modal insan bertaraf dunia

19
1. Sebagai seorang guru yang mendukung aspirasi negara, jelaskan bagaimana anda boleh membantu merealisasikan matlamat melahirkan modal insan bertaraf dunia seperti yang dihasratkan oleh PPPM 2013-2025. Pendidikan merupakan elemen penting dalam mencetuskan potensi diri pada setiap individu dan menjadi landasan utama untuk melahirkan modal insan terbaik. Mengikut kamus dewan edisi keempat, perkataan pendidikan membawa maksud perihal mendidik. Manakala berdasarkan kamus pelajar, perkataan pendidikan bererti perihal atau perbuatan mendidik (PRPM, 2015). Dalam bahasa Inggeris, perkataan educationyang bererti pendidikan adalah berasal daripada dua perkataan Latin iaitu educare dan educatum yang secara rincinya educare bermaksud untuk melatih atau mencorak manakala educarum bererti tindakan untuk mengajar (Kumar dan Ahmad, 2008). Selain itu, menurut seorang ahli falsafah dan pemikir iaitu Syed Muhammad Naquib al-Attas, pendidikan bermaksud sutu proses penerapan sesuatu ke dalam diri manusia (Ahmad, tiada tarikh). Namun, menurut Yero (2002) pengertian ‘pendidikan’ dipengaruhi oleh kepercayaan yang luas berdasarkan fungsi pendidikan. Antaranya adalah: Tujuan sebenar pendidikan adalah untuk meninggalkan manusia dalam keadaan sentiasa bertanya~Bishop Creighton Tugas utama sesebuah sekolah adalah memaksimumkan kemampuan yang ada dalam diri setiap pelajar~Carol Ann Tomlinson Akibat daripada keluasan kepercayaan tersebut, tiada fakta yang boleh merijidkan maksud sebenar pendidikan. Namun, secara amnya pendidikan didukung oleh unsur ‘membangun’, ‘ilmu pengetahuan’ dan ‘perwatakan kendiri individu’. Menurut

Upload: oniepijey

Post on 09-Nov-2015

142 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

esei

TRANSCRIPT

1. Sebagai seorang guru yang mendukung aspirasi negara, jelaskan bagaimana anda boleh membantu merealisasikan matlamat melahirkan modal insan bertaraf dunia seperti yang dihasratkan oleh PPPM 2013-2025.

Pendidikan merupakan elemen penting dalam mencetuskan potensi diri pada setiap individu dan menjadi landasan utama untuk melahirkan modal insan terbaik. Mengikut kamus dewan edisi keempat, perkataan pendidikan membawa maksud perihal mendidik. Manakala berdasarkan kamus pelajar, perkataan pendidikan bererti perihal atau perbuatan mendidik (PRPM, 2015). Dalam bahasa Inggeris, perkataan education yang bererti pendidikan adalah berasal daripada dua perkataan Latin iaitu educare dan educatum yang secara rincinya educare bermaksud untuk melatih atau mencorak manakala educarum bererti tindakan untuk mengajar (Kumar dan Ahmad, 2008). Selain itu, menurut seorang ahli falsafah dan pemikir iaitu Syed Muhammad Naquib al-Attas, pendidikan bermaksud sutu proses penerapan sesuatu ke dalam diri manusia (Ahmad, tiada tarikh). Namun, menurut Yero (2002) pengertian pendidikan dipengaruhi oleh kepercayaan yang luas berdasarkan fungsi pendidikan. Antaranya adalah:Tujuan sebenar pendidikan adalah untuk meninggalkan manusia dalam keadaan sentiasa bertanya ~Bishop CreightonTugas utama sesebuah sekolah adalah memaksimumkan kemampuan yang ada dalam diri setiap pelajar ~Carol Ann TomlinsonAkibat daripada keluasan kepercayaan tersebut, tiada fakta yang boleh merijidkan maksud sebenar pendidikan. Namun, secara amnya pendidikan didukung oleh unsur membangun, ilmu pengetahuan dan perwatakan kendiri individu. Menurut Kumar dan Ahmad (2008) pendidikan disokong oleh tiga unsur asas iaitu ilmu pengetahuan, subjek dan satu proses yang apabila dirangkum daripada pelbagai cerapan maksud, pendidikan boleh diertikan sebagai sebuah matlamat, secara sedar atau tidak sedar yang mengaitkan proses fisiologi, sosiologi, siantifik dan filosofi dalam merangsang pembangunan kendiri individu sehingga ke tahap tertinggi dan seterusnya memaksimumkan pembangunan masyarakat dalam keadaan harmoni.Era globalisasi kini membuktikan faktor pendidikan menjadi penggerak utama terhadap pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara dan ia amat bergantung kepada ilmu pengetahuan, kemahiran dan daya saing yang dimiliki oleh rakyat sejagat (KPM, 2013). Justeru, pelaksanaan sistem pendidikan yang jitu semestinya mampu mengoptimumkan penggunaan ketiga-tiga elemen tersebut demi memcorakkan masa depan negara yang cerah. Jadi, adalah tidak menghairankan apabila rakyat sesebuah negara yang berpendidikan tinggi mampu menikmati kesan kemajuan ekonomi yang lebih canggih dan berteknologi. Melalui pendidikan juga seseorang individu mampu meningkatkan taraf hidup, mengharmonikan kehidupan bermasyarakat dan selanjutnya menyumbang secara aktif terhadap pembangunan negara.Sehubungan dengan itu, pada Oktober 2011 sistem pendidikan yang sedia ada telah dikaji semula oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membangunkan pelan pendidikan baru yang setanding piawaian pendidikan antarabangsa iaitu menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. PPPM 2013-2025 merupakan pelan pendidikan jangka panjang yang secara ringkasnya bertujuan untuk menggerakkan sistem pendidikan di Malaysia setanding dengan negara-negara maju yang lain seperti China, Korea Selatan, Jepun dan Singapura. Hal ini adalah disebabkan jurang yang ketara dalam pencapaian pendidikan ditunjukkan antara Malaysia dengan negara-negara tersebut. Misalnya, berdasarkan perbandingan kedudukan PISA (Programme for International Student Assessment) 2009+ bagi Malaysia dan negara serantau yang setara, Malaysia hanya menduduki di tangga ke-54 (bacaan), 57 (matematik) dan 52 (sains) berbanding China, Korea Selatan, Jepun dan Singapura yang berada di kedudukan lima teratas. Negara serantau yang setara

1. Bacaan2. Matematik3. Sains

Kedu-dukanNegaraSkor min.Kedu-dukanNegaraSkor min.Kedu-dukanNegaraSkor min.

1Shanghai-China5561Shanghai-China6001Shanghai-China575

2Korea Selatan5392Singapura5622Finland554

3Finland5363Hong Kong5553Hong Kong549

4Hong Kong5334Korea Selatan5464Singapura542

5Singapura5265Chinese Taipei5435Jepun539

.............................................................................................................................................

26Hungary49424Austria49620Amerika Syarikat502

Purata OECDPurata OECDPurata OECD

27Portugal49725Poland49521Republik Czech500

.............................................................................................................................................

42Kesatuan Rusia45941Croatia46040Greece470

Purata AntarabangsaPurata AntarabangsaPurata Antarabangsa

43Chile44942Israel44741Malta461

.............................................................................................................................................

52Thailand42152Thailand41951Thailand425

.............................................................................................................................................

54MALAYSIA41457MALAYSIA40452MALAYSIA422

.............................................................................................................................................

61Indonesia40267Indonesia37165Indonesia383

Perbandingan kedudukan PISA 2009+ bagi Malaysia dan negara lain khususnya negara serantau yang setara (Sumber: KPM 2013).

Matlamat melahirkan modal insan bertaraf dunia bukanlah suatu proses yang mudah yang dapat direalisasikan dalam jangka masa yang singkat. Proses melahirkan modal insan terbaik adalah suatu yang dinamik dan melibatkan usaha dan komitmen daripada banyak pihak pada setiap peringkat masyarakat. Bertepatan dengan peribahasa meluntur buluh biarlah dari rebungnya, usaha melahirkan modal insan terbaik adalah rasional untuk dipupuk bermula dari fasa pendidikan yang pertama (prasekolah) sebagai asas pengenalan kepada ilmu pengetahuan. Seiring dengan percambahan ilmu, potensi seseorang individu yang bergelar pelajar mampu didedahkan termasuk kemahiran fizikal. Tempoh 13 tahun yang diperuntukkan dalam pelaksanaan PPPM 2013-2025 merupakan satu tempoh masa yang cukup matang untuk melahirkan pelajar dengan modal insan bertaraf dunia. Oleh itu, sistem pendidikan yang jitu dan harmoni harus diutamakan supaya prestasi kendiri individu sentiasa dan terus berkembang sehingga pelajar yang bercirikan modal insan bertaraf dunia ini mampu dan bersedia untuk mengaplikasikan pemilikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman. Seterusnya, menyumbang bakti kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Modal insan terbaik memiliki minda kelas pertama yang sering dihubungkaitkan dengan taraf pendidikan seseorang individu. Walau bagaimanapun, faktor pendidikan tidak semestinya dapat melahirkan modal insan minda kelas pertama. Hal ini disebabkan nilai modal insan turut bergantung kepada tahap pemilikan ilmu dan kemahiran yang dipengaruhi pula oleh situasi dan persekitaran. Misalnya, ilmu yang diperoleh menerusi pelaksanaan sistem pendidikan yang dirangka khasnya untuk merangsang kelahiran generasi modal insan dengan minda kelas pertama, kemudian mempraktik dan memanfaatkan pemilikan ilmu dan kemahiran (Rosleh, 2010) yang dimiliki dalam kehidupan seharian. Walaupun begitu, kejayaan yang seterusnya mampu digarap oleh generasi modal insan dengan minda kelas pertama terhadap pembangunan negara tidak mungkin tercapai secara semula jadi tanpa peranan guru sebagai perantara dan penggerak. Tidak terlahir seorang pelajar tanpa adanya guru dan tidak dianggap seseorang itu adalah guru tanpa hadirnya pelajar.

Menurut kamus pelajar edisi kedua, perkataan guru bermaksud orang yang mengajar (PRPM 2015). Ini bererti secara kasarnya, seseorang atau sesiapa sahaja layak untuk bergelar guru sekiranya mereka mampu mengajarkan sesuatu kepada orang lain. Namun, guru yang terbaik adalah guru yang mengajarkan ilmu kepada orang lain dengan tujuan menyebarkan kebaikan. Pada masa kini, guru sudah menjadi sebuah profesion yang umum dalam bidang pendidikan. Perkataan guru adalah diperoleh daripada bahasa Sanskrit untuk merujuk kepada pengajar, pendidik, Mudarris dan pengasuh dalam institusi pendidikan seperti sekolah mahupun kelas bimbingan. Dalam konteks pendidikan khususnya, guru adalah individu yang bertauliah dalam profesion pendidikan yang menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar menerusi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta bermotifkan perubahan jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar (Roslan, 2004; Zailah, 2007).

Justeru, antara langkah-langkah yang perlu dipraktikkan oleh warga pendidik dalam membantu merealisasikan matlamat modal insan bertaraf dunia seperti yang disasarkan dalam PPPM 2013-2025 adalah menerusi pengamalan nilai-nilai integriti sebagai seorang guru dan pendidik. Contohnya, pengamalan nilai teras integriti akademik oleh ahli akademik di setiap institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia seperti yang telah digariskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Terdapat enam nilai teras integriti akademik antaranya;

1. Amanah dalam memenuhi kepercayaan, kewajipan dan tanggungjawab, 2. Bijaksana dalam menggunakan akal dan budi iaitu yang merangkumi ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman,3. Bertanggungjawab atas semua tindakan dan pengimbangan,4. Hormat dalam menerima pandangan, menghargai setiap sumbangan orang lain (menjaga hubungan silaturahim selain hubungan pekerjaan),5. Telus dan6. Adil Manakala, berdasarkan kajian Salmi dan Lian (2013) menunjukkan nilai integriti kepercayaan juga amat mempengaruhi para guru.

Tidak dinafikan usaha mempraktikkan nilai teras integriti adalah suatu perkara yang mencabar. Hal ini disebabkan pengamalan nilai integriti yang berterusan sangat dipengaruhi oleh sifat nurani dan moral seseorang individu serta keadaan persekitaran yang sama ada menyokong atau sebaliknya. Berdasarkan kajian Zakaria Ahmad (2006), kekuatan moral adalah antara strategi utama dalam melahirkan modal insan terbaik selain peningkatan terhadap keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, pengukuhan keupayaan sains, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi dan pembentukan masyarakat berbudaya (Aizuwan, tiada tarikh). Oleh itu, terdapat nilai-nilai asas yang mampu menjadi titik perangsang terhadap pengamalan nilai-nilai integriti yang berterusan iaitu;

1. Kesedaran KendiriTidak kira kerjaya apa pun yang dipilih oleh seorang individu, pemilihan sewajarnya bersandar niat yang telus dan pemahaman yang menyeluruh terhadap skop sesuatu pekerjaan. Profesion perguruan juga tidak terkecuali. Sekiranya seseorang individu yang bukan guru mempunyai perspektif bahawa seorang guru itu harus memiliki ilmu yang luas dan berkepakaran dalam bidang yang diambil maka sewajarnya guru itu sendiri lebih bermatlamat, berstrategi dan proaktif untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pendidik. Menerusi sifat kesedaran kendiri, seseorang individu akan sentiasa berfikir dan berpandangan jauh dalam usaha memberikan yang terbaik dan termampu terhadap tanggungjawab yang digalas lebih-lebih lagi dalam mempertimbangkan sesuatu permasalahan untuk membuat pemilihan yang tepat. Sebagai contoh, apabila seorang guru perlu membuat pilihan dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan, keputusan yang diambil adalah hasil daripada pertimbangan yang menyeluruh yang mengaitkan;

(a) Apa yang akan diperoleh?,(b) Apa yang akan hilang atau harus dilepaskan?,(c) Apakah keputusan yang dicapai dan strategi pelaksanaannya dapat mengharmonikan individu sekeliling terutamanya pelajar, ibu bapa, rakan sekerja dan masyarakat? dan(d) Adakah objektif dalam membuat sesuatu anjakan tercapai?

2 FokusImpak kesedaran kendiri seterusnya merangsang individu bergelar guru merangka strategi pelaksanaan demi mencapai objektif yang disasarkan. Tidak kira sama ada pelaksanaan tugas dijalankan secara individu atau usaha sama antara guru, pelaksanaan tugas yang berkesan menyatakan secara tidak langsung bahawa para pendidik mempunyai visi dan misi yang jelas, fokus kepada objektif dan bertindak secara sejajar ke arah merealisasi objektif utama. Oleh itu adalah tidak wajar bagi seorang guru membiarkan tumpuannya bercabang atau lebih terarah kepada perkara lain yang berkemungkinan boleh menjejaskan usaha pelaksanaan strategi pengajaran. Contohnya, aktiviti menjual barangan atau produk secara langsung atau tidak langsung. Tahap pengfokusan individu adalah berbeza dan meluas. Sekiranya seseorang individu mampu melakukan beberapa pekerjaan secara efektif dalam satu-satu masa (multitasks) boleh jadi apa sahaja kerja sampingan yang lain tidak akan menghalang tumpuannya teralih daripada pekerjaan utama.Namun, terdapat kajian menunjukkan tanggungjawab guru pada masa kini adalah berganda dan mencabar sehingga dianggap sebagai satu bebanan tugas untuk digalas (Rahim, 2012). Rasionalnya, bebanan kerja yang tinggi memaksa penggunaan tenaga, masa dan tumpuan yang maksimum untuk diselenggerakan. Justeru itu, sekiranya perlu untuk seseorang guru terus melakukan pekerjaan sampingan sewajarnya ia dilakukan dengan terancang, tersusun khususnya penggunaan masa dan selebihnya bergantung kepada kemampuan kendiri masing-masing.

Selain itu, untuk menerapkan modal insan minda kelas pertama, kaedah pendidikan tidak seharusnya hanya mengutamakan fakta dan maklumat semata tetapi turut meliputi keupayaan mendapatkan ilmu, kebebasan berfikir dan persekitaran yang merangsang percambahan minda dalam kalangan pelajar menerusi strategi menakluk persekitaran dan cernaan pengalaman. Justeru, perkara utama yang harus dilakukan adalah dengan memupuk budaya berfikir dalam komuniti pendidikan. Secara dasarnya, cetusan minda untuk berfikir terhasil daripada pemerhatian yang menunjukkan punca dan kesan. Persoalan akan terwujud apabila punca dan kesan pada satu-satu pemerhatian tidak dapat difahami, dikaitkan dan disimpul secara sepenuhnya dengan pemilikan ilmu seseorang individu. Maka, pemerhatian tersebut dianggap asing dan baru. Situasi ini juga boleh meletakkan satu-satu individu itu dalam keadaan keliru dan merangsang perasaan ingin tahu. Dalam konteks melahirkan modal insan bertaraf dunia, pemilikan ilmu seseorang pelajar menjadi kayu ukur dalam membuat pendebatan antara pemerhatian dan ilmu pengetahuan yang dimiliki.

Oleh itu, amatlah tepat seruan kerajaan supaya membudayakan amalan membaca dalam masyarakat. Namun, persoalannya di sini semudah manakah bahan-bahan bacaan khususnya yang berbentuk ilmiah ini mudah diakses? Berbanding 10 tahun yang lalu, teknologi maklumat kini melalui begitu banyak reformasi. Maklumat dan berita daripada seluruh dunia dapat diketahui dengan mudah tanpa perlu berada di tempat-tempat kejadian kerana semuanya boleh dilihat mahupun diulang siaran menerusi internet. Peledakan pengaplikasian teknologi maklumat di hujung jari seterusnya merubah sistem pendidikan di banyak institusi dengan tujuan memudahkan aktiviti pengajian contohnya menjawab kuiz dan carian bahan bacaan di perpustakaan secara atas talian (online) serta hel ehwal pengurusan institusi.

Ringkasnya kini, sumber bahan bacaan menjadi lebih luas dan terbuka serta merupakan jalan yang pantas dalam proses pemilikan ilmu. Justeru, amatlah wajar sekiranya kemudahan mengekses maklumat di hujung jari tidak dihadkan dalam bilik komputer tetapi turut diluaskan di perpustakaan yang hanya sinonim dengan bahan bacaan bercetak seperti buku. Walau bagaimanapun, seseorang pelajar haruslah bijak dalam memilih dan menapis bahan bacaan supaya maklumat yang diperoleh bersandarkan sumber yang tepat khususnya hal ehwal masyarakat dan isu semasa.

Jadi, peranan guru di sini adalah dengan menunjukkan kaedah bagaimana memperoleh maklumat yang betul. Hal ini disebabkan tidak semua pelajar mengetahui cara-cara mengekses dengan betul atau tidak melampau untuk dikatakan segelintir daripadanya adalah masih buta IT. Terdapat juga dalam kalangan pelajar yang sudah biasa menggunakan kemudahan internet tetapi bahan-bahan bacaan yang banyak dilayari adalah berbentuk hiburan. Di samping itu juga guru berperanan dalam memperlihatkan keluasan sumber bahan bacaan yang mampu dijangkau dengan menggunakan kemudahan internet. Setanding dengan penyediaan maklumat dalam bentuk bercetak, isi kandungan sesuah buku contohnya kini sudah pun tersedia untuk diekses menggunakan teknologi di hujung jari dan kebanyakannya juga boleh dimuat turun dan disimpan secara maya. Justeru itu, selain melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, guru juga harus berkemahiran dalam mengaplikasi kecanggihan teknologi maklumat dan mengekplorasi dunia maya tersebut dengan tujuan mencari gali sumber bacaan ilmiah agar bahan bacaan nanti tidak hanya tertumpu kepada buku, berita, blog, laman web tetapi juga berbentuk kertas penyelidikan (journal).

2. Cadangkan bagaimana cara pendidik boleh membantu mempertingkatkan kedudukan pendidikan negara supaya berada dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa TIMSS dan PISA.

TIMSS adalah singkatan terhadap Trends in International Mathematics and Sciences Study. TIMSS merupakan pentaksiran antarabangsa berasaskan kurikulum sekolah bagi subjek matematik dan sains di seluruh dunia. Pentaksiran dilakukan untuk mengukur tahap pencapaian murid Tahun 4 dan Tingkatan 2 yang meliputi dua aspek iaitu pengetahuan kandungan seperti Algebra dan Geometri, dan kemahiran kognitif seperti proses pemikiran berbentuk pengetahuan, aplikasi dan penaakulan. Ujian ini pertama kali ditadbir pada 1995. Masa waktu itu, lebih 59 negara menyertai pentaksiran ini yang diadakan setiap empat tahun dan Malaysia menyertai TIMSS buat kali pertama pada tahun 1999 dengan diwakili oleh murid Tingkatan 2.PISA pula adalah singkatan terhadap Programme for International Student Assessment. PISA yang diselaraskan oleh OECD (Organisation of Economic Co-operation and Development) juga merupakan pentaksiran yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. PISA dikendalikan setiap tiga tahun dan bertujuan untuk menilai kecekapan murid berumur 15 tahun dalam bacaan, matematik dan sains. Fokus pentaksiran tidak tertumpu kepada kandungan kurikulum tetapi kepada keupayaan murid untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dalam kehidupan sebenar. Penyertaan pada 2009 adalah melibatkan 74 buah negara termasuk negara bukan anggota OECD dan Malaysia menyertai PISA buat kali yang pertama adalah pada tahun 2010 sebagai kitaran pentaksiran bagi tahun 2009.

Berdasarkan sejarah penyertaan negara dalam TIMSS, skor purata murid julung kalinya berjaya mengatasi purata antarabangsa dalam subjek matematik dan sains pada tahun 1999 iaitu merujuk kepada penyertaan kali pertama. Namun, skor purata murid menunjukkan pola penurunan pada penyertaan yang berikutnya iaitu pada tahun 2003 dan 2007 walaupun pencapaiannya masih berada di atas purata antarabangsa (KPM, tiada tarikh). Kemudian, penyertaan Malaysia pada tahun 2011 memperlihatkan tahap pencapaian murid menurun ke tahap di bawah purata antarabangsa dan menyebabkan penurunan kedudukan bagi negara. Lebih mencemaskan apabila 35% dan 38% murid gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam matematik dan sains pada tahun 2011. Hal ini menunjukkan penurunan matematik dan sains masing-masing adalah sebanyak 7% dan 13% berbanding tahun 1999. Kelompok murid ini dikenal pasti memiliki penguasaan konsep asas matematik dan sains yang lemah.

Keputusan PISA 2009+ juga menunjukkan pencapaian yang tidak memberangsangkan apabila Malaysia hanya berkedudukan dalam kelompok sepertiga terbawah daripada 74 buah negara yang mengambil bahagian. Prestasi ini juga meletakkan Malaysia di bawah purata antarabangsa dan OECD (Rujuk rajah Perbandingan kedudukan PISA 2009+ bagi Malaysia dan negara lain khususnya negara serantau yang setara). Hampir 60% murid berumur 15 tahun yang menyertai PISA 2009+ gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam matematik manakala 44% dalam bacaan dan 43% dalam sains. Perbezaan skor sebanyak 38 mata dalam skala PISA adalah bersamaan dengan satu tahun tempoh persekolahan. Perbandingan skor ini menunjukkan murid berumur 15 tahun di Singapura, Korea Selatan, Hong Kong dan Shanghai-China berkelebihan tiga atau lebih tahun persekolahan berbanding murid yang sebaya di Malaysia (KTPM 2013).Usaha meningkatkan kedudukan negara Malaysia dalam pentaksiran TIMSS dan PISA secara tidak langsung menyatakan bahawa penguasaan dalam subjek matematik dan sains perlu dipertingkat dan diperkasakan. Namun, persoalannya di sini adalah bagaimana dan dari mana harus dimulakan. Pada peringkat awal sekolah rendah (Tahun 1), murid-murid mula-mula dikenalkan kepada huruf dan nombor sebagai asas pembelajaran yang selanjutnya melibatkan secara mutlak kebolehan membaca dan mengira. Memang tidak dinafikan keupayaan murid-murid dalam menghadam sesuatu yang baru adalah berbeza dan ini mengakibatkan sesetengah daripadanya masih lambat untuk mengingat dan memahami asas pembelajaran. Namun, pada masa kini terdapat juga murid-murid yang sudah pandai membaca dan mengira walaupun baru melangkah ke alam persekolah yang berkemungkinan besar disebabkan oleh latar belakang murid tersebut.

Selain inisiatif pihak sekolah yang menyediakan kelas pemulihan bagi murid-murid yang lemah dalam mengenal huruf dan nombor, guru kelas hendaklah peka terhadap kebolehan kendiri setiap murid. Contohnya mengenal pasti murid-murid yang telah saling mengenali, murid-murid yang sudah mampu mengenal huruf dan nombor ataupun membaca, murid-murid yang masih tidak dapat mengenal asas pembacaan dan pengiraan termasuk murid-murid yang berkelebihan dalam bahasa inggeris sama ada secara lisan (percakapan) ataupun bertulis. Kemudian, kedudukan murid-murid di dalam kelas disusun atur dengan memadankan murid yang lemah bersama murid yang berkeupayaan dalam asas pembelajaran. Apa yang penting, guru-guru hendaklah mempunyai sasaran agar murid-murid kelas bimbingannya sudah pandai membaca dan mengira sebelum melangkah ke tahap yang seterusnya (Tahun 2).

Pendedahan kepada subjek sains juga perlu bermula pada peringkat awal. Dengan keupayaan murid-murid yang sudah menguasai asas pembelajaran, pembacaan berbentuk ilmiah yang asas dapat memberikan gambaran awal mengenali sains. Walau bagaimanapun, berdasarkan tujuan yang dinyatakan dalam pentaksiran TIMSS ataupun PISA, tahap pencapaian pelajar tidak hanya diukur menerusi pemilikan ilmu menerusi pembacaan tetapi pengaplikasian sains dan matematik dalam kehidupan. Jadi, cara yang bagaimana sains dan matematik boleh diaplikasi oleh seorang murid yang baru mengenali apa itu sains dan matematik.

Satu daripadanya adalah dengan memasukkan unsur sains dan matematik dalam aktiviti berupa permainan yang biasa dimainkan oleh murid-murid. Contohnya permainan daun terup. Walaupun kedengaran lucu dan tidak sihat tetapi dari sudut pandangan yang positif, permainan tersebut dapat merangsang kemahiran mengira secara congak dengan cepat dan berkesan. Perspektif tidak sihat muncul disebabkan daun terup sinonim dengan perjudian, simbol pada daun terup dan taruhan. Oleh itu, tidak ada salahnya sekiranya pihak sekolah mengambil inisiatif dengan hanya mencerapkan konsep permainan dan menggunakan simbol atau gambar yang bersesuaian dengan imej pendidikan. Malah, guru yang kreatif boleh mempelbagaikan corak permainan menerusi pemanipulasian undang-undang permainan supaya pemenang tidak hanya ditentukan menerusi penjumlahan nombor yang tertinggi. Selain itu terdapat permainan yang boleh dimainkan secara individu selain mengasah kecekapan penggunaan nombor dan rangsangan berfikir seperti sudoku dan kiub rubik.

Pengaplikasian sains oleh murid-murid pada peringkat rendah adalah sukar. Walau bagaimanapun, usaha para guru boleh tertumpu dalam memberikan gambaran awal tentang sains yang seterusnya menimbulkan tanda tanya dan perasaan ingin tahu pelajar. Kemahiran matematik dapat dibina menerusi pempraktisan yang berterusan tetapi untuk mengenal sains, murid-murid perlu didedahkan secara visual (pemerhatian) untuk memperlihatkan kesan gerak balas terhadap faktor manipulasi. Kesan gerak balas yang luar dari pemerhatian biasa selalunya dianggap sesuatu yang magik dan seterusnya dapat menarik minat murid-murid untuk lebih mengenal dan memahami sains dengan lebih mendalam. Pada peringkat ini, eksperimen yang dijalankan adalah ringkas, selamat dan mudah difahami oleh minda murid-murid tanpa perlu menggunakan alatan makmal atau bahan kimia yang rumit. Antara contoh eksperimen yang menunjukkan perubahan visual yang nyata adalah;

1. Rangsangan akar tumbuhan terhadap air dan bahagian pucuk tumbuhan yang sentiasa terarah kepada cahaya matahari (deria tumbuhan),2. Bahagian daun yang dilekatkan dengan selefon bewarna gelap menjadi kekuningan (fungsi cahaya),3. Bahagian bunga pada tumbuhan yang bewarna putih bertukar menjadi merah apabila dibiarkan di dalam air bewarna merah (penyerapan air),4. Penenggelaman batu yang bersaiz kecil berbanding kabus yang bersaiz besar (ketumpatan) dan5. Penyesaran antara sirap gula, air dan minyak yang tidak bercampur dan membentuk lapisan masing-masing (ketumpatan).

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, membudayakan amalan membaca adalah perlu untuk merungkai persoalan dalam memahami sains. Tidak dinafikan bahan bacaan dalam bentuk bercetak memainkan peranan yang besar dalam proses pembelajaran namun kelebihan teknologi maya juga perlu diambil perhatian untuk mendapat sumber pengetahuan secara global. Selain pembacaan berbentuk penyataan fakta, sumber bacaan berbentuk kertas penyelidikan mempunyai kuasa yang besar untuk mengetahui bagaimana sains boleh diperdebatkan. Hal ini disebabkan, fakta di dalam buku tidak semestinya mendapatkan hasil yang sama daripada puluhan penyelidikan. Walaupun demikian, fakta yang ditulis tidak dijatuhkan sebagai salah kerana keputusan penyelidikan juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan menunjukkan kesan yang dinamik.

Apa yang menjadi titik pentingnya di sini adalah amalan mambaca kertas penyelidikan belum lagi berleluasa dan asing dalam kalangan pelajar dan hanya menjadi kebiasaan bagi mahasiswa dan mahasiswi di universiti. Memang diakui bahawa format penulisannya adalah rumit untuk difahami dengan helaian muka surat yang hanya dipenuhi dengan huruf dan graf tetapi pada peringkat rendah atau menengah cukuplah bagi pelajar mengetahui perkara-perkara asas yang boleh dicerap masuk dalam pembelajaran. Oleh itu, peranan guru adalah penting untuk memperkenalkan kertas penyelidikan dalam subjek sains seperti memperkenalkan format penulisan surat rasmi dalam subjek bahasa melayu.

Setelah pelajar mempunyai asas yang kuat dan pemahaman yang meluas, kemahiran untuk menyelidik boleh didiperhaluskan selain mengikuti eksperimen yang telah ditetapkan di dalam silibus. Contohnya keperluan untuk menjalankan satu eksperimen di luar waktu kelas sebagaimana penghasilan buku berfolio untuk kerja khusus dalam subjek sejarah dan geografi. Ini bermaksud, secara berkumpulan para pelajar menjalankan eksperimen yang rasional, berimpak faktor, berilmiah, ringkas atau sederhana padat dan selamat serta mampu dihabiskan pada garis waktu yang tertentu. Pada peringkat ini, pihak sekolah juga boleh berinisiatif dengan menjemput para penyelidik daripada institusi untuk memberi bimbingan berbentuk lisan dan praktikal. Hasil kajian kemudiannya boleh dibukukan sebagai tesis ringkas sebagaimana format penghasilan tesis di IPT dan diletakkan di pusat sumber sekolah sebagai rujukan pelajar di masa akan datang.

Rujukan

1. Ahmad M.Y. (Tiada tarikh). Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam di Masjid. Open University Malaysia.2. Aizuwan S. (Tiada tarikh). Generasi Modal Insan Kelas Pertama [Atas Talian]. [Diekses pada 18 Mac 2015]. Disediakan: http://www.academia.edu/4542907/GENERASI_MODAL_INSAN_KELAS_PERTAMA3. KPM (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Kementerian Pendidikan Malaysia. ISBN: 978-983-3444-53-3.4. Kumar S. dan Ahamd S. (2008). Lesson 1: Meaning, Aims and Process of Education. University of Delhi, India.5. PRPM (2015). Pusat Rujukan Persuratan Melayu [Atas talian]. [Diekses pada 20 Mac 2015]. Disediakan: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pendidikan.6. Salmi A.Z. dan Lim H.L. (2013). Mengkaji Kesahan Inventori Nilai Integriti dalam Kalangan Guru-guru Sekolah Rendah. Universiti Sains Malaysia.7. Rahim A. (2012). Tugas Guru Semakin Banyak dan Mencabar. Mengkaji Beban Tugas Berlebihan.8. Rosleh (2010). Transformasi PTV ke Arah Melahirkan Modal Insan Kelas Pertama.9. Yero J.L. (2002). The Meaning of Education. Teachers Mind Resources: http://www.TeachersMind.com.10. Zailah J. (2007). Hubungan antara Kepimpinan Pengajaran Guru Besar dengan. Kertas Final_Pembentangan_Seminar.