pengamalan kerja berpasukan dalam panitia … · pengamalan kerja berpasukan dalam panitia...

28
PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU GO SEOW ANN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 11-Sep-2019

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA … · pengamalan kerja berpasukan dalam panitia kemahiran hidup bersepadu di sekolah menengah daerah johor bahru go seow ann universiti

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN

HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH

JOHOR BAHRU

GO SEOW ANN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA … · pengamalan kerja berpasukan dalam panitia kemahiran hidup bersepadu di sekolah menengah daerah johor bahru go seow ann universiti

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦ JUDUL: PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH

MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya GO SEOW ANN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (√ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: LOT 1740, KAMPUNG MATA AYER, 16600 PULAI CHONDONG, TN. HJ. MOHD. ANUAR BIN ABDUL RAHMAN KELANTAN. Nama Penyelia Tarikh: 9 MAC 2004 Tarikh: 9 MAC 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesiS ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA … · pengamalan kerja berpasukan dalam panitia kemahiran hidup bersepadu di sekolah menengah daerah johor bahru go seow ann universiti

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan : _________________________________

Nama Penyelia : Tn. Hj. Mohd. Anuar Bin Abdul Rahman

Tarikh : 9 Mac 2004

Page 4: PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA … · pengamalan kerja berpasukan dalam panitia kemahiran hidup bersepadu di sekolah menengah daerah johor bahru go seow ann universiti

i

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN

HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH

JOHOR BAHRU

GO SEOW ANN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 5: PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA … · pengamalan kerja berpasukan dalam panitia kemahiran hidup bersepadu di sekolah menengah daerah johor bahru go seow ann universiti

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap- tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : __________________________

Nama Penulis : Go Seow Ann

Tarikh : 9 Mac 2004

Page 6: PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA … · pengamalan kerja berpasukan dalam panitia kemahiran hidup bersepadu di sekolah menengah daerah johor bahru go seow ann universiti

iii

DEDIKASI

Untuk ayah dan ibu tersayang,

Go Bon Thong dan Kua Kim Foo

Abang yang dikasihi,

Go Seow Peng

dan

Adik yang dikasihi,

Go Whyei Ling,

Go Seow Shen,

Go Seow Ming,

Serta

Sahabat seperjuangan

Terima Kasih segala dorongan

dan

nasihat yang sentiasa kalian berikan.

Page 7: PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA … · pengamalan kerja berpasukan dalam panitia kemahiran hidup bersepadu di sekolah menengah daerah johor bahru go seow ann universiti

iv

PENGHARGAAN

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima

kasih serta sekalung penghargaan buat pembimbing projek sarjana muda saya iaitu

Tn. Hj. Mohd. Anuar Bin Abdul Rahman atas segala tunjuk ajar, bimbingan dan

nasihat yang diberikan kepada saya sepanjang tempoh penyelidikan projek ini dan

membolehkan saya menyiapkan projek ini dengan jayanya. Kajian ini tidak dapat

dilaksanakan dengan sebegitu lancar tanpa bantuan dan bimbingan daripada beliau.

Penghargaan turut ditujukan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor

yang membenarkan saya menjalankan penyelidikan di sekolah menengah Daerah

Johor Bahru.

Tidak lupa juga kepada pengetua- pengetua, guru- guru terutamanya

responden saya iaitu guru Kemahiran Hidup Bersepadu di tujuh buah sekolah

menengah dalam Daerah Johor Bahru yang banyak memberi kerjasama dan bantuan

kepada saya. Hasil kajian yang tepat adalah berkat responden yang jujur dan

bekerjasama.

Akhir sekali, penghargaan istimewa juga saya tujukan kepada keluarga saya

yang tersayang, saudara mara dan rakan seperjuangan yang banyak memberi

dorongan dan nasihat kepada saya serta semua individu yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan projek penyelidikan ini.

Page 8: PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA … · pengamalan kerja berpasukan dalam panitia kemahiran hidup bersepadu di sekolah menengah daerah johor bahru go seow ann universiti

v

ABSTRAK

Kajian deskriptif berbentuk tinjauan ini dijalankan bertujuan untuk melihat tahap

pengamalan kerja berpasukan di kalangan guru- guru Kemahiran Hidup dalam

Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan

melihat tahap pengamalan kerja berpasukan antara guru lelaki dan perempuan dalam

mengamalkan kerja berpasukan. Data diperolehi daripada soal selidik yang telah

diubahsuai daripada borang penilaian ahli- ahli dan pengurus dalam pasukan kerja

dalam organisasi yang direkabentuk oleh Ab. Aziz dalam buku ‘Mengurus Pasukan

Kerja Prestasi Tinggi’. Seramai 57 orang guru Kemahiran Hidup Bersepadu dari

tujuh buah sekolah menengah di Daerah Johor Bahru telah menjadi sampel kajian.

Hasil kajian rintis menunjukkan kebolehpercayaan soal selidik untuk ahli panitia

adalah 0.91 dan untuk ketua panitia adalah 0.90 pada skala Alpha Cronbach. Data

kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science-

(SPSS) Version 10.0 for Windows. Data diperolehi dianalisis secara deskriptif

(kekerapan dan peratusan) dan inferensi (Ujian- t). Aras signifikan 0.05 dijadikan

asas untuk menerima dan menolak hipotesis. Secara umum, hasil kajian

menunjukkan tahap pengamalan kerja berpasukan di kalangan guru- guru dan ketua

panitia Kemahiran Hidup Bersepadu adalah tinggi. Ahli- ahli panitia juga melihat

ketua panitia memiliki tahap kepimpinan yang tinggi. Ujian- t menunjukkan bahawa

tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara guru lelaki dan perempuan dalam

mengamalkan kerja berpasukan. Oleh itu dicadangkan budaya kerja berpasukan ini

diamalkan secara berterusan terutamanya dalam panitia Kemahiran Hidup Bersepadu

ke arah mencapai matlamat panitia dan meningkatkan tahap pengajaran guru dan

pembelajaran pelajar di sekolah.

Page 9: PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA … · pengamalan kerja berpasukan dalam panitia kemahiran hidup bersepadu di sekolah menengah daerah johor bahru go seow ann universiti

vi

ABSTRACT

This descriptive survey study aims to look the practicing of teamwork level among

living skills teachers in the living skills panel. In addition to this, the research

mentioned above is also to have an overview on the practicing of teamwork level

among male and female teachers while involving in teamwork. All data and

information were gathered through the modified questionnaires that originated from

member’s feedback and the manager of an organization that both were edited by Ab.

Aziz in the book entitled ‘Managing High Quality Group Work’. A total number of

57 living skills teachers from seven different secondary schools within Johor Bahru

district became our samples of studies. The analysis of the reliability of questionnaire

for the members were 0.91 and 0.90 is for the chairman on the Cronbach’ s Alpha

scale. All the data was being analyze by using Statistical Package For Social Science

(SPSS) Version 10.0 for Windows. The analyzing data was done descriptively

(frequency and percentage) and by inferential (t- test). A significant value of 0.05

was set as the referring point whether to accept or reject the hypothesis. Generally,

the result of our research revealed that the level of practicing teamwork among

teachers and chairman of the Living Skills panel were high. Panel members also

agreed the abilities of the chairman in their leaderships. T- test revealed that there

was no significant difference between male and female teachers in practicing

teamwork. Consequently, hope this trend will be practiced continuously especially in

the panel of living skills as the stepping stone towards achieving high quality of

teaching and effective learning in schools.

Page 10: PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA … · pengamalan kerja berpasukan dalam panitia kemahiran hidup bersepadu di sekolah menengah daerah johor bahru go seow ann universiti

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

TAJUK KAJIAN i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian/ Hipotesis Kajian 9

1.6 Rasional Kajian 9

1.7 Kepentingan Kajian 10

1.8 Batasan Kajian 11

Page 11: PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA … · pengamalan kerja berpasukan dalam panitia kemahiran hidup bersepadu di sekolah menengah daerah johor bahru go seow ann universiti

viii

1.9 Definisi Operasi 11

1.10 Rumusan 13

BAB II TINJAUAN PENULISAN 15

2.1 Pengenalan 15

2.2 Latarbelakang Panitia Mata Pelajaran 15

2.2.1 Fungsi Panitia Mata

Pelajaran 16

2.2.2 Kedudukan Panitia Kemahiran

Hidup Bersepadu Dalam Organisasi

Sekolah 17

2.2.3 Peranan Ketua Panitia 17

2.3 Konsep Kerja Berpasukan 19

2.3.1 Pasukan Kerja Dalam

Organisasi Sekolah 21

2.3.2 Semangat Kerja Berpasukan 22

2.3.3 Strategi Membina Pasukan Berkesan 23

2.3.4 Ciri- ciri Kerja Berpasukan 24

2.3.5 Peranan Ketua Dalam

Pasukan Kerja 26

2.3.6 Peranan Ahli Dalam Pasukan

Kerja 31

2.3.7 Kajian Dan Penulisan Berkaitan

Dengan Kerja Berpasukan 33

2.4 Pengaruh Jantina Terhadap Kerja

Berpasukan 34

2.5 Rumusan 35

Page 12: PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA … · pengamalan kerja berpasukan dalam panitia kemahiran hidup bersepadu di sekolah menengah daerah johor bahru go seow ann universiti

ix

BAB III METODOLOGI KAJIAN 36

3.1 Pengenalan 36

3.2 Rekabentuk Kajian 36

3.3 Persampelan 37

3.4 Instrumen Kajian 38

3.5 Kajian Rintis 40

3.6 Prosedur Kajian 41

3.7 Analisis Data 42

3.8 Penutup 44

BAB IV ANALISIS DATA 45

4.1 Pengenalan 45

4.2 Latar Belakang Responden 46

4.2.1 Taburan Responden Mengikut

Jantina 46

4.2.2 Taburan Responden Mengikut

Kaum 47

4.2.3 Taburan Responden Mengikut

Umur 47

4.2.4 Taburan Responden Mengikut

Pengalaman Mengajar 48

4.2.5 Taburan Responden Mengikut

Opsyen 49

4.2.6 Taburan Responden Mengikut

Tingkatan Mengajar 50

4.3 Penganalisisan Data Mengikut Persoalan

Kajian 50

4.3.1 Tahap Pengamalan Kerja Berpasukan

Di Kalangan Ahli- Ahli Panitia

Kemahiran Hidup 51

Page 13: PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA … · pengamalan kerja berpasukan dalam panitia kemahiran hidup bersepadu di sekolah menengah daerah johor bahru go seow ann universiti

x

4.3.2 Tahap Kerja Berpasukan Di

Antara Rakan Sekerja 56

4.3.3 Tahap Kerja Berpasukan Di

Kalangan Ketua Panitia Kemahiran

Hidup Bersepadu 61

4.3.4 Pandangan Ahli- Ahli Panitia

Kemahiran Hidup Bersepadu

Terhadap Ketua Panitia Dalam

Mengamalkan Kerja Berpasukan 64

4.3.5 Perbezaan Pengamalan Kerja

Berpasukan Berdasarkan Jantina 67

4.4 Rumusan 68

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN 69

5.1 Pengenalan 69

5.2 Rumusan 69

5.3 Perbincangan dan Kesimpulan 70

5.3.1 Tahap Pengamalan Kerja Berpasukan

Di Kalangan Ahli Panitia Kemahiran

Hidup Bersepadu 71

5.3.2 Pengamalan Budaya Kerja Berpasukan

Di Antara Rakan Sekerja 73

5.3.3 Pengamalan Budaya Kerja Berpasukan

Yang Berkesan Di Kalangan Ketua

Panitia 75

5.3.4 Perbandingan Pengamalan Kerja

Berpasukan Berdasarkan Jantina 76

5.3.5 Kesimpulan 77

Page 14: PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA … · pengamalan kerja berpasukan dalam panitia kemahiran hidup bersepadu di sekolah menengah daerah johor bahru go seow ann universiti

xi

5.4 Cadangan Kajian 78

5.4.1 Cadangan Tindakan 79

5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 80

5.5 Penutup 80

RUJUKAN 82

LAMPIRAN A-C 88-100

Page 15: PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA … · pengamalan kerja berpasukan dalam panitia kemahiran hidup bersepadu di sekolah menengah daerah johor bahru go seow ann universiti

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan Responden Mengikut Sekolah 38

3.2 Taburan Item Soal Selidik Untuk Ahli Panitia

Berdasarkan Fokus Kajian 39

3.3 Taburan Item Soal Selidik Untuk Ketua Panitia

Berdasarkan Fokus Kajian 39

3.4 Taburan Skor Mengikut Skala Likert 43

3.5 Pengkelasan Semula Skala Pemeringkatan Likert 43

3.6 Tahap Analisis Min 43

3.7 Statistik Persoalan Kajian dan Hipotesis 44

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 46

4.2 Taburan Responden Mengikut Kaum 47

4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 47

4.4 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 48

4.5 Taburan Responden Mengikut Opsyen 49

4.6 Taburan Responden Mengikut Tingkatan Mengajar 50

4.7 Maklumbalas Responden Terhadap Setiap Item Untuk

Tahap Pengamalan Kerja Berpasukan Di

Kalangan Ahli 51

4.8 Maklumbalas Responden Terhadap Setiap Item Untuk

Tahap Kerja Berpasukan Di Antara Rakan Sekerja 56

4.9 Maklumbalas Responden Terhadap Setiap Item Untuk

Tahap Kerja Berpasukan Di Kalangan Ketua Panitia 61

Page 16: PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA … · pengamalan kerja berpasukan dalam panitia kemahiran hidup bersepadu di sekolah menengah daerah johor bahru go seow ann universiti

xiii

4.10 Maklumbalas Responden Terhadap Setiap Item Untuk

Mengetahui Pandangan Ahli Terhadap Ketua Panitia

Dalam Pengamalan Kerja Berpasukan 64

4.11 Pengamalan Kerja Berpasukan Di Kalangan Ahli Panitia

Berdasarkan Jantina 67

4.12 Pengamalan Kerja Berpasukan Di Kalangan Ketua Panitia

Berdasarkan Jantina 68

Page 17: PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA … · pengamalan kerja berpasukan dalam panitia kemahiran hidup bersepadu di sekolah menengah daerah johor bahru go seow ann universiti

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Kedudukan Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu

Dalam Organisasi Sekolah 18

2.2 Suasana Berpasukan Yang Baik Dalam

Organisasi Kecil 20

2.3 Suasana Berpasukan Yang Baik Dalam

Organisasi Besar 20

2.4 Model Pembinaan Pasukan Dalam Organisasi 23

Page 18: PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA … · pengamalan kerja berpasukan dalam panitia kemahiran hidup bersepadu di sekolah menengah daerah johor bahru go seow ann universiti

xv

SENARAI SINGKATAN

PMR Penilaian Menengah Rendah

KHB Kemahiran Hidup Bersepadu

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

PPK Pusat Perkembangan Kurikulum

TQM Total Quality Management

TQE Total Quality Education

SMK Sekolah Menengah Kebangsaan

SP Sisihan Piawai

Page 19: PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA … · pengamalan kerja berpasukan dalam panitia kemahiran hidup bersepadu di sekolah menengah daerah johor bahru go seow ann universiti

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik 1 (Ahli- ahli Panitia KHB) 88

B Soal Selidik 2 (Ketua Panitia KHB) 94

C Surat Kebenaran Penyelidikan 98

Page 20: PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA … · pengamalan kerja berpasukan dalam panitia kemahiran hidup bersepadu di sekolah menengah daerah johor bahru go seow ann universiti

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam sesebuah organisasi samada formal atau tidak formal, pengurusan

memainkan peranan yang penting bagi memastikan kejayaan organisasi. Dalam hal

ini, kerja berpasukan atau Team Work ini merupakan salah satu bentuk pengurusan

dan pra- syarat yang amat penting bagi mencapai kejayaan organisasi tersebut.

Melalui kerja secara berpasukan, matlamat dan misi sesuatu organisasi akan dapat

dicapai secara lebih menyeluruh dan berkesan. Kerja berpasukan yang baik juga akan

mengurangkan masalah pembaziran tenaga dan meningkatkan semangat dan daya

motivasi di kalangan anggota dalam sesebuah organisasi.

Selain itu, kerja berpasukan ini akan mendedahkan anggota- anggota kepada

keseronokan, kekuatan dan keistimewaan kerja berpasukan. Tidak ketinggalan juga,

ia dapat meningkatkan lagi interaksi secara lebih berkesan dengan rakan sekerja di

samping dapat membentuk peribadi supaya lebih yakin dan berwibawa sebagai

pemimpin atau anggota pasukan yang cemerlang. Dyer (1977) dalam kertas kerja

Mokhtar (1999) turut memberi pandangan tentang konsep kerja berpasukan :

“ A team is a unified, cohesive group of people who have special functions,

but each person needs the resources and support of others to get the job

done. Team effort will continue as long as humans must rely on others to

achieve results.”

Page 21: PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA … · pengamalan kerja berpasukan dalam panitia kemahiran hidup bersepadu di sekolah menengah daerah johor bahru go seow ann universiti

2

Menurut beliau, seseorang individu itu tidak boleh melaksanakan sesuatu

tugas secara bersendirian tetapi memerlukan satu pasukan kerja yang terdiri daripada

ahli yang saling menyokong antara satu sama lain. Menurut Mokhtar (1999) pula,

ahli- ahli sosiologi juga mengatakan manusia ialah makhluk (homo sapien) sosial.

Tidak ada manusia yang boleh hidup secara bersendirian dan setiap individu saling

memerlukan antara satu sama lain. Melalui kerja berpasukan ini, semua kakitangan

dapat merasakan mereka mempunyai tanggungjawab bersama (shared

responsibilities) untuk memajukan organisasi dan memberi kepuasan kerja kepada

mereka.

Selain itu, dalam organisasi moden ini dikatakan lebih kompleks. Setiap

organisasi mempunyai dua unsur asas iaitu sistem dan orang. Sistem ini bermaksud

struktur organisasi, peraturan dan undang- undang, manakala orang pula bermaksud

untuk mengurus dan menjayakan sistem yang terdiri daripada berbagai golongan

mengikut tugas, tanggungjawab, bidang kemahiran, pengalaman dan kemampuan

menyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi.

Sistem dan orang ini sentiasa saling bergantung antara satu sama lain. Orang

tidak boleh menyumbang dengan berkesan di dalam sistem yang tidak teratur atau

yang tidak diurus dengan baik. Sistem tidak akan berkesan jika tidak jelas, tidak

difahami dan tidak dipersetujui sama oleh orang. Kerja berpasukan ini juga dapat

menjamin mutu dan kekesanan keluaran dan perkhidmatan, menghadapi persaingan

di mana kakitangan yang bersemangat tinggi, dedikasi, berdisiplin dan mencurahkan

sepenuh taat setia kepada organisasi menjadi penentu kepada kecemerlangan

organisasi. Ia juga dapat menggalakkan kreativiti di kalangan pengurusan ataupun

pekerja. Kreativiti boleh dilihat melalui cara- cara pekerja bekerja (proses) dan

pengeluaran (output). Kesan yang boleh diperolehi adalah ia dapat menjimatkan kos,

jimat masa, mutu meningkat dan kuantiti meningkat.

Dalam kerja berpasukan ini, secara tidak langsung ia dapat menolong

seseorang individu itu meningkatkan kemahiran umum, kebolehan berkomunikasi,

memberi peluang untuk melibatkan diri dan meningkatkan keyakinan diri.

Page 22: PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA … · pengamalan kerja berpasukan dalam panitia kemahiran hidup bersepadu di sekolah menengah daerah johor bahru go seow ann universiti

3

Menurut Woodcock (1989) mengenai kepentingan kerja berpasukan ini :

“ Although it is possible to ‘go it alone,’ the extent of human achievement is

limited when people do not work together. One person can have brilliant

ideas but may lack the brain power, imagination or objectivity to capitalize

on the ideas. ”

Menurut beliau, kerja berpasukan ini perlu kerana ia boleh menjayakan kerja

yang dilakukan secara bersendirian dan boleh lebih daripada itu serta ia boleh

mendatangkan keseronokan dan kepuasan kerja. Terdapat satu contoh yang ringkas

dalam pasukan bola tampar menurut Saari Sungib (1991), walaupun pasukan ini

mungkin mempunyai seorang pemimpin atau ketua pasukan, setiap orang perlu

memainkan peranan yang hampir sama sepanjang permainan. Setiap orang akan

mengambil giliran untuk melakukan servis dan akan berpusing di setiap sudut

gelanggang semasa bermain. Setiap pemain perlu memahami kedudukan masing-

masing dan perlu mempunyai persefahaman dan komunikasi yang baik. Begitu juga

dalam memastikan kecemerlangan sesebuah organisasi, setiap pasukan kerja mesti

mempunyai ciri- ciri yang bersemangat tinggi.

Mokhtar (1999) memetik penulisan David Cormack, dalam bukunya ‘Team

Spirit’, pasukan kerja yang bermotivasi tinggi akan menunjukkan ciri- ciri berikut:

i. Mereka memahami dan menyokong sepenuhnya matlamat kerja

mereka.

ii. Mereka sama- sama membantu dalam merancang cara dan pendekatan

kerja mereka.

iii. Mereka mempunyai maklumat yang lengkap untuk mengukur prestasi

kerja mereka.

iv. Matlamat yang diberi adalah mencabar dan membantu di dalam

perkembangan kerjaya mereka.

v. Peraturan ‘checks and control’ adalah minima tetapi berkesan.

vi. Setiap anggota bekerjasama antara satu sama lain melalui

persefahaman tugas dan tanggungjawab masing- masing.

vii. Setiap kejayaan diberi ganjaran atau penghargaan.

Page 23: PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA … · pengamalan kerja berpasukan dalam panitia kemahiran hidup bersepadu di sekolah menengah daerah johor bahru go seow ann universiti

4

Oleh itu dalam memastikan kejayaan sesebuah organisasi, anggota- anggota

dalam sesebuah pasukan kerja haruslah mempunyai ciri- ciri kerja berpasukan yang

bersemangat tinggi, mampu bekerja bersama- sama dan mencapai objektif bersama

sebagai satu kumpulan. Kerja berpasukan boleh berkembang dengan baik sekiranya

pihak pengurusan organisasi membina satu iklim yang sihat bagi pengembangannya.

Suasana dan iklim yang membantu, memudahkan anggota- anggota organisasi untuk

bertindak mewujudkan pasukan kerja yang berkesan. Iklim ini akan bertambah baik

lagi sekiranya anggota- anggota dilibatkan untuk cuba menetapkan objektif, diberi

peluang untuk menilai prestasi pasukan dan mengenal sendiri masalah- masalah dan

potensi dalam tugas yang sedang dilaksanakan oleh kumpulan yang dipanggil kerja

berpasukan ini.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam organisasi sekolah, guru memainkan peranan yang penting dalam

menyumbangkan segala ilmu kepada pelajar- pelajar. Di samping itu, sebagai

seorang guru, bagi memastikan keberkesananan pengurusan kualiti yang menyeluruh

dalam organisasi sekolah haruslah memberi fokus kepada budaya kerja yang

cemerlang. Amalan- amalan yang baik hendaklah menggantikan amalan yang kurang

berkesan ataupun amalan tertentu diubahsuaikan supaya mendatangkan manfaat

kepada organisasi (Esah, 2002).

Salah satu budaya kerja yang cemerlang yang perlu difokuskan adalah kerja

berpasukan. Walaupun konsep kerja berpasukan ini telah lama diamalkan di sekolah,

namun masih terdapat segelintir guru yang kurang mengamalkan kerja secara

berpasukan ini dan suka menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara

bersendirian malah mereka tidak mengetahui bahawa budaya kerja ini dapat

meningkatkan produktiviti, interaksi antara ahli- ahli dalam kumpulan, memberi

kepuasan kerja, menyelesaikan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran dan

sebagainya daripada bekerja secara bersendirian. Menurut Zaidatol (1990), sistem

sekolah tertentu tidak akan dikatakan mempunyai staf yang berkualiti sekiranya

guru- guru terdiri daripada mereka yang malas, sombong, tidak berinisiatif, kurang

Page 24: PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA … · pengamalan kerja berpasukan dalam panitia kemahiran hidup bersepadu di sekolah menengah daerah johor bahru go seow ann universiti

5

minat terhadap kerja, ada sikap yang negatif, tidak ada hubungan yang rapat dengan

ibu bapa dan lain- lain lagi. Kakitangan diharapkan boleh melaksanakan kerja secara

berpasukan untuk meningkatkan imej dan reputasi sekolah secara keseluruhan.

Dalam isu ini, terdapat segelintir guru- guru mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu yang masih kurang mengamalkan kerja berpasukan di kalangan mereka.

Secara umumnya mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ini terbahagi kepada 2

bidang yang utama iaitu teori dan amali. Dalam mata pelajaran ini, teori menyentuh

tentang ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan proses- proses membuat sesuatu

kerja dan amali pula adalah kerja- kerja yang dilaksanakan berdasarkan teori. Oleh

itu, mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ini memerlukan satu pasukan kerja

yang boleh berbincang di antara guru kerana ia lebih menekankan kepada teori dan

kemahiran pelajar. Dengan tiadanya kerja secara berpasukan, berbagai- bagai

masalah boleh timbul antaranya isu masalah tidak sempat untuk menghabiskan

sukatan kerana tiada perancangan sesama guru. Masalah ini mungkin boleh

menjejaskan pelajaran pelajar terutamanya apabila mereka menghadapi peperiksaan

PMR nanti, pelajar- pelajar akan berasa tidak ada keyakinan untuk menjawab soalan

dengan baik disebabkan pengajaran yang tidak berkualiti oleh guru.

Selain itu, pelajar juga akan menghadapi masalah dalam urusan hidup

seharian mereka kelak kerana mereka tidak mempunyai kemahiran asas dalam

Kemahiran Hidup dan ini akan menghalang pelajar daripada memiliki domain-

domain objektif iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Kementerian Pendidikan

Malaysia sendiri telah menyatakan bahawa mata pelajaran ini merupakan sebahagian

usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran praktis dan penanaman

semangat keusahawanan dan daya mereka cipta di kalangan pelajar. Ia juga

membekalkan pelajar dengan kemahiran asas berfungsi bagi membolehkan mereka

bertindak dan mengendalikan hidup secara produktif dalam dunia teknologi dan

perdagangan yang kompleks dan sentiasa berubah. Kemahiran- kemahiran asas inilah

yang membolehkan pelajar berfungsi dengan berkesan dalam urusan hidup

sehariannya (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1992).

Isu masalah sukatan pelajaran tidak diajar kepada pelajar kerana tidak mahir

dan malu bertanya juga sering timbul terutamanya kepada guru- guru wanita. Dalam

Page 25: PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA … · pengamalan kerja berpasukan dalam panitia kemahiran hidup bersepadu di sekolah menengah daerah johor bahru go seow ann universiti

6

mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu

Teras dan Pilihan. Teras mengandungi Kemahiran Manipulatif, Perdagangan dan

Keusahawanan dan Kekeluargaan manakala pilihan pula terdiri daripada Kemahiran

Manipulatif Tambahan, Ekonomi Rumah Tangga dan Pertanian. Kebanyakkan guru

ini kurang mahir dalam pengajaran yang melibatkan elektronik, perpaipan dan enjin.

Pada kebiasaannya, guru wanita ini lebih cenderung kepada mata pelajaran seperti

Perdagangan dan Keusahawanan dan Kekeluargaan serta Ekonomi Rumah Tangga

dan juga berkemungkinan mereka mempunyai latar belakang pendidikan yang lain

daripada Kemahiran Hidup contohnya, terdapat guru yang mempunyai kelulusan

perakaunan tetapi terpaksa mengajar amali kerja kayu dalam Kemahiran Hidup. Jika

tidak wujud satu budaya kerja yang efektif, masalah ini tidak akan dapat diselesaikan

begitu juga dengan guru lelaki.

Dalam isi kandungan tertentu, walaupun pelajaran- pelajaran ini lebih kepada

kerja amali tetapi mereka sanggup tidak mengajar dan ada juga yang hanya

menyentuh berkaitan teori sahaja. Ini tidak mendedahkan aktivti amali yang

sepatutnya kepada pelajar dan ini akan memberi kesan kepada pelajar iaitu pelajar

tidak dibekalkan dengan kemahiran asas, tidak mempunyai sikap berdikari dan

inovatif dalam hidup. Daripada pemerhatian yang dijalankan di beberapa buah

sekolah di sekitar Johor Bahru mendapati dalam mengajar mata pelajaran Kemahiran

Hidup Bersepadu, guru- guru wanita ini lebih suka mengajar topik yang senang dan

kemudian topik yang menyentuh amali yang susah seperti kayu, paip ditinggalkan

kepada guru lelaki.

Selain itu, terdapat juga guru- guru Kemahiran Hidup yang suka bekerja

bersendirian dan kurang mengambil tahu hal rakan sekerja. Mereka lebih suka

mengasingkan diri daripada orang lain. Dalam Panitia Kemahiran Hidup, terdiri

daripada guru- guru yang mengajar pelbagai bidang seperti kemahiran teknikal,

Ekonomi Rumah Tangga, Perdagangan dan Keusahawanan dan Pertanian, apabila

selesai sahaja mengajar, mereka duduk dalam bengkel masing- masing. Jika guru

yang mengajar kerja kayu, mereka suka berada di bengkel kayu seorang diri

manakala jika guru pertanian mereka suka berada di bengkel pertanian sehinggalah

tamat waktu persekolahan. Mereka hanya berjumpa jika ada mesyuarat dan tidak

berbincang bersama- sama tentang hal- hal pengajaran pada hari tersebut malah

Page 26: PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA … · pengamalan kerja berpasukan dalam panitia kemahiran hidup bersepadu di sekolah menengah daerah johor bahru go seow ann universiti

7

kelemahan- kelemahan pada diri masing- masing tidak diluahkan dan lebih suka

menyembunyikan dalam diri. Jika hal ini berlarutan berkemungkinan prestasi

pengajaran dan pembelajaran tidak akan berkesan.

Budaya mementingkan diri sendiri juga salah satu masalah dalam Panitia

Kemahiran Hidup Bersepadu. Terdapat guru- guru Kemahiran Hidup ini yang lebih

mementingkan diri sendiri contohnya, jika seseorang guru itu mempunyai idea- idea

yang bernas mereka tidak berkongsi antara rakan- rakan kerja malah mereka lebih

suka menyembunyikan dan menjalankan sesuatu kerja secara bersendirian. Begitu

juga dengan ketua panitia, mereka merasakan jawatan mereka lebih tinggi, maka

mereka memandang rendah pada ahli- ahli di bawahnya. Jika budaya kerja

sedemikian diamalkan, berkemungkinan kerjasama dan kecemerlangan panitia dan

organisasi pengurusan sekolah itu tidak akan tercapai dengan berkesan.

Oleh itu, dalam mengejar kecemerlangan sesebuah organisasi, kita

sebenarnya tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada kecemerlangan individu. Kita

seharusnya juga menekankan kepada kecemerlangan berpasukan. Tidak dinafikan

kerja secara berpasukan ini dapat memberi satu peluang untuk memperbaiki prestasi

dan tahap penglibatan kita dalam pasukan. Individu yang cemerlang pula mesti

bersedia membimbing dan membantu rakan- rakan lain.

1.3 Pernyataan Masalah

Dalam kajian ini, apa yang telah dibincangkan dan menjadi persoalan ialah

masalah guru- guru kemahiran hidup yang masih kurang mengamalkan budaya kerja

cemerlang iaitu kerja berpasukan walaupun guru- guru ini merupakan penyumbang

terbesar dalam sesebuah organisasi sekolah. Walaupun matlamat dikongsi bersama,

hakikatnya ahli- ahli panitia Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah kurang

mengamalkan tabiat kerja secara kolektif dan kolaboratif dan ada kala mereka hanya

menjadi pelaksana arahan tanpa komitmen dan kerelaan sendiri. Terdapat juga ahli-

ahli yang sekadar menjalankan tugasnya tanpa memikirkan keberkesanan dan

kesesuaian program. Mereka suka bekerja secara individu daripada bergerak secara

Page 27: PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA … · pengamalan kerja berpasukan dalam panitia kemahiran hidup bersepadu di sekolah menengah daerah johor bahru go seow ann universiti

8

pasukan. Masalah ini boleh dilihat dari segi aspek penglibatan dan pergaulan antara

ahli- ahli dalam panitia Kemahiran Hidup Bersepadu, komunikasi antara ahli dengan

rakan sekerja dan ketua panitia, perancangan sukatan pelajaran, penglibatan ketua

panitia terhadap kerja berpasukan, perbezaan jantina dalam mengamalkan kerja

berpasukan serta proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak sistematik dan

mementingkan diri sendiri daripada rakan sekerja.

Oleh itu, dalam kajian ini pengkaji ingin meninjau tahap pengamalan kerja

berpasukan ini di kalangan ahli panitia yang terdiri daripada guru- guru Kemahiran

Hidup Bersepadu, ketua panitia serta terdapatkah perbezaan dari segi pengamalan

budaya kerja berpasukan berdasarkan jantina. Pengamalan budaya kerja berpasukan

ini berhubungkait dengan usaha untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan

panitia Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah dan di samping itu diharapkan

meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan.

1.4 Objektif Kajian

Secara amnya kajian ini adalah untuk mengetahui tahap pengamalan kerja

berpasukan dalam Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah. Oleh

itu, objektif utama dalam konteks kajian ini adalah untuk :

1.4.1 Mengenalpasti tahap pengamalan kerja berpasukan di kalangan ahli panitia

Kemahiran Hidup Bersepadu.

1.4.2 Meninjau tahap pengamalan budaya kerja berpasukan di antara rakan sekerja.

1.4.3 Melihat tahap pengamalan kerja berpasukan di kalangan ketua panitia

Kemahiran Hidup Bersepadu.

1.4.4 Meninjau pengamalan budaya kerja berpasukan di kalangan ahli dalam

panitia Kemahiran Hidup Bersepadu berdasarkan jantina.

1.4.5 Meninjau pengalaman budaya kerja berpasukan di kalangan ketua panitia

Kemahiran Hidup Bersepadu berdasarkan jantina.

Page 28: PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA … · pengamalan kerja berpasukan dalam panitia kemahiran hidup bersepadu di sekolah menengah daerah johor bahru go seow ann universiti

9

1.5 Persoalan Kajian/ Hipotesis Kajian

1.5.1 Apakah tahap pengamalan ciri- ciri kerja berpasukan di kalangan ahli- ahli

panitia kemahiran hidup?

1.5.2 Apakah tahap pengamalan budaya kerja berpasukan di antara rakan sekerja?

1.5.3 Apakah tahap pengamalan kerja berpasukan di kalangan ketua panitia

Kemahiran Hidup Bersepadu?

1.5.4 Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara ahli panitia lelaki dan

ahli panitia perempuan dalam mengamalkan kerja berpasukan.

1.5.5 Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara ketua panitia lelaki dan

ketua panitia perempuan dalam mengamalkan kerja berpasukan.