model kemmis mctaggard

3
Model Kemmis McTaggard (1988), Stephen Kemmis dan Robin MCtaggart (1988) telah memperkenalkan satu pendekatan menjalankan Penyelidikan Tindakan. Pendekatan yang diutarakan terdiri daripada EMPAT pendekatan iaitu merancang, bertindak dan membuat refleksi dan kitar ini akan berterusan mengikut kesesuaian masalah. Jika masalah didapati belum selesai dan terdapat penambahbaikan dalam perancangan, kitar akan diteruskan. Contoh FASAPERTAMA Langkah 1: PERANCANGAN Apakah anda hendak buat? Adakah ia merupakan sesuatu masalah yang berkaitan dengan pengajaran anda? Adakah anda ingin membuat sesuatu yang membawa manfaat kepada anda dan murid? Bolehkah anda nyatakan masalah dalam format soalan? Adakah masalah yang ingin dikaji kecil dan mudah diuruskan oleh anda seorang? Langkah 2: PELAN TINDAKAN Adakah anda bercadang memperkenalkan kaedah, strategi atau teknik mengajar baru? Adakah anda bercadang mengubahsuai kaedah, strategi atau teknik mengajar yang anda sedang menggunakan? Jika ya, tentukan manakah anda akan mengubahsuai? Berapa lama anda bercadang menjalankan kaedah, strategi atau teknik berkenaan dalam bilik darjah? [Tempoh masa ditentukan

Upload: saeh-kelatop

Post on 01-Oct-2015

19 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

kerja kursus

TRANSCRIPT

Model Kemmis McTaggard (1988), Stephen Kemmis dan Robin MCtaggart (1988) telah memperkenalkan satu pendekatan menjalankan Penyelidikan Tindakan. Pendekatan yang diutarakan terdiri daripada EMPAT pendekatan iaitu merancang, bertindak dan membuat refleksi dan kitar ini akan berterusan mengikut kesesuaian masalah. Jika masalah didapati belum selesai dan terdapat penambahbaikan dalam perancangan, kitar akan diteruskan. Contoh FASAPERTAMA Langkah 1: PERANCANGAN Apakah anda hendak buat? Adakah ia merupakan sesuatu masalah yang berkaitan dengan pengajaran anda? Adakah anda ingin membuat sesuatu yang membawa manfaat kepada anda dan murid? Bolehkah anda nyatakan masalah dalam format soalan? Adakah masalah yang ingin dikaji kecil dan mudah diuruskan oleh anda seorang? Langkah 2: PELAN TINDAKAN Adakah anda bercadang memperkenalkan kaedah, strategi atau teknik mengajar baru? Adakah anda bercadang mengubahsuai kaedah, strategi atau teknik mengajar yang anda sedang menggunakan? Jika ya, tentukan manakah anda akan mengubahsuai? Berapa lama anda bercadang menjalankan kaedah, strategi atau teknik berkenaan dalam bilik darjah? [Tempoh masa ditentukan oleh anda; iaitu berapa lama anda agak perubahan dijangka berlaku] Langkah 3: PENGUMPULAN DATA Temu duga murid Pemerhatian dengan menggunakan semak senarai (checklist) = memerhati apa yang berlaku di kalangan murid Hasil kerja murid seperti lembaran kerja, latihan, karangan, lukisan, tulisan dan lain-lain Jurnal - merekod pendapat, perasaan dan pandangan guru Buku nota - mencatat apa yang diperhatikan berlaku dalam bilik darjah Mengambil gambar tentang apa yang berlaku dalam kelas Tape audio perbualan dengan murid, guru lain. Langkah 4: REFLEKSI - ANALISIS DATA Data yang dikumpulkan adalah data kualitatif dan terdiri daripada apa yang sahaja ayng diperkatakan, atau ayat yang ditutur atau pernyataan daripada pelajar.Ini berlainan dengan data kuantitatif yang merupakan nombor dan angka yang ditukarkan menjadi peratus, kekerapan, min, sisihan piawai dan sebagainya. Baca semua data kualitatif yang anda telah kumpulkan walau pun ia bercanggah dengan apa yang anda telah rancangkan. Baca semua data beberapa kali supaya anda tidak terlepas pandang dan mungkin idea-idea baru akan muncul. Kongsi data yang anda telah memperolehi dengan guru-guru lain untuk mendapat pandangan mereka. Langkah 5: PERANCANGAN SEMULA Berdasarkan data yang dikumpulkan dan analisis yang dibuat terhadap data berkenaan, anda mungkin menyusuan semula penyampaian kaedah mengajar. Contoh: masa yang peruntukkan murid membuat latihan dipendekan atau dipanjangkan; guru memberi lebih banyak peluang kepada murid membuat penyampaian; guru mempertingkatkan alat bantuan mengajar yang digunakan; guru menyusuan semula bilangan murid dalam sesuatu kumpulan kecil; guru memberi lebih banyak untuk menerangkan kepada murid konsep asas dan sebagainya. Langkah 6: PELAN TINDAKAN SAMA SEPERTI LANGKAH 2 Langkah 7: PENGUMPULAN DATA SAMA SEPERTI LANGKAH 3 Langkah 8: ANALISIS DAN REFLEKSI SAMA SEPERTI LANGKAH 4