unit 5: pembangunan modal insan

22
Unit 5: PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Upload: alima

Post on 12-Jan-2016

279 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Unit 5: PEMBANGUNAN MODAL INSAN. DEFINISI MODAL INSAN. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 5: PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Unit 5:

PEMBANGUNAN MODAL

INSAN

Page 2: Unit 5: PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Maksud Modal. Menurut Kamus Dewan, ‘modal’

bermaksud sesuatu yang digunakan untuk mendapatkan

/mencapai sesuatu yang lain. Ia juga bermaksud

kelebihan yang dimiliki. Pengertian lain ialah sesuatu

yang digunakan sebagai asas untuk mengembangkan

harta. Maksud Insan . Insan atau manusia dijelaskan sebagai

makhluk yang dicipta oleh Tuhan. Pembinaan insan

yang tepat dan betul akan membantu sesebuah negara

melahirkan masyarakat yang dapat memastikan

kejayaan masa depan negara tersebut.

DEFINISI MODAL INSAN

Page 3: Unit 5: PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan supaya ianya berkualiti dan releven dengan keperluan semasa;

Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia yang berbilang kaum bagi meningkatkan perpaduan negara

Melaksana langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar dan bandar, termasuk mempertingkatkan kualiti pengajaran, prasarana dan kemudahan serta menempatkan guru berpengalaman di sekolah luar bandar;

Membangunkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di peringkat tertiari memenuhi keperluan pasaran;

Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat;

Membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif, yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan;

Memperkukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif progresif, budaya prestasi tinggi, sistem nilai-nilai murni serta menghargai tradisi dan warisan.

Memperluaskan dan memperkemaskan forum perbincangan dan perundingan antara kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan.

TERAS MELAKSANAKAN PMI

Page 4: Unit 5: PEMBANGUNAN MODAL INSAN

1. Memiliki sahsiah yang terpuji.   Individu yang memiliki sahsiah terpuji boleh mengelakkan diri daripada

terlibat dengan  gejala negatif yang boleh merugikan diri, keluarga dan negara. Rakyat yang bersahsiah tinggi pula dapat membezakan sesuatu perkara yang baik dengan yang buruk atau bertindak dengan bijaksana.  

2. Harus memiliki pencapaian akademik yang cemerlang.   Pencapaian akademik yang cemerlang akan menjamin masa depan yang

cerah kerana dapat menjawat jawatan yang tinggi dan mendapat pekerjaan yang baik. Seseorang individu juga mampu bertindak dengan bijak dan menyelesaikan masalah dengan tenang jika memiliki ilmu yang banyak. 

3. Memiliki bakat kepimpinan yang tinggi.   Individu yang cemerlang bukan sahaja dapat memajukan diri dan keluarga

tetapi juga membantu anggota masyarakat dan negara. Misalnya seorang pengetua yang berbakat dapat memajukan sekolahnya dengan cemerlang. Seorang majikan yang berbakat pula dapat membimbing pekerjanya memajukan perniagaannya.

CIRI-CIRI INSAN

Page 5: Unit 5: PEMBANGUNAN MODAL INSAN

4. Mempunyai kecergasan fizikal iaitu tubuh badan yang sihat dan kuat.  Individu yang memiliki badan yang cergas dapat

bertindak dengan pantas dan berfikir dengan cepat dan tenang kerana badan yang cergas menjadikan otak kita cerdas. 

5. Mempunyai pegangan agama yang mantap. Setiap agama mengajar pengikutnya melakukan

kebaikan dan menjauhi kejahatan. Agama juga akan membentuk sahsiah yang terpuji dalam kalangan manusia.

Page 6: Unit 5: PEMBANGUNAN MODAL INSAN

FAKTOR PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Kualiti tenaga kerja di Malaysia semakin merosot. Disebabkan oleh krisis kewangan dan kegiatan ekonomi terpaksa bergantung

kepada buruh yang tidak mahir. Pasaran buruh menjadi ‘kendur’ dengan kadar pengangguran sekitar 3.1 %.

  Kemasukan tenaga kerja baru ke dalam pasaran buruh tidak

menepati kemahiran yang diperlukan oleh industri. Berlaku kerana Malaysia kekurangan pekerja yang sangat ketara terutama dalam

bidang-bidang professional dan teknikal menyebabkan ekonomi menjadi kaku.

Pelabur mengeluh bahawa pekerja baru kekurangan kapasiti menganalisis dan menyelesaikan masalah.

Pekerja baru kebanyakkannya kurang berpengalaman. Pelabur memerlukan modal yang besar jika mahu melatih pekerja baru dari asas kembali.

Kelemahan penguasaan bahasa.  Rangkaian sosial menghalang penggunaan teknologi terkini

dan proses berpasukan moden untuk aktiviti-aktiviti tambah nilai tinggi.

Page 7: Unit 5: PEMBANGUNAN MODAL INSAN

KEPENTINGAN MODAL INSAN

1. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi Negara serta memupuk “Minda Kelas Pertama”-masyarakat yang berpengetahuan,mampu berdaya saing,berbudaya kerja cemerlang dan mkuatan moral.

2. Menjadi negara berdaya saing dan berdaya maju.-tenaga muda merupakan golongan yang mempunyai potensi yang amat bernilai untuk dibangun.Golongan ini boleh dijadikan benteng harapan untuk maju ke hadapan dan sebagai sumber penting bagi membentuk zaman dan kemajuan.

3. Inditor atau petunjuk penting dalam pembangunan sesebuah Negara-Kita perlu sedar dalam menghadapi cabaran globalisasi,rakyat terutamanya generasi muda perlu bijak mengadun antara nilai tradisional dan kontemporari dalam usaha memajukan Negara dan martabat bangsa.

Page 8: Unit 5: PEMBANGUNAN MODAL INSAN

4. Menjana kemajuan dalam semua bidang dan mampu menempa kemajuan dan perubahan.

-sistem pendidikan yang ditawarkan amat gagah cuba melakukan tranformasi total atau perubahan yang menyeluruh terhadap cara dan gaya hidup,resam budaya ,dominasi ekonomi dan kewangan,perkembangan ilmu dan pendidikan,teknologi maklumat,media cetak dan letronik terhadap umat manusia.-penekanan kuat kepada budaya pembelajaran di kalangan orang melayu untuk perjalanan menuju wawasan 2020.

Page 9: Unit 5: PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Sukar untuk melahirkan masyarakat yang benar-benar seimbang dan “bermodal insan”

-betapa perlunya minda kelas pertama dicorak dengan intipati akhlak dan moral yang sejati serta mengikis tradisi individualisme dalam jiwa manusia dalam usaha kita membina modal insan yang sebenar-benar insaniah.

Tidak menunjukkan impak berkesan kepada masyarakat.

-masyarakat kelihatan masih seolah-olah teoretikal yang bergantung antara gagasan dan perlaksanaan.

Orang Melayu kelihatan lebih mudah dan bersedia untuk menerima budaya hiburan.

-pelbagai pihak kelihatan berlumba menghidangkan bermacam-macam bentuk hiburan kepada masyarakat.Hakikatnya ialah cenderung menyahut semua bentuk hiburan.Sumbangan orang melayu hanya sedikit berbanding kedudukan sebagai kumpulan terbesar dalam masyarakat.

-penekanan kuat kepada budaya pembelajaran di kalangan orang Melayu untuk perjalanan menuju wawasan 2020.

HALANGAN DAN

CABARAN

Page 10: Unit 5: PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi,berkemahiran dan berpengetahuan,kreatif dan inovatif iaitu:

mempergiat usaha menarik bakato menubuhkan ‘Talent Corporation’di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal

2011 untuk menambah tenaga kerja yang berbakat dan berkualiti

o Pemberian insentif yang sesuai supaya dapat meningkatkan minat pelajar terhadap bidang yang kritikal seperti sains dan teknologi.

memperluas akses kepada pendidikan berkualitio RM6.4 bilion disediakan untuk menaik taraf sekolah,asrama,kemudahan dan

peralatan serta memartabatkan profesion guru.o Penubuhan projek skim insentif untuk menggalakkan guru-guru bekerja di

kawasan luar bandar yang terpinggir.ia meningkatkan bekalan guru terlatih .

memperkasa pendidikan awalo kadar kemasukan prasekolah ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus

menjelang akhir tahun 2011 melalui penambahan 1700 kelas pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 orang guru prasekolah lepasan ijazah

LANGKAH-LANGKAH DALAM MENINGKATKAN PEMBANGUNAN MODAL

INSAN

Page 11: Unit 5: PEMBANGUNAN MODAL INSAN

memantapkan pendidikan sekolah rendah dan menengaho sekolah agama,sekolah kebangsaan cina,tamil,mubaligh akan terus diberi bantuan.o menyediakan biasiswa bagi guru-guru melanjutkan pelajarano mengambil 375 orang guru penuntur jati dari United Kingdom dan Australia untuk

mempertingkatkan pengajaran bahasa inggeriso menubuhkan sekolah berprestasi tinggi untuk membolehkan pelajar mencapai

kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan

mengarusperdanakan pendidikan teknikal dan latihan vokasional o menyediakan prospek kerjaya yang baiko jabatan pembangunan kemahiran akan mengeluarkan sijil-sijil yang diiktiraf bagi

kemasukan dalam perkhidmatan awam dan institusi pengajian tinggi.o Mengubah suai program pengajian di semuan institusi pengajian tinggi dan latihan

mengikut keperluan semasa pembangunan ekonomi Negara.

 

memperkasa pengajian tinggio peratusan staf akademik berkelulusan Phd ditambah kepada 75 peratus bagi universiti

penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA laino pensyarah juga berpeluang menikmati kenaikan pangkat di IPTA ke peringkat tinngi

Gred Turus III,II dan I serta dianugerahkan sebagai professor ulung tanpa memegang jawatan pentadbiran.

o Meningkatkan enrolmen pendidikan tinggi Negara melalui penambahan pengambilan pelajar ke IPT awam dan meluaskan pemberian pinjaman atau Bantuan kewangan ke IPT swasta.

Page 12: Unit 5: PEMBANGUNAN MODAL INSAN

mempergiat program latihan dan kemahirano menyediakan dana bagi mempergiat ‘program industrial skill

enhancement’ di pusat latihan kemahiran negeri untuk meningkatkan kemahiran graduan kejuruteraan dan pekerja teknikal 

o graduan jurusan lain digalakkan untuk mengembangkan kompentensi dan kebolehpasaran melalui program pentauliahan professional,pembangunan sukan,keusahawanan,skim pengurusan kebolehpasaran siswazah dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

Program Latihan 1 Malaysiao dilaksanakan untuk menambah ilmu pengetahuan melalui peningkatan

kemahiran dan mempelajari kemahiran baharu.

Meningkatkan produktiviti pekerjao menubuhkan Majlis Konsultasi Gaji Negara untuk meningkatkan

produktiviti pekerja.o Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat untuk meningkatkan

peluang bekerja dan produktiviti tenaga buruh.

Page 13: Unit 5: PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Memperluaskan penglibatan wanita dalam ekonomio menguatkuasakan peraturan-peraturan kerja (pekerja separa masa) bagi

mengalakkan penyertaan lebih banyak wanita sebagai pekerja separuh masa

o Sumbangan wanita didalam pembangunan modal insan tidak boleh dinafikan kerana wanita yang tidak bekerja, membantu urusniaga keluarga, menjadi surirumah sebenarnya memberikan sumbangan besar dari sudut ekonomi dan sosial serta pembangunan keluarga

o golongan wanita sepatutnya lebih fokus kepada pendidikan dan aspek menjadikan diri seorang insan yang baik

o Golongan wanita di Malaysia bijak dalam menjalankan perniagaan justeru masalah yang melibatkan golongan wanita ini akan merugikan Negara.

Page 14: Unit 5: PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Page 15: Unit 5: PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Dasar Alam Sekitar Negara, Dasar Perubahan Iklim Negara dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 adalah asas pengurusan alam sekitar di negara kita. Jabatan Alam Sekitar (JAS) menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar manakala Bahagian Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (BPASPI), NRE bertanggungjawab untuk dasar-dasar yang berkaitan dengan perubahan alam sekitar dan iklim seperti Dasar Alam Sekitar Kebangsaan dan Dasar Perubahan Iklim Negara.

PENGENALAN

Page 16: Unit 5: PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Page 17: Unit 5: PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Page 18: Unit 5: PEMBANGUNAN MODAL INSAN

18

Page 19: Unit 5: PEMBANGUNAN MODAL INSAN

PERTAMA PENGAWASAN ALAM SEKITAR

Menghormati dan berperihatin terhadap alam sekitar mengikut standard moral dan etika yang tertinggi.

KEDUA PEMULIHARAAN KETAHANAN DAN KEPELBAGAIAN ALAM

Memulihara ekosistem semula jadi untuk memastikan keutuhan kepelbagaian biologi dan sistem sokongsn hidup.

Page 20: Unit 5: PEMBANGUNAN MODAL INSAN

KETIGA PENINGKATAN BERTERUSAN KUALITI ALAM SEKITAR

Memastikan peningkatan berterusan dalam produktiviti dan kualiti alam sekitar ketika mengejar objektif pertumbuhan ekonomi dan pembangunan manusia.

KEEMPAT PENGGUNAAN LESTARI SUMBER –SUMBER ASLI

Menguruskan penggunaan sumber asli untuk mengekalkan asas sumber dan keutuhan alam sekitar.

Page 21: Unit 5: PEMBANGUNAN MODAL INSAN

KELIMA MEMBUAT KEPUTUSAN BERSEPADU

Mengintegrasikan dimensi alam sekitar ke dalam perancangan dan pelaksanaan dasar. Objecktif dan mandat semua sektor.

KEENAM PERANAN SEKTOR SWASTA

Memperkukuhkan peranan sektor swasta dalam perlindungan dan pengurusan alam sekitar.

Page 22: Unit 5: PEMBANGUNAN MODAL INSAN

KETUJUH KOMITMEN DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN

Memastikan semua pembuat keputusan di sektor awan dan swasta,pengguna-pengguna sumber,pertubuhan bukan kerajaan dan orang awam mempunyai komitmen tertinggi terhadap perlindungan dan kebertanggungjawaban ke atas alam sekitar membentu merancang dan melaksana aktiviti masing-masing.

KELAPAN PENYERTAAN AKTIF DALAM MASYARAKAT ANTARABANGSA

Menyertai secara aktif dan berkesan dalam usaha serantau dan sejagat ke arah pemuliharaan dan pembaikan alam sekitar.