minit mesyurat psv

6
SK TUNKU BENDAHARA, 06100 KODIANG, KEDAH DARULAMAN. LAPORAN MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL KALI PERTAMA 2016 1

Upload: suhaila

Post on 10-Jul-2016

245 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

pendidikan seni

TRANSCRIPT

Page 1: minit mesyurat psv

SK TUNKU BENDAHARA,06100 KODIANG,

KEDAH DARULAMAN.LAPORAN MINIT MESYUARAT

PANITIA PENDIDIKANSENI VISUAL

KALI PERTAMA 2016

1

Page 2: minit mesyurat psv

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUALKALI PERTAMA 2016

SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU BENDAHARA, KODIANGKEDAH DARULAMAN

TARIKH : 2 Februari 2015 MASA : 1.15 petang HARI : SelasaTEMPAT : Bilik GuruPENASIHAT : En. Nor Afendi b, JohariPENGERUSI : En. Mohamad Azahar b Mohd Kassim

KEHADIRAN: Nurul Hakimah bt Yazid Jamilah bt Talib Azahar b Ahmad Noor Azlin bt Jaafar Anita bt Abdullah Salyza bt Abdul Muttalib Noorita bt Mohd Yahya Mohd Farid B Ghazali

TIDAK HADIR DENGAN IZIN:

AGENDA:1.0 Ucapan Pengerusi2.0 Rancangan Mengajar 3.0 Stor dan Alatan Seni 4.0 Rancangan Aktiviti Panitia Tahun 2016 5.0 Hal-hal lain6.0 Ucapan penangguhan

AGENDA/PERKARA

1.0 Ucapan Pengerusi1.1 En. Mohd Azahar b Kassim selaku pengerusi mengucapkan salam sejahtera dan terima

kasih kepada semua guru mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) atas kehadiran dalam mesyuarat panitia yang pertama 2016.

1.2 En. Mohd Azahar b Kassim juga turut mengumumkan perlantikan Pn. Salyza bt Abdul Mutalib sebagai setiausaha Panitia Pendidikan Seni Visual yang baru.

TINDAKAN En Mohd Azahar

2.0 Rancangan Mengajar 2.1 Sukatan Rancangan Pengajaran Tahunan boleh diambil daripada Pengerusi. Sukatan

yang akan digunakan adalah yang terkini dan diselaraskan bagi semua tahap 1 dan 2. 2.2 Penulisan Rancangan Mengajar Harian mengikut format yang betul. Perkara-perkara

seperti unit, tajuk, objektif, kemahiran dan bahan bantu mengajar mestilah ditulis. 2.3 En Mohd Azahar b Kassim mencadangkan untuk berbincang berkenaan format

penulisan Rancangan Mengajar Harian yang betul dengan semua guru Pendidikan Seni Visual.

2

Page 3: minit mesyurat psv

TINDAKAN Semua

3.0 Stor dan Alatan Seni 3.1 Pengerusi memaklumkan kunci Stor dan Alatan Seni dipegang oleh beliau dan

beberapa guru berkenaan.3.2 Semua guru yang menggunakan alatan seni diminta menyusun semula alatan yang

telah diambil dengan kemas. 3.3 Pengawasan semua murid adalah dibawah tanggungjawab guru yang menyelia masa

Pendidikan Seni Visual terutama aktiviti melibatkan penggunaan alatan seperti gunting, warna air dan sebagainya.

TINDAKAN Semua

4.0 Rancangan Aktiviti Panitia Tahun 2014

4.1 Pengerusi menyatakan bahawa mesyuarat akan diadakan sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun dan tarikh mesyuarat yang seterusnya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

4.2 Pengerusi memaklumkan perancangan tahunan telah dibuat dan sekiranya terdapat idea-idea baru daripada guru boleh dibincangkan. Sekiranya mendapat persetujuan perancangan akan ditambah atau dipinda mengikut kesesuaian.

4.3 Agihan tugas dalam penyediaan soalan untuk peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun seperti berikut:

Tahun 1 Pn Noorita bt Mohd YahayaTahun 2 Pn Salyza bt Abd MuttalibTahun 3 En Mohd Azahar b Mohd KassimTahun 4 En Mohd Farid GhazaliTahun 5 Pn Noor Azlin bt JaafarTahun 6 En Azhar b Ahmad

TINDAKAN Semua

5.0 Hal- hal lain.

5.1 Pengerusi mengingatkan agar guru-guru melengkapkan –-biodata-jadual waktu-Sukatan pelajaran -Huraian sukatan pelajaran-Rancangan TahunanPerkara diatas perlu dilengkapkan dan dihantar kepada KP sebagai salinan fail panitia.

5.2 Pencerapan hasil karya/latihan pelajar. Semua guru Pendidikan Seni Visual memastikan semua pelajar ada buku hasil karya atau fail.

3

Page 4: minit mesyurat psv

5.3 Pengerusi memaklumkan SAPS Pendidikan Seni Visual terdapat dua bahagian. Satu secara offline yang dikehendaki meletakkan band dalam pencapaian murid. Satu lagi memerlukan pemarkahan seperti berikut:

80-100 / 65-79 A / B50-64 / 40-49 C ./ D 0-39 E

5.4 Pn Norazlin mencadangkan agar Panitia Pendidikan Seni Visual mempunyai satu sudut atau tempat untuk memaparkan hasil karya murid-murid setiap minggu. Cadangan tersebut mendapat persetujuan ahli panitia.

5.5 Pn Noorita mencadangkan penambahan pembelian barang-barang untuk kegunaan Panitia Pendidikan Seni Visual seperti kertas warna, warna air mengikut warna asas, berus lukisan, gunting, kain putih 5 meter, cat minyak, tali dan warna pensel. KP akan berbincang hal tersebut dengan pentadbir kerana melibatkan perbelanjaan panitia.

5.6 Pn Salyza mencadangkan pembelian raga bagi memudahkan guru-guru membawa bahan seni ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara tersebut dipersetujui ahli panitia.

6.0 Ucapan Penangguhan 6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan berharap Panitia Pendidikan Seni Visual

akan berjalan seperti yang dirancang. 6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.15 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

................................................... ....................................................(Pn.Salyza bt Abd Mutalib) (En. Azahar b Kassiml)Setiausaha Panitia PSV KP Panitia PSV

Disahkan oleh,

...................................................(En. Nor Afendi b Johari)GB SK Tunku Bendahara

4