modul

46
PJM3105 PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR TAJUK : PENGEKALAN DAN PEMINDAHAN DISEDIAKAN OLEH: MOHAMAD ASRUL B. DAUD UNTUK PERHATIAN: EN. KRISHNA KUMAR A/L VARATHARAJ

Upload: zul-fahmi

Post on 30-Sep-2015

68 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

PEMBELAJARAN MOTOR

TRANSCRIPT

SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA LUPAAN DAN STRATEGI MENINGKATKAN DAYA INGATAN

PJM3105 PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTORTAJUK : PENGEKALAN DAN PEMINDAHANDISEDIAKAN OLEH:MOHAMAD ASRUL B. DAUDUNTUK PERHATIAN:EN. KRISHNA KUMAR A/L VARATHARAJ

PENGEKALAN DAN PEMINDAHAN PEMBELAJARANTEORI PEMBELAJARAN PEMINDAHANPembelajaran adalah satu proses perubahan tingkah laku hasil daripada hasil pertembungan diantara individu dan persekitaranSecara langsung atau tidakPembelajaran juga berlaku melalui latihanDidalam usaha seseorang itu untuk memperbaiki, mendalami sesuatu ilmu pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan tingkahlakunya, ia secara tidak langsung akan menggunakan konsep Drowatzky(1975). Proses di mana seseorang itu menggunakan pembelajaran lepas di dalam situasi baru yang berlainan daripada asalnya, maka akan berlakulah proses pemindahan pembelajaran. Mengikut Sage (1977)pemindahan pembelajaran adalah kesan pembelajaran lepas ke atas penerimaan sesuatu pembelajaran baruManakala Singerv (1980),menyatakan pemindahan pembelajaran adalah penggunaan pengetahuan dan Pembolehubah pemindahan pembelajaran merujuk kepada kesan kemahiran sedia ada ke atas kemahiran baru yang hendak dipelajari. Situasi pemindahan pembelajaran boleh dilihat apabila pembolehubah pengalaman pembelajaran lepas mempengaruhi proses pembelajaran yang sedang berlangsung.JENIS-JENIS PEMINDAHAN PEMBELAJARAN UMUMPEMINDAHAN POSITIFPEMINDAHAN NEGATIFPEMINDAHAN SIFARPEMINDAHAN BILATERAL

1. PEMINDAHAN POSITIFPemindahan positif ialah pemindahan yang merujuk kepada situasi di mana kemahiran sedia ada membantu pembelajaran kemahiran yang baru. Contohnya seorang yang mempunyai kemahiran gimnastik akan lebih mudah mempelajari kemahiran acara terjun.Perpindahan Pembelajaran Proaktif PositifPerpindahan Pembelajaran Retroaktif PositifPerpindahan pembelajaran proaktif positifSekiranya ada penggunaan kemahiran lama untuk pembelajaran kemahiran-kemahiran baru

Permindahan pembelajaran retroaktif positifSekiranya penggunaan kemahiran-kemahiran lama meningkatkan akibat penggunaan kemahiran-kemahiran baru

2. Pemindahan negatifPemindahan negatif merujuk kepada situasi di mana kemahiran sedia ada mengganggu proses pembelajaran kemahiran baru. Contohnya badminton dan tenis di mana kemahiran pukulan pepat dalam permainan badminton boleh mengganggu pembelajaran kemahiran pukulan kilas dalam tenis.

Perpindahan pembelajaran proaktif negatifPerpindahan pembelajaran retroaktif negatifPerpindahan pembelajaran proaktif negatifSekiranya penggunaan kemahiran lama menjejaskan pembelajaran kemahiran-kemahiran baruPerpindahan pembelajaran retroaktif negatifSekiranya penggunaan kemahiran lama menurun akibat gangguan penggunaan kemahiran-kemahiran baru

3. Pemindahan sifarPemindahan sifar ialah pemindahan yang merujuk kepada situasi di mana kemahiran sedia ada tidak memberi sebarang kesan ke atas proses pembelajaran kemahiran yang baru. Contohnya kemahiran bola sepak tidak mempengaruhi keupayaan untuk mempelajari kemahiran golf.

4. Perpindahan pembelajaran bilateral(sisi)Sekiranya perpindahan meklumat dari anggota dominan kepada yang bukan dominanMerujuk kepada aktiviti dimana latihan tidak banyak membantu perkembangan pembelajaran.Tiada peningkatan kemahiran, tetapi pengekalan.Contohnya :Latihan sebelum menjelang pertandingan bagi seseorang atlet.Kebiasaannya atlet akan mengurangkan latihan kekuatan atau latihan berlebihan untuk menjaga kesihatan supaya tidak berlaku sebarang kecederaan.Pemindahan pembelajaran berkesanPENGEKALAN DAN MEMORI MOTORKebolehan untuk mengulang sesuatu pergerakan yang dikuasai selepas tempuh masa. Prinsip ini penting kerana sesuatu kegiatan pergerakan yang telah dipelajari itu adalah asas kepada penguasaan pergerakan-pergerakan lain yang lebih kompleks. Ingatan jangka pendek (short term memory) mempunyai beberapa limitasi :Pelupaan yang cepatItem yang tidak diulangi (rehearse) boleh hilang dalam 20-30 saatGangguan dan luput adalah 2 jenis kehilangan maklumatTetapi gangguan adalah sebab utama yang menyebabkan manusia lupaGangguan boleh berlaku sebelum (proaktif) atau selepas (retroaktif) item diujiKeupayaan - recall adalah lebih berkesan apabila proses chunking. Dilakukan pada sekumpulan maklumatPENILAIAN DAN PENGUKURAN PEMINDAHAN HASILPenilaian dan pengukuran bagi jumlah pemindahan kemahiran dapat dilakukan mengikut prinsip berikut:Pengetahuan asal dan latihan mempengaruhi pembelajaranLatihan yang asal mempengaruhi pembelajaran berikutnyaPembelajaran yang telah sedia ada dalam sesuatu tugasan mempengaruhi pemindahan pembelajaran dalam tugasan yang lain.Walau bagaimanapun, kesan pemindahan pembelajaran kemahiran melalui beberapa jenis pemindahan iaitu :Pemindahan PositifKesan pemindahan positif berlaku apabila pembelajaran kemahiran motor lepas, memudahkan sesuatu pembelajaran kemahiran motor baru. Contohnya: seorang pemain tenis akan dapat mempelajari kemahiran motor permainan pingpong dengan lebih mudah dan cepat.Pemindahan negatifKesan pemindahan negatif berlaku apabila pembelajaran kemahiran motor lepas menyukarkan mempelajari sesuatu kemahiran motor baruContohnyaSeorang pemain badminton akan menghadapi kesukaran dalam mempelajari kemahiran tenisPemindahan nueral atau kosongKemahiran motor lama langsung tiada memberi kesanContohnyaKemahiran bola baling tiada dalam pembelajaran squashFAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA LUPAAN DAN STRATEGI MENINGKATKAN DAYA INGATAN

DEFINISI INGATANIngatan merupakan proses mental yang menyimpan perkara-perkara yang telah dipelajari, dan kemudian mengeluarkannya kembali sebagai tindak balas dalam situasi yang diperlukan, seperti menyelesaikan masalah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya.

Mengikut Atan Along (1968), ingatan boleh diertikan sebagai kebolehan seseorang dalam pemilihan dan penerimaan rangsangan sebagai maklumat dan pengalaman untuk disimpan dalam otaknya.

Fein (1978) mentafsirkan ingatan sebagai pemprosesan maklumat yang diterima dalam otaknya, menyimpan dan mengeluarkannya.Sambungan..Verno (1980) berpendapat ingatan merupakan bentuk menyimpan maklumat-maklumat yang bermakna untuk menjadi pengalaman pada masa depan.

Kesimpulannya, ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpannya dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan.DEFINISI LUPAAN Lupaan merupakan kesukaran untuk mengingat/ mengeluarkan kembali sesuatu pengalaman yg telah dialami.Lupaan juga boleh didefinisikan sebagai perubahan dalam persepsi atau pengamatan idea-idea yang telah dipelajari.

Eric Erikson (1963) Lupaan merupakan satu motif, iaitu perkara tertentu sahaja yang dilupai kerana ia tidak penting atau tidak berguna untuk seseorang individu .

JENIS-JENIS LUPAANKeusangan/ hilang kesan ingatan.Lupaan gangguanLupaan terdesak.

KEUSANGAN / HILANG KESAN INGATANOtak akan akan melupai maklumat yg disimpan dlm ingatan jangka panjang kerana faktor keusangan.Keusangan berlaku apabila maklumat yg disimpan dalam ingatan jangka panjang digunakan / diingat kembali.Jika maklumat jangka panjang tidak diaktifkan ia mudah dilupai.LUPAAN GANGGUANGangguan yg berlaku kepada maklumat yg tersimpan dalam ingatan jangka panjang.Contohnya, proses pembelajaran yg baru mengganggu proses pembelajaran yg lama.

LUPAAN TERDESAKLupaan yg disebabkan oleh gangguan emosi individu yg mendesaknya untuk melupakan maklumat yg tersimpan dalam ingatan jangka panjang.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN LUPAAN MinatPerasaan takut dan bimbangPeredaran masaKeusanganPengalaman yang pahit.Masa yg tidak cukup untuk mengingat

Aras keyakinan.Kekurangan kejelikitan kpd ingatan.Gangguan proaktif & gangguan retroaktifTerlalu banyak maklumat yg perlu diingati.MINATPerkara yg tidak diminati oleh pelajar akan mudah dilupai oleh mereka kerana mereka tidak memberi penumpuan 100% semasa guru mengajar.Mereka juga kurang berminat untuk melihat perkaitan bahan yg telah dipelajari dan ini boleh menyebabkan mereka lupa dengan mudah.

PERASAAN TAKUT & BIMBANGPelajar yg berperasaan takut dan bimbang amat sukar utk mengingat kembali fakta yg diajar oleh guru.Guru yg garang dan tidak peramah juga akan menyebabkan keupayaan pelajar utk berfikir dan mengingati pelajaran terjejas.

PEREDARAN MASAMakin lama jarak di antara masa sesuatu bahan yg dipelajari dan diingat kembali, semakin kabur maklumat yg disimpan dalam ingatan jangka panjang pelajar.Kesan ingatan (memory trace) beransur lemah, pengaburan berlaku dengan peredaran masa yg lama, maklumat tersebut akan hilang dari ingatan.KEUSANGANPersekitaran yg berubah akan menyebabkan kesukaran mengingat kembali peristiwa atau pengalaman lama yg berkaitang dengan dirinya.Maklumat lama yg disimpan dalam ingatan jangka panjang akan usang dan tidak sesuai digunakan di dalam persekitaran yg baru.Contohnya, Ahmad mempunyai pengalaman manis tentang kampungnya. Namun, selepas dia balik 25 tahun kemudian, dia mendapati kampungnya sudah berubah dengan pesat.Maklumat lama dalam ingatan jangka panjangnya sudah tidak boleh digunakan lagi.

PENGALAMAN YG PAHITIndividu mengelakkan pengalaman yg pahit dengan menolak pengalaman pahit secara sengaja kepada bahagian otak tidak sedarnya kerana tidak mahu mengingatinya lagi.Maklumat ini tersimpan kekal dalam ingatan tetapi tidak timbul ke paras otak sedar manusia.Ini merupakan satu cara helah bela diri manusia untuk menyesuaikan diri kepada persekitarannya.MASA YG TIDAK MENCUKUPI UNTUK MENGINGATJika guru meminta jawapan dengan segera, maka pelajar tidak dapat menjawab soalan dengan betul.Ini kerana pelajar berasa tertekan dan otak memerlukan masa yg cukup ingat kembali sesuatu fakta.

ARAS KEYAKINANAras keyakinan yg tinggi memudahkan proses ingatan manakala aras keyakinan yg rendah memudahkan proses lupaan.Contohnya, guru yg berkeyakinan dalam menyampaikan isi pengajarannya akan melancarkan proses p&p.

KEKURANGAN KEJELIKITAN KEPADA INGATAN Maklumat baru tidak dapat diintegrasikan ke dalam struktur kognitif dengan baik kerana penerangan guru kurang baik dan kefahaman pelajar adalah rendah.Maklumat baru ini tidak dapat dikaitkan dengan baik kepada pengetahuan sedia ada pelajar.Oleh itu, konsep-konsep yg diajar guru perlulah dikategorikan secara berkesan untuk menentukan kejelikitan kepada ingatan.GANGGUAN PROAKTIF & GANGGUAN RETROAKTIFGangguan proaktif berlaku apabila pembelajaran lama mengganggu pembelajaran baru.Gangguan retroaktif pula berlaku apabila pembelajaran lama masih tidak difahami dengan baik namun guru telah mengajar pembelajaran yang baru.

TERLALU BANYAK MAKLUMAT YG PERLU DIINGATIPelajar akan menghadapi kesukaran untuk mengingat jika terlalu banyak maklumat yg perlu diingati.Ini biasa berlaku semasa musim peperiksaan apabila terlalu banyak fakta/ isi pembelajaran yg perlu diingati.Fikiran akan buntu dan tertekan dan akan menyebabkan lupaan.Cara-Cara Meningkatkan IngatanBelajar berlebihan

Kajian menunjukkan bahawa ingatan kekal lebih lama dan proses ingat kembali menjadi lebih mudah apabila sesuatu bahan itu dipelajari secara berlebihan sehingga dikuasai sepenuhnya. Guru patut galakkan pelajar supaya belajar dengan berlebihan terutama dalam perkara yang pelajar mendapati sukar.

SambunganPemahaman Guru perlu menekankan tentang pemahaman konsep dan bukan menumpukan kepada ulangan fakta. Apabila pelajar belajar dengan pemahaman mengikut kategori, mereka akan belajar maklumat baru dengan cepat dan cekap. Mengajar untuk kefahaman memerlukan bahan yang bermakna. Sebagai contoh : murid diberi angka berikut untuk diingat:

100816449362516941

Oleh kerana angka di atas melebihi had untuk disimpan dalam ingatan jangka pendek adalah sukar untuk mengingat kembali semua angka tersebut. Dengan kefahaman ia merupakan satu tugas yang mudah. Sebenarnya angka-angka di atas merupakan kuasa dua untuk angka dari 10 hingga 1.

Sambungan.. Mengaitkan bahan baru kepada yang sedia adaGuru patut berusaha untuk mengaitkan perkara-perkara baru yang diajar kepada pembelajaran yang sudah diterima. Apabila bahan baru dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid, pengajaran menjadi lebih berkesan. Pelajar perlu diingatkan tentang perkaitan antara pembelajaran baru dengan yang lama dalam bentuk kategori. Dengan itu maka maklumat baru akan disimpan dalam kategori tertentu yang teratur dan memudahkan proses ingat kembali.

SambunganMengajar dengan menggunakan bahan pembelajaran yang bermakna supaya lebih mudah diingati oleh murid.

Guru boleh menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai untuk meningkatkan kefahaman mereka, seterusnya membentuk konsep yang betul.

SambunganIklim pembelajaran yang kondusif.

Membentuk iklim pembelajaran yang kondusif supaya emosi pelajar adalah tenteram sebelum aktiviti pembelajaran dimulakan. Emosi pelajar yang cemas akan gagal memperoleh keberkesanan hasil pembelajaran, dan seterusnya mengurangkan kuantiti ingatan.

Sambungan..Mengajar secara menarik untuk menangkap perhatian pelajar.

Gunakan teknik motivasi yang sesuai supaya pelajar berasa seronok semasa pembelajaran. Menggalakkan pelajar dengan memberi ganjaran dan elakkan hukuman yang akan membunuh semangat pelajar serta mengurangkan ingatan mereka.

KESIMPULANIngatan dan lupaan merupakan dua perkara penting yang berkaitan dengan pembelajaran.Dalam pemprosesan maklumat manusia belajar tentang banyak perkara tetapi pada masa yang sama apa yang dipelajari itusebahagian sahaja yang boleh diingat manakala bahagian yang lebih banyak melalui proses lupaan.Sebagai guru adalah penting mengambil langkah-langkah tertentu supaya murid-muridnya dapat meningkatkan ingatan dan mengurangkan lupaan semasa menjalani proses pembelajaran.RUMUSANPeringkat pembelajaran kognitif adalah dimana tahap pembelajaran dimana pembentukan konsep keseluruhan kemahiran motor dengan memperolehi maklumat melalui deri-deri sensoriPeringkat hubungkait adalah tahap perlakuan suatu kemahiran itu lebih konsistenAutonomous adalah dimana suatu kemahiran itu secara automatinya dikuasai, stabil dan mudah videoHow Does Your Memory Work_ Pt.1.flvSEKIAN TERIMA KASIH!!!!! ;-)