minggu 8.pptx

Click here to load reader

Upload: puspa-muttusamy

Post on 17-Jan-2016

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MINGGU 8

PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA MINGGU 8 Pembangunan lima tahun selepas 1970 sehingga hari iniMINGGU 8

Pembangunan lima tahun selepas 1970 sehingga hari ini

Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)

Tujuan : mengatasi keadaan ketidakseimbangan sosioekonomi di antara kawasan dan kumpulan kaum di negara ini.

Matlamat : mencapai perpaduan negara melalui strategi serampang dua mata, iaitu membasmi kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat Malaysia.

SEKTOR UTAMA SEKTOR PERKILANGAN

Mencapai matlamat (DEB)Mengembangan pekerjaanMembasmi kemiskinanPenyusunan semula masyarakat

Pencapaian Rancangan Malaysia Ke-2

Pelbagai agensi dibentuk dan digerakkan seperti MARA, FAMA, Bank Pertanian, FELDA, FELCRA, MADA, KADA, FOA (Faermers Organization Authorityberjaya menggalakkan penyertaan yang lebih giat dan secara langsung oleh sektor awam dalam aktiviti- aktiviti ekonomi terutamanya perdagangan dan perusahaan. Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS)-1974.mata wang baru Malaysia digunakanSyarikat Penerbangan Malaysia ditubuhkanDasar Ekonomi Baru diumumkanKuala Lumpur diisytiharkan sebagai Bandaraya Rancangan Buku Hijau dilancarkanRancangan pembangunan wilayah seperti DARA, KEJORA dan KETENGAH dijalankan dengan jaya.

Buku Hijau

Dilancarkan oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak pada 20 Disember 1974. Rancangan penggunaan tanah yang sepenuhnya dengan tanaman jangka pendekpekebunan cara berkelompokrancangan ternakanrancangan pelihara ikan air tawarpemasaran yang baik dan projek-projek kecil yang lain

Matlamat menambahkan pengeluaran bahan-bahan makanan supaya cukup untuk keperluan Negara menambahkan pendapatan

Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-3: 1976 1980)Memperkenalkan rancangan pembangunan wilayah dengan penumpuan kepada penanaman kelapa sawit dan getahMeneruskan usaha pembangunan pertanian dan perindustrianmemperbanyakkan lagi kemudahan-kemudahan perumahan dan pengangkutan awam di kawasan miskin di bandar-bandar besar

pekerjaan di kalangan orang-orang Melayu dalam sektor-sektor ekonomi yang dinamis dan moden telah bertambah baik, walaupun bilangannya masih kurang, terutamanya di peringkat pengurusan dan eksekutif. satu usaha kerajaan yang lebih tegas dan bersungguh-sungguh untuk membasmi kemiskinan serta menyusun semula masyarakat bagi sepanjang tempoh tahun-tahun 1976-1980.Pencapaian RMK-3

Rancangan Malaysia Keempat(RMK-4: 1981-1985)meningkatkan daya pengeluaran pertanianmenambahkan dan mempelbagaikan asas perindustrianmemodenkan sektor-sektor kewangan dan perkhidmatan mempelbagaikan punca-punca pertumbuhanmengutamakan sektor perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal serta penggunaan teknologi dan tenaga mahir.

Pencapaian RMK-4

mengurangkan kadar kemiskinan dari 49.3% dalam tahun 1970 kepada 29.2% dalam tahun 1980kerajaan telah memperluaskan perkhidmatan-perkhidmatan seperti menyebarkan hasil-hasil penyelidikan, menyediakan khidmat nasihat dan perundingan, latihan, kemudahan kredit dan pinjamanmemberi keutamaan kepada kemajuan kemahiran, pengetahuan teknikal dan keusahawanan. Bagi tujuan ini, peranan institusi-institusi seperti Institut Latihan Perindustrian, Institut dan Sekolah-sekolah Vokasional, Pusat Latihan Belia serta universiti dan kolej telah dipergiatkan.

Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5: 1986-1990)peningkatan peranan sektor swasta melalui proses deregulation (pelonggaran peraturan dan kawalan) dalam aspek hak milik syarikat, perlesenan dan aktiviti ekonomi lain untuk mendorong persaingan yang sihat dan meningkatkan kecekapan. Syarat-syarat pelaburan modal asing turut dilonggarkan bagi meningkatkan pelaburan industri terutamanya industri yang berorientasikan ekspot.menggalakkan sektor pertanian dan industri luar bandar. Beberapa syarat dilonggarkan seperti syarat-syarat penggunaan tanah, penanaman padi secara ladang, penggunaan tanah lombong untuk pertanian dan penanaman tanaman lain yang sesuai di sawah-sawah terbiar. Usaha menggalakkan perindustrian pula didokong dengan langkah- langkah pengurangan kadar bayaran elektrik, telefon, air, tapak kilang dan lain-lain.

Pencapaian RMK-5Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebenar telah berkembang pada kadar 6.7 peratus setahun berbanding dengan matlamat RMK-5 pada kadar 5.0 peratus.Pertambahan bilangan tenaga kerja Bumiputera yang terpelajar dan kemunculan golongan peniaga Bumiputera serta peningkatan penglibatan mereka dalam aktiviti ekonomi moden, telah dapat menambah bilangan Bumiputera di dalam kumpulan berpendapatan tinggi.

Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6: 1991-1995)

Kerajaan akan meningkatkan hasil serta mengurangkan perbelanjaan yang tidak produktif dan menyegerakan program penswastaan. Langkah-langkah yang lebih giat diambil bagi memperkukuhkan perkembangan pasaran kewangan dan modal supaya tabungan dalam negeri dapat ditingkatkan dan disalurkan secara cekap kepada sektor ekonomi yang produktif terutamanya sektor pembuatan.

Membangunkan sektor perkhidmatan yang modenMemperkukuhkan sains dan teknologi (S&T) dan meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (P&P) untuk menggunakan sepenuhnya keupayaan teknologi negara serta memajukan teknologi maklumat (IT) .Memastikan pembangunan mapan bukan sahaja melalui kesedaran yang lebih tinggi terhadap pemuliharaan alam sekitar tetapi juga menekankan pertimbangan yang bersepadu mengenai alam sekitar dalam proses pembangunan ekonomi dan sosial.(RMK-7: 1996-2000) & (RMK-8: 2001-2005)

Pencapaian

Semua sektor ekonomi negara menampakkan kemajuan termasuklah pengembangan sektor ekonomi baru seperti Sains, Teknologi dan Komunikasi (ICT). Hasil pertumbuhan ini, jumlah ekspot negara meningkat pada kadar purata 13.5 peratus setahun dalam tempoh 1991 hingga 2005 menjadikan negara kita negara pedagang yang ke-18 terbesar dunia. Dari segi sosial negara terus memperlihatkan kemajuan. Kadar kemiskinan menguncup daripada 22.8 peratus pada tahun 1990 kepada 5.7 peratus pada tahun 2004. Keperluan asas seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan serta perumahan lebih banyak disediakan, demikian juga dengan perkembangan prasarana dan utiliti.

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9: 2006-2010)memantapkan bidang perkhidmatan, pembuatan dan pertanian baruperjalanan RMK-9 perlu melalui kelima-lima teras yang telah digarap dalam Rancangan ini

Misi Nasionalsatu rangka kerja bagi agenda pembangunan negara dengan menggariskan langkah-langkah utama yang harus diambil bagi tempoh lima belas tahun akan datangMisi Nasional akan menumpukan usaha negara kepada bidang-bidang utama yang akan membawa kepada pencapaian Wawasan 2020 Misi Nasional yang dirangka merangkumi lima teras utama

Teras Pertama: Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi.

Teras Kedua: Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama.

Teras Ketiga: Menangani masalah ketidakseimbangan yang berterusan secara membina dan produktif

Teras keempat: Meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti hidup.

Teras kelima: Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara.

RANCANGAN MALAYSIA KE-10(2010-KINI)

DASAR EKONOMI MALAYSIA

APA ITU DASAR EKONOMI BARU ?

Satu Usaha Murni untuk membangunkan ekonomi yang bermula sebaik sahaja Tun Abdul Razak mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

FAKTOR UTAMA Dasar ekonomi baru (deb) DIPERKENALKAN(1971 1990)

Rusuhan kaum 13 mei 1969

Sejarah....Era Kemerdekaan - Peristiwa 13 Mei 1969Mendedahkan betapa penting keseimbangan antara kemajuan sosiopolitik negara dengan kemajuan dan pengagihan pendapatan pelbagai kaum.Pembahagian gunatenaga dan kegiatan ekonomi dilakukan mengikut kaum.Asas perpaduan dan isu sensitif terhadap kewarganegaraan dan kedudukan hak istemewa terus dipersoalkan menyebabkan tercetusnya rusuhan kaum pada 13 mei 1969.

Era Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)Untuk mencapai perpaduan negara melalui penghapusan penghalang utamanya iaitu kemiskinan dan struktur sosiopolitik dan ekonomi yang tidak seimbang.Rukun negara diperkenal.Perkembangan pesat sejak dilancar pada 1971.Kemelesetan pada tahun 1980an pencapaian DEB terbantut.

STRATEGI DASAR EKONOMI BARU (DEB)BASMI KEMISKINANLaksanakan pelbagai perkhidmtn-kmdhn awam/kesihatan/pendidikan/bekalan air/elektrikSubsidi baja/biasiswa/buku teks/pgrm mknn tmbahan/rumah murah(PPRT)Menambah peluang pekerjaan-kurangkan kadar pengangguran-capai guna tenaga penuh

PENYUSUNAN SEMULAMASYARAKAT

KAITANYADENGAN

DASAR EKONOMI BARU

PENYUSUNAN SEMULAMASYARAKATKurangkan kadar tidak seimbang dlm sektor gunatenagaPastikan pembentukan masyarakat pdagangan/pindustrian fokus kaum melayuMemperluaskan peluang-peluang bagi mereka yang terlibat dalam aktiviti yang kurang produktif kepada aktiviti yg lebih produktif mengurangkan taburan pendapatan yang tidak seimbang antara kelas pendapatan dan kaum.

PENCAPAIAN:PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT KADAR KEMISKINAN MENGIKUT KUMPULAN ETNIK (%)

Kumpulan Etnik197019841987Semenanjung MalaysiaBumiputeraCinaIndiaLain-lainSabahBumiputeraCinaLain-lainSarawakBumiputeraCinaLain-lain49.364.826.039.244.8-------18.425.87.810.122.033.139.26.212.431.941.69.34.017.323.87.09.724.335.341.96.35.024.733.26.70

KADAR KEMISKINAN MENGIKUT KAWASAN-KAWASAN BANDAR-LUAR BANDAR

MATLAMAT DAN PENCAPAIAN DEBKADAR KEMISKINAN197019901990 (Matlamat) (Pencapaian)Semenanjung Malaysia49.3%17.0%15.0%Sabah- - 34.3%Sarawak- -21.0%Malaysia--17.0%

HAKMILIK SAHAMBumiputera2.4%30.0%20.3%Bukan Bumiputera34.3%40.0%46.2%Rakyat Asing63.3%30.0%25.1%Syarikat Calon2.0% - 8.4%

PERTUMBUHAN EKONOMI1971-19901971-1990 (Matlamat) (Pencapaian)8.0%6.7%

34DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL(RRJP 2: 1991 2000)

dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991.OBJEKTIFMeneruskan pencapaian DEB dalam pembasmian kemiskinan & penyusunan semula masyarakatMembina semula negara yang bersatu padu dan mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih adil,aman,maju dan makmur berdasarkan prinsip perlembagaan dan rukun negara.

DIMENSI BARU DPNUntuk memperbaiki ketidak seimbangan sosial dan ekonomi.Tumpuan kepada golongan termiskin.Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputra (MPPB).Penglibatan sektor swasta.Pembangunan sumber manusiaKerajaan meneruskan dasar liberal berhubung dengan syarat-syarat pemilikan modal saham.Golongan minoriti diberi pertimbangan.

STRATEGI PELAKSANAAN

PROGRAM PELAKSANAAN DPNHASIL PENCAPAIAN YANG BERKUALITI DAN BERKEKALAN.

Dalam proses menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin dan juga mengurangkan ketidakseimbangn,penekanan akan diberikan kpd aspek2 pendidikan dan latihan sebelum bantuan diberikan.

PERSAINGAN DALAM PASARAN ANTARABANGSA.

Di dalam menghadapi persaingan antarabangsa,malaysia perlu meningkatkan daya tarikan kpd pelabur dan pengusaha supaya dpt memperluaskan urusan mereka di negara ini.Para pengekspot negara juga perlu mengurangkan pergantungan mereka kepada sisitem keutamaan am (gsp) dan menjadi pengeksport yg mempunyai daya saingan yg tinggi.

38

WAWASAN 2020Penyertaan semua kaum adalah penting untuk memajukan malaysia ke taraf negara yg maju.Oleh itu, pelaksanaan strategi serampang dua mata dpn akan terus menggalakkan penggemblengan sumber2 negara dan menggunakan potensi kecerdasan masyarakat berbilang kaum utk membina ekonomi yg teguh serta meningkatkan ketahanan negara bagi mengatasi ketidakstabilan dan ketidaktentuan ekonomi dunia.

PEMBASMIAN KEMISIKINANoleh kerana kadar kemiskinan yg terlalu tinggi di kwan luar bndar pada akhir tahun 1960-an pelaksanaan deb (197-1990) telah memperlihatkan penglibatan terus perkhidmatan awam melalui pembukaan tanah2 dan pemberian subsidi besar-besaran kpd petani2 kecil untuk mewujudkan pekerjaan dan bantu tingkatkan pendapatan mereka.

Latihan yg diberikan kpd belia2 diluar bandar akan membolehkan mereka mendapatkan kerja-kerja yg berkemahiran dan berpendapatan lebih tinggi.

Pemberian subsidi dan sokongan akan diteruskan utk golongan penanam padi dan nelayan tetapi ianya akan ditumpukan ke arah mempertingktkan produktiviti pengeluaran mereka.

Peranan sektor awam menerusi program2 seperti pendidikan dan latihan,kesihatanpengangkutan,dan sebagainya.Di kawasan bandar,kemiskinan akan dikurangkan menerusi penyediaan peluang yg lebih baik untuk tingkatkan pendapatan dan kemudahan asas seperti perumahan,pengangkutan dan kemudahan awam.

PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT

Penghapusan pengenalan kaum mengikut fungsi2 ekonomi dan penyusunan semula hakmilik akan terus menjadi program penting di bawah strategi ini.Walaupun dasar dan program kerajaan akan terus menyediakan sokongan kepada usahawan bumiputera,tetapi adalah menjadi harapan kerajaan usahawan bumiputera akan memajukan perniagaan berasaskan daya usaha sendiri dan kurang bergantung kepada bantuan dan subsidi kerajaan.Sehubungan dengan ini latihan dalam bidang pengurusan harta dan etika perniagaan akan diutamakan.Sebagai langkah jangka panjang,program untuk memupuk usahawan muda juga diberi tumpuan.

Dpn akan menggalakkan penyertaan bumiputera secara meluas dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.Perhatian khusus diberikan kepada penyertaan bumputera dalam industri kecil dan sederhana menerusi program sub-kontrak Matlamat penyusunan semula gunatenaga akan memastikan corak gunatenaga di pelbagai sektor dan pekerjaan dalam ekonomi mencerminkan komposisi pelbagai kumpulan etnik dalam negara.Di sektor luar bandar,untuk menigkatkan mobiliti tenaga kerja,langkah-langkah akan diambil untuk memperbaiki tahap pendidikan dan kemahiran.Penswastaan akan digunakan sebagai suatu cara untuk mempercepatkan dan memperluaskan penyertaan bumiputera dalam sektor swasta serta mencapai hasrat penyusuna semula modal saham.

RUMUSAN44Seperti DEB, DPN meneruskan usaha mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi bukan sahaja dikalangan kaum etnik tetapi juga antara golongan kaya dan miskin serta antara wilayahKetidakseimbangan ekonomi akan dapat dikurangkan berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan saksama untuk mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara.