modul mainframe emk - keusahawanan bhg 1

28
1 MODUL LATIHAN PENERAPAN EMKKEUSAHAWANAN

Upload: ahmad-shafiq-bin-jalaluddin

Post on 28-Dec-2015

78 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

kkk

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Mainframe EMK - Keusahawanan Bhg 1

  1  MODUL  LATIHAN  PENERAPAN  EMK-­‐KEUSAHAWANAN  

Page 2: Modul Mainframe EMK - Keusahawanan Bhg 1

  2  MODUL  LATIHAN  PENERAPAN  EMK-­‐KEUSAHAWANAN  

Page 3: Modul Mainframe EMK - Keusahawanan Bhg 1

  3  MODUL  LATIHAN  PENERAPAN  EMK-­‐KEUSAHAWANAN  

KATA PENGANTAR Usahawan dan pekerja bercirikan usahawan yang ramai merupakan prasyarat utama

untuk mencapai taraf negara maju. Namun, peningkatan kuantiti dan kualiti modal insan

bercirikan usahawan ini hanya dapat dihasilkan secara seimbang dan menyeluruh

merentasi semua kaum di Malaysia melalui penerapan nilai keusahawanan bermula

daripada peringkat awal kanak-kanak. Justeru, bagi memastikan kejayaan agenda negara

melahirkan masyarakat bercirikan keusahawanan sehingga menjadi budaya dan amalan

hidup, maka sistem pendidikan di Malaysia merupakan medium yang paling tepat untuk

menyahut cabaran ini.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memperkenalkan strategi yang

lebih baik untuk menerapkan elemen keusahawanan kepada murid secara lebih

menyeluruh. Menerusi KSSR, semua guru bertanggungjawab untuk menerapkan elemen

keusahawanan secara merentas kurikulum. Secara umumnya, terdapat lima elemen

utama yang perlu diterapkan oleh guru seiring dengan pengajaran dan pembelajaran

(p&p) dalam kelas iaitu sikap dan pemikiran keusahawanan, pengurusan jual beli asas

yang mudah, penghasilan produk serta nilai moral dan etika keusahawanan. Justeru,

modul ini dihasilkan bagi membantu guru memahami konsep penerapan elemen

keusahawanan dalam KSSR. Selain itu, modul ini turut memberi panduan dan cadangan

tentang cara penerapan elemen keusahawanan semasa p&p dalam bilik darjah agar

mereka dapat melaksanakannya dengan lebih mudah dan berkesan. Bagi memastikan

penyebaran dan pelaksanaan penerapan Elemen Merentas Kurikulum (EMK)-

Keusahawanan yang menyeluruh dalam kalangan guru, modul ini juga dilengkapi dengan

panduan untuk melaksanakan kursus kepada guru lain. Oleh itu, modul ini adalah

bercirikan modul pengajaran, modul kendiri dan modul latihan.

Page 4: Modul Mainframe EMK - Keusahawanan Bhg 1

  4  MODUL  LATIHAN  PENERAPAN  EMK-­‐KEUSAHAWANAN  

Guru diharapkan dapat menguasai kandungan dan latihan modul ini sebagai

panduan untuk melaksanakan penerapan EMK-Keusahawanan kepada murid.

Bagaimanapun, memandangkan penerapan sebanyak mungkin EMK-Keusahawanan

secara berterusan adalah bergantung kepada daya kreativiti dan kemahiran guru, maka

guru dituntut untuk melakukan pembacaan yang luas, berkongsi amalan terbaik dengan

rakan serta menjalankan kajian tindakan bagi tujuan penambahbaikan pengajaran.

.

Akhir kata, Bahagian Pembangunan Kurikulum mengucapkan ribuan terima kasih

dan penghargaan kepada semua pihak di atas sumbangan untuk menghasilkan

modul ini.

Page 5: Modul Mainframe EMK - Keusahawanan Bhg 1

  5  MODUL  LATIHAN  PENERAPAN  EMK-­‐KEUSAHAWANAN  

PENGENALAN

Modul Latihan Penerapan EMK-Keusahawanan ini dihasilkan sebagai modul yang

boleh digunakan sebagai bahan rujukan oleh guru-guru atau bakal-bakal guru dalam

melaksanakan penerapan EMK-Keusahawanan selaras dengan pelaksanaan Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR). Modul ini diharapkan dapat memenuhi keperluan

guru-guru atau bakal-bakal guru untuk memahami dengan lebih jelas mengenai EMK-

Keusahawanan dengan bantuan grafik, peta minda dan soalan uji diri dalam setiap topic

yang dibincangkan.

Pengisian utama modul ini menjelaskan tentang bagaimana menggunakan modul

ini. Dalam topik ini, pembaca diberikan penerangan tentang kepentingan pembangunan

keusahawanan bagi pembangunan Negara, yang disokong oleh kekuatan rakyat yang

dibangunkan dengan ciri-ciri keusahawanan. Guru perlu dapat merasakan kepentingan

pembangunan insan yang terarah kepada pembangunan Negara yang stabil dari segi

ekonomi dan politik dalam masyarakat pelbagai bangsa.

Seterusnya, objektif utama penghasilan modul latihan disenaraikan kepada guru-

guru dengan tujuan agar guru-guru dapat mencapai setiap objektif tersebut sebelum

sesuatu kursus/latihan dalam perkhidmatan/p&p dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Organisasi modul diberikan untuk menunjukkan aliran maklumat yang ingin disampaikan

kepada guru-guru atau bakal-bakal guru.

Dalam Bahagian 2, konsep EMK-Keusahawanan diperjelaskan. Ini termasuklah

rasional mengapa EMK-Keusahawanan perlu diterapkan dalam p&p seharian dan

kelebihan p&p berteraskan EMK-Keusahawanan. Pedagogi bagi penerapan EMK-

Keusahawanan juga diterangkan merangkumi pendekatan, kaedah dan teknik yang

berbeza dalam contoh-contoh mata pelajaran yang berbeza. Guru-guru atau bakal-bakal

guru boleh mendapat kefahaman yang lebih mendalam bagi mengaplikasikan penerapan

EMK-Keusahawanan.

Page 6: Modul Mainframe EMK - Keusahawanan Bhg 1

  6  MODUL  LATIHAN  PENERAPAN  EMK-­‐KEUSAHAWANAN  

Modul ini juga menyenaraikan tentang indikator-indikator kejayaan penerapan

EMK-Keusahawanan yang dapat diukur dalam diri murid melalui perancangan pengajaran

dan pembelajaran yang berfokus kepada elemen-elemen tertentu. Beberapa contoh

Rancangan Pengajaran Harian yang menerapkan EMK-Keusahawanan telah dirancang

dan disertakan untuk menjadi panduan dan memberi idea baharu kepada guru-guru atau

bakal-bakal guru untuk menghasilkan suatu rancangan pengajaran yang lain dan lebih

menarik perhatian murid.

Modul ini juga disertakan dengan soalan-soalan uji diri bagi kegunaan guru-guru

untuk membuat penilaian kendiri terhadap kefahaman masing-masing tentang EMK-

Keusahawanan.

Akhir sekali, guru-guru atau bakal-bakal guru diberikan panduan mengenai kaedah

dan persiapan yang perlu dibuat sebelum tugas memberi taklimat EMK-Keusahawanan

dapat dilaksanakan di sekolah/daerah masing-masing.

Selamat Berjaya!

Page 7: Modul Mainframe EMK - Keusahawanan Bhg 1

  7  MODUL  LATIHAN  PENERAPAN  EMK-­‐KEUSAHAWANAN  

KANDUNGAN

BIL

PERKARA

TAJUK-TAJUK

MUKA SURAT

1

Bahagian 1 “Bagaimana menggunakan modul ini?”

• Pendahuluan • Objektif Modul Latihan • Prinsip Organisasi

10 13 14

2

Bahagian 2 “BELAJAR SENDIRI” APA? MENGAPA? BAGAIMANA?

• Pengertian Penerapan EMK-Keusahawanan Merentas Kurikulum

• Tujuan EMK-Keusahawanan • Objektif Penerapan EMK-Keusahawanan • Elemen-Elemen dan Indikator-Indikator

EMK-Keusahawanan • Pedagogi Penerapan EMK-

Keusahawanan • Pendekatan Penerapan EMK-

Keusahawanan • Kaedah Penerapan EMK-Keusahawanan

• • Indikator Kejayaan Penerapan EMK-

Keusahawanan

22 22 23 24 58 60 63 92

3

Bahagian 3 “Apa strategi penerapan?”

Cara Menjalankan Pengajaran Penerapan EMK-Keusahawanan • Rangka Rancangan Pengajaran dan

Pembelajaran • Panduan Rancangan Pengajaran Harian

105 106

4

Bahagian 4 “Berkongsi apa yang saya tahu”

Perincian Latihan dan Nota Penceramah • Latihan Perkongsian Apa yang Saya

Tahu

148

5

Bahagian 5

Rujukan

153

Page 8: Modul Mainframe EMK - Keusahawanan Bhg 1

  8  MODUL  LATIHAN  PENERAPAN  EMK-­‐KEUSAHAWANAN  

Page 9: Modul Mainframe EMK - Keusahawanan Bhg 1

  9  MODUL  LATIHAN  PENERAPAN  EMK-­‐KEUSAHAWANAN  

Modul Pengajaran Penerapan EMK-Keusahawanan

PENERANGAN  AM  

Guru  boleh  mendapatkan  satu  gambaran  dan  kefahaman  tentang  modul  latihan  

penerapan  EMK-­‐Keusahawanan  

Page 10: Modul Mainframe EMK - Keusahawanan Bhg 1

  10  MODUL  LATIHAN  PENERAPAN  EMK-­‐KEUSAHAWANAN  

Pendahuluan

Model Ekonomi Baru menetapkan bahawa antara ciri-ciri Malaysia pada tahun 2020

ialah keusahawanan dan inovatif. Hal ini demikian kerana dalam sistem ekonomi terbuka

seperti Malaysia, usahawan merupakan tonggak utama yang melonjakkan ekonomi

negara. Usahawan menghasilkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang diperlukan

oleh masyarakat. Dengan mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih luas kepada rakyat

pula, usahawan mampu menyelesaikan masalah sosial terutamanya pengangguran.

Keusahawanan bukan sahaja mampu membangunkan individu yang bergiat aktif

dalam aktiviti perniagaan, malah yang lebih penting, keusahawanan berupaya melahirkan

pekerja yang mempunyai sikap dan pemikiran keusahawanan. Bagaimanapun, bagi

masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, penyertaan yang menyeluruh

perlu diambil kira untuk memastikan kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai.

Fenomena ini telah terbukti dalam Peristiwa 13 Mei 1969 yang berpunca daripada

ketidakseimbangan pemilikan ekuiti negara antara berbilang kaum.

Sebagai jalan untuk menyokong kejayaan Wawasan Negara, Kementerian

Pelajaran Malaysia telah menjadikan keusahawanan sebagai salah satu bidang disiplin

ilmu yang perlu dipraktikkan secara formal di dalam sistem pendidikan negara sejak

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM) diperkenalkan. Menerusi KBSR dan KBSM, kemahiran

keusahawanan asas mula didedahkan kepada murid sekolah rendah tahap dua dan

BAHAGIAN  1:  BAGAIMANA  MENGGUNAKAN  MODUL  INI?  

Page 11: Modul Mainframe EMK - Keusahawanan Bhg 1

  11  MODUL  LATIHAN  PENERAPAN  EMK-­‐KEUSAHAWANAN  

sekolah menengah rendah melalui topik-topik tertentu terutamanya dalam mata pelajaran

Kemahiran Hidup. Di sekolah menengah atas pula, penerapan dilaksanakan melalui

beberapa mata pelajaran elektif seperti Perdagangan, Ekonomi Asas, Prinsip Akaun dan

Reka Cipta. Namun, kajian menunjukkan hasil daripada amalan ini masih gagal untuk

membudayakan ciri-ciri keusahawanan dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah membawa transformasi dalam

sejarah perkembangan pendidikan keusahawanan apabila menjadikan EMK-

Keusahawanan sebagai satu nilai tambah baharu yang perlu diterapkan kepada semua

murid secara merentas kurikulum bermula daripada tahap satu.

Menerusi KSSR, tiga elemen merentas kurikulum (EMK) diwujudkan iaitu;

i) EMK-Kreativiti dan Inovasi

ii) EMK-Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

iii) EMK-Keusahawanan

Ketiga-tiga EMK ini telah dijadikan nilai tambah kepada nilai sedia ada. Sebagai

penambahbaikan kepada dasar KBSR yang hanya menerapkan nilai keusahawanan

melalui topik dalam mata pelajaran tertentu, KSSR pula, menuntut semua guru

melaksanakan penerapan EMK-Keusahawanan merentasi setiap mata pelajaran. Oleh itu,

semua guru perlu merancang dan melaksanakan penerapan EMK-Keusahawanan secara

maksimum mengikut kesesuaian topik dan kaedah pengajaran dalam proses p&p. Justeru,

tidak ada seorang murid yang akan tercicir daripada penerapan EMK-Keusahawanan

secara berterusan bermula tahun satu sehingga ke sekolah menengah.

Penerapan EMK-Keusahawanan ini sebagai usaha untuk membentuk sikap dan

pemikiran keusahawanan melalui aktiviti-aktiviti p&p sehingga menjadi satu budaya dalam

diri murid. Selain itu, EMK-Keusahawanan bertujuan untuk merangsang minat dan

kecenderungan murid untuk menjadi seorang usahawan atau pekerja yang bercirikan

usahawan yang berjaya tanpa mengira jenis kerjaya yang diceburi. Umpamanya, aspek

Page 12: Modul Mainframe EMK - Keusahawanan Bhg 1

  12  MODUL  LATIHAN  PENERAPAN  EMK-­‐KEUSAHAWANAN  

keusahawanan yang merangkumi pengurusan sumber dan organisasi merupakan

kemahiran penting bagi setiap bidang pekerjaan.

Kejayaan penerapan EMK-Keusahawanan ini terbukti apabila elemen-elemen ini

menjadi amalan dan kekal sebagai budaya dalam kehidupan murid. Namun kejayaan ini

bergantung kepada kefahaman dan kesediaan para guru dalam melaksanakan penerapan

tersebut. Guru perlu kreatif untuk memastikan sikap dan pemikiran keusahawanan dapat

diterapkan secara maksimum dengan kaedah yang berkesan. Justeru, bahan sokongan

serta latihan penting untuk meningkatkan kefahaman dan kesediaan guru.

Modul Latihan Penerapan EMK-Keusahawanan ini merupakan satu usaha untuk

membantu guru pelatih dan guru melengkapkan diri dalam aspek kandungan ataupun

pedagogi sebagai persediaan melaksanakan pengajaran penerapan EMK-Keusahawanan

dengan berkesan.

Page 13: Modul Mainframe EMK - Keusahawanan Bhg 1

  13  MODUL  LATIHAN  PENERAPAN  EMK-­‐KEUSAHAWANAN  

Objektif Modul Latihan Pada akhir modul latihan ini, guru boleh:

• memahami tujuan penerapan EMK-Keusahawanan;

• memahami EMK-Keusahawanan;

• memahami kaedah dan teknik penerapan EMK-Keusahawanan;

• memahami indikator kejayaan penerapan EMK-Keusahawanan;

• mengaplikasi penerapan EMK-Keusahawanan;

• mengendali latihan pengajaran penerapan EMK-Keusahawanan secara merentas

kurikulum.

Rajah 1: Objektif Modul Latihan

Memahami konsep

penerapan EMK-keusahawanan  

Memahami elemen asas dan

khusus keusahawanan  

Memahami pendekatan penerapan

eleman keusahawanan  

Memahami kaedah dan teknik

penerapan eleman

keusahawanan  

Memahami indikator kejayaan

penerapan eleman

keusahawanan

 

Mengaplikasi penerapan

eleman keusahawanan

 

Mengendalikan latihan

pengajaran penerapan

eleman keusahawanan

secara merentas kurikulum  

Objektif Modul

Page 14: Modul Mainframe EMK - Keusahawanan Bhg 1

  14  MODUL  LATIHAN  PENERAPAN  EMK-­‐KEUSAHAWANAN  

Prinsip Organisasi Modul latihan ini berusaha untuk membantu guru memahami dan mengaplikasi penerapan

EMK-Keusahawanan semasa p&p dalam bilik darjah. Modul ini mengandungi lima

bahagian utama:

Rajah 2: Prinsip Organisasi

Page 15: Modul Mainframe EMK - Keusahawanan Bhg 1

  15  MODUL  LATIHAN  PENERAPAN  EMK-­‐KEUSAHAWANAN  

Pengenalan Objektif Modul Latihan Prinsip Organisasi Pengoperasian Modul Latihan Latihan/Uji Diri

PENERANGAN AM

Guru boleh mendapat satu gambaran dan kefahaman tentang modul latihan

pengajaran

BAHAGIAN 1  

Page 16: Modul Mainframe EMK - Keusahawanan Bhg 1

  16  MODUL  LATIHAN  PENERAPAN  EMK-­‐KEUSAHAWANAN  

BELAJAR SENDIRI

Guru boleh mendapat kefahaman dengan lebih

mendalam dan mengaplikasikan penerapan EMK-Keusahawanan

BAHAGIAN 2  

MEMAHAMI LIMA EMK- KEUSAHAWANAN

• Apakah EMK-Keusahawanan • Rasional Penerapan EMK-Keusahawanan • Objektif • Kelebihan Pengajaran Berteraskan EMK-

Keusahawanan

PEDAGOGI PENERAPAN EMK-KEUSAHAWANAN

• Pendekatan • Kaedah • Teknik

 

Page 17: Modul Mainframe EMK - Keusahawanan Bhg 1

  17  MODUL  LATIHAN  PENERAPAN  EMK-­‐KEUSAHAWANAN  

BAHAGIAN 3  

PERANCANGAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

1. Rangka perancangan

2. Cara pengajaran 3. Contoh Mata

Pelajaran PENILAIAN KENDIRI  

CARA MENJALANKAN PERANCANGAN PENGAJARAN

Guru boleh merancang pembelajaran berasaskan pengetahuan sedia ada dan Kemahiran Kajian Masa Depan

 

Page 18: Modul Mainframe EMK - Keusahawanan Bhg 1

  18  MODUL  LATIHAN  PENERAPAN  EMK-­‐KEUSAHAWANAN  

MENGAPLIKASIKAN EMK-KEUSAHAWANAN DALAM MATA PELAJARAN • Kandungan sesi latihan berkongsi

“apa yang saya tahu” • Perincian sesi latihan • Nota-nota penceramah • Kandungan buku kursus peserta • Senarai bahan lutsinar • Koleksi bahan lutsinar

BAHAGIAN 4  

Page 19: Modul Mainframe EMK - Keusahawanan Bhg 1

  19  MODUL  LATIHAN  PENERAPAN  EMK-­‐KEUSAHAWANAN  

BAHAGIAN 5  

 

 

Bac

a

Tah

u

KAJIAN KES GLOSARI DAN RUJUKAN • Pengertian istilah • Senarai bahan bacaan • Laman sesawang

 

MENAMBAHKAN  ILMU  • Guru  boleh  dapat  maklumat  

tambahan  • Guru  boleh  gunakan  bahan  

mengajar  semasa  menjalankan  latihan  

 

Page 20: Modul Mainframe EMK - Keusahawanan Bhg 1

  20  MODUL  LATIHAN  PENERAPAN  EMK-­‐KEUSAHAWANAN  

Page 21: Modul Mainframe EMK - Keusahawanan Bhg 1

  21  MODUL  LATIHAN  PENERAPAN  EMK-­‐KEUSAHAWANAN  

Page 22: Modul Mainframe EMK - Keusahawanan Bhg 1

  22  MODUL  LATIHAN  PENERAPAN  EMK-­‐KEUSAHAWANAN  

Pengertian Penerapan EMK-Keusahawanan Merentas Kurikulum Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, penerapan ialah perihal mempraktikkan atau

mengaplikasikan sesuatu. Pendidikan Keusahawanan pula bermaksud pendidikan yang

dibentuk secara khusus dan spesifik bagi menerap dan membentuk aspek-aspek

keusahawanan. Bahagian Pembangunan Kurikulum merumuskan bahawa elemen

keusahawanan adalah melibatkan unsur yang berkaitan dengan sikap, pemikiran,

kemahiran dan nilai keusahawanan. Oleh itu, Bahagian Pembangunan Kurikulum

seterusnya mendefinisikan penerapan EMK-Keusahawanan sebagai tindakan untuk

menyediakan murid agar mempunyai sikap, pemikiran dan amalan-amalan diri yang akan

terserlah dalam bentuk tingkah laku untuk bertindak dalam situasi yang menjurus kepada

kesejahteraan diri, keluarga dan negara. Penerapan ini dilaksanakan oleh guru semasa

proses p&p secara merentasi Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.

Tujuan Penerapan EMK-Keusahawanan Merentas Kurikulum

Penerapan EMK-Keusahawanan dalam KSSR bertujuan menerapkan lima elemen

keusahawanan melalui aktiviti-aktiviti p&p secara merentas kurikulum sehingga menjadi

budaya dalam kehidupan seharian murid. Murid yang sentiasa menerima penerapan EMK-

Keusahawanan dalam proses p&p akan terdorong untuk mengamalkan elemen-elemen

tersebut, dalam kehidupan seharian sehingga menjadi budaya. Budaya yang terbentuk ini

akan dapat membantu murid mempunyai tingkah laku yang dapat menentukan kejayaan

dalam sebarang usaha ke arah keusahawanan di masa akan datang.

Page 23: Modul Mainframe EMK - Keusahawanan Bhg 1

  23  MODUL  LATIHAN  PENERAPAN  EMK-­‐KEUSAHAWANAN  

Objektif Penerapan Elemen Keusahawanan

Murid yang telah mengikuti aktiviti p&p yang diterapkan dengan EMK-

Keusahawanan dalam pelbagai disiplin ilmu akan mengamalkan tingkah laku yang terarah

ke arah keusahawanan. Oleh itu, murid akan diterapkan dengan Lima Elemen

Keusahawanan (EK) berikut:

Rajah 3: Lima Elemen EMK-Keusahawanan

Page 24: Modul Mainframe EMK - Keusahawanan Bhg 1

  24  MODUL  LATIHAN  PENERAPAN  EMK-­‐KEUSAHAWANAN  

 

 

ELEMEN-­‐ELEMEN  DAN  INDIKATOR-­‐INDIKATOR  

 EMK-­‐KEUSAHAWANAN    

 

Page 25: Modul Mainframe EMK - Keusahawanan Bhg 1

  25  MODUL  LATIHAN  PENERAPAN  EMK-­‐KEUSAHAWANAN  

Sikap keusahawanan merupakan nilai atau tingkah laku yang dimiliki oleh seorang

usahawan yang berjaya. Terdapat empat belas elemen sikap yang harus diterapkan

kepada pelajar. Pembentukan sikap keusahawanan boleh dilaksanakan oleh guru melalui

aktiviti seperti meminta pandangan murid, menggalakkan murid berfikir dan mendapatkan

jawapan terhadap sesuatu situasi, meminta murid membuat ulasan terhadap sesuatu isu

yang berkaitan, memotivasikan murid untuk menjadi usahawan dan mengamalkan sikap

keusahawanan sebagai satu amalan harian sehingga menjadi budaya dalam kehidupan

mereka. Sikap-sikap keusahawanan tersebut ialah:

1.1 Bertanggungjawab terhadap keputusan

Murid perlu bertanggungjawab ke atas sebarang keputusan

yang diambil. Murid diberi kebebasan untuk mengawal

sendiri sumber-sumber berkaitan pembelajaran dan

menggunakannya untuk mencapai matlamat yang

telah ditetapkan terlebih dahulu. Kesanggupan

mengambil tanggungjawab terhadap hasil keputusan

yang dibuat berkait rapat dengan kekuatan kawalan

dalaman diri murid.

1.2 Peka kepada peluang

Untuk mencapai matlamat yang ditetapkan, murid perlu peka

dengan keupayaan sendiri dan boleh melihat serta mengambil

peluang yang terdapat di persekitaran.Peluang perniagaan

boleh wujud akibat masalah yang ditimbulkan oleh orang lain,

perubahan teknologi, perubahan cita rasa pengguna,

perubahan cara hidup, perubahan sikap, sumber-sumber

alam yang masih belum diterokai dan sebagainya.

EK 1 : SIKAP KEUSAHAWANAN EK 1: MENGAMALKAN SIKAP KEUSAHAWANAN

Page 26: Modul Mainframe EMK - Keusahawanan Bhg 1

  26  MODUL  LATIHAN  PENERAPAN  EMK-­‐KEUSAHAWANAN  

1.3 Berani mengambil risiko yang dianggarkan

Dalam dunia yang mempunyai kadar ketidaktentuan

yang tinggi, murid perlu belajar mengurus risiko dan

memastikan bahawa risiko yang diambil adalah

munasabah dan berpatutan dengan ganjaran yang

diterima.

1.4 Daya kreativiti dan inovasi

Kreativiti dijelaskan sebagai kebolehan mengadakan idea alternatif.

Inovatif pula adalah kebolehan memperbaiki dan mengaplikasikan

idea kreatif terhadap masalah. Murid yang dibekalkan dengan

minda yang kreatif akan dapat menyelesaikan masalah secara

logikal di samping boleh menghasilkan idea yang boleh dilaksanakan

dalam bentuk suatu inovasi.

1.5 Fleksibiliti

Murid yang mengamalkan sikap fleksibiliti akan mempunyai kebolehan

untuk menyesuaikan diri terhadap perubahan persekitaran. Dalam

dunia sekarang yang sentiasa berubah, kebolehan bertindak dengan

cara yang fleksibel memerlukan satu daya kreativiti yang tinggi.

1.6 Keinginan kepada maklum balas segera

Murid akan memiliki keinginan yang kuat untuk menggunakan

pengetahuan bagi membaiki prestasi mereka. Sikap ini sangat

berkait rapat dengan kehendak untuk belajar dari kesilapan lalu.

Page 27: Modul Mainframe EMK - Keusahawanan Bhg 1

  27  MODUL  LATIHAN  PENERAPAN  EMK-­‐KEUSAHAWANAN  

1.7 Berorientasikan masa depan

Murid yang diberi pendedahan kepada corak perniagaan masa

depan akan mempunyai keinginan untuk melibatkan diri dalam

bidang tersebut.

1.8 Kesanggupan belajar daripada kesilapan

Murid sanggup menerima kegagalan sebagai satu dorongan untuk

mencapai kejayaan. Kegagalan merupakan satu pengajaran

supaya kesilapan yang sama tidak diulangi. Dengan sikap demikian

murid akan dapat memperbaiki peluang untuk mencapai kejayaan.

1.9 Berkeupayaan memimpin

Murid mempunyai keupayaan untuk memimpin, memiliki

pengetahuan tentang teknologi dan keadaan persekitaran.

Jarang sekali dapat dilihat seseorang yang tidak mempunyai

pengalaman berjaya di dalam bidang yang diterokainya.

Murid yang telah membudayakan keupayaan memimpin

mempunyai kemampuan untuk menggunakan pengaruhnya

sebagai pemimpin.

1.10 Berorientasikan pencapaian

Murid mengetahui objektif dan matlamat yang hendak dicapai

dalam sesuatu perkara. Objektif dan matlamat yang ditetapkan

merupakan satu dorongan yang kuat yang akan

menggerakkan murid ke arah pencapaian tersebut.

Page 28: Modul Mainframe EMK - Keusahawanan Bhg 1

  28  MODUL  LATIHAN  PENERAPAN  EMK-­‐KEUSAHAWANAN  

1.11 Berdaya tahan

Murid berani menghadapi pelbagai cabaran dan halangan

untuk menjayakan sesuatu projek yang diberikan. Dia perlu

mempunyai daya kekuatan mental, fizikal dan emosi yang stabil

untuk terus bertahan di samping terus menangani segala

masalah yang dihadapi dengan tabah sehingga berjaya.

1.12 Bertoleransi terhadap ketidaktentuan yang tinggi

Murid tetap melaksanakan tugasan yang diberi walaupun

menghadapi pelbagai kemungkinan situasi akibat daripada

tidak mendapat maklumat yang tepat atau perubahan yang

tidak dijangka. Murid perlu mempunyai kesabaran untuk

bertolak ansur dengan situasi yang tidak menentu serta

tenang mencari penyelesaiannya.

1.13 Daya ketabahan yang tinggi

Terdapat pelbagai aktiviti yang perlu dilaksanakan dengan kekuatan

semangat yang tinggi. Murid perlu mampu mengharungi pelbagai

cabaran untuk menjamin kejayaan dalam usaha yang dilakukan.

1.14 Boleh membina jaringan sosial

Murid boleh menggunakan jaringan sosial untuk

menjalin hubungan kerjasama bagi mendapatkan

maklumat atau perkongsian sumber.