pelaburan modal insan ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan

Upload: ezyarigne

Post on 06-Apr-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Pelaburan Modal Insan Ke Arah Ekonomi Berasaskan Pengetahuan

    1/14

    Abdul Hakim B HishamuddinPencapaian pendidikan di

    kalangan pekerja

  • 8/3/2019 Pelaburan Modal Insan Ke Arah Ekonomi Berasaskan Pengetahuan

    2/14

    Pelaburan modal manusia ialah proses

    memperoleh dan meningkatkan bilangan

    individu yang memiliki pengetahuan,

    kemahiran dan pengalaman yang merupakan

    keperluan kritikal dalam proses pembangunanekonomi.

    Pencapaian pendidikan di kalangan

    pekerja

  • 8/3/2019 Pelaburan Modal Insan Ke Arah Ekonomi Berasaskan Pengetahuan

    3/14

    Modal manusia merupakan unsur terpenting

    pembangunan sumber manusia, mencipta

    daya tahan ekonomi dalam menghadapi krisis

    dahsyat dan keunggulan daya saing.

    Individu berpendidikan berupayamengembangkan visi tentang kehidupan yang

    maju, membina sikap serta etos kerja,

    produktif dan responsif terhadap penguasaan

    teknologi terkini.

  • 8/3/2019 Pelaburan Modal Insan Ke Arah Ekonomi Berasaskan Pengetahuan

    4/14

    Dengan adanya pencapaian pendidikan dalam

    kalangan pekerja, manusia akan memerah otakuntuk memperoleh dan mencerna ilmupengetahuan.

    Tangan manusia pula membolehkan

    pengetahuan tadi dipindahkan dalam bentukpraktikal menerusi reka bentuk alat-alat baru.

    Pendidikan mencetus kreativiti, menjanapengetahuan dan kemudian diaplikasikan secara

    praktikal.

  • 8/3/2019 Pelaburan Modal Insan Ke Arah Ekonomi Berasaskan Pengetahuan

    5/14

    Pelaburan dalam modal manusia memungkinkan

    pemanfaatan teknologi dan memperluas magnitudkegunaannya.

    Ia juga mencetuskan mekanisme penerimaan

    (adaptation, absorptive capacity) teknologi termaju

    yang bergantung kepada kemahiran intelektual,pemerolehan pengetahuan dan know-how. Ia bolehdiringkaskan seperti berikut:

  • 8/3/2019 Pelaburan Modal Insan Ke Arah Ekonomi Berasaskan Pengetahuan

    6/14

    Penyelidikan Asas Penyelidikan Gunaan Kemajuan Teknologi

    + D S + D SE + D MS + D TSE

    S = Saintis

    SE = Saintis dan Jurutera MS = Saintis Pengurusan

    TSE = Juruteknik dan Operator mahir

    + D = Perubahan positif

    (Sumber Dhesi,1979:7)

  • 8/3/2019 Pelaburan Modal Insan Ke Arah Ekonomi Berasaskan Pengetahuan

    7/14

    Faedah Langsung Faedah Tidak Langsung Faedah Luaran

    * meningkatkan pendapatanpekerja

    * meningkatkan produktiviti

    pekerja

    * mobiliti pekerja bertambah* ciptaan dan inovasi

    * pekerja terlatih boleh dieksport

    * membasmi buta huruf

    * taraf kesihatan

    meningkat

    * agihan pendapatancekap

    * negara stabil & nilaidemokrasi terpelihara

    Faedah pencapaian pendidikan dalam

    kalangan pekerja

    :

  • 8/3/2019 Pelaburan Modal Insan Ke Arah Ekonomi Berasaskan Pengetahuan

    8/14

    Terdapat juga faedah ekonomi seperti produktiviti

    dan pendapatan yang boleh diukur menerusi kaedahanalisis kos faedah, kadar pulangan individu, kadarpulangan sosial dan perbakian.

    Faedah bukan ekonomi pula berupa kesan tidaklangsung terhadap perkembangan aktiviti ekonomidan sukar diukur. Misalnya dari segi politik,pendidikan memupuk sikap kewarganegaraan ataupatriotisme.

  • 8/3/2019 Pelaburan Modal Insan Ke Arah Ekonomi Berasaskan Pengetahuan

    9/14

    Individu berpendidikan akan mengerti tentang hak

    dan tanggungjawabnya terhadap demokrasi. Dari segi sosiobudaya, individu berpendidikan juga

    bersikap terbuka dalam menghadapi situasi berbilang

    budaya.

    Wujud toleransi bukan sahaja di peringkat domestik,bahkan di peringkat serantau sehingga mewujudkan

    iklim yang baik untuk pelaburan ekonomi.

  • 8/3/2019 Pelaburan Modal Insan Ke Arah Ekonomi Berasaskan Pengetahuan

    10/14

    Keluarga pekerja turut menerima limpahan faedah.

    Para ibu boleh memperuntukkan masa yangsepatutnya digunakan untuk menjaga anak sendiridengan aktiviti produktif yang lain apabila anak kesekolah.

    Produktiviti sekolah dari segi penjagaan kanak-kanakboleh diukur daripada pendapatan purata ibu bekerja.Kehidupan komuniti dan kejiranan juga lebihtenteram

  • 8/3/2019 Pelaburan Modal Insan Ke Arah Ekonomi Berasaskan Pengetahuan

    11/14

    1.2 Pencapaian pendidikan dikalangan tenaga kerja

    k-ekonomi memerlukan tenaga kerja yang

    berpendidikan.

    Pencapain pendidikan tertiari di Malaysia masih

    rendah. Tahun 2000 kurang 14% mempunyai

    pendidikan tertiari.

    Pertumbuhan tenaga kerja peringkat ini juga bergerak

    perlahan dari tahun 1990-2000

  • 8/3/2019 Pelaburan Modal Insan Ke Arah Ekonomi Berasaskan Pengetahuan

    12/14

    Komposisi pekerja berasaskan pengetahuan

    Pasaran buruh Malaysia terdiri daripada kurang 12% pekerjaperingkat profesional dan teknikal

    pekerja pentadbiran dan pengurusan dalam lingkungn 4%

    Maka jumlah peringkat tenaga kerja peringkat tinggi 16%

    jauh lebih rendah berbanding Singapura 22.3% komposisi peringkat operator pengeluaran adalah tertinggi

    di Malaysia menunjukkan ekonomi masih berintensifkan

    buruh

  • 8/3/2019 Pelaburan Modal Insan Ke Arah Ekonomi Berasaskan Pengetahuan

    13/14

    Kemajuan aktiviti penyelidikan dan pembangunan

    Perbelanjaan kerajaan dlm penyelidikan, bilangan saintis,jurutera, dan juruteknik masih jauh lebih rendah berbadingnegara maju

    Pendidikan tertiari terutama universiti sepatutnyadiarahkan menghasilkan lebih ramai saintis dan jurteratetapi apa yang berlaku bidang sains sosial lebih ramai

    berbanding teknikal. dlm k ekonomi penyelidikan dan pembangunan sangat

    penting bagi menjana idea baru dan menggalakkan inovasiserta menggiatkan sektor perkhidmatan serta sokongan.

  • 8/3/2019 Pelaburan Modal Insan Ke Arah Ekonomi Berasaskan Pengetahuan

    14/14

    Kajian Psachoropoulus menunjukkan bahawa perbelanjaandalam pendidikan menggambarkan pelaburan dalammodal insan adalah menguntungkan, sama ada kepadaindividu, mahupun masyarakat.

    Keputusan melabur dalam modal manusia membabitkan

    keseimbangan kos langsung dan kos lepas akibatpendidikan formal dengan prospek pulangan untuk pekerjaberpendidikan.

    Majikan juga menikmati keadaan pekerja yang berdisiplin,berdaya maju dan bersikap terbuka terhadap perubahan.

    kesimpulan