minggu 8.docx

3

Click here to load reader

Upload: nurfazlina-a-rahim

Post on 06-Nov-2015

220 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Bilangan Jurnal : 8/12Minggu Praktikum : KelapanTarikh Peristiwa/ Kejadian : 17 hingga 21 Mac 2014Tajuk Jurnal : Masalah masa dalam setiap langkah pengajaran

1. Masalah/ PeristiwaPada minggu ini, masalah yang dikenal pasti adalah masalah masa dalam setiap langkah pengajaran. Saya selalu kekurangan masa ketika melaksanakan sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP). Kadang-kadang, untuk langkah tiga, hanya tinggal sepuluh minit sahaja untuk dilaksanakan. Kemudian, saya akan menjadi kelam-kabut dan tergesa-gesa untuk melaksanakannya. Bukan itu sahaja, kadang-kala pernah juga saya tidak membuat langkah penutup.

2. AnalisisHal ini mungkin kerana saya banyak melengahkan masa dalam menerangkan bahan yang diberikan. Saya juga mungkin terlalu banyak bercakap dan terlalu banyak melayan karenah murid-murid. Apabila sedar masa sudah tidak mencukupi, saya akan mempercepatkan sesi PdP dan menyingkatkannya. Hal ini menjadikan objektif yang hendak saya capai dalam langkah-langkah terakhir kadang-kalanya tidak tercapai.

3. Cadangan Tindakan Susulana) Saya perlu bersiap sedia dengan situasi ini pada masa akan datang dengan teknik dan strategi baru untuk menjimatkan masa PdP saya.b) Saya tidak perlu banyak bercakap dan mengulas bahan yang saya berikan kepada murid.c) Saya perlu bertindak lebih tegas terhadap mereka.d) Memberi nasihat atau peringatan kepada murid yang bermasalah apabila mereka melakukan kesalahan.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh masa seminggu. Bagi menangani masalah ini, saya akan memastikan arahan saya untuk murid-murid perlulah jelas, ringkas dan padat. Saya juga perlu memberikan tindakan yang sesuai kepada murid yang bermasalah supaya saya tidak banyak membuang masa semasa memberikan tindakan tersebut. Secara tidak langsung, saya dapat mencapai objektif yang telah dirancang selain menggelakkan kehilangan masa pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran saya.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan : Tandatangan : Nama : Nama : Tarikh : Tarikh :