modul...pegawai kesihatan persekitaran sektor tibi/kusta pn. saharah binti aman penyelia jururawat...

30
MODUL PROGRAM KAWALAN SEKTOR TIBI / KUSTA BAHAGIAN KAWALAN PENYAKIT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA EDISI PERTAMA : 2017 KUSTA KEBANGSAAN

Upload: others

Post on 28-Nov-2020

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MODUL...Pegawai Kesihatan Persekitaran Sektor Tibi/Kusta Pn. Saharah binti Aman Penyelia Jururawat Kesihatan Sektor Tibi/Kusta En. Muhamad Zulkhirol bin Che Man Penolong Pegawai Kesihatan

MODUL PROGRAM KAWALAN

SEKTOR TIBI / KUSTABAHAGIAN KAWALAN PENYAKITKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

EDISI PERTAMA : 2017

KUSTA KEBANGSAAN

Page 2: MODUL...Pegawai Kesihatan Persekitaran Sektor Tibi/Kusta Pn. Saharah binti Aman Penyelia Jururawat Kesihatan Sektor Tibi/Kusta En. Muhamad Zulkhirol bin Che Man Penolong Pegawai Kesihatan

2

MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN

Page 3: MODUL...Pegawai Kesihatan Persekitaran Sektor Tibi/Kusta Pn. Saharah binti Aman Penyelia Jururawat Kesihatan Sektor Tibi/Kusta En. Muhamad Zulkhirol bin Che Man Penolong Pegawai Kesihatan

1

MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan Modul LaKAR ini.

SUMBER PEMBIAYAAN

Modul LaKAR ini dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Diterbitkan oleh:Bahagian Kawalan PenyakitKementerian Kesihatan Malaysia Aras 3,4,6, Blok E10, Kompleks EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62590 Putrajaya, MALAYSIA

Hak Cipta Terpelihara:

Pemilik hak cipta penerbitan ini adalah Bahagian Kawalan Penyakit (BKP). Kandungan boleh diterbitkan semula dalam apa-apa bilangan salinan dan dalam apa-apa bentuk atau media dengan syarat pengakuan hak cipta dimasukkan dan kandungan yang tidak berubah, tidak dijual, tidak juga digunakan untuk menggalakkan atau menyokong mana-mana produk atau perkhidmatan, dan tidak digunakan dalam konteks yang tidak sesuai atau mengelirukan.

ISBN: 978-967-0769-83-7Edisi Pertama : 2017Diterbitkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia, Boleh didapati di laman web berikut:www.moh.gov.my

Page 4: MODUL...Pegawai Kesihatan Persekitaran Sektor Tibi/Kusta Pn. Saharah binti Aman Penyelia Jururawat Kesihatan Sektor Tibi/Kusta En. Muhamad Zulkhirol bin Che Man Penolong Pegawai Kesihatan

2

MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN

Dr. Naiemy ReffinKetua Penolong Pengarah KananSektor Tibi/Kusta

En.Mohd Rotpi bin AbdullahPegawai Kesihatan PersekitaranSektor Tibi/Kusta

Pn. Saharah binti AmanPenyelia Jururawat KesihatanSektor Tibi/Kusta

En. Muhamad Zulkhirol bin Che ManPenolong Pegawai KesihatanPersekitaranSektor Tibi/Kusta

SENARAI PENYUMBANG

PENAUNG:

Dato’ Dr. Chong Chee Kheong Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit

PENYELARAS:

Dr. Mohamed Naim bin Abdul KadirKetua Sektor Tibi/KustaBahagian Kawalan Penyakit

AHLI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN

Dr. Muhamad bin IsmailKetua Unit ,Ketua Penolong Pengarah KananSektor Tibi/Kusta

En. Alias bin Abu HassanPenolong Pegawai PerubatanSektor Tibi/Kusta

Pn. Suryati binti BeePenyelia Jururawat KesihatanSektor Tibi/Kusta

Pn. Wan Pisah binti Wan JaafarJuruteknologi Makmal PerubatanSektor Tibi/Kusta

EDITOR

Dr. Muhamad bin IsmailKetua Unit ,Ketua Penolong Pengarah KananSektor Tibi/Kusta

Dr. Naiemy ReffinKetua Penolong Pengarah KananSektor Tibi/Kusta

Page 5: MODUL...Pegawai Kesihatan Persekitaran Sektor Tibi/Kusta Pn. Saharah binti Aman Penyelia Jururawat Kesihatan Sektor Tibi/Kusta En. Muhamad Zulkhirol bin Che Man Penolong Pegawai Kesihatan

3

MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1. Pengenalan LaKAR 4 2. Justifikasi LaKAR 4 3. Objektif 5 4. Perlaksanaan Projek LaKAR

4.1 Justifikasi Tempat Pemilihan Projek 6

4.2 Skala Penganjuran 6

4.3 Strategi Pelaksanaan Projek LaKAR 8

4.3.1 Perancangan 9

4.3.2 Perlaksanaan di lapangan 11

4.3.3 Analisa 13

4.3.4 Pelaporan 13 5. Tugas dan Tanggungjawab 13 6. Lampiran

1 Borang Kerja Lapangan 17

2 Borang Analisa Pencapaian Kerja Lapangan 20

3 Surat Rujukan Kes Simptomatik di Lapangan 22

4 Contoh Bahan Promosi Kusta di Lapangan 23

5 Contoh Agenda Projek LaKAR 25

6 Carta Alir Perjalanan Projek LaKAR 26 di Lapangan

Page 6: MODUL...Pegawai Kesihatan Persekitaran Sektor Tibi/Kusta Pn. Saharah binti Aman Penyelia Jururawat Kesihatan Sektor Tibi/Kusta En. Muhamad Zulkhirol bin Che Man Penolong Pegawai Kesihatan

4

MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN

1. PENGENALAN LaKAR

LaKAR ialah singkatan daripada perkataan Latihan, Kesan, Analisa, Rawat dan Rujuk. Aktiviti yang dijalankan dalam LaKAR boleh dibahagikan kepada 5 aktiviti utama iaitu:

i. Latihan:• Melatih peserta LaKAR iaitu anggota kesihatan di lapangan berkaitan

mengenai pengesanan, saringan dan pengurusan penyakit kusta.• Melatih dan meningkatkan pengetahuan masyarakat setempat

berkaitan penyakit kusta.

ii. Kesan:• Menjalankan aktiviti pengesanan pesakit kusta dari rumah ke rumah

di komuniti yang terpilih.• Mengesan kontak kepada pesakit kusta dan ahli masyarakat yang

berisiko tinggi mendapat jangkitan kusta bagi tujuan saringan.

iii. Analisa:• Menjalankan analisa berkaitan kewujudan kes-kes yang belum

mendapatkan rawatan dan aktiviti kawalan yang dijalankan.• Menjalankan analisa pengurusan survalen penyakit kusta di komuniti

terlibat.

iv. Rawat:• Memulakan rawatan kepada pesakit yang telah disahkan menghidap

penyakit kusta.

v. Rujuk:• Merujuk pesakit kusta yang telah diberi rawatan ke Pusat Rawatan

1 untuk rawatan susulan.• Merujuk pesakit yang tidak dapat disahkan diagnosis dan pesakit

kusta dengan komplikasi ke Klinik Dermatologi untuk pengesahan penyakit dan rawatan lanjut.

2. JUSTIFIKASI LaKAR

LaKAR merupakan pendekatan di bawah Strategi Pasca Eliminasi untuk mengesan kes secara aktif bagi menurunkan lagi jumlah kes kusta ke arah sifar kusta. Kusta termasuk dalam Neglected Tropical Disease di mana penyakit ini sering kali dilupa atau kurang diberi keutamaan memandangkan ia adalah penyakit kuno dengan bilangan kes yang tidak ramai dan biasanya berlaku di kalangan komuniti tertentu di dalam masyarakat.

Page 7: MODUL...Pegawai Kesihatan Persekitaran Sektor Tibi/Kusta Pn. Saharah binti Aman Penyelia Jururawat Kesihatan Sektor Tibi/Kusta En. Muhamad Zulkhirol bin Che Man Penolong Pegawai Kesihatan

5

MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN

Selain daripada ahli masyarakat, anggota kesihatan sendiri perlu diberi maklumat dan latihan berkaitan kusta untuk memastikan pengesanan kes seawal mungkin dan kesempurnaan dalam rawatan yang diberikan. Aspek latihan dan pengesanan kes di lapangan yang terkandung di dalam projek LaKAR amat penting supaya pengetahuan yang diperolehi dapat dipraktis dengan segera. Analisa kes & kontak di komuniti berkenaan perlu diberi penekanan bagi memastikan pengurusan survalen kes dan kontak kusta lebih sistematik dan berkesan.

Kusta adalah penyakit berjangkit dengan tempoh inkubasi yang lama sehingga mencapai 20 hingga 30 tahun. Saringan kontak kusta hendaklah diadakan sekali setahun bagi tempoh 1 hingga 5 tahun bergantung kepada kategori kes indeks kontak tersebut. Oleh itu, projek LaKAR yang dilaksanakan diharap dapat mengesan seawal mungkin kes baru kusta di kalangan kontak yang berlaku selepas tempoh tersebut.

3. OBJEKTIF

3.1 Objektif umum

Objektif LaKAR adalah mewujudkan program pengesanan kes baharu kusta yang lebih berkesan dan pengurusan kes semasa dan selepas rawatan serta pengurusan kontak yang lebih sistematik.

3.2 Objektif khusus

i. Melatih secara teori dan amali berkaitan pengesanan dan pengurusan kusta kepada anggota kesihatan yang memberi perkhidmatan kusta di lapangan

ii. Mengesan sebarang kes kusta yang masih ada dan belum dirawat

iii. Memperkukuh kerjasama antara anggota kesihatan di semua peringkat dalam memberi perkhidmatan kusta secara holistik dan berkesan

iv. Meningkatkan kesedaran anggota kesihatan dan masyarakat setempat berkaitan penyakit kusta

v. Melatih dan meningkatkan kesedaran kepada wakil masyarakat setempat berkenaan gejala kusta supaya mereka dapat merujuk individu yang disyaki menghidap kusta bagi mendapatkan rawatan awal

Page 8: MODUL...Pegawai Kesihatan Persekitaran Sektor Tibi/Kusta Pn. Saharah binti Aman Penyelia Jururawat Kesihatan Sektor Tibi/Kusta En. Muhamad Zulkhirol bin Che Man Penolong Pegawai Kesihatan

6

MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN

4. PERLAKSANAAN PROJEK LaKAR

Projek LaKAR telah dimasukkan sebagai salah satu aktiviti yang perlu dijalankan di dalam strategi perlaksanaan NSP Kusta 2016 – 2020; di mana projek LaKAR perlu dilaksanakan dengan memfokuskan kepada komuniti berisiko tinggi kusta dengan sasaran sekurang-kurangnya 1 projek LAKAR setahun bagi setiap negeri.

4.1 JUSTIFIKASI TEMPAT PEMILIHAN PROJEK

Tempat pemilihan projek adalah berdasarkan faktor-faktor berikut :

i. Bilangan kes baharu kusta atau jangkitan baharu kusta di sesuatu tempat atau komuniti

ii. Aktiviti survelan kepada pesakit dan kontak kusta di tempat / komuniti tersebut tidak dijalankan secara berkala sepertimana yang ditetapkan.

iii. Tempat/komuniti yang mempunyai golongan berisiko tinggi kusta iaitu : • Kontak kepada kes kusta • Komuniti endemik kusta• Warga asing yang berasal dari negara beban tinggi kusta • Bekas pesakit kusta

4.2 SKALA PENGANJURAN

Projek LaKAR boleh dianjurkan oleh Sektor Tibi/Kusta, Unit Tibi/Kusta, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah mengikut skala berikut;

4.2.1 LaKAR Kebangsaan

LaKAR Kebangsaan akan diurusetia oleh Sektor Tibi/Kusta berdasarkan jumlah peruntukan kewangan yang diluluskan di peringkat Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia. Pihak sektor akan memilih tempat projek berdasarkan situasi kusta semasa dan justifikasi yang telah ditetapkan.

Peserta projek LaKAR terdiri daripada anggota kesihatan yang mengendalikan pengurusan pesakit serta perkhidmatan berkaitan kusta di lapangan. Pemilihan peserta serta urusan-urusan berkaitan tapak projek, tempat penginapan dan pemilihan

Page 9: MODUL...Pegawai Kesihatan Persekitaran Sektor Tibi/Kusta Pn. Saharah binti Aman Penyelia Jururawat Kesihatan Sektor Tibi/Kusta En. Muhamad Zulkhirol bin Che Man Penolong Pegawai Kesihatan

7

MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN

penceramah jemputan bagi sesuatu projek LaKAR Kebangsaan adalah ditetapkan oleh Sektor Tibi/Kusta melalui persetujuan bersama dengan Unit Tibi/Kusta, Jabatan Kesihatan Negeri berkenaan. Keutamaan pemilihan peserta akan diberi kepada anggota di daerah dan negeri di mana tempat LaKAR dilaksanakan. Jemputan kepada peserta luar dari negeri tersebut akan dilakukan tertakluk kepada kekosongan.

Aktiviti-aktiviti utama yang perlu dijalankan ialah :

Bil. Aktiviti Tanggungjawabi. Aktiviti promosi kesedaran dan latihan

kepada wakil kampung di komuniti - sebelum aktiviti iii & iv

PKD & Unit Tibi/Kusta, JKN

ii. Aktiviti promosi kesedaran dan latihan berkaitan kusta kepada anggota kesihatan di daerah- sebelum aktiviti iii & iv

PKD & Unit Tibi/Kusta, JKN

iii. Latihan teori dalam bentuk ceramah dan perbincangan

Sektor Tibi /Kusta

iv. Latihan praktikal kusta iaitu pengesanan dan pengurusan kes di lapangan

Sektor Tibi/kusta, Unit Tibi/Kusta,

JKN & PKD

4.2.2 LaKAR Negeri

LaKAR Negeri akan diurusetia oleh Unit Tibi/Kusta, Jabatan Kesihatan Negeri berdasarkan peruntukan kewangan yang diluluskan di peringkat JKN. Pihak negeri akan memilih tempat projek berdasarkan situasi kusta semasa dan justifikasi yang ditetapkan.

Pemilihan peserta akan diberi keutamaan daripada anggota kesihatan yang terlibat dalam mengendalikan pengurusan pesakit serta perkhidmatan berkaitan kusta di daerah berkenaan. Pengisian aktiviti adalah tertakluk kepada pihak Unit Tibi/Kusta, JKN dengan berpandukan kepada aktiviti Projek LaKAR Kebangsaan. Urusan berkaitan tapak projek, tempat penginapan dan pemilihan penceramah jemputan adalah ditetapkan oleh pihak Unit Tibi/Kusta, JKN dengan persetujuan bersama pihak PKD.

Page 10: MODUL...Pegawai Kesihatan Persekitaran Sektor Tibi/Kusta Pn. Saharah binti Aman Penyelia Jururawat Kesihatan Sektor Tibi/Kusta En. Muhamad Zulkhirol bin Che Man Penolong Pegawai Kesihatan

8

MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN

Aktiviti-aktiviti utama yang perlu dijalankan ialah :

Bil. Aktiviti Tanggungjawabi. Aktiviti promosi kesedaran dan latihan

kepada wakil kampung di komuniti - sebelum aktiviti iii & iv

PKD

ii. Aktiviti promosi kesedaran dan latihan berkaitan kusta kepada anggota kesihatan di daerah - sebelum aktiviti iii & iv

PKD

iii. Latihan teori dalam bentuk ceramah dan perbincangan

Unit Tibi/Kusta, JKN

iv. Latihan praktikal kusta iaitu pengesanan dan pengurusan kes di lapangan

Unit Tibi/Kusta, JKN & PKD

4.2.3 LaKAR Daerah

LaKAR Daerah perlu dilakukan secara berkala berdasarkan situasi semasa kusta di daerah berkenaan. Ia akan diurusetia oleh anggota kesihatan yang terlibat di dalam pengurusan perkhidmatan kusta di daerah berkenaan dengan peruntukan kewangan dari Pejabat Kesihatan Daerah tersebut. Pengisian aktiviti adalah tertakluk kepada pihak PKD dengan berpandukan aktiviti-aktiviti di dalam Projek LaKAR Negeri dan LaKAR Kebangsaan.

Aktiviti-aktiviti utama yang perlu dijalankan ialah :

Bil. Aktiviti Tanggungjawabi. Aktiviti promosi kesedaran dan latihan

kepada wakil kampung di komunitiPKD

ii. Latihan teori dalam bentuk ceramah dan perbincangan

PKD

iii. Latihan praktikal kusta iaitu pengesanan dan pengurusan kes di lapangan

PKD

Page 11: MODUL...Pegawai Kesihatan Persekitaran Sektor Tibi/Kusta Pn. Saharah binti Aman Penyelia Jururawat Kesihatan Sektor Tibi/Kusta En. Muhamad Zulkhirol bin Che Man Penolong Pegawai Kesihatan

9

MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN

4.3 STRATEGI PERLAKSANAAN PROJEK LAKAR

4.3.1 PERANCANGAN

Proses perancangan amat penting di dalam memastikan keberhasilan atau projek LaKAR yang dilaksanakan mencapai objektif yang ditetapkan. Perancangan sesuatu projek LaKAR haruslah mengambil kira beberapa perkara seperti :

1. Maklumat Asas Projek LaKAR Maklumat asas perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum merancang dan melaksanakan projek LaKAR di sesuatu komuniti. Maklumat-maklumat asas ini akan menjadi sumber rujukan utama bagi perancangan strategi-strategi pelaksanaan projek LaKAR serta perjalanan aktivti di lapangan kelak. Antara maklumat-maklumat asas yang perlu diperolehi dan disediakan sebelum perlaksanaan projek LaKAR ialah :

i. Epidemiologi Data• Kadar insiden dan kadar prevalen kes di komuniti yang dicadangkan

dalam tempoh sekurang-kurangnya 5 tahun• Beban penyakit kusta di komuniti terpilih • Kumpulan etnik yang terlibat• Umur, Jantina, Warganegara

ii. Data Asas Komuniti• Sosiodemografik data di kawasan komuniti terpilih• Ketua masyarakat / Ketua Persatuan Setempat • Bilangan rumah dan kepadatan penduduk• Keluasan kawasan projek • Kemudahan perhubungan dan pengangkutan• Pelan atau peta komuniti di tempat projek dan kawasan liputan

iii. Pembentukan Kumpulan Kerja• Kekuatan pasukan kesihatan yang ada• Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pegawai Epidemiologi, Pakar Perubatan

Keluarga, Pegawai.Perubatan, • Pegawai Kesihatan Persekitaran, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, • Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat dan Jururawat Masyarakat• Juruteknologi Makmal Perubatan, Pegawai Farmasi• Lain-lain anggota kesihatan yang difikirkan perlu

PERANCANGAN ANALISA PELAPORAN PERLAKSANAAN DI LAPANGAN

Page 12: MODUL...Pegawai Kesihatan Persekitaran Sektor Tibi/Kusta Pn. Saharah binti Aman Penyelia Jururawat Kesihatan Sektor Tibi/Kusta En. Muhamad Zulkhirol bin Che Man Penolong Pegawai Kesihatan

10

MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN

iv. Dokumen-dokumen LaKAR

• Senarai anggota kesihatan yang akan dilatih• Bahan-bahan pendidikan kesihatan berkaitan kusta• Peta Operasi, maklumat kes dan senarai nama kes kontak• Pasukan kesihatan yang akan dibentuk bersama dengan fasilitator• Borang dan peralatan makmal LaKAR• Jadual perlaksanaan• Pergerakan dan pembahagian kumpulan mengikut zon atau kawasan• Sasaran atau hasil yang dijangka

2. AGENDA PROJEK LAKAR

Agenda Projek LaKAR yang akan dilaksanakan adalah tertakluk kepada skala penganjuran yang ditetapkan. Agenda projek LaKAR boleh berubah mengikut kesesuaian tempat projek, komuniti atau ahli masyarakat yang disasarkan, bilangan peserta serta peruntukan kewangan yang diluluskan. Lampiran 4.9.15 adalah contoh agenda LaKAR yang ditetapkan.

3. PEMBENTUKAN AHLI KUMPULAN Projek LaKAR sememangnya melibatkan latihan khusus kepada anggota

kesihatan pelbagai kategori yang terlibat dengan pengurusan dan pengendalian kes kusta di lapangan seperti senarai tugas dan tanggungjawab yang dinyatakan di dalam Manual Pengurusan Kusta Edisi ke-2.

Kategori utama yang akan dilatih di bawah projek ini ialah: i. Pakar Perubatan Keluarga (FMS) / Pegawai Perubatan (MO)ii. Penolong Pegawai Perubatan (PPP) / Jururawat Terlatih (JT)iii. Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) / Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP)iv. Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP)

Kategori-kategori lain juga boleh turut sama dilatih sekiranya difikirkan perlu mengikut kesesuian dan objektif projek. Antara kategori-kategori lain yang boleh turut dilatih mengikut modul ini adalah wakil NGO, wakil masyarakat setempat dan anggota kesihatan swasta atau kakitangan kesihatan daripada agensi-agensi luar Kementerian Kesihatan Malaysia.

Page 13: MODUL...Pegawai Kesihatan Persekitaran Sektor Tibi/Kusta Pn. Saharah binti Aman Penyelia Jururawat Kesihatan Sektor Tibi/Kusta En. Muhamad Zulkhirol bin Che Man Penolong Pegawai Kesihatan

11

MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN

4.3.2 PERLAKSANAAN DI LAPANGAN

1. PERLAKSANAAN PROJEK LaKAR DI LAPANGAN OLEH KUMPULAN RAWATAN (Rx)

i. SARINGAN DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN UMUM

• Menjalankan saringan dan pemeriksaan kesihatan umum kepada semua yang hadir di tapak projek

• Memberi penerangan dan promosi kesihatan berkaitan penyakit kusta kepada orang ramai yang hadir• Memeriksa dan menyaring orang ramai yang hadir dengan masalah

kulit bagi pemeriksaan lanjut

ii. SARINGAN DAN PEMERIKSAAN KULIT KESIHATAN KULIT

• Menjalankan pemeriksaan kulit bagi mengesan penyakit kusta • Merujuk pesakit kulit yang disyak menghidap kusta untuk prosedur

torehan kulit • Memberi kaunseling pra diagnosa penyakit kusta kepada pesakit

yang disyak menghidap kusta

iii. PELAKSANAAN PROSEDUR TOREHAN KULIT

• Melaksanakan prosedur torehan kulit kepada pesakit yang disyak menghidap kusta• Membuat sapuan slaid calitan torehan kulit • Memberi penerangan berkaitan prosedur berkenaan kepada pesakit

iv. RAWATAN DAN RUJUKAN KES KUSTA

• Mendiagnos pesakit yang disahkan menghidap kusta • Memberi kaunseling permulaan rawatan kepada pesakit kusta yang

telah disahkan menghidap penyakit kusta • Memulakan rawatan pesakit kusta • Membuat notifikasi kes baru kusta kepada PKD• Merujuk pesakit-pesakit yang disyak kusta dengan keputusan calitan

torehan kulit negatif dan pesakit baru kusta dengan komplikasi ke klinik dermatologi untuk pengesahan diagnosa

• Merujuk pesakit baru yang dimulakan rawatan ke Pusat Rawatan 1 berdekatan untuk rawatan susulan

Page 14: MODUL...Pegawai Kesihatan Persekitaran Sektor Tibi/Kusta Pn. Saharah binti Aman Penyelia Jururawat Kesihatan Sektor Tibi/Kusta En. Muhamad Zulkhirol bin Che Man Penolong Pegawai Kesihatan

12

MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN

2. PERLAKSANAAN PROJEK LaKAR DI LAPANGAN OLEH KUMPULAN SURVALEN (Sx)

i. TINJAUAN RUMAH KE RUMAH

• Mengenal pasti lokaliti kes indeks dan konteks di kawasan yang ditetapkan• Pembahagian kumpulan mengikut zon atau bahagian yang ditetapkan berdasarkan kawasan liputan projek• Menjalankan pemeriksaan saringan rumah ke rumah• Mengenal pasti kes-kes bersimptomatik dan merujuk kes-kes yang

disyak kusta

ii. MENEMUBUAL ISI RUMAH

• Menemubual responden dan seluruh isi rumah di zon atau bahagian yang ditetapkan tentang penyakit dan kesihatan mereka

• Menemubual responden dan seluruh isi rumah di zon atau bahagian yang ditetapkan berkaitan pemahaman dan pengetahuan mereka terhadap penyakit kusta

• Menganalisa kewujudan dan tahap stigma atau diskriminasi penyakit kusta di kawasan komuniti

• Melengkapkan borang-borang LaKAR

iii. MEMBERI PROMOSI KESIHATAN

• Memberi Promosi Kesihatan kepada semua responden atau isi rumah tentang penyakit kusta dan pencegahannya

• Mengurangkan stigma dan diskriminasi penyakit kusta dengan meningkatkan pengetahuan dan pemahaman penyakit kusta

3. PERLAKSANAAN PROJEK LaKAR DI LAPANGAN OLEH KUMPULAN

MAKMAL (Mx)

i. PELAKSANAAN PROSEDUR PENCELUPAN AFB

• Melaksanakan prosedur pencelupan AFB bagi slaid-slaid calitan torehan kulit di lapangan

ii. BACAAN SLAID AFB

• Membaca slaid-slaid calitan torehan kulit bagi tujuan pengesahan diagnosa penyakit kusta

Page 15: MODUL...Pegawai Kesihatan Persekitaran Sektor Tibi/Kusta Pn. Saharah binti Aman Penyelia Jururawat Kesihatan Sektor Tibi/Kusta En. Muhamad Zulkhirol bin Che Man Penolong Pegawai Kesihatan

13

MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN

4.3.3 ANALISA

Analisa keberkesanan projek LaKAR di lapangan dilakukan selepas aktiviti di lapangan selesai. Analisa projek lebih tertumpu kepada kejayaan projek LaKAR mencapai objektif yang disasarkan dan juga kejayaan program saringan penyakit kusta di komuniti berkenaan. Selain itu, analisa pengurusan projek juga perlu diambil kira bagi tujuan penambahbaikan di masa-masa akan datang.

Kes-kes kusta yang berjaya dikesan semasa projek LaKAR ini perlu disemak dan disahkan oleh pihak PKD bagi pengurusan kes-kes ini selanjutnya seperti yang ditetapkan.

4.3.4 PELAPORAN

Setiap peserta perlu melengkapkan borang-borang saringan dan aktiviti yang dilaksanakan semasa projek LaKAR mengikut ketetapan yang disediakan. Para urusetia projek juga perlu mengisi borang penilaian projek yang ditetapkan bagi tujuan penilaian projek yang dijalankan.

Aktiviti saringan dan pemeriksaan rumah di lapangan perlu diulang berdasarkan penemuan dan hasil projek tersebut. Borang pelaporan ringkasan Projek LaKAR yang dijalankan boleh digunakan sebagai penilaian kejayaan projek dan juga sebagai rujukan bagi aktiviti kawalan kusta berikutnya.

Urusetia bertanggungjawab untuk menyediakan laporan lengkap pencapaian projek LaKAR yang dijalankan dan menghantar laporan kepada pasukan kusta di JKN atau PKD bagi tindakan susulan dan saringan lanjut sekiranya diperlukan.

5. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Bidang tugas yang dikhususkan bagi setiap kategori anggota kesihatan yang terlibat di dalam perkhidmatan kusta di lapangan adalah berbeza seperti yang digariskan di dalam Manual Pengurusan Kusta Edisi ke-2. Sehubungan itu, latihan kemahiran yang akan diberikan di dalam projek ini juga adalah mengikut jawatan setiap peserta. Setiap peserta akan diselia atau dibantu oleh fasilitator mengikut bidang tugas yang akan dilatih dan dipraktikkan di dalam projek ini.

Setiap peserta di dalam projek ini akan dibahagikan kepada tiga (3) kumpulan iaitu kumpulan rawatan (Rx), kumpulan survalen (Sx) dan kumpulan makmal (Mx).

Page 16: MODUL...Pegawai Kesihatan Persekitaran Sektor Tibi/Kusta Pn. Saharah binti Aman Penyelia Jururawat Kesihatan Sektor Tibi/Kusta En. Muhamad Zulkhirol bin Che Man Penolong Pegawai Kesihatan

14

MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN

Kumpulan Rawatan(Rx)

PESERTA TUGASAN

FMSMOPPPJT

• Menyaring dan melaksanakan pemeriksaan klinikal penyakit kulit• Mengenal pasti pesakit kulit yang disyaki menghidap

kusta • Menjalankan prosedur torehan kulit dan sapuan slaid

calitan torehan kulit (SSS) khusus kepada PPP dan JT • Memula atau merujuk pesakit untuk rawatan setelah

disahkan menghidap kusta• Mengisi borang notifikasi Health 1, LIS 10A, LIS 10C-1, LIS

102-A• Membuat promosi dan hebahan pendidikan kesihatan• Memberi kaunseling penyakit kusta pra diagnosa• Mengisi borang projek LaKAR : - Borang Kerja Lapangan (Kumpulan Rawatan) - Borang Analisa Pencapaian Kerja Lapangan

FASILITATOR TUGASAN• Menunjuk ajar prosedur saringan dan pemeriksaan kulit • Memastikan susun atur perabot dan peralatan di lapangan

bertepatan dan sesuai bagi tujuan saringan kulit • Memantau proses perjalanan saringan kulit di lapangan• Memastikan keperluan-keperluan klinikal di lapangan

tersedia• Memantau dan menganalisa pencapaian peserta di

lapangan • Mengisi borang projek LaKAR: - Borang Analisa Pencapaian Kerja Lapangan - Borang Analisa Pencapaian Prosedur Torehan Kulit

Page 17: MODUL...Pegawai Kesihatan Persekitaran Sektor Tibi/Kusta Pn. Saharah binti Aman Penyelia Jururawat Kesihatan Sektor Tibi/Kusta En. Muhamad Zulkhirol bin Che Man Penolong Pegawai Kesihatan

15

MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN

Kumpulan Survalen(Sx)

PESERTA TUGASAN

FMSMOPKP

PPKPPPPJT

• Melaksanakan saringan aktif di lapangan• Melaksanakan pemeriksaan kulit di lapangan• Merujuk kes-kes yang disyaki kusta kepada kumpulan

rawatan bagi pengesahan• Mengisi borang LIS 10B, LIS 10C• Membuat promosi dan hebahan pendidikan kesihatan• Menanda rumah yang perlu dibuat pemeriksaan ulangan

menggunakan house card• Menandakan rumah yang tidak berpenghuni dengan

notis rumah tidak berpenghuni bagi tujuan saringan seterusnya oleh Unit Kusta, PKD

• Mengisi borang projek LaKAR; - Borang Kerja Lapangan (Kumpulan Survalen) - Borang Analisa Pencapaian Kerja Lapangan - Surat Rujukan Kes Simptomatik di Lapangan

FASILITATOR TUGASAN• Menunjuk ajar prosedur saringan dan pemeriksaan kulit di lapangan

• Memastikan setiap kumpulan melakukan saringan dan tinjauan rumah ke rumah di zon atau kawasan yang ditetapkan

• Memantau perjalanan semua peserta di setiap zon atau kawasan berjalan lancar

• Memastikan keperluan pengangkutan di lapangan tersedia• Memantau dan menganalisa pencapaian peserta

di lapangan • Mengisi borang projek LaKAR: - Borang Analisa Pencapaian Kerja Lapangan

Page 18: MODUL...Pegawai Kesihatan Persekitaran Sektor Tibi/Kusta Pn. Saharah binti Aman Penyelia Jururawat Kesihatan Sektor Tibi/Kusta En. Muhamad Zulkhirol bin Che Man Penolong Pegawai Kesihatan

16

MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN

Kumpulan Makmal (Mx)

PESERTA TUGASAN

JTMP

• Melaksanakan prosedur pencelupan slaid AFB• Membaca slaid sapuan AFB• Mengisi borang LIS 102-A• Mengesahkan keputusan slaid sapuan AFB• Memaklumkan kepada kumpulan rawatan (Rx) yang

merujuk keputusan slaid sapuan AFB

FASILITATOR TUGASAN• Menunjuk ajar prosedur pencelupan slaid AFB dan

pembacaan slaid AFB • Memastikan susun atur perabot dan peralatan makmal di

lapangan bertepatan dan sesuai • Memantau proses perjalanan prosedur pencelupan dan

pembacaan slaid AFB • Memastikan keperluan-keperluan klinikal di lapangan

tersedia• Memantau dan menganalisa pencapaian peserta di

lapangan • Memantau pengisian borang LIS 102-A dan ketepatan

pengiraan BI dan MI• Mengisi borang projek LaKAR: - Borang Analisa Pencapaian AFB

Page 19: MODUL...Pegawai Kesihatan Persekitaran Sektor Tibi/Kusta Pn. Saharah binti Aman Penyelia Jururawat Kesihatan Sektor Tibi/Kusta En. Muhamad Zulkhirol bin Che Man Penolong Pegawai Kesihatan

17

MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN

28 Modul Lakar, Program Kawalan Kusta Kebangsaan

LAMPIRAN 1

BORANG KERJA LAPANGAN

BORANG KERJA LAPANGAN Projek LaKAR __/ ___

JKN / PKD:

Tarikh:

Kumpulan:

A) MAKLUMAT PESAKIT

Nama :

No. pengenalan diri :

Umur : Jantina :

Warganegara : Ya Tidak Jika bukan warganegara

(nyatakan Negara Asal):

Alamat Rumah/Tempat Kerja Home/Work address :

Kontak kepada pesakit kusta :

Ya

Tidak

Sejarah penyakit, Gejala & Tanda / Case history, signs and symptoms :

Page 20: MODUL...Pegawai Kesihatan Persekitaran Sektor Tibi/Kusta Pn. Saharah binti Aman Penyelia Jururawat Kesihatan Sektor Tibi/Kusta En. Muhamad Zulkhirol bin Che Man Penolong Pegawai Kesihatan

18

MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN

1 Modul Lakar, Program Kawalan Kusta Kebangsaan

Sila tandakan dalam gambarajah / Please mark on the diagram

Tanda Kulit / Skin lesions

Kecacatan neurologi / Neurological deficit

Penebalan saraf / Thickened Nerve

Kecacatan fisikal / Deformities

Disyaki Kusta :

Ya

Dirujuk untuk SSS:

Ya

Tidak

(Nyatakan alasan:) Tidak

B) MAKLUMAT ISI RUMAH (untuk diisi oleh kumpulan survalen)

Zon / Kawasan :

Bil. rumah yang dilawati: / buah

:

Bil. Isi rumah

L P Kanak-kanak

Page 21: MODUL...Pegawai Kesihatan Persekitaran Sektor Tibi/Kusta Pn. Saharah binti Aman Penyelia Jururawat Kesihatan Sektor Tibi/Kusta En. Muhamad Zulkhirol bin Che Man Penolong Pegawai Kesihatan

19

MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN

1 Modul Lakar, Program Kawalan Kusta Kebangsaan

Sila tandakan dalam gambarajah / Please mark on the diagram

Tanda Kulit / Skin lesions

Kecacatan neurologi / Neurological deficit

Penebalan saraf / Thickened Nerve

Kecacatan fisikal / Deformities

Disyaki Kusta :

Ya

Dirujuk untuk SSS:

Ya

Tidak

(Nyatakan alasan:) Tidak

B) MAKLUMAT ISI RUMAH (untuk diisi oleh kumpulan survalen)

Zon / Kawasan :

Bil. rumah yang dilawati: / buah

:

Bil. Isi rumah

L P Kanak-kanak

2 Modul Lakar, Program Kawalan Kusta Kebangsaan

Salasilah keluarga (lukiskan family tree dan tandakan anggota keluarga yang mempunyai gejala yang sama

Lain-lain penemuan berisiko:

Nama Pelapor :

Kumpulan :

Tandatangan:

Page 22: MODUL...Pegawai Kesihatan Persekitaran Sektor Tibi/Kusta Pn. Saharah binti Aman Penyelia Jururawat Kesihatan Sektor Tibi/Kusta En. Muhamad Zulkhirol bin Che Man Penolong Pegawai Kesihatan

20

MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN

3 Modul Lakar, Program Kawalan Kusta Kebangsaan

LAMPIRAN 2

BORANG ANALISA PENCAPAIAN KERJA LAPANGAN

BORANG ANALISA PENCAPAIAN PROJEK

Projek LaKAR : __ / ___ JKN / PKD:

(untuk diisi oleh urusetia / fasilitator)

Tarikh:

A: SARINGAN PENDUDUK

KUMPULAN RAWATAN

JUMLAH DISARING

JUMLAH SARINGAN

KULIT

JUMLAH YANG

DISYAKI

JUMLAH YANG DIBUAT SSS

JUMLAH POSITIF

RAWATAN 1 RAWATAN 2 RAWATAN 3 RAWATAN 4

Total

KUMPULAN

SURVALEN BIL.

RUMAH DILAWATI

JUMLAH DISARING

JUMLAH SARINGAN

KULIT

JUMLAH DIRUJUK

JUMLAH YANG HADIR UNTUK PEMERIKSAAN

JUMLAH POSITIF

SURVALEN 1 SURVALEN 2 SURVALEN 3 SURVALEN 4 SURVALEN 5 SURVALEN 6 SURVALEN 7

Total KUMPULAN

MAKMAL JUMLAH PESAKIT YANG

DIBUAT SSS JUMLAH SLAID YANG DIBACA

JUMLAH POSITIF

MAKMAL 1 MAKMAL 2 MAKMAL 3 Total

LAMPIRAN 2

Page 23: MODUL...Pegawai Kesihatan Persekitaran Sektor Tibi/Kusta Pn. Saharah binti Aman Penyelia Jururawat Kesihatan Sektor Tibi/Kusta En. Muhamad Zulkhirol bin Che Man Penolong Pegawai Kesihatan

21

MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN

B: PELAKSANA PROSEDUR TOREHAN SSS

Bil. Nama Jawatan Bil. Torehan

Bil. Pesakit Catatan / Komen

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Nama & tandatangan penyelia:

C: PENCAPAIAN PROSEDUR PEMBACAAN SLAID AFB

Bil. Nama Jawatan Bilangan

slaid dibuat

Bilangan slaid

diperiksa ketepatan Kualiti

Slaid Catatan

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Nama & tandatangan penyelia:

Page 24: MODUL...Pegawai Kesihatan Persekitaran Sektor Tibi/Kusta Pn. Saharah binti Aman Penyelia Jururawat Kesihatan Sektor Tibi/Kusta En. Muhamad Zulkhirol bin Che Man Penolong Pegawai Kesihatan

22

MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN

LAMPIRAN 3

SURAT RUJUKAN KES SIMPTOMATIK DI LAPANGAN

Page 25: MODUL...Pegawai Kesihatan Persekitaran Sektor Tibi/Kusta Pn. Saharah binti Aman Penyelia Jururawat Kesihatan Sektor Tibi/Kusta En. Muhamad Zulkhirol bin Che Man Penolong Pegawai Kesihatan

23

MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN

LAMPIRAN 4

CONTOH BAHAN PROMOSI KUSTA DI LAPANGAN

Page 26: MODUL...Pegawai Kesihatan Persekitaran Sektor Tibi/Kusta Pn. Saharah binti Aman Penyelia Jururawat Kesihatan Sektor Tibi/Kusta En. Muhamad Zulkhirol bin Che Man Penolong Pegawai Kesihatan

24

MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN

Page 27: MODUL...Pegawai Kesihatan Persekitaran Sektor Tibi/Kusta Pn. Saharah binti Aman Penyelia Jururawat Kesihatan Sektor Tibi/Kusta En. Muhamad Zulkhirol bin Che Man Penolong Pegawai Kesihatan

25

MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN

8 Modul Lakar, Program Kawalan Kusta Kebangsaan

LAMPIRAN 5

CONTOH AGENDA LAKAR

MASA /HARI HARI PERTAMA HARI KEDUA HARI KETIGA

7.00 am – 8.30 Sarapan Pagi Sarapan Pagi

8.30-12.00 am

Aktiviti di lapangan:

Aktiviti pengesanan & pengurusan kes kes kusta di lapangan

Pembentangan Kerja Kumpulan di Lapangan

9.30 -12.00 am

12.00-2.00pm Pendaftaran / Check

in Oleh:Urusetia

Rumusan / Penutup Makan Tengahari/Bersurai

2.00-2.30 pm

Taklimat & Ice Breaking

Pre-test

2.30 – 3.30 pm

Ceramah 1:

Epidemiology & Program Kawalan Kusta Kebangsaan

4.00-5.00 pm

Ceramah 2:

Leprosy : Symptom,sign &

treatment

Pakar Dermatologi

7.00-800pm Makan Malam Makan Malam

8.00-9.30 pm

Ceramah 3:

Pengurusan Makmal Kusta Kebangsaan

Ceramah 5:

Pelan Strategik Program Kawalan Kusta

Kebangsaan 2016-2020

9.30 – 10.30 pm

Cearamah 4:

Perkongsian pengalaman

(Optional)

Kerja Kumpulan: Persedian laporan kerja kumpulan di lapangan

10.30-11.00pm Taklimat kerja lapangan

LAMPIRAN 5

Ceramah 4:

Page 28: MODUL...Pegawai Kesihatan Persekitaran Sektor Tibi/Kusta Pn. Saharah binti Aman Penyelia Jururawat Kesihatan Sektor Tibi/Kusta En. Muhamad Zulkhirol bin Che Man Penolong Pegawai Kesihatan

26

MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN

Proj

ek M

ula

/ Tak

limat

Sarin

gan

Kesih

atan

Um

um

Pem

erik

saan

ku

lit

Tinj

auan

rum

ah k

e ru

mah

/

Sarin

gan

peny

akit

kust

a/

Pend

idik

an k

esih

atan

pe

nyak

it ku

sta

Disy

aki k

usta

Pem

baha

gian

Kum

pula

n m

engi

kut Z

on /K

awas

an

Kum

pula

n Su

rval

en

Kum

pula

n M

akm

al

Mas

alah

kul

it M

asal

ah se

lain

ku

sta

&

Raw

atan

Pros

edur

SSS

Peng

esah

an D

iagn

osis

Kust

a

Terim

a Sl

aid

AFB

Kepu

tusa

n Ba

caan

Sl

aid

Tida

k

Ya

AFB

Baca

an

Slai

d

Penc

elup

an sl

aid

AFB

Raw

atan

& R

ujuk

an

Sarin

gan

kulit

Disy

aki k

usta

Ya

Tida

k

Pend

afta

ran

CART

A AL

IR P

ERJA

LANA

N PR

OJEK

LaK

AR D

I LAP

ANGA

N

LAM

PIR

AN 6

Page 29: MODUL...Pegawai Kesihatan Persekitaran Sektor Tibi/Kusta Pn. Saharah binti Aman Penyelia Jururawat Kesihatan Sektor Tibi/Kusta En. Muhamad Zulkhirol bin Che Man Penolong Pegawai Kesihatan

27

MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN

Page 30: MODUL...Pegawai Kesihatan Persekitaran Sektor Tibi/Kusta Pn. Saharah binti Aman Penyelia Jururawat Kesihatan Sektor Tibi/Kusta En. Muhamad Zulkhirol bin Che Man Penolong Pegawai Kesihatan

28

MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN