modul cdgn kkaq j-qaf 2013 update pdf

10
SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH KEM KHATAM AL-QURAN MURID TAHUN 6 SEKOLAH RENDAH PROGRAM j-QAF NEGERI KEDAH TAHUN 2013 1. TAJUK Kem Khatam al-Quran Murid Tahun 6 Sekolah Rendah Program j-QAF, Negeri Kedah Tahun 2013. 2. TUJUAN Kertas ini disediakan sebagai panduan pelaksanaan Kem khatam al-Quran Kepada Murid Tahun 6 Sekolah Rendah Program j- QAF di negeri Kedah pada Tahun 2013. 4. LATAR BELAKANG 4.1 Program j-QAF diperkenalkan oleh KPM mulai tahun 2005. Sebanyak 472 buah sekolah rendah di seluruh negeri Kedah telah terlibat dalam program j-QAF pada tahun 2013 ini. Beberapa model telah diperkenalkan dalam program j-QAF seperti Model Pemulihan Jawi, Model Khatam al-Quran, Model Tasmik, Model Peluasan Bahasa Arab dan Model Bestari Solat. 4.2 KPM telah mengarahkan pelaksanaan Kem Literasi al-Quran (KLaQ) melalui surat arahan ruj KP.(JAPIM)5206/4/1.2.12 (71) pada tahun 2007. 1 Kem Khatam Al-Quran j-QAF Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah

Upload: mohd-khairul-syafiq-azzmi

Post on 12-Feb-2016

40 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Modil KKaQ jQAF

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Cdgn KKaQ J-QAF 2013 Update PDF

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN

PELAJARAN NEGERI KEDAH

KEM KHATAM AL-QURAN MURID TAHUN 6 SEKOLAH RENDAH PROGRAM j-QAF

NEGERI KEDAH TAHUN 2013

1. TAJUK

Kem Khatam al-Quran Murid Tahun 6 Sekolah Rendah

Program j-QAF, Negeri Kedah Tahun 2013.

2. TUJUAN

Kertas ini disediakan sebagai panduan pelaksanaan Kem khatam

al-Quran Kepada Murid Tahun 6 Sekolah Rendah Program j- QAF di

negeri Kedah pada Tahun 2013.

4. LATAR BELAKANG

4.1 Program j-QAF diperkenalkan oleh KPM mulai tahun 2005.

Sebanyak 472 buah sekolah rendah di seluruh negeri Kedah telah

terlibat dalam program j-QAF pada tahun 2013 ini. Beberapa

model telah diperkenalkan dalam program j-QAF seperti Model

Pemulihan Jawi, Model Khatam al-Quran, Model Tasmik, Model

Peluasan Bahasa Arab dan Model Bestari Solat.

4.2 KPM telah mengarahkan pelaksanaan Kem Literasi al-Quran

(KLaQ) melalui surat arahan ruj KP.(JAPIM)5206/4/1.2.12 (71) pada

tahun 2007.

1 Kem Khatam Al-Quran

j-QAF Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah

Page 2: Modul Cdgn KKaQ J-QAF 2013 Update PDF

4.3 Bagi memantapkan pelaksanaan KLaQ peringkat

sekolah , Jabatan Pelajaran Negeri Kedah bercadang untuk

mengeluarkan "SURAT PROGRAM KEM KHATAM AL-QURAN

(KKaQ) MURID-MURID TAHUN 6 SEKOLAH PROGRAM j-QAF

NEGERI KEDAH 2013" bertarikh 16 Jun 2013.

Pihak sekolah diarahkan untuk melaksanakan kem

berkenaan mengikut jadual yang diselaraskan selama 24 jam

dalam tempoh empat bulan.

5. RASIONAL

5.1 Dapatan pencapaian murid Khatam al-Quran pada

bulan Oktober 2012 menunjukkan masih ramai murid

berada di tahap buku Iqra’ dan tidak menguasai

bacaan al-Quran secara hakiki seperti rajah di bawah.

ANALISA PENCAPAIAN MURID KHATAM AL-QURAN DAN PROGRAM TASMIK

PERKAR

A

TAHUN EMPAT TAHUN LIMA TAHUN ENAM

Jum. Muri

Bi

% Jum. Muri

Bil

% Jum. Muri

Bil

%

Sebelum Pelaksan aan KLaQ

Iqra' 1 - Iqra' 3

28675

5567 19.41

21.32

59.27

29336

3804 12.97

16.13

70.90

28817

2031 7.05

Iqra' 4 - Iqra' 6113 4733 2697 9.36

Al-Quran 16995 20799 24089 83.59

Selepas Pelaksan aan KLaQ

Iqra' 1 - Iqra' 3

28675

3540 12.35

27.40

60.19

29336

2167 7.30

20.98

71.63

28817

1092 3.79

Iqra' 4 - Iqra' 6 7875 6156 3492 12.12

Al-Quran 17260 21013 24233 84.09

Khatam Al-Quran

dan Program Tasmik

Dalam Sukatan

28675

7469 26.05

68.34

5.61

29336

10994 37.48

48.98

13.55

28817

80 0.28

Lebih Sukatan 19597 14368 0 0

Khatam Hakiki 1609 3974 24394 84.65

Khatam BIG 4343 15.07

5.2 Pelaksanaan Kem Khatam al-Quran adalah salah satu

usaha untuk memastikan SEMUA murid yang masih di tahap

Iqra’ dan di bawan sukatan Khatam dapat membaca al-

Quran secara hakiki atau sekurang-kurangnya dapat khatam

al-Quran secara Baca Ikut Guru (BIG) mengikut sukatan. Ia

perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah keciciran

penguasaan bacaan al-Quran secara hakiki dan

mengurangkan murid khatam secara BIG pada tahun ini.

2

Kem Khatam Al-Quran

j-QAF Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah

Page 3: Modul Cdgn KKaQ J-QAF 2013 Update PDF

6. OBJEKTIF

6.1 Membantu murid supaya dapat mengikuti sukatan pelajaran

Model Khatam al-Quran program j-QAF secara BIG.

6.2 Meningkatkan penguasaan bacaan murid-murid yang tercicir

dalam bacaan al-Quran secara hakiki.

6.3 Memastikan semua murid program j-QAF dapat khatam

al-Quran sebelum tamat sekolah rendah.

6.4 Memberi fokus penambahbaikan bacaan kepada murid di

bawah sukatan khatam al-Quran.

7. KUMPULAN SASARAN

Semua murid Islam Tahun 6 sekolah rendah program j-QAF

yang dikenal pasti masih di tahap Iqra’ dan di bawah Sukatan

khatam al-Quran.

8. TENAGA PEMBIMBING

8.1 Guru Pendidikan Islam

8.2 Guru Pendidikan Islam program j-QAF

8.3 Guru KAFA

9. KAEDAH PELAKSANAAN

9.1 Kem Khatam al-Quran dijalankan secara berkala

sehingga semua murid khatam al-Quran secara BIG dan

boleh membaca al-Quran secara hakiki.

9.2 Kekerapan pelaksanaan Kem tertakluk kepada

bilangan murid sasaran.

3

Kem Khatam Al-Quran

j-QAF Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah

Page 4: Modul Cdgn KKaQ J-QAF 2013 Update PDF

9.3 Bagi memudahkan pelaksanaan di sekolah, contoh

jadual pelaksanaan seperti di lampiran 1 dan 2 disediakan.

Walau bagaimanapun pihak sekolah BOLEH menentukan

waktu yang sesuai untuk melaksanakan kem tersebut.

9.4 Bacaan murid hendaklah direkodkan di dalam Buku

Rekod Bacaan/Khatam al-Quran murid yang telah sedia

ada di sekolah masing-masing dan dikemaskinikan

sebelum murid tamat belajar tahun 6 /2013.

10. STRATEGI PENGURUSAN

10.1 Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana Peringkat sekolah

Penasihat - Guru Besar

Pengerusi - Guru Penolong Kanan HEM

Naib Pengerusi - Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Setiausaha - Ketua Panitia Pendidikan Islam

Pen. Setiausaha - GPI j-QAF

AJK - Semua GPI / Guru j-QAF

10.2 Jawatankuasa Pelaksana di peringkat sekolah adalah bagi

memutuskan perkara berikut:

a. Memasukkan aktiviti ini dalam aktiviti penggal ke 2 /2013 ;

b. Menyelaras jadual dan agihan tugas guru;

c. Menentukan guru dan murid turus yang akan terlibat;

d. Mengenalpasti murid sasaran di kalangan murid di bawah

sukatan khatam al-Quran dan belum menguasai bacaan

hakiki;

e. Menentukan tempat untuk mengadakan program;

4

Kem Khatam Al-Quran

j-QAF Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah

Page 5: Modul Cdgn KKaQ J-QAF 2013 Update PDF

f. Dan taklimat / In House Training secara ringkas Modul

Khatam kepada tenaga pembimbing.

g. Menentukan teknik PdP dan BBM yang hendak

digunakan.

10.3 Cadangan waktu pelaksanaan;

10.3.1 Sepanjang p e n g g a l k e d u a p e r s e k o l a h a n

bergantung kepada kesesuaian masa ( cth: Jun- Okt )

10.3.2 Sisipan dalam Kem Bestari Solat (murid sasaran)

10.3.3 Bulan Ramadhan (Program Sebulan Tadarus /Ihya

Ramadhan)

10.3.4 Selepas UPSR khas kepada murid tahun 6.

11. STRATEGI PELAKSANAAN

11.1 Proses Pengajaran dan Pembelajaran Kem:

11.1.1 Semua murid menggunakan buku Iqra’ dan Al Quran

Mashaf Uthmani.

11.1.2 Setiap murid membaca mengikut kaedah talaqqi

dan musyafahah (berdepan guru atau rakan turus).

11.1.3 Murid-murid berada di dalam kumpulan (direkod)

mengikut kemahiran masing-masing

11.1.4 Proses P&P dilaksanakan oleh seorang guru

pembimbing dalam setiap kumpulan.

11.1.5 Guru hendaklah memastikan semua murid yang

terlibat dibimbing untuk murid menguasai bacaan

hakiki dan mencapai tahap sukatan khatam al-

Quran mengikut sukatan masing-masing.

5 Kem Khatam Al-Quran

j-QAF Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah

Page 6: Modul Cdgn KKaQ J-QAF 2013 Update PDF

11.1.6 Mengadakan Mesyuarat Post Mortem kekuatan dan

kelemahan serta cadangan untuk memperbaiki

kelemahan diakhir kem.

11.1.7 Semua rekod hendaklah dikemaskini dan disimpan

menggunakan Buku Rekod Bacaan/Khatam al-Quran

murid .

11.1.8 Mengisi dan menghantar laporan pelaksanaan

dengan mengisi borang seperti di lampiran 3 ke SPI

,JPN Kedah dan UPI/PPD masing-masing sebelum

atau pada 30 Oktober 2013

12. PENUTUP

Adalah menjadi harapan pihak Unit Pengurusan Pendidikan Islam,

Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah melalui

program Kem Khatam al-Quran ini akan dapat membantu pihak

sekolah mengatasi masalah keciciran bacaan dan khatam al-

Quran murid program j-QAF Tahun 6. Program ini juga sebagai

langkah akhir memastikan semua murid program j-QAF khatam al-

Quran sebelum tamat sekolah rendah.

Disediakan oleh

Unit Pengurusan Pendidikan Islam

Sektor Pendidikan Islam

Jabatan Pelajaran Negeri Kedah

6 Kem Khatam Al-Quran

j-QAF Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah

Page 7: Modul Cdgn KKaQ J-QAF 2013 Update PDF

Lampiran 1

CONTOH CADANGAN JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM

KEM KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH 2013

FASA 1

Hari / Masa

8.00 pg – 10.00

pg

10.30 pg 12.30

tgh

1.30 ptg – 03.30

ptg

PERTAMA

LDK 1

LDK 2

LDK 3

FASA 2

KEDUA

LDK 4

LDK 5

LDK 6

KETIGA

LDK 7

LDK 8

LDK 9

KEEMPAT

LDK

10

LDK

11

LDK

12

KELIMA

Penilaian

LDK : Surah mengikut muka surat ( Konsep Tadarrus/ Ihya’

Ramadhan)

Sasaran : Khatam

Kehadiran: Direkod lengkap oleh guru

Fasilitator : Guru j-QAF. Guru Pendidikan Islam, Guru KAFA dan Murid Turus

7

Kem Khatam Al-Quran

j-QAF Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah

Page 8: Modul Cdgn KKaQ J-QAF 2013 Update PDF

Lampiran 2

CONTOH CADANGAN JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM

KEM KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH 2013

FASA 1 FASA 2 FASA 3

HARI PERTAMA LDK 1 HARI KEEMPAT LDK 4 HARI KESEPULUH LDK 10

HARI KEDUA LDK 2 HARI KELIMA LDK 5 HARI KESEBELAS LDK 11

HARI KETIGA LDK 3 HARI KEENAM LDK 6 HARI KEDUA BELAS LDK 12

HARI KETUJUH LDK 7

HARI KELAPAN LDK 8

HARI KESEMBILAN LDK 9

PENILAIAN PENILAIAN POST MORTERM

8 Kem Khatam Al-Quran

j-QAF Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah

Page 9: Modul Cdgn KKaQ J-QAF 2013 Update PDF

Lampiran 3

LAPORAN PELAKSANAAN KEM KHATAM AL-QURAN

(Diisi oleh sekolah)

Sekolah : ...…………………………………………………..

Kod Sekolah : ……………………………………..

Tel / Fax : .……………………………………

Tarikh kem : ……………………………………

Bilangan peserta : ……………….

Laporan ini HENDAKLAH di

hantar ke SPI,JPN Kedah

dan PPD masing-masing sebelum 30 OKT 2013

Bil Aktiviti Contoh: KKaQ 1

Tarikh Jumlah Jam Sasaran Cont: Tahun 6...

Bil Murid

REKOD PENCAPAIAN MURID DALAM KEM KHATAM AL-QURAN PROGRAM j-QAF 2013

Perkara Tahun 6

Jumlah murid Bil. Menguasai %

Pencapaian

Sebelum KKaQ

Iqra’ 1-3 Iqra’ 4-6 Al-Quran

Pencapaian

Selepas KKaQ

Iqra’ 1-3 Iqra’ 4-6 Al-Quran

Pencapaian Keseluruhan

KKaQ

Dalam Sukatan Lebih Sukatan Khatam Hakiki Khatam BIG

Murid Gagal Khatam Dilapor oleh Pihak Sekolah Melalui Borang Profil Murid Berserta Sebab dan

Latarbelakangnya .

9

Kem Khatam Al-Quran

j-QAF Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah

Page 10: Modul Cdgn KKaQ J-QAF 2013 Update PDF

Lampiran 4

Laporan KKaQ:

Kekuatan

---------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Kelemahan

-----------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Peluang

............................................................................................................................

............................................................................................................................

............................................................................................................................

Cadangan Penambahbaikan

-----------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Adalah diakui bahawa semua maklumat tersebut adalah betul dan benar.

Tandatangan Ketua Panitia Tandatangan Guru Besar

( ......................................... ) ( ......................................... )

Tarikh: ………………… Tarikh: …………………

10

Kem Khatam Al-Quran

j-QAF Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah