syaikh muhammad al- ghazali · pdf filesekulerisme, freemasonry, atheisme, eksistensisme,...

15
Risalah Tsulasa’ Edisi 1, 11 RabiulAwwal; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S 1 SYAIKH MUHAMMAD Al- GHAZALI (Dai dan Pembaharu, 1335 - 1416H./1917- 1996 M.) iografi Syaikh Muhammad Al- berdasarkan pengenalanku dengannya dari dekat, pergaulanku dengannya, dan pengajianku kepadanya. Biografi ini merupakan sebahagian daripada haknya yang harus saya tunaikan, salah satu bukti kesetiaan orang yang pernah berguru kepadanya, dan kenangan yang sebahagiannya sudah berlalu hampir setengah abad.Penulisan biografi Syaikh Muhammad Al-Ghazali telah banyak digarap oleh orang-orang yang mengenali kemuliaan dan kedudukannya, baik ketika beliau masih hidup atau setelah beliau wafat. Antara lain, Syaikh Yusuf Al- Qaradhawi merupakan orang yang lebih rapat dan lebih lama menyertainya daripada saya.. Syaikh Muhammad Al-Ghazali yang Saya Kenal Saya mula mengenali Ustadz Al-Ghazali dengan membaca makalah-makalahnya di majalah Al-Ikhwanul Muslimun yang sampai ke jabatan perwakilan Ikhwanul Muslimin, Az-Zubair, pada tahun 1946. Edisi 24 R.Awwal 1426 3 Mei 2005 3 Risalah Tsulasa’ adalah Terbitan © Bahan Tarbiyyah ONline. Sebarang maklum balas kepada [email protected] Sumber: Hadith Pilihan – Riyadhus Shalihin, Imam Nawawi Mereka Yang Telah Pergi – Mereka Yang Telah Pergi, ditulis oleh Al- Mustasyar Abdullah Al-Aqil, terbitan Al-I’tishom Cahaya Umat Hadith Tsulasa’ – Hadith Tsulasa’, ditulis oleh Ahmad Isa ‘Asyur, terbitan EraIntermedia Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Demi Allah, sesungguhnya saya itu niscayalah memohonkan pengampunan kepada Allah serta bertaubat kepadaNya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali." (Riwayat Bukhari) Hadith 13, Bab 2, Bab Taubat, Kitab Riyadhus Shalihin

Upload: vuongtram

Post on 01-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: SYAIKH MUHAMMAD Al- GHAZALI · PDF fileSekulerisme, Freemasonry, Atheisme, Eksistensisme, Kristianisme, dan Zionisme. Beliau sentiasa ... makalah Anda yang bertema Al-Ikhwanul Muslimun

Risalah Tsulasa’ Edisi 1, 11 RabiulAwwal; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S 1

!

SYAIKH MUHAMMAD Al-

GHAZALI

(Dai dan Pembaharu, 1335 - 1416H./1917-

1996 M.)

iografi Syaikh

Muhammad Al-

berdasarkan pengenalanku

dengannya dari dekat,

pergaulanku dengannya, dan

pengajianku kepadanya.

Biografi ini merupakan

sebahagian daripada haknya

yang harus saya tunaikan,

salah satu bukti kesetiaan orang yang pernah berguru

kepadanya, dan kenangan yang sebahagiannya sudah

berlalu hampir setengah abad.Penulisan biografi

Syaikh Muhammad Al-Ghazali telah banyak digarap

oleh orang-orang yang mengenali kemuliaan dan

kedudukannya, baik ketika beliau masih hidup atau

setelah beliau wafat. Antara lain, Syaikh Yusuf Al-

Qaradhawi merupakan orang yang lebih rapat dan

lebih lama menyertainya daripada saya..

Syaikh Muhammad Al-Ghazali yang Saya Kenal Saya mula mengenali Ustadz Al-Ghazali

dengan membaca makalah-makalahnya di majalah

Al-Ikhwanul Muslimun yang sampai ke jabatan

perwakilan Ikhwanul Muslimin, Az-Zubair, pada

tahun 1946.

Edisi  24 R.Awwal 

1426 3 Mei 2005

3!

Risalah Tsulasa’ adalah Terbitan © Bahan Tarbiyyah ONline. Sebarang maklum balas kepada [email protected] Sumber:

Hadith Pilihan – Riyadhus Shalihin, Imam Nawawi

Mereka Yang Telah Pergi – Mereka Yang Telah Pergi, ditulis oleh Al- Mustasyar Abdullah Al-Aqil, terbitan Al-I’tishom Cahaya Umat

Hadith Tsulasa’ – Hadith Tsulasa’, ditulis oleh Ahmad Isa ‘Asyur, terbitan EraIntermedia

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Demi Allah, sesungguhnya saya itu niscayalah memohonkan pengampunan kepada Allah serta bertaubat kepadaNya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali." (Riwayat Bukhari)

Hadith 13, Bab 2, Bab Taubat, Kitab Riyadhus Shalihin

Page 2: SYAIKH MUHAMMAD Al- GHAZALI · PDF fileSekulerisme, Freemasonry, Atheisme, Eksistensisme, Kristianisme, dan Zionisme. Beliau sentiasa ... makalah Anda yang bertema Al-Ikhwanul Muslimun

Risalah Tsulasa’ Edisi 1, 11 RabiulAwwal; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S 2

Ketika saya pergi ke Mesir untuk

melanjutkan pelajaran di universiti pada tahun 1949,

saya mengenali Syaikh Muhammad Al-Ghazali

melalui saudara-saudaraku yang mulia, antaranya

Manna' Qathan, Muhammad Bakri, Yusuf Al-

Qaradhawi, Ya'qub Abdul Wahhab, Ahmad 'Assal,

Muhammad Shafthawi, Muhammad Damirdasy, dan

Haji Wahbah Hasan Wahbah. Kami memiliki jadual

pertemuan rutin dengan Syaikh Muhammad Al-

Ghazali. Dalam pertemuan itu beliau membekalkan

kami ilmu yang bermanfaat, memberi semangat

kepada kami untuk berjuang di jalan Allah Ta'ala dan

membela kaum yang lemah, menyedarkan kepada

kami perihal konspirasi musuh-musuh Islam di dalam

dan luar negeri, mengungkapkan rencana-rencana

busuk mereka untuk memerangi Islam dan kaum

muslimin, membongkarkan kebusukan Komunisme,

Sekulerisme, Freemasonry, Atheisme, Eksistensisme,

Kristianisme, dan Zionisme. Beliau sentiasa

mengingatkan kami tentang persekongkolan

kekuatan-kekuatan jahat untuk melawan Islam dan

dainya, serta menjelaskan kepada kami cara melawan

serangan kekuatan kufur.

Ustadz Muhammad Al-Ghazali ialah seorang

dai yang cerdik , memiliki semangat berkobar-kobar,

keimanan yang mendalam, hati yang lembut, tekad

yang teguh, lincah, ungkapan-ungkapan yang indah

sasteranya,mengagumkan, seorang yang fleksibel, dan

pemurah. Ini semua diketahui oleh setiap orang yang

pernah bergaul bersamanya, menyertainya atau

bertemu dengannya.

Beliau tidak menyukai sikap memaksa diri

(takalluf), benci terhadap kesombongan dan sikap

berlagak, aktif mengikuti perkembangan sosial

dengan segala persoalannya,turut serta dalam

menyelesaikan masalah umat, mengungkapkan

hakikat, dan mengingatkan umat tentang bencana

yang ditimbulkan oleh syaitan-syaitan manusia dan

jin; baik dari Barat mahupun Timur.

"Syaikh Al-Ghazali merupakan salah seorang

daripada tokoh-tokoh Islam masakini.Beliau

merupakan dai yang tiada tolok bandingnya di dunia

Islam ketika ini. Beliau merupakan seorang yang

genius dan keindahan katanya amat menawan hati,

hingga saya dapat menghafal beberapa ungkapan,

bahkan beberapa lembar tulisannya, lalu mengulangi

sesuai dengan teks aslinya dalam beberapa ceramah."

Demikian komentar Dr. Yusuf Al-Qaradhawi di dalam

bukunya Asy-Syaikh Al-Ghazali Kama Araftuhu

{Syaikh Al-Ghazali yang Saya Kenal).

Dalam kesempatan lain Dr. Yusuf Al-

Qaradhawi berkata, "Saya teringat saudaraku,

Abdullah Al-Aqil, yang belajar dalam Fakulti Syariah

Al-Azhar, Mesir, pada awal tahun lima puluhan.

Beliau hafal mukadimah buku karya Al-Ghazali, Al-

Islam wa Audla'ul Iqtishadi, cetakan kedua yang teks

awalnya berbunyi, 'Tiada bangsa yang menghinakan

diri seperti bangsa Timur, tiada yang hak-haknya

dirampas sebagaimana dirampasnya hak-hak agama,

dan seterusnya...

Pertemuan Syaikh Muhammad Al-Ghazali dengan An-Nadwi Syaikh Abu Hasan Ali An Nadwi,di dalam

bukunya Mudzakkirat Sa-ihin Fisy Syarqil 'Arabi,

berkata, "Saya ingin sekali bertemu Syaikh

Muhammad Al-Ghazali. Kerana seorang mahasiswa

bernama Abdullah Al-'Aqil banyak bercerita dan

memujinya, bahkan menghadiahkan beberapa

karangannya kepadaku.

Syaikh Muhammad Al-Ghazali merupakan

salah seorang daripada tokoh-tokoh Ikhwanul

Muslimin yang terkemuka dan merupakan seorang

penulis kebangkitan keagamaan di Mesir.

Akhirnya, saya dapat bertemu dengan penulis

buku Al-Islam wa Audla'ul Iqtishadi, Al-Islam wal

Manahijul Isytirakiyah, Al-Islam Al-Muftara Alaih,

dan Min Huna Na'lam ini. Saya bertemu seorang

Syaikh Muhammad Al-Ghazali dalam pertemuan dengan Syaikh Sa’d Abdullah,putera mahkota Kuwait

Page 3: SYAIKH MUHAMMAD Al- GHAZALI · PDF fileSekulerisme, Freemasonry, Atheisme, Eksistensisme, Kristianisme, dan Zionisme. Beliau sentiasa ... makalah Anda yang bertema Al-Ikhwanul Muslimun

Risalah Tsulasa’ Edisi 1, 11 RabiulAwwal; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S 3

lelaki yang menyajikan makanan pemikiran, ruhani,

dan adab Islam yang murni. Saya sangat berbahagia

kerana dapat bertemu orang yang shalih, intelek,

dinamis, hatinya hidup, otaknya bijak, dan wajahnya

yang sentiasa jelas memancarkan kegembiraan.

Menurutku, setiap daripada kita dapat

mengenalinya melalui buku-buku dan risalah-

risalahnya. Kerana,buku-bukunya merupakan

gambaran pemikiran prinsip-prinsip yang beliau

yakini.”

Tempat,tanggal lahir dan zaman kanak-kanak Syaikh Muhammad Al-Ghazali Syaikh Al-Ghazali dilahirkan pada 22

September 1917, di kampung Naklal Inab, Itay

Al'Barud, Buhairah, Mesir. Beliau dibesarkan dalam

keluarga agama yang sibuk di dalam dunia

perdagangan. Ayahnya hafizh Al-Qur'an. Lalu sang

anak tumbuh mengikut jejak ayahandanya dan habis

menghafal Al-Qur'an semenjak usia sepuluh tahun.

Syaikh Muhammad Al-Ghazali

menerima ilmu daripada guru-guru di kampungnya.

Beliau memasuki sekolah agama di Iskandariah dan

menamatkan pendidikan menengah

rendah hingga menengah atas (SMU).

Kemudian beliau pindah ke Kairo untuk

melanjutkan pelajaran dalam Fakulti

Ushuluddin dan mendapat ijazah pada

tahun 1361 H. / 1945M. Beliau memberi

keutamaan di Dakwah wal 'Irsyad dan

mendapat gelaran Magistret pada tahun

1362 H. / 1943 M. Para guru yang paling

berpengaruh kepadanya ketika itu ialah Syaikh Abdul

Aziz Bilal, Syaikh Ibrahim Al-Gharbawi, Syaikh Abdul

Azhim Az-Zarqani, dan lain-lain.Syaikh Muhammad

Al-Ghazali berkahwin ketika masih menuntut dalam

fakulti Ushuluddin dan dikurniakan sembilan orang

anak.

Aktiviti Syaikh Muhammad Al-Ghazali

Setelah menamatkan pengajiannya, Syaikh

Muhammad Al-Ghazali menjadi imam dan khathib di

M.asjid Al-'Atabah Al-Khadlra'. Setelah itu beliau

menerima banyak jawatan yang secara berurutan

sebagai berikut: Dewan Pengawas Masjid, Dewan

Penasihat Al-Azhar, Wakil Dewan Urusan Masjid,

Pengarah Urusan Masjid, Pengarah Pelatihan,

Pengarah Dakwah wal Irsyad (Dakwah dan

Penyiasatan).

Pada Tahun 1949 Syaikh Muhammad Al-

Ghazali meringkuk dalam Penjara Ath-Thur selama

satu tahun dan Penjara Tharah tahun 1965 selama

beberapa tahun.

Syaikh Muhammad Al-Ghazali menjadi

pensyarah tamu di Universiti Ummul Qura, Makkah

Al-Mukarramah, pada tahun 1971. Pada tahun 1981,

beliau dicalonkan sebagai Wakil Menteri, kemudian

memegang jabatan Ketua Dewan Keilmuan Universiti

Al-Amir Abdul Qadir Al-Jazaairi Al-Islamiyah di

Aljazair selama lima tahun.

Peringkat awal perkenalan Syaikh Muhammad Al-Ghazali dengan Imam Hassan Al-Banna Pada peringkat awal interaksi Syaikh

Muhammad Al-Ghazali dengan Imam Asy-Syahid

Hasan Al-Banna diceritakan oleh Ustadz Muhammad

Majdzub dalam bukunya Ulama wa

Mufakkirun 'Araftuhum. Ustadz Majdzub

memetik ucapan Al-Ghazali, "... Perkenalan itu

bermula ketika saya belajar di Sekolah

Menengah (SMU) Iskandariah. Ketika itu, saya

mempunyai kebiasaan beriktikaf di Masjid

Abdurrahman bin Harmuz, di daerah Ra'sut

Tin selepas shalat Maghrib, untuk

mengulangkaji pelajaran. Pada suatu petang,

Imam Al-Banna menyampaikan nasihat ringkas

mengenai penjelasan hadits 'Bertakwalah kepada

Allah di mana pun kamu berada, ikutilah setiap

perbuatan buruk dengan perbuatan baik, tentu yang

baik akan menghapusnya, dan pergaulilah manusia

dengan akhlak yang baik. . 'Kata-katanya sangat

berkesan dan secara langsung menembus ke hati yang

paling dalam. Setelah mendengar nasihat itu, hatiku

tertambat kepadanya. Saya tertarik kepada sikap dan

peribadinya. Sejak itu, hubunganku dengannya

terjalin erat. Saya sentiasa bersamanya selepas shalat

Isya', di dalam majlis yang terdiri daripada tokoh-

tokoh dakwah. Selanjutnya, saya meneruskan aktiviti

Buku-bukunya merupakan gambaran pemikiran prinsip-prinsip yang beliau yakini…

Page 4: SYAIKH MUHAMMAD Al- GHAZALI · PDF fileSekulerisme, Freemasonry, Atheisme, Eksistensisme, Kristianisme, dan Zionisme. Beliau sentiasa ... makalah Anda yang bertema Al-Ikhwanul Muslimun

Risalah Tsulasa’ Edisi 1, 11 RabiulAwwal; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S 4

dalam perjuangan Islam bersama dai besar ini, hingga

beliau syahid tahun 1949.

" Dalam mukadimah buku Dusturul Wihdah

Ats-Tsaqafiyah Lil Muslimin, Al-Ghazali berkata,

" ...Inspirasi dan tema buku ini berasal daripada

Imam Hasan Al-Banna; pembaharu abad ke 14

Hijriyah. Beliau telah meletakkan prinsip yang dapat

menyatukan umat, memperjelaskan tujuan yang

samar, mengembalikan kaum muslimin kepada Al-

Qur'an dan As-Sunah, serta menyingkirkan

penyimpangan dan sikap beristirehat, dengan halus

dan cermat, sehingga kelemahan dan kemalasan tidak

terjadi."

Tentang Mursyid 'Am Kedua Ikhwanul

Muslimin, Ustadz Hasan Al-Hudhaibi, Al-Ghazali

menyatakan, ".. .Sebenarnya beliau tidak pernah

berupaya untuk memimpin Ikhwanul Muslimin,

tetapi Ikhwanlah yang meminta beliau memimpinnya.

Ketegasan dan keistiqomahannya berhak untuk

diketahui oleh setiap orang. Beliau tidak pernah

berkeluh-kesah atau mundur kerana musibah atau

ujian. Sehingga usia yang sudah senja pun beliau

tetap memiliki keimanan mendalam dan optimisme

tinggi. Tidaklah salah jika dikatakan bahawa

kesabaran yang mengukuhkan imannya itu

menjadikannya lebih mulia dalam pandangan saya.

Musibah yang menimpa diri dan keluarganya secara

bertubi-tubi tidak mengikis sifat jujurnya dalam

menghukumi masalah. Bahkan, tidak membuatnya

surut dari manhaj Jamaah Islamiyah, malah

sebaliknya. Saya menemuinya setelah berbagai

musibah berlalu untuk memperbaiki hubungan

dengannya. Semoga Allah Ta'ala mengampuni kita

semua."

Tentang Mursyid Am Ketiga Ikhwanul

Muslimin, Ustadz Umar Tilmisani, Al-Ghazali

menyatakan, ".. .Ketika saya bersama ribuan anggota

Ikhwan di Penjara Ath-Thur, setelah syahidnya Imam

Hasan Al-Banna, pada tahun 1949, saya melihat

langkah Ustadz Umar Tilmisani yang perlahan dan

pandangannya yang mencerminkan ketenangan.

Beliau berjalan di atas hamparan pasir penjara

dengan senyuman yang optimis. Beliau mengukuhkan

kesabaran Ikhwan dalam menghadapi ujian

keterasingan dan kerasnya pengungsian serta

menghembuskan harapan akan masa depan yang

lebih baik. Ketika itu, saya dapat merasakan seolah-

olah berada di hadapan lelaki istimewa yang

digerakkan rasa cinta dan kedamaian. Beliau amat

bencikan pertengkaran, kemunafikan, akhlak buruk,

mengutamakan uzlah, dan merasakan kemesraan

dalam bermunajat kepada Allah Ta'ala, serta kehinaan

riya' dan matlamat kekuasaan tidak mendapat jalan

untuk masuk ke dalam hatinya.

Ketika saya menemuinya untuk bekerjasama

dalam menyumbangkan kepada Islam, beliau berkata

kepadaku, 'Kamu tahu pekerjaan ini (memimpin

jamaah Ikhwan) merupakan beban berat yang

terpaksa ku pikul dan ku terima?' Saya menjawab,

'Aku tahu hal itu. Kerana tidak bermatlamat tampil di

depan dan tidak menginginkan jabatan. Orang seperti

Anda sangat berhak mendapat perlindungan dan

bimbingan Allah Ta'ala ."

Komentar Al-Ghazali tentang Imam Al-Banna,

Al-Hudhaibi, dan Tilmisani ini mengungkap

ketulusan dan kemuliaan peribadi Syaikh Al-Ghazali.

Komentar Umum Mengenai Syaikh Muhammad Al-Ghazali Satu hal yang membanggakan Syaikh

Muhammad Al-Ghazali ialah beliau menerima surat

daripada Imam Al-Banna, padahal ketika itu beliau

masih muda belia pada tahun 1945. Surat Imam Al-

Banna tersebut berbunyi, "Saudaraku yang mulia,

Syaikh Muhammad Al-Ghazali... Assalamu 'alaikum

warahmatullahi wa barakatuh. Saya sudah membaca

makalah Anda yang bertema Al-Ikhwanul Muslimun

Syaikh Al-Ghazali bersama penulis,Ustadz Abdullah Al-`Aqil

Page 5: SYAIKH MUHAMMAD Al- GHAZALI · PDF fileSekulerisme, Freemasonry, Atheisme, Eksistensisme, Kristianisme, dan Zionisme. Beliau sentiasa ... makalah Anda yang bertema Al-Ikhwanul Muslimun

Risalah Tsulasa’ Edisi 1, 11 RabiulAwwal; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S 5

wal Ahzab dalam edisi akhir majalah Ikhwanul

Muslimun. Saya sangat kagum dengan ungkapan

makalah tersebut yang ringkas, maknanya yang

cermat, dan adabnya yang sopan. Seperti inilah

hendaknya kalian menulis, wahai Ikhwan! Menulislah

dengan dorongan hati yang tulus. Semoga Allah Ta'ala

selalu bersamamu. Wassalamu 'alaikum

warahmatullah wa barakatuh. Hasan Al-Banna."

Dr. Abdush Shabur Syahin berkata, "Yang

saya tulis ini adalah penghormatan bagiku, sebelum

menjadi pengantar buku. Kerana, buku yang di

sampulnya tertulis nama Ustadz Al-Ghazali tidak lagi

memerlukan pengantar. Menurutku, beliau meraih

mahkota ilmu yang melimpah.Dunia telah membaca

puluhan bukunya tentang Islam dan dakwah. Juga

menerima karya yang belum pernah diterima dari

seorang pun yang sezaman dengannya. Kita

dapat mengatakan, zaman kita sekarang ini

milik Ustadz Al-Ghazali."

Ustadz Umar Ubaid Hasanah,

Pemimpin Redaksi Majalah Al-Ummah Al-

Quthriyah mengatakan, "Tulisan-tulisan

Syaikh Al-Ghazali mengandungi buaian kasih

seorang ibu kepada anaknya yang sakit dan

takut meninggal dunia kerana penyakitnya.

Juga mengandungi ketajaman seorang doktor yang

memberikan rawatan dan kadang kala proses rawatan

memerlukan kepada pembedahan. Buku-buku karya

Al-Ghazali mengundang banyak reaksi, baik dari

dalam mahupun luar negeri. Beliau berada di garisan

depan, kerana "memahami celah yang dapat dirasuki

musuh-musuh Islam."

Ustadz Quthb Abdul Hamid Quthb berkata,

"Saya merupakan salah seorang daripada berpuluh-

puluh ribu orang yang sangat rindu kepada dai besar

Syaikh Muhammad Al-Ghazali. Saya bersaksi

kecintaanku kepada ulama besar dan dai terkenal ini

melebihi kecintaanku kepada diriku sendiri.Beliau

merupakan salah seorang daripada sekelompok kecil

orang-orang istimewa yang ilmu dan keutamaannya

menambahkan generasi, baik di Mesir mahupun di

negeri-negeri Islam yang lain. Hal ini tidak

menghairankan, kerana beliau sendiri terlibat dalam

buaian dakwah dan berguru kepada pakar-pakar ilmu,

para pemikir, dan tokoh-tokoh dakwah, antara lain

Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna."

Dr. Abdus Sattar Fathullah Said berkata,

"...Sejarah Islam tidak akan melupakan upaya para

pemimpin dalam menghalau serangan Jahiliyah dan

menghimpun umat di sekeliling ajaran Islam yang

syamil (tidak membeza-bezakan). Gelombang

keupayaan untuk membela kebenaran datang secara

silih berganti. Dalam madrasah rabbaniyah yang

didirikan oleh Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna,

syaikh kita, Muhammad Al-Ghazali, terlibat dan ikut

memikul amanah dakwah bersama tokoh-tokohnya.

Dengan kurnia Allah Ta'ala, beliau menjadi salah

seorang tokoh yang terkemuka, yang tidak henti-henti

meninggikan bendera dakwah di hadapan kesenangan

dan keingkaran. Dengan pena dan lisannya, beliau

membela kemuliaan Islam, mengungkap

hakikat wahyu yang luhur, dan memerangi

jahiliyah, pada saat para penguasa zalim

menjerumuskan umat kita ke dalam

kegelapan."

Syaikh Al-Azhar, Dr. Abdul Halim

Hamid Mahmud, mengakui kemuliaan dan

membanggakan Syaikh Muhammad Al-

Ghazali dengan mengatakan, "Kita punya Al-

Ghazali yang masih hidup dan Al-Ghazali penyusun

kitab Al-Ihya'." (iaitu Muhammad Al-Ghazali dan

Imam Al-Ghazali penyusun buku Ihya` Ulumud Din.)

Aktivis muda Islam memperoleh manfaat dari

ilmu, keberanian, keterusterangan, kejujuran, dan

kejelasan sikap Syaikh Muhammad Al-Ghazali. Beliau

mempunyai kader di Al-Azhar Mesir, Ummul Qura

Makkah Al-Mukarramah, Fakulti Syariah Qatar,

Universitas Al-Amir Abdul Qadir Lil 'Ulum Al-

Islamiyah Aljazair, dan kader lain yang terbina

melalui khutbah, kajian, ceramah, seminar, buku,

makalah, pertemuan, dan muktamar.

Kader Syaikh Muhammad Al-Gbazali yang

mencapai ribuan di penjuru dunia Islam setia pada

dakwah Islam, mengibarkan bendera Islam bersama

syaikh mereka, dan menyebarkan ke berbagai-bagai

penjuru untuk menyampaikan ajaran Islam,

menuntun umat kepada kebaikan, keuntungan,

kejayaaan, dan kemenangan.

“Beliau amat bencikan

pertengkaran,kemunafikan,

akhlak buruk….”

Page 6: SYAIKH MUHAMMAD Al- GHAZALI · PDF fileSekulerisme, Freemasonry, Atheisme, Eksistensisme, Kristianisme, dan Zionisme. Beliau sentiasa ... makalah Anda yang bertema Al-Ikhwanul Muslimun

Risalah Tsulasa’ Edisi 1, 11 RabiulAwwal; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S 6

Di antara murid Al-Ghazali, ada yang menjadi

ulama besar. Antaranya Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi,

Syaikh Manna' Qathan, Dr. Ahmad Assal, dan ramai

lagi.

Karya-karya Ilmiah Syaikh Muhammad Al-Ghazali Syaikh Muhammad Al-Ghazali mewariskan

lebih enam puluh buku dalam berbagai-bagai tema,

termasuk ceramah, seminar, khutbah, nasihat, kajian,

dan dialog yang disampaikan di Mesir mahupun di

luar Mesir. Khutbah yang beliau sampaikan di Jami'

Al-Azhar, Jami' 'Amr bin Al-Ash, dan khuthbah 'Id di

lapangan Abidin serta Jami' Mahmud mempunyai

makna dan pengaruh yang sangat besar, kerana

dihadiri oleh ribuan pendengar.

Buku-buku Syaikh Muhammad Al-Ghazali

yang terbit lebih daripada sekali, baik di Mesir

mahupun di luar Mesir sangat banyak. Antaranya

ialah:

1. Al-Islam wal Audla'ul Iqtishadiyah

2. Al-Islam wal Manahijul Isytirakiyah

3. Min Huna Na'lam

4. Al-Islam wal Istibdadus Siyasi

5. Aqidatul Muslim.

6. Fiqhus Sirah.

7. Zhalamun minal Gharb

8. Qadza-iful Haq

9. Hashadul Ghurur.

10. Jaddid Hayatak.

11. Al-Haqqul Murr

12. Raka-izul Iman bainal Aqli wal Qalb.

13. At-Ta'ashub wat Tasamuh bainal

Masihiyah wal Islam.

14. Ma'allah

15. Jihadud Da'wah baina 'Ajzid Dakhil wa

Kaidil Kharij

16. Ath-Thariqu min Huna

17. Al-Mahawirul Khamsah lil Qur'anil

Karim.

18. Ad-Da'watul Islamiyah Tastaqbilu

Qarnahal Khamis Asyar

19. Dusturul Wihdatits Tsaqafiyah lil

Muslimin.

20. Al-Janibul Athifi minal Islam

21. Qadloyal Mar'ah bainat Taqalidir

Rakidah wal Wafidah.

22. As-Sunnatun Nabawiyah baina Ahlil

Fiqhi wa Ahlil Hadits

23. Musykilatun fi Thariqil Hayatil

Islamiyah.

24. Sirru Ta'akhuril `Arabi wal Muslimin.

25. Kifahud Din.

26. Hadza Dinuna.

27. Al-Islam fi Wajhiz Zahfil Ahmar.

28. 'Ilalun wa Adwiyah.

29. Shaihatu Tahdzirin min Du'atit

Tanshir

30. Ma'rakatulMushaffil 'Alamil Islami

31. Humumu Da'iyah

32. Miatu Sualin 'anil Islam

33. Khuthabun fi Syu'unid Din wal Hayah

(lima jilid)

34. Al-Ghazwul Fikri Yamtaddu fi

Faraghina

35. Kaifa Nata'amal maal Qur'anil Karim

36. Mustaqbalul Islam Khariju Ardlihi,

Kaifa Nufakkir Fihi?

37. Nahwa Tafsirin Maudlu'i li Suwaril

Qur'anil Karim.

38. Min Kunuzis Sunnah

39. Taammulat fid Din wal Hayah

40. Al-Islam Al-Muftara 'Alaihi bainasy

Syuyu'iyin war Ra'simaliyin

41. Kaifa Nafhamul Islam?

42. Turatsunal Fikri fi Mizanisy Syar'I wal

'Aqli

43. Qishshatu Hayah

44. Waqi'ul 'Alamil Islami fi Mathla'il

Qarnil Khamis 'Asyar

- Fannudz Dzikri wadDu'a 'Inda

Khatimil Anbiyaa

45. Haqiqatul Qaumiyatil 'Arabiyah wa

Usthuratil Ba'tsil 'Arabi

46. Difa'un 'anil Aqidati wasy Syari'ah

Dliddu Matha'inil Mustasyriqin

47. Al-Islam wath Thaqatul Mu'aththalah.

48. Al-Istimar Ahqadun wa Athma'

Page 7: SYAIKH MUHAMMAD Al- GHAZALI · PDF fileSekulerisme, Freemasonry, Atheisme, Eksistensisme, Kristianisme, dan Zionisme. Beliau sentiasa ... makalah Anda yang bertema Al-Ikhwanul Muslimun

Risalah Tsulasa’ Edisi 1, 11 RabiulAwwal; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S 7

49. Huququl Insan Baina Ta'alimil Islam

wa I'lanil Umamil Muttahidah

50. Nadlaratun fil Qur'an

51. Laisa minal Islam

52. Fi Maukibid Dakwah

53. Khuluqul Muslim

54. Dan lain sebagainya.

Sebahagian besar buku-buku ini telah

diterjemahkan ke beberapa bahasa. Antaranya ialah:

Bahasa Inggeris, Turki, Perancis, Urdu, Indonesia,

dan lain sebagainya.

Majoriti penterjemah adalah murid-murid

Syaikh Muhammad Al-Ghazali, orang-orang yang

mengaguminya, dan orang-orang yang mendapat

manfaat dari curahan ilmunya.

Sifat-Sifat Syaikh Muhammad Al-Ghazali Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkata, "Mungkin

Anda berbeza pandangan dengan Al-Ghazali, atau

beliau berbeza pendapat dengan Anda dalam

masalah-masalah kecil mahupun besar, sedikit atau

banyak masalah. Tetapi, apabila Anda mengenalinya

dengan baik, Anda pasti akan mencintai dan

menghormatinya. Kerana Anda tahu keikhlasan dan

ketundukannya kepada kebenaran, keistiqomahan

orientasi, dan ghirahnya yang murni untuk Islam.

Sememangnya, Al-Ghazali

adalah seorang yang mudah

tersinggung. Kemarahannya meluap-

luap seperti ombak lautan yang

menghanyutkan, atau seperti letusan

gunung berapi yang dashsyat. Beliau

mempunyai sikap seperti itu kerana

beliau amat benci kezaliman dan

kehinaan, baik pada dirinya atau

orang lain, tidak suka berlaku zalim

atau dizalimi, seorang yang tidak

suka merendahkan kehormatan

sesiapa pun dan direndahkan siapa

pun, serta tidak menyukai penyimpangan, terutama

apabila berkaitan dengan agama. Beliau akan

memerangi itu semua secara sembunyi mahupun

terang-terangan.

Meskipun beliau seorang yang mudah marah,

namun kemarahannya sangat mudah untuk reda.

Beliau sangat mudah kembali kepada kebenaran,

apabila telah mendapatkan kejelasan.Beliau langsung

tidak peduli meskipun kekeliruannya dihebah-

hebahkan. Inilah keberanian yang tidak dimiliki

kecuali oleh sebahagian kecil manusia.

Beliau menjadi seorang yang sangat berani

ketika menyerang hal-hal yang diyakininya keliru dan

juga ketika beliau mengakui kekeliruannya.

Banyak orang mengkritik sebahagian

pendapat dan fatwa Syaikh Muhammad Al-Ghazali

yang tidak sejalan dengan pemahaman mereka. Tetapi,

sepengetahuanku fatwanya tidak pernah menyimpang

dari ijma' umat. Syaikh Ibnu Taimiyah juga pernah

dituduh menyimpang dari ijma' dalam masalah thalaq

dan masalah-masalah yang berkaitan dengannya.

Kenyataan seperti ini dikomen oleh salah seorang

murid Ibnu Taimiyah, Imam Adz-Dzahabi.

'Ibnu Taimiyah mengeluarkan fatwa yang

mencoreng kehormatannya, tapi fatwa itu tertutup

oleh lautan ilmunya.'

Muhammad Al-Ghazali mengakui

kemuliaan dan keutamaan saudara-saudaranya,

misalnya Syaikh Sayyid Sabiq, Syaikh Abdul Muiz

Abdus Sattar, Syaikh Zakaria Az-Zaukah, Syaikh

Ismail Hamdi, dan lain-lain. Saya sangat malu ketika

beliau berkata di

depan umum,

'Bertanya-lah kepada

Yusuf Al-Qaradhawi,

karena ia lebih utama

dariku. Dulu ia

muridku, tapi

sekarang aku

muridnya.' Sikap

seperti ini tidak

dimiliki kecuali oleh

orang-orang yang

benar-benar tulus."

Pertemuan penulis dengan Syaikh

Muhammad Al-Ghazali sering terjadi. Pertemuan itu

berlangsung berulang-ulang kali semenjak pertama

Syaikh Al-Ghazali sedang menyampaikan ceramah di khayalak para penuntut

Page 8: SYAIKH MUHAMMAD Al- GHAZALI · PDF fileSekulerisme, Freemasonry, Atheisme, Eksistensisme, Kristianisme, dan Zionisme. Beliau sentiasa ... makalah Anda yang bertema Al-Ikhwanul Muslimun

Risalah Tsulasa’ Edisi 1, 11 RabiulAwwal; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S 8

kali di Mesir pada tahun 1949, hingga beliau kembali

ke rahmatullah.

Syaikh Muhammad

Al-Ghazali berkunjung ke

Kuwait dan menyam-paikan

ceramah serta khutbah lebih

daripada sekali. Kami sangat

berbahagia dapat mengikuti

seminar yang

diselenggarakan pada setiap

petang Jumaat . Seminar

terakhir yang saya ikuti ialah seminar yang beliau

hadiri bersama Syaikh Abdul Aziz Al-Muthawwi' dan

Dr. Isham Al-Basyir. Saya juga sering

mengunjunginya di Kairo. Kunjunganku kali terakhir

terjadi menjelang wafatnya.

Allah Ta'ala menghendaki Syaikh Muhammad

Al-Ghazali menghadiri seminar tentang Islam dan

Barat. Ketika itu saya sedang berkunjung Damaskus.

Tiba-tiba tersiar berita yang mengguncangkan

tubuhku kerana sedih berpisah dengannya. Beliau

merupakan guru dan pembimbingku. Aku banyak

berhutang budi padanya.

Ustadz Abdul Aziz Abdullah Salim berkata

dalam surat kabar Ar-Riyadl, "Al-Ghazali ulama

terkemuka, dai pembaharu, mujahid yang tulus,

pejuang yang sangat berani, penulis yang memiliki

ruh sastera dan gaya bahasa yang sukar dicari

tandingannya.”

Kembali ke Rahmatullah Syaikh Muhammad Al-Ghazali wafat di

Riyadh, Arab Saudi, tanggal 9 Mac 1996. Jenazahnya

dipindahkan ke Madinah Al-Munawwarah, untuk

dimakamkan di Al-Baqi'. Yang mulia Amir Abdullah

bin Abdul Aziz Ali Sa'ud memiliki peranan penting

dalam memberikan penghargaan kepada Al-Ghazali,

baik ketika masih hidup mahupun setelah meninggal.

Juga memberikan bantuan kepada keluarganya.

Semoga Allah Ta'ala merahmati syaikh kita

yang mulia, Muhammad Al-Ghazali, memberi balasan

yang baik kerana jasa-jasanya kepada kaum muslimin.

Semoga Allah Ta'ala mengumpulkan kita dan dia

bersama para nabi, shiddiqin, dan para syuhada.

Merekalah sebaik-baik teman.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula)

kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu.” Al-

Baqarah 2:216

“ Bertaqwalah kepada Allah di mana

pun kamu berada,ikutilah setiap

perbuatan buruk dengan perbuatan

baik,tentu yang baik akan

menghapuskannya,dan pergaulilah

manusia dengan akhlak yang baik -Hassan Al-Banna-

“Islam bermula dengan keadaan tersisih dan akan kembali kepada

keadaan tersisih sebagaimana mulanya.Justeru itu Syurgalah balasannya kepada orang yang

tersisih.” (Hadith Riwayat Muslim)

Page 9: SYAIKH MUHAMMAD Al- GHAZALI · PDF fileSekulerisme, Freemasonry, Atheisme, Eksistensisme, Kristianisme, dan Zionisme. Beliau sentiasa ... makalah Anda yang bertema Al-Ikhwanul Muslimun

9

Risalah Tsulasa’ Edisi 2, 24 RabiulAwwal; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S

Kewajipan Kita TerHADAP

Al - Quran

ita panjatkan

puji syukur

ke hadirat Allah swt.

Kita ucapkan selawat

dan salam untuk

junjungan kita Nabi

Muhammad, untuk

segenap keluarga dan

sahabat baginda, serta

siapa saja yang

menyerukan

dakwahnya hingga hari kiamat.

Ikhwan tercinta, saya sampaikan salam

penghormatan Islam, salam penghormatan dari

Allah, yang baik dan diberkahi: assalamu 'alaikum

wa rahmatullah wa barakatuh.

Seseorang layak berasa pelik terhadap sikap

kebanyakan manusia terhadap kitab Allah swt.: Al-

Qur'anul Karim. Ikhwan sekalian, sebagaimana saya

katakan sebelumnya, sikap kebanyakan manusia

pada waktu ini terhadap kitab Allah ibarat

sekelompok manusia yang diliputi kegelapan dari

segala penjuru. Mereka keliru, berjalan tanpa

sebarang petunjuk pun. Kadang-kadang mereka

jatuh ke jurang, kadang-kadang melanggar batu,

dan kadang-kadang saling berlanggaran. Keadaan

mereka terus demikian, tersesat membabi buta dan

berjalan dalam kegelapan yang pekat. Padahal di

hadapan mereka ada sebuah tombol elektrik

yang andaikata mereka tekan dengan jari, maka

gerakan yang sedikit itu dapat menyalakan sebuah

lampu yang terang-benderang. Inilah Saudara-

saudaraku, perumpamaan umat manusia sekarang

dan sikap mereka terhadap kitab Allah.

Seluruh dunia ini tersesat dalam kegelapan

yang pekat. Seluruh alam berjalan tanpa petunjuk.

Berbagai-bagai sistem telah rosak, masyarakat telah

hancur, nasionalisme telah jatuh. Setiap kali manusia

membuat sistem baru untuk diri mereka, dengan cepat

sistem itu menemui kegagalan. Hari ini, manusia

tidak mendapatkan jalan selain berdoa, bersedih,

dan menangis. Sungguh aneh, kerana di hadapan

mereka sebenarnya terdapat Al-Qur'anul Karim,

kitab Allah swt.

“Bak Unta mati kehausan di padang

pasir,sedangkan air terpikul di punggungnya”

Mereka tidak mendapatkan jalan petunjuk,

padahal di hadapan mereka ada cahaya yang sempurna.

"Tetapi Kami jadikan Al-Qur'an itu cahaya, yang

Kami tunjuki dengannya siapa yang Kami kehen-daki

di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya

Kami benar-benar memberi petunjuk kepada jalan

yang lurus." (Asy-Syura: 52)

"Adapun orang-orang yang beriman

kepadanya, memuliakannya, menolongnya, dan

mengikuti cahaya terang yang diturunkan kepa-

danya, mereka itulah orang-orang yang beruntung."

(Al-A 'raf: 157) "Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang

kepada kalian Rasul Kami, menjelaskan kepada

kalian banyak dari isi Al-Kitab yang kalian

sembunyikan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya.

Sesungguhnya telah datang kepada kalian cahaya

dari Allah dan kitab yang menerangkan. Dengan

Kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang

mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan dan

mengeluar-kan mereka dari gelap gelita kepada cahaya

terang benderang dengan izin-Nya, dan menunjuki

mereka ke jalan yang lurus." (Al-Maidah: 15-16)

"Inilah Kitab yang Kami turunkan

kepadamu agar kamu mengeluarkan manusia dari

kegelapan menuju cahaya." (Ibrahim: 1).

Page 10: SYAIKH MUHAMMAD Al- GHAZALI · PDF fileSekulerisme, Freemasonry, Atheisme, Eksistensisme, Kristianisme, dan Zionisme. Beliau sentiasa ... makalah Anda yang bertema Al-Ikhwanul Muslimun

10

Risalah Tsulasa’ Edisi 2, 24 RabiulAwwal; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S

"Maka berimanlah kalian kepada Allah,

Rasul-Nya, dan cahaya (Al-Qur'an) yang telah

Kami turunkan. Allah Maha Mengetahui apa yang

kalian kerjakan." (At-Taghabun: 8).

Ikhwan sekalian, kembali saya ingin katakan

bahawa barangkali suatu hal yang wajar jika orang-

orang kafir yang mata mereka belum dibuka untuk

melihat cahaya ini, berjalan tanpa petunjuk dalam

kehidupan mereka. Ini logik dan dapat diterima,

kerana Allah swt. berfirman, "Dan barangsiapa

yang tidak diben cahaya {petunjuk) oleh Allah,

maka ia tiada memiliki cahaya sedikit pun." (An-Nur:

40). Bagaimana pula halnya dengan orang-orang

mukmin yang meng-imani, membenarkan, mencintai,

menghormati dan mengagungkan-nya, yang tidak ada

satu pun dari rumah-rumah mereka dan tidak satu

pun dari saku-saku baju mereka yang tidak terdapat

mushaf dari Kitabullah.

Ikhwan sekalian, orang-orang kafir telah

menipu mereka dengan cahaya itu, menjauhkan

mereka dari petunjuk, menyesatkan mereka dari

jalan, dan menjauhkan tangan mereka dari sumber

mulia dan dari tombol elektrik ini; kadang-kadang

dengan jerat politik, kadang-kadang dengan

perangkap ilmu duniawi. "Mereka hanya mengeta-

hui kehidupan dunia yang lahir, sedangkan

tentang kehidupan akhirat mereka lalai." (Ar-

Rum: 7) Mereka terus memperdayakan; terkadang

dengan harta benda, kadang-kadang melalui hawa

nafsu, kadang-kadang dengan tipu muslihat, dan

di saat lain dengan kekuatan, paksaan, dan

kekejaman.

Wahai Ikhwan sekalian, semua pembawaan

ini terus digunakan oleh para penganut kekafiran.

Orang-orang kafir itu menjauhkan manusia dan

kaum muslimin dan petunjuk. Telah lama kaum

muslimin mengikuti dan berlari di belakang

kesesatan mereka. Akibatnya, mereka lupa kepada

sumber petunjuk ini dan mengekor saja di

belakang orang-orang kafir. Padahal Allah swt. telah

memperingatkan mereka dari tindakan itu. "Wahai

orang-orang beriman, jika kalian mengikuti

orang-orang kafir, nescaya mereka mengembalikan

kalian ke belakang (kepada kekafiran), lantas

jadilah kalian orang-orang yang rugi. Tetapi

(ikutilah Allah), Allah merupakan Pelindung kalian,

dan Dialah sebaik-baik Penolong." (Ali Imran: 149-

150)

Ikhwan sekalian, karena Allah mengetahui

bahawa orang-orang kafir kadangkala

menggertak orang-orang beriman dengan

kekuatan yang mereka miliki, maka Allah swt.

ingin mencabut pengaruhnya dari hati kaum

muslimin. "Akan Kami masukkan ke dalam hati

orang-orang kafir rasa takut, disebabkan mereka

menyekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah

sendiri tidak menurunkan keterangan tentang itu,

Tempat kembali mereka adalah neraka; dan

alangkah buruknya tempat kembali orang-orang

yang zalim." (Alilmran:151). Kemudian Allah swt. menyebutkan peristiwa

yang nyata untuk menjadi pengiring bagi dalil yang

tegas itu. "Sesungguhnya Allah telah memenuhi

janjiNya kepada kalian, ketika kalian

membunuh mereka dengan izin-Nya sampai pada

saat kalian lemah dan berselisih dalam urusan itu

dan menderhakai perintah (Rasul) sesudah Allah

memperlihatkan kepada kalian apa yang kalian

sukai. Di antara kalian ada yang mengkehendaki

dunia dan di antara kalian ada yang

mengkehendaki akhirat. Kemudian Allah

memalingkan kalian dari mereka untuk menguji

kalian; dan sesungguhnya Allah telah memaafkan

kalian. Dan Allah pemberi kurnia bagi orang-

orang yang beriman." (Ali Imran: 152).

Ikhwan sekalian, demikianlah. Allah swt.

memperingatkan orang-orang mukmin dengan Al-

Qur'an, jangan sampai mereka mengikuti jalan orang-

orang kafir atau tertipu oleh tipu muslihat dan

rancangan mereka. "Wahai orang-orang

Page 11: SYAIKH MUHAMMAD Al- GHAZALI · PDF fileSekulerisme, Freemasonry, Atheisme, Eksistensisme, Kristianisme, dan Zionisme. Beliau sentiasa ... makalah Anda yang bertema Al-Ikhwanul Muslimun

11

Risalah Tsulasa’ Edisi 2, 24 RabiulAwwal; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S

beriman, jika kalian mengikuti sebahagian

dari orang-orang yang diberi Al-Kitab, nescaya

mereka akan mengembalikan kalian menjadi kafir

setelah kalian beriman." (Ali Imran: 100)

"Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah

kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan

janganlah kalian mati kecuali dalam keadaan

muslim. Dan berpegang teguhlah kalian semua

pada tali (agama) Allah, dan janganlah kalian

berpecah-belah." (Ali Imran: 102-103) "Wahai

orang-orang yang beriman, jika kalian menaati

orang-orang kafir, nescaya mereka

mengembalikan kalian ke belakang (kepada

kekafiran), lalu jadilah kalian orang-orang

yang rugi.”(Ali Imran: 149).

Orang-orang kafir itu diciptakan dengan

memiliki watak menipu dan memperdaya orang-orang

beriman. "Sebahagian besar Ahli Kitab berkeinginan

untuk mengembalikan kalian kepada kekafiran

setelah kalian beriman kerana kedengkian (yang

timbul) dan din mereka, setelah nyata bagi mereka

kebenaran." (Al-Baqarah: 109) "Mereka ingin

supaya kalian menjadi kafir sebagaimana mereka

telah menjadi kafir, sehingga kalian dan mereka

sama." (An-Nisa': 89) "Jika mereka menangkap

kalian, nescaya mereka bertindak sebagai musuh

bagi kalian dan melepaskan tangan dan lidah

mereka kepada kalian dengan menyakiti, dan

mereka ingin supaya kalian menjadi kafir." (Al-

Mumtahanah: 2).Ikhwan sekalian, jelas sekali

bahawa dada mereka tidak akan terbebas dari

keinginan ini, iaitu keinginan agar orang-orang beriman

kembali menjadi kafir. "Mereka tidak henti-henti

memerangi kalian sampai mereka dapat

mengembalikan kalian dari agama kalian jika mereka

mampu." (Al-Baqarah: 217). Ini merupakan ilustrasi yang tepat mengenai

perasaan orang-orang kafir terhadap orang-orang

beriman. Sekalipun demikian, orang-orang yang

beriman didominasi oleh rasa toleransi, sehingga

mereka melupakan peringatan ini. "Beginilah kalian

ini. Kalian men-cintai mereka padahal mereka tidak

mencintai kalian, dan kalian beriman kepada

semua kitab. Jika berjumpa dengan kalian, mereka

berkata, 'Kami beriman.' Apabila mereka menyendiri,

mereka meng-gigit hujung jari lantaran marah

bercampur benci kepada kalian. Kata-kanlah,

'Mampuslah kalian kerana kemarahan kalian itu.'

Sesung-guhnya Allah mengetahui segala isi hati.

Jika kalian memperoleh kebaikan, mereka bersedih

hati, tetapi jika kalian ditimpa bencana, mereka

bergembira kerananya. Jika kalian bersabar dan

bertaqwa, tipu daya mereka tidak akan

membahayakan kalian sedikit pun. Sesungguhnya

Allah mengetahui segala yang mereka kerjakan." (Ali

Imran; 119-120).

Meskipun ada peringatan semacam ini dan

kitab Allah telah mengungkap keadaan jiwa mereka

sedemikian rupa, kita tetap menjerumuskan diri kita

ke jurang dan berjalan mengikuti orang-orang kafir.

Bagaimana tidak, kita masih berperilaku

sebagaimana perilaku orang-orang kafir, padahal

mereka menipu kita dengan segala pembawaan dan

cara. Cahaya ini memang tidak dimiliki oleh orang-

orang kafir, namun mereka cukup gembira bila

mereka berhasil menjauhkan kita darinya.

Bagaimanakah keadaan yang terjadi

sekarang, wahai Ikhwan sekalian? keadaan yang

terjadi adalah, orang-orang kafir tidak per-caya

kepada cahaya ini, sedangkan orang-orang beriman

tidak me-ngetahuinya, keadaan ini sungguh ironi.

Keadaan yang membawa manusia kepada segala

macam penderitaan. Kerana itu, orang-orang

yang telah mengambil petunjuk Al-Qur'an wajib

menyela-matkan diri sendiri sekaligus orang lain.

Lantas apakah kewajipan kita sebagai orang yang

telah beriman kepada Al-Qur'an?

Ikhwan sekalian, kewajiban kita terhadap

Al-Qur'anul Karim ada empat:

1. Hendaklah kita memiliki keyakinan

yang sungguh dan kuat bahawa tidak ada yang

Page 12: SYAIKH MUHAMMAD Al- GHAZALI · PDF fileSekulerisme, Freemasonry, Atheisme, Eksistensisme, Kristianisme, dan Zionisme. Beliau sentiasa ... makalah Anda yang bertema Al-Ikhwanul Muslimun

12

Risalah Tsulasa’ Edisi 2, 24 RabiulAwwal; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S

dapat menyelamatkan kita kecuali sistem sosial

yang diambil dan bersumber dari kitab Allah swt.

ini. Sistem sosial apa pun yang tidak bersumber atau

tidak berlandaskan kepada Al-Qur'anul Karim pasti

bakal menemui kegagalan. Misalnya, banyak orang

mengatasi masalah ekonomi dengan terapi

pembaikan, "tidak menggemukkan dan tidak pula

sekadar menghilangkan lapar". Sementara Al-

Qur'anul Karim telah menggariskan aturan tentang

zakat, mengharamkan riba, mewajibkan kerja,

melarang pemborosan, sekaligus sekaligus

menanamkan kasih sayang antara sesama manusia.

Dengan arahan semacam masalah kemiskinan

tentu dapat segera diselesaikan. Tanpa jalan

penyelesaian ini, tidak mungkin ia dapat

diselesaikan. Selain penyelesaian semacam ini,

semuanya hanya ibarat pil penenang sementara.

Contoh lain adalah masalah kesihatan.

Ikhwan sekalian, kalian mendapati mereka ibarat

orang yang membuka botol minuman berdia-meter

tiga milimeter, sedangkan di bawahnya terdapat tapak

yang berdiameter tiga meter. Mereka membuat

rumah-rumah sakit dan klinik-klinik kesihatan,

tetapi akar penyakit tidak dibanteras. Misalnya, taraf

hidup yang masih rendah. Padahal Islam

menghendaki peningkatan taraf hidup dan

pembanterasan berbagai-bagai

kemungkaran.Rasulullah S.A.W bersabda:

"Tidaklah perilaku keji terlihat nyata di

tengah-iengah suatu kaum, kecuali akan banyak

penyakit menimpa mereka, yang tidak pernah

menimpa orang-orang sebelum mereka."

Ikhwan sekalian, contoh lain misalnya

pembanterasan jenayah. Apakah kita akan

memenjarakan pencuri ke penjara agar dia mengasah

kehebatannya kepada jenayah-jenayah sehingga

semakin lama masa tinggalnya di penjara, semakin

tinggi pula kehebatanya dalam melakukan jenayah?

Andaikata nas Al-Qur'an berikut ini diambil, "Atau

diasingkan dari negeri (tempat kediamannya)", nescaya hal ini akan memberikan banyak manfaat

kepada Negara.

2.Bagaimana pendapat Anda jika sistem ini

diterapkan secara menyeluruh? Ikhwan sekalian,

penyelesaiannya hanya Islam. Islam tidak menerima

persekutuan. Kerana itu, kita wajib mempercayai

bahawa hanya Islam yang layak menyelamatkan

umat ini dari setiap bencana yang menimpa

dalam seluruh aspek kehidupan. Maka dengan itu,

kaum muslimin wajib menjadikan kitab Allah

sebagai sahabat karib, kawan bicara, dan guru. Kita

harus membacanya. Jangan sampai ada hari yang

kita lalui tanpa menjalinkan hubungan dengan

Allah swt. melalui Qur'an. Demikianlah keadaan

para pendahulu kita, kaum Salafus soleh, semoga

Allah meredhai mereka. Mereka tidak pernah

kenyang dengan Al-Qur'anul Karim. Mereka tidak

pernah meninggalkannya. Bahkan mereka

mencurahkan waktu mereka untuk itu, sehingga

Rasulullah saw. melarang mereka berlebihan di

dalamnya. Setidak-tidaknya, Saudaraku,

hendaklah kita membaca Al-Qur'an secara rutin,

meskipun sedikit. Sunah mengajarkan agar kita

mengkhatamkannya tidak lebih dari satu bulan dan

tidak kurang dari tiga hari. Sayidina Umar bin

Abdul Aziz apabila disibukkan oleh urusan kaum

muslimin, beliau mengambil mushaf dan

membacanya walaupun hanya dua atau tiga ayat.

Beliau berkata, "Agar saya tidak termasuk mereka

yang menjadikan Al-Qur'an sebagai sesuatu yang

ditinggalkan." Rasulullah S.A.W bersabda:

Page 13: SYAIKH MUHAMMAD Al- GHAZALI · PDF fileSekulerisme, Freemasonry, Atheisme, Eksistensisme, Kristianisme, dan Zionisme. Beliau sentiasa ... makalah Anda yang bertema Al-Ikhwanul Muslimun

13

Risalah Tsulasa’ Edisi 2, 24 RabiulAwwal; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S

"Barangsiapa membaca satu ayat dari

Kitabullah, maka dia memperoleh sepulub

kebaikan untuk setiap huruf. Barangsiapa

mendengarkannya, maka ia akan memperoleh

cahaya pada bari kiamat." Orang yang telah menghafalkan Al-Qur'an

kemudian melupa-kannya, dia telah melakukan

satu dosa besar. Kerana itu, Ikhwan sekalian, Anda

harus rajin membaca Al-Qur'anul Karim dan

menetapkan bacaan rutin dan kitab Allah swt.

untuk din Anda. Hendaklah kalian tekun

melaksanakannya, sebagai peneladanan terhadap

para pendahulu umat ini, sebagai pelaksanaan

perintah Allah swt. dan agar mendapatkan

manfaat dan kandungan kitab-Nya.

2. Setelah itu, ketika membaca Al-

Qur'an kita harus memperha-tikan adab-adab

membacanya dan ketika mendengarkan kita juga

harus memperhatikan adab-adab mendengarnya.

Hendaklah kita berusaha merenungkan dan

meresapinya. Rasulullah saw. bersabda:

"Sesungguhnya Al-Qur'an ini

turun dengan kesedihan, maka jika kamu

membacanya, hendaklah kamu menangis. Jika

kamu tidak menangis, maka buatlah seolah-olah

dirimu menangis." Akhi, ini ertinya adalah, bahawa jika hati

anda belum dapat konsentrasi sampai pada

tingkat menghayatinya, hendaklah Anda

berusaha untuk menghayatinya. Janganlah

syaitan memalingkan anda dari keindahan

perenungan sehingga anda tidak mendapatinya.

Tekunlah! andaikan dalam membaca anda hanya

dapat menggerakkan lidah, teruskanlah membaca!

Hendaklah anda menyediakan waktu untuk

menghafal dan mengulang. Usahakan agar anda

benar-benar meresapi kandungan makna Al-

Qur'an. Banyak riwayat menceritakan bahawa

pada suatu malam Sayidina Umar bin Khathab ra.

pergi berkeliling kota. Tiba-tiba beliau mendengar

seseorang membaca, "Dengan nama Allah Yang

Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi

bukit Thur. Dan demi kitab yang ditulis. Pada

lembaran yang terbuka. Dan demi Baitul

Makmur. Dan demi atap yang ditinggikan

(langit). Dan demi laut yang di dalam tanahnya

ada api. Sesungguhnya seksa Tuhanmu pasti

terjadi. Tidak ada yang dapat mencegahnya."

(At-Thur: 1-8).

Ketika mendengar bacaan ini, beliau

berkata, "Inilah sumpah yang benar, demi Tuhan

Pemilik Ka'bah." Beliau lantas tersung-kur pengsan.

Beliau dimamah oleh seorang sahabat yang ber-

nama Aslam dan dibawa ke rumahnya. Beliau sakit

selama tiga puluh hari, dijenguk oleh masyarakat.

Akhi, demikian halnya dengan Umar bin

Abdul Aziz. Suatu ketika beliau datang ba'da isya'.

Beliau lantas berwudhu dan berdiri melaksanakan

solat. Beliau membaca, "(Kepada malaikat

diperintahkan} kumpulkanlah orang-orang zalim

dan teman sejawat mereka beserta apa yang

selalu mereka sembah, selain Allah. Lantas

tunjukkan kepada mereka jalan menuju neraka

Jahim. Dan hentikan mereka, sesungguhnya

mereka akan ditanya." (Ash-Sbafat; 22-24).

Beliau terus mengulang-ulang ayat, "Dan

hentikanlah mereka, sesungguhnya mereka akan

ditanya," sampai muadzin datang untuk

mengumandangkan azan subuh.

Page 14: SYAIKH MUHAMMAD Al- GHAZALI · PDF fileSekulerisme, Freemasonry, Atheisme, Eksistensisme, Kristianisme, dan Zionisme. Beliau sentiasa ... makalah Anda yang bertema Al-Ikhwanul Muslimun

14

Risalah Tsulasa’ Edisi 2, 24 RabiulAwwal; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S

Demikianlah, Ikhwan sekalian,

penghayatan mereka terhadap kitab Al-Qur'anul

Karim. Pada zaman Imam Syafii, jika mereka ingin

mempelajari kitab Allah di Makkah, mereka

mengirimkan surat kepada beliau, agar beliau

membacakan kitab Allah. Beliau tidak pernah

terlihat menangis, seperti pada hari tersebut.

Hendaklah kita juga membaca Al-Qur'an dengan

bacaan yang membuahkan. Jika Al-Qur'an ini

dapat menyentuh hati orang- orang kafir, yang

merupakan manusia paling jauh kemung-

kinannya untuk menghayati kitab Allah, maka

bagaimana pula dengan kita? Lihatlah Utbah bin

Rabi'ah (seorang kafir), ketika mendengar bacaan

Al-Qur'an dari Rasulullah saw., dia berkata.

"Sesungguhnya bacaan ini mengandungi

kelazatan dan keindahan. Atasnya membuahkan,

bawabnya menyejukkan. Sungguh, ini bukan

perkataan manusia." Begitu pula yang terjadi pada Najasyi dan

kaumnya ketika mendengar Ja'far bin Abi Thalib

membaca Al-Qur'an. Teresak-esak mata mereka

dialiri oleh air mata.

Lalu bagaimana dengan orang-orang yang

beriman? Seharusnya, ketika orang-orang beriman

membaca kitab Allah swt. adalah sebagaimana

yang difirmankan-Nya, "Allah telah menurunkan

sebaik-baik perkataan, iaitu Al-Qur'an yang

serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang;

gemetar kerananya kulit orang-orang yang

takut kepada Tuhannya, kemudian kulit dan

hati mereka menjadi tenang pada waktu

mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan

kitab itu Dia menunjuki siapa yang dike-hendaki-

Nya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah,

maka tidak ada seorang pun yang mampu

memberikan petunjuk kepadanya." (Az-Zumar:

23). Akhi, setelah kita beriman bahwa Al-Qur'an

adalah satu-satunya penyelamat, kita wajib

mengamalkan hukum-hukumnya. Hukum-

hukum Al-Qur'anul Karim menurut yang

saya ketahui, terbahagi kepada dua:

a.Hukum-hukum individu yang

berkaitan dengan setiap orang, seperti solat, puasa,

zakat, haji, taubat, serta akhlak, yang meliputi

kejujuran, menepati janji, kesaksian, dan amanat.

Ini semua, wahai Saudaraku, merupakan

hukum-hukum yang berhubungan dengan

manusia secara umum. Setiap orang dapat

melaksanakannya sendiri. Ketika Anda

membaca Al-Qur'an, Anda harus mematuhi

hukum-hukum dan batasan-batasannya.

Barangsiapa yang belum pernah solat, kemudian

membaca firman Allah swt., "Dan dirikanlah

solat," (An-Nur: 56) maka dia harus

melaksanakan solat. Dan ketika membaca, "Dan

jangan-lah kamu mengurangi timbangan

manusia," (Al-A 'raf: 85) maka Anda harus

memenuhi hak setiap orang. Seharusnya Anda

tidak perlu menunggu orang lain untuk

melaksanakan hal ini. Sesuatu yang halal itu

sudah jelas dan yang haram juga sudah jelas.

a. Kedua adalah hukum-hukum yang

berkaitan dengan masyarakat, atau hukum-

hukum yang berkaitan dengan penguasa. Ini

semua merupakan kewajiban negara, misal-nya

menegakkan hudud (persetujuan hukum), jihad,

dan masalah-masalah yang merupakan tugas

negara dalam Islam. Negara wajib

melaksanakannya. Jika negara tidak

melaksanakan-nya, ia bertanggungjawab di

hadapan Allah swt. Kewajiban rakyat dalam

keadaan demikian adalah menuntut pelaksa-

naannya. Sesungguhnya Islam tidak

membebaskan umat dari tanggungjawab.

Page 15: SYAIKH MUHAMMAD Al- GHAZALI · PDF fileSekulerisme, Freemasonry, Atheisme, Eksistensisme, Kristianisme, dan Zionisme. Beliau sentiasa ... makalah Anda yang bertema Al-Ikhwanul Muslimun

15

Risalah Tsulasa’ Edisi 2, 24 RabiulAwwal; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S

Sekarang, bagaimana umat dapat

mewujudkan hal ini? Hendaklah umat bersatu

padu. Hendaklah umat menyatukan kata, menun-

tut, dan terus menuntut. Hendaklah umat

menggunakan segala cara untuk menyampaikan

tuntutan ini, khususnya jika sistem kenega-raan

yang berlaku seperti sistem kenegaraan di Mesir.

Jika demikian, tidak ada alasan bagi siapa pun

untuk tidak menyatakan hal ini dengan terus

terang. Umat tidak dapat dilepaskan dari

kewajipan mengawasi Negara.

Ikhwan sekalian, hendaklah kita

menyatukan barisan dan menyatukan kata,

sehingga kita menjadi kuat, diperhitungkan, dan

mempunyai suara agar negara dapat memandang

kenyataan yang ada. Dengan demikian, cepat atau

lambat kita akan sampai kepada tujuan,

insyaAllab.

Semoga selawat dan salam dilimpahkan

kepada junjungan kita, Muhammad, juga kepada

segenap keluarga dan sahabatnya.

- Mereka Yang Telah Pergi adalah Karya Al- Mustasyar Abdullah Al-Aqil berdasarkan pengalaman dan kajian beliau tentang tokoh-tokoh pembangun Islam. - Hadith Tsulasa’ adalah ceramah Imam Hassan Al-Banna di pusat Ikhwanul Muslimin di Kaherah pada setiap hari Selasa hasil nota karangan Ahmad Isa ‘Asyur.

© Bahan Tarbiyyah ONline

“ Ikhwan sekalian, hendaklah kita

menyatukan barisan dan menyatukan kata,

sehingga kita menjadi kuat, diperhitungkan,

dan mempunyai suara agar negara dapat memandang

kenyataan yang ada

-Hassan Al-Banna-

“Tidakkah engkau melihat orang-orang yang mendakwa bahawa mereka

beriman kepada wahyu yang telah diturunkan Allah kepada engkau dan kepada wahyu yang telah diturunkan sebelum engkau,sedangkan mereka

masih ingin berhakimkan kepada taghut meskipun mereka telah diperintah supaya mengingkarkannya?Syaitan

memang bermaksud untuk menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat

jauh” (An-Nisa`:60)