modul dan latihan bertema garisan dan · pdf filesecara ilmiah, saintifik dan sistematik....

8
Perlaksanaan Program Terapi Seni Visual Sebagai Pemangkin Terhadap Pemantapan Latihan Kemahiran Vokasional Orang Kurang Upaya. MODUL DAN LATIHAN BERTEMA GARISAN DAN EKSPRESI OLEH: AZIZAH HAMZAH SABZALI MUSA KAHN ZAHIR AHMAD MASLINOR ISMAIL RP026-15HNE / HUMANITIES RESEARCH CLUSTER, UMRG.

Upload: lamdat

Post on 27-Feb-2018

219 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Perlaksanaan Program Terapi Seni Visual Sebagai Pemangkin Terhadap Pemantapan Latihan Kemahiran Vokasional Orang

Kurang Upaya.

MODUL DAN LATIHAN BERTEMA

GARISAN DAN EKSPRESI

OLEH:

AZIZAH HAMZAH SABZALI MUSA KAHN

ZAHIR AHMAD MASLINOR ISMAIL

RP026-15HNE / HUMANITIES RESEARCH CLUSTER, UMRG.

GARISAN DAN EKSPRESI

KANDUNGAN: Bahagian 1: Prakata. Bahagian 2: Penghargaan. Bahagian 3: Pendahuluan. Bahagian 4: Pemahaman dan Kemahiran Asas Dalam Garisan. Bahagian 5: Kepelbagaian Fungsi Dalam Garisan. Bahagian 6: Asas Dalam Garisan. Bahagian 7: Idea Dalam Garisan. Bahagian 8: Gabungan Idea dan Garisan. Bahagian 9: Garisan dan Rupa. Bahagian 10: Kesatuan Dalam Garisan. Bahagian 11: Lampiran Templet Latihan dan Panduan. Bahagian 11: Penutup. Bahagian 12 : Rujukan dan Bahan Pembacaan.

RP026A-15HNE

1. PRAKATA

Modul dan latihan bertema ini merupakan hasil dari penyelidikan yang dijalankan di bawah:

RP026-15HNE / HUMANITIES RESEARCH CLUSTER, UMRG.

Tajuk: Perlaksanaan Program Terapi Seni Visual Sebagai Pemangkin Terhadap Pemantapan Latihan Kemahiran

Vokasional Orang Kurang Upaya.

Modul dan latihan bertema ini menjurus kepada pemahanan unsur garisan bagi menghasilkan karya yang

bermutu. Sepanjang penyelidikan dijalankan. Ahli penyelidikan mendapati respondan dalam penyelidikan ini

mempunyai bakat. Namun bakat tersebut tidak dipupuk dengan kreatif dan sistematik. Oleh itu, hasil dari modul dan latihan bertema ini. Ianya boleh digunakan sebagai panduan latihan berarah bagi mencungkil bakat peserta yang terlibat.

Dengan adanya modul serta latihan ini. Pengajar dan peserta dapat mendalami ilmu dalam bidang seni visual secara ilmiah, saintifik dan sistematik. Seterusnya dapat

menghasilkan idea yang lebih kreatif dan inovasi pada masa hadapan.

2. PENGHARGAAN Kandungan modul dan latihan bertema ini menumpukan kepada pengenalan asas seni visual hasil dari penyelidikan RP026-15HNE di bawah Humanities Research Cluster, UMRG. Tajuk penyelidikan ialah, Perlaksanaan program terapi seni visual sebagai pemangkin terhadap pemantapan latihan kemahiran vokasional orang kurang upaya. Antara penyelidik utama yang terlibat dalam penyediaan pembangunan modul dan latihan ini ialah Dr. Prof. Azizah Hamzah, Dr. Sabzali Musa Kahn, Prof. Madya Dr. Zahir Ahmad, Dr. Maslinor Ismail dan Dr. Zuraidah Abdullah. Walau bagaimanapun, terdapat juga ahli penyelidikan lain yang terlibat secara langsung bagi menjayakan modul dan latihan ini. Mereka terdiri dari Rusmawati Ghazali, Zamrudin Abdullah, Siti Rohaya Yahaya, Dr. Mohd Firdaus Ramli, Dr. Nik Nailah Abdullah, Yusnida Admahan, Dr. Nik Nairan Abdullah, Muhd. Asran Abdullah, dan Aruna Shurani. Modul dan latihan ini juga turut dibantu oleh para peserta dan pelajar. Mereka juga ditugaskan menilai keberkesanan modul dan latihan yang diberikan. Penilaian mereka untuk mengenalpasti penggunaan serta kemahiran olahan garisan dan kepelbagaian kegunanya dalam menghasilkan latih tubi bagi menghasil karya seni yang baik. Antara peserta dan pelajar yang mengikutinya terdiri dari Siti Thahirah Binti Mohammad Nasir, Nor Fatin Amira Mohd Arifin, Norshafiqa Aqila, Norhasidahwatiy Binti Jumaat, Muhammad Mikail Amran mikail, Siti Nurdiyana Amirah Binti Ahmad Hamidi, Nor Iezzaty Mohd Jusoh, Ros Syafiqah Mat Ghani, Liyana Nabilah Binti Muhd Aminudin, Nur Syafiqa Binti Mohd Razali, Nurfirzana Binti Mohd Zainuri , Maznasiasari Binti Tausik, Nurul Fatina Binti Roslan, Norsuhada Binti Abdul Rahaki @ Abdul Rahim, Noor Shahirah Binti Ahmad Nazir, Nurul Izzati Binti Laman, Nor Diana Binti Hassan, Amalia Hanim Binti Busran . Diharap modul dan latihan ini dijadikan sumber rujukan serta menambahkan lagi teknik dan kemahiran pembelajaran seni lukis di kalangan mereka yang berminat dalam bidang seni lukis dan seni reka. Seterusnya dapat menyumbang ke arah memartabatkan lagi seni lukis dan seni reka di tanah air.

RP026A-15HNE

3. PENDAHULUAN

MODUL DAN LATIHAN BERTEMA

Kandungan modul dan latihan bertema ini menumpukan kepada pengenalan asas seni visual. Antara eleman utama modul dan latihan ini berkaitan dengan pengolahan garisan dan kepelbagaian aplikasi dalam menghasilkan karya seni. Pendekatan yang disampaikan oleh penulis dengan ringkas dan menarik untuk diikuti oleh peserta. Bagi memudahkan rujukan pada peserta, penulis menyediakan gambar dan ilustrasi yang menarik sebagai panduan untuk menghasilkan latihan secara sistematik. Ini secara langsung dapat meningkatkan lagi kefahaman para peserta untuk mengikuti isi kandungan modul dengan lebih berkesan. Berdasarkan penyelidikan dan maklum balas yang diperolehi dari responden. Penulis berpendapat peserta seharusnya menerokai kepelbagaian unsur seni dengan lebih mendalam. Ini terutama bagi mengasilkan sesuatu karya dengan lebih kreatif. Walaupun hanya dengan menggunakan kemahiran garisan sebagai eleman utamanya. Sebahagian visual yang dilampir dirujuk kepada sumber-sumber tertentu sama ada melalui buku atau internet. Modul dan latihan bertema sesuai dijadikan rujukan bagi mereka yang berminat dalam bidang seni lukis dan seni reka. Diharap modul dan latihan ini dijadikan sumber rujukan serta menambahkan lagi teknik dan kemahiran pembelajaran seni lukis di kalangan mereka yang berminat dalam bidang seni lukis dan seni reka. Seterusnya dapat menyumbang ke arah memartabatkan lagi seni lukis dan seni reka di tanah air.

RP026A-15HNE

Bahagian 4: Pemahaman dan Kemahiran Asas Dalam Garisan Pemahaman dan Kemahiran Asas Dalam Seni Visual 1. Pengenalan Garisan a) Garisan merupakan unsur seni yang paling asas dalam penghasilan

sesuatu karya seni. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan yang mempunyai saiz dan panjangnya tersendiri.

b) Garisan dihasilkan dengan menggunakan berbagai alat atau media tertentu yang bermula dari suatu titik permulaan sehingga merentasi sesuatu permukaan atau kawasan hingga terhasil sesuatu objek.

c) Garisan boleh didapati pada benda alam dan juga benda buatan manusia. i. Contoh Garisan Pada Benda Buatan Manusia :- Garisan pada kepelbagaian tali, kepelbagaian hasil bakul anyaman, kepelbagaian hasi kain tenunan, kepelbagaian hasi corak fabrik dan sebagainya. ii. Contoh Gaisan Pada Alam Semulajadi: Kepelbagaian hasil garisan pada batu, kepelbagaian hasil haiwan dan kepelbagaian hasil tumbuhan seperti akar tumbuhan, urat-urat daun, kulit haiwan dan tumbuhan, kulit kayu dan sebagainya 2. Jenis-jenis garisan yang boleh dijadikan rujukan dan panduan ialah: Garisan Halus Garisan Tebal Garisan Beralun Garisan Berpancar Garisan Berlingkar Garisan Berserabut Garisan Bersudut-sudut Garisan Bergerigi Garisan Berbiji Garisan Berbulu Garisan Putus-putus Garisan Berduri

Bahagian 5: Kepelbagaian Fungsi Dalam Garisan

A. FUNGSI GARISAN Garisan merupakan unsur seni yang paling asas dalam penghasilan sesuatu rekaan dalam karya seni. Untuk menghasilkan sesuatu garisan. Ianya harus bermula dari titik-titik yang bersambung. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah kepelbagaian garisan yang mempunyai saiz dan panjangnya tersendiri. 1. Garisan menimbulkan rupa. 2. Garisan menimbulkan bentuk. 3. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang. 4. Garisan mewujudkan ruang. 5. Garisan menghasilkan jalinan. 6. Garisan menghasilkan motif pada reka corak. 7. Garisan mewujudkan ton. 8. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid. B. GARISAN, TON & RUANG 1. Penghasilan garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang tebal akan menimbulkan ton yang gelap. 2. Penghasilan garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang rapat-rapat menimbulkan ton yang gelap. 3. Penghasilan garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh manakala garisan yang tebal akan menampakkan ruang yang lebih ke hadapan. C. APLIKASI GARISAN DALAM KARYA SENI 1. Lukisan 2. Catan 3. Anyaman 4. Tenunan 5. Kolaj 6. Pualaman 7. Arca 8. Gurisan 9. Cetakan 10. Resis (batik / ikat celup)

Bahagian 6: Asas Dalam Garisan