laporan minggu 7-8 penternakan ayam (hairul)

12
LAPORAN MINGGU 7 Tarikh : 5 April 2015 hingga 11 April 2015 Tempat : Unit Pertanian JPTK Masa : 8.00 pagi – 11.00 pagi 1. Objektif i. Pemberian makanan dan minuman ii. Menimbang berat anak ayam iii. Pembersihan kawasan reban ayam iv. Melaras aras bekas makanan dan air 2. Aktiviti Minggu 7 1) Pada minggu ini adalah cuti pertengahan semester. Kami perlu membuat jadual waktu bergilir-gilir pulang ke kampung JADUAL BERTUGAS Tarikh Nama Hairul Asri Izati Fatimah 2 April 2015 (Khamis) 3 April 2015 (Jumaat) 4 April 2015 (Sabtu) 5 April 2015 (Ahad) 6 April 2015 (Isnin) 7 April 2015

Upload: hairul-faiszul-sanuri

Post on 14-Sep-2015

261 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Pertanian

TRANSCRIPT

LAPORAN MINGGU 7

Tarikh: 5 April 2015 hingga 11 April 2015Tempat: Unit Pertanian JPTKMasa: 8.00 pagi 11.00 pagi

1.Objektifi. Pemberian makanan dan minumanii. Menimbang berat anak ayamiii. Pembersihan kawasan reban ayamiv. Melaras aras bekas makanan dan air

2.Aktiviti Minggu 7

1) Pada minggu ini adalah cuti pertengahan semester. Kami perlu membuat jadual waktu bergilir-gilir pulang ke kampung

JADUAL BERTUGAS

TarikhNama

HairulAsriIzatiFatimah

2 April 2015 (Khamis)

3 April 2015 (Jumaat)

4 April 2015 (Sabtu)

5 April 2015 (Ahad)

6 April 2015 (Isnin)

7 April 2015 (Selasa)

8 April 2014 (Rabu)

9 April 2014 (Khamis)

10 April 2014 (Jumaat)

11 April 2014 (Sabtu)

Petunjuk:Berada di UTM

Pulang ke kampung

2) Aktiviti penjagaan ayam dilakukan seperti biasa. Umur ayam pada minggu ini ialah di antara 33 hari hingga 42 hari.3) Bekas makanan dan minuman diisi dengan makanan dan minuman yang baru dan minuman diisi dengan antibiotik. Makanan ditimbang terlebih dahulu sebelum diberikan kepada ayam. Ini bertujuan untuk melihat kadar tumbesaran ayam dengan kuantiti makanan yang diberikan.

Jumlah berat makanan waktu pagiJumlah berat makana waktu petang

4 kg4.7 kg

4) Ayam ditimbang untuk melihat kadar pertambahan berat pada minggu ini. Purata berat ayam pada minggu ini ialah ayam jantan 2.9 kilogram dan ayam betina 2.7 kilogram.

Rajah 7.1 Proses penimbangan ayam

5) Pada minggu ini, terdapat dua ekor ayam mati. Pada hari Jumaat 6 April 2015, ayam jantan seberat 2.1 kilogram mati akibat kepala tersepit dicelah lantai reban Kami menyedari ayam tersebut telah mati pada waktu petang. 6) Manakala pada hari Sabtu pula 7 April 2014, ayam takai pula mati kerana ayam tersebut telah keluar dari tempat pengasingan. Mati disebabkan persaingan di antara yang yang sihat dan aktif.7) Disebabkan pada minggu ini cuaca tidak baik, hujan di sebelah petang, kami perlu membersihkan kawasan reban ayam setiap hari dan menabur habuk kayu di bawah reban. 8) Kami juga bergotong royong membersihkan kawasan reban disebabkan ulat najis membiak di merata-rata tempat. Hal ini terjadi kerana terdapat kumpulan yang tidak membersihkan kawasan reban mereka dan juga pembuangan najis yang tidak sistematik.

Rajah 8.1 Kawasan sekitar reban yang kotor

Rajah 8.2 Bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar reban

Refleksi

Walaupun cuti pertengahan semester, kami bergilir-gilir menyusun jadual supaya semua ahli kumpulan dapat pulang ke kampung. Kami meneruskan aktiviti penjagaan ayam seperti biasa. Setiap minggu berat makanan ayam bertambah kerana faktor tumbesaran ayam. Penjagaan yang rapi juga diperlukan bagi mengelakkan ayam terkena jangkitan penyakit. Apabila hujan, kawasan reban ayam perlu dibersihkan kerana lembab dan arus air hujan membawa najis. Ini menyebabkan kawasan reban menjadi kotor. Pada minggu ini juga, kawasan reban ayam sangat kotor kerana ulat najis ada di merata-rata tempat. Kami mengambil inisiatif untuk membersihkan kawasan reban ayam dan bekerjasama dengan ahli kumpulan lain kerana jumlah setiap ahli sangat kecil. Selepas pembersihan dilakukan, kami berpuas hati kerana kawasan reban bersih dan tiada lagi lalat mahupun ulat najis. Pada minggu ini juga, bekalan makanan ayam tidak mencukupi untuk menampung sehingga ayam disembelih. Kami terpaksa membeli makanan sendiri sebanyak 3 kilogram.

LAPORAN MINGGU 8

Tarikh: 12 - 15 April 2015Tempat: Unit Pertanian JPTKMasa: 8.00 pagi 11.00 pagi

1.Objektif

i) Penyembelihan ayamii) Penjualan ayam

2.Aktiviti Minggu 8

1) Pada minggu ini ayam berumur 43 hari dan cukup umur untuk disembelih.2) Kami membuat promosi bagi jual beli ayam di sekitar UTM.3) Ayam disembelih pada jam 9.00 pagi. Taklimat ringkas dan cara-cara penyembelihan disampaikan oleh tenaga pengajar Jabatan Teknik dan Kejuruteraan Fakulti Pendidikan iaitu Encik Zainal Abidin bin Tukiman.

Rajah 3.1 Demostrasi penyembelihan oleh Encik Zainal Abidin

4) Penyembelihan dilakukan sendiri oleh ahli kumpulan masing-masing.

5) Selepas ayam disembelih, ayam dimasukkan kedalam air panas. Untuk memudahkan proses mencabut bulu ayam tetapi jangan terlalu lama merendam ayam ke dalam air panas, ini akan menyebabkan isi ayam menjadi masak.

Rajah 5.1 Ayam direndam ke dalam air panas

6) Kerja-kerja pembersihan bulu ayam dilakukan selepas direndam ke dalam air panas. Ayam dibersihkan supaya ayam tidak rosak dan busuk serta ditimbang, kemudian di potong mengikut kehendak pembeli.

Rajah 6.1 Kerja-kerja pembersihan bulu ayam

Refleksi

Pada minggu ini, ternakan ayam kami sudah cukup matang untuk dijual. Kami perlu mencari pembeli samada disekitar UTM atau luar UTM. Ayam dijual dengan harga rm 5.50 sekilogram. Di samping itu juga, kami mengaplikasikan pengetahuan kami iaitu pemasaran, bagaimana untuk mencari pelanggan. Kami bekerjasama untuk mencari pelanggan. Tempahan dicatat untuk mengelakkan kekeliruan semasa jual beli berlangsung. Kami juga belajar cara-cara penyembelihan dengan betul dan mengetahui syarat-syarat penyembelihan. Keuntungan bersih yang kami perolehi pada hari jualan ayam adalah sebanyak RM 3660.

KESIMPULANTernakan ayam pedaging yang diuruskan dengan betul dan persekitaran yang selesa serta mendapat anak ayam yang bermutu akan membesar dengan baik. Selain mendapat anak ayam yang bermutu, makanan dan air minuman yang diberi hendaklah baik dan mencukupi. Setiap ekor anak ayam perlu diberikan ruang lantai, ruang makanan dan minuman yang mencukupi mengikut peringkat pembesaran. Ketinggian bekas makanan dan minuman juga diselaraskan dengan peringkat pertumbuhan. Disamping itu juga, sebarang bentuk tekanan hendaklah dielakkan kerana ianya akan menjejaskan produktiviti ayam dan mengurangkan ketahanan melawan penyakit. Ayam yang sudah cukup umur perlu dijual bagi mengelakkan

REKOD JUALAN AYAM

REKOD JUALAN AYAM SESI 2014/2015 SEMESTER 2

MASUKKELUAR

BilButiranDebit (Rm)BilButiranKredit (Rm)

1Ayam (0.8kg X 1ekor)5.21Labeling39.9

2Ayam (1.4kg X 4ekor)36.42Sharpie Fine Blue2.5

3Ayam (1.5kg X 7ekor)68.63Ayam Bermasalah553.2

4Ayam (1.6kg X 11ekor)114.44Kekurangan2.75

5Ayam (1.7kg X 23ekor)255.35Lawatan - Makanan100

6Ayam (1.8kg X 27ekor)315.9

7Ayam (1.9kg X 44ekor)545.6

8Ayam (2.0kg X 47ekor)611

9Ayam (2.1kg X 22ekor)301.4

10Ayam (2.2kg X 21ekor)300.3

11Ayam (2.3kg X 24ekor)360

12Ayam (2.4kg X 15ekor)234

13Ayam (2.5kg X 6ekor)97.8

14Ayam (2.6kg X 2 Ekor)33.8

15Ayam (Unknown)381

Jumlah3660.7Jumlah698.35

Jumlah Keseluruhan (Juml. Masuk - Juml. Keluar)2962.35