dengan murid yang lain. Namun yang membezakan ialah mereka tidak bertemu secara bersemuka tetapi bertemu di ruang maya. Seterusnya, di dalam pembelajaran maya juga ada proses pemantauan dan penilaian.

Page 4: APLIKASI PERSEKITARAN PENGAJARAN MAYA (FROG VLE) DALAM ...ir.upsi.edu.my/1974/1/Aplikasi persekitaran pengajaran maya (Frog... · Jenis teknologi dan kepentingannya terhadap proses

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.3 NO.2 ISSN 2232-0393

66

Pembelajaran seharusnya tidak berlaku hanya sehala sahaja iaitu pengajar memberikan bahan-bahan pengajaran dan pelajar menerima serta meluahkan semula melalui peperiksaan. Pembelajaran maya seharusnya lebih berfokuskan pelajar, di mana pelajar secara aktif menyelesaikan segala permasalahan yang diberikan melalui penerokaan, perbincangan dan berfikir pada tahap tinggi. Kajian ini bertujuan untuk melihat konsep pengajaran maya atau virtual learning yang bakal mengubah cara pembelajaran murid masa kini dan juga bakal diaplikasikan di seluruh sekolah-sekolah di Malaysia. Menerusi kajian ini, kekuatan dan kelemahan di peringkat awal pengaplikasian persekitaran pengajaran maya (Frog VLE) dalam kalangan guru sains yang menyentuh komponen asas di dalam persekitaran pembelajaran maya, konsep pembelajaran persekitaran maya serta perbandingan antara pembelajaran tradisional dan pembelajaran maya akan dikenalpasti. Ia diharap dapat memberikan langkah-langkah yang boleh dipertimbangkan oleh kepimpinan sekolah dalam usaha untuk membangunkan dasar menyeluruh sekolah bagi tujuan pelaksanaan Frog VLE. Ia juga memberikan rasional kenapa pembelajaran maya perlu dilaksanakan di sekolah-sekolah di Malaysia.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan di peringkat awal pengaplikasian persekitaran pengajaran maya (Frog VLE) di kalangan guru sains. Selain itu, langkah dan cadangan untuk penambahbaikan pelaksanaan Frog VLE turut dikenalpasti.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan temubual berstruktur. Kaedah ini dipilih kerana ianya membantu untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu proses fenomena yang dikaji (Ibrahim & Abdul Hadi, 1992; Locke, 1976; Ryan, 1982; Sekaran, 2000). Dalam kajian ini , pengkaji menggunakan kaedah persampelan rawak (Jacob & Ary 1990; Patton 1990) bagi menentukan sampel temubual. Kaedah ini dipilih kerana ianya mudah di mana responden temubual diambil secara rawak. Dalam kajian ini, empat orang guru sains telah diambil sebagai responden temu bual. Pengkaji menggunakan kaedah temubual memandangkan dengan cara ini pengkaji boleh menyoal terus, dan responden boleh menyuarakan pendapat yang telus berkaitan dengan kelebihan dan kekangan yang dihadapi ketika mengaplikasikan Frog VLE. Responden yang dipilih adalah daripada 2 buah sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Perak. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah sekolah rendah kebangsaan harian biasa dan berasaskan aliran akademik sahaja. Guru yang menjadi responden kajian ini telah ada pengalaman untuk mengeluarkan pendapat sendiri tentang pelaksanaan persekitaran pengajaran maya ini. Pemilihan ciri guru yang hampir sama akan meningkatkan lagi kesahan dan keboleh percayaan instrumen kajian kualitatif (Meriam 1998). Kajian secara kualitatif ini menggunakan soalan temubual sebagai instrumen kajian. Protokol temubual ini dibina berasaskan contoh yang diberikan dalam Gay dan Airasian (2000). Temu bual berstruktur dengan format yang

Page 5: APLIKASI PERSEKITARAN PENGAJARAN MAYA (FROG VLE) DALAM ...ir.upsi.edu.my/1974/1/Aplikasi persekitaran pengajaran maya (Frog... · Jenis teknologi dan kepentingannya terhadap proses

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.3 NO.2 ISSN 2232-0393

67

sama dan soalan yang sama kepada setiap responden juga membantu meningkatkan kebolehpercayaan hasil temu bual yang dijalankan (Silverman 1993 dalam Cohen et. al. 2000). Selain itu, kesahan data temu bual juga dilakukan dengan menunjukkan dapatan temu bual kepada responden untuk disemak semula, diperbetulkan sama ada tepat atau tidak catatan mengikut perspektif responden (Meriam 1998). Bagi menentukan kebolehpercayaan data temu bual, pengkaji telah mendapatkan nilai pekali persetujuan Cohen Kappa. Pengkaji mendapatkan kerjasama dua orang pakar rujuk untuk membuat pengesahan antara kod dan unit ( ayat dalam transkripsi). Skala Cohen Kappa mengikut Landis & Koch (1997) ialah bawah 0.0 (lemah), 0.0 hingga 0.2 (tidak memuaskan), 0.21 hingga 0.40 (kurang memuaskan), 0.41 hingga 0.60 (sederhana), 0.61 hingga 0.80 (baik) dan 0.81 hingga 1.00 (cemerlang). Nilai pekali Cohen Kappa yang diperoleh daripada temu bual yang dijalankan ialah 0.80. Ini menunjukkan bahawa kajian ini mempunyai nilai pekali yang baik dan boleh digunakan. Maklumat melalui temubual direkod dalam pita perakam suara supaya tidak terdapat maklumat penting yang disampaikan hilang tanpa direkod.Sebagai permulaan soalan temubual, penyelidik merujuk kepada soalan separa berstruktur mengikut protokol temubual. Temubual dimulakan dengan perbualan umum di antara pengkaji dan responden kajian iaitu :

“Apa khabar cikgu? Boleh cikgu terangkan serba sedikit mengenai latar belakang cikgu? Seperti umur, etnik, pengalaman mengajar, kelayakan akademik, lokasi sekolah dan kursus dalam perkhidmatan berkaitan persekitaran pengajaran maya (Frog VLE) yang telah dihadiri oleh cikgu?”.

Soalan terbuka ini merupakan persediaan asas untuk penyiasatan yang lebih mendalam (Yin 1984). Perbualan umum ini juga menjalin hubungan baik selain mewujudkan suasana selesa untuk temubual. Secara khususnya protokol ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu soalan pembukaan atau pengenalan, soalan kunci dan soalan penutup. Soalan pengenalan menyoal mengenai latar belakang responden kajian, soalan pembukaan diperlukan untuk mendapatkan penerangan berkenaan persekitaran pengajaran maya (Frog VLE), soalan kunci menjelaskan mengenai pengaplikasian persekitaran pengajaran maya (Frog VLE) berkaitan kelebihan dan kekangan yang dihadapi ketika menjalankannya. Manakala soalan penutup seterusnya menyoal responden mengenai cadangan-cadangan untuk meningkatkan pengaplikasian persekitaran pengajaran maya (frog VLE) secara optimum. Petikan perbualan atau percakapan daripada transkrip temu bual digunakan untuk menyokong penghuraian dan kesimpulan penulisan. Untuk penganalisisan, pengkaji menggunakan perisian Nvivo untuk menguraikan secara umum keseluruhan data temu bual yang dilakukan. Data temu bual ditranskripsikan untuk memudahkan pengkodan data. Satu ayat dalam transkripsi disebut unit. Proses memberi kod terhadap unit-unit ayat ini memudahkan pengkaji mengenal pasti tema bagi setiap soalan dan memberi penerangan lanjut berkaitan item-item yang ingin diketahui.

Page 6: APLIKASI PERSEKITARAN PENGAJARAN MAYA (FROG VLE) DALAM ...ir.upsi.edu.my/1974/1/Aplikasi persekitaran pengajaran maya (Frog... · Jenis teknologi dan kepentingannya terhadap proses

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.3 NO.2 ISSN 2232-0393

68

DAPATAN KAJIAN

Jadual 1 Latar belakang responden temubual kajianLatar belakang guru 1 guru 2 guru 3 guru 4

Jantina P L P P

Umur 25 36 30 45

Etnik Melayu Melayu Cina Melayu

Pengalaman mengajar 4 14 7 20

Taraf akademik Ijazah Ijazah Sarjana Ijazah

Lokasi sekolah Bandar Bandar Luar Bandar Luar Bandar

Selepas sesi permulaan iaitu perbualan umum dengan responden, soalan seterusnya di ajukan tidak lagi mengikut susunan protokol temubual tetapi lebih berpandukan respons responden kajian. Pengubahsuaian cara menyoal dilakukan semasa temubul untuk membolehkan responden kajian disoal mengenai perkara yang mereka lebih tahu. Dengan itu, penyelidik dapat memperolehi pelbagai maklumat untuk memberi satu gambaran menyeluruh tentang pengaplikasian Frog VLE oleh guru-guru sains di sekolah. Memandangkan soalan temu bual berkait rapat antara satu sama lain dan berulang, transkrip dan nota temubual telah dikaji dengan teliti sehingga beberapa ketetapan dapat menghasilkan analisis kategori. Tiga kategori berdasarkan tema soalan temu bual adalah seperti berikut. Pertamanya ialah fahaman dan padangan guru tentang pelaksanaan persekitaran pengajaran maya. Keduanya ialah pandangan guru tentang kelebihan pelaksanaan persekitaran pengajaran maya. Ketiganya ialah pandangan guru tentang kekangan dan cadangan untuk mengatasi kelemahan pelaksanaan persekitaran pengajaran maya.

i) Fahaman guru sains tentang persekitaran pengajaran maya Frog VLE

Pengaplikasian persekitaran pengajaran maya merupakan salah satu pendekatan yang disarankan untuk dilaksanakan dalam mata pelajaran sains. Melalui temu bual responden kajian menjelaskan fahaman mereka tentang pengaplikasian persekitaran pengajaran maya (Frog VLE):

“... apa yang saya faham persekitaran pengajaran maya atau Frog VLE ni ialah kaedah pengajaran yang menggunakan komputer. Cikgu boleh berhubung dengan murid melalui internet...”R1

Page 7: APLIKASI PERSEKITARAN PENGAJARAN MAYA (FROG VLE) DALAM ...ir.upsi.edu.my/1974/1/Aplikasi persekitaran pengajaran maya (Frog... · Jenis teknologi dan kepentingannya terhadap proses

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.3 NO.2 ISSN 2232-0393

69

“... melalui persekitaran pengajaran maya atau Frog VLE cikgu tak perlu jumpa pelajar untuk bincang tugasan, pelajar tanya dan cikgu jawab di internet. Macam sms, berhubung pada bila-bila masa dan di rumah pun boleh, tapi kena ada internet lah....”R2

“...persekitaran pengajaran maya lebih kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Cikgu mencari maklumat, berkongsi dan menyampaikan ilmu kepada murid melalui komputer tanpa bersemuka. Semuanya di hujung jari. Akses internet juga diberikan oleh KPM...” R3

“setahu saya, persekitaran pengajaran maya atau Frog VLE ni masih baru. Ada juga saya ikuti kursus ni, tapi baru beberapa kali guna.. Apa yang saya rasa, murid suka buka facebook dari buka Frog VLE ni, murid baik dan pandai ok la....” R4

Kesimpulannya responden temu bual faham dan tahu persekitaran pengajaran maya (Frog VLE). Ini terbukti apabila kesemua responden tahu dan dapat menjelaskan apa itu Frog VLE iaitu satu projek 1BestariNet yang mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah. Frog VLE adalah platform cloud yang fleksibel dan boleh diakses di mana-mana jua dari luar kawasan sekolah juga. Fail dan data yang disimpan di Cloud boleh diakses di mana-mana sahaja dan bila-bila masa dengan capaian internet. Malah, setiap murid dan guru diberi ID log masuk (password) peribadi sendiri dan akses percuma VLE setiap kali log masuk ke Frog VLE.

ii) Pandangan guru sains tentang pengaplikasian persekitaran pengajaran maya Frog VLE

Melalui soalan kunci yang di kemukakan, pengkaji mendapat pandangan responden temu bual tentang pengalikasian persekitaran pengajaran maya (Frog VLE). Melalui soalan 1 dan 2 tentang pernahkah cikgu mengaplikasikan Frog VLE dan berapa kerap penggunaannya? Responden menjawab:

“... pernah gunakan... seminggu sekali..”.R1“... gunakan...tapi jarang sangat...”R2“ ... guna...saya buka hampir setiap hari...”R3“... guna... masa mula-mula habis kursus dulu, lepas tu tak guna sebab tak sempat la”... R4.

Berdasarkan soalan 3 dan 4 iaitu adakah Frog VLE ini mempunyai kelebihan dan apa pandangan cikgu tentang pengaplikasiannya, responden kajian menjelaskan:

Page 8: APLIKASI PERSEKITARAN PENGAJARAN MAYA (FROG VLE) DALAM ...ir.upsi.edu.my/1974/1/Aplikasi persekitaran pengajaran maya (Frog... · Jenis teknologi dan kepentingannya terhadap proses

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.3 NO.2 ISSN 2232-0393

70

“... saya selesa mengaplikasikan Frog VLE ni, kerana ianya membantu saya dalam mengajar subjek sains. Murid pandai di dapati beri kerjasama serta berhubung dengan saya. Saya dapati juga banyak maklumat yang saya boleh sampaikan kepada murid tanpa perlu menggunakan kertas dan perjumpaan semuka...”R1

“...Frog VLE ni bagus. Tapi saya tak rasa ianya menjadi keutamaan untuk guru berhubung dengan murid. Saya lebih banyak berhubung dengan murid guna facebook dari Frog VLE ni, sebab ianya lebih cepat dan facebook ni memang menjadi kegilaan murid sekarang ni. Boleh dikatakan semua murid ada akaun facebook...” R2

“... saya jalankan juga kaedah mengajar guna Frog VLE ni. Mula-mula murid saya tak pandai guna, tapi bila pandai, mereka pula seronok bersembang dan bertanya soalan kepada saya. Tapi bukan semua murid la. Kebanyakkan murid walau tak ada internet di rumah, mereka pergi ke cyber cafe. Untuk galakkan penggunaannya, saya memang sengaja berikan tugasan melalui Frog VLE ini. Nak tak nak, murid akan guna, tapi biasanya saya berikan kerja secara berkumpulan, supaya murid yang tak ada internet di rumah tidak rasa terbeban....”R3

“...memang Frog VLE ni baik, tapi sukar la nak laksanakan. Lebih puas kalau dapat mengajar bersemuka. Tambahan pula untuk subjek sains banyak aktiviti hands on perlu dijalankan..”R4

Bagi menjawab soalan 5 dan 6 iaitu tentang tahap penguasaan murid dan adakah pencapaian akademik murid meningkat melalui persekitaran pengajaran maya (frog VLE) ini. Responden menjelaskan:

“...murid menunjukkan tahap penguasaan isi kandungan yang baik, mungkin mereka lebih bebas belajar dan bertanya tanpa segan silu kepada pelajar lain. Cuma tidak semua murid akan menggunakannya...”R1

“...kurang lah, murid akan tanya balik saya, macam dua kali kerja pula. Mereka tak boleh belajar sains tanpa penerangan guru...”R2

“....tahap penguasaan kuranglah. Kadang-kadang tugasan mereka buat cincai, tak semua isi kandungan dapat disampaikan. Cuma cikgu kena merangcang awal PdP. Ambil masa sikit la. Lagi satu murid bila gunakan internet mereka lebih suka main game dari belajar. Itu yang jadi kerja cincai sebab murid tak fokus...” R3

Page 9: APLIKASI PERSEKITARAN PENGAJARAN MAYA (FROG VLE) DALAM ...ir.upsi.edu.my/1974/1/Aplikasi persekitaran pengajaran maya (Frog... · Jenis teknologi dan kepentingannya terhadap proses

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.3 NO.2 ISSN 2232-0393

71

“... murid saya macam tak berminat, saya pun rasa mereka sukar nak kuasai. Dengan kemudahan internet yang diberikan ianya masih belum mampu membantu murid menguasai kandungan pelajaran sains. Murid sekarang kurang berdikari, perlukan bimbingan guru secara bersemuka sepenuhnya...”R4

Responden temu bual memberikan jawapan berikut bagi soalan 7 iaitu kaedah mana yang lebih banyak membantu guru, persekitaran pengajaran maya (Frog VLE) atau tradisional:

“...pada saya, pendekatan biasa lebih membantu guru berbanding persekitaran pengajaran maya. Ini kerana, guru perlu bersemuka apabila menyampaikan isi kandungan, ianya lebih bermakna...” R1

“...saya lebih suka menjalankan kaedah pengajaran biasa. Kalau mengajar secara persekitaran pengajaran maya (Frog VLE) perlu ambil masa yang lama sedangkan silibus sains banyak yang perlu dihabiskan...” R2

“...pengajaran guna Frog VLE lebih banyak membantu. Ianya mudah serta dihujung jari sahaja. Ianya lebih menarik minat murid. Jika menggunakan satu kaedah sahaja murid akan bosan. Saya rasa kedua-duanya penting. Yang tradisional perlu diteruskan, dan persekitaran pengajaran maya juga perlu dipraktikkan sesuai dengan perubahan zaman kini ..”R3

“... pengajaran secara biasa lebih banyak membantu dan memudahkan kerja guru. Macam saya, kiranya dah selesa dengan kaedah talk and chalk...”R4

Kesimpulannya, dari segi pandangan responden temu bual secara keseluruhannya, didapati guru pernah mengaplikasikan Frog VLE. Didapati, walaupun guru berada di luar bandar, mereka ada yang lebih kerap menggunakan aplikasi ini berbanding guru yang berada di bandar. Namun ianya bukan menjadi keutamaan dan prioriti guru untuk melaksanakannya. Walau ada guru menjelaskan ianya membantu proses pengajaran dan pembelajaran namun tidak semua guru selesa menjalankannya walau telah diberi kursus dan kemudahan.

iii) Pandangan guru sains tentang kekangan dan cadangan untuk mengatasi kelemahan pelaksanaan persekitaran pengajaran maya (Frog VLE)

Bagi menjawab soalan penutup yang pertama iaitu apakah masalah dan kekangan yang dihadapi cikgu semasa mengaplikasikan Frog VLE, responden kajian memberikan jawapan berikut:

Page 10: APLIKASI PERSEKITARAN PENGAJARAN MAYA (FROG VLE) DALAM ...ir.upsi.edu.my/1974/1/Aplikasi persekitaran pengajaran maya (Frog... · Jenis teknologi dan kepentingannya terhadap proses

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.3 NO.2 ISSN 2232-0393

72

“...memang seronok guna Frog VLE ni, tapi banyak masalah la, kadang-kadang cikgu tak sempat nak merancang, masa tak ada, bebanan kerja lain di sekolah banyak. Bagi murid pula, kalau yang lemah memang tak boleh jalan, sebab mereka tak akan bertanya tapi mengharapkan cikgu yang berikan input...”R1

“...tak cukup masa la nak mengadap komputer dan guna Frog VLE ni. 4 masa seminggu cukup-cukup untuk kejar silibus. Itupun kalau cikgu tak keluar kursus. Kalau tak, kena buat kelas tambahan. Lagi satu, murid main-main kalau secara maya ni, mereka susah nak dikawal dan ambil kesempatan untuk main game dan membuka laman sosial lain...”R2

“... saya suka guna Frog VLE ni. KPM membekalkan kemudahan, pentadbir sekolah saya pun memberikan galakkan penggunaannya. Masalah saya rasa kenapa guru tak guna Frog VLE ini adalah kerana guru sendiri pun kurang mahir walau telah diberi kursus. Guru juga dah biasa dengan kaedah lama. Lagipun bayak kerja lain selain mengajar. Saya rasa pada murid cerdik bolehlah dijalankan. Pada pandangan saya guru bertanggungjawab ke atas pembelajaran pelajar. Kalau serahkan pada mereka, takut objektif tak tercapai. Bersemuka perlu dan persekitaran maya sebagai sokongan...”R3

“... tidak semua guru dan murid akan memberikan kerjasama pada persekitaran pengajaran maya ini. Tidak dinafikan ianya bagus. Namun agak sukar untuk dilaksanakan. Sekolah saya di luar bandar, walau dibekalkan dengan capaian internet, namun ada ketikanya capaian internet lemah dan langsung tidak boleh digunakan. Macam buang masa je. Bukan tak nak jalankan, tapi kita terikat dengan sukatan yang perlu dihabiskan, itu lagi penting untuk murid bersedia menghadapi peperiksaan...”R4

Akhir sekali, responden temubual diminta memberikan cadangan untuk meningkatkan pengaplikasian Frog VLE di sekolah, responden memberikan jawapan berikut:

“...pada saya, guru kena berfikiran positif dan bersedia mempertingkatkan ilmu pedagogi mereka. Kalau ada kursus berkaitan Frog VLE ini, boleh ikuti. Mungkin kita akan jadi lebih mahir dan bermotivasi. Masalah nak buat persediaan dapat diatasi. Kalau bebanan tugas lain dikurangkan bagus juga, barulah cikgu boleh mempelbagai PdP dan dapat berikan tumpuan sepenuhnya kepada murid...”R1

“...kurangkan sikit sukatan pelajaran sains, barulah cikgu tak terkejar-kejar nak habiskan silibus. Aktiviti PdP pun boleh di pelbagaikan...”R2

“...kalau nak buat juga cikgu kena rancang awal, kalau ada perancangan, tugasan dapat diagihkan kepada murid mengikut kemampuan masing-

Page 11: APLIKASI PERSEKITARAN PENGAJARAN MAYA (FROG VLE) DALAM ...ir.upsi.edu.my/1974/1/Aplikasi persekitaran pengajaran maya (Frog... · Jenis teknologi dan kepentingannya terhadap proses

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.3 NO.2 ISSN 2232-0393

73

masing. Dengan cara ini disiplin murid semasa PdP dapat dikawal. Lagi satu pentadbir sekolah perlulah jelas tentang matlamat perlaksanaan persekitaran pengajaran maya ni. Sokongan yang berterusan perlu diberikan kepada guru. Program pemantauan perlu dijalankan agar hasrat KPM ini tidak jadi sia-sia...”R3

“...guru perlu berdisiplin, contohnya, tetapkan dua jam sehari adalah untuk aktiviti P&P secara persekitaran maya, guna Frog VLE. Tugasan diberikan lebih awal kepada murid, dengan cara ini masa dapat dijimatkan...”R4

Dari segi pandangan responden temu bual secara keseluruhannya, didapati guru pernah menjalankan kaedah pengajaran secara maya menggunakan Frog VLE ini. Ianya membantu pengajaran dan pembelajaran sains. Namun tidak semua guru selesa menjalankannya kerana memang terdapat masalah dan kekangan yang dihadapi guru semasa melaksanakannya. Antaranya ialah capaian internet terhad, masa yang tidak mencukupi, silibus dan bebanan kerja guru yang banyak. Namun setiap masalah ada cara untuk mengatasinya. Bagi meningkatkan tahap pengaplikasian Frog VLE ini guru mencadangkan agar, adanya pemantauan berterusan dari pihak pentadbir, pelan pelaksanaan yang jelas perlu diberikan kepada semua warga sekolah, silibus sains dikurangkan, guru juga kena berfikiran positif, membuat perancangan pengajaran yang lebih awal dan bersedia mengikuti kursus yang dianjurkan oleh kementerian pelajaran yang berkaitan dengan penggunaan Frog VLE ini.

PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Dapatan analisis perisian Nvivo 7 mendapati guru mengakui terdapat kebaikan penggunaan Frog VLE. Ianya didapati memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan mampu meningkatkan motivasi guru untuk mengajar. Dapatan ini selaras dengan dapatan kajian Mohamaad Azmi (2013) yang mendapati guru dapat mengikuti latihan berkaitan penggunaan Frog VLE. Ianya memotivasi dan memberi inspirasi kepada guru-guru tentang perlunya kaedah pengajaran baru dan membantu memberi kemahiran kepada guru-guru cara menggunakan Frog VLE dengan berkesan dalam PdP. Dengan kemahiran yang diperolehi guru ini sokongan padu dari semua pihak sama ada KPM, JPN, PPD, pentadbir sekolah dan ibubapa amatlah diperlukan bagi menjayakan program ini. Namun begitu, analisis data mendapati terdapat sebanyak empat masalah atau kelemahan utama yang telah dikenalpasti. Antaranya ialah ialah capaian internet terhad, masa yang tidak mencukupi, silibus dan bebanan kerja guru yang banyak. Norazilawati (2013) menyatakan isu pelaksanaan merupakan satu kekangan kepada pengaplikasian Frog VLE terutamanya di sekolah luar bandar. Didapati isu berkaitan aspek teknikal, penyebaran maklumat tentang Frog VLE, latihan guru, dan pemantauan tidak berlaku dengan sempurna di kawasan ini. Dari segi kelengkapan peralatan, didapati kebanyakan sekolah luar bandar menghadapi masalah berkaitan capaian internet. Perkara ini telah menimbulkan satu dilema dalam kalangan pentadbir sekolah berkenaan dan guru selaku pelaksana (Norazilawati, 2013). Dalam kajian beliau tentang sikap guru

Page 12: APLIKASI PERSEKITARAN PENGAJARAN MAYA (FROG VLE) DALAM ...ir.upsi.edu.my/1974/1/Aplikasi persekitaran pengajaran maya (Frog... · Jenis teknologi dan kepentingannya terhadap proses

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.3 NO.2 ISSN 2232-0393

74

terhadap pelaksanaan Frog VLE mendapati guru menyambut baik hasrat KPM dalam pelaksanaan Frog VLE. Namun ianya bertukar menjadi pandangan negatif apabila guru ingin mengaplikasikannya apabila terdapat halangan seperti capaian internet yang rendah yang membantutkan usaha guru untuk menggunakannya. Guru beranggapan ianya membuang masa sedangkan guru mempunyai bebanan kerja lain yang lebih penting untuk disiapkan. Mohd Aizuddin (2013) dalam kajian beliau tentang peningkatan profesionalisme guru dalam penggunaan Frog VLE mendapati, guru yang menguasai penggunaan Frog VLE akan lebih mudah dalam mengendalikan aktiviti pdp. Maklumat atau isi kandungan pelajaran dapat disampaikan kepada pelajar dengan cepat dan lebih sistematik. Ini secara tidak langsung meningkatkan profesionalisme seseorang guru. Namun faktor seperti kurangnya kemudahan di sekolah seperti tiada bilik akses/komputer, ditambah pula dengan capaian internet yang tidak stabil sedikit sebanyak mematahkan semangat guru untuk mengaplikasi Frog VLE. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa pelaksanaan Frog VLE perlu diperbaiki dan ditingkatkan dengan cadangan seperti adanya pemantauan berterusan dari pihak pentadbir, pelan pelaksanaan yang jelas perlu diberikan kepada semua warga sekolah, silibus sains dikurangkan, guru juga kena berfikiran positif, membuat perancangan pengajaran yang lebih awal dan bersedia mengikuti kursus yang dianjurkan oleh kementerian pelajaran yang berkaitan dengan penggunaan Frog VLE ini. Siti Aminah (2013) dalam tinjauan awal beliau terhadap penggunaan Frog VLE mendapati masih ramai guru yang kurang kemahiran ICT. Perkara ini bertambah serius apabila ada golongan pentadbir sendiri yang buta IT dan tidak menyokong guru mengaplikasikan Frog VLE di sekolah. Tanpa sokongan pentadbir mana mungkin sesuatu program itu akan berjaya, tambahan pula seperti Frog VLE yang memerlukan persiapan dari segi infrastruktur yang lengkap untuk mengendalikannya.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kajian menunjukkan persekitaran pengajaran maya (Frog VLE) tidak asing lagi bagi guru sains. Melalui hasil dapatan kajian yang diperoleh, guru menjelaskan mereka biasa dan pernah menggunakannya, namun tidak ianya sangat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Namun terdapat beberapa kekangan yang merencatkan pelaksanaan persekitaran pengajaran maya ini di sekolah. Melalui kajian ini, guru mengemukakan beberapa cadangan untuk tindakan sususan bagi memastikan pelaksanaan pengajaran ini dapat dijalankan secara optimum di sekolah agar dapat melahirkan individu yang berpengetahuan dan meminati serta menghasilkan ahli-ahli sains yang bertaraf dunia dengan moral dan etika yang baik. Beberapa langkah boleh dipertimbangkan oleh kepimpinan sekolah dalam usaha untuk membangunkan dasar menyeluruh sekolah bagi tujuan pelaksanaan Frog VLE. Pertama, pentadbir sekolah perlu jelas tentang matlamat pelaksanaan persekitaran pembelajaran maya. Matlamat tersebut mestilah praktikal yang boleh dicapai dan boleh mengatasi masalah berhubung pembelajaran dan pengajaran. Kedua, pelan pelaksanaan yang melibatkan kesemua warga, aktiviti, dan ibu bapa perlu dibangunkan. Ketiga, program peningkatan kemahiran perlu diatur untuk memastikan bukan guru yang berminat

Page 13: APLIKASI PERSEKITARAN PENGAJARAN MAYA (FROG VLE) DALAM ...ir.upsi.edu.my/1974/1/Aplikasi persekitaran pengajaran maya (Frog... · Jenis teknologi dan kepentingannya terhadap proses

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.3 NO.2 ISSN 2232-0393

75

dan berkemahiran sahaja yang aktif dalam pelaksanaan. Keempat, pemantauan perlu dijalankan. Perlantikan pasukan yang boleh membantu dalam strategi pemantauan adalah mustahak agar pentadbir mendapat sokongan dan maklumbalas dari pengguna. Kelima, maklumbalas berhubung pelaksanaan patut dikumpulkan dan dinilai bagi tujuan penambahbaikan. Keenam, menilai semula pelan berdasarkan maklumbalas dan memperbaiki strategi pelaksanaan. Jelas sekali, peranan kepimpinan sekolah adalah penting dalam memastikan kejayaan pelaksanaan Frog VLE. Akhirnya, pihak kementerian dan institusi pendidikan adalah diseru supaya mempertimbangkan cadangan-cadangan yang dikemukan melalui kajian ini untuk memperkembangkan pendidikan di Malaysia ke peringkat yang lebih global.

RUJUKAN

Cohen, L. Manion, L & Morrison, K. (2000). Research methods in education. Ed. Ke-5. London:Routledge falmer.

Gay, L. R & Airasian, P. (2000). Eductional research: Competencies for analysis and application. Ed ke-6. hlm. 135. New Jersey: Merrill.

Howard Rheingold (2004). Mobile Social Presence: Who Knows Who’s Where Now? daripada http://www.thefeaturearchives.com/.

Ibrahim Wahab & abdul hadi harman Shah (1992). Kaedah Analisis Perancangan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Pustaka.

Jacobs, C.L & Ary, D., (1990). Introduction to research in Education. Orlando, Harcout College Publisher.

Locke 1976. The Body at Work: Biological ergonomics. Cambridge, England. Cambridge. University Press.

Merriam, S. B. (1998). Qualitative research and case study applications in education. San Francisco: Jossey-Bass Publication.

Mohammad Azmi bin Muda.(2013). Pelaksanaan VLE SK. Selayang. Daripada http://www.iab.edu.my/kict2013/.

Mohd Aizuddin (2013). Peningkatan profesionalisma dalam penggunaan frog vle. Daripada http://www.slideshare.net/aizuddinbakar/.

Noraini Mohd Noh, Mohd Arif Hj Ismail & Jamil Ahmad (2010b). Tahap penerimaan inovasi EduwebTV dalam kalangan Guru. Jurnal Penyelidikan Pendidikan 3(5):118-128/.

Norazilawati Abdullah, Noraini Mohd Noh, Nik Azmah Nik Yusuf (2013). Aplikasi Persekitaran Pengajaran Maya (Frog VLE) Dalam Kalangan Guru Sains. Prosiding 7th International Malaysian Education Technology Convention (IMETC). Hotel Golden Flower Bandong. 16-18 September.

Patton, M. Q. (1980). Qualitative research methods. Dlm. Creswell, J. W. Research Design: qualitative and quantitative approaches, hlm. 173-191. London:Sage Publication. 33(4):393-406.

Ryan, R.M.(1998). Control and Information in the Intrapersonal Sphere:An Extension of Cognitive Evaluation Theory. Journal of Personality and Social Psychology, 43,450-461.

Page 14: APLIKASI PERSEKITARAN PENGAJARAN MAYA (FROG VLE) DALAM ...ir.upsi.edu.my/1974/1/Aplikasi persekitaran pengajaran maya (Frog... · Jenis teknologi dan kepentingannya terhadap proses

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.3 NO.2 ISSN 2232-0393

76

Sekaran, U. (2000). Research Method for Business: A skill building Approach. New York. John Wiley & Son Inc.

Silverman (1993). Management. New York. Prentice Hall.Siti Aminah Khasiman (2013). Tinjauan awal penggunaan frog vle di sekolah. Daripada

http://sekolahpenandaaras.wordpress.com.