minit mesyuarat panitia kemahiran hidup 1 2015

3
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PINANG 11010 BALIK PULAU MINIT MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP 1/2015 Tarikh : 21 Januari 2015 (Rabu) Masa : 1.35 petang Tempat : Bilik Guru Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang Kehadiran : En. Osman Bin Ramly (Penolong Kanan Pentadbiran) En. Mohd Sharisal Bin Mohd Isa (Ketua Panitia) En. Nor Azam Bin Md Isa (Setiausaha) Puan Samihah Binti Omar Tidak Hadir: Pn. Zakiah Binti Md Rashid (cuti bersalin) 1. KATA-KATA ALUAN KETUA PANITIA KEMAHIRAN HIDUP 1.1 Ketua Panitia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dalam mesyuarat kali pertama ini. 1.2 Beliau juga berharap kerjasama daripada semua guru dapat diteruskan bagi menjayakan setiap aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan oleh panitia tahun ini. 2. UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN 2.1 Encik Osman Bin Ramly menyampaikan kesyukuran kerana mesyuarat kali pertama ini dapat diatur dan dijalankan dengan baik. 2.2 Beliau berharap panitia ini dapat menjalankan aktiviti-aktiviti seperti mana yang telah dirancang.

Upload: megatmazaron

Post on 16-Jan-2016

244 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

minit mesyuarat KH

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup 1 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PINANG

11010 BALIK PULAU

MINIT MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP 1/2015

Tarikh : 21 Januari 2015 (Rabu)

Masa : 1.35 petang

Tempat : Bilik Guru Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang

Kehadiran : En. Osman Bin Ramly (Penolong Kanan Pentadbiran)

En. Mohd Sharisal Bin Mohd Isa (Ketua Panitia)

En. Nor Azam Bin Md Isa (Setiausaha)

Puan Samihah Binti Omar

Tidak Hadir:

Pn. Zakiah Binti Md Rashid (cuti bersalin)

1. KATA-KATA ALUAN KETUA PANITIA KEMAHIRAN HIDUP

1.1 Ketua Panitia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dalam mesyuarat kali pertama ini.

1.2 Beliau juga berharap kerjasama daripada semua guru dapat diteruskan bagi menjayakan setiap aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan oleh panitia tahun ini.

2. UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

2.1 Encik Osman Bin Ramly menyampaikan kesyukuran kerana mesyuarat kali pertama ini dapat diatur dan dijalankan dengan baik.

2.2 Beliau berharap panitia ini dapat menjalankan aktiviti-aktiviti seperti mana yang telah dirancang.

Page 2: Minit Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup 1 2015

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Masalah pendawaian elektrik di dalam bengkel Kemahiran Hidup telah dapat diselesaikan.

3.2 Namun begitu, masih terdapat banyak serpihan tingkap yang pecah di karidor luar sebelah belakang. Masalah ini menyebabkan bahaya jika serpihan kaca tersebut jatuh ke bawah kawasan dewan perhimpunan.

4. PERBINCANGAN TUGASAN

4.1 Semua guru matapelajaran perlu ada sukatan pelajaran dan rancangan tahunan. Rekod pengajaran harian perlu ditulis seperti biasa.

Tindakan: Semua guru KH

4.2 Pengajaran matepelajaran RBT akan diadakan enam bulan pertama dan matapelajaran TMK akan diadakan selepas itu. perubahan ini bertujuan supaya guru dan murid mempunyai fokus dalam pengajaran.

Tindakan: Semua guru KH

4.3 Perancangan Strategik, Taktikal dan Operasi perlu disediakan dan dipersetujui untuk meneruskan perancangan tahun sebelumnya 2011-2014.

Tindakan: Semua guru KH

4.4 Kursus-kursus berkaitan dengan Panitia Kemahiran Hidup akan dibincangkan dengan Ketua Panitia.

Tindakan: Semua guru KH

4.5 Penggunaan bengkel Kemahiran Hidup adalah mengikut jadual. Namun begitu, guru boleh menggunakan bengkel semasa waktu lain (matapelajaran lain).

Tindakan: Semua guru

4.6 Peperiksaan PKSR akan dijalankan 2 kali sepanjang tahun. Pembahagian markah adalah mengikut 70% ujian dan 30% amali.

Tindakan: Semua guru

Page 3: Minit Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup 1 2015

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Semua guru yang masuk dalam bengkel diminta untuk mengisi buku rekod penggunaan kerana penting bagi pemantauan penggunaan bengkel.

Tindakan: Semua guru

5.2 Wang PCG bagi panitia Kemahiran Hidup tahun 2012 adalah RM1504.00. Pembelian tunai dibawah RM100 berserta resit untuk membuat tuntutan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.10 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.......................................................... ...................................................

(NOR AZAM BIN MD ISA) (MOHD SHARISAL BIN MOHD ISA )

Setiausaha Panitia Kemahiran Hidup Ketua Panitia Kemahiran Hidup

Sek. Keb. Sungai Pinang Sek. Keb. Sungai Pinang