modal insan dalam memperkasakan sekolah …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/442/1/modal insan... ·...

24
MODAL INSAN DALAM MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN (FASA 1) AMIR HASAN DAWI IKHSAN OTHMAN RIDZUAN JAAFAR KWAY ENG HOCK KOD PENYELIDIKAN: FRGS/KPT 03-04-03-06 UNIVERSiTI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2009

Upload: phungnhan

Post on 13-Apr-2018

258 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: MODAL INSAN DALAM MEMPERKASAKAN SEKOLAH …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/442/1/MODAL INSAN... · memperkasakan sekolah kebangsaan yang diajukan proposal pada tahun ... 2.3.1.1 Infrastruktur

MODAL INSAN DALAM MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN

(FASA 1)

AMIR HASAN DAWI IKHSAN OTHMAN RIDZUAN JAAFAR KWAY ENG HOCK

KOD PENYELIDIKAN: FRGS/KPT 03-04-03-06

UNIVERSiTI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2009

Page 2: MODAL INSAN DALAM MEMPERKASAKAN SEKOLAH …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/442/1/MODAL INSAN... · memperkasakan sekolah kebangsaan yang diajukan proposal pada tahun ... 2.3.1.1 Infrastruktur

II

PENGAKUAN

Adalah diakui Laporan Akhir Penyelidikan ini adalah hasil kajian asli kecuali

nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah dijelaskan sumbernya.

1 Januari 2009 AMIR HASAN BIN DAWI Ketua Penyelidik

Page 3: MODAL INSAN DALAM MEMPERKASAKAN SEKOLAH …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/442/1/MODAL INSAN... · memperkasakan sekolah kebangsaan yang diajukan proposal pada tahun ... 2.3.1.1 Infrastruktur

Ill

PENGHARGAAN

Kajian ini merupakan peringkat awal melihat aspek modal insan dalam memperkasakan sekolah kebangsaan yang diajukan proposal pada tahun 2005. Ketika itu idea memperkasakan sekolah kebangsaan adalah perkara baru diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan 2006. Justeru kajian ini adalah yang mendahui pelaksanaan dasar berkenaan. Kajian lengkap memperkasakan sekolah kebangsaan sebenarnya memerlukan peruntukan besar dan perlu secara berterusan sepertirnana besarnya hasrat dan perbelanjaan untuk memperkasakan sekolah kebangsaan tersebut. Kajian ini hanya menerima sejumlah kecil peruntukan daripada jumlah besar yang diperlukan. Justeru hanya fasa awal kajian sahaja dapat dilaksanakan. Kami para penyelidik amat berterima kasih dan menghargai geran penyelidikan Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang kami terima untuk melaksanakan Fasa 1 kajian. Kami juga berterima kasih kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris yang memudahkan urusan kajian. Di samping itu terdapat pihak lain yang terlibat dalam proses pelaksanaan kajian sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Oleh itu walaupun nama tuan dan puan tidak dinyatakan secara tersurat di sini, kebaikan tuan dan puan sentiasa tersirat dan kami mengucapkan ribuan terima.

Prof Madya Dr Amir Hasan Dawi Dr Ikhsan Othman

Page 4: MODAL INSAN DALAM MEMPERKASAKAN SEKOLAH …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/442/1/MODAL INSAN... · memperkasakan sekolah kebangsaan yang diajukan proposal pada tahun ... 2.3.1.1 Infrastruktur

IV

ABSTRAK

Kajian menghuraikan pandangan masyarakat berkaitan usaha pemerkasaan Sekolah Kebangsaan yang diberi penekanan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dan mencadangkan aspek yang difikirkan penting dalam permerkasaan tersebut Objektif kajian ialah meneliti pandangan masyarakat terhadap SK berbanding SJKC dan SJKT, mengenai pasti golongan yang tidak berminat terhadap SK, mengenai pasti faktor yang menjadi punca SK tidak menjadi pilihan dan melihat persepsi perbandingan sistem pengajaran dan pembelajaran antara SK, SJKC dan SJKT. Kajian dijalankan menggunakan teknik-teknik temu bual dan soal selidik. Temu bual dilakukan menggunakan protokol temu bual ke atas guru besar dari Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil bagi mendapatkan pandangan guru besar berkaitan harapan ibu bapa tentang perkara yang berlaku di Sekolah Kebangsaan berbanding dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Empat guru besar di temu bual secara mendalam diikuti dengan 12 kumpulan fokus melibatkan 75 guru besar. Dapatan temu bual dijadikan asas membina item bagi tiga set soal selidik yang ditadbirkan kepada tiga kumpulan sasaran iaitu ibu bapa SK, ibu bapa SJKC dan ibu bapa SJKT. Seramai 1126 ibu bapa yang terdiri daripada etnik-etnik Melayu (448), Cina (433) dan India (245) respons kepada soal selidik. Berdasarkan dapatan temu bual mendalam dan kumpulan fokus, kajian mendapati guru besar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan guru besar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil berpendapat bahawa ibu bapa dari etnik Cina atau ibu bapa dari etnik India akan lebih berminat untuk menghantar anak mereka ke sesebuah sekolah jika sekolah berupaya mensosialisasikan anak mereka seperti yang dikehendaki. Faktor pemilihan sekolah secara umum dapat dikaitkan kepada aspek warisan terutama yang menyentuh pengekalan bahasa ibunda serta kebudayaan. Bahasa sebagai alat komunikasi bagi anak-anak dalam urusan pembelajaran sangat penting. Ibu bapa dari komuniti Cina dan India juga prihatin kepada prestasi akademik anak-anak mereka. Selain itu mereka inginkan anak-anak mereka dapat berinteraksi secara mudah dengan seluruh warga sekolah serta mendapat layanan yang lebih baik. Unsur keagamaan juga dilihat sebagai sesuatu yang penting di mana pengajaran serta upacara keagamaan masing-masing boleh dilaksanakan di sekolah berkenaan. Dapatan soal selidik mengesahkan temu bual apabila dapatan adalah selari dengan dapatan temu bual mendalam dan kumpulan fokus. Dapatan utama soal selidik mengenai faktor pemilihan SJKC dan SJKT berkisar kepada perkara-perkara berkaitan bahasa ibunda, warisan, kebudayaan dan persekitaran etnik. Justeru kajian melihat budaya sebagai fundamental dalam pemerkasaan sekolah dan kajian mencadangkan alternatif untuk polisi pemerkasaan sekolah kebangsaan.

Page 5: MODAL INSAN DALAM MEMPERKASAKAN SEKOLAH …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/442/1/MODAL INSAN... · memperkasakan sekolah kebangsaan yang diajukan proposal pada tahun ... 2.3.1.1 Infrastruktur

V

HUMAN CAPITAL TOWARDS STRENGTHENING THE NATIONAL SCHOOL

ABSTRACT

This research explain people's view on the effort to strengthen national school which was emphasized in Education Development Master Plan 2006-2010 and suggesting the important aspects that should be considered. Objectives of the research are to examine views about national school compare to Chinese School and Tamil School, to identify people who do not have interest for National School, to identify the reason for not choosing national school and to compare teaching and learning environment between National School, Chinese School and Tamil School. The research was done by interviews and questionnaire. Interviews with schoolhead from National School, Chinese School and Tamil School were carried out to compare their perspectives about the three types of schools. Four schoolhead involved with in-depth interviews and twelve focus group interviews carried out involving seventy five schoolhead. Interviews finding verified by three sets of questionnaires. The questionnaires were answered by 1125 parents containing 446 Malays, 433 Chinese and 245 Indians. The in-depth and focus group interviews with schoolhead found that parents from Chinese and Tamil Schools interested to school which socialize their kids as what they intended. Factors that influence them for choosing school generally related to sustaining cultural heritage and mother tongue languages. Mother tongue language is very important as medium of communication in learning and academic achievement Other factors included are services, religion and comfortability. Interviews finding validated by questionnaire. In parallel with interviews, questionnaire's found that mother tongue languages, heritage, culture and ethnic surrounding were the dominant factors in choosing Chinese and Tamil School. This research concluded cultural heritage as fundamental aspect for strengthening school and alternative policy was suggested to strengthen national school.

Page 6: MODAL INSAN DALAM MEMPERKASAKAN SEKOLAH …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/442/1/MODAL INSAN... · memperkasakan sekolah kebangsaan yang diajukan proposal pada tahun ... 2.3.1.1 Infrastruktur

Vi

KANDUNGAN

Muka surat

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Sekolah Kebangsaan 2

1.2.1 PIPP dalam Memperkasakan Sekolah Kebangsaan 6

1.3 Pehyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 13

1.5 Soalan Kajian 13

1.6 Kepentingan Kajian 14

1.7 Kerangka Kajian 15

1.8 Definisi Operasional 17

1.9 Rumusan 19

Page 7: MODAL INSAN DALAM MEMPERKASAKAN SEKOLAH …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/442/1/MODAL INSAN... · memperkasakan sekolah kebangsaan yang diajukan proposal pada tahun ... 2.3.1.1 Infrastruktur

VII

BAB 2 LITERATUR MEMPERKASA SEKOLAH KEBANGSAAN

2.1 Pengenalan 20

2.2 Sekolah Kebangsaan 20

2.3 Memperkasa Sekolah Kebangsaan 24

2.3.1 Ciri Sekolah Kebangsaan Perkasa 25

2.3.1.1 Infrastruktur Lengkap dan Berkualiti 27

2.3.1.2 Penawaran Bahasa Cina dan Bahasa 28 Tamil

2.3.1.3 Pencapaian Akademik Cemerlang 29

2.3.1.4 Sistem Sokongan Yang Kuat dan

Mencukupi 31

2.3.1.5 Iklim dan Budaya Sekolah Sihat 33

2.3.1.6 Semua Murid Menguasai 3M 34

2.3.1.7 Pencapaian Sahsiah Murid Cemerlang 36

2.3.1.8 Penawaran dan Pelaksanaan Kokurikulum Yang Berkesan 37

2.3.1.9 Penawaran dan Pelaksanaan Kurikulum Yang Berasaskan Pelanggan 37

2.3.1.10 Pemimpin dan Guru Cekap, Terlatih dan Berkualiti 38

2.3.1.11 Beraspirasi Nasional 40

2.4 Rumusan 41

Page 8: MODAL INSAN DALAM MEMPERKASAKAN SEKOLAH …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/442/1/MODAL INSAN... · memperkasakan sekolah kebangsaan yang diajukan proposal pada tahun ... 2.3.1.1 Infrastruktur

VIII

BAB 3 METODOLOG! KAJIAN

3.1 Pengenalan 42

3.2 Instrumen Kajian 42

3.2.1 Protokol Temu Bual 43

3.2.2 Borang Soal Selidik 43

3.3 Lokasi Kajian 43

3.4 Teknik Lapangan 44

3.4.1 Peringkat Pertama: Temu bual Fokus Guru Besar 44

3.4.2 Peringkat Kedua: Soal Selidik Masyarakat Awam 44

3.5 Responden Temu Bual 45

3.6 Responden Soal Selidik 45

3.6.1 Sampel Kajian Soal Selidik 46

3.6.1.1 Ibu bapa Melayu 46

3.6.1.2 Ibu bapa Cina 48

3.6.1.3 Ibu bapa India 50

3.7 Penganalisisan Data 52

3.8 Batasan Kajian 53

BAB 4 DAPATAN TEMU BUAL

4.1 Pendahuluan 55

4.2 Dapatan Temu Bual Mendalam 55

4.3 Dapatan Kumpulan Fokus 60

4.3.1 Kumpulan Satu 60

4.3.2 Kumpulan Dua 61

4.3.3 Kumpulan Tiga 64

Page 9: MODAL INSAN DALAM MEMPERKASAKAN SEKOLAH …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/442/1/MODAL INSAN... · memperkasakan sekolah kebangsaan yang diajukan proposal pada tahun ... 2.3.1.1 Infrastruktur

IX

4.3.4 Kumpulan Empat 66

4.3.5 Kumpulan Lima 67

4.3.6 Kumpulan Enam 68

4.3.7 Kumpulan Tujuh 71

4.3.8 Kumpulan Lapan 74

4.3.9 Kumpulan Sembilan 76

4.3.10 Kumpulan Sepuluh 78

4.3.11 Kumpulan Sebelas 79

4.3.12 Kumpulan Dua belas dan Tiga belas 80

4.4 Rumusan 81

BAB 5 DAPATAN SOAL SELIDIK

5.1 Pengenalan 84

5.2 Persetujuan Terhadap Faktor Ibu bapa Melayu

Menghantar Anak ke SK Berbanding SJKC dan SJKT 84

5.2.1 Faktor Pengajaran dan Pembelajaran 86

5.2.2 Faktor Kemudahan dan Keselamatan Sekolah 88

5.2.3 Faktor Kokurikulum 88

5.2.4 Faktor Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah 89

5.2.5 Faktor Harapan Secara Am 90

5.3 Persetujuan Terhadap Faktor Ibu bapa Cina Menghantar

Anak ke Anak ke SJKC 91

5.3.1 Pengekalan Bahasa Ibunda 94

5.3.2 Pengekalan Kebudayaan Cina 95

5.3.3 Kemudahan di SJKC 96

5.3.4 Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran di SJKC 96

Page 10: MODAL INSAN DALAM MEMPERKASAKAN SEKOLAH …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/442/1/MODAL INSAN... · memperkasakan sekolah kebangsaan yang diajukan proposal pada tahun ... 2.3.1.1 Infrastruktur

5.3.5 Lain-lain Faktor Menghantar anak ke SJKC 97

5.4 Persetujuan Terhadap Faktor Ibu bapa India Menghantar

Anak ke SJKT 98

5.4.1 Pengekalan Bahasa Ibunda 101

5.4.2 Pengekalan Kebudayaan India 102

5.4.3 Kemudahan di SJKT 102

5.4.4 Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran di SJKT 103

5.4.5 Lain-lain Faktor Menghantar anak ke SJKC 104

5.5 Rumusan 106

BAB 6RUMUSAN DAN CADANGAN

6.1 Rumusan 107

6.2 Refleksi: Polemik Memperkasakan Sekolah Kebangsaan 110

6.3 Dimensi SK Perkasa 114

6.4 Cadangan Kajian Lanjutan 115

6.5 Penutup 115

RUJUKAN 117

LAMPIRAN

A Panduan Temu bual Perbincangan Fokus

B Soal selidik Mengenai Sekolah Rendah

C Soal selidik Untuk Ibu Bapa/Penjaga (SJK Cina)

D Soal selidik Untuk Ibu Bapa/Penjaga (SJK Tamil)

Page 11: MODAL INSAN DALAM MEMPERKASAKAN SEKOLAH …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/442/1/MODAL INSAN... · memperkasakan sekolah kebangsaan yang diajukan proposal pada tahun ... 2.3.1.1 Infrastruktur

SENARAI JADUAL

Jadual

Jadual 2.1 Bilangan Sekolah Kurang Murid

Jadual 3.1a Demografi Sampel Kajian Ibu bapa Melayu Mengikut Jantina

Jadual 3.1b Demografi Sampel Kajian Ibu bapa Melayu Mengikut Tahap Pendidikan

Jadual 3.1c Demografi Sampel Kajian Ibu bapa Melayu Mengikut Jenis Pekerjaan

Jadual 3.1d Demografi Sampel Kajian Ibu bapa Melayu Mengikut Tempat Tinggal

Jadual 3.2a Demografi Sampel Kajian Ibu bapa Cina Mengikut Jantina

Jadual 3.2b Demografi Sampel Kajian Ibu bapa Cina Mengikut Tahap Pendidikan

Jadual 3.2c Demografi Sampel Kajian Ibu bapa Cina Mengikut Jenis Pekerjaan

Jadual 3.2d Demografi Sampel Kajian Ibu bapa Cina Mengikut Tempat Tinggal

Jadual 3.3a Demografi Sampel Kajian Ibu bapa India Mengikut Jantina

Jadual 3.3b Demografi Sampel Kajian Ibu bapa India Mengikut Tahap Pendidikan

Jadual 3.3c Demografi Sampel Kajian Ibu bapa India Mengikut Jenis Pekerjaan

Jadual 3.3d Demografi Sampel Kajian Ibu bapa India Mengikut Tempat Tinggal

Jadual 4.1a Persepsi Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

Jaduai 4.1b Persepsi Guru Besar Sekolah Kebangsaan

Page 12: MODAL INSAN DALAM MEMPERKASAKAN SEKOLAH …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/442/1/MODAL INSAN... · memperkasakan sekolah kebangsaan yang diajukan proposal pada tahun ... 2.3.1.1 Infrastruktur

XII

Jadual 4.1 c Persepsi Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

Jadual 4.2 Kelebihan dan kekurangan SK dan SJKT

Jadual 4.3 Perbandingan Sistem Pengajaran

Jadual 5.1 Persetujuan Terhadap Faktor Ibu bapa Melayu Menghantar Anak ke SK Berbanding SJKC dan SJKT

Jadual 5.2a Persetujuan Ibu bapa Melayu Terhadap Faktor Pengajaran dan Pembelajaran

Jadual 5.2b Peratus Persetujuan Ibu bapa Melayu Terhadap Faktor Kemudahan dan Keselamatan Sekolah

Jadual 5.2c Peratus Persetujuan Ibu bapa Melayu Terhadap Faktor Kokurikulum

Jadual 5.2d Peratus Persetujuan Ibu bapa Melayu Terhadap Faktor Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah

Jadual 5.2e Peratus Persetujuan Ibu bapa Melayu Terhadap Faktor Harapan Secara Am

Jadual 5.3 Peratus Persetujuan Terhadap Faktor Mengapa Ibu bapa Cina Menghantar Anak ke SJKC

Jadual 5.3a Peratus Persetujuan Ibu bapa Cina Terhadap Pengekalan Bahasa Ibunda

Jadual 5.3b Peratus Persetujuan Ibu bapa Cina Terhadap Pengekalan Kebudayaan Cina

Jadual 5.3c Peratus Persetujuan Ibu bapa Cina Terhadap Kemudahan di SJKC

Jadual 5.3d Peratus Persetujuan Ibu bapa Cina Terhadap Keberkesanai i Pengajaran dan Pembelajaran di SJKC

Jadual 5.3e Peratus Persetujuan Ibu bapa Cina Terhadap Lain-lain Faktor Menghantar Anak Ke SJKC

59

69

72

85

87

88

89

90

91

93

94

95

96

97

98

Page 13: MODAL INSAN DALAM MEMPERKASAKAN SEKOLAH …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/442/1/MODAL INSAN... · memperkasakan sekolah kebangsaan yang diajukan proposal pada tahun ... 2.3.1.1 Infrastruktur

xiii

Jadual 5.4 Peratus Persetujuan Terhadap Faktor 99 Mengapa Ibu bapa India Menghantar Anak ke SJKT

Jadual 5.4a Peratus Persetujuan Ibu bapa India 101 Terhadap Pengekalan Bahasa Ibunda

Jadual 5.4b Peratus Persetujuan Ibu bapa India 102 Terhadap Pengekalan Kebudayaan India

Jadual 5.4c Peratus Persetujuan Ibu bapa India 103 Terhadap Kemudahan di SJKT

Jadual 5.4d Peratus Persetujuan Ibu bapa India 104 Terhadap Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran di SJKT

Jadual 5.4e Peratus Persetujuan Ibu bapa India 105 Terhadap Lain-lain Faktor Menghantar Anak ke SJKT

Page 14: MODAL INSAN DALAM MEMPERKASAKAN SEKOLAH …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/442/1/MODAL INSAN... · memperkasakan sekolah kebangsaan yang diajukan proposal pada tahun ... 2.3.1.1 Infrastruktur

SENARAI RAJAH

XIV

Rajah Muka surat

Rajah 1.1 Kerangka Kajian 16

Rajah 2.1 Ciri-ciri SK Perkasa 26

Page 15: MODAL INSAN DALAM MEMPERKASAKAN SEKOLAH …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/442/1/MODAL INSAN... · memperkasakan sekolah kebangsaan yang diajukan proposal pada tahun ... 2.3.1.1 Infrastruktur

XV

SENARAi SINGKATAN

2M - Membaca dan Menulis

3M - Membaca, Menulis dan Mengira

ICT - Information, communication technology

JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

j-QAF - Jawi, al-Quran dan Fardhu Ain

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah menengah

KIA2M - Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

P.O.L - People Own Language

PIBG - Persatuan Ibu bapa dan Guru

PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

PPD - Pejabat Pelajaran Daerah

PPSMI - Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik

dalam bahasa Inggeris

RIMUP - Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan

RMK-8 - Rancangan Malaysia Kelapan

RMK-9 - Rancangan Malaysia Kesembilan

SABK - Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

SAR - Sekolah Agama Rakyat

SRA - Sekolah Rendah Agama

SRAI - Sekolah Rendah Agama Integrasi

SJKC - Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

Page 16: MODAL INSAN DALAM MEMPERKASAKAN SEKOLAH …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/442/1/MODAL INSAN... · memperkasakan sekolah kebangsaan yang diajukan proposal pada tahun ... 2.3.1.1 Infrastruktur

XVI

SJKT - Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

SK - Sekolah Kebangsaan

SKM - Sekolah Kurang Murid

UPSR - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

Page 17: MODAL INSAN DALAM MEMPERKASAKAN SEKOLAH …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/442/1/MODAL INSAN... · memperkasakan sekolah kebangsaan yang diajukan proposal pada tahun ... 2.3.1.1 Infrastruktur

BAB1

LATAR BELAKANG KAJIAN

1.1 Pengenalan

Kerajaan Malaysia telah membuat ketetapan untuk memperkukuh modal

insan sebagai salah satu matlamat yang perlu dicapai dalam Rancangan

Malaysia Kesembilan (RMK-9). Sehubungan itu pembangunan modal insan

adalah menjadi teras utama pembangunan negara melalui RMK-9. Sejak

kemerdekaan, kerajaan telah cuba untuk meningkatkan keupayaan Sekolah

Kebangsaan (SK) dalam menarik minat lebih ramai murid daripada etnik yang

berbeza yang terdapat di negara ini. SK ialah suatu cara yang utama untuk

mencapai hasrat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri

daripada pelbagai etnik. Usaha yang dilakukan dalam RMK-9 adalah selari

dengan Wawasan 2020 yang juga berhasrat untuk mewujudkan suatu bangsa

Malaysia yang bersatu padu.

Dewasa ini telah timbul isu berkenaan pendidikan khususnya yang

berkaitan dengan SK. SK dikatakan tidak menjadi pilihan golongan tertentu

rakyat Malaysia. Sehubungan itu dalam RMK-9, teras dasar pembangunan

modal insan yang berkaitan dengan pendidikan peringkat sekolah telah diberi

Page 18: MODAL INSAN DALAM MEMPERKASAKAN SEKOLAH …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/442/1/MODAL INSAN... · memperkasakan sekolah kebangsaan yang diajukan proposal pada tahun ... 2.3.1.1 Infrastruktur

2

perhatian. Dalam RMK-9 aspek pembangunan modal insan direncanakan

dengan melaksanakan penambahbaikan secara komprehensif ke atas sistem

penyampaian pendidikan dan latihan; memperkasa SK untuk menjadi sekolah

pilihan utama rakyat Malaysia bagi meningkatkan perpaduan negara; dan

melaksanakan langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah di

luar bandar dengan sekolah di bandar.

1.2 Latar Belakang Sekolah Kebangsaan

Sejak dari awal penubuhannya, SK bertujuan untuk mencapai matlamat

perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang etnik. Ordinan

Pelajaran 1952 memaksudkan SK sebagai tempat untuk generasi muda hidup

dalam masyarakat; bekerjasama antara satu dengan yang lain; melahirkan

rakyat yang setia kepada negara; dan rakyat yang menyumbang kepada

kesejahteraan. Disusuli pula dengan Penyata Razak 1956 yang melihat dan

menjadikan pendidikan sebagai alat untuk mencapai perpaduan. Begitulah

seterusnya dasar-dasar pelajaran seperti Laporan Mahathir 1979 dan Akta

Pendidikan 1996 tidak lari daripada meletakkan perpaduan masyarakat yang

berbilang etnik sebagai matlamat utama dalam pendidikan.

Dalam RMK-9, memperkasa SK ialah antara satu daripada enam teras

strategik Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP), di

samping membina negara bangsa; membangunkan modal insan; merapatkan

jurang pendidikan; memartabatkan profesion perguruan; dan melonjakkan

kecemerlangan institusi pendidikan.

Page 19: MODAL INSAN DALAM MEMPERKASAKAN SEKOLAH …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/442/1/MODAL INSAN... · memperkasakan sekolah kebangsaan yang diajukan proposal pada tahun ... 2.3.1.1 Infrastruktur

3

Dari segi pembangunan modal insan khususnya melalui pendidikan,

secara keseluruhan sehingga tahun 2005 dapat dirumuskan bahawa kadar

penyertaan rakyat dalam sistem pendidikan kebangsaan daripada peringkat

prasekolah hingga ke peringkat universiti telah bertambah baik. Di sekolah-

sekolah, purata saiz kelas dan nisbah guru-murid juga telah didapati semakin

bertambah baik, Telah ada langkah-langkah untuk penambahbaikan

kurikulum, kualiti pengajaran dan penggunaan teknologi maklumat (ICT)

dalam pembelajaran. Walau bagaimanapun RMK-9 menyatakan "terdapat

banyak lagi ruang untuk meningkatkan kualiti sekolah rendah dan menengah,

terutamanya SK serta mengurangkan jurang antara sekolah luar bandar dan

bandar" (RMK-9; hal. 7). Justeru dalam RMK-9, pelaburan modal insan

diberikan penekanan yang lebih besar. Salah satu daripada lapan perkara

yang digariskan dalam teras dasar pembangunan modal insan dalam RMK-9

ialah "memperkasakan sekolah kebangsaan untuk menjadi sekolah pilihan

utama rakyat Malaysia bagi meningkatkan perpaduan negara" (RMK-9; hal.

261).

Memperkasa SK bermaksud menjadikan SK perkasa sehingga menjadi

sekolah pilihan utama rakyat Malaysia. SK merujuk kepada sekolah rendah

dan sekolah menengah harian yang menggunakan bahasa Melayu sebagai

bahasa pengantar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada

asasnya SK ditubuhkan oleh pihak kerajaan sebagai sekolah aliran perdana

bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Sehubungan itu

SK dijangka akan diperkasakan dengan mengatasi beberapa kelemahan

yang masih terdapat di dalamnya.

Page 20: MODAL INSAN DALAM MEMPERKASAKAN SEKOLAH …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/442/1/MODAL INSAN... · memperkasakan sekolah kebangsaan yang diajukan proposal pada tahun ... 2.3.1.1 Infrastruktur

4

Melalui usaha pemerkasaan SK dalam RMK-9, murid Cina di SK

dijangka akan bertambah daripada 6% pada tahun 2005 kepada 12% pada

tahun 2010. Murid India di SK pula dijangka bertambah daripada 43.2% pada

tahun 2005 kepada 60% pada tahun 2010.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil beberapa

langkah yang positif untuk memperkasa SK. Salah satu langkah yang diambil

untuk memperkasa SK ialah dengan memperkenalkan mata pelajaran

Bahasa Cina (Mandarin) dan Bahasa Tamil di SK selaras dengan keputusan

Mesyuarat Kabinet pada 27 April 2005. Pelaksanaan pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran Bahasa Cina SK dan Bahasa Tamil SK ialah

mulai tahun 2007 untuk murid Tahun 1, selaras dengan surat pekeliling

ikhtisas KP(BS/PSR)8502/15/006/Jld.ll(32) bertarikh 9 Disember 2005.

Kedua-dua mata pelajaran tersebut masing-masing mengambil alih mata

pelajaran bahasa tambahan iaitu Bahasa Cina Komunikasi dan Bahasa Tamil

Komunikasi yang diperkenalkan mulai tahun 2003 kepada murid Tahun 1 di

SK melalui surat pekeliling ikhtisas KP(BS)8591/Jld.XVIII(8) bertarikh 1

Oktober 2002. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

Bahasa Cina SK dan Bahasa Tamil SK adalah bagi memberi ruang yang lebih

luas lagi kepada murid-murid Cina atau murid-murid India untuk mempelajari

mata pelajaran bahasa ibunda tersebut.

Di samping ibu bapa Cina dan ibu bapa India yang tidak memilih untuk

menghantar anak mereka ke SK, terdapat juga ibu bapa dari kalangan orang

Meiayu yang tidak menghantar anak mereka untuk bersekolah di SK. ibu

Page 21: MODAL INSAN DALAM MEMPERKASAKAN SEKOLAH …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/442/1/MODAL INSAN... · memperkasakan sekolah kebangsaan yang diajukan proposal pada tahun ... 2.3.1.1 Infrastruktur

5

bapa Melayu ini merasa bahawa aspek-aspek penting seperti jawi, al-Quran,

fardhu ain dan bahasa Arab tidak diberi penegasan di SK sehingga mereka

lebih gemar memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Agama

Rakyat (SAR) atau sekolah agama yang lain seperti Sekolah Agama Bantuan

Kerajaan (SABK), Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Agama

Integrasi (SRAI). Kekurangan di SK tersebut telah dikenal pasti oleh KPM dan

sehubungan itu j-QAF telah diperkenalkan di SK. Pelaksanaan j-QAF bermula

pada tahun 2005 mengikut pekeliling KB(BS)8591/Jld.XVII(13) bertarikh 30

Disember 2004. Pelaksanaan j-QAF adalah menyumbang kepada usaha

untuk memperkasa SK; iaitu dengan adanya j-QAF di SK maka ibu bapa dari

kalangan orang Melayu tidak perlu sangsi lagi dengan kualiti pendidikan yang

diperolehi oleh anak-anak mereka yang bersekolah di SK.

Bagi memperkasa SK, langkah selanjutnya yang diambil oleh pihak

kerajaan ialah dengan mengadakan prasekolah dan kelas pendidikan khas di

SK. Pendidikan prasekolah dan pendidikan khas kini ditempatkan di bawah

satu pentadbiran di SK. Dalam RMK-9 kerajaan telah memperuntukkan

sejumlah RM 327.3 juta untuk pembiayaan prasekolah di 2,626 buah sekolah

yang melibatkan 3,143 kelas dan 76,000 kanak-kanak menjelang 2010.

Peruntukan yang besar tersebut adalah bagi meningkatkan lagi kualiti

pendidikan prasekolah yang diberi kepada rakyat Lain-lain usaha yang

sedang dan akan dilaksanakan bagi memperkasa SK ialah dengan

mempertingkatkan kualiti fizikal sekolah, sumber manusia, kepimpinan dan

pengurusan, sahsiah dan disiplin, kokurikulum, keceriaan, kebersihan,

Page 22: MODAL INSAN DALAM MEMPERKASAKAN SEKOLAH …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/442/1/MODAL INSAN... · memperkasakan sekolah kebangsaan yang diajukan proposal pada tahun ... 2.3.1.1 Infrastruktur

6

keselamatan, budaya sihat, ICT, Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG),

hubungan luar dan perpaduan.

1.2.1 PIPP dalam Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Memperkasakan SK dijadikan salah satu teras strategik dalam PIPP. Seperti

yang digariskan, KPM akan memperkasakan SK supaya SK menjadi pilihan

utama masyarakat Malaysia. Sehubungan itu, SK direncanakan untuk

dilengkapi dengan kemudahan seperti kemudahan asas pendidikan yang

mencukupi serta berkualiti; bekalan elektrik dan air bersih; kemudahan ICT;

serta kemudahan infrastruktur. Guru yang terlatih mengikut opsyen yang

mencukupi serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan juga akan

dibekalkan dalam RMK-9 selaras dengan pelan strategik tersebut (KPM

2006:32).

Teras Kedua RMK-9 ialah untuk meningkatkan keupayaan

pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk 'minda kelas pertama',

Dalam teras ini, salah satu langkah yang diambil ialah untuk menjadikan SK

sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia. RMK-9 memberi penekanan

kepada peningkatan bilangan dan kualiti guru dengan menambah bilangan

guru yang memiliki ijazah selaras dengan RMK-8 yang mensasarkan 50%

guru sekolah rendah adalah guru siswazah menjelang 2010. Selain itu, RMK-

9 juga merancang untuk menyediakan latihan atau kursus dalam

perkhidmatan kepada guru-guru; membestarikan semua SK; memberi

peluang pendidikan kepada kanak-kanak istimewa dalam bentuk pendidikan

khas; mengurangkan jurang prestasi antara pelajar di bandar dan pelajar di

Page 23: MODAL INSAN DALAM MEMPERKASAKAN SEKOLAH …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/442/1/MODAL INSAN... · memperkasakan sekolah kebangsaan yang diajukan proposal pada tahun ... 2.3.1.1 Infrastruktur

7

luar bandar; penempatan guru-guru yang berpengalaman di kawasan-

kawasan luar bandar; dan mengadakan program sokongan kepada murid-

murid dari keluarga yang berpendapatan rendah.

Sebagaimana yang terdapat dalam PIPP 2006-2010, SK ditakrifkan

sebagai "sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah harian yang

menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah-sekolah

ini ditubuhkan sebagai sekolah aliran perdana bagi memupuk perpaduan

rakyat Malaysia" (hal. 76). Menurut PIPP, isu yang timbul kini yang berkaitan

dengan pendidikan ialah untuk menjadikan SK sebagai sekolah pilihan utama

masyarakat di Malaysia. Sehubungan itu PIPP telah menggariskan beberapa

kelemahan yang kini masih terdapat di SK yang perlu untuk ditangani.

Kelemahan tersebut ialah:

• prasarana yang kurang memuaskan terutamanya di kawasan

pedalaman

• anggapan masyarakat bahawa pencapaian di SK adalah lebih rendah

berbanding di sekolah rendah aliran Cina atau SJKC

• tanggapan masyarakat bukan Bumiputera bahawa SK terlalu bercirikan

Islam "manakala masyarakat yang beragama Islam pula menyatakan

sebaliknya"

Justeru itu PIPP memberi tumpuan untuk memperkasakan SK

terutamanya di peringkat sekolah rendah. Sekolah rendah diberikan tumpuan

atas alasan ia "mempunyai peranan penting sebagai tapak untuk menyemai

Page 24: MODAL INSAN DALAM MEMPERKASAKAN SEKOLAH …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/442/1/MODAL INSAN... · memperkasakan sekolah kebangsaan yang diajukan proposal pada tahun ... 2.3.1.1 Infrastruktur

8

dan memupuk perpaduan antara kaum daripada peringkat awal

persekolahan" (KPM 2006; hal. 77). Sehubungan itu SK yang bahasa

pengantarnya bahasa Melayu perlu dijadikan sekolah aliran perdana yang

akan menjadi pilihan utama dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Dasar

memperkasa SK kelak diharap akan menyemai, meningkat dan

memperkukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan murid berbilang kaum yang

terdapat di sekolah.

Sasaran jangka panjang KPM berkaitan dengan pemerkasaan SK juga

ialah untuk menjadikan SK sebagai pusat kecemerlangan dalam pelbagai

segi seperti prasarana; disiplin murid; keselamatan murid; kokurikulum; ICT;

kualiti guru; serta kepimpinan, pentadbiran dan pengurusan sekolah. PIPP

menggariskan bahawa SK yang bersifat perkasa perlu mempunyai ciri-ciri

seperti berikut:

• Infrastruktur lengkap dan berkualiti

• Pemimpin dan guru cekap, terlatih dan berkualiti

• Penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan

• Penawaran dan pelaksanaan kokurikulum yang berkesan

• Pencapaian sahsiah murid cemerlang

• Beraspirasi nasional

• Semua murid menguasai 3M

• Iklim dan budaya sekolah sihat

• Sistem sokongan yang kuat dan mencukupi

• Pencapaian akademik cemerlang