minit_curai_kursus pemantapan peagogi sains sm & sr 2014

16
JPN Perak/SPA/SAINS JABATAN PENDIDIKAN PERAK LAPORAN Untuk Perhatian : Ketua Sektor Pengurusan Akademik Ketua Penolong Pengarah Sains Nama Pegawai Menghadiri Kursus : Zurina binti Mat Som Jawatan : Penyelia Kurikulum Sains Kursus Yang Dihadiri : Kursus Pemantapan Pedagogi Sains Dalam Pembelajaran dan Pengajaran Sains Untuk Jurulatih Negeri Zon Utara 2014 Penganjur Kursus : Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Tarikh : 12 – 14 Mac 2014 Tempat : Hotel Royal Penang, 3, Jalan Larut, 10050 Pulau Pinang Pengerusi : Cik Roslina binti Abdul Rashid Unit Sains Sektor Kompetensi Pembelajaran dan Pengajaran, Bahagian Pendidikan Guru Hari Pertama 12 Mac 2014 (Rabu) 2.00 pm – 5.00pm Pengerusi : Pn. Mariam binti Rodo

Upload: jamil670

Post on 14-Dec-2015

57 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

minit curai

TRANSCRIPT

Page 1: Minit_Curai_Kursus Pemantapan Peagogi Sains SM & SR 2014

JPN Perak/SPA/SAINS

JABATAN PENDIDIKAN PERAK

LAPORAN

Untuk Perhatian : Ketua Sektor Pengurusan AkademikKetua Penolong Pengarah Sains

Nama Pegawai Menghadiri Kursus : Zurina binti Mat Som

Jawatan : Penyelia Kurikulum Sains

Kursus Yang Dihadiri : Kursus Pemantapan Pedagogi Sains Dalam Pembelajaran

dan Pengajaran Sains Untuk Jurulatih Negeri Zon Utara 2014

Penganjur Kursus : Bahagian Pendidikan Guru (BPG)

Tarikh : 12 – 14 Mac 2014

Tempat : Hotel Royal Penang,3, Jalan Larut,10050 Pulau Pinang

Pengerusi : Cik Roslina binti Abdul RashidUnit SainsSektor Kompetensi Pembelajaran dan Pengajaran,Bahagian Pendidikan Guru

Hari Pertama12 Mac 2014 (Rabu)2.00 pm – 5.00pmPengerusi : Pn. Mariam binti Rodo

IPGM Kampus Tuanku Bainun Pulau Pinang

1. Perutusan Pengerusi

1.1 Mengalu-alukan kehadiran para jemputan.

1.2 Tujuan Kursus Pemantapan Pedagogi Sains Dalam Pembelajaran dan Pengajaran Sains Sekolah Menengah dan Rendah adalah untuk

Page 2: Minit_Curai_Kursus Pemantapan Peagogi Sains SM & SR 2014

JPN Perak/SPA/SAINS

membincangkan pedagogi Sains alaf baru dengan menekankan penggunaan soalan aras tinggi dalam menengah dan rendah.

1.3 Kemahiran berfikir antara enam cirri utama murid yang menjadi aspirasi kementerian untuk mereka berupaya bersaing pada peringkat global.

1.4 Sasaran Kementerian Pendidikan ialah sebanyak 40 peratus soalan KBAT dimasukkan dalam kertas soalan UPSR, manakala SPM(50 peratus) menjelang tahun 2016.

1.5 Penekanan terhadap KBAT secara tidak langsung mengubah corak dan proses pembelajaran dalam kelas, menjadikannya lebih interaktif kerana memerlukan pembabitan aktif murid dan guru.

1.6 Hasil pembelajaran daripada kursus ini adalah;

1.6.1 Memperihalkan kepentingan pembentukan organisasi pembelajaran dalam peningkatan kualiti sekolah.

1.6.2 Mendefinisi, rasional, prinsip dan isu dalam KBAT

1.6.3 Mengenalpasti ciri-ciri KBAR dan KBAT dalam PdP.

1.6.4 Mengaplikasikan KBAT dalam pembinaan item.

1.6.5 Membina 6 item mengikut aras kognitif Bloom (semakan semula) berpandukan stimulus yang disediakan.

1.6.6 Meningkatkan kemahiran teknik penyoalan dalam pelaksanaan PdP.

1.6.7 Membezakan di antara empat jenis inkuiri iaitu inkuiri berstruktur, inkuiri terbuka, inkuiri berpandu dan inkuiri pengesahan.

1.6.8 Mengaplikasi keempat-empat aras inkuiri dalam PdP.

1.6.9 Menguasai Kemahiran Proses Sains (KPS) dan Kemahiran Manipulatif Sains (KMS) dalam PdP.

1.6.10Mengaplikasi KPS dan KMS dalam PdP.

2. Organisasi Pembelajaran (OP)

Penceramah : Hjh. Rugayah binti Tambi IPGM Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan

2.1 Organisasi pembelajaran adalah suatu wadah yang mana orang-orangnya secara terus menerus mengembangkan kapasitinya untuk menciptakan hasil yang benar-benar mereka inginkan.

2.2 Menurut Peter Senge; Organisasi Pembelajaran adalah organisasi yang mengembangkan, menghasilkan, mempertingkatkan kapasiti untuk mencipta masa depan secara terus menerus, sehingga organisasi tetap mandiri dan adaptif.

Page 3: Minit_Curai_Kursus Pemantapan Peagogi Sains SM & SR 2014

JPN Perak/SPA/SAINS

2.3 Menurut Marquardt; organisasi Pembelajaran adalah :

* Organisasi yang belajar dengan bersungguh-sungguh, dan sentiasa mentransformasi diri dengan mengumpulkan, mengelola dan menggunakan pengetahuan untuk keberhasilan usaha.

* Ia mengupaya orang-orang baik di dalam mahupun di luar organisasi, belajar sambil bekerja.

* Teknologi digunakan untuk mengoptimakan pembelajaran dan produktiivitinya / outstanding.

2.4 Karakteristik Organisasi Pembelajaran

* Pemikiran Sistem (system thinking )

* Penguasaan peribadi (personal mastery)

* Pola mental ( mental models )

* Visi bersama ( shared vision )

* Belajar berkumpulan ( team learning )

2.4.1 Pemikiran Sistem

Organisasi harus mampu berfikir dan melihat perubahan secara keseluruhan, sehingga semua usaha saling berkaitan, mempengaruhi dan bersinergi.

2.4.2 Penguasaan Peribadi

Kemampuan untuk mengelola emosi sehingga timbul kesabaran dan selalu bersikap positif

2.4.3 Pola Mental

Bagaimana organisasi melihat dunia dan bertindak atas dasar anggapan atau generalisasi dari apa yang dilihatnya?

2.4.4 Visi Bersama

Komitmen dan tekad bersama untuk kemajuan bersama, bukan sekadar kepatuhan terhadap kepimpinan.

2.4.5 Belajar Berkumpulan

Dialog bersama untuk melihat peran dan peribadi anggota organisasi untuk menemukan jati diri.

2.5 Bagaimana Memulakan Pembangunan Organisasi Pembelajaran (OP)…?

2.5.1 Lakukan sesuai dengan petunjuk para pentadbir OP

Page 4: Minit_Curai_Kursus Pemantapan Peagogi Sains SM & SR 2014

JPN Perak/SPA/SAINS

2.5.2 Susunlah agenda kerja sesuai dengan kemampuan (terutama mereka yang berpengetahuan dan menyokong nilai dan konsep OP)

2.5.3 Bangunlah suatu pengurusan yang memeiliki inisiatif kerjasama

2.5.4 Buat agihan tugas

2.5.6 Bekerjalah sesuai dengan perancangan strategik

2.5.7 Lakukan diagnosis

2.5.8 Mulakan sesuai dengan kesepakatan

2.5.9 Fokuskan pada salah satu isu utama

2.5.10 Mulakan dari bahagian tertentu

2.6 Kunci Keberhasilan Transformasi Menuju OP

2.6.1 Bangunlah pengertian yang kuat tentang keperluan mendesak untuk menjadi suatu OP

2.6.2 Bentuk kejelikatan yang kuat untuk mendorong OP

2.6.3 Buat visi OP

2.6.4 Komunikasikan dan praktikkan visi OP

2.6.5 Hilangkan hambatan-hambatan yang menengkang pelaksanaan OP

2.6.6 Buat tujuan-tujuan jangka pendek

2.6.7 Penyatuan kemajuan (memberi penghargaan), untuk perkembangan yang terus menerus.

2.6.8 Bina penetapan terhadap perubahan-perubahan dalam budaya.

3. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Penceramah : Pn. Mariam binti Rodo IPGM Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang

3.1 Menurut Beyer, B.K. 1991; Berfikir ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab, atau membuat penentuan

3.2 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (KPM 2013).

3.3 Tujuan Diperkenalkan KBAT

3.3.1 Mengubah amalan hafalan kepada pemahaman

3.3.2 Meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan ( lebih banyak analisa, menilai dan mencipta)

Page 5: Minit_Curai_Kursus Pemantapan Peagogi Sains SM & SR 2014

JPN Perak/SPA/SAINS

3.3.3 Mewajarkan penyelesaian dan penemuan

3.3.4 Diperlukan untuk penyiasatan saintifik

3.4 Apa yang Guru Perlu Ubah?

3.4.1 Ubah cara berfikir

3.4.2 Ubah cara menyoal

3.4.3 Ubah cara memotivasi

3.4.4 Menekankan aktivit hands-on

3.4.5 Ubah jenis tugasan

3.4.6 Ubah cara pentaksiran

3.4.7 Ubah cara berkomunikasi

3.5 Peranan Guru Untuk KBAT

3.5.1 Memastikan murid aktif dalam PdP

3.5.2 Memberi peluang kepada murid berbincang, bertanya dan memberi pendapat

3.5.3 Mempelbagai strategi

3.5.4 Mengemukakan soalan yang membina, memimpin serta berfikir pada aras tinggi

3.6 Kenapa Perlu Penyoalan ?

3.6.1 Penyoalan membantu murid berfikir secara kritis dengan memberi fokus secara eksplisit terhadap proses pemikiran

3.6.2 Semasa soalan yang teratur dan berstruktur diajukan, murid memperlahankan proses pemikiran mereka dan meneliti proses tersebut.

3.6.3 Penyoalan yang berfikrah dan teratur di dalam kelas berupaya mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran :

i. Model saintifik amalan inkuiri

ii. Menyokong pembelajaran secara akktif dan berpusatkan pelajar

iii. Membantu pembelajaran berasaskan inkuiri

iv. Membantu murid membina pengetahuan

v. Membantu membentuk kemahiran menyelesaikan masalah

vi. Meningkatkan ingatan pengetahuan jangka masa panjang

3.7 Soalan Berkesan

3.7.1 Bermatlamat ( diminta untuk mencapai tujuan tertentu)

Page 6: Minit_Curai_Kursus Pemantapan Peagogi Sains SM & SR 2014

JPN Perak/SPA/SAINS

3.7.2 Dinyatakan dengan jelas (murid memahami apa yang dimaksudkan)

3.7.3 Ringkas (dinyatakan dengan perkataan yang mungkin)

3.7.4 Memprovokasi pemikiran (merangsang pemikiran dan tindakbalas)

3.7.5 Menyoal siasat (melibatkan urutan atau soalan yang membimbing dan terperinci

3.7.6 Skop terhad (soalan yang bercapah akan mengelirukan)

3.7.7 Disesuaikan dengan tahap kelas (wajar dan berbeza)

3.8 Kesilapan Umum Semasa Proses Penyoalan

3.8.1 Tanya terlalu banyak soalan pada masa yang sama

3.8.2 Tanya soalan kemudian menjawabnya sendiri

3.8.3 Selalu tanya jenis soalan yang sama

3.8.4 Tanya soalan hanya kepada pelajar yang pandai di dalam kelas

3.8.5 Tanyakan soalan yang sukar terlalu awal

3.8.6 Tanya soalan yang tidak ada kaitan

3.8.7 Tidak memberi masa unutk murid berfikir sebelum menjawab soalan

3.9 Petua Untuk Guru

3.9.1 Rancang soalan sesuai yang memberikan struktur dan arah kepada tajuk pengajaran

3.9.2 Bina soalan yang jelas dan spesifik

3.9.3 Masa tunggu : Diam, dengar dan tunggu sekurang-kurangnya 5 hingga 10 saat untuk murid memberi respon.

3.9.4 Kekalkan fokus perbincangan

3.9.5 Ikuti respons murid dan sentiasa undang mengembangkan perbincangan.

3.9.6 Rangsang perbincangan dengan soalan-soalan yang dapat mencungkil jawapan

3.9.7 Rumus perkara-perkara yang dibincang secara berkala (contoh : papan tulis / overhead projector)

3.9.8 Cuba libatkan sebanyak pelajar yang mungkin dalam perbincangan.

3.9.10 Jangan kemukakan soalan, Ya/Tidak, kerana tidak merangsang pemikiran atau merangsang perbincangan.

3.9.11Jangan kemukakan soalan yang tidak jelas, kabur atau di bawah aras keupayaan murid

Page 7: Minit_Curai_Kursus Pemantapan Peagogi Sains SM & SR 2014

JPN Perak/SPA/SAINS

Hari Pertama (12 Mac 2014)8.30pm – 10.30 pmPenceramah : En. Wan Mohd Sabri bin Wan Mahmud

Panel Modul Pedagogi Sains Sekolah Rendah

1. Kemahiran Proses Sains

Pembugaran Kemahiran Proses Sains

Isu : Salah faham tentang ‘Mendefinisi Secara Operasi’

Penerangan :Murid menyatakan apa yang difahami/ dilakukan dengan bahasa mereka sendiri.

Hari Kedua(13 Mac 2014)8.00am – 9.30amMajlis Perasmian Perasmi : Pn.Nur Zamani binti Abdul Hamid

KPP Sektor Kompetensi PdP

1. Kursus pemantapan pedagogi disebarkan untuk memantapkan pelbagai pendekatan sedia ada yang diperoleh dari kursus,maktab, institusi perguruan atau universiti.

2. Guru-guru perlu;2.1 berfikiran positif untuk menerima perubahan2.2 berintegriti – menyokong apa sahaja dasar yang dilaksanakan oleh

kementerian2.3 mengamalkan budaya kerja cemerlang2.4 sentiasa berada di majlis tempat kita bekerja2.5 bertindak secara berhemah agar dapat mengurangkan isu-isu dalam

akhbar2.6 mengurai watak guru dengan menampilkan senyuman, memupuk

kesabaran dan ketabahan yang tinggi bagi tujuan mendidik

Page 8: Minit_Curai_Kursus Pemantapan Peagogi Sains SM & SR 2014

JPN Perak/SPA/SAINS

9.30am – 1.00pmPenceramah : Pn. Mariam binti Rodo

IPGM Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang

1. Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri(Inquiry-based Science Education) IBSE

1.1 Inkuiri merupakan asas kepada pendidikan Sains.

1.2 Mementingkan pembelajaran melalui pengalaman

1.3 Secara amnya, inkuiri bermaksud mencari maklumat,menyoal dan

menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling.

1.4 Pembelajran secara penemuan inkuiri berlaku apabila konsep dan prinsip

utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri.

1.5 Membantu pelajar;

- memahami konsep saintifik dan tabii sains

- menghargai proses memperolehi pengetahuan melalui Sains

- mengembangkan/memupuk kemahiran menjadi “independent inquierers”

1.6 Murid melalui aktiviti seperti eksperimen dengan menyiasat sesuatu

fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri.

1.7 Guru kemudian membimbing murid untuk memahami konsep sains melalui

hasil inkuiri tersebut.

1.8 Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses

inkuiri ini.

1.9 Namun demikian, pendekatan inkuiri tidak sesuai digunakan dalam semua situasi pdp. Beberapa konsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara langsung oleh guru atau melalui inkuiri terbimbing.

2. Ciri-ciri Inkuiri Sains

2.1 Teroka (Explore ) – pelajar akan akrab (familiar) dengan fenomena yang

dipelajari

Page 9: Minit_Curai_Kursus Pemantapan Peagogi Sains SM & SR 2014

JPN Perak/SPA/SAINS

2.2 Menyiasat ( Investigate ) – pelajar merancang dan menjalankan

penyiasatan

2.3 Membuat / Membina kesimpulan (Draw final conclusion ) - pelajar mensintesiskan apa yang mereka telah pelajari dan dapat membentuk kesimpulan

2.4 Berkomunikasi (Communicate ) – pelajar dapat berkongsi kefahaman mereka kepada orang lain.

3. IBSE Di Dalam Kurikulum Sains Malaysia

3.1 Diperkenalkan sejak 1960an

3.2 Ditakrifkan sebagai proses mendapat tahu yang melibatkan;

* pertanyaan soalan

* mengkaji atau menyiasat sesuatu fenomena dengan menggunakan deria dan kognitif kita

3.3 Melibatkan penggunaan proses Sains, pengetahuan dan sikap saintifik untuk melakukan penemuan, mempelajari sesuatu konsep, menaakul dan menyelesaikan masalah.

3.4 IBSE menekankan murid memahami perkara yang dipelajari dan bukan setakat menghafal “content” dan maklumat sahaja.

4. Aras Inkuiri

Terdapat 4 aras inkuiri iaitu;

4.1 Inkuiri terbuka (Open Inquiry )

4.2 Inkuiri Berpandu (Guided Inquiry )

4.3. Inkuiri Berstruktur (Structured Inquiry )

4.4 Inkuiri Pengesahan (Confirmation Inquiry )

4.1 Inkuiri Terbuka (Open Inquiry )

4.1.1 Peluang tebaik untuk bertindak sebagai ahli sains – mengemukakan soalan, merancang dan menjalankan penyiasatan dan membentang hasilnya.

4.1.2 Paling memerlukan penaakulan saintifik dan tuntutan kognitif yang

tinggi.

Page 10: Minit_Curai_Kursus Pemantapan Peagogi Sains SM & SR 2014

JPN Perak/SPA/SAINS

4.1.3 Harus dilaksanakan apabila pelajar telah menunjukkan kebolehan merancang dan melaksanakan penyiasatan apabila ditujukan persoalan. Pelajar juga harus mampu mencatat dan menganalisa data lalu membuat kesimpulan bersasaskan data/evidens yang diperoleh.

4.2 Inkuiri Berpandu (Guided Inquiry )

4.2.1 Guru cuma memberikan pelajar soalan untuk penyiasatan

4.2.2 Pelajar perlu merancang penyiasatan, melaksanakan dan melaporkan serta menjelaskan hasil dapatan mereka.

4.2.3 Pelajar masih memerlukan bimbingan guru untuk memastikan bahawa penyiasatan mereka bermakna.

4.3 Inkuiri Berstruktur (Structured Inquiry )

4.3.1 Guru perlu memberikan pelajar soalan dan prosedur untuk penyiasatan. Namun, murid perlu melaporkan serta menjelaskan hasil dapatan mereka.

4.4 Inkuiri Pengesahan (Confirmation Inquiry )

4.4.1 Guru memberikan murid soalan dan prosedur untuk

penyiasatan dan hasil yang perlu dicapai sudah diketahui.

4.4.2 Sesuai digunakan;

- untuk mengukuhkan idea tau konsep yang telah dipelajari- untuk memberi pengalaman menjalankan eksperimen- sebagai latihan untuk memperolehi kemahiran inkuiri tertentu,

seperti merekod dan menganalisis data

4.4.3 Pelajar perlu mengikut arahan dan prosedur eksperimen.

4.4.4 Merupakan penyiasatan inkuiri bertahap rendah tetapi dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran secara beransur ke tahap inkuiri terbuka.

Hari Kedua(13 Mac 2014)2.00pm – 5.00pmPengerusi : En. Shariman bin Shahidan

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Krai, KelantanPn.Roslina binti Abdul Rani

SK Chenderiang, Perak

Aktiviti : Bengkel KBAT & Kemhiran Proses Sains (KPS)

Hari Kedua(13 Mac 2014)8.30pm – 10.30pmPengerusi : : Pn.Mariam binti Rodo

Page 11: Minit_Curai_Kursus Pemantapan Peagogi Sains SM & SR 2014

JPN Perak/SPA/SAINS

IPGM Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang Pn. Hjh. Rogayah binti Tambi

IPGM Kampus Raja Melewar

Aktiviti : Bengkel IBSE

Hari Ketiga(14 Mac 2014)8.00am – 12.00pmPengerusi : Pn. Mariam binti Rodo

IPGM Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang

Aktiviti : Pembentangan Hasil Bengkel IBSE

RUMUSAN

Penceramah telah menggunakan pendekatan inkuiri dalam kursus pemantapan pedagogi kepada jurulatih utama (JU).

Isu

1. Terdapat JU sekolah menengah yang hadir berkursus tidak mengajar subjek Sains Tulen. Kerisauan timbul apabila Amali Sains Menengah Atas akan dilaksanakan pada tahun 2015.

2. Pensyarah IPGM menyampaikan IBSE dengan memberi contoh-contoh secara umum dan kurang berkaitan dengan Kurikulum Sains sekolah rendah

3. Penaakulan dan penyoalan KBAT dalam PdP masih kabur kerana kurang dikaitkan dengan silibus.

Tindakan Pegawai Meja di Sektor Pengurusan Akademik, JPN

Selepas Berkursus (Sebelum pulang)

1. Mengagihkan tugas kepada JU sebagai persediaan untuk mengatasi isu-isu yang telah dikenalpasti ;

Sekolah Rendah

Memilih contoh-contoh hasil pembelajaran atau standard kandungan mata pelajaran sains sekolah rendah untuk disesuaikan dengan pendekatan IBSE dan KBAT (teknik penyoalan dalam pdp)

Daerah Batang Padang – Sains Hayat Tahun 4Daerah Manjung - Sains Fizikal Tahun 4Daerah Kerian - Sains Bahan Tahun 4Daerah Kinta Utara - Bumi dan Sains Angkasa Tahun 4Daerah Kinta Selatan - Teknologi & Kehidupan Lestari Tahun 4

Page 12: Minit_Curai_Kursus Pemantapan Peagogi Sains SM & SR 2014

JPN Perak/SPA/SAINS

Daerah Kuala Kangsar - Menyiasat Alam Kehidupan Tahun 5Daerah Hilir Perak - Menyiasat Alam Fizikal Tahun 5Daerah Larut Matang & Selama - Menyiasat Alam Bahan Tahun 5Daerah Hulu Perak - Menyiasat Bumi dan Alam Semesta Tahun 5Daerah Perak Tengah - Menyiasat Dunia Teknologi Tahun 5

Catatan :Panitia Sains di sekolah rendah akan menyediakan contoh-contoh hasil pembelajaran mata pelajaran sains Tahun 6 untuk disesuaikan dengan pendekatan IBSE dan KBAT setelah mendapat kursus di peringkat on-site kelak.

Sekolah Menengah

Memilih contoh-contoh hasil pembelajaran mengikut 4 subjek sains seperti Sains Teras, Biologi, Fizik dan Kimia Tingkatan 4 dengan pendekatan IBSE dan KBAT (teknik penyoalan dalam pdp).

Catatan :

Panitia Sains di sekolah menengah akan memilih contoh-contoh hasil pembelajaran 4 mata pelajaran sains tingkatan 4 untuk disesuaikan dengan pendekatan IBSE dan KBAT setelah mendapat kursus di peringkat on-site kelak.

2. Memastikan pihak BPG mengeluarkan Sijil Penghargaan kepada pegawai dan Jurulatih Utama yang menghadiri Kursus Pemantapan Pedagogi Sains SM & SR di Hotel Royal Pulau Pinang.

3. Memastikan tuntutan perjalanan Jurulatih Utama yang menghadiri Kursus Pemantapan Pedagogi Sains SM & SR di Hotel Royal Pulau Pinang dihantar ke JPN untuk semakan.

Tarikh : 17 April 2014 (Khamis) – Tempat : Bilik Mesyuarat Seri Angkasa, Sektor Pemgurusan Akademik

1. Mesyuarat Penyelarasan Jurulatih Utama Kursus Pemantapan Pedagogi Sains SM & SR

1.1 Penyediaan bahan /modul tambahan dalam bentuk soft copy

Page 13: Minit_Curai_Kursus Pemantapan Peagogi Sains SM & SR 2014

JPN Perak/SPA/SAINS

1.2 Pemilihan 4 orang JU sekolah menengah dan 4 orang JU sekolah rendah untuk memberi kursus kepada semua pegawai Sains di JPN & PPD

8 APRIL 2014 (SELASA) - ** bergantung kepada peruntukan(jika ada)Tempat : Hotel Seri Malaysia, Ipoh

1. Mesyuarat Penyelarasan Kursus Pemantapan Pedagogi Sains SM & SR Bersama Pegawai Sains di JPN, PPD dan JU.

1.1 Penyebaran Kursus Pemantapan Pedagogi Sains SM & SR kepada pegawai Sains di JPN dan PPD.

1.2 Penyelarasan tarikh dan lokasi kursus secara on-site1.3 Penyelarasan pemantauan kursus di peringkat sekolah1.4 Penetapan tindakan PPD sebelum, semasa dan selepas kursus on-site

dilaksanakan

PELAKSANAAN KURSUS ON-SITE

1. Kursus akan dilaksanakan selama 3 hari dengan melibatkan 2 hari bekerja dan 1 hari cuti

2. Seorang peserta dari setiap sekolah menengah di negeri masing-masing.3. Seorang peserta dari setiap sekolah rendah yang terpilih (50% jumlah

sekolah rendah di negeri masing-masing kecuali negeri-negeri yang kecil).4. JPN negeri yang akan mengeluarkan sijil penyertaan untuk guru-guru yang

menghadiri kursus secara on-site.5. Kursus secara on-site mesti diselesaikan selewat-lewatnya pada bulan

Oktober 2014.

KEWANGAN :

1. OS 21000 - RM40 setiap peserta2. OS 29000 - Makan ( RM12 x 3 hari x bil. Peserta)

Perbanyakan modul ( RM10 x bil. Peserta)

Page 14: Minit_Curai_Kursus Pemantapan Peagogi Sains SM & SR 2014

JPN Perak/SPA/SAINS