modul geografi

68
GEOGRAFI Bertujuan membantu calon STPM yang gagal atau berprestasi lulus sebahagian ke arah meningkatkan pencapaian LULUS PENUH Disediakan oleh tenaga pengajar STPM berpengalaman

Upload: afnan-hatta

Post on 27-Jun-2015

1.317 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: modul geografi

GEOGRAFI

Bertujuan membantu calon STPM yang gagal atau berprestasi lulus sebahagian ke arah meningkatkan pencapaian LULUS PENUH

Disediakan oleh tenaga pengajar STPM berpengalaman di Negeri Johor Darul Takzim

Page 2: modul geografi

PANEL PENGGUBAL:

1. EN. HARUN BIN OTHMANSMK TUN HABAB, KOTA TINGGI

2. HAJI ASIMAT BIN SARNAWISMK TUN SARDON, BATU PAHAT

3. HAJI ANUAR BIN EMBONGSMK LABIS, SEGAMAT

4. PUAN ROSNAH BINTI KADIRSMK SULTAN IBRAHIM, KULAI

5. PUAN VIVIAN TAY PIK CHERNSMK SULTAN IBRAHIM, KULAI

1

Page 3: modul geografi

942/1 ALAM SEKITAR FIZIKAL

TEMA : SISTEM GEOMORFOLOGI

NOTA RINGKAS TOPIK TUMPUAN.A) LEMBANGAN SALIRAN

Pada penghujung topik ini, murid dapat :

1. Memberi makna lembangan saliran.2. Dapat mengira kepadatan saliran.

Konsep HuraianLembangan Saliran Merupakan kawasan tadahan sesuatu sungai disempadani

legeh.Kepadatan Saliran Formula : Jumlah panjang sungai

Keluasan lembangan saliran*Kira jumlah panjang semua sungai atas peta topografi*Kira keluasan kawasan lembangan saliran – gunakan kaedah petak

B) HAKISAN

Pada penghujung topik ini, murid dapat :

1. Mentakrifkan makna hakisan dan membezakan hakisan permukaan dan hakisan dalam alur.

2. Menghuraikan jenis-jenis dan cara-cara hakisan serta bentuk muka bumi yang terhasil.3. Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi tindakan hakisan dalam alur.

Konsep/Tajuk HuraianHakisan Proses penghausan atau pengukiran muka bumi dengan

pemindahan keluar oleh agen-agen seperti air mengalir dan ombak.

HAKISAN PERMUKAANHakisan permukaan Proses penghausan atau pengukiran muka bumi yang berlaku

kerana pergerakan air di permukaan sebelum masuk ke dalam alur.

JENIS1. Percikan hujan Pencungkilan tanah di muka bumi yang disebabkan daya yang

wujud dari titisan hujan.

2. Kepingan/Meluas Kepingan tanah yang terhakis di permukaan yang homogen oleh larian permukaan.

3. Galir Hakisan dari atas cerun ke bawah cerun dengan menghasilkan alur-alur yang kecil

4. Galur Hakisan dari atas cerun ke bawah cerun dengan menghasilkan alur-alur yang besar.

2

Page 4: modul geografi

HAKISAN DALAM ALURKonsep/Tajuk HuraianI. JENIS1. Mendalam Hakisan oleh tindakan sungai ke dasar.

2. Melebar Hakisan oleh tindakan sungai ke tebing/sisi.

3. Mengundur/ memanjang

Hakisan oleh tindakan sungai di hulu atau di bahagian hilir semasa kejatuhan aras laut/ proses balik muda.

II. CARA1. Hidraul Kuasa pencungkilan tanah dalam alur oleh kuasa air mengalir itu

sendiri tanpa bantuan beban.

2. Geseran/lelasan Hakisan terhadap tebing dan dasar secara dilelas oleh beban yang dibawa dalam sungai

3. Lagaan Hakisan yang berlaku antara beban yang dibawa oleh sungai apabila beban-beban itu berlaga antara satu sama lain.

4. Larutan Hakisan dalam alur yang berlaku apabila tanah dalam alur itu terlarut apabila air sungai mengalir terutamanya di kawasan batu kapur atau kawasan tanah liat.

III. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HAKISAN1. Halaju air Semakin deras /laju aliran air kadar hakisan meningkat.

2. Kecerunan Semakin curam, halaju tinggi maka kadar hakisan meningkat.

3. Bentuk alur / Geometri sungai

Sungai semakin lurus kadar hakisan meningkat.Bahagian cekung sungai , kadar hakisan meningkat.

4. Jenis batuan Batuan yang keras seperti batuan igneus sukar dihakis. Kawasan batuan kapur, kadar hakisan meningkat.

5. Bahan Muatan Semakin banyak muatan dalam sungai kadar hakisan secara lelasan akan meningkat.

IV.BENTUK MUKA BUMI HASIL HAKISAN SUNGAI1. Air terjun Air terjun terbentuk apabila aliran air yang berubah gradien

secara tiba-tiba akibat daripada kadar hakisan yang berbeza dalam alur tersebut.

2.Jeram Bentuk muka bumi yang terhasil kerana hakisan di dasar terhadap batuan yang berbeza kekerasan secara menegak . Batuan keras yang tertonjol membentuk jeram di dasar sungai.

3. Lubuk sungai Hakisan di dasar sungai melalui pusaran air terhadap batuan yang merekah atau lembut di dasar sungai.

3

Page 5: modul geografi

C) PENGANGKUTAN

Pada penghujung topik ini murid boleh :

1. Memberi takrif proses pengangkutan secara umum.2. Menerangkan cara-cara pengangkutan sungai3. Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pengangkutan sungai .

Konsep/Tajuk HuraianPengangkutan Pemindahan bahan-bahan terluluhawa/terhakis dari satu tempat

ke tempat yang lain oleh agen seperti air mengalir,sungai dan ombak.

PENGANGKUTAN SUNGAII. CARA PENGANGKUTAN SUNGAI1. Golekan Bahan –bahan yang bundar dan besar yang digerakkan di dasar

sungai.

2. Loncatan/seltasi Butiran-butiran batuan yang kecil seperti batu lada dan pasir kasar yang dijulangkan oleh arus sungai sebelum jatuh semula akibat tarikan graviti dalam alur.

3. Ampaian Bahan-bahan mendak yang halus dan ringan seperti tanah liat dan kelodak digerakkan secara terampai-ampai dalam air.

4. Apungan Bahan-bahan yang mempunyai ketumpatan yang rendah di angkut di permukaan air secara terapung-apung.

5. Larutan Batuan yang bersifat larut dalam air seperti batu kapur dan garam batuan akan terlarut dalam sungai dan diangkut dalam bentuk larutan.

II. FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PENGANGKUTAN SUNGAI1. Isipadu Semakin banyak isipadu air semakin tinggi kadar pengangkutan

sungai, contohnya semasa banjir.

2. Saiz bahan Batuan yang berat dan besar akan digerakkan secara golekan, yang sederhana secara loncatan dan saiz halus secara ampaian.

3. Cerun Semakin curam halaju tinggi dan kadar pengangkutan juga tinggi.

4. Halangan Halangan seperti akar atau binaan di sepanjang sungai akan menyebabkan kadar pengangkutan sungai rendah.

5. Bentuk Alur Alur berbentuk ‘V’, tumpuan tenaga yang kuat di dasar maka kadar pengangkutan secara loncatan tinggi, alur berbentuk ‘ U’ tumpuan tenaga berkurangan pengangkutan cara ampaian dan apungan banyak berlaku.

4

Page 6: modul geografi

D) PEMENDAPAN

Pada penghujung topik ini murid boleh :

1. Memberi takrif proses pemendapan secara umum.2. Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pemendapan sungai serta

bentuk muka bumi yang terhasil.

Konsep/tajuk HuraianPemendapan Proses yang berlaku apabila bahan - bahan muatan menjadi

pegun, terlonggok dan tidak diangkut lagi oleh agen-agen seperti air mengalir, sungai dan ombak.

PEMENDAPAN SUNGAII. FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMENDAPAN SUNGAI1. Isipadu Peningkatan isipadu air, kadar pemendapan juga meningkat di

bahagian tebing sungai.

2. Bahan muatan Jumlah bahan muatan yang banyak - menyebabkan keupayaan mengangkut berkurangan dan kadar pemendapan meningkat.

3. Kecerunan Semakin curam alur kadar pemendapan berkurangan, semakin landai alur kadar pemendapan akan meningkat.

4. Bentuk alur Kadar pemendapan tinggi di bahagian cembung sungai kerana kuasa mengangkut terhalang.

5. Halangan Semakin banyak halangan seperti akar pokok atau binaan kadar pemendapan akan bertambah kerana proses pengangkutan terhalang.

II. BENTUK MUKA BUMI HASIL PEMENDAPAN SUNGAI1. Dataran Banjir/ Mendap

Bentuk muka bumi yang terhasil di tebing sungai akibat longgokan bahan-bahan yang termendap akibat limpahan air sungai di kedua-dua belah tebing sungai.

2. Tasik Ladam Terbentuk kerana pemendapan di bahagian likuan sungai yang terpenggal.

3. Tetambak Longgokan bahan-bahan yang lebih kasar di bahagian tebing sungai semasa limpahan sungai berlaku.

5

Page 7: modul geografi

CONTOH –CONTOH SOALAN HASIL TINDAKAN SUNGAI

1. a) Apakah yang dimaksudkan profil rentas sungai dan profil panjang sungai? [5]

PROFIL RENTAS SUNGAI

Bentuk sungai yang dilihat dari tebing ke tebing sesebuah sungai dan dilihat dari pandang depan.

PROFIL PANJANG SUNGAI

Bentuk sungai yang dilihat dari hulu ke hilir sesebuah sungai dan dilihat dari pandang sisi.

b) Huraikan faktor yang mempengaruhi halaju sungai . [10]

Isi Huraian1. Kecerunan Semakin curam - halaju semakin tinggi.

2. Halangan Halangan seperti tumbuhan atau binaan akan memperlahankan halaju.

3. Isipadu Hujan yang lebat meningkatkan isipadu dan halaju air meningkat.

4. Beban Jumlah beban yang banyak akan mengurangkan halaju air.

5. Bentuk alur Aliran sungai yang lurus meningkatkan halaju air

c) Jelaskan kesan proses pemendapan sungai terhadap aktiviti manusia. [10]

Kesan/bentuk Aktiviti1.Dataran mendap Pertanian –tanih alluvium – subur.

Akuakultur- buat kolam ikan .

2. Tasik Ladam Akuakultur – ternak ikan dalam sangkar.Rekreasi – aktiviti air seperti kayak, memancing.

3. Tetambak Petempatan – untuk mendirikan rumah – bebas banjir.Pengangkutan – bina jalan raya – bebas banjir.

4. Delta Pertanian – tanih alluvium – subur - padi, kelapa.

5. Beting pasir Perlombongan – pasir

6

Page 8: modul geografi

2. a) i) Apakah yang dimaksudkan dengan kepadatan saliran. [3]

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

ii) Tunjukkan bagaimana kepadatan saliran dikira. [4] __________________________________________________________________

__________________________________________________________________

b) Mengapakah kepadatan saliran berbeza-beza antara satu lembangan dengan lembangan yang lain. [8]

Faktor/Isi Huraian1. Hujan/Isipadu Hujan yang lebat meningkatkan pembentukan alur-alur

sungai. Kepadatan sungai tinggi

2.Tanah rata/bukit bukau.

Kawasan yang berbukit bukau menghasilkan banyak alur-alur sungai menuruni cerun- kepadatan tinggi. Tanah pamah menghadkan pembentukan alur – kepadatan rendah.

3. Litupan tumbuhan

Tumbuhan yang padat mengurangkan larian permukaan , meningkatkan resapan – kepadatan rendah.

4. Kekerasan batuan

Batuan yang keras sukar dihakis – kepadatan rendahBatu yang telap air resapan tinggi - kepadatan rendahBatu yang lembut mudah terhakis – kepadatan tinggi.

c) Jelaskan bagaimana aktiviti manusia boleh mengubah kepadatan saliran di sesuatu kawasan. [10]

Aktiviti Huraian1. Pertanian Pembinaan parit /terusan – kepadatan meningkat

2. Pembalakan Pendedahan permukaan bumi – meningkatkan pembentukan alur – kepadatan meningkat.

3. Perlombongan Mewujudkan tasik/takungan air – timbus sungai – kepadatan menurun

4. Empangan Alur sungai tenggelam – kepadatan rendah

5. Kerja melurus sungai

Alur sungai menjadi pendek -kepadatan rendah.

7

Page 9: modul geografi

3. Berdasarkan kajian yang dijalankan di mana-mana bahagian sungai :a) Terangkan tiga cara mengesan pencemaran di sungai tersebut. [3]

Isi Huraian

Tempat1. Pemerhatian Warna air sungai

2. Pengukuran/ Ujian

-Kertas litmus – pH – kesan asid atau alkali -Kertas turas – mengukur kelodak

3.Petunjuk biologi Kehadiran kehidupan air – ikan

4. Deria Bau air

b) Namakan empat bahan yang mencemarkan sungai tersebut. [4]1. sisa organik – najis, 2. sisa toksik - logam 3. bahan enap cemar – kelodak,pasir ,liat 4. mikrorgnisma – e-coli, f-coli 5. detergen -sabun pencuci

c) Huraikan tiga punca yang menyebabkan pencemaran di tersebut. [6]

Isi Huraian/punca1. Sisa organik Punca dari kawasan pertanian, ladang ternakan dan sisa

domestik.

2. Sisa toksik Kawasan industri pemprosesan- kilang baja, kilang cat

3. Enap cemar Pembalakan, pertanian , perlombongan, pembinaan

4. Mikoroganisma Kawasan pelupusan sampah dan domestic

5.Detergen/ bahan pencuci.

Aktiviti pencucian

d) Terangkan tiga kesan pencemaran sungai terhadap alam sekitar di kawasan tersebut.[6]

Kesan Huraian1. Bekalan air

2. Penangkapan ikan

3. Banjir

4. Ekosistem Akuatik

8

Page 10: modul geografi

e) Cadangkan tiga langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran sungai tersebut.[6]

Langkah Huraian1. Rawatan air

2. Kempen kesedaran

3. Denda

9

Page 11: modul geografi

PINGGIR PANTAI

KONSEP HURAIAN1.Pinggir pantai Meliputi kawasan yang mengandungi pesisir pantai, perairan

pinggir laut dan kawasan pesisir belakang yang mengalami pengaruh laut. Ia merupakan zon yang berada antara aras surut yang rendah dan aras pasang yang luar biasa dan juga ombak ribut.

2. Profil Pantai Seimbang

Cerun pantai yang mengandungi bahan yang telah dipindahkan dan tidak pula kengalami kehilangan bahan yang terlalu banyak iaitu apabila kadar hakisan dan kadar pemendapan hampir sama.

PROSES PROSES DI PINGGIR PANTAIPada penghujung topik ini, murid dapat :

1. Menghuraikan cara-cara hakisan pinggir pantai.2. Menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi hakisan , pengangkutan dan

pemendapan pinggir pantai3. Menerangkan bentuk muka bumi yang terhasil akibat tindakan ombak.4. Menghuraikan langkah-langkah untuk mengawal hakisan ombak

A) HAKISAN PINGGIR PANTAI

Konsep/Tajuk HuraianI. CARA1. Hidraul Pemampatan dan perlepasan tekanan udara terhadap dinding

rekahan di tebing akibat damparan dan unduran ombak.

2. Geseran/lelasan Hakisan terhadap tebing dan dasar laut akibat dilelas oleh beban yang dibawa dalam laut.

3. Lagaan Hakisan yang berlaku antara beban yang dibawa oleh ombak apabila beban-beban itu berlaga antara satu sama lain.

4. Larutan Hakisan yang berlaku apabila dinding tebing terlarut akibat terkena air laut. Misalnya kawasan batu kapur.

II. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HAKISAN1. Jenis Ombak i. Ombak pembinasa - kadar hakisan tinggi

- damparan yang kuat dan unduran yang kuat. - puncak ombak tinggi jarak ombak pendek.ii.Ombak pembina – kadar hakisan rendah - damparan yang kuat tapi unduran yang rendah - puncak ombak rendah jarak ombak panjang

2. Jenis Arus i. Arus seret membawa bahan-bahan dari pinggir pantai ke luar melalui bahagian sebelah bawah air laut – hakisan meningkat

ii. Arus tempur membawa bahan-bahan dari pinggir pantai yang berteluk ke luar pantai – hakisan meningkat.

10

Page 12: modul geografi

iii. Arus pesisir pantai terbentuk oleh ombak yang datang ke pantai secara menyerong. Sebahagian daripada tenaga dan lajakan ombak akan berubah haluan dan menyusuri sepanjang pantai. – melengkapkan proses hakisan.

3. Cerun pantai

Pantai yang curam menyebabkan ombak pecah berhampiran dengan pesisiran pantai – tenaga ombak tinggi – hakisan meningkat.

4. Jenis batuan Batu yang keras seperti granit dan gabro – tahan terhadap hakisan – kadar hakisan rendah.

5. Tumbuhan Tumbuhan seperti bakau – melindungi pantai – mengurangkan hakisan.

III. BENTUK MUKA BUMI HASIL HAKISAN DI PINGGIR PANTAI1. Tebing tinggi Terhasil apabila cerun di tepi pantai runtuh akibat tindakan

hidraul pada rekahan di tebing.

2. Batu bonjol/ batu mandi

Gerbang laut yang telah runtuh dan dihakis berterusan oleh ombak meninggalkan batu bonjol/sisa/mandi yang mungkin dilihat semasa air surut.

3 Teluk dan tanjung Terhasil apabila ombak menghakis pada daratan yang mempunyai kekerasan batuan yang berbeza. Batuan keras yang tahan terhadap hakisan akan menganjur ke laut membentuk tanjung dan batuan lembut yang terhakis akan membentuk satu lekukan menjadi teluk.

IV. LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL HAKISAN PINGGIR PANTAI1. Tembok batu Timbunan batu di tebing pinggir pantai untuk mengelakkan

ombak memecah pada tebing pantai.

2. Tembok pemecah Ombak

Dibina di luar pantai untuk memecahkan ombak dan mengurangkan kelajuan ombak sebelum sampai ke pantai.

3. Pembinaan groin Menyekat pergerakan arus pesisir dari membawa bahan mendak yang telah dihakis oleh ombak dari diangkut ke tempat-tempat lain.

4. Tumbuhan Pokok bakau ditanam untuk mengurangkan kuasa ombak dan melindungi pantai.

5. Undang-undang Mengenakan denda yang berat kepada mereka yang menjalankan pembalakan secara haram terhadap pokok bakau.

11

Page 13: modul geografi

B) PENGANGKUTAN

I. CARA PENGANGKUTAN OMBAK1. Golekan Bahan –bahan yang bundar dan besar yang digerakkan di dasar

laut oleh ombak2. Hanyutan pesisir pantai

Pergerakan bahan-bahan seperti pasir, batu kelikir selari dengan pantai.

3. Ampaian Bahan-bahan mendak yang halus dan ringan seperti tanah liat dan kelodak digerakkan secara terampai-ampai dalam laut.

4. Seretan Bahan-bahan diseret di bahagian bawah laut dari atas pantai ke luar pantai oleh arus seret.

II. FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PENGANGKUTAN OMBAK1. Tenaga arus Arus yang kuat mampu mengangkut bahan-bahan ke tempat

yang lebih jauh.

2. Saiz bahan Semakin berat dan besar bahan yang diangkut kadar pengangkutan menjadi lemah.

3. Orientasi pantai Pantai yang terdedah kepada ombak akan menggalakkan proses pengangkutan

4. Halangan Pokok bakau dan binaan groin akan menghalang proses pengangkutan.

5. Tenaga ombak Ombak pecah menyeret bahan-bahan ke arah pantai dan unduran ombak menarik balik setengah daripada bahan tersebut.Ombak yang serong mengangkut bahan di sepanjang pantaiJika tenaga ombak hilang, proses pengangkutan terhenti.

C) PEMENDAPAN DI PINGGIR PANTAI

I FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMENDAPAN PINGGIR PANTAI1. Tenaga ombak Ombak pembina akan menggalakkan proses pemendapan.

2. Bahan muatan Bahan muatan dari daratan dan laut akan meningkatkan proses pemendapan.

3. Angin Menggalakkan pemendapan bahan-bahan di bahagian belakang pinggir pantai contohnya dune.

4. Orientasi pantai Pantai yang landai dan terlindung akan menggalakkan proses pemendapan.

5. Halangan Pokok dan binaan seperti groin dan tembok pemecah ombak menggalakkan pemendapan di bahagian belakang halangan.

II. BENTUK MUKA BUMI HASIL PEMENDAPAN PINGGIR PANTAI1. Pantai Longgokan bahan-bahan peroi seperti pasir, kelodak yang

terdapat memanjang antara takat air surut paling rendah dan takat yang paling tinggi dicapai ombak ribut.

12

Page 14: modul geografi

2. Anak tanjung Satu beting pasir dengan pangkalnya bersambung di daratan dan hujungnya menganjur ke laut. Ia terhasil melalui lanjutan hanyutan pesisir.

3. Beting luar pantai Beting luar pantai (off-shore) terbentuk selari dengan garisan pantai . Terbentuk melalui tindakan ombak yang menyeret bahan-bahan dari laut ke arah pantai. Bahan-bahan tersebut dimendapkan di zon ombak pecah.

CONTOH-CONTOH SOALAN TINDAKAN OMBAK.

1. a) Terangkan secara ringkas arus pesisir pantai. [5]________________________________________________________________________________________________________________________________

b) Jelaskan mengapa berlakunya perubahan terhadap garis pantai di sesuatu kawasan. [10]

Faktor Huraian1. Tenaga ombak

2. Tenaga arus

3. Halangan

4. Angin

5. Orientasi pantai Jika pantai itu terlindung garis pantai lebih stabil iaitu tidak banyak perubahan. Jika pantai itu terdedah garis pantai sentiasa berubah kerana pantai terdedah kepada tindakan ombak.

c) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan hakisan ombak. [10]

Langkah Huraian1. Tembok batu

2. Groin

3. Tumbuhan

4. Tembok pemecah Ombak5. Undang-undang

13

Page 15: modul geografi

2. a) Apakah yang dimaksudkan ombak pecah? [5]

Ombak pecah berlaku apabila ombak memasuki kawasan air cetek. Dasar alunan ombak mencecah dasar pantai menyebabkan puncak ombak itu pecah kerana daya geseran di dasarnya..

b) Terangkan tiga bentuk muka bumi hasil proses pemendapan ombak. [10]

Bentuk Proses1. Pantai

2. Beting

3. Anak tanjung

c) Huraikan aktiviti yang mencemarkan kawasan pinggir pantai. [10]

Aktiviti Huraian1. Pengambilan pasir pantai

2. Pengangkutan

3. Pelancongan

4. Pembinaan/ Penambakan

5. Perikanan/ Akuakultur

14

Page 16: modul geografi

SOALAN GEOMORFOLOGI SOALAN TAMBAHAN :1. a) Jelaskan secara ringkas jenis-jenis sistem gunung lipat di dunia. [5]

Jenis HuraianGunung lipat tua kalidonia Terbentuk lebih 350juta tahun dahulu. Meliputi kawasan

di benua Eropah barat.Gunung lipat tua hercynia Terbentuk lebih 270 juta tahun dahulu. Meliputi kawasan

tanah tinggi Appalachian ,banjaran pemisah Australia.Gunung lipat muda alps-himalaya

Terbentuk lebih 35juta tahun dahulu . Meliputi kawasan sekitar mediterannean, banjaran himalaya, banjaran besar Malaysia.

Gunung lipat muda lingkaran pasifik

Terbentuk lebih kurang 35 juta tahun dahulu. Meliputi kawasan dari Amerika Selatan sehingga ke Alaska sehingga ke Jepun dan Filipina

b) Terangkan proses pembentukan lipatan kerak bumi. [10]

Tajuk HuraianPunca tenaga arus perolakan lapisan mantel

Arus perolakan dalam mantel akan menghasilkan daya mampatan dan daya tarikan ke dalam bumi apabila sel-sel perolakan bertemu dan bergerak ke bawah. Daya ini akan memampatkan kerak bumi sehingga menghasilkan kedutan..

Pertembungan antara plat benua.

Pertembungan antara plat benua akan menyebabkan salah satu plat termusnah dan satu lagi akan terjulang ke atas membentuk kawasan gunung lipat. Contohnya apabila plat India bertembung dengan plat Eurasia membentuk banjaran Himalaya.

c) Huraikan kepentingan tanah tinggi terhadap alam sekitar. [10]

ALAM SEKITAR FIZIKALPunca aliran air/sungai Tanah tinggi merupakan legeh yang menjadi punca bagi

sistem saliran. Juga memisahkan satu lembangan saliran dengan satu lembangan saliran yang lain.

Suhu Pertambahan ketinggian akan menyebabkan penurunan suhu di sesuatu kawasan . Oleh itu di kawasan tanah tinggi suhunya rendah.

Kepelbagaian tumbuhan Kawasan tanah tinggi akan mempengaruhi jenis dan taburan tumbuhan mengikut ketinggian.

Proses Geomorfologi Tanah tinggi meningkatkan proses pergerakan jisim terutama di kawasan yang gondol kerana kawasan tanah tinggi merupakan kawasan yang bercerun.

15

Page 17: modul geografi

Halangan angin / lindungan

Kawasan tanah tinggi akan menghalang tiupan angin dengan ini melambatkan kelajuan angin. Kawasan tanah tinggi yang menghadap angin lembap akan menyebabkan hujan bukit dan mewujudkan kawasan lindungan hujan.

ALAM SEKITAR MANUSIAPertanian Kawasan tanah tinggi sesuai untuk tanaman hawa

sederhana seperti sayuran, buah-buahan dan teh. Contoh : Cameron Highland

Pelancongan Kawasan tanah tinggi mempunyai suhu yang nyaman akan menarik pelancong. Contoh : Genting Highland , Gunung Kinabalu.

Tadahan air /empangan/ KHE

Kawasan tanah tinggi sesuai dijadikan kawasan tadahan air dan empangan yang boleh menjana hidroelektrik seperti Empangan Kenyir.

Sempadan politik Kawasan tanah tinggi juga boleh dijadikan sempadan politik yang memisahkan sesuatu negeri atau negara. Contoh : Banjaran Himalaya memisahkan Tibet dengan Nepal.

Komunikasi Tanah tinggi sesuai dibina stesen pemancar dan rumah api. Contoh di puncak Gunung Ledang.

2. a) Apakah yang dimaksudkan luluhawa dalaman. [5] Luluhawa dalaman ialah penguraian batuan oleh tindakan kimia secara insitu di bawah permukaan bumi. Ia bertindak secara mendalam. Ia dominan di kawasan

tropika lembap dan menghasilkan regolit yang tebal.

b) Huraikan faktor yang mempengaruhi kadar luluhawa dalaman di sesuatu kawasan [10]FAKTOR HURAIANHujan Semakin banyak hujan yang diterima kadar luluhawa

dalaman meningkat. Jumlah hujan yang banyak menggalakkan tindakan kimia .Contoh di kawasan tropika lembap yang hujannya melebihi 2000mm sepanjang tahun menghasilkan regolit yang tebal.

Tumbuhan Semakin banyak tumbuhan kadar luluhawa dalaman meningkat. Reputan tumbuhan membantu dalam menguraikan batuan melalui tindakan asid biotic (proses chelasi). Tumbuhan juga menggalakkan susupan air ke dalam tanah.

Kecerunan Semakin landai sesuatu permukaan semakin tinggi kadar luluhawa dalaman. Kerana cerun yang landai akan meningkatkan kadar penyusupan air .

16

Page 18: modul geografi

Jenis batuan Batuan yang mengandungi mineral yang mudah terluluhawa seperti besi dan feldspar kadar luluhawa dalaman tinggi.

Kestabilan tektonik Semakin kurang gangguan tektonik di sesuatu kawasan semakin tinggi kadar luluhawa dalaman. Tindakan luluhawa ke dalam tidak terganggu dan bahan regolit yang terhasil tidak dipindah keluar. Ini akan menghasilkan regolit yang tebal.

c) Huraikan pengaruh luluhawa terhadap kehidupan manusia. [10]

ISI HURAIANPertanian Tindakan luluhawa menghasilkan regolit . Ini

memudahkan aktiviti bercuck tanam.

Pelancongan Tindakan luluhawa menghasil pandang darat kars (gua batu kapur) yang menarik . Ini boleh menarik pelancong.

Sumber mineral Tindakan luluhawa menghasilkan mineral seperti garam batu, timah alluvium menggalakkan aktiviti perlombongan.

Perindustrian Tindakan luluhawa menghasilkan bahan mentah untuk industri seperti tanah liat untuk membuat seramik dan batu bata.

Pembinaan Tindakan luluhawa menghasilkan bahan binaan seperti pasir . Ketebalan regolit yang terhasil menentukan kedalaman pemasangan cerucuk dalam pembinaan.

17

Page 19: modul geografi

942/1 ALAM SEKITAR FIZIKAL

TEMA : SISTEM ATMOSFERA

NOTA RINGKAS TOPIK TUMPUAN

Pada penghujung topik ini, murid dapat :

1. Menjelaskan konsep atmosfera,sturktur dan kandungan atmosfera.2. Menghuraikan konsep imbangan bahangan .3. Menjelaskan fakor-faktor yang mempengaruhi taburan suhu mendatar.4. Menghuraikan konsep-konsep kelembapan udara dan proses-proses dalam kelembapan

udara.5. Membincangkan pengaruh cuaca dan iklim terhadap aktiviti manusia.6. Menjelaskan fenomena perubahan iklim.

A) KONSEP ATMOSFERA

KONSEP HURAIAN.Atmosfera Atmosfera ialah satu lapisan nipis gas tanpa bau, warna dan rasa

yang berada di atas permukaan bumi disebabkan oleh tarikan daya graviti bumi.”

B) STRUKTUR ATMOSFERA

Struktur CiriTermosfera/ionosfera Suhu meningkat mengikut ketinggian sehingga

1000˚C.Lapisan paling bawah dipenuhi dengan gas nitrogen dan molekul oksigen. Berlaku pemisahan electron bercas negative daripada atom oksigen dan molekul nitrogen. Penting untuk telekomunikasi.

Mesosfera Ketinggian sehingga 80 km, suhu berkurangan mengikut ketinggian sehingga -90˚C. Di kawasan ini wujud awan noktilusen. Bahan meteor mula terbakar di sini

Stratosfera Ketinggian sehingga 50 km, suhu bertambah secara perlahan-lahan mengikut ketinggian. Lapisan ini sangat kering, tidak mengandungi awan atau cuaca. Mengandungi gas ozon.Kebanyakkan bahan meteor memasuki lapisan ini.

Troposfera Ketebalan kira-kira 8 km, meliputi 25 % daripada jisim bumi. Pengurangan suhu 6.5˚C bagi setiap 1000m.Kawasan terdapatnya perubahan iklim dan cuaca.

C) KANDUNGAN ATMOSFERA

18

Page 20: modul geografi

KANDUNGAN HURAIAN KESAN1. Gas kekal Gas yang tetap di atmosfera seperti

Nitrogen ( 78.09%), Oksigen (20.95%) dan Argon (0.93%).

2. Gas berubah Gas yang kandungannya tidak tetap di atmosfera. Contohnya : a.Karbon dioksida : sentiasa bertambahi. memasuki atmosfera melalui tindakan organisma hidupan lautan dan daratan.ii. peningkatan penggunaan bahan api fosil oleh manusia

b.Ozon : sentiasa berkurangan - melalui kitar fotokimia iaitu

melibatkan percantuman semula dengan atom oksigen menyebabkan kehilangan bersih oksigen ganjil.

O3 + O = 2O2

c.Klorofluorokarbon (CFC) : sentiasa bertambah i. punca: bahan-bahan aerosol, bahan penyejuk (freom) , bahan pencuci dan penyaman udara ii.terlerai dan membebaskan klorin yang juga terlibat dalam pemusnahan lapisan ozon.

d.Nitrogen Oksida (NOX) sentiasa bertambah

i. mekanisme biologi di lautan dan juga dalam tanah. ii. pembakaran industri, kenderaan, biojisim, dan penggunaan baja kimia.

e.Sulfur dioksida (SO2) sentiasa bertambah

pembakaran arang batu dan minyak serta peleburan tembaga.

Penambahan dan pengurangan kumpulan gas ini akan mempengaruhi :

i. pencemaran udaraii.peningkatan gas

rumah hijauiii .hujan asidiv. penipisan lapisan ozonv. pemanasan global

3. Juzuk bukan gas Dikenali sebagai bahan aerosol termasuk habuk, asap, zarah garam, zarah tanah, dan habuk galian daripada pembakaran kering, karbon dan habuk gunung berapi.

Mengakibatkan fenomena jerebu

D) PERANAN ATMOSFERA

19

Page 21: modul geografi

Isi HuraianBiologi Oksigen - penyokong kepada semua kehidupan di permukaan

bumi.

Mencorakkan kontur permukaan bumi

Kejadian cuaca seperti angin, hujan dan larian air. Tindakan unsur-unsur cuaca ini telah mewujudkan pelbagai bentuk permukaan bumi yang sentiasa berubah tanpa mengira masa dan tempat.

Kekayaan semula jadi Perlombongan logam dan simpanan bijih dikaitkan dengan pengumpulan bahan logam melalui tindakan kimia air hujan ke dalam batuan.

Perdagangan / rekreasi Pedagang pada zaman dahulu menggunakan kapal layar yang memerlukan tiupan angin.

Membentuk dan menpengaruhi cuaca

Atmosfera bumi sentiasa mengalami perubahan secara berterusan. Manusia perlu menyesuaikan diri dengan setiap perubahan yang ekstrem agar tidak mengalami kesan perubahan tersebut.

UNSUR-UNSUR CUACA DAN IKLIMA) IMBANGAN BAHANGAN.

20

Page 22: modul geografi

KONSEP HURAIANImbangan bahangan Jumlah bahangan yang diterima oleh bumi daripada matahari

melalui gelombang-gelombang pendek sama dengan jumlah bahangan yang dibebaskan oleh bumi melalui gelombang-gelombang panjang.

B) FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN SUHU MENDATAR

FAKTOR HURAIAN1.Tumbuhan semulajadi

Kawasan yang banyak tumbuhan - suhu lebih rendah. Mengurangkan bahangan matahari yang sampai ke permukaan bumi.

2. Awan Kawasan yang banyak dilitupi awan – suhu lebih rendah. Awan akan membalikkan dan menyerap sebahagian bahangan matahari.

3. Arus lautan Arus lautan mempunyai kebolehan memindahkan haba – jenis arus akan mempengaruhi suhu pinggir pantai. Contohnya Arus Telukan membawa haba daripada kawasan tropika ke kawasan sederhana.

4.Perbezaan permukaan bumi

Albedo permukaan bumi menentukan jumlan bahangan yang diserap oleh bumi. Albedo yang tinggi akan menyebabkan suhu di kawasan itu rendah.

5.Ketinggian Kawasan yang tinggi akan mengalami suhu yang semakin rendah.

C) LEMBAPAN ATMOSFERA

KONSEP HURAIAN1.Lembapan atmosfera

Kandungan wap air yang terdapat di atmosfera.

2.Kelembapan mutlak

Jumlah wap air dalam sesuatu isipadu air. (g/m3)

3. Kelembapan tentu

Jisim wap air bagi setiap kilogram udara.

4. Kelembapan bandingan

Nisbah jumlah wap air yang sebenar terdapat di udara berbanding dengan jumlah wap air yang boleh ditampung oleh udara tersebut pada suhu yang tertentu.

D) PROSES-PROSES LEMBAPAN ATMOSFERA

21

Page 23: modul geografi

PROSES HURAIAN1.Sejatan Proses cecair atau ais bertukar menjadi wap air. Ia adalah proses

yang berlaku secara berterusan daripada permukaan air, tanah dan salji.

2. Pepeluhan/ Transpirasi

Air yang hilang daripada permukaan tanaman dan tumbuhan. Ia berlaku apabila tekanan wap dalam sel daun adalah lebih besar daripada tekanan wap atmosfera.

3. Sejatpeluhan

Air yang hilang ke atmosfera melalui pepeluhan tumbuhan dan sejatan dari tumbuhan dan tanah.

E) FAKTOR YANG MEMPENGARUHI SEJATAN

FAKTOR HURAIAN1. Tekanan wap Tekanan wap yang tinggi di atmosfera akan menyebabkan kadar

sejatan menjadi rendah.

2. Suhu permukaan Suhu permukaan sejat yang tinggi akan meningkat kadar sejatan .

3. Angin Angin yang kencang dapat membaurkan wap air dan meningkatkan sejatan.

4. Kandungan air Kadar sejatan lebih tinggi bagi air bersih berbanding dengan air masin.

5. Luas permukaan sejat

Sejatan lebih mudah berlaku di permukaan air yang terdedah berbanding permukaan air yang terlindung.

F) FENOMENA PERUBAHAN CUACA DAN IKLIM

22

Page 24: modul geografi

I. PEMANASAN GLOBALKONSEP/ISI HURAIAN

Konsep Pemanasan atmosfera bumi yang menyebabkan peningkatan suhu global kesan daripada aktiviti manusia.

II. MEKANISME KEJADIAN1. Kesan rumah Hijau

Peningkatan gas-gas rumah hijau seperi CO2, Metana telah menyebabkan bahangan bumi terperangkap dan dibalikkan semula ke permukaan bumi. Gas rumah hijau ini membenarkan bahangan matahari masuk ke atmosfera bumi tetapi menghalang bahangan bumi keluar ke ruang angkasa.

2. Penipisan lapisan ozon

Penipisan dan kebocoran lapisan ozon telah menyebabkan lebih banyak bahangan (UV) matahari sampai ke permukaan bumi.

III. PUNCA/FAKTOR1. Penyahutanan Penyahutanan menyebabkan ketidakseimbangan antara gas CO2

dengan O2. Kehilangan tumbuhan menyebabkan proses fotosintesis yang menyerap CO2 terhenti.

2. Pembakaran Terbuka

Pembakaran terbuka membebaskan partikel dan gas rumah hijau ke atmosfera dan bertindak menghalang bahangan bumi.

3. Pembakaran Bahan api

Pembakaran bahan api fosil seperti arang batu dan minyak untuk penjanaan kuasa akan membebaskan gas rumah hijau seperti CO2, NO2,SO2.

4. Perindustrian

Pembebasan gas CFC dalam industri penyejukan (Freon), bahan pencuci, aerosol akan menghakis lapisan ozon.Industri peleburan seperti tembaga akan membebaskan gas SO2.

5. Pereputan organik Pereputan sisa tanaman dan najis haiwan membebaskan gas metana.

IV.KESAN PEMANASAN GLOBAL TERHADAP ALAM SEKITAR FIZIKAL1. Suhu meningkat

Penerimaan gelombang suria dan gelombang bumi yang lebih banyak telah menyebabkan suhu dunia meningkat.

2. Pencairan ais Suhu yang lebih tinggi telah menyebabkan pencairan ais dan meningkatkan aras laut.Banyak kawasan rendah tenggelam.

3.Proses hakisan meningkat

Pencairan ais gunung meningkatkan hakisan dalam alur . Kenaikan aras laut menyebabkan hakisan ombak juga meningkat.

4. Perubahan unsur iklim

Peningkatan fenomena ribut, taufan, banjir dan kemarau.

5. Gangguan ekosistem

Peningkatan suhu menyebabkan kehidupan organisma terganggu maka menyebabkan kemusnahan sesuatu ekosistem. Contohnya plakton dan terumbu karang.

V.KESAN PEMANASAN GLOBAL TERHADAP ALAM SEKITAR MANUSIA

23

Page 25: modul geografi

1. Penyakit/kematian Suhu yang tinggi menyebabkan penyakit seperti strok haba, dehidrasi, kanser kulit dan penyakit pernafasan.

2. Ekonomi Menjejaskan pengeluaran / produktiviti sektor ekonomi seperti pertanian , pelancongan, perikanan dll.

3. Kebuluran Pengeluaran sumber makanan yang berkurangan menyebabkan malnutrisi dan kebuluran.

VI. LANGKAH MENGURANGKAN KESAN PEMANASAN GLOBAL1. Sumber alternatif

Mengurangkan penggunaan bahan api fosil dan menggunakan sumber alternatif seperti tenaga suria, angin, ombak dan hidro.

2. Menggunakan bahan yang mesra alam

Mengurangkan penggunaan bahan yang berasaskan aerosol dan menggantikan dengan bahan yang berasaskan air dalam industri.

3. Perundangan Menguatkuasakan undang-undang seperti akta kualiti alam sekeliling 1974 .

4. Kerjasama antarabangsa

Mewujudkan kerjasama antara negara-negara dalam menangani masalah pemanasan global seperti Protokol Montreal 1987 dan Deklarasi Langkawi.

5. Kempen/ pendidikan

Mendidik rakyat melalui media massa seperti kempen kesedaran misalnya “Kempen Kitar Semula”.

SOALAN ATMOSFERA.

24

Page 26: modul geografi

1. a) Apakah yang dimaksudkan dengan atmosfera? [5]__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

b) Terangkan mekanisme yang menyebabkan berlakunya peningkatan suhu dunia.[10]

Kesan rumah Hijau

Penipisan lapisan Ozon

c) Jelaskan kepentingan atmosfera terhadap alam sekitar. [10]

Isi HuraianBiologi

Mencorakkan kontur permukaan bumi

Kekayaan semula jadi

Perdagangan / rekreasi

Membentuk dan menpengaruhi cuaca

2. a) Terangkan dengan ringkas kandungan atmosfera. [5]

25

Page 27: modul geografi

ISI HURAIANGas tetap

Gas berubah

Juzuk bukan gas

b) Mengapakah kerap berlaku hujan asid di bandar-bandar besar? [10]

ISI HURAIANPenjana kuasa Penggunaan arang batu sebagai bahan bakar untuk

menjana kuasa elektrik membebaskan gas sulfur dioksida.

Perindustrian Industri pemerosesan seperti baja kimia dan racun serangga akan membebaskan gas nitrogen dan sulfur dioksida.

Asap kenderaan Pembebasan asap kenderaan yang banyak membebaskan gas karbon monoksida.

Pembakaran terbuka Aktiviti pelupusan sampah dan pembakaran sampah terbuka akan membebaskan gas pencemar ke atmosfera.

Struktur bandar Bangunan yang tinggi dan padat menghalang pengaliran udara menyebabkan gas-gas pencemar terkumpul di atmosfera bandar.

c) Huraikan kesan hujan asid terhadap alam sekitar. [10]

ISI HURAIANPencemaran air Hujan asid mencemarkan sumber air seperti air tasik dan

air sungai.

Pencemaran tanah Hujan asid menyebabkan tanah menjadi berasid menyebabkan kesuburan tanah menurun.

Kemusnahan hidupanAkuatik

Hujan asid meneybabkan air berasid dan mengancam kehidupan akuatik seperti ikan, katak . Jika nilai pH kurang daripada 3 semua jenis organisma akuatik akan pupus.

Kemusnahan tumbuhan Hujan asid akan memusnahkan tumbuhan dengan melarutresap potasium, kalsium dan magnesium daripada daun-daun pokok

26

Page 28: modul geografi

Kehidupan manusia Hujan asid boleh menyebabkan penyakit kulit. Cat bangunan luntur.

3. a) Apakah yang dimaksudkan dengan Imbangan Bahangan? [5]

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Jadual : Taburan Bahangan di Pemukaan Bumi (Wm2)

TarikhGaris lintang

90oU 70oU 50oU 30oU 0o 30oS 50oS 70oS 90oS21 Mac 0 153 287 387 447 387 287 153 022 Dis 0 0 88 233 421 520 528 540 40

b) Berdasarkan jadual di atas, lukiskan graf garis yang dapat menunjukkan taburan bahangan mengikut kedudukan garis lintang. [10]

Contoh jawapan :

Taburan bahangan mengikut kedudukan garis lintang.

0

200

400

600

800

1000

90oU 70oU 50oU 30oU 0o 30oS 50oS 70oS 90oS

Garis lintang

Wm

2 22 Dis

21 Mac

c) Jelaskan mengapa taburan suhu berbeza-berbeza dari satu kawasan dengan kawasan yang lain. [10]

27

Page 29: modul geografi

Tumbuhan semulajadi

Awan

Arus lautan

Perbezaan permukaan bumi

Ketinggian

942/2 ALAM SEKITAR MANUSIA

28

Page 30: modul geografi

TEMA : PENDUDUK

Piramid Penduduk

Pada akhir topik ini murid dapat:1. Membina graf piramid penduduk2. Menghuraikan ciri-ciri piramid penduduk3. Menjelaskan kesan piramid terhadap sosioekonomi

Graf Bar Piramid: Struktur Umur dan Jantina Penduduk Malaysia bagi Tahun 1997.

Perkara-perkara yang perlu ada dalam menghasilkan graf

50010001500200025003000 0

Skala: 1 sm mewakili 500 000 orang

Petunjuk:

Lelaki

Perempuan

29

Lelaki Perempuan

Bilangan ('000) orang

Kumpulan Umur

(Tahun)

300025002000150010005000

70>

60-79

50-59

40-4930-39

20-2910-190 - 9

Page 31: modul geografi

1. Tajuk . Rujuk dari soalan selepas perkataan menunjukkan. ( Perlu ada perkara, negara, tahun)

2. Petunjuk mesti ada.3. Pilih skala yang sesuai4. Plotkan graf dengan tepat dan kemas

a) Ciri-ciri Piramid Progresif ( Contoh: Malaysia dan negara Asia Tenggara kecuali Singapura)

Ciri-ciri Huraian

1. Tapak yang lebar - Kadar kelahiran tinggi disebabkan perubatan moden; program perancangan keluarga kurang berkesan; amalan perkahwinan usia muda, halangan adat dan agama.

- Kadar kematian merosot – perubatan moden dapat mencegah penyakit merbahaya dan kematian bayi.

2. Puncak mulai lebar

- Jangka hayat penduduk tua semakin tinggi (lebih 60 tahun)- Perubatan moden membantu meningkatkan taraf kesihatan.- Amalan pemakanan yang seimbang.

3. Komposisi umur - Kumpulan umur muda ( 1-20 tahun ) adalah ramai ini menyebabkan nisbah tanggungan kumpulan dewasa tinggi.

4. Ciri Jantina - Kumpulan umur muda – jantina lelaki lebih ramai daripada perempuan.

- Kumpulan umur tua - jantina perempuan lebih ramai daripada lelaki. Jangka hayat perempuan

b) Kesan Piramid Progresif Kepada Malaysia

Kesan Huraian

1. Pertumbuhan penduduk yang pesat

- Aset/jumlah tenaga buruh lebih ramai pada masa hadapan apabila kumpulan muda menjadi dewasa

- Kumpulan umur produktif membantu memesatkan pertumbuhan ekonomi

2. Pertambahan perbelanjaan kerajaan

- Kerajaan perlu menyediakan kemudahan asas kepada penduduk seperti pendidikan, kesihatan, rekreasi.

3. Peluang pekerjaan

- Pekerjaan perlu ditambah untuk mengelakkan masalah pengangguran

4. Memperluaskan pasaran domestik

- Penduduk yang banyak menyediakan pasaran bagi barangan keluaran tempatan

5. Warga tua meningkat

- Penyediaan rumah kebajikan perlu ditambah- Bayaran pencen meningkat- Penyediaan perubatan percuma perlu diadakan

Pertumbuhan Penduduk

30

Page 32: modul geografi

Pada akhir topik ini murid dapat:1. Mengira kadar pertumbuhan penduduk2. Menghuraikan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk3. Menjelaskan sebab-sebab penurunan kadar kelahiran

a) Penghitungan kadar pertumbuhan penduduk.

Kadar pertumbuhan penduduk = % kadar kelahiran – %kadar kematian Kadar kelahiran = Bilangan kelahiran X 1000 Jumlah Penduduk(JP) Peratus Kadar Kelahiran = Kadar Kelahiran X 100% 1000 Kadar kematian = Bilangan kematian X 1000 Jumlah Penduduk

Peratus Kadar Kematian = Kadar Kematian X 100% 1000 Kadar migrasi bersih = Migrasi bersih/JP = Imigrasi masuk – Emigrasi keluar/JP X 100%

b) Faktor mempengaruhi pertumbuhan pendudukIsi Huraian

1. Peningkatan kadar kelahiran dan pengurangan kadar kematian

Disebabkan:- Kemajuan taraf kesihatan- Kemajuan teknologi perubatan- Dapat mengawal penyakit berbahaya seperti kanser- Dapat mengurangkan kadar kematian bayi- Meningkatkan jangka hayat penduduk

2. Aras kesuburan (fertiliti ) yang tinggi

- Kumpulan umur muda ramai ( 15-44 tahun )- Amalan perkahwinan pada usia muda membolehkan

ramai anak- Berlaku di negara sedang membangun seperti Indonesia

3. Kegagalan program kawalan penduduk (Perancangan keluarga)

- Taraf pendidikan rendah menyebabkan maklumat yang hendak disampaikan tidak dapat difahami.

- Halangan agama dan adat ini menyebabkan kadar kelahiran meningkat

4. Pertambahan pengeluaran sumber makanan

- Kejayaan era Revolusi Hijau pada tahun 60-an telah dapat menampung pertambahan penduduk yang pesat

dan mengatasi krisis makanan dan kebuluran Lebihan makanan di sesebuah negara di eksport ke

negara lain yang mengalami kekurangan makanan.

5. Kestabilan politik dan dasar kerajaan/ governan

- Tamat perang dunia kedua, menyebabkan pengurangan kadar kematian secara besar-besaran

- Polisi kerajaan ke arah pertambahan penduduk dan kemajuan ekonomi negara

6. Migrasi - Perpindahan penduduk melibatkan migrasi dalaman dan migrasi antarabangsa meningkatkan pertambahan penduduk.

c) Kadar kelahiran – Sebab-sebab penurunan kadar kelahiran

31

Page 33: modul geografi

Isi Huraian

1. Penggunaan/amalan perancangan keluarga

- Pengambilan pil perancang, penggunaan IUD, penggunaan kondom, dan mengikat saluran peranakan

2. Tahap pendidikan semakin meningkat

- Kesedaran penerimaan program perancang keluarga dapat berjalan dengan lancar ke atas mereka yang berpendidikan.

3. Umur perkahwinan semakin meningkat

- Perkahwinan pada usia lewat menyebabkan lambat mendapat anak . Aras kesuburan penduduk juga semakin rendah

4. Golongan wanita Bekerjaya meningkat

- Wanita yang bekerja lebih mementingkan kerjaya dan tidak mahu anak yang ramai

5. Dasar Kerajaan – mengehadkan kadar kelahiran

- Singapura: 2 orang anak satu keluarga ( sehingga tahun 80-an )

- China: 1 keluarga 1 anak

6. Kos sara hidup semakin meningkat

- Bilangan ahli keluarga terpaksa dikecilkan bagi mengurangkan kos sara hidup yang semakin tinggi untuk membesarkan anak.

7. Pemodenan nilai gaya hidup

- Kehidupan yang semakin moden biasanya bilangan keluarga adalah kecil dan tiada berkeinginan mempunyai ahli keluarga besar

d) Kesan pertambahan penduduk terhadap sumber alam.

Isi Huraian

1. Tekanan terhadap sumber alam

- Sumber tanah semakin terhad- Harga tanah semakin meningkat akibat persaingan guna

tanah dalam pelbagai sektor seperti perindustrian, pembinaan, pertanian dan utiliti

2. Kepupusan dan kehabisan sumber alam

- Sumber hutan, air, flora dan fauna semakin pupus- Sumber mineral dan bahan api fosil semakin

berkurangan seperti emas, bijih timah, petroleum, gas asli dan arang batu.

3. Berlakunya pencemaran sumber alam

- Berlaku pencemaran kepada sumber air, udara dan darat yang akan menjejaskan kesihatan manusia

4. Kekurangan sumber makanan

- Sumber berasaskan pertanian, penternakan dan perikanan semakin berkurangan akhirnya memberi kesan kepada manusia

5. Memajukan sumber yang berpotensi

- sumber alam seperti galian, bahan api, perhutanan, perikanan akan dapat diuruskan dengan cekap dan berkesan.

Akses kendiri.

32

Page 34: modul geografi

Penduduk

1 Jadual 1 menunjukkan struktur umur dan jantina penduduk Malaysia pada tahun 1997.

Jadual 1: Struktur umur dan jantina penduduk Malaysia, 1997.

Kumpulan umur Lelaki (000) Perempuan (000)

0-9 10-19 20-29 30-39 40-49 50-59 60-69 70 dan lebih

2612 2357 2017 1653 1168 684 386 206

2455 2225 1876 1584 1111 656 414 261

a) Berdasarkan jadual 1, lukiskan rajah sesuai untuk menggambarkan struktur umur dan

jantina penduduk Malaysia bagi tahun 1997. [10]

Piramid penduduk

1 (a) Namakan lima negara di Asia Tenggara yang mengalami ciri kependudukan piramid progresif [5] i)____________________________ ii)____________________________

iii)____________________________

iv)____________________________

v)____________________________

(b) Jelaskan lima ciri kependudukan yang terdapat dalam rajah piramid progresif. [10]

33

Page 35: modul geografi

Ciri-ciri Huraian

(c) Huraikan lima kesan ciri kependudukan tersebut terhadap sosioekonomi penduduk [10]

Kesan Huraian

Pertumbuhan penduduk

34

Page 36: modul geografi

(a) Huraikan lima faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk di Malaysia [10]

Isi Huraian

(b) Jelaskan lima sebab mengapa kadar kelahiran di sesebuah negara Asia Pasifik semakin menurun. [10]

Isi Huraian

(c) Huraikan lima impak pertambahan penduduk terhadap sumber alam [10]

35

Page 37: modul geografi

Isi Huraian

Migrasi Penduduk

Pada akhir topik ini murid dapat:1. Menghuraikan pola migrasi dalaman2. Menerangkan faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman3. Menghuraikan kesan migrasi dalaman kepada kawasan asal dan kawasan destinasi

a) Migrasi Dalaman

i. Pola migrasi dalaman di Malaysia

Arah Aliran Migrasi Huraian

1. Migrasi Desa ke Bandar

- migrasi ke bandar besar / utama terutama golongan muda untuk mendapatkan peluang pekerjaan atau melanjutkan pelajaran.

- Di samping itu banyak kemudahan sosial yang disediakan seperti pusat hiburan.

- Berlaku faktor tolakan di desa yang serba kekurangan

2. Migrasi Desa ke Desa

- Berlaku dari kampung tradisional ke Tanah Rancangan FELDA di bawah Program PembangunanWilayah

3. Migrasi Bandar ke Desa

- Biasanya berlaku kepada golongan pesara yang pulang ke kampung setelah tamat perkhidmatan dan berlaku pertukaran tempat kerja

4. Migrasi Bandar ke Bandar

- Berlaku akibat pertukaran tempat kerja dari bandar kecil ke bandar besar atau sebaliknya

ii. Komposisi aliran

36

Page 38: modul geografi

Isi Huraian

1. Kumpulan umur muda paling aktif

- Berlaku kepada tenaga kerja muda: 15 – 45 tahun- umur 1- 14 tahun biasanya berhijrah mengikut keluarga

2. Lelaki lebih banyak berhijrah berbanding wanita

- Disebabkan lelaki lebih daya mobiliti/pergerakkan berbanding wanita untuk mencari peluang pekerjaan.

- Peratus wanita berhijrah rendah kerana halangan budaya dan adat.

3. Taraf pendidikan - Taraf pendidikan yang tinggi membolehkan penduduk lebih banyak bergerak untuk mendapatkan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor.

b) Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman

Isi Huraian

1. Faktor ekonomi - Terdapat banyak peluang pekerjaan di kawasan destinasi seperti dalam sektor perkilangan, pembinaan, perkhidmatan, pelancongan dan pertanian.

2. Faktor sosial - Melanjutkan pelajaran dan pendidikan ke IPTA dan IPTS

- Mendapatkan kemudahan perubatan yang lebih baik- Mengunjungi pusat hiburan- Adanya kemudahan pengangkutan yang cekap seperti teksi / bas / LRT- Tarikan tali persaudaraan / rakan/ perkahwinan

3. Faktor bencana alam - Berlakunya Banjir / Kemarau / Gempa bumi-

4. Faktor dasar kerajaan - Kerajaan telah memperkenalkan Dasar Pembangunan Wilayah / Rancangan Petempatan Desa contoh Felda, Kejora, Ketengah, Dara dll.

c) Kesan Migrasi

37

Page 39: modul geografi

i. Kesan terhadap kawasan asalKesan Huraian

1. Kekurangan tenaga buruh

- Sukar memajukan sumber alam kerana kekurangan tenaga kerja muda di kawasan asal

2. Saiz pasaran terhad - Jumlah penduduk yang tinggal terhad/ sedikit mengecilkan pasaran barangan

3. Berlaku tanah terbiar - Tanah tidak diusahakan kerana golongan muda berhijrah, ini menyebabkan tanah tidak dapat diusahakan secara ekonomik.

4. Penduduk tua yang tinggal /ramai

- Kawasan asal dihuni oleh golongan tua yang tidak produktif atau tidak mampu bekerja.

5. Berlaku lebihan sumber

- Tekanan terhadap sumber alam berkurangan kerana bilangan penduduk yang semakin sedikit ini menyebabkan sumber tidak diterokai secara maksimum.

ii. Kesan terhadap kawasan destinasi (di tuju)Kesan Huraian

1. Berlaku tekanan terhadap sumber

- Sumber tanah semakin terhad disebabkan persaingan guna tanah oleh pelbagai sektor aktiviti ekonomi.

2. Kepupusan sumber - Sumber dieksploitasi seperti hutan, mineral dan lain-lain akan berkurangan dan akhirnya berlaku kepupusan

3. Pencemaran alam sekitar

- Kualiti sumber air , udara dan darat akan merosot akibat pencemaran yang dihasilkan oleh pelbagai sektor ekonomi.

4. Kekurangan tempat tinggal

- Kekurangan rumah kos rendah terutama bagi golongan yang berpendapatan rendah menyebabkan kewujudan kawasan setinggan

5. Kesesakan - Pertambahan penduduk dan kenderaan menyebabkan kesesakan penduduk dan lalu lintas yang teruk.

6. Masalah sosial dan penyakit

- Berlaku peningkatan kes jenayah seperti mencuri, merompak, ragut, rogol.

- Peningkatan kes penyakit berjangkit seperti AIDS.

7. Menggalakkan pembangunan sumber

- Sumber dapat dibangunkan untuk pembangunan negara kerana sumber tenaga buruh yang banyak.

Akses kendiri.

38

Page 40: modul geografi

Migrasi

a) Nyatakan empat arah aliran migrasi dalaman di malaysia [4]

i)___________________________________________________________

ii)___________________________________________________________

iii)___________________________________________________________

iv)___________________________________________________________

b) Huraikan tiga komposisi aliran migrasi yang berlaku di Malaysia [6]

Isi Huraian

c) Jelaskan empat faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman di Malaysia [8]

Isi Huraian

d) Huraikan lima kesan migrasi dalaman kepada kawasan asal [10]

39

Page 41: modul geografi

Isi Huraian

e) Terangkan lima kesan migrasi dalaman kepada kawasan destinasi [10]

Isi Huraian

942/2 ALAM SEKITAR MANUSIA

40

Page 42: modul geografi

TEMA : PEMBANGUNAN EKONOMI DAN IMPAK ALAM SEKITAR

Pada akhir topik ini murid dapat:

1. Membezakan sektor-sektor ekonomi2. Menghuraikan ciri-ciri sektor ekonomi3. Menerangkan sumbangan sektor ekonomi kepada pembangunan negara4. Menerangkan impak pembangunan ekonomi terhadap alam sekitar5. Menghuraikan langkah menguruskan impak pembangunan ekonomi terhadap alam

sekitar

a) Sektor-sektor ekonomi

Primer Sekunder Tertier

Sektor ekonomi: Pertanian Perikanan Perhutanan Perlombongan

Sektor ekonomi: Pemprosesan Pembuatan Pembinaan

Sektor ekonomi: Pelancongan Pengangkutan Perdagangan dan

Perniagaan Perkhidmatan Awam

dan Swasta Utiliti (elektrik, air

dan gas) Komunikasi dan

teknologi maklumat

b) Ciri-ciri utama setiap sektor

SektorCiri

Primer Sekunder TertierPertanian Perindustrian Pelancongan

1.Taburan/Lokasi Kebun kecil lokasinya berselerak di kawasan pedalaman

Ladang lokasinya di Rancangan Pembangunan Wilayah dan estet swasta

Berkelompok:Seperti aglomerasi industri dan estet perindustrian

Berselerak:Seperti industri pemprosesan getah dan kelapa sawit atau industri berasaskan sumber yang lain

Tarikan fizikal seperti pantai, gua, pulau, bentuk muka bumi, iklim

Tarikan budaya seperti makanan, masyarakat majmuk, tempat bersejarah, pusat beli belah

2. Skala kecil atau skala besar

Kebun kecil skalanya kurang 40 hektar di MalaysiaLadang skalanya melebihi 40 hektar di Malaysia

Kecil seperti IKS dan industri desa

Besar seperti pembuatan kereta, penapisan petroleum

Kecil seperti penginapan Chelet dan homestay (merasai hidup cara kampung)Besar seperti Hotel

3. Orientasi Kebun kecil untuk sara Tempatan: Dikunjungi oleh

41

Page 43: modul geografi

pengeluaran diri

Ladang untuk pasaran domestik dan eksport

menghasilkan barang makanan, tekstil

Eksport: menghasilkan elektronik, automobil, minyak sawit, air-cond

pelancong tempatan dan pelancong asing.

4. Penggunaan modal

Kebun kecil menggunakan modal ahli keluarga atau modal tempatan

Ladang menggunakan modal besar atau pelaburan asing

Modal asing melibatkan industri berteknologi tinggi dan barangan elektronik

Modal tempatan seperti Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan industri desa

Modal tempatan: Homestay, chalet

Modal Asing: Hotel mewah, pusat peranginan

5. Buruh Kebun kecil menggunakan buruh ahli keluarga dan buruh upah dalam kuantiti kecil

Ladang menggunakan buruh yang ramai melibatkan buruh tempatan dan asing yang mendapat gaji bulanan

Tenaga buruh sedikit dan mahir kerana banyak menggunakan teknologi moden.

Tenaga buruh ramai seperti kilang elektronik. Melibatkan penggunaan tenaga buruh mahir atau tidak mahir

Menggunakan tenaga kerja tempatan atau kerja asing

Jenis pekerjaan seperti pengurus, pekerja hotel, pemandu pelancong

6. Teknologi Kebun kecil biasanya teknologi moden terhad hanya menggunakan peralatan separa moden

Ladang biasanya menggunakan teknologi dan peralatan moden

Teknologi mudah atau rendah seperti IKS dan industri desa

Teknologi tinggi seperti dalam industri automobil

Teknologi tinggi untuk membina hotel dan kemudahan prasarana

c) Sumbangan atau kepentingan sektor ekonomi

42

Page 44: modul geografi

Isi Huraian

1. Meningkatkan pendapatan negara

- Eksport barangan menghasilkan pertukaran wang asing. Ekonomi negara akan menjadi lebih kukuh melalui peningkatan pendapatan negara

- Pertumbuhan pesat ekonomi akan meningkatkan KDNK serta memperbaiki imbangan perdagangan

2. Menyediakan peluang pekerjaan

- Pelbagai peluang pekerjaan dapat mengurangkan kadar pengangguran seterusnya meningkatkan taraf hidup penduduk dan kadar kemiskinan

3. Memperkembangkan teknologi dan R&D

- Aktiviti ekonomi akan menggalakkan pemindahan teknologi asing. Seterusnya usaha sama dan penyelidikan dapat ditingkatkan.

4. Memperkembang sektor ekonomi yang lain (Kesan pengganda)

- Memperkembangkan sektor ekonomi yang berkaitan seperti sektor perkhidmatan, sektor telekomunikasi dan sektor tenaga

5. Memperkembangkan aktiviti primer

- Sektor sekunder dan tertier akan membantu perkembangan sektor pertanian, perhutanan, perikanan dan perlombongan.

6. Pencetus pembandaran dan kehidupan moden

- Perkembangan sektor ekonomi akan mewujudan bandar baru seterusnya mewujudkan gaya hidup moden masyarakat

7. Teras program pembangunan negara

- Perkembangan sektor ekonomi akan menjadi pemangkin program pembangunan desa dan bandar

d) Impak pembangunan ekonomi terhadap alam sekitarIsi Huraian

1. Kemerosotan dan kepupusan sumber

- Berlaku kemerosotan terhadap sumber hutan, air , perikanan

- Berlaku dalam sektor perlombongan seperti bijih timah, emas, petroleum dan sebagainya.

2. Pencemaran alam sekitar

Berlakunya pencemaran seperti:- pencemaran udara - pencemaran sampah- pencemaran air - pencemaran tanih- pencemaran bau - pencemaran sisa toksik - pencemaran bunyi

3. Kemerosotan kualiti alam sekitar

Kemerosotan kualiti alam sekitar melibatkan:- peningkatan suhu setempat- hakisan, tanah runtuh dan tanah tandus- banjir dan kemarau- ancaman kepupusan kepelbagaian biologi, kemushahan

habitat dan rantaian makanan

e) Langkah menguruskan impak pembangunan ekonomi terhadap alam sekitar

43

Page 45: modul geografi

i. Langkah perundangan

Isi Huraian

1. Kuatkuasa Akta / Gubal Akta

- Meguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 untuk mengawal dan mengatasi pencemaran alam sekitar

2. Akta-akta lain atau ordinan, peraturan

- Contohnya akta perhutanan negara, akta galian, akta petroleum, akta air dan lain-lain

3. Laporan Kesan Alam Sekitat (EIA)

- Projek pembangunan mega atau di lereng bukit perlu mendapatkan kelulusan untuk membangunkan kawasan yang berisiko tinggi contoh pembinaan empangan, petempatan di tanah tinggi, pengairan, pelancongan

4. Agensi pelaksana - Melalui penubuhan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dan agensi atau jabatan yang berkaitan melalui pemantauan yang berkesan.

5. Penguatkuasaan hukuman

- Menguatkuasaan hukuman seperti kompaun, denda, penjara , tarik lesen dan disita terhadap pesalah

ii. Langkah bukan perundangan

Isi HuraianA. Amalan pengurusan

1. Mengawal pencemaran udara

Seperti:- menempatkan industri mengikut zon dan jenis- mengawal pelepasan asap melalui sistem penapisan- meninggikan serombong- mengurangkan penggunakan bahan bakar petroleum dan

arang batu ( bahan api fosil)- beralih kepada sumber gantian- mengawal penggunaan kenderaan yang masuk ke bandar- menggalakkan pengkongsian kereta/kenderaan- menggalakkan penggunaan petroleum tanpa plumbum- mengelakkan aktiviti pembakaran terbuka- menjalankan aktiviti tebang reput dalam sektor pertanian

2. Mengawal kualiti air

Seperti:- merawat semula air yang tercemar- menyediakan sistem perangkap sampah- merawat sisa seperti sisa kumbahan, buangan industri

sebelum dialirkan ke sungai atau tasik- menyediakan kolam takungan sisa yang berkesan- mengawal aktiviti pembangunan di kawasan tadahan air- mengawal aktiviti pembalakan- mengwujudkan kawasan rezab tadahan air

3. Mengawal kemusnahan hutan

Seperti:- menjalankan program penghutanan semula- melaksanakan rawatan silvilkultur- melaksanakan kaedah penebangan memilih- mengharamkan penebangan pokok balak yang dikenalpasti

hampir pupus- beralih kepada sumber pengganti seperti simen, fiber, besi

dan aluminium

4. Mengawal hakisan Seperti:

- pembinaan benteng konkrit, tembok penahan, sangkar

44

Page 46: modul geografi

tanih / kelodak dawai batu- penanaman tutup bumi seperti rumput dan pokok kekacang- membina alur kecil sebagai laluan air- mengehadkan pemotongan cerun kurang daripada 450

- membina teres- menanam pokok pelindung- menggunakan sungkupan

B. Kempen kesedaran dan pendidikan

5. Pendidikan Alam Sekitar

- Pendidikan diadakan di peringkat sekolah, maktab, dan universiti

6. Kempen kesedaran - Mengadakan kempen kepada masyarakat dan pengusaha tentang kepentingan menjaga alam sekitar

- Peranan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Sahabat Alam Malaysia, Persatuan Pencinta Alam, dan sebagainya dalam menyedarkan masyarakat akan kepentingan menjaga alam sekitar.

Akses kendiri.

Tema Kegiatan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar

a) Senaraikan contoh bagi setiap sektor-sektor ekonomi berikut: [10]

Primer Sekunder Tertier

b) Huraikan lima ciri utama sektor pertanian di Malaysia [10]

45

Page 47: modul geografi

Isi Huraian

c) Huraikan lima sumbangan sektor perindustrian kepada sosioekonomi Malaysia [10]

Isi Huraian

d) Terangkan lima impak pembangunan ekonomi terhadap alam sekitar [10]

46

Page 48: modul geografi

Isi Huraian

e) Huraikan empat langkah perundangan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah alam sekitar fizikal [8]

Isi Huraian

f) Huraikan enam langkah bukan perundangan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah alam sekitar fizikal [12]

47

Page 49: modul geografi

Isi Huraian

48