minit mesyuarat sempena hari sukan 2012 - copy

5
SEKOLAH KEBANGSAAN RAMBAI TUJUH 33000 KUALA KANGSAR PERAK DARUL RIDZUAN MINIT MESYUARAT HARI SUKAN 2012 Tarikh : 11 Jun 2012 Masa : 12.35 Tengahari Hari : Isnin Tempat : Pusat Sumber Sekolah Kehadiran : 1. Zainal Bin Abd. Rahman 2. Ahmad Nazran B. Ahmad Zakaria 3. Hawa Bt Abdul Raman 4. Mior Khir Amir B. Mohd Rasid 5. Pn. Siti Zalina Bt Mat Nawi 6. Md. Syahriman Irwan B. Md. Yusoff 7. Farizan B. Ayob 8. Norhayatti Bt Mohad Johor 9. Zalina Bt Jamalludin 10. Nurul Syaznie Bt Md Salleh 11. Mohd Fakrumizi B. Ya 12. Norazlina Bt. Abdul Aziz 13. Ayu Bt Baharuddin 14. Hazrab Bt Hasseni 15. Muhammad Azmi B. Mohd Rahni 16. Kamsina Surai Bt Mohamed

Upload: nor-hayati

Post on 16-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

MINIT SUKAN

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN RAMBAI TUJUH33000 KUALA KANGSAR

PERAK DARUL RIDZUAN

MINIT MESYUARAT HARI SUKAN 2012Tarikh

: 11 Jun 2012

Masa

: 12.35 Tengahari

Hari

: IsninTempat

: Pusat Sumber Sekolah

Kehadiran

: 1. Zainal Bin Abd. Rahman

2. Ahmad Nazran B. Ahmad Zakaria

3. Hawa Bt Abdul Raman

4. Mior Khir Amir B. Mohd Rasid

5. Pn. Siti Zalina Bt Mat Nawi

6. Md. Syahriman Irwan B. Md. Yusoff

7. Farizan B. Ayob

8. Norhayatti Bt Mohad Johor

9. Zalina Bt Jamalludin

10. Nurul Syaznie Bt Md Salleh

11. Mohd Fakrumizi B. Ya

12. Norazlina Bt. Abdul Aziz

13. Ayu Bt Baharuddin

14. Hazrab Bt Hasseni

15. Muhammad Azmi B. Mohd Rahni

16. Kamsina Surai Bt MohamedAgenda1. Ucapan aluan Pengerusi

1.1 Memulakan majlis dengan bacaan umul kitab.

1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dalam mesyuarat kali ini.

1.3 Pengerusi berharap perbincangan akhir sebelum hari sukan akan berjalan dengan baik dan mendapat kerjasama dari rakan-rakan.Tindakan : Semua orang

2. Ucapan penasihat

2.1 Guru Besar mengucapkan selamat kembali bertugas setelah bercuti selama 2 minggu.2.2 Guru Besar memaklumkan sukan akan diadakan pada tarikh yang telah dirancangkan pada tempoh hari dan berharap pada hari sukan tersebut guru besar dari sekolah lain akan datang.

2.3 Guru Besar memaklumkan perjumpaan antara Guru Besar akan diadakan untuk membincangkan berkaitan tentang post-morterm Peperiksaan Pertengahan Tahun.

2.4 Guru Besar berharap pada tahun ini, ada seorang murid yang boleh memperolehi 5A.

2.5 Guru Besar berharap perjalanan Sukan Tahunan Sekolah tahun ini akan berjalan dengan lancar.Tindakan : Semua orang

3. Sukan Tahunan3.1 En. Mior meminta setiap bahagian member i laporan dan masalah yang

dihadapi.

3.1.1 Juruacara - Pn. Ayu memaklumkan tiada masalah. 3.1.2 Pendaftaran - Cik Nurul Syaznie dan Pn. Kamsina Surai

- Ibubapa yang mendaftar akan diberi nombor cabutan bertuah. 3.1.3 Keselamatan - Ustaz Fakrumizi dan En. Farizan

- Minta sediakan First-Aid. 3.1.4 Jamuan - Pn. Hafizah Bt Safawi

- Peruntukan yang disediakan sebanyak RM200.00.

- Makanan yang disediakan pada hari tersebut bihun

goreng dan air teh o.

3.1.5 Peralatan - En. Farizan dan En. Syahriman Irwan

- Minta membuat surat untuk meminjam tali dari SMK

Sayong. - Anggaran pembelian alatan lain-lain sebanyak RM320.00.

3.1.6 Pengurus peserta - Rumah biru : En Farizan

- Rumah Kuning : Pn. Shima

- Rumah Merah : Pn. Norhayatti

3.1.7 Juru gambar En. Aznil diminta menyediakan bateri yang secukupnya.

3.2 En. Mior memaklumkan akan meminta dari PIBG sebanyak RM500.00 untuk pembelian alatan dan jamuan.3.3 En.Mior meminta menyediakan bekas air yang besar untuk minuman murid

disebabkan cuaca panas yang melampau. Bekas boleh diperolehi dari masjid.4. Hal-hal lain4.1 En. Nazran memaklumkan bahawa 4 orang guru akan pergi berkursus

semasa sukan dan berharap AJK PIBG akan membantu semasa hari sukan tersebut.

4.2 En. Nazran memaklumkan Pn. Hawa juga tiada pada hari tersebut kerana

menghadiri peperiksaan.

4.3 En. Nazran meminta pekerja sekolah membersihkan stor dan membuat

persiapan serta kekemasan padang.

4.4 En. Nazran berharap tiada urusniaga ditepi padang dan kawasan niaga

hanya dibenarkan di tempat parkir kereta lama.

4.5 En. Nazran berharap semua alatan sudah disediakan pada pagi esok dan guru serta pekerja sekolah ada dari mula hingga akhir acara.4.6 En. Nazran berharap selepas acara pastikan padang dikemas dan dibersihkan agar tidak menyusahkan orang kampung.

4.7 En. Mior berharap semua guru dan pekerja sekolah dapat memberi kerjasama agar sukan sekolah berjalan dengan lancar.

5. Penagguhan

5.1 En. Mior mengucap terima kasih kepada En. Nazran kerana banyak membantu dan berharap semua guru dapat memberi kerjasama dalam menjayakan Sukan Tahunan tersebut. Mesyuarat ditangguhkan pada 2.25 petang.Disediakan oleh ;

Disemak oleh ;

............................................................ ...........................................................(PN. NORHAYATTI BT MOHD JOHOR) (EN.MIOR KHIR AMIR B. MOHD ASID)

Setiusaha Ko-Kurikulum,

Guru Penolong Kanan Ko-Kuriulum,

SK Rambai Tujuh.

SK Rambai Tujuh.