model assur1.docx

11
MODEL ASSURE : APLIKASI DALAM RANCANGAN PENGAJARAN PENDAHULUAN Model ASSURE boleh dijadikan panduan untuk merancang penggunaan media dan teknologi dalam instruksi ( Heinich, Melinda, Russell dan Smaldino, 1982, 1996 ). Model ASSURE adalah perkataan Inggeris yang direka daripada huruf yang membawa maksud sesuatu itu iaitu pembelajaran pasti akan berlaku. Model ini mempunyai enam langkah : Rajah 1 : Model ASSURE Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Reka bentuk pengajaran bilik darjah melibatkan tugas guru merancang, memilih dan menilai media pengajaran. Bagi melaksanakan tugas ini, guru boleh mengaplikasikan beberapa model yang sesuai. Sesuatu pengajaran yang terancang rapi akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Pengajaran berasaskan media tidak terkecuali memerlukan perancangan yang rapi dan tersusun. Perancangan yang dimaksudkan ialah susun atur pengajaran agar pembelajaran dapat berlaku secara berstruktur. Gagne ( 1985 ) menyatakan pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang secara berperingkat. Justeru itu penyampaian pengajaran perlu disusun secara berperingkat – peringkat. Peringkat – peringkat berkenaan adalah : 1. Tarik perhatian pelajar. 2. Beritahu objektif pembelajaran.

Upload: rosminiwahab

Post on 10-Apr-2016

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MODEL ASSUR1.docx

MODEL ASSURE :

APLIKASI DALAM RANCANGAN PENGAJARAN

PENDAHULUANModel ASSURE boleh dijadikan panduan untuk merancang penggunaan

media dan teknologi dalam instruksi ( Heinich, Melinda, Russell dan Smaldino, 1982,

1996 ). Model ASSURE adalah perkataan Inggeris yang direka daripada huruf yang

membawa maksud sesuatu itu iaitu pembelajaran pasti akan berlaku.

Model ini mempunyai enam langkah :

Rajah 1 : Model ASSURE

Perancangan Pengajaran dan PembelajaranReka bentuk pengajaran bilik darjah melibatkan tugas guru merancang,

memilih dan menilai media pengajaran. Bagi melaksanakan tugas ini, guru boleh

mengaplikasikan beberapa model yang sesuai.

Sesuatu pengajaran yang terancang rapi akan menghasilkan pembelajaran

yang berkesan. Pengajaran berasaskan media tidak terkecuali memerlukan

perancangan yang rapi dan tersusun. Perancangan yang dimaksudkan ialah susun

atur pengajaran agar pembelajaran dapat berlaku secara berstruktur. Gagne ( 1985 )

menyatakan pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang secara

berperingkat. Justeru itu penyampaian pengajaran perlu disusun secara

berperingkat – peringkat.

Peringkat – peringkat berkenaan adalah :

1.              Tarik perhatian pelajar.

2.              Beritahu objektif pembelajaran.

3.              Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar.

4.              Sampaikan isi pelajaran/ bahan pengajaran dan pembelajaran.

5.              Bimbing pembelajaran pelajar.

6.              Uji penguasaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti.

7.              Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar.

8.              Taksir pencapaian pelajar.

9.              Tingkatkan ingatan dan pemindahan pembelajaran

Page 2: MODEL ASSUR1.docx

Model ASSURE dapat membantu guru merancang pengajaran secara

memanfaatkan penggunaan media. Menurut Smaldino, Russell, Heinich dan

Molenda ( 2005 ) model ini merupakan prosedur atau panduan untuk merancang

dan menguruskan sesuatu courseware yang mengambil kira media dan teknologi.

Ringkasnya, model ini menekankan pembangunan courseware yang sesuai di bilik

darjah.

PELAKSANAAN MODEL ASSURE DALAM PENGAJARAN

PENGENALANSaya mengajar di sekolah  yang terletak di kawasan luar bandar, Gred B.

Jumlah murid di sekolah saya ialah 100 orang termasuk murid prasekolah. Saya

merupakan guru yang dipertanggungjawabkan mengajar matapelajaran matematik

bagi murid tahun 1 Pandai. Murid saya berjumlah 10 orang tersebut mempunyai

masalah dalam menguasai kemahiran asas 3M tahap sederhana.

Oleh itu saya berpendapat rekabentuk model Assure sangat sesuai untuk

digunakan dalam proses merancang pengajaran dan pembelajaran ( p&p ).

Pemilihan model ini dapat membantu saya merancang pengajaran dengan rapi   dan

tersusun supaya p&p berlaku dengan tersusun dan menghasilkan pembelajaran

yang berkesan di kalangan murid – murid saya.

LANGKAH – LANGKAH PENGAJARAN MODEL ASSURE

  1.  A – Analyze learners ( menganalisis pelajar )

Langkah pertama yang perlu saya lakukan ialah menganalisis setiap murid di

dalam kelas 1 Pandai supaya saya dapat mengenali dan memahami tahap

pengetahuan, pengalaman sedia ada dan gaya pembelajaran mereka.

Saya telah menganalisis ciri – ciri umum seperti jantina, bakat, gaya pembelajaran, budaya, latar belakang keluarga dan taraf ekonomi keluarga murid saya. Ciri – ciri umum yang saya perlukan ini saya perolehi semasa sesi suai kenal antara guru dan murid pada minggu orientasi murid tahun satu di awal sesi persekolahan.

Page 3: MODEL ASSUR1.docx

Selain itu, maklumat – maklumat yang diperlukan telah diperolehi melalui

proses p&p, temubual dengan ibu bapa dan penjaga, guru kelas dan guru

matapelajaran yang lain.

Antara ciri – ciri yang diperolehi ialah :  1. Tingkahlaku dan emosi      Cepat bosan terhadap pelajaran, malas, pasif dan terlalu merendah diri.  2. Sosial      Selalu ponteng sekolah, pendiam  3. Kesihatan      Tidak mementingkan kebersihan dan penampilan diri  4. Kesediaan belajar      IQ rendah, tidak mendapat pendidikan awal ( prasekolah atau tadika ), tidak bersedia       untuk belajar.

Selepas melalui proses mengenali ciri – ciri murid saya ini, secara tidak

langsung telah membantu saya memilih media, teknologi dan kaedah yang sesuai

untuk mereka. Pada peringkat permulaan adalah perlu  untuk saya melakukan ujian

diagnostik untuk mengenal pasti dan mengelaskan mereka mengikut kemahiran atau

tahap penguasaan mereka menerima kemahiran dan pelajaran mahupun strategi –

strategi yang boleh digunakan semasa merancang p&p.

  2. S – State objective ( menyatakan objektif pengajaran )

Langkah berikutnya adalah menentukan objektif ataupun hasil pembelajaran

yang ingin dicapai yang boleh diambil dari sukatan pelajaran yang dibekalkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia. Objektif pengajaran yang ingin dicapai sangat

penting dinyatakan supaya saya dapat menetapkan apa yang harus murid saya

dapat daripada ‘courseware’ yang digunakan serta dapat melihat perubahan tingkah

laku yang akan berlaku sepanjang proses p&p. Berdasarkan latar belakang dan pengetahuan sedia ada murid, saya telah menentukan objektif pengajaran iaitu murid saya dapat menyatakan kuantiti melalui perbandingan banyak atau sedikit, sama banyak atau tidak sama banyak dan lebih atau kurang. Dengan adanya objektif ini saya akan mengemukakan soalan secara lisan ketika sesi p&p sedang dijalankan dan menilai samada objektif ini tercapai apabila selesainya p&p melalui latihan dalam lembaran kerja dan aktiviti berkumpulan. Saya mengenalpasti bahawa murid saya telah pun menguasai kemahiran

Page 4: MODEL ASSUR1.docx

membaca dan menulis dengan baik supaya aktiviti dapat dijalankan dengan lancar. Selain daripada itu penyataan objektif yang jelas juga dapat memastikan

aplikasi yang dibangunkan mempunyai hala tuju yang terpimpin serta menepati

kehendak. Kenyataan ini turut disokong oleh Nicholson ( 1996 ) di dalam artikelnya

yang menyatakan bahawa penetapan objektif bagi sesuatu ‘courseware’ amat perlu

bagi keberkesanan ‘courseware’ yang digunakan. Rasionalnya, objektif pengajaran

amat penting kerana ia memberi panduan kepada guru cara untuk menjalankan

aktiviti p&p dan memilih media yang paling sesuai bagi setiap aktiviti yang

dijalankan.

  3. S – Select method ( memilih kaedah, media dan bahan sumber pengajaran )

Bagi langkah ketiga, saya perlu memilih kaedah, media dan bahan yang

bersesuaian dengan kemahiran yang hendak diajar. Kaedah yang digunakan

mestilah bersesuaian dengan ciri – ciri murid, gaya pembelajaran, pengetahuan

sedia ada dan objektif. Tidak terkecuali faktor yang perlu diambil kira ialah

keupayaan kumpulan murid. Pemilihan bahan sumber atau media yang merujuk

kepada isi kandungan pelajaran juga harus saya hasil, pilih atau ubahsuai.

Berdasarkan ciri – ciri murid yang disebutkan, saya memilih kaedah pembelajaran masteri di mana murid saya perlulah menguasai satu - satu kemahiran. Pada peringkat ini murid saya telah mengetahui konsep himpunan objek atau kumpulan banyak dan sedikit berdasarkan pengetahuan sedia ada dan pengalaman harian mereka. Kebiasaannya murid yang kurang berminat atau

mempunyai latar belakang yang tidak pernah mengikuti pendidikan formal di

peringkat prasekolah, saya memilih media yang boleh merangsang pembelajaran

dan menarik minat seperti permainan membentuk kumpulan murid lelaki dan

perempuan.

  4. U – Utilize media and materials ( menggunakan media dan bahan )

Berdasarkan ASSURE, terdapat 5 prinsip bagi menggunakan media iaitu

‘preview’ media, memastikan media yang digunakan tidak bermasalah,

mengenalpasti lokasi, pelajar dan media yang akan digunakan mampu memberi

pengalaman baru kepada murid. Oleh itu saya menggunakan alat pembilang dan bahan maujud di mana murid saya dapat memegang dan menggunakan

Page 5: MODEL ASSUR1.docx

dengan baik. Bahan maujud dan alat pembilang saya mempunyai warna yang terang, menarik perhatian selamat dan mudah serta dapat digunakan secara optimum. Walaubagaimanapun, penggunaan media perlu mengambil kira kos dan

waktu pengajaran. Pembelajaran secara interaktif juga boleh saya gunakan sebagai alternatif dengan menggunakan media pengantarnya ialah komputer riba dan LCD yang telah dibekalkan bersama CD oleh kementerian.

  5. R – Require learner participation ( memerlukan penglibatan pelajar )

Salah satu daripada aliran falsafah pendidikan yang diperkenalkan oleh John

Dewey pada awal 1900 ialah pembelajaran berpusatkan murid yang mampu

merangsang minda dan tingkah laku murid. Antara aktiviti pembelajaran yang

berpusatkan murid memerlukan tindakbalas murid seperti kuiz, latih tubi dan projek

atau pembentangan di dalam bilik darjah. Ciri Model ASSURE yang saya gunakan seterusnya ialah dengan melibatkan murid saya dalam aktiviti secara kelas dan kumpulan iaitu aktiviti melukis objek banyak atau sedikit, lebih atau kurang dan sama banyak atau tidak sama banyak di atas kertas mahjong. Aktiviti ini memerlukan murid saya berbincang dan berinteraksi sesama sendiri mengikut kreativiti gambar yang hendak dilukis. Secara automatiknya ini menanamkan sifat ingin berlumba antara satu sama lain dan meningkatkan daya keyakinan diri di kalangan murid selain dapat bekerjasama dan memainkan peranan masing – masing dalam kumpulan. Oleh itu saya amat

bersetuju dengan Smaldino et. Al.2005 yang mengatakan bahawa pembelajaran

yang efektif adalah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti dan

kemahiran murid yang mendorong ke arah mencapai objektif pembelajaran.

Pembangunan ‘courseware’ yang kreatif dan mampu melibatkan murid secara aktif

secara tidak langsung  dapat memupuk budaya berfikir di kalangan murid.

  6. E – evaluate and revise ( penilaian dan pengubahsuaian )

Penilaian dan pengubahsuaian ‘courseware’ boleh dilakukan setelah selesai

pengajaran untuk mendapat maklum balas dari murid dan keberkesanan

penggunaannya. Penilaian keberkesanan p&p dan tercapainya objektif pengajaran dapat saya perolehi semasa aktiviti sedang dijalankan dan hasil kerja serta latihan lembaran kerja yang diberi di mana murid saya dapat menjawab dengan betul terhadap soalan – soalan yang diberi samada secara

Page 6: MODEL ASSUR1.docx

lisan atau bertulis  dan pemerhatian saya sepanjang p&p. Saya juga boleh membuat pengubahsuaian dalam penggunaan bahan yang digunakan dengan cara mempelbagaikan bahan maujud atau sumber yang mudah didapati di kawasan dan persekitaran kelas atau sekolah.  Aktiviti yang boleh saya gantikan jika terdapat kekangan dari segi masa atau cuaca ialah membuat tunjukcara perbandingan kuantiti banyak atau sedikit, lebih atau kurang dan sama banyak atau tidak sama banyak di hadapan kelas.  Dengan mengadakan

sesi refleksi bersama murid dapat memastikan dan mengenalpasti kelemahan

pengajaran atau media supaya dapat membuat penambahbaikan sesi p&p pada

masa akan datang.

Walau bagaimanapun terdapat beberapa aspek yang harus difikirkan seperti

yang disarankan oleh Yusup ( 2006 ) :

a. Adakah objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai ?

b. Adakah alat / bahan media yang digunakan membantu proses pengajaran dan Pembelajaran ?

c. Adakah ke semua pelajar menggunakan alat/ bahan media dengan cara yang betul ?

d. Adakah suasana pembelajaran terhasil selesa dan kondusif ?

e. Adakah peluang pemerhatian atau kemahiran individu diberi ?

Proses penilaian ini sebenarnya berlaku sebelum, semasa dan selepas

menghasilkan dan menggunakan ‘courseware’ atau media atau bahan yang mana ia

benar – benar sesuai dengan pelajar dan mengetahui tahap penguasaan murid

terhadap kemahiran yang dipelajari serta dapat mencapai objektif pengajaran dan

pembelajaran guru.

Bagi saya menilai dan menyemak semula bahan itu sangat perlu kerana

saya bukan sahaja dapat mengenalpasti kekuatan bahan tersebut malah boleh

memperbaiki kelemahan itu sehingga ia sesuai digunakan dalam p&p.

KESIMPULAN

Page 7: MODEL ASSUR1.docx

Model ASSURE mempunyai asas yang sangat kukuh untuk digunakan dalam

merancang sesi pengajaran dan pembelajaran. Model ini bukan sahaja member

panduan kepada guru malah setiap ciri yang terkandung dalam ASSURE boleh

mengubah persepsi pelajar terhadap proses p&p yang selalu dianggap

membosankan.

Sekiranya ciri – ciri model ASSURE ini diaplikasikan sepenuhnya, saya yakin

bahawa murid akan sentiasa tertunggu – tunggu pengajaran guru yang selanjutnya.

Proses penyampaian maklumat oleh guru juga akan menjadi lebih mudah, menarik

dan berkesan. Daripada tugasan yang telah saya terima dan selesaikan, saya telah

memperoleh pelbagai pengetahuan mengenai kebaikan model reka bentuk

pengajaran ASSURE.

Antaranya, sebelum memulakan sesuatu sesi pengajaran, seseorang guru

perlu terlebih dahulu menganalisis muridnya. Perkara inilah yang sering terlupa atau

terabaikan oleh guru – guru di sekolah pada masa sekarang. Langkah menganalisis

murid sangat penting kerana dari situ seseorang guru dapat mengetahui keupayaan

muridnya serta ciri – ciri yang terdapat pada dirinya. Hal ini seterusnya dapat

membantu guru merancang cara – cara atau strategi – strategi pengajaran agar

tiada seorangpun muridnya yang tercicir daripada beroleh ilmu.

Selain daripada itu, model reka bentuk pengajaran ASSURE amat

menekankan kepentingan penggunaan bahan sumber dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran. Hal ini adalah kerana, bahan sumber dapat menjadikan sesuatu

proses pengajaran guru menjadi lebih menarik, berkesan, dan member kelainan

agar murid tidak merasa cepat bosan. Keenam – enam langkah yang terdapat dalam

model ASSURE adalah sangat penting dijalankan oleh dalam setiap pengajaran

hariannya.

Penggunaan model reka bentuk pengajaran ASSURE adalah lebih baik

berbanding model -  model yang lain kerana ianya lebih lengkap dan bersistematik.

Selain daripada itu pengajaran guru akan menjadi lebih baik dengan adanya

perbincangan bersama rakan sejawat akan membantu proses perkembangan di

kalangan murid sekolah.   

Page 8: MODEL ASSUR1.docx