modal insan perspektif bahagian pendidikan guru

4
MODAL INSAN PERSPEKTIF BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU ’ Hasrat kita adalah untuk memastikan bukan sahaja kita dapat melahirkan guru yang berkualiti, tetapi lebih jauh daripada itu, iaitu untuk memastikan mereka yang berkualiti ini kekal di dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan mereka’. ( YB Dato Seri Hishammudin Tun Hussein, Perutusan Tahun Baru 2006) Pengenalan Pelan Induk Pembanguan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 adalah merupakan sebuah pelan perancangan pendidikan yang bersepadu, komprehensif, dan menyeluruh serta memberi penekanan terhadap memartabatkan profesion keguruan. Antara lain dasar dan matlamat memartabatkan profesion perguruan adalah dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Bagi mencapai dasar dan matlamat tersebut, fokunya adalah kepada menambah baik sistem pemiliha guru, memantapkan latihan perguruan, memantapkan kerjaya guru, menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru dan memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia. Dasar dan matlamat yang telah digariskan adalah bersesuaian dengan perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan pada hari ini yang menuntut perubahan perspektif masyarakat terhadap profesion keguruan. Masyarakat hari ini menganggap guru bukan satu kerjaya tetapi mereka melihat guru sebagai insan yang berkualiti, berketrampilan, berkewibawaan, berkelayakan, berminat, beriltizam dan berjiwa pendidik. Memantapkan pengurusan dan pengurusan sumber manusia Dasar KPM adalah untuk memartabatkan profesional keguruan dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Hal ini selaras dengan harapan yang tinggi agar profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan. Untuk itu, KPM telah memantapkan proses penempatan dan pusingan kerja pegawai BPG dan pensyarah IPG. Ini termasuklah memperketatkan syarat dan kriteria pengambilan pegawai BPG dan pensyarah IPG. Bagi pusingan kerja pegawai pula telah ditetapkan penstrukturan semula mengikut fungsi dan keperluan semasa. Bagi laluan kerjaya pegawai BPG dan pensyarah IPG, pemantapan mekanisme laluan kerjaya telah ditetapkan. Ini termasuklah memperluas pengarah gred JUSA C, menambah kuota Pensyarah Cemerlang di IPG dan memperluas Pegawai Cemerlang Gred 44 hingga JUSA.

Upload: ku-sufiah

Post on 07-Feb-2016

18 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modal Insan Perspektif Bahagian Pendidikan Guru

MODAL INSAN PERSPEKTIF BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

’ Hasrat kita adalah untuk memastikan bukan sahaja kita dapat melahirkan guru yang berkualiti, tetapi lebih jauh daripada itu, iaitu untuk  memastikan mereka yang berkualiti ini kekal di dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan mereka’.

( YB Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussein, Perutusan Tahun Baru 2006)

Pengenalan

Pelan Induk Pembanguan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 adalah merupakan sebuah pelan perancangan pendidikan yang bersepadu, komprehensif, dan menyeluruh serta memberi penekanan terhadap memartabatkan profesion keguruan.

Antara lain dasar dan matlamat  memartabatkan profesion perguruan adalah dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Bagi mencapai dasar dan matlamat tersebut,  fokunya adalah kepada menambah baik sistem pemiliha guru, memantapkan latihan perguruan, memantapkan kerjaya guru, menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru dan memantapkan perancangan  dan pengurusan sumber manusia.

Dasar dan matlamat yang telah digariskan adalah bersesuaian dengan perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan pada hari ini yang menuntut perubahan perspektif masyarakat terhadap profesion keguruan. Masyarakat hari ini menganggap guru bukan satu kerjaya tetapi mereka melihat guru sebagai insan yang berkualiti, berketrampilan,  berkewibawaan, berkelayakan, berminat, beriltizam dan berjiwa pendidik.

Memantapkan pengurusan dan pengurusan sumber manusia

Dasar KPM adalah untuk memartabatkan profesional keguruan dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Hal ini selaras dengan harapan yang tinggi agar profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Untuk itu, KPM  telah memantapkan proses penempatan dan pusingan kerja pegawai BPG dan pensyarah IPG. Ini termasuklah memperketatkan  syarat dan kriteria pengambilan pegawai BPG dan pensyarah IPG. Bagi pusingan kerja pegawai pula telah ditetapkan penstrukturan semula mengikut fungsi dan keperluan semasa.

Bagi laluan kerjaya  pegawai BPG dan pensyarah IPG, pemantapan mekanisme laluan kerjaya telah ditetapkan. Ini termasuklah memperluas pengarah gred JUSA C, menambah kuota Pensyarah Cemerlang di IPG dan memperluas Pegawai Cemerlang Gred 44 hingga JUSA.

Bagi memantapkan latihan pembangunan staff BPG dan IPG, telah disediakan peruntukan tahunan sekurang-kurangnya satu peratus (1%) daripada peruntukan emolumen untuk latihan dalam perkhidmatan. Pada tahun 2010 pula diharapkan seramai 80% pensyarah memiliki ijazah sarjana dan 10% ijazah kedoktoran.

Page 2: Modal Insan Perspektif Bahagian Pendidikan Guru

Bagi meningkatkan insentif pensyarah di IPG dan BPG, telah diperbanyakkan peluang untuk menyertai seminar dan konferens dalam dan luar negara sama ada sebagai  peserta atau pembentang kertas kerja.

Pembangunan Modal Insan.

Satu lagi perkara penting dalam memantapkan pengurusan dan pengurusan sumber manusia adalah pembangunan modal insan.Pembangunan modal insan menuntut pembangunan insan yang memiliki kekuatan intelek, sacia,emosi dan jasmani,selari dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Modal insan adalah eset penting untuk mengupayakan pembangunan negara ke arah mencapai sasaran menjadi negara maju sejajar menjelang 2020.Pembangunan modal insan penting dalam meningkatkan daya saing dan produktiviti negara.Pembangunan maodal insan perlu dirancang denagan rapi supaya dapat meningkatkan bina upaya guru ke arah melahirkan guna tenaga yang terlatih dan berdaya saing.Dalam hal ini BPG  melalui Teras Strategik dan Fokus Perancangan Strategikk BPG ke 7 (Membangunkan modal insang kelas pertama) telah mefokuskan beberapa strategi seperti berikut:

1 .Menghayati dan mengamalkan profesion perguruan.

2. Membudayakan kecintaan ilmu(Passion For Knowledge) sebagai cara hidup ke arah    memantapkan IPG.

3. Membangun insan guru dengan pelbagai kemahiran insaniah(Soft Skills).

4. Membina jati guru yang kukuh dan kental.

5. Memperkasa jiwa dan smangat patriotisme insan guru.

6. Memupuk semangat muhibah dan perpaduan dikalangan semua kaum dan

7. Memantapkan pengurusan pelajar.

Berdasarkan tujuh fokus strategik di atas BPG dapat mengatur strategi pelaksanaan dan pelan tindakan  merangkumi usaha-usaha berterusan bagi mencapai matlamat menyediakan pengisian program dan aktiviti pendidikan guru yang mantap meliputi aspek kurikulum, kokurikulum dan sukan serta pengukuhhan jalinan kerjasama dengan pihak berkepentingan dalam pembentukan sahsiah dan kualiti guru.

KERTAS KERJA PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA  TAJUK: MEMARTABAT PROFESION PERGURUAN

http://www.ipti.edu.my/pipp/P3_Memartabatkan%20Profesion%20Keguruan/KERTAS%20KERJA-%20PENGARAH%20BPG%20PERSIDANGAN%20PIPP.doc

Posted in Uncategorized on February 8th, 2010RSS 2.0 Trackback.

Page 3: Modal Insan Perspektif Bahagian Pendidikan Guru

Guru dan Pembentukan Modal InsanPosted on March 27, 2010 by aferiza

archieve – artikel 2007…masa persediaan …mengajar wira dan wirawati di PLKN…di kem2 selangor…

Dalam usaha menyediakan tenaga kerja yang berkualiti untuk mencapai kecemerlangan negara yang berterusan, Perdana Menteri Malaysia kelima telah membangkitkan mengenai Konsep Modal Insan dalam pembentangan Rancangan Malaysia KE 9 (RMK 9). Hasrat kerajaan adalah tinggi dalam melahirkan generasi pelapis yang berkualiti dalam menerajui negara ke arah kemajuan yang bakal dicapai terutamanya dalam menghadapi Wawasan 2020.

Apabila harapan kerajaan ini difokuskan kepada generasi pelapis, sudah tentu mereka ini adalah golongan yang sedang berada di universiti dan sekolah pada masa sekarang. Merekalah yang bakal menerajui negara dalam segenap lapangan. Merekalah yang akan jadi pemimpin, pengurus, penggerak pembangunan negara seterusnya merekalah yang akan menjadi golongan yang akan berusaha memajukan negara di samping menikmati apa juga kejayaan yang telah diusahakan oleh generasi terdahulu.

Dalam penulisan ini saya tertarik untuk membincangkan peranan guru secara langsung dalam membentuk generasi pewaris tampuk kepimpinan negara ini berteraskan konsep modal insan yang digagaskan oleh kerajaan. Seperti mana yang kita telah maklum, adalah menjadi tanggungjawab guru dalam menyediakan dan mempersiapkan generasi pelapis ini dalam era revolusi informasi abad ke 21. Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam pembentukan “knowledge worker” dalam era kepesatan teknologi ini sangat luas sehingga tak terdaya untuk dikawal oleh guru-guru, walaupun dalam sekolah.

Jika kita lihat fenomena yang berlaku dalam masyarakat Malaysia kini, guru-guru sering dipersalahkan jika anak-anak tidak mencapai kecemerlangan. Ini bermaksud masyarakat telah memandang rendah terhadap profesionalisme perguruan di Malaysia sekarang, berbanding pada zaman dahulu. Orang ramai semakin kerap mempersoalkan kualiti pendidikan di sekolah, seolah-olah tidak lagi menaruh keyakinan kepada kewibawaan sekolah dalam hal ehwal mendidik, terutamanya apabila mendapati kelakuan murid lepasan sekolah tidak seperti yang diharapkan oleh masyarakat dan negara. Kecemerlangan pada sijil peperiksaan mereka secara realitinya tidak memperlihatkan kematangan berfikir, kepetahan berkomunikasi, ketokohan sebagai pemimpin, kemurnian tingkah laku, keupayaan mencipta dan menyumbang kepada kemajuan negara-bangsa dan global.

Jika kita kaji, banyak aspek ditekankan oleh pihak pentadbiran sekolah dalam rangka melahirkan pelajar yang berkualiti dari sudut akademik terutamanya aspek pembangunan fizikal di sekolah. Pihak pentadbiran menuntut bangunan yang selesa, komputer yang cukup, makmal komputer yang lengkap, makmal Sains yang banyak sudah cukup untuk membuktikan komitmen pihak sekolah untuk melahirkan insan yang cemerlang di bidang pelajaran. Tetapi, pada masa yang sama mereka mengabaikan mengenai aspek pembentukan akhlak pelajar di sekolah menyebabkan selepas sekolah

Page 4: Modal Insan Perspektif Bahagian Pendidikan Guru

bukan Universiti yang dijejaki oleh para peljar ini, tetapi Penjara dan Pusat Serenti yang menanti.

Walaupun dalam usaha melahirkan sebuah negara yang maju, kebanyakan perbincangan lebih dominan memperdebatkan hal-hal fizikal, namun aspek pembentukan akhlak amat perlu dititikberatkan terutamanya bermula di peringkat persekolahan. Mengambil contoh fenomena terkini yang berlaku dalam sistem pendidikan sebuah negara maju iaitu Amerika Syarikat menunjukkan bilangan murid-murid yang belajar di rumah “homeschooling” semakin meningkat dari setahun ke setahun sebagai manifestasi ketidakpercayaan ibubapa dan orang awam terhadap kualiti dan prestasi pendidikan yang ditunjukkan oleh sekolah-sekolah awam. Perkara ini berpunca akibat kebimbangan ibubapa terhadap sistem persekolahan yang boleh menjejaskan aspek fizikal, mental dan spritual anak-anak mereka. Tidakkah anda semua terfikir bahawa Malaysia juga akan mengalami kedaaan yang sama apabila mencapai taraf negara maju nanti?

Oleh itu, guru seharusnya memahami akan peranan mereka sepenuhnya dalam menjayakan modal insan ini. Segalanya perlu bermula dari diri guru tersebut. Menjadi seorang guru yang cemerlang bukan sahaja dinilai dari aspek luaran semata-mata, tetapi yang lebih penting adalah keperkasaan dari aspek profesionalismenya, prinsipnya, keutuhan peribadinya, kecekapan dan ketrampilan mental dan intelektualnya, kestabilan emosi dan spiritualnya seta kebijaksanaan kepimpinannya. Usaha-usaha ini penting dalam menyiapkan diri mereka sebagai role-model utama terhadap generasi bakal peneraju kemajuan negara suatu hari nanti.

UNITE’S WOMEN COORDINATOR

NORHASRIZA MUSTAFA

http://aferiza.wordpress.com/2010/03/27/guru-dan-pembentukan-modal-insan/

http://www.scribd.com/doc/49671952/KERJA-KURSUS-BERASASKAN-ILMU-Kemahiran-Belajarhttp://www.scribd.com/doc/49671952/KERJA-KURSUS-BERASASKAN-ILMU-Kemahiran-Belajar