microsoft word - komputer dan isu.pdf

Upload: ksgan

Post on 28-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Microsoft Word - KOMPUTER DAN ISU.pdf

    1/2

    KOMPUTER DAN ISUKOMPUTER DAN ISUKOMPUTER DAN ISUKOMPUTER DAN ISU----ISU BERKAITANISU BERKAITANISU BERKAITANISU BERKAITAN****(Oleh: Ahmad Fauzi bin Mohamed)

    Dunia masa kini telah didorong oleh perubahan-perubahan yang digerakkan olehteknologi dan ledakan maklumat. Perkembangan tersebut telah mengubah dunia menjadisebuah tempat tanpa sempadan atau kampung sejagat iaitu perkembangan yang berlaku

    di tempat lain akan segera memberi impak kepada kita semua (Wan Mohd. Zahid Mohd.Noordin, 1993). Menurut Darr dan Goodman (dalam Irwin, 2000), penciptaan danperkembangan komputer akan memberi kesan perubahan sekurang-kurangnya kepadatiga perkara iaitu tingkah laku interpersonal, komunikasi, dan pendidikan.

    Malaysia juga sedang menuju ke arah pembangunan dan perubahan yang pesat.Hala tuju negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 memerlukan tenagamanusia yang terlatih dalam pelbagai bidang. Dalam bidang teknologi umpamanya,keperluan akan berteraskan kepada kuasa suria, angin, nuklear, bioteknologi, komputer,elektronik, robotik dan komunikasi yang tidak terhad. Walaupun perkembangan tersebutseharusnya menyaksikan penggunaan komputer dalam pendidikan semakin menyerlah,namun pelaksanaan program berasaskan teknologi maklumat khususnya di sekolah-sekolah didakwa lembap dan dianggap masih jauh ketinggalan.

    Komputer berasal dari bahasa Latin computare iaitu yang membawa maknamenghitung. Komputer pada dasarnya ialah sebuah mesin yang dapat menyimpan danmengolah atau memproses data. Komputer tidak boleh berfikir atau membuat taakulantetapi boleh melaksanakan tugasan berdasarkan arahan yang diberikan kepadanya(Fuori dan Gioia, 1993). Komputer menurut Ahmad, Corbett, Roger, dan Sussex (dalamTuzcuoglu, 2001) ialah alat yang tidak mampu bertindak sendiri. Tindak balas komputerbergantung kepada arahan yang diberikan oleh manusia sebagai pengguna.

    Menurut Norhaizat Mat Baki dan Irene Pang (2002), komputer ialah mesinberteknologi tinggi yang digunakan untuk menyimpan dan memproses maklumat.Noresah Baharom, et al. (1994) mendefinisikan komputer sebagai alat atau sistemelektronik yang dapat memudahkan penyimpanan maklumat yang banyak dan kompleksserta membolehkan maklumat tersebut dianalisis dan dicapai dengan cepat apabiladiperlukan. Sementara komputer menurut Othman Shariff (2001) ialah peralatan yangmelakukan tiga perkara iaitu menerima arahan input, memproses maklumat, danmengeluarkan output.

    Shelly, Cashman, Gunter, dan Gunter (2002) pula mendefinisikan komputersebagai sebuah mesin eletronik yang beroperasi di bawah kawalan arahan-arahan yangdisimpan di dalam ingatannya. Mesin tersebut boleh menerima data, memanipulasi datamengikut peraturan-peraturan yang tertentu, menghasilkan keputusan, dan menyimpankeputusan tersebut untuk kegunaan pada masa yang akan datang. Definisi tersebuttelah mengaitkan komputer sebagai alat eletronik untuk input, proses, output, dan storandata.

    Ken Neo dan Neo Mai (2000) pula telah mengaitkan definisi komputer dengan

    kerja-kerja yang dilakukan oleh manusia. Menurut mereka, komputer ialah mesineletronik yang kompleks yang memproses data. Komputer membolehkan penggunamelakukan kerja-kerja yang terlalu membebankan, membosankan, dan kompleks untukditangani. Komputer membantu melakukan tugas-tugas yang kompleks dengan pantasdan cepat.

    Menurut Tuzcuoglu (2001) komputer ialah alat interaktif dan telah menjadisebahagian kehidupan harian manusia. Komputer digunakan di kebanyakan pejabat,bank, atau kilang untuk pelbagai tujuan seperti penyimpanan rekod, pengurusan

  • 7/25/2019 Microsoft Word - KOMPUTER DAN ISU.pdf

    2/2

    pejabat, perbankan, pengawalan trafik, pemprosesan perkataan, dan permainan.Peningkatan mendadak penggunaan teknologi komputer telah mengubah kehidupanjutaan manusia serta organisasi sosial di mana mereka bekerja.

    Komputer juga dikaitkan teknologi maklumat. Menurut Martin (1994), teknologimaklumat terdiri dari semua bentuk teknologi yang terlibat dalam pengumpulan,manipulasi, komunikasi, persembahan, dan menggunakan data termasuk data yangtelah ditransformasikan kepada maklumat. Teknologi maklumat juga dikatakan sebagaisatu alat yang dapat membantu manusia untuk bekerja dengan maklumat danmelakukan tugasan yang berkaitan dengan memproses maklumat (Haag dan Keen,1996).

    Sean (dalam Mcleod, 1998) pula menyatakan bahawa teknologi maklumatmengandungi tiga komponen yang tidak boleh terpisah iaitu komputer, komunikasi, dantahu-guna. Gabungan tersebut mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untukmenjadi lebih produktif, efektif, dan berjaya. Komputer dan rangkaian komputer tidakberguna jika tidak tahu digunakan. Mengetahui bila hendak menggunakan komputersama penting dengan mengetahui bagaimana hendak menggunakannya. Juga tidakkurang penting ialah kebolehan berkomunikasi melalui komputer iaitu menghubungkanmanusia melalui teknologi maklumat.

    Huraian tersebut memperlihatkan pula perluasan istilah teknologi maklumatkepada kepada teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Menurut KementerianPelajaran Malaysia [KPM] (2001), ICT ialah sistem yang membolehkan pengumpulan,pengurusan, manipulasi, perolehan dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk.Dalam konteks pendidikan, ICT bermaksud penggunaan teknologi maklumat dankomunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran,pengajaran dan pembelajaran, serta pendidikan sepanjang hayat.

    Fenomena kebimbangan terhadap komputer dan penggunaan komputer dikenalisebagai technophobia yang bermaksud keengganan menerap teknologi, khususnyakomputer (Daniel, 1999). Rosen dan Weil (dalam Orr, 2002) telah mengklasifikasitechnophobia kepada tiga tahap iaitu (a) anxious technophobe iaitu memperlihatkan

    tanda-tanda klasik reaksi kebimbangan apabila menggunakan teknologi seperti tapaktangan berpeluh, degupan jantung kencang, atau sakit kepala (b) cognitive technophobeiaitu secara luaran kelihatan bersahaja dan relaks tetapi dalaman penuh dengan sikapnegatif, dan (c) uncomfortable user iaitu memperlihatkan sedikit keresahan ataumemberi pernyataan negatif yang sedikit. Secara amnya, kebimbangan tahap ketigatidak memerlukan kauseling personal.

    * Esei ini merupakan sebahagian daripada tesis MSc. (Education Management)penulis di Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah Darul Aman.