khutbah jumaat modal insan cemerlang ummah terbilang

23
INSTITUT PENDIDIKAN GURU Kampus Darulaman. -KHUTBAH JUMAAT- “MODAL INSAN CEMERLANG, UMMAH TERBILANG” Disediakan oleh: Ahmad Anwari bin Razali PISMP Pendidikan Islam/ Bahasa Arab/ Pendidikan Al-Quran Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga ketakwaan yang ditambah nilai itu, membentuk kita menjadi insan soleh dan mulia. Oleh itu, mimbar pada hari ini akan membincangkan khutbah yang bertajuk: “Modal Insan Cemerlang, Ummah Terbilang”. Sidang Jumaat yang dimuliakan, 1

Upload: anwari-razali-al-jitri

Post on 25-Sep-2015

107 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

khutbah Jumaat bertajuk Modal Insan cemerlang

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKampus Darulaman.-KHUTBAH JUMAAT-MODAL INSAN CEMERLANG, UMMAH TERBILANG

Disediakan oleh: Ahmad Anwari bin RazaliPISMP Pendidikan Islam/ Bahasa Arab/ Pendidikan Al-Quran

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga ketakwaan yang ditambah nilai itu, membentuk kita menjadi insan soleh dan mulia. Oleh itu, mimbar pada hari ini akan membincangkan khutbah yang bertajuk: Modal Insan Cemerlang, Ummah Terbilang.Sidang Jumaat yang dimuliakan,Islam adalah Agama syumul yang mengajar dan menuntut kita agar menjadi hamba Allah yang bertakwa. Islam merupakan satu landasan hidup. Beramal dengan Islam bererti melahirkan individu yang mencerminkan aqidah dan akhlak Islam, melahirkan umat yang berpegang teguh dengan pemikiran dan cara hidup yang dibawakan oleh Islam sebagai ad-din. Melaksanakan Islam sebagai syariat perundangan dan peraturan hidup serta memikul amanah dakwah yang menjadi petunjuk dalam menegakkan kebenaran dan keadilan, adalah suatu intipati kepada matlamat takwa itu sendiri. Seluruh amalan yang berpandukan takwa ini, merupakan suatu tuntutan daripada syara, dan ia menjadi kewajipan ke atas setiap diri individu Muslim sehinggalah tertegaknya satu umat yang dapat mengendalikan tanggungjawab ini dan memelihara urusan kaum Muslimim sepenuhnya. Maka di sinilah sebenarnya Islam mengiktiraf insan yang bertakwa itu sebagai insan yang cemerlang, seterusnya melahirkan ummah yang terbilang. Firman Allah di dalam surah al-Hajj ayat 40-41:

Maksudnya : " Dan sesungguhnya Allah akan menolong agamanya (Agama Islam), sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha berkuasa. Iaitu mereka (umat Islam) yang jika kami berikan mereka kekuasaan memerintah bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar, dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan." Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,Sebelum kita meneroka dengan lebih dalam tajuk yang akan dibicarakan di atas mimbar yang mulia ini, eloklah kiranya kita membicarakan serba ringkas, apakah yang dimaksudkan dengan modal insan.Terdapat pelbagai definisi mengenai modal insan. Ada yang melihat daripada perspektif ekonomi, sosial dan agama. Para pengkaji di Barat melihat daripada perspektif yang berbeza. Gary S. Becker berpendapat modal insan adalah berkaitan dengan ekonomi masyarakat dan negara kerana individu tidak dapat dipisahkan daripada pengetahuan, kemahiran, kesihatan ataupun nilai. Oleh sebab itulah pendapatan yang tinggi, kesihatan yang baik dan pembentukan nilai dan tabiat yang baik akan memberi kesejahteraan kepada kehidupan seseorang.Manakala definisi modal insan dalam Islam sangat berbeza daripada Barat yang asasnya adalah fahaman kapitalis. Islam mengenal pasti pembangunan sumber manusia sebagai elemen terpenting dalam modal insan kerana sumber yang utama ialah individu. Modal insan tidak seharusnya dilihat dari sudut latihan, kemahiran, kepakaran, profesional, kelebihan maklumat dan sebagainya malah harus mempunyai ciri-ciri pembangunan ke atas insan yang menerapkan sifat-sifat amanah, jujur, berakhlak mulia, progresif, cergas dan bertamadun.

Keperluan dunia semata-mata tidak akan memberi kelebihan ke atas pembangunan modal insan kerana tujuan penciptaan manusia ialah jelas seperti maksud Surah Az-Zariyat ayat 56;

56. dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.Hasil akhir yang cemerlang adalah tonggak utama pembangunan modal insan dalam Islam kerana Islam telah menyediakan satu sistem hidup yang lengkap dari mula lahir hinggalah ke akhir hayat. Konsep pembangunan sumber manusia dalam Islam adalah proses menyeluruh untuk membentuk insan yang berguna. Manusia yang lahir kelak akan menerima janji daripada tuhannya iaitu: 96. dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka Dengan azab seksa disebabkan apa Yang mereka telah usahakan.Modal insan yang diketengahkan oleh Islam bukan hanya melahirkan individu yang pakar, mahir ataupun profesional dalam bidang masing-masing tetapi penuh dengan nilai-nilai positif seperti amanah, jujur dan sebagainya. Pembentukan nilai-nilai ini tidak sekadar memenuhi kehendak organisasi malah untuk masyarakat dan negara.Maasyaral Muslimin Rahimakumullah,Ummah yang terbilang adalah terhasil dari modal insan yang cemerlang. Manusia atau insan yang cemerlang adalah diukur dari beberapa sudut, di antaranya:1.Cemerlang Aqidah Dan Ibadah.Beriman kepada Allah akan melahirkan individu Muslim yang unggul dan masyarakat yang berbudi luhur, berdisiplin dan amanah demi kebaikan dunia dan akhirat. Di dalam iman itu terangkum unsur-unsur utama iaitu ilmu pengetahuan yang mendalam, kepercayaan yang utuh dan keyakinan yang kukuh. Ketiga-tiga unsur inilah yang membentuk iman yang teguh, seterusnya menjadi benteng daripada melakukan kejahatan dan maksiat. Beriman tanpa ketaatan melalui amal ibadah adalah sia-sia. insan yang cemerlang aqidah dan ibadahnya akan tergambar melalui amal perbuatan sehariannya, bahkan inilah tujuan Allah menjadikan manusia itu untuk beribadah kepada-Nya. Firman Allah di dalam surah az-Zaariyat ayat 56:

Maksudnya : " Dan (ingatlah) tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaku." 2.Cemerlang Fizikal Atau Jasmani. Kita dituntut sepai menjaga kesihatan tubuh badan serta akal. Kerana dengan tubuh badan yang sihat, seseorang itu dapat bekerja mencari rezeki yang halal lagi baik bagi diri dan keluarga. Selain itu, dengan tubuh badan yang kuat dan sehat, kita dapat mempertahankan diri dari diceroboh maruah dan harga diri, menjaga keselamatan, keamanan serta kedaulatan negara dari diganggu gugat dan dicemari. Sabda Rasulullah SAW:

. ( )(Hadis Riwayat Muslim) Maknanya : " Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari seorang mukmin yang lemah." 3.Cemerlang Akal Dan Emosi. Begitu juga, kita umat Islam dituntut supaya cemerlang akal dan emosi. Tuntutan menjaga kesihatan tubuh badan dan menjaga akal adalah berkait rapat, kerana akal yang sejahtera terletak di dalam tubuh badan yang sihat. Ini dipetik dari kata-kata ulama: " ". Oleh sebab itu, Agama kita Islam sangat menitikberatkan soal makanan halal lagi baik. Maka dengan makanan yang halal lagi baik inilah yang membina tubuh badan yang sihat serta akal yang cerdas. Untuk menjadikan akal berfungsi dengan cemerlang, maka tidak ada jalan lain iaitu dengan belajar bersungguh-sungguh dan menimba ilmu pengetahuan sehingga mencapai tahap kepakaran atau mahir dalam apa-apa bidang sekalipun, baik dari sudut duniawi mahupun ukhrawi. Justeru manusia yang berilmu, cemerlang akal, cemerlang rohani dan jasmani akan dapat melahirkan buah fikiran yang bernas, idea yang mantap, dan yang paling penting dapat mengawal emosi atau perasaan dalam apa keadaan sekalipun, lebih-lebih lagi dalam keadaan gawat, malah dalam masa yang sama mampu berfikir secara matang mencari jalan penyelesaian.

Saudara Kaum Muslimim Yang Dirahmati Allah,Bagi melihat model-model modal insan cemerlang dalam lipatan sejarah Islam, wajarlah kita melihat sepintas lalu, sirah baginda Rasulullah SAW dan para sahabat RA, baik dari golongan muhajirin mahupun golongan Ansar, mereka berjuang bermati-matian berkorban jiwa raga, harta benda dan anak pinak semata-mata demi memartabatkan Islam agama tercinta. Islam yang dahulunya dagang, maka insan-insan cemerlang (para sahabat) yang dididik oleh Rasulullah SAW, telah berjaya membina suatu ketamadunan yang sungguh luar biasa, mencakupi bidang peradaban manusia, sastera, perubatan, perundangan, sains, matematik, astronomi, botani dan sebagainya. Bukan murah pengorbanan yang ditagih, tidak ternilai keringat, air mata dan darah yang gugur membasahi bumi, hasilnya sedang kita nikmati ini adalah di atas jasa-jasa serta pengorbanan mereka yang terpahat dalam ingatan seluruh umat Islam dan lipatan sejarah silam. Kaum Muslimim Yang Berbahagia,

Sesungguhnya, telah terbukti bahawa jenerasi para sahabat dan zaman beberapa abad selepas itu merupakan jenerasi terbilang yang seharusnya kita contohi dan kita teladani. Mereka itu bukan sahaja cemerlang aqidah, cemerlang dalam penerokaan ilmu, cemerlang rohani dan jasmani, bahkan mereka itulah yang telah mencetuskan ketamadunan dan teknologi moden yang ada pada hari ini. Di antara pengajaran yang boleh diambil di dalam usaha kita mengejar impian untuk menjadi umat terbilang ialah: 1. Kita hedaklah terlebih dahulu membangunkan modal insan sebagai teras yang mendasari peradaban manusia itu sendiri.

2. Kita perlu sedar bahawa kekuatan umat Islam tidak hanya bergantung kepada keupayaan fizikal dan kelengkapan material semata-mata, bahkan kekuatan yang sebenar adalah terhasil dari gabungan antara keupayaan fizikal dan material serta dilengkapi kemantapan rohani.

3. Untuk menjadi umat terbilang, suatu bangsa itu hedaklah sentiasa menjunjung ketinggian akhlak. Seorang penyair Mesir Mohd Syauqi Bek pernah berkata di dalam syairnya:

#

Ertinya : " Kemuliaan atau maruah suatu bangsa itu terletak pada ketinggian akhlaknya, jika hilang akhlaknya maka hilanglah maruah bangsa itu".

4. Untuk menjadi umat terbilang, kita hedaklah bersikap terbuka dan sanggup berhijrah dengan mempelajari apa jua bidang pengetahuan, pengalaman serta pencapaian negara-negara luar yang lebih maju di atas kejayaan yang telah mereka capai. Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW:

. ( ) Maksudnya : " Hikmah kebijaksanaan (ilmu yang berguna) itu hilang dari genggaman orang mukmin, kutiplah ia di mana sahaja ia didapati." 5. Hedaklah mempunyai daya saing dan daya juang yang tinggi dalam melakukan sesuatu usaha, kajian atau ciptaan baru tanpa mengenal erti jemu dan letih walaupun memakan masa yang lama.

6. Kita juga hedaklah berkongsi kemajuan yang telah kita capai dengan mana-mana pihak yang memerlukan pertolongan dari sudut kepakaran atau sebagainya, sesuai dengan permintaan dan keupayaan mereka, kerana dari situlah negara kita akan dikenali dan dihormati, seterusnya menjadi contoh kepada negara lain.

Maksudnya : " Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui perkara-perkara ghaib dan yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKampus Darulaman.-KHUTBAH KEDUA-

Disediakan oleh: Ahmad Anwari bin RazaliPISMP Pendidikan Islam/ Bahasa Arab/ Pendidikan Al-Quran

Maasyaral Muslimin Rahimakumullah,Bertakwalah kita kepada Allah, dan sedarilah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kehidupan sementara, dan kehidupan akhirat adalah yang sebenar dan kekal abadi. Buatlah persiapan untuk menghadapi hari perhitungan. Tambahkanlah amal kebajikan dengan melakukan sedekah jariah dan kebaktian kepada kedua orang tua agar menjadi timbangan kebaikkan kita di akhirat kelak.Sebentar tadi, mimbar ada membicarakan serta menghuraikan sedikit sebanyak berkenaan kewajipan kita mengikut mazhab ahli sunnah wal jamaah.

Kaum Muslimin yang dikasihi Allah,Oleh yang demikian Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw, jika kita ingin menjadi satu ummah yang degeruni dan disegani oleh kawan dan lawan. Berpegang teguhlah kepada Al-Quran dan As Sunnah. Sesungguhnya, kita tidak akan tergelincir dari landasan Islam selagi mana kita berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Itulah kunci kecemerlangan dan kebahagian dunia dan akhirat.

.

.

. .........

.

TAJUK KHUTBAH: SOAL HATI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCIPTAKhutbah Pertama.

DEFINISI HATI

CIRI-CIRI HATI YANG MENGINGATI ALLAH

Hati insan yang sentiasa terpaut kepada mengingati Allah adalah hati-hati yang dicampakkan kepadanya As-Sakinah ataupun dengan kata lain ketenangan.

28. "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Surah Ar-Rad, 28)

Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

Hati yang dimasuki syaitan adalah hati yang sakit.Apabila hati seseorang itu jauh dari mengingati Allah, maka syaitan dengan serta merta akan masuk ke dalam hati seseorang dan mempengaruhinya untuk berbuat keburukan.(Ibnul Qoyyim al-Jauziyah)Keburukan dan kemaksiatan akan datang apabila hati seseorang berada dalam keadaan jauh dari mengingati Allah.CIRI-CIRI HATI YANG JAUH DARIPADA ALLAH

162. katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.163. tiada sekutu bagiNya, dan Dengan Yang demikian sahaja Aku diperintahkan, dan Aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam Yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".

Nabi Muhammad saw, menjelaskan tiga ciri-ciri cinta sejati: (1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai berbanding dengan yang lain.(2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai berbanding dengan yang lain.(3) lebih suka mengikuti kemahuan yang dicintai berbanding kemahuan diri sendiri sendiri ataupun orang lain.PERKAITAN ANTARA SOAL HATI DAN CINTA

PENGORBANAN SAHABAT NABI DALAM MEMBUKTIKAN CINTA KEPADA ALLAH

MESTILAH BERLANDASKAN KEIMANAN KEPADA ALLAH, BUKANNYA HAWA NAFSU DAN MELETAKKAN CINTA KEPADA ALLAH DAN RASUL MELEBIHI SEGALANYABOLEH. TETAPI??Cinta kepada ibu bapa?Cinta kepada anak-anak?Cinta kepada buah hati?Cinta kepada isteri?ADAKAH ISLAM MEMBENARKAN UNTUK MENCINTAI MAKHLUKMEREKA BERKORBAN KERANA MEREKA TELAH MELETAKKAN HATI MEREKA UNTUK CINTA KEPADA ALLAHAhli BadarBilal bin RabahSumaiyyahContoh sahabat-sahabat nabi:

KHUTBAH KEDUA.Ketiga, memperbanyakan zikir, baik dengan lisan ataupun perbuatan. Allah swt. memerintahkan untuk memperbanyakan zikir dalam setiap kesempatan. Firman Allah: Dan zikirlah (ingatlah) Allah sebanyak-banyaknya, supaya kamu beruntung. (Surah Al Jumu'ah ayat yang ke-10).

Pertama, dengan membaca, memahami, dan mengamalkan Al Qur'an. Cara ini akan melahirkan cinta dan kerinduan kepada-Nya, syukur, sabar, tawadhu (rendah hati) dan khusyu, serta seluruh sifat yang boleh mendapat cinta dan reda-Nya.CARA-CARA UNTUK MENCINTAI ALLAHKedua, mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan-amalan sunat setelah melaksanakan yang wajib. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah SAW. Bersabda: Tidak ada amalan yang paling Aku cintai dari hamba-Ku kecuali apa yang telah diwajibkan kepadanya. Dan Aku mencintai hamba-Ku yang senantiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan-amalan sunah . . . (Hadis Riwayat Bukhari).

20