8 esei peradababn maritim..docx

Upload: itaahris

Post on 05-Mar-2016

184 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

AJ31503 SEJARAH PERADABAN MARITIM NUSANTARA 2014

AJ31503SEJARAH PERADABAN MARITIM NUSANTARASOLAN 8: BINCANGKAN ISU-ISU SEMASA MARITIM DI NUSANTARA MASA KINI YANG BERKAIT DENGAN SEJARAH PERADABAN MARITIM MASA LALU.PENSYARAH:

LT.KOL.(PA) PROF.MADYA DR. ISMAIL ALITUTOR:CIK SHARJETTA DEWI BINTI INJIKSINSALEHA BINTI SAPRIHARI /MASA TUTORIAL: SELASA (JAM 04.00 -05.00 PM)TEMPAT: BTG 2

NAMA PELAJAR:YAZLAN BIN HASSANBA 12110521

ROSLINA MAJUMBABA12160572

NICHOLAOS BIN KORNELIS OLABA 12110272

1.1PENGENALANSeperti yang kita sedia maklum, isu adalah sesuatu peristiwa atau sesuatu kejadian yang dapat kita perkirakan sebagai satu yang telah terjadi atau tidak terjadi pada masa yang akan datang tidak kira dari aspek politik, sosial serta ekonomi. Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka, isu ini juga dapat di difinisikan sebagai satu persoalan mengenai perkara, pokok, masalah, dan lain-lain lagi.[footnoteRef:1] [1: "Makna: Isu". Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), 2007. Hlm. 02-23.]

Tambahan lagi, isu yang ingin dibahaskan adalah isu sejarah maritim Nusantara. Kawasan Nusantara sejak dulu lagi sebenarnya sudah menguasai ilmu kelautan, pelayaran, pelabuhan dan perdagangan. Oleh itu, tepat sekali apabila kawasan Nusantara menjadi wilayah maritim yang terkenal dalam perbahasan di peringkat antarabangsa. Sebagai contoh, Kerajaan yang terkenal adalah Srivijaya, Majapahit, Demak, Cirebon, serta Banten yang mana ianya dapat disebut sebagai kawasan Maritim yang sangat terkenal. Interaksi antara bangsa dilakukan dalam beberapa rangka bagi melancarkan sesuatu kehidupan serta kehormatan. Justeru itu, dalam esei ini akan membincangkan isu-isu semasa maritim di Nusantara masa kini yang berkait rapat dengan sejarah peradababn maritim masa lalu.2. 1ISU PERSEMPADANANSempadan juga dikenali sebagai wilayah. Tambahan lagi, sempadan dalam konteks ini merangkumi sempadan tanah daratan, air dan udara.[footnoteRef:2] Setiap negara mempunyai sempadan, kawasan, wilayah yang tersendiri yang dihuni oleh penduduk atau rakyat negara itu. Dalam hal ini, keluasan sesebuah negara atau jumlah penduduknya tidaklah menjadi persoalan penting dalam mewujudkan sebuah identiti politik yang dinamakan negara itu.Contohnya, Singapura dan Brunei Darussalam tetap dianggap sebagai negara walaupun kedua-dua negara tersebut memiliki keluasan wilayah dan jumlah penduduk yang kecil. [2: Catherine H. & Robins, Osteology and Relationships of the Eel Family Macrocephenchelyidae, Journal Proceedings of the Academy of Natural Sciences of Philadelphia, Vol. 123, 1971. Hlm. 127-150.]

Kesempadanan atau kewilayahan sesebuah negara bukan sahaja merangkumi kawasan tetapi juga melibatkan persekitaran sekeliling seperti sumber alam yang mencakupi wilayah geografi, udara dan laut. Selain itu, Malaysia juga mempunyai sempadan tanah, daratan dan laut antarabangsa seperti Thailand, Singapura dan juga Indonesia. Sempadan-sempadan yang wujud ini akan membatasi kuasa dan hak sesebuah negara untuk melakukan sebarang perkara di luar sempadan wilayahnya. Sekiranya batasan ini dilanggar oleh sesebuah negara, maka negara tersebut dianggap telah menceroboh wilayah negara yang lain. Sebagai contoh isu persempadanan ialah, isu hak pemilikan keatas pulau sipadan.[footnoteRef:3] Persoalan tentang status Pulau Sipadan dan Ligitan berbangkit pada tahun 1969 apabila Indonesia membantah cadangan wilayah pelantar laut Malaysia yang memasukkan Pulau Sipadan dan Ligitan.[footnoteRef:4] Indonesia mendakwa bahawa kedua-dua buah pulau tersebut adalah milik Indonesia. Tambahan pula, Malaysia menolak dakwaan itu kerana kedua-dua buah pulau itu telah ditadbir oleh Malaysia sendiri semenjak berpuluh tahun dan telah disahkan sebagai wilayah perairannya oleh Konvensyen Amerika Syarikat-Britain pada tahun 1930. Justeru itu, sebagai pilihan terakhir kedua-dua pihak bersetuju untuk mengemukakan kes itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada 2 November 1998.[footnoteRef:5] Oleh itu, isu Pulau Sipadan dan Linggitan ini telah berakhir dengan berpihak kepada Malaysia itu sendiri kerana pihak Indonesia tidak mempunyai bukti-bukti yang kukuh bahawa isu Pulau tersebut adalah milik Indonesia.[footnoteRef:6] [3: ] [4: David A. Colson, Sovereignty over Pulau Ligitan and Pulau Sipadan (Indonesia/Malaysia), Journal The American Journal of International Law, 2003, Vol. 97, No. 2. Hlm. 398-406.] [5: Ibid.] [6: J. G. Merrills, Sovereignty over Pulau Ligatan and Pulau Sipadan (Indonesia v Malaysia): The Philippines' Intervention, Journal The International and Comparative Law Quarterly, 2002, Vol. 51, No. 3. Hlm. 718-722.]

2. 2ISU PENGEBOMAN IKANBombing atau pengeboman ikan adalah isu utama maritime khususnya di Malaysia amnya sejak masa lalu dan masih sukar ditangani pada masa kini. Bom ikan adalah sejenis bahan letupan yang digunakan oleh segelintir nelayan yang tidak bertangungjawab. Bom ikan ini dibuat dengan mudah iaitu hanya mengunakan bahan kimia yang dikenali sebagai serbuk Amonia Nitrat, bahan peledak, botol kaca dan span. Disebabkan penghasilan bahan letupan tersebut senang dipraktikkan, maka ramai nelayan yang menggunakannya untuk memperolehi sumber laut. Penggunaan bom ikan adalah satu cara mudah dan cepat kerana untuk mendapatkan ikan. Akibat daripada pemgeboman ikan tersebut, ia turut memberi kesan keatas isu kemasukan nelayan asing. Hal ini kerana, pada peringkat awal, kegiatan ini dilakukan oleh masyarakat asing lazimnya yang berasal dari Selatan Filipina. Mereka yang datang membawa teknik mengebom ikan seperti mana mereka lakukan di tempat asal mereka sekitar era 80-an dan 90-an. Setelah itu ia telah dipelajari oleh segelintir nelayantempatan yang mendiami sekitar pulau-pulau. Misalnya, negeri sabah yang terdedah dengan kemasukan nelayan asing. Oleh sebab itu,kegiatan bom ikan di Sabah dilakukan oleh segelintir penduduk tempatan yang telah mahir mengunakan Bom Ikan dan ianya menjadi isu sejak masa lalu dan hingga kini yang masih belum selesai. Walaupun isu ini telah dibincangkan, namun ianya masih diamalkan kerana isu ini mendapatkan hasil yang lumayan tanpa ada memikirkan baik buruk pengeboman tersebut.2. 3ISU PERLANUNANSebelum kita melihat isu ini dengan lebih dalam, adalah lebih baik kita melihat apakah definisi yang diberikan oleh lanun itu. Jika kita merujuk dalam United Nations Convention on the High Seas pada tahun 1958 dalam Perkara 101, mereka mentakrif lanun sebagai sebarang tindakan keganansan ataupun penahanan yang menyalahi undang- undang atau mana- mana tindakan ataupun perampasan yang dilakukan untuk kepetingan sendiri terhadap awak- awak atau penumpang dalam kapal laut atau persendirian dan dilakukan di laut lepas.[footnoteRef:7] Sementara itu, A. P Robin dalam bukunya Piracy, Paramountcy and Protectorates ada mengatakan bahawa perlanunan merupakan sebuah perompakan di laut oleh sesebuah perahu ke atas sebuah perahu yang lain tanpa kuasa negeri dan bertujuan untuk kepentingan peribadi. Kenyataan James Warren pula secara terang- terangan mengatakan perlanunan sebagai pencuri. Jika kita lihat kesemua pandangan ataupun definisi yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa aktiviti perlanunan ini adalah satu tindakan yang berada di luar undang- undang (menyalahi undang- undang) dan dilakukan untuk kepetingan sendiri. Biasanya kepentingan ini adalah dalam aspek ekonomi. [7: Ramli Dollah, Lanun atau Mundu di Sabah, Jati, Bil 9, Disember 2004. Hlm 171-172..]

Persoalan yang timbul sekarang adalah siapa lanun itu sebenarnya. Jika kita melihat dalam aspek nusantara, lanun- lanun tersebut dikatakan terdiri daripada orang- orang Balingingi, Dayak Laut dan juga Mundu. Selain itu, mereka juga terdiri daripada bangsa Sulu dan juga Bugis[footnoteRef:8]. Ini merupakan bangsa- bangsa yang tinggal dan hidup bergantung dengan maritim. Hal ini membolehkan mereka mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang kelautan dan juga aspek maritim yang lain. Walau bagaimanapun, gelaran lanun ini masih boleh dipersoalkan. Ini kerana istilah lanun boleh dilihat dalam dua aspek yang berbeza. Aspek yang pertama ialah, lanun menurut pandangan penjajah. Mereka mengatakan semua pemberontak yang melakukan serangan dengan menggunakan jalan air terutamanya laun sebagai lanun. Lihat sahaja pahlawan Iban yang terkenal iaitu Rentap. Dalam hampir kesemua laporan dan dokumen Barat, beliau dikatakan sebagai lanun[footnoteRef:9] walhal bagi masyarakat Iban pula, Rentap disifatkan sebagai seorang pahlawan yang berusaha sedaya upaya untuk menghalau penjajah. Aspek yang kedua ialah, lanun yang benar- benar lanun. Mereka ini tidak mengira bangsa apa dan merompak kapal- kapal untuk mendapatkan keuntungan terutamanya dari segi ekonomi. Tujuan mereka melakukan perlanunan bukanlah didorong untuk kepentingan bersama seperti menghalau penjajah namun kerana adanya prospek yang mereka ingini dalam sesebuah kapal tersebut. [8: Alfred Russel Wallace, The Malay Archipelago, Singapore: Eric Oey, 2000. Hlm. 334.] [9: Henry Ling Roth, The Native of Sarawak and British North Borneo, Volume ii, Kuala Lumpur: University of Malaya Press,1968. Hlm. 215.]

Jika kita selidiki isu perlanunan yang berlaku pada masa lampau, kita akan mendapati bahawa aktiviti ini sudah berlaku begitu lama, malah sebelum era Kesultanan Melayu Melaka lagi. Golongan yang melakukan aktiviti ini biasanya terdiri daripada orang laut. Hal ini adalah disebabkan mereka mempunyai kepakaran dalam aspek maritim. Malah, dikatakan bahawa kepakaran ini membolehkan mereka untuk menguasai aspek kelautan dengan kekurangan teknologi navigasi pada ketika itu.Mereka seringkali merampas kapal- kapal dagang asing dan juga tempatan. Disebabkan kepakaran yang tinggi dalam bidang kelautan, kegiatan mereka ini adalah amat sukar untuk dibendung[footnoteRef:10]. Tumpuan kegiatan mereka pula adalah di tempat yang strategik[footnoteRef:11] iaitu di laluan perdagangan. Sebagai contoh, Selat Melaka merupakan tempat berlakunya paling banyak aktiviti perlanunan semasa Melaka mencapai era kegemilangannya. [10: Alfred Russel Wallace, Ibid., Bahagian ini menceritakan bagaimana kepakaran para lanun dalam melakukan aktiviti perlanunan.] [11: Adam J. Young, Contemporary Maritime Piracy in Southeast Asia: History, Causes and Remedies, Singapore: ISEAS Publishing, 2007. Hlm. 126.]

Untuk mengatasi hal ini, undang- undang telah dibentuk untuk menghukum mereka yang melakukan gangguan di laut. Sebagai contoh, Undang- Undang Laut Melaka yang telah digubal untuk menjaga keselamatan perairan Selat Melaka. Selain daripada itu, kekuataan tentera yang bertugas untuk mengawal perairan negeri juga telah diwujudkan. Pada hakikatnya, ini adalah untuk memberikan jaminan keselamatan kepada pedagang. Melalui kenyataan ini, jelas bahawa ia adalah bertujuan untuk meningkatkan ekonomi sesebuah kerajaan itu. Ini secara tidak lansung telah membawa kepada kurang risiko perlanunan di sesebuah perairan yang terbabit.Sebenarnya, aspek perlanunan pada masa lampau juga signifikasi dengan isu perlanunan yang berlaku pada masa sekarang. Jika kita lihat dalam aspek siapakah lanun itu, jawapannya adalah sama seperti siapa lanun pada masa lampau. Mereka yang mahir dalam selok belok kelautan dan juga keadaan geografi sekeliling. Ini bermakna, lanun pada masa dahulu dan juga sekarang bukanlah orang asing yang baru sampai ke sesuatu tempat tersebut. Mereka adalah individu- individu yang mahir dalam aspek kelautan setempat.Selain daripada itu, aspek geografi juga menunjukkan isu perlanunan pada masa sekarang adalah signifikasi daripada kegiatan ini pada masa lampau. Seperti yang telah dikatakan, lanun biasanya akan memilih tempat yang strategik seperti laluan perdagangan untuk melakukan perlanunan. Ini adalah sama seperti pada masa sekarang dimana lanun- lanun akan mensasarkan kawasan- kawasan yang merupakan laluan perdagangan utama. Ini terbukti apabila berlakunya kes perlanunan dan juga rompakan di Selat Melaka pada tahun 2003.Secara keseluruhannya, jelas kita dapat melihat bagaimana isu perlanuan yang berlaku pada masa sekarang merupakan hasil signifikasi dengan perlanunan pada masa lampau. Sebagai langkah untuk mengatasi masalah ini, sesebuah kerajaan itu telah mempertingkatkan armanda laut untuk mempertingkatkan keselamatan di laut. Selain itu, undang- undang yang tegas juga akan diberikan kepada sesiapa yang bersalah dalam melakukan aktiviti perlanunan[footnoteRef:12]. Kerjasama antara negara juga boleh dilakukan untuk menangani masalah ini. Melalui cara ini, perkongsian maklumat dan juga latihan tentera bersama boleh meningkatkan keupayaan untuk mengawal aktiviti perlanunan di perairan masing- masing. Antara kerjasama yang telah ditubuhkan adalah MALINDO dan juga MASLINDO. [12: Robert C. Beckman, Carl Grundy- Warr and Vivian Louis Forbes, Act of Piracy in the Malacca and Singapore Straits, Oman: IBRU, 1994. Hlm. 5.]

2. 4ISU KESELAMATANIsu keselamatan merupakan sebuah isu yang boleh ditafsirkan sejauh mana aspek keselamatan yang ada di sesuatu tempat tersebut. Dalam aspek maritim, keselamatan boleh dipengaruhi oleh dua aspek. Aspek yang pertama adalah aspek semula jadi seperti berlakunya ribut kencang, tsunami ataupun bencana semula jadi yang lain. Aspek yang kedua merupakan aspek yang penting dalam perbincangan ini. Keselematan di sesuatu kawasan (laut) turut dipengaruhi oleh tindakan manusia.Jika kita lihat kepada isu-isu semasa yang seringkali berlaku di kawasan Asia Tenggara, isu- isu seperti penculikan, pembunuhan, perlanunan dan pengebomom sering kali berlaku. Ini adalah disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya adalah kepentingan peribadi, kepentingan politik ataupun perasaan dendam terhadap seseorang ataupun sekelompok masyarakat lain. Ini adalah amat berkait rapat dengan isu keselamatan maritim nusantara yang berlaku pada masa lampau.Bagi melihat perkaitan dengan sejarah maritim nusantara pada masa lampau, kita boleh melihat contoh kes yang berlaku di Kepulauan Borneo dan juga Kepulauan Sulu. Isu terbaru yang paling hangat diperkatakan ialah isu keselamatan yang berlaku di Sabah akibat gangguan daripada tentera Sulu. Malah, terdapat juga kes penculikan yang dilakukan oleh kumpulan Abu Sayaff[footnoteRef:13]. Tujuan mereka selain untuk mendapatkan wang, juga adalah untuk melakukan kekacauan di perairan dan juga negeri Sabah. Kekacauan yang dilakukan diharap dapat melemahkan politik dan pentadbiran di Sabah seterusnya merampas negeri ini. mungkin terdapat persoalan yang bermain mengapa mereka melakukan semua ini. [13: John Kleinen and Manon Osseweiker (ed), Pirates , Ports, and Coast in Asia: Historical and Contemporary Perspectives, Singapore: ISEAS Publishing, 2010. Hlm. 281.]

Jika kita lihat dalam sejarah awal kepulauan ini, Kesultanan Sulu merupakan sebuah kawasan yang amat besar. Malah, mereka juga dapat menguasai separuh negeri Sabah (pada ketika itu dikenali sebagai Borneo Utara). Walau bagaimanapun, kepulauan Sulu telah dimasukkan dalam pentadbiran Filipina yang diurus oleh Manila. Oleh kerana perbezaan agama, maka kepulauan Sulu yang terdiri daripada masyarakat yang beragama Islam cuba keluar dari Filipina namun tidak berjaya[footnoteRef:14]. Oleh itu, mereka cuba untuk menuntut Sabah dan mengatakan bahawa negeri ini adalah milik mereka jika mengikut sejarah. [14: John Kleinen and Manon Osseweiker (ed), Op Cit.]

Keyakinan mereka untuk menuntut negeri Sabah adalah berdasarkan kepada sejarah era kegemilangan Kesultanan Sulu. Lagipula, separuh daripada negeri Sabah adalah berada di bawah kekuasaan Kesultanan Sulu pada masa lampau[footnoteRef:15]. Namun, tuntutan mereka ini tidak mendapat sokongan daripada mana- mana negara sekali pun. Malah, kerajaan Malaysia secara terang- terangan telah menolak tuntutan tersebut dengan mengatakan bahawa ia tidak sah dari segi perundangan. [15: Ricardo S. Lazo, Jr., Philippine Governance and 1987 Constitution, Philippine: Rex Book Store, Ins, 2006. Hlm. 60.]

Hal ini menyebabkan mereka melakukan kekacauan dan gangguan di perairan sehingga menimbulkan isu keselamatan di kawasan yang terbabit[footnoteRef:16]. Aspek keselamatan yang serius boleh menjejaskan pelbagai aspek dalam negara seperti aspek ekonomi melalui penurunan jumlah pelancong luar. [16: Patricio N. Abinales, Orthodoxy and History in the Muslim- Mindanao Narrative, Manila: Ateneo de Manila University Press and Flipside Publishing. Bab 4.]

Melalui penerangan di atas, kita dapat meyimpulkan bahawa aspek keselamatan yang sering kali berlaku dalam pelbagai bentuk ini sebenarnya disebabkan oleh pelbagai faktor. Selain itu, kita juga dapat melihat perkaitan yang jelas bagaimana sejarah maritim masa lampau telah menyebabkan berlakunya isu keselamatan yang berlaku di Asia Tenggara pada zaman sekarang.

2.5 Isu Pendatang Tanpa IzinPendatang Asing Tanpa Izin (PATI) boleh dimaksudkan sebagai seseorang yang berada di negara lain tanpa mempunyai dokumen sah.[footnoteRef:17] Isu ini merupakan sebuah isu yang hangat diperkatakan yang mana kredibiliti pihak berkuasa dipersoalkan lantaran begitu banyak kes PATI di mana-mana negara di nusantara. Mereka menggunakan jalan laut (maritim) sebagai laluan utama untuk memasuki mana-mana negara yang mereka kehendaki. Sebagai contoh yang jelas, kebanyakan PATI yang berada di Borneo adalah berasal dari negara Filipina[footnoteRef:18] dan Indonesia yang menggunakan jalan laut sebagai laluan untuk memasuki negara ini. [17: Hj. Bukhory Hj. Ismail dan Hj. Ismail Sualman, Isu Pendatang Tanpa Izin: Peranan Media Terhadap Kesedaran, Pengetahuan Dan Sikap Di Kalangan Masyarakat Di Malaysia, Selangor: Institut Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersilan ( IRDC ). 2007. Hlm. 49.] [18: Ricardo S. Lazo, Jr., Philippine Governance and 1987 Constitution, Philippine: Rex Book Store, Ins, 2006. Hlm. 44.]

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemasukan PATI ke sesuatu negara menjadi satu ancaman yang menggugat keselamatan negara penerima. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang menghadapi masalah kemasukan kumpulan ini. Hal ini kerana, negara kita terdedah kepada keadaan huru-hara politik yang berlaku di beberapa negara Asia Tenggara seperti wujudnya perbezaan ekonomi di antara negara kita dengan negara lain yang menimbulkan keinginan rakyat negara lain itu untuk datang ke Malaysia dan keadaan sempadan maritim untuk memasuki negara ini sangat mudah iaitu hanya dengan menggunakan bot golongan PATI dapat memasuki negara ini. Selain itu, negara-negara asal tidak mengambil sebarang tindakan positif untuk menghalang rakyat masing-masing lari ke negara lain, malah ada negara asing yang menggalakkan rakyatnya untuk bermastautin di negara lain.Namun begitu, hal ini juga sebenarnya berkait rapat dengan isu maritim pada masa yang lalu. Hal ini boleh diperhatikan melalui isu negeri Sabah yang mana sebahagian daripada negeri Sabah merupakan kawasan Kesultanan Sulu. Keadaan ini menyebabkan ramai di antara penduduk Filipina yang masih menganggap negeri Sabah sebagai sebahagian daripada kawasan kerajaan mereka. Manakala, bagi PATI daripada Indonesia yang datang ke Malaysia pula, mereka menganggap bahawa Malaysia merupakan rumah kedua mereka kerana ramai saudara-mara yang sudah lama menetap di negara ini malahan terdapat juga individu yang berstatus penduduk tetap.Oleh hal yang demikian, meskipun isu ini semakin meruncing dari semasa ke semasa dan pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan seperti menghantar balik golongan PATI ke negara asal mereka, namun isu ini tetap berterusan dan sukar dikawal. Penguatkuasaan undang-undang oleh sesebuah kerajaan bagi mengekang masalah ini juga tidak dipedulikan oleh golongan ini. Tambahan pula, sikap masyarakat Malaysia yang seakan-akan menerima baik kedatangan golongan PATI misalnya turut menyumbang kepada masalah ini daripada terus berlarutan.

2.6 Isu Pemerdagangan dan PenyeludupanMenurut Akta 670- Antipemerdagangan orang 2007, Pemerdagangan orang didefinisikan sebagai segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang bagi maksud Akta ini.[footnoteRef:19] Pemerdagangan orang biasanya dilakukan untuk mendapatkan tenaga buruh yang lebih murah. Biasanya, faktor utama masalah ini berlaku adalah kerana kemiskinan dan kesempitan hidup yang menyebabkan segolongan manusia yang naif dan kurang terpelajar ini di dieksploitasi oleh segelintir individu yang tidak berperikemanusiaan. Golongan miskin, wanita dan kanak-kanak merupakan mangsa pemerdagangan orang yang paling tinggi dicatatkan.[footnoteRef:20] Hal ini kerana, golongan ini sangat mudah untuk dieksploitasi oleh pihak yang berkepentingan bagi tujuan mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi. [19: Akta Antipemerdagangan Orang 2007 ( Akta 670 ) Seksyen 2.] [20: Sulaiman et. el., Pemerdagangan Manusia Gugat Keselamatan, Pemikir, Utusan Karya, Sdn Bhd. 2011.]

Sebenarnya, isu ini merupakan rentetan daripada budaya perhambaan yang berlaku di kawasa nusantara suatu ketika dulu. Budaya perhambaan yang wujud di rantau ini pada suatu ketika dulu telah berkembang dan berubah berdasarkan keperluan golongan tertentu. Sebelum era kolonial berlaku, perhambaan menunjukkan status seseorang. Semakin ramai hamba yang dimiliki, semakin tinggilah status yang dipegang. Biasanya, hamba diperoleh daripada tawanan perang, hamba hutang dan hamba hulur. Setiap hamba mempunyai peranan mereka tertentu tetapi peranan yang paling utama ialah menjadi tenaga kerja kepada tuan mereka. Ramai hamba dari afrika telah dibawa masuk ke kawasan nusantara untuk dijadikan hamba khususnya oleh golongan sultan dan pembesar.Semasa era kolonial pula, buruh diperlukan untuk berkerja di sektor perlombongan, perladangan mahupun dalam sektor pembinaan. Bagi mendapatkan tenaga buruh yang lebih ramai, hamba dari Afrika khususnya dibawa ke kawasan nusantara. Namun, isu ini bukanlah sesuatu yang dianggap salah oleh para penjajah biarpun buruh yang dibawa masuk ke negara asing tidak mempunyai dokumen yang sah. Oleh itu, hal ini berlaku sehingga sekarang yang mana pemerdagangan orang dilakukan untuk dijadikan sebagai tenaga buruh di sektor-sektor tertentu.[footnoteRef:21] [21: Kassim & Azizah, Recruitment and employment of foreign Workers in Malaysia. Petaling Jaya: Pelanduk publications. 2002. Hlm. 67.]

Selain pemerdagangan orang, penyeludupan barangan juga menjadi isu yang sukar untuk ditangani di kawasan nusantara. Penyeludupan barangan membawa maksud kepada perbuatan membawa masuk barang-barang bercukai atau larangan ke Malaysia atau keluar dari Malaysia secara tidak sah. Jenis-jenis komoditi utama yang diseludup adalah seperti rokok, minuman keras, gula, minyak diesel dan sebagainya. Meskipun isu ini sudah lama berlaku di rantau ini, namun masalah ini masih tidak dapat diatasi sehingga ke akar umbi kerana beberapa halangan yang terpaksa dihadapi. Punca penyeludupan ialah berkaitan dengan undang-undang perairan antarabangsa. Bagi Malaysia pasukan keselamatan dan penguatkuasaan negara seperti kastam dan polis tidak mempunyai kuasa untuk merampas barang yang ada dalam sungai kerana terikat dengan undang-undang perairan antarabangsa.

3. 1 Analisis Berdasarkan perbincangan di atas, dapat dianalisis bahawa isu maritim yang berlaku pada hari ini merupakan rentetan daripada sejarah maritim masa lampau. Terdapat beberapa isu yang menonjol serta menggugat keselamatan perairan sesebuah negara di nusantara. Berdasarkan perbincangan di atas, isu perlanunan, isu keselamatan perairan di Asia Tenggara, isu persempadanan, pengeboman ikan, isu Pendatang Asing Tanpa Izin dan Isu pemerdagangan orang dan penyeludupan merupakan antara isu yang boleh menggugat keamanan di rantau ini. Setiap isu ini mempunyai peristiwa tersendiri yang menyebabkan isu ini berlarutan sehingga sekarang. Isu perlanunan, misalnya merupakan satu aktiviti rampasan barangan dan anak kapal yang dilakukan oleh golongan tertentu di nusantara. Mereka terdiri daripada orang Dayak, Balingingi dan Sulu yang mahir dalam ilmu pelayaran dan tahu tentang selok-belok perairan di nusantara. Selain itu, gelaran orang laut juga dikatakan menjadi lanun yang dianggap oleh para pelayar Barat sebagai perompak yang berbahaya. Pengeboman ikan juga menjadi salah satu masalah yang timbul ekoran daripada kedatangan nelayan asing yang memasuki perairan negara lain. Masalah ini dianggap berbahaya kerang boleh menganggu hidupan marin di perairan Asia Tenggara. Bukan itu sahaja, isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) juga menjadi ancaman keselamatan dan kedaulatan sesebuah negara. Kebanjiran golongan ini disesebuah negara boleh menjadi penyakit kronik kepada negara penerima sekiranya tidak ditangani dengan saksama oleh negara-negara di Asia Tenggara. Di samping itu, isu pemerdagangan orang dan penyeludupan juga menjadi isu yang mendapat liputan meluas oleh media massa di seluruh rantau Asia Tenggara. Hal ini demikian kerana, isu ini ibarat penyakit kanser kepada sesebuah negara, jika tidak ditangani sehingga ke akar umbi sudah pastinya masalah ini akan melumpuhkan ekonomi dan mengancam kedaulatan negara tersebut. Isu ini merupakan cabaran bagi negara-negara di rantau ini dalam menangani isu ini daripada terus merebak. Hal ini demikian kerana, isu-isu yang dibincangkan ini boleh mendatangkan pelbagai impak yang besar secara langsung mahupun tidak langsung kepada negara yang terbabit. Tidak ada jalan penyelesaian lain yang boleh dilakukan kecuali dengan mengadakan kerjasama serantau dengan negara lain. Melalui adanya kerjasama ini, diharapkan agar isu-isu ini dapat dibendung.4. 1 kesimpulanTuntasnya, isu-isu maritim yang seringkali menjadi polimik umum, tajuk perbualan di peringkat global mahupun isu yang seringkali menjadi tajuk di dada-dada akhbar masa kini merupakan rentetan daripada sejarah maritim masa lalu. Isu perlanunan, isu keselamatan perairan di Asia Tenggara, isu persempadanan seperti dalam isu hak pemilikan ke atas Pulau Sipadan dan persempadanan maritim membabitkan perairan antara Limbang dan Brunei, isu pengeboman ikan, isu PATI, dan isu pemerdagangan orang dan penyeludupan merupakan isu yang bersangkut-paut dengan sejarah maritim nusantara masa lalu. Setiap isu ini boleh menggugat keamanan serantau jika hanya dipandang enteng oleh setiap lapisan masyarakat amnya dan pihak kerajaan di sesebuah negara khususnya. Oleh hal yang demikian, dalam usaha menangani masalah ini, sejarah masa lampau juga perlu diambil kira untuk memahami keadaan yang berlaku pada masa ini.

5. 1 RujukanAdam J. Young. 2007. Contemporary Maritime Piracy in Southeast Asia: History, Causes and Remedies. Singapore: ISEAS Publishing.Alfred Russel Wallace. 2000. The Malay Archipelago. Singapore: Eric Oey.Catherine H. & Robins. 1971. Osteology and Relationships of the Eel Family Macrocephenchelyidae. Journal Proceedings of the Academy of Natural Sciences of Philadelphia, Vol. 123.David A. Colson. 2003. Sovereignty over Pulau Ligitan and Pulau Sipadan (Indonesia/Malaysia). Journal The American Journal of International Law. Vol. 97, No. 2.Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP). 2007.Henry Ling Roth. 1968. The Native of Sarawak and British North Borneo. Volume ii. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.J. G. Merrills. 2002. Sovereignty over Pulau Ligatan and Pulau Sipadan (Indonesia vs Malaysia): The Philippines' Intervention. Journal The International and Comparative Law Quarterly. Vol. 51, No. 3.John Kleinen and Manon Osseweiker (ed). 2010. Pirates , Ports, and Coast in Asia: Historical and Contemporary Perspectives. Singapore: ISEAS Publishing.Kassim & Azizah. 2002. Recruitment and employment of foreign Workers in Malaysia. Petaling Jaya: Pelanduk publications.Patricio N. Abinales. Orthodoxy and History in the Muslim- Mindanao Narrative. Manila: Ateneo de Manila University Press and Flipside Publishing.Ramli Dollah et. al. 2003. Pendatang Filipina di Sabah: Satu Pemerhatian dari Sudut Keselamatan , dalam Jurnal Jati, Jabatan Asia Tenggara. Universiti Malaya. Bil. 8, dan Bukit Aman. Dis. 2004.Ricardo S. Lazo, Jr. 2006. Philippine Governance and 1987 Constitution, Philippine: Rex Book Store, Ins.Robert C. Beckman et. al. 1994. Act of Piracy in the Malacca and Singapore Straits. Oman: IBRU.Sulaiman et. el. 2011. Pemerdagangan Manusia Gugat Keselamatan. Pemikir Utusan Karya, Sdn Bhd.

0