tokoh pendidik dalam pembinaan modal insan

Upload: fatin-najwa

Post on 18-Oct-2015

57 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tokoh pendidik

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

Tokoh Pendidik dalam Pembinaan Modal InsanFahmiFaezZuraihahFazlinFatin NajwaMODAL INSANKonsep Modal InsanModal bermaksud mendapat atau mencapai sesuatu yang dihayatiInsan ialah manusiaModal insan bermaksud potensi, kemahiran atau tenaga manusia yang digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat pembangunan kemajuan dan kemakmuran negara.Menurut Gary S.Becker (1993), perkataan modal bukanlah semata-mata bersandarkan kekayaan wang ringgit sahaja sebaliknya modal juga ialah pendidikan, kesihatan, nilai murni dan kesetiaan.Menurut Peter Husz (1998) mentafsirkan modal insan merupakan rangkuman beberapa komponen, antaranya masa, usia, kebijaksanaan, semangat dan pengalaman yang dapat dimanfaatkan dalam proses pengeluaran dan sekaligus meningkatkan ekonomi sesebuah negara.Bidang pendidikan merupakan strategi uatam dalam pembinaan modal insan.Pendidikan dianggap sebagai enjin dalam perkembangan sesebuah negara.Riwayat HidupNama sebenar Imam al-Ghazali ialah Abu Hamid Muhamad bin Muhamad bin Ahmad al-Ghazali al-Tusi al-ShafieLahir di Tus ParsiBapanya seorang penenun kain dan tidak berpelajaran tinggiSejak kecil lagi, beliau telah menunjukkan keupayaan yang luar biasa dengan menguasai berbagai-bagai cabang ilmu pengetahuan.

Menggembara dan merantau dari sebuah tempat ke tempat yang lain untuk berguru dengan ulama-ulama yang hidup pada zamannya. Sewaktu berada di Baghdad, Al-Ghazali telah dilantik sebagai Mahaguru Universiti Baghdad.Beliau bukan sahaja produktif dari segi menghasilkan buku dan karya tetapi merupakan seorang ahli fikir Islam yang terulung.

KitabSelain belajar dan mengkaji,. Al-Ghazali juga banyak menulis. Dianggarkan beliau telah menulis 300 buah buku mencakupi pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti mantik, akhlak, tafsir, ulumul Quran, falsafah, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sebahagian besar hasil tulisannya telah hangus dibbakar oleh tentera Moghul yan menyerang kota Baghdad.

Antara kitab yang musnah termasuk: 40 Jilid Tafsir, Sirrul Alamain (Rahsia Dua Dunia), dan al Madhnuuna bihi ala Qhairiha (Ilmu Yang Harus Disembunyikan Dari Orang'orang Yang Bukan Ahlinya,). Cuma 84 buah buku tulisan beliau yang berjaya diselamatkan seperti Al Munqiz Mm al Dhalal (Penyelamat Kesesatan), Tahafut al Falsafah (Penghancuran Falsafah), Mizanul Amal (Timbangan Amal), Ihya Ulumuddin (Penghidupan Pengetahuan), Mahkun Nazar Mengenai Ilmu Logik), Miyarul Ilmu, dan Maqsadil Falsafah (Tujuan Falsafah).

Al-Ghazali menyusun semula bidang falsafah kepada enam bahagian iaitu Matematik, Mantik, Fizik, Ketuhanan, Siasah dan AkhlakBeliau menyandarkan sesuatu ilmu terhadap Al-QuranBuktinya beliau telah mendebatkan fahaman ahli falsafah ketuhanan Yunani dan menyerang habis-habisan fahaman ketuhanan Yunani

Beliau merupakan ahli Sufi yang cuba membersihkan fahaman tasawuf daripada perkara-perkara khurafat yang terbabas daripada ajaran IslamKitab Ihya Ulumuddin Membicarakan soal akhlak, akal budi dan hati.Gabungan antara Fiqah dan Tasawuf yang menghuraikan perlakuan ibadah dengan soal hati dan kebersihanKandungannya menyentuh hal-hal muamalat yang berkaitan dengan urusan jual beli perlakuan pembekal dan pembeliPandangan al-GhazaliDalam bidang pendidikan, kanak-kanak perlu dibentuk ke arah satu matlamat dan mereka tidak boleh dibiarkan membuat pilihan sendiri kerana dikhuatiri pilihan tersebut tidak tepat.Ibu bapa dan guru perlu memberi bimbingan yang berkesan kepada kanak-kanak agar semua yang dilakukan menemui kejayaan

agama Islam tidak menghalang umatnya daripada mempelajari ilmu pengetahuan tersebut sekiranya mendatangkan kebaikan serta tidak menimbulkan kemudaratannya. Umpamanya agama tidak melarang ilmu matematik kerana ilmu itu merupakan hasil pembuktian fikiran yang tidak boleh dinafikan selepas ia difahami.Cuma bagi Al-Ghazali, ilmu tersebut boleh menimbulkan beberapa persoalan yang berat. Antaranya ialah ilmu matematik terlalu mementingkan logik sehingga boleh menyebabkan timbul persoalan yang berkaitan dengan ketuhanan khususnya mengenai perkara yang tidak dapat dihuraikan oleh akal fikiran.Menurut Al-Ghazali tidak salah berpegang kepada logik tetapi yang menjadi masalahnya ialah golongan falsafah yang terlalu berpegang kepada logik, hendaklah membuktikan fakta termasuk perkara yang berhubung dengan ketuhanan atau metafizik.Menentang golongan ahli falsafah Islam yang cuba mengungkap kejadian alam dan persoalan ketuhanan menggunakan pemikiran daripada ahli falsafah Yunani.Terdapat tiga pemikiran falsafah metafizik yang menurut Al-Ghazali amat bertentangan dengan Islam iaitu qadimnya alam ini, tidak mengetahui Tuhan terhadap perkara dan peristiwa yang kecil, dan pengingkaran terhadap kebangkitan jasad atau jasmani. Tidak menolak penggunaan akal dalam pembicaraan falsafah dan penghasilan ilmu pengetahuan yang lain. Sebaliknya beliau berpendapat bahawa ilmu kalam dan penyelidikan menggunakan fikiran boleh menambahkan keyakinan dan menyalakan apt keimanan pada hati orang bukan Islam terhadap kebenaran ajaran Islam. Jadi, perkembangan sesuatu ilmu pengetahuan bukan sahaja bersandarkan kepuasan akal fikiran tetapi juga perlu mengambil kira aspek perasaan dan hati nurani. Al-Ghazali menganjurkan supaya umat Islam mencari kebenaran dengan menjadikan al-Quran sebagai sumber yang utama bukannya melalui proses pemikiran dan akal semata-mata. Jadi, apa yang cuba dilakukan oleh Al-Ghazali ialah memaparkan kesalahan dan kepalsuan bidang pengetahuan yang bercanggah dengan agama serta bertentangan dengan pendirian umat Islam.

Al-Ghazali sebenarnya merupakan seorang ahli falsafah Islam yang mencari kebenaran dengan berpandukan al-Quran dan hadis tidak sebagaimana pemikiran serta permainan logik yang lazim digunakan ahli falsafah Yunani. Perkara yang ditentang oleh Al-Ghazali bukan ahli falsafah dan pemikiran yang dibawakan oleh mereka tetapi kesalahan, kesilapan, dan kesesatan yang dilakukan oleh golongan tersebut. Pada Al-Ghazali, tunjang kepada pemikiran falsafah ialah al-Quran itu sendiri.

Pegangan Al-Ghazali Sebahagian ilmu tidak akan menyerah dirinya kepada kamu sebelum kamu menyerah sepenuh jiwa raga kepadanya. Apabila kamu mtelah menyerah sepenuh jiwa raga kepadanya, sebahagian ilmu diberikan kepada kamu, namun sebahagian lagi masih belum tentu untuk menerima kamu.Pada pendapat beliau, ilmu serta pendidikan amat penting bagi sesiapa sahaja untuk memajukan diri, negara, bangsa dan agama.Aset terpenting dalam pembinaan tamadun dunia dan perkembangannya.KesimpulanMenjadikan agama tunjang utama dalam pembentukan modal insanMendidik manusia dalam menjadi individu yang bertanggungjawab kepada diri, masyarakat dan negaraKesepaduan antara kebijaksanaan bagi golongan yang berilmu dan berkemahiran mampu menyumbang ke arah pembangunan sesebuah negara apabila disertakan perilaku atau perbuatan yang suci yang menjadikan amanah dan ketaatan sebagai tonggak kejayaan.