modal insan bertaraf dunia, pissa, timss,sekolah berprestasi tinggi

31
Alhamdulillah, akhirnya usaha yang saya curahkan pada kursus “ Guru dan Cabaran Semasa “ ini telah dapat saya laksanakan sebaik mungkin. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya secara langsung ataupun tidak langsung dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Ribuan terima kasih juga ditujukan khas Puan Mastura bt Kalimuddin kerana memberi penerangan yang jelas tentang tugasan yang akan saya laksanakan. Tugasan yang telah dijalankan ini juga telah berjaya membina hubungan baik antara saya bersama-sama dengan rakan setugas, Tugasan ini telah memberi saya pengalaman dan pengetahuan yang amat baik kepada saya sebagai seorang pendidik. Tugasan yang perlu saya selesaikan adalah melaksanakan penulisan ilmiah tentang bagaimana saya sebagai seorang pendidik yang mendukung aspirasi Negara boleh merealisasikan matlamat melahirkan modal insan bertaraf dunia seperti yang dihasratkan oleh PPPM 2013 hingga 2025. Tugasan ini telah memberi saya banyak info dan menjadikan saya bersikap positif teradap kerjaya saya sebagai pendidik. Seterusnya memberi cadangan bagaimana saya ssebagai pendidik boleh membantu mempertingkatkan kedudukan pendidikan Negara supaya berada dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa TIMSS dan PISA. Hal ini menjadikan saya lebih kreatif dan kritis berfikir. Ia turut memberi impak kepada saya bahawa saya sebagai pendidik perlu memainkan peranan penting bagi membantu mempertingkatkan kedudukan pendidikan Negara agar setanding dengan Negara-negara teratas hebat dalam pendidikan. GURU DAN CABARAN SEMASA [ EDU 3109]Muka Surat 1 PENDAHULUAN

Upload: oniepijey

Post on 24-Sep-2015

55 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

esei

TRANSCRIPT

PENDAHULUAN

Alhamdulillah, akhirnya usaha yang saya curahkan pada kursus Guru dan Cabaran Semasa ini telah dapat saya laksanakan sebaik mungkin. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya secara langsung ataupun tidak langsung dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Ribuan terima kasih juga ditujukan khas Puan Mastura bt Kalimuddin kerana memberi penerangan yang jelas tentang tugasan yang akan saya laksanakan. Tugasan yang telah dijalankan ini juga telah berjaya membina hubungan baik antara saya bersama-sama dengan rakan setugas, Tugasan ini telah memberi saya pengalaman dan pengetahuan yang amat baik kepada saya sebagai seorang pendidik. Tugasan yang perlu saya selesaikan adalah melaksanakan penulisan ilmiah tentang bagaimana saya sebagai seorang pendidik yang mendukung aspirasi Negara boleh merealisasikan matlamat melahirkan modal insan bertaraf dunia seperti yang dihasratkan oleh PPPM 2013 hingga 2025. Tugasan ini telah memberi saya banyak info dan menjadikan saya bersikap positif teradap kerjaya saya sebagai pendidik. Seterusnya memberi cadangan bagaimana saya ssebagai pendidik boleh membantu mempertingkatkan kedudukan pendidikan Negara supaya berada dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa TIMSS dan PISA. Hal ini menjadikan saya lebih kreatif dan kritis berfikir. Ia turut memberi impak kepada saya bahawa saya sebagai pendidik perlu memainkan peranan penting bagi membantu mempertingkatkan kedudukan pendidikan Negara agar setanding dengan Negara-negara teratas hebat dalam pendidikan. Terakhirnya , memberi pandangan saya tentang isu dan cabaran untuk menjadikan sebuah sekolah sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Ia dapat meyedarkan diri saya bahawa tumpuan bukan sahaja diberikan kepada pengurusan oleh pengurus sekolah iaitu Guru Besar semata, namun ia juga terletak di bahu saya. Ini kerana pencapaian murid secara keseluruhannya sama ada di bidang akademik mahupun kokurikulum serta sahsiah adalah di atas tanggungjawab guru. Justeru itu, sekali lagi saya merakamkan jutaan terimakasih kerana diberi peluang meneroka lebih lanjut tentang perubahan pendidikan di Malaysia. Mungkin jika tidak melakukan tugasan ini saya hanya memandang perubahan pendidikan ini secara sambil lewa sahaja.. Yang baik datangnya dari Allah , dan yang buruk adalah di atas kelemahan saya sendiri. Sekian terima kasih.Pendidikan merupakan elemen penting dalam mencetuskan potensi diri pada setiap individu dan menjadi landasan utama untuk melahirkan modal insan terbaik. Mengikut kamus dewan edisi keempat, perkataan pendidikan membawa maksud perihal mendidik. Manakala berdasarkan kamus pelajar, perkataan pendidikan bererti perihal atau perbuatan mendidik (PRPM, 2015). Dalam bahasa Inggeris, perkataan education yang bererti pendidikan adalah berasal daripada dua perkataan Latin iaitu educare dan educatum yang secara rincinya educare bermaksud untuk melatih atau mencorak manakala educarum bererti tindakan untuk mengajar (Kumar dan Ahmad 2008). Namun, menurut Yero (2002) pengertian pendidikan dipengaruhi oleh kepercayaan yang luas berdasarkan fungsi pendidikan. Antaranya adalah:Tujuan sebenar pendidikan adalah untuk meninggalkan manusia dalam keadaan sentiasa bertanya ~Bishop CreightonEra globalisasi kini membuktikan faktor pendidikan menjadi penggerak utama terhadap pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara dan ia amat bergantung kepada ilmu pengetahuan, kemahiran dan daya saing yang dimiliki oleh rakyat sejagat (KPM 2013). Justeru, pelaksanaan sistem pendidikan yang jitu semestinya mampu mengoptimumkan penggunaan ketiga-tiga elemen tersebut demi memcorakkan masa depan negara yang cerah. Jadi, adalah tidak menghairankan apabila rakyat sesebuah negara yang berpendidikan tinggi mampu menikmati kesan kemajuan ekonomi yang lebih canggih dan berteknologi. Melalui pendidikan juga seseorang individu mampu meningkatkan taraf hidup, mengharmonikan kehidupan bermasyarakat dan selanjutnya menyumbang secara aktif terhadap pembangunan negara.Sehubungan dengan itu, pada Oktober 2011 sistem pendidikan yang sedia ada telah dikaji semula oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membangunkan pelan pendidikan baru yang setanding piawaian pendidikan antarabangsa iaitu menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. PPPM 2013-2025 merupakan pelan pendidikan jangka panjang yang secara ringkasnya bertujuan untuk menggerakkan sistem pendidikan di Malaysia setanding dengan negara-negara maju yang lain seperti China, Korea Selatan, Jepun dan Singapura. Hal ini adalah disebabkan jurang yang ketara dalam pencapaian pendidikan ditunjukkan antara Malaysia dengan negara-negara tersebut. Misalnya, berdasarkan perbandingan kedudukan PISA (Programme for International Student Assessment) 2009+ bagi Malaysia dan negara serantau yang setara, Malaysia hanya menduduki di tangga ke-54 (bacaan), 57 (matematik) dan 52 (sains) berbanding China, Korea Selatan, Jepun dan Singapura yang berada di kedudukan lima teratas. Perbandingan kedudukan PISA 2009+ bagi Malaysia dan negara lain khususnya negara serantau yang setara (Sumber: KPTM 2013).Matlamat melahirkan modal insan bertaraf dunia bukanlah suatu proses yang mudah yang dapat direalisasikan dalam jangka masa yang singkat. Proses melahirkan modal insan terbaik adalah suatu yang dinamik dan melibatkan usaha dan komitmen daripada banyak pihak pada setiap peringkat masyarakat. Bertepatan dengan peribahasa meluntur buluh biarlah dari rebungnya, usaha melahirkan modal insan terbaik adalah rasional untuk dipupuk bermula dari fasa pendidikan yang pertama iaitu prasekolah sebagai asas pengenalan kepada ilmu pengetahuan. . Tempoh 13 tahun yang diperuntukkan dalam pelaksanaan PPPM 2013-2025 merupakan satu tempoh masa yang cukup matang untuk melahirkan pelajar dengan modal insan bertaraf dunia. Oleh itu, sistem pendidikan yang jitu dan harmoni harus diutamakan supaya prestasi kendiri individu sentiasa dan terus berkembang sehingga pelajar yang bercirikan modal insan bertaraf dunia ini mampu untuk mengaplikasikan pemilikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman bagi menyumbang bakti kepada pembangunan masyarakat dan negara.Sebagai seorang guru, saya perlu melahirkan murid-murid sebagai modal insan terbaik memiliki minda kelas pertama yang sering dihubungkaitkan dengan taraf pendidikan seseorang individu. . Hal ini disebabkan nilai modal insan turut bergantung kepada tahap pemilikan ilmu dan kemahiran yang dipengaruhi pula oleh situasi dan persekitaran. Misalnya, ilmu yang diperoleh menerusi pelaksanaan sistem pendidikan yang dirangka khasnya untuk merangsang kelahiran generasi modal insan dengan minda kelas pertama, kemudian mempraktik dan memanfaatkan pemilikan ilmu dan kemahiran (Rosleh 2010) yang dimiliki dalam kehidupan seharian. Walaupun begitu, kejayaan yang seterusnya mampu digarap oleh generasi modal insan dengan minda kelas pertama terhadap pembangunan negara tidak mungkin tercapai secara semula jadi tanpa peranan guru sebagai perantara dan penggerak. Tidak terlahir seorang pelajar tanpa adanya guru dan tidak dianggap seseorang itu adalah guru tanpa hadirnya pelajar.Guru yang terbaik adalah guru yang mengajarkan ilmu kepada orang lain dengan tujuan menyebarkan kebaikan Dalam konteks pendidikan khususnya, guru adalah individu yang bertauliah dalam profesion pendidikan yang menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar menerusi proses pengajaran dan pembelajaran serta bermotifkan perubahan jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar (Roslan, 2004; Zailah, 2007).Justeru, antara langkah-langkah yang perlu dipraktikkan oleh warga pendidik dalam membantu merealisasikan matlamat modal insan bertaraf dunia seperti yang disasarkan dalam PPPM 2013-2025 adalah menerusi pengamalan nilai-nilai integriti sebagai seorang guru dan pendidik. Contohnya, pengamalan nilai teras integriti akademik oleh ahli akademik di setiap institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia seperti yang telah digariskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Terdapat enam nilai teras integriti akademik antaranya ialah amanah dalam memenuhi kepercayaan, kewajipan dan tanggungjawab,bijaksana dalam menggunakan akal dan budi iaitu yang merangkumi ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman, bertanggungjawab atas semua tindakan dan pengimbangan, hormat dalam menerima pandangan, menghargai setiap sumbangan orang lain (menjaga hubungan silaturahim selain hubungan pekerjaan), telus dan adil Manakala, berdasarkan kajian Salmi dan Lian (2013) menunjukkan nilai integriti kepercayaan juga amat mempengaruhi para guru. Tidak dinafikan usaha mempraktikkan nilai teras integriti adalah suatu perkara yang mencabar. Hal ini disebabkan pengamalan nilai integriti yang berterusan sangat dipengaruhi oleh sifat nurani dan moral seseorang individu serta keadaan persekitaran yang sama ada menyokong atau sebaliknya. Berdasarkan kajian Zakaria Ahmad (2006), kekuatan moral adalah antara strategi utama dalam melahirkan modal insan terbaik selain peningkatan terhadap keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, pengukuhan keupayaan sains, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi dan pembentukan masyarakat berbudaya (Aizuwan, tiada tarikh). Oleh itu, terdapat nilai-nilai asas yang mampu menjadi titik perangsang terhadap pengamalan nilai-nilai integriti yang berterusan iaitu, Kesedaran Kendiri dan Fokus.Menerusi sifat kesedaran kendiri, saya sebagai pendidik akan perlu sentiasa berfikir dan berpandangan jauh dalam usaha memberikan yang terbaik dan termampu terhadap tanggungjawab yang digalas lebih-lebih lagi dalam mempertimbangkan sesuatu permasalahan untuk membuat pemilihan yang tepat. Sebagai contoh, apabila saya perlu membuat pilihan dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan, keputusan yang diambil adalah hasil daripada pertimbangan yang menyeluruh yang mengaitkan,apa yang akan diperoleh?,Apa yang akan hilang atau harus dilepaskan?,Apakah keputusan yang dicapai dan strategi pelaksanaannya dapat mengharmonikan individu sekeliling terutamanya pelajar, ibu bapa, rakan sekerja dan masyarakat? dan Adakah objektif dalam membuat sesuatu anjakan tercapai? Fokus pula akan memberi impak kesedaran kendiri seterusnya merangsang individu bergelar guru sebagaimana juga saya merangka strategi pelaksanaan demi mencapai objektif yang disasarkan . Tidak kira sama ada pelaksanaan tugas dijalankan secara individu atau usaha sama antara guru, pelaksanaan tugas yang berkesan menyatakan secara tidak langsung bahawa para pendidik mempunyai visi dan misi yang jelas, fokus kepada objektif dan bertindak secara sejajar ke arah merealisasi objektif utama. Oleh itu adalah tidak wajar bagi seorang guru membiarkan tumpuannya bercabang atau lebih terarah kepada perkara lain yang berkemungkinan boleh menjejaskan usaha pelaksanaan strategi pengajaran. Contohnya, aktiviti menjual barangan atau produk secara langsung atau tidak langsung sebagai kerja sampingan . Tahap pengfokusan individu adalah berbeza dan meluas. Sekiranya seseorang individu mampu melakukan beberapa pekerjaan multitaskssecara efektif dalam satu-satu masa , boleh jadi apa sahaja kerja sampingan yang lain tidak akan menghalang tumpuannya teralih daripada pekerjaan utama.Namun, terdapat kajian menunjukkan tanggungjawab guru pada masa kini adalah berganda dan mencabar sehingga dianggap sebagai satu bebanan tugas untuk digalas (Rahim, 2012). Rasionalnya, bebanan kerja yang tinggi memaksa penggunaan tenaga, masa dan tumpuan yang maksimum untuk diselenggerakan. Justeru itu, sekiranya perlu untuk seseorang guru terus melakukan pekerjaan sampingan sewajarnya ia dilakukan dengan terancang, tersusun khususnya penggunaan masa dan selebihnya bergantung kepada kemampuan kendiri masing-masing.Selain itu, untuk menerapkan modal insan minda kelas pertama, kaedah pendidikan tidak seharusnya hanya mengutamakan fakta dan maklumat semata tetapi turut meliputi keupayaan mendapatkan ilmu, kebebasan berfikir dan persekitaran yang merangsang percambahan minda dalam kalangan pelajar menerusi strategi menakluk persekitaran dan cernaan pengalaman. Justeru, perkara utama yang harus dilakukan adalah dengan memupuk budaya berfikir dalam komuniti pendidikan. Contohnya pembelajaran menggunakan i-Think dan juga menyediakan soalan aras tinggi agar merangsang minda pelajar berfikir melangkaui batasan. ( KBAT).. Dalam konteks melahirkan modal insan bertaraf dunia, pemilikan ilmu seseorang pelajar menjadi kayu ukur dalam membuat pendebatan antara pemerhatian dan ilmu pengetahuan yang dimiliki.

Oleh itu, amatlah tepat seruan kerajaan supaya membudayakan amalan membaca dalam masyarakat. Berbanding 10 tahun yang lalu, teknologi maklumat kini melalui begitu banyak reformasi. Maklumat dan berita daripada seluruh dunia dapat diketahui dengan mudah tanpa perlu berada di tempat-tempat kejadian kerana semuanya boleh dilihat mahupun diulang siaran menerusi internet. Peledakan pengaplikasian teknologi maklumat di hujung jari seterusnya merubah sistem pendidikan di banyak institusi dengan tujuan memudahkan aktiviti pengajian contohnya menjawab kuiz dan carian bahan bacaan di perpustakaan secara atas talian (online) serta hel ehwal pengurusan institusi.

Ringkasnya kini, sumber bahan bacaan menjadi lebih luas dan terbuka serta merupakan jalan yang pantas dalam proses pemilikan ilmu. Justeru, amatlah wajar sekiranya kemudahan mengekses maklumat di hujung jari tidak dihadkan dalam bilik komputer tetapi turut diluaskan di perpustakaan yang hanya sinonim dengan bahan bacaan bercetak seperti buku. Walau bagaimanapun, seseorang pelajar haruslah bijak dalam memilih dan menapis bahan bacaan supaya maklumat yang diperoleh bersandarkan sumber yang tepat khususnya hal ehwal masyarakat dan isu semasa.

Jadi, peranan guru di sini adalah dengan menunjukkan kaedah bagaimana memperoleh maklumat yang betul. Terdapat juga dalam kalangan pelajar yang sudah biasa menggunakan kemudahan internet tetapi bahan-bahan bacaan yang banyak dilayari adalah berbentuk hiburan. Di samping itu juga guru berperanan dalam memperlihatkan keluasan sumber bahan bacaan yang mampu dijangkau dengan menggunakan kemudahan internet. Setanding dengan penyediaan maklumat dalam bentuk bercetak, isi kandungan sesuah buku contohnya kini sudah pun tersedia untuk diekses menggunakan teknologi di hujung jari dan kebanyakannya juga boleh dimuat turun dan disimpan secara maya. Justeru itu, selain melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, guru juga harus berkemahiran dalam mengaplikasi kecanggihan teknologi maklumat dan mengekplorasi dunia maya tersebut dengan tujuan mencari gali sumber bacaan ilmiah agar bahan bacaan nanti tidak hanya tertumpu kepada buku, berita, blog, laman web tetapi juga berbentuk kertas penyelidikan (journal).

TIMSS adalah singkatan terhadap Trends in International Mathematics and Sciences Study. TIMSS merupakan pentaksiran antarabangsa berasaskan kurikulum sekolah bagi subjek matematik dan sains di seluruh dunia. Pentaksiran dilakukan untuk mengukur tahap pencapaian murid Tahun 4 dan Tingkatan 2 yang meliputi dua aspek iaitu pengetahuan kandungan seperti Algebra dan Geometri, dan kemahiran kognitif seperti proses pemikiran berbentuk pengetahuan, aplikasi dan penaakulan. Ujian ini pertama kali ditadbir pada 1995. Masa waktu itu, lebih 59 negara menyertai pentaksiran ini yang diadakan setiap empat tahun dan Malaysia menyertai TIMSS buat kali pertama pada tahun 1999 dengan diwakili oleh murid Tingkatan 2.PISA pula adalah singkatan terhadap Programme for International Student Assessment. PISA yang diselaraskan oleh OECD (Organisation of Economic Co-operation and Development) juga merupakan pentaksiran yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. PISA dikendalikan setiap tiga tahun dan bertujuan untuk menilai kecekapan murid berumur 15 tahun dalam bacaan, matematik dan sains. Fokus pentaksiran tidak tertumpu kepada kandungan kurikulum tetapi kepada keupayaan murid untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dalam kehidupan sebenar. Penyertaan pada 2009 adalah melibatkan 74 buah negara termasuk negara bukan anggota OECD dan Malaysia menyertai PISA buat kali yang pertama adalah pada tahun 2010 sebagai kitaran pentaksiran bagi tahun 2009.

Berdasarkan sejarah penyertaan negara dalam TIMSS, skor purata murid julung kalinya berjaya mengatasi purata antarabangsa dalam subjek matematik dan sains pada tahun 1999 iaitu merujuk kepada penyertaan kali pertama. Namun, skor purata murid menunjukkan pola penurunan pada penyertaan yang berikutnya iaitu pada tahun 2003 dan 2007 walaupun pencapaiannya masih berada di atas purata antarabangsa (KPM, tiada tarikh). Kemudian, penyertaan Malaysia pada tahun 2011 memperlihatkan tahap pencapaian murid menurun ke tahap di bawah purata antarabangsa dan menyebabkan penurunan kedudukan bagi negara. Lebih mencemaskan apabila 35% dan 38% murid gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam matematik dan sains pada tahun 2011. Hal ini menunjukkan penurunan matematik dan sains masing-masing adalah sebanyak 7% dan 13% berbanding tahun 1999. Kelompok murid ini dikenal pasti memiliki penguasaan konsep asas matematik dan sains yang lemah.

Keputusan PISA 2009+ juga menunjukkan pencapaian yang tidak memberangsangkan apabila Malaysia hanya berkedudukan dalam kelompok sepertiga terbawah daripada 74 buah negara yang mengambil bahagian. Prestasi ini juga meletakkan Malaysia di bawah purata antarabangsa dan OECD (Rujuk rajah Perbandingan kedudukan PISA 2009+ bagi Malaysia dan negara lain khususnya negara serantau yang setara). Hampir 60% murid berumur 15 tahun yang menyertai PISA 2009+ gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam matematik manakala 44% dalam bacaan dan 43% dalam sains. Perbezaan skor sebanyak 38 mata dalam skala PISA adalah bersamaan dengan satu tahun tempoh persekolahan. Perbandingan skor ini menunjukkan murid berumur 15 tahun di Singapura, Korea Selatan, Hong Kong dan Shanghai-China berkelebihan tiga atau lebih tahun persekolahan berbanding murid yang sebaya di Malaysia (KTPM 2013).Usaha meningkatkan kedudukan negara Malaysia dalam pentaksiran TIMSS dan PISA secara tidak langsung menyatakan bahawa penguasaan dalam subjek matematik dan sains perlu dipertingkat dan diperkasakan. Pada peringkat awal sekolah rendah (Tahun 1), murid-murid mula-mula dikenalkan kepada huruf dan nombor sebagai asas pembelajaran yang selanjutnya melibatkan secara mutlak kebolehan membaca dan mengira. Memang tidak dinafikan keupayaan murid-murid dalam menghadam sesuatu yang baru adalah berbeza dan ini mengakibatkan sesetengah daripadanya masih lambat untuk mengingat dan memahami asas pembelajaran. Namun, pada masa kini terdapat juga murid-murid yang sudah pandai membaca dan mengira walaupun baru melangkah ke alam persekolah yang berkemungkinan besar disebabkan oleh latar belakang murid tersebut.Selain inisiatif pihak sekolah yang menyediakan kelas pemulihan bagi murid-murid yang lemah dalam mengenal huruf dan nombor, guru kelas hendaklah peka terhadap kebolehan kendiri setiap murid. Contohnya mengenal pasti murid-murid yang telah saling mengenali, murid-murid yang sudah mampu mengenal huruf dan nombor ataupun membaca, murid-murid yang masih tidak dapat mengenal asas pembacaan dan pengiraan termasuk murid-murid yang berkelebihan dalam bahasa inggeris sama ada secara lisan (percakapan) ataupun bertulis. Kemudian, kedudukan murid-murid di dalam kelas disusun atur dengan memadankan murid yang lemah bersama murid yang berkeupayaan dalam asas pembelajaran. Apa yang penting, guru-guru hendaklah mempunyai sasaran agar murid-murid kelas bimbingannya sudah pandai membaca dan mengira sebelum melangkah ke tahap yang seterusnya (Tahun 2).

Pendedahan kepada subjek sains juga perlu bermula pada peringkat awal. Dengan keupayaan murid-murid yang sudah menguasai asas pembelajaran, pembacaan berbentuk ilmiah yang asas dapat memberikan gambaran awal mengenali sains. Walau bagaimanapun, berdasarkan tujuan yang dinyatakan dalam pentaksiran TIMSS ataupun PISA, tahap pencapaian pelajar tidak hanya diukur menerusi pemilikan ilmu menerusi pembacaan tetapi pengaplikasian sains dan matematik dalam kehidupan. Jadi, cara yang bagaimana sains dan matematik boleh diaplikasi oleh seorang murid yang baru mengenali apa itu sains dan matematik.

Satu daripadanya adalah dengan memasukkan unsur sains dan matematik dalam aktiviti berupa permainan yang biasa dimainkan oleh murid-murid. Contohnya permainan daun terup. Walaupun kedengaran lucu dan tidak sihat tetapi dari sudut pandangan yang positif, permainan tersebut dapat merangsang kemahiran mengira secara congak dengan cepat dan berkesan. Perspektif tidak sihat muncul disebabkan daun terup sinonim dengan perjudian, simbol pada daun terup dan taruhan. Oleh itu, tidak ada salahnya sekiranya pihak sekolah mengambil inisiatif dengan hanya mencerapkan konsep permainan dan menggunakan simbol atau gambar yang bersesuaian dengan imej pendidikan. Malah, guru yang kreatif boleh mempelbagaikan corak permainan menerusi pemanipulasian undang-undang permainan supaya pemenang tidak hanya ditentukan menerusi penjumlahan nombor yang tertinggi. Selain itu terdapat permainan yang boleh dimainkan secara individu selain mengasah kecekapan penggunaan nombor dan rangsangan berfikir seperti sudoku dan kiub rubik.

Pengaplikasian sains oleh murid-murid pada peringkat rendah adalah sukar. Walau bagaimanapun, usaha para guru boleh tertumpu dalam memberikan gambaran awal tentang sains yang seterusnya menimbulkan tanda tanya dan perasaan ingin tahu pelajar. Kemahiran matematik dapat dibina menerusi pempraktisan yang berterusan tetapi untuk mengenal sains, murid-murid perlu didedahkan secara visual (pemerhatian) untuk memperlihatkan kesan gerak balas terhadap faktor manipulasi. Kesan gerak balas yang luar dari pemerhatian biasa selalunya dianggap sesuatu yang magik dan seterusnya dapat menarik minat murid-murid untuk lebih mengenal dan memahami sains dengan lebih mendalam. Pada peringkat ini, eksperimen yang dijalankan adalah ringkas, selamat dan mudah difahami oleh minda murid-murid tanpa perlu menggunakan alatan makmal atau bahan kimia yang rumit. Antara contoh eksperimen yang menunjukkan perubahan visual yang nyata adalah seperti rangsangan akar tumbuhan terhadap air dan bahagian pucuk tumbuhan yang sentiasa terarah kepada cahaya matahari (deria tumbuhan), Bahagian daun yang dilekatkan dengan selefon bewarna gelap menjadi kekuningan bagi menunjukkan fungsi cahaya, Bahagian bunga pada tumbuhan yang bewarna putih bertukar menjadi merah apabila dibiarkan di dalam air bewarna merah , penenggelaman batu yang bersaiz kecil berbanding kabus yang bersaiz besar menunjukkan ketumpatan dan penyesaran antara sirap gula, air dan minyak yang tidak bercampur dan membentuk lapisan masing-masing yang juga menunjukkan ketumpatan.Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, membudayakan amalan membaca adalah perlu untuk merungkai persoalan dalam memahami sains. Tidak dinafikan bahan bacaan dalam bentuk bercetak memainkan peranan yang besar dalam proses pembelajaran namun kelebihan teknologi maya juga perlu diambil perhatian untuk mendapat sumber pengetahuan secara global. Selain pembacaan berbentuk penyataan fakta, sumber bacaan berbentuk kertas penyelidikan mempunyai kuasa yang besar untuk mengetahui bagaimana sains boleh diperdebatkan. Hal ini disebabkan, fakta di dalam buku tidak semestinya mendapatkan hasil yang sama daripada puluhan penyelidikan. Walaupun demikian, fakta yang ditulis tidak dijatuhkan sebagai salah kerana keputusan penyelidikan juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan menunjukkan kesan yang dinamik.Apa yang menjadi titik pentingnya di sini adalah amalan mambaca kertas penyelidikan belum lagi berleluasa dan asing dalam kalangan pelajar dan hanya menjadi kebiasaan bagi mahasiswa dan mahasiswi di universiti. Memang diakui bahawa format penulisannya adalah rumit untuk difahami dengan helaian muka surat yang hanya dipenuhi dengan huruf dan graf tetapi pada peringkat rendah atau menengah cukuplah bagi pelajar mengetahui perkara-perkara asas yang boleh dicerap masuk dalam pembelajaran. Oleh itu, peranan guru adalah penting untuk memperkenalkan kertas penyelidikan dalam subjek sains seperti memperkenalkan format penulisan surat rasmi dalam subjek bahasa melayu.Setelah pelajar mempunyai asas yang kuat dan pemahaman yang meluas, kemahiran untuk menyelidik boleh didiperhaluskan selain mengikuti eksperimen yang telah ditetapkan di dalam silibus. Contohnya keperluan untuk menjalankan satu eksperimen di luar waktu kelas sebagaimana penghasilan buku berfolio untuk kerja khusus dalam subjek sejarah dan geografi. Ini bermaksud, secara berkumpulan para pelajar menjalankan eksperimen yang rasional, berimpak faktor, berilmiah, ringkas atau sederhana padat dan selamat serta mampu dihabiskan pada garis waktu yang tertentu. Pada peringkat ini, pihak sekolah juga boleh berinisiatif dengan menjemput para penyelidik daripada institusi untuk memberi bimbingan berbentuk lisan dan praktikal. Hasil kajian kemudiannya boleh dibukukan sebagai tesis ringkas sebagaimana format penghasilan tesis di IPT dan diletakkan di pusat sumber sekolah sebagai rujukan pelajar di masa akan datang.

Siapa yang tidak inginkan yang terbaik. Pihak sekolah dan ibu sentiasa yang inginkan yang terbaik dari segi pencapaian pengurusan ,pencapaian akademik, kokurikulum , nilai dan sahsiah murid. Demikian juga halnya dengan aaspirasi Kementerian Pendidikan yang inginkan pendidikan di Malaysia yang terbaik dan bertaraf dunia Ini bertepatan dengan matlamat utama Kementerian Pelajaran iaitu untuk menjadikan sekolah berprestasi tinggi (SBT) sebagai tanda aras kecemerlangan bagi dicontohi, terutama sekolah kebangsaan. Memetik kata-kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin , beliau mengharapkan agar lebih banyak sekolah berusaha meningkatkan kualiti dan sekolah tersebut menjadi pilihan utama semua rakyat Malaysia.. Justeru itu, Kementerian telah mengiktiraf beberapa sekolah sekolah yang terbaik mengikut fasa menjadi sebuah sekolah berprestasi Tinggi.. Sekolah berprestasi Tinggi (SBP) di Malaysia diterjemahkan sebagai . sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan sserta berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan masyarakat dan menjadi sekolah pilihan utama. Pengiktirafan akan diberikan kepada sekolah-sekolah layak setelah di nilai mengikut kriteria tertentu dalam tiga saringan yang dijalankan. Bagi mencapai cita-cita menjadikan sekolah yang biasa kepada sekolah berprestasi Tinggi memerlukan banyak pengorbanan. Pelbagai isu dan cabaran yang perlu diharungi bagi menuju kearah sekolah yang berprestasi tinggi.Isu dan cabaran yang perlu digadapi adalah menetapkan hala tuju organisasi yang memerlukan pemimpin menetapkan hala tuju yang jelas akan memberikan impak kepimpinan yang besar. . Matlamat sedemikian memberikan sebab untuk bekerja dan membentuk identiti diri dalam konteks kerja mereka. Pihak sekolah perlu menetapkan amalan menetapkan hala tuju sering kali dikaitkan dengan amalan kepimpinan dalam mengenal pasti dan mengongsi visi; menggalakkan penerimaan dan perkongsian matlamat kumpulan atau organisasi; menentukan jangkaan prestasi yang tinggi; dan memantau prestasi organisasi di samping mendorong komunikasi yang berkesan di semua peringkat organisasi. Bagi Pengarah pendidikan Perak belaiu menetapkan Visi yang perlu di ikuti oleh semua jabatan Pendidikan derah dan sekolahsekolah adalh Perak Excellent menggantikan Perak dengan nama sekolah masing-masing . Ini merupakan satu matlamat bagi menjadikan segala-galanya excellent dalam semua bidang. Isu dan cabaran yang seterusnya adalah membangunkan keupayaan ahli organisasi dengan menekankan bahawa hala tuju organisasi bukanlah satu-satunya syarat yang memberikan motivasi kepada ahli organisasi atau keupayaan yang diperlukan oleh ahli agar bertindak secara produktif. Sebenarnya keupayaan dan motivasi ahli organisasi dipengaruhi oleh pengalaman langsung mereka bekerja dalam organisasi dan bekerja bersama pemimpin. Dalam konteks ini, amalan membangunkan keupayaan dan kapasiti manusia penting. Set amalan yang dimaksudkan adalah enyediakan sokongan dan pertimbangan personal yang khusus; kefahaman dan sokongan emosi; rangsangan intelektual; dan menyediakan model-model amalan dan kepercayaan terbaik yang bersesuaian.Selain itu isu dan cabaran dalam mereka bentuk organisasi iaitu berrkaitan dengan sumbangan sekolah kepada murid sudah tentu bergantung kepada motivasi dan keupayaan guru- guru dan warga sekolah yang lain, secara individu atau kolektif. Walau bagaimanapun, budaya sekolah ada kalanya boleh mematikan semangat guru untuk menggunakan amalan pengajaran-pembelajaran berkesan. Oleh itu, pemimpin yang berjaya, membangunkan sekolah berkesan dengan menyediakan sokongan dan mengekalkan prestasi guru-guru, para murid dan warga sekolah yang lain. Amalan-amalan khusus yang dikaitkan mereka bentuk organisasi termasuklah mengukuhkan organisasi sekolah dan budayanya; membina budaya kolaboratif; menstrukturkan semula organisasi untuk melancarkan kerja; membangunkan hubungan yang produktif dengan keluarga dan komuniti; menghubungkan sekolah dengan dunia persekitaran yang lebih luas.Keempat, mengurus program pembelajaran di mana kajian menunjukkan Isu dan cabaran yang sering timbul adalah bagaimana ingin meningkatkan kualiti sebagai sekolah terbaik dengan memastikan kecemerlangan pencapaian akademik pelajar seiring dengan pencapaian dibidang kokurikulum. Bagi mengharungi cabaran tersebut, pihak sekolah perlu meningkatkan kualiti pencapaian sekolah melalui peningkatan tahap autonomi untuk membolehkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pendidikan termasuklah pengurusan organisasi, instruksional, kurikukulum, kewangan dan pengurusan sumber manusia. Cabaran bagaimana untuk menghasilkan murid yang cemerlang dalam semua bidang terutamanya pencapaian akademik. Bagi memastikan pencapaian tiga tahun berturut-turut meningkat. Calon untuk pengiktirafan SBT adalah terdiri daripada sekolah rendah dan menengah yang berada dalam Band 1 berdasarkan skor komposit yang mengambil kira Gred Purata Sekolah (GPS) dan Keputusan Penarafan Kendiri Sekolah (PKS) berasaskan Standard Kualiti Pendidikan Malaysian (SKPM). Oleh sebab itu, bagi meningkatkan pencapaian markah dan gred dalam SKPM warga sekolah masing masing memainkan peranan vang meningkatkan semua pencapaian dalam bidang akademik, Hal-Ehwal murid, Kokurikulum dan pengurusan sekolah. Meningkatkan kualiti pencapaian sekolah melalui aktiviti yang terancang dan berinovasi. Menjalankan intervensi pengajaran yang sesuai dengan pendidikan sekarang. Murid-murid perlu didedahkan dengan pelbagai pengalaman dalam kokurikulum dank ko-akademik serta mengesan kebolehan dan kelemahan murid. Pelbagai kaedah digunakan termasuklah ujian segak dan juga pelaksanaan 1 Murid 1 Sukan. JIka ini dilaksanakan dengan jayanya, peluang menjadi SBT pasti tercapai. Isu dan cabaran yang seterusnya adalah menjadikan pemimpin atau pengurus sekolah berkualiti SBT menepati kehendak dasar pendidikan kebangsaan dan dasar-dasar Negara. Cabaran dalam usaha meningkatkan prestasi sekolah, adalah untuk melahirkan pemimpin yang berprestasi tinggi di kalangan pemimpin-pemimpin sekolah. Oleh itu semua pengurus sekolah diingatkan supaya mengkaji semula objektif dan matlamat yang sudah sedia ada. Isu yang dilihat membelit dan melingkari tugasan dan fungsi sebenar pengurus sekolah. Ini kerana pengurusan sekolah sentiasa berdepan dengan beribu-ribu masalah sehinggakan semua menjadi sangat sibuk. Puncanya ialah kerana banyak kehendak, cabaran dan isu yang melingkari kerja buat pengurus di sekolah. Kealpaan pemimpin sekolah terhadap kehendak dan matlamat KBSR dan KBSM kadangkala menyebabkan situasi sekolah berada dalam kesuraman, kelelahan atau mati. Sekolah berprestasi tinggi dan yang meningkat dengan pantas, mempunyai pemimpin berpusatkan pembelajaran (learning-centred leaders). Pemimpin sedemikian memberikan fokus kepada mempengaruhi apa yang berlaku di dalam bilik darjah dan meningkatkan kualiti pengajaran serta pembelajaran murid. Oleh itu, pemimpin tersebut menjadi surf teladan kepada gurugurunya. Antara amalan-amalan lain yang dikaitkan dengan mengurus program pembelajaran termasuklah menyediakan guru dan staf sokongan untuk melaksanakan kehendak kurikulum; memantau kemajuan prestasi murid dan strategi-strategi penambahbaikan sekolah; melindungi staf daripada tuntutan tidak produktif dari luar yang menyebabkan mereka tergelincir daripada kerja-buat teras mereka dan menyediakan suasana kerja yang produktif. Oleh yang demikian para pemimpin sekolah hendaklah bangkit dari lena dan bersemangat untuk membentuk etos yang watak sekolah yang diinginkan. Sewajarnya pengurus sekolah melihat dari aspek positif akan baiah yang telah disebut untuk penganugerahan kepada SBT. Seharusnya pemimpin sekolah tidak mendapat label SBT mengejar pengurus sekolah. Sebaliknya biarlah pengurus sekolah mengejar SBT. Biarlah pengurus sekolah yang berusaha gigih bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai SBT. Pengurus sekolah perlu ada kebolehan kepimpinan yang tinggi, bukan hanya tahu mengarah sahaja. Mereka perlu menjadi luar biasa dalam memimpin. Kecemerlangan sekolah pada kebiasaannya adalah datangnya daripada pemimpin yang cemerlang juga. Pengurus sekolah haruslah dinamik, tekun, berdisiplin dan pakar dalam bidang mereka serta berorientasikan hasil. dalam membina kecemerlangan. Pemimpin sekolah mesti mengenal pasti secara spesifik cabaran yang perlu ditangani, mempunyai fokus yang jelas mengenai hasil dan prestasi yang ingin dicapai dan mengamalkan secara berterusan budaya ingin cemerlang,. Mereka perlu mempunyai sikap sanggup menerima cabaran dan sentiasa berusaha mencari idea dan amalan baru dalam meningkatkan kualiti pengurusan sekolah dan pembelajaran. Tanpa pemimpin yang mempunyai prestasi tinggi, pelajar tidak akan mencapai kecemerlangan dan kualiti sekolah juga akan menurun. Oleh sebab yang demikian dalam rangka NKRA, telah dinyatakan bahawa pemimpin sekolah akan dipilih di kalangan guru yang mempunyai kriteria tertentu dengan menjalani beberapa latihan dan khusus jangka pangjang dan jangka pendek. Perkara ini telah pun dilaksanakan pada tahun 2014 dimana guru-guru yang ingin menjadi guru besar atau pengetua disyaratkan mepunyai sijil NPQEL (National Professional Qualification for Educational Leaders.) Kursus ini dapat membimbing bakal-bakal guru besar dan pengetua memimpin dan mentadbir sekolah dengan cemerlang. Hal ini adalah untuk meletakkan seseorang pemimpin sekolah yang benar-benar komited dan berkaliber dalam memimpin dan membentuk atos, watak, kecemerlangan sekolah selaras dengan kehendak kementerian menjadikan sekolah berprestasi tinggi. Sekarang ini telah menjadi kerungsingan para guru kerana melihat kepada kekosongan jawatan pentadbir. Ramai guru-guru tidak mahu mengisi jawatan bidang pengurusan terutama menjadi guru besar apabila baka-bakal guru besar dimestikan menghadiri kursus NPQEL tersebut kerana mereka perlu berkuliah serta diwajibkan menjalankan praktikal sebagai guru besar disekolah-sekolah yang tertentu yang dipilih. ., Pemimpin sekolah hendaklah bertingkahlaku yang menepati zaman dan masa kini sesuai dengan SBT. Kepimpinan autokratik dan laizess-faire sudah tidak ada tempat dalam era sekarang. Pengurus sekolah perlu mengelakkan diri daripada dibenci atau lebih teruk lagi dimaki oleh pengikut bawahan kerana stail pengurusannya. Sebaik-baiknya pengurus sekolah perlu menjadi seorang yang supportif dan partisipatif supaya guru-guru di bawah akan menjadi pengikut dan penyokong. Visi Sekolah, Misi Sekolah, Moto Sekolah dan Slogan Sekolah perlu dijadikan medium untuk mencapai matlamat pengurusan di sekolah. Isu dan cabaran yang seterusnya adalah dalam pengurusan sekolah. Pengurusan yang baik akan dapat menjadikan pentadbiran sekolah berjalan dengan lancar,. Segala aktiviti dapat dirancang dengan baik, pelaksanaan perancangan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Dalam penilaian bagi menentukan kedudukan gred purata sekolah(GPS), nilai yang diambilkira adalah pengurusan sekolah. Jika nilai GPS baik, bermakna pengurusan sekolah adalah baik. Sekolah akan bergerak kea rah SBT. abaran ketiga SBT yang ingin melahirkan pengurusan sekolah berkualiti dan strategik memerlukan pengurus sekolah memahami dan melaksanakan dengan menyeluruh 8 cabang pengurusan sekolah. Ianya meliputi pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum, pengurusan am dan pejabat, pengurusan fizikal sekolah, pengurusan kewangan sekolah, pengurusan hal ehwal murid, pengurusan personal/ sataf dan pengurusan dengan komuniti. Kesemua bidang ini perlu dilaksanakan serentak oleh pengurus sekolah bagi menjamin iklim kerja dan belajar yang kondusif di sesebuah sekolah.Isu dan cabaran tentang professional guru juga merupakan cabaran yang terpenting dalam menjadikan sekolah biasa menjadi sekolah berpretasi tinggi. Mana tidaknya, segala pelaksanaan dasar pendidikan adalah dibawah tanggungjawab guru. Guru memainkan peranan dalm setiap bidang yang dinilai. SBT juga menggariskan tindakan profesional warga guru sebagai cabaran keempat. Profesional berkait rapat dengan ilmu, sikap dan kepakaran guru-guru. Sekiranya guru-guru kita tahu buat, reti cara buat dan boleh buat, maka guru itu tinggi tahap profesional. Cabaran ini yang sangat merumitkan kerana setiap hari di dada-dada akhbar ada sahaja berita tentang salahlaku guru yang tidak menunjukkan bahawa guru merupakan golongan yang berilmu dan professional. Apatah lagi dalam dunia realitinya. Pelbagai jenis guru yang ada, termasuklah yang malas kerja, ponteng, walaupun terdapat ramai juga yag begitu komited terhadap tugas. Dalam jumlah yang sedikit tersebut, bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk mengubah nilai dan sikap diri guru-guru berkenaan. Guru dapat dikategorikan kepada empat kategori manusia (guru) yang ada . Iaitu kategori Tahu tetapi Tidak Mahu iaitu pemalas, kategori Tidak Tahu dan Tidak Mahu seperti kayu mati, kategori Tahu tetapi Mahu masih ada harapan dan kategori Tahu dan Mahu yang diandaikan seperti Bintang. Pengurus sekolah perlu mendorong pengikutnya supaya tidak tergolong sebagai pemalas dan kayu mati. Bagi mengatasi cabaran ini pihak pengurus sekolah perlu memainkan peranan. Seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Kesimpulannya, untuk menghadapi cabaran pendidikan, pengurus dan guru merupakan aset utama yang berperanan dalam menyahut segala cabaran pendidikan akan datang. Mereka hendaklah mempunyai iltizam yang tinggi iaitu melibatkan diri secara bersungguh-sungguh serta penuh tanggungjawab dalam pelaksanaan tugas melahirkan modal insan kelas pertama. Mereka juga perlu berpandangan positif iaitu memperlihatkan reformasi dan inovasi pendidikan serta perubahan kurikulumnya dalam perspektif yang positif yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri, pelajar, masyarakat dan Negara. Kesediaan mereka mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang diceburi perlu dititikberatkan. Kerajaan sentiasa menyokong segala usaha pihak sekolah bagi memenuhi aspirasi pendidikan Negara dengan menganugerahkan ganjaran kepada SBT . Seharusnya apabila kriteria pemimpin dan guru yang dinyakan dimiliki oleh majoriti pengurus dan guru-guru sekolah di Malaysia, nescaya sekolah di Malaysia akan dapat membentuk SBT melebihi daripada jumlah yang disasarkan. Demikian itu. , negara Malaysia akan benar-benar maju dan berjaya di bidang pendidikan standing dengan kehebatan pendidikan Negara-negara yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi.

PENUTUP

NKRA Pendidikan sebagai langkah awal kepada transformasi pendidikanyang komprehensif Kejayaan awal ke arah mencapai sasaran NKRA akan menjadi asas dalam meningkat. Keberhasilan pelajar serta meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti. Walaupun program yang dirancang penting bagi proses reformasi sistem pendidikan sedia ada, namun ini merupakan hanya langkah awal ke arah transformasi sistem pendidikan secara menyeluruh. Banyak perkara lagi perlu dilakukan bagi meningkatan kualiti sistem pendidikan di Malaysia supaya menjadi salah satu sistem pendidikan yang terbaik di dunia. Negara-negara lain telah membuktikan untuk meningkatkan kualiti pelajar merupakan satu usaha yang amat mencabar, namun mampu dicapai. Bagi memastikan kejayaan dalam melaksanakan transformasi pendidikan di Malaysia, kami akan memberi fokus kepada pengupaya kritikal seperti menarik dan menghasilkan guru dan pemimpin sekolah yang cemerlang Kualiti sistem pendidikan bergantung pada kualiti guru. Sehubungan itu, pihak pengurus sekolah dan guru-guru hendaklah komited dalam memastikan transformasi sistem pendidikan berjaya dilaksanakan dengan menggalakkan lebih ramai individu berbakat menjadi guru, menghasilkan guru yang cemerlang serta memastikan pengajaran dijalankan secara konsisten kepada semua pelajar. Kementerian Pendidikan hendaklah secara berterusan mengkaji dan menambahbaik kurikulum sekolah cemerlang dan sekolah berpotensi cemerlang menggunakan standard kurikulum serta meletakkan sasaran yang tinggi dan jelas. Usaha perlu ditingkatkan supaya pendidikan kita setanding dengan pendidikan peringkat global dengan acuan kita sendiri. Seterusnya memberi fokus kepada pengajaran pelbagai bahasa. Pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai bahasa boleh ditingkatkan di sekolah-sekolah sekiranya kita mampu menyediakan guru-guru pakar dalam bahasa-bahasa berkaitan. Memastikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris diperkukuhkan pada semua peringkat pendidikan tanpa mengabaikan penguasaan Bahasa Mandarin dan Tamil pada peringkat awal pendidikan. Bagi memastikan tindakan yang dirancang ini berhasil, reformasi dan transformasi di peringkat sekolah yang mantap perlu dilaksanakan. Namum kejayaan reformasi ini bergantung kepada pemimpin yang komited, mampan dan efektif pada semua.

Peranan rakyat sebagai ibu bapa kritikal turut berperanan dalam meningkatkan keberhasilan pelajar . Kejayaan bagi mencapai sasaran yang ditetapkan dalam NKRA Pendidikan banyak bergantung ke atas kerjasama antara Kerajaan, pentadbir sekolah, guru dan ibu bapa. Ibu bapa dan rakyat amnya perlu memainkan peranan yang penting dalam pembanguan pendidikan anak-anak. Contohnya, ibu bapa boleh meningkatkan kemahiran literasi dan numerasi anak-anak masing dengan menjadikan aktiviti membaca menarik seperti membaca dengan pelbagai intonasi dan emosi serta menggunakan elemen masa, bentuk dan ukuran dalam perbualan seharian dengan anak-anak.Rakyat juga digalakkan mendaftar anak-anak berumur empat tahun ke pendidikan prasekolah apabila diperkenalkan tahun 2012. Pendidikan prasekolah akan dapat memberi permulaan awal untuk kanak-kanak untuk berjaya pada masa hadapan. Apa yang telah dibincangkan sejelas-jelasny adalah untuk mencapai objektif pendidikan. Tugas murni yang diamanahkan kepada pendidik bagi menghasilkan pelajar cemerlang, sekolah berprestasi tingg dan kecemerlangan pendidikan yang setandigan di peringkat antarabangsa memerlukan kesepaduan pelbagai pihak. Sentiasa memaksimumkan usaha semua warga kerja di sekolah terutamanya pelajar Ia bersesuaian dengan kata-kata yang dipetik daripada Carol Ann Tomlinson yang menyatakan Tugas utama sesebuah sekolah adalah memaksimumkan kemampuan yang ada dalam diri setiap pelajar Besarlah harapan kita agar pendidikan di Malaysia mencapai apa yang dihajatkan oleh semua warga Malaysia menjelang tahun 2025 kelak. Usaha tangga kejayaan.

~~ SEKIAN ~~

RUJUKAN

Ahmad M.Y. (Tiada tarikh). Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam di Masjid. Open University Malaysia.Aizuwan S. (Tiada tarikh). Generasi Modal Insan Kelas Pertama [Atas Talian]. [Diekses pada 18 Mac 2015]. KPM (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Kementerian Pendidikan Malaysia. ISBN: 978-983-3444-53-3..Salmi A.Z. dan Lim H.L. (2013). Mengkaji Kesahan Inventori Nilai Integriti dalam Kalangan Guru-guru Sekolah Rendah. Universiti Sains Malaysia.Rahim A. (2012). Tugas Guru Semakin Banyak dan Mencabar. Mengkaji Beban Tugas Berlebihan.Rosleh (2010). Transformasi PTV ke Arah Melahirkan Modal Insan Kelas Pertama.Yero J.L. (2002). The Meaning of Education. Teachers Mind Resources: http://www.TeachersMind.com.Zailah J. (2007). Hubungan antara Kepimpinan Pengajaran Guru Besar dengan. Kertas Final_Pembentangan_Seminar.

Laman Sesawang http://www.moe.gov.my/v/heblueprinthttps://drjamiladimin.wordpress.com/2013/01/25/npqel-sebagai-prasyarat-pelantikan-pengetuaguru-besar/http://www.academia.edu/4542907/GENERASI_MODAL_INSAN_KELAS_PERTAMAhttp://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025http://www.slideshare.net/chonseong138/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-20132025ringkasanhttp://www.academia.edu/7963785/I_GLOBALISASI_DAN_CABARAN_PENDIDIKAN

LAMPIRANJADUAL : KEDUDUKAN NEGARA DALAM PISSA

Negara serantau yang setara

1. Bacaan2. Matematik3. Sains

Kedu-dukanNegaraSkor min.Kedu-dukanNegaraSkor min.Kedu-dukanNegaraSkor min.

1Shanghai-China5561Shanghai-China6001Shanghai-China575

2Korea Selatan5392Singapura5622Finland554

3Finland5363Hong Kong5553Hong Kong549

4Hong Kong5334Korea Selatan5464Singapura542

5Singapura5265Chinese Taipei5435Jepun539

.............................................................................................................................................

26Hungary49424Austria49620Amerika Syarikat502

Purata OECDPurata OECDPurata OECD

27Portugal49725Poland49521Republik Czech500

.............................................................................................................................................

42Kesatuan Rusia45941Croatia46040Greece470

Purata AntarabangsaPurata AntarabangsaPurata Antarabangsa

43Chile44942Israel44741Malta461

.............................................................................................................................................

52Thailand42152Thailand41951Thailand425

.............................................................................................................................................

54MALAYSIA41457MALAYSIA40452MALAYSIA422

.............................................................................................................................................

61Indonesia40267Indonesia37165Indonesia383

GURU DAN CABARAN SEMASA [ EDU 3109]Muka Surat 21