micro teaching

26
KEMAHIRAN MIKROPENGAJARAN KPD 3026/EDU 3056

Upload: jasmineteong

Post on 19-Nov-2015

64 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

education

TRANSCRIPT

  • KEMAHIRAN MIKROPENGAJARANKPD 3026/EDU 3056

  • HASIL PEMBELAJARANMenghuraikan sepuluh kemahiran mikropengajaran iaitu memulakan pengajaran (termasuk mencungkil idea), menyoal, menerang, memperkukuh, mengilustrasi dengan contoh, membuat demonstrasi, mengendali perbincangan dan eksperimen, menutup pengajaran, dan membuat refleksi.Mengaplikasi pengetahuan tentang kemahiran mikropengajaran semasa membuat persembahan

  • Apa itu kemahiran mikropengajaran?Kemahiran mengajar yang diintegrasi dan dilaksanakan secara bersepadu dan harmoni bagi membantu pembelajaran berlaku secara berkesan.

  • 10 Kemahiran MikropengajaranMemulakan pengajaran (termasuk mencungkil idea)Menyoal Menerang MemperkukuhMengilustrasi dengan contoh Membuat demonstrasi Mengendali perbincangan Mengendali kerja amali Menutup pengajaran Membuat refleksi

  • 1. Kemahiran memulakan pengajaran (termasuk mencungkil idea)Tujuan fasa permulaan pengajaran: Menarik perhatian pelajar Membantu pelajar bersedia dari sudut kognitif dan afektif Memperkenalkan objektif pembelajaran Membina aliran pemikiran Mengetahui pengetahuan sedia ada dan miskonsepsi pelajar

  • Elemen penting kemahiran memulakan pengajaranMenarik perhatianmenggunakan suara, pergerakan, isyarat badan dan eye contactmenggunakan bantuan alat pandang dengar mempelbagaikan interaksi antara guru dan pelajar

  • Elemen penting kemahiran memulakan pengajaranMenimbulkan motivasi pelajarmewujudkan hubungan baik menunjukkan keghairahan mengajar merangsang sifat ingin tahu bercerita

  • Elemen penting kemahiran memulakan pengajaranMenstruktur pengajaran dan pembelajaranmenunjukkan hasil pembelajaran membuat ringkasan keseluruhan aktiviti P&P (overview)mencungkil idea pelajar tentang tajuk/konsep yang akan diajar

  • Elemen penting kemahiran memulakan pengajaranMembuat perkaitanmembanding dan membezakan antara pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan yang akan diajarmenghubungkaitkan pengalaman pelajar atau kejadian semasa yang relevan dengan topik yang akan diajar

  • Mencungkil ideaSebahagian kemahiran memulakan pengajaran terkandung dalam elemen menstruktur P&P. Langkah pertama ke arah memurni, menstruktur semula, dan/atau mengatasi sebarang prakonsepsi/miskonsepsi yang kemungkinan ada pada pelajar. Pelajar akan lebih menyedari tentang idea asal mereka dan oleh itu lebih mudah membuat perkaitan dengan maklumat baru atau menstruktur semula idea tersebut jika didapati ada percanggahan. Mengetahui status idea atau pengetahuan sedia ada pelajar dan dapat merancang tindakan susulan yang bersesuaian.

  • Beberapa cara mencungkil idea pelajar

    Soal jawab keseluruhan kelas Perbincangan kumpulan Demonstrasi guruKuiz pendek atau praujian Ramal-Perhati-Terang (Predict-Observe-Explain, POE)Peta konsep (Concept map)Kartun konsep (Concept Cartoon)Peristiwa bercanggah (Discrepant event)Interview about events Interview about instances

  • Kemahiran MenyoalTujuan menyoal Memulakan inkuiri Melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran Menarik perhatian pelajar dan menimbulkan sifat ingin tahu Menumpukan perhatian pelajar kepada sesuatu idea atau konsep Menggalakkan pelajar bertanya soalan Membina kemahiran berfikir Meminta penjelasan idea pelajar Mengenal pasti dan menangani miskonsepsi Mentaksir kefahaman pelajar

  • 5 langkah utama menyoal:Langkah 1- Ajukan soalan kepada seluruh kelas Langkah 2 - Memberi masa berfikir yang sesuai (wait-time) Langkah 3 - Memilih pelajar untuk menjawab Langkah 4 - Memberi respon atau reaksi yang bersesuaian kepada jawapan pelajar Langkah 5 - Memberi penekanan atau membuat ringkasan jawapan tepat/yang boleh diterima

  • Kemahiran MenerangTujuan menerang Menyampaikan maklumat dengan cara yang berkesan Membina pengetahuan dan kefahaman pelajar Pelajar dapat mengikut arahan

  • Jenis-jenis peneranganPenaakulan Menggunakan proses logik untuk menjawab soalan Menstruktur semula konsep atau ideaInterpretatif Menghuraikan maksud sesuatu istilah atau penyataan, idea, konsep, prinsip, atau teori Deskriptif Menghuraikan proses, struktur, dan prosedur Arahan jelas langkah-langkah menjalankan sesuatu

  • Empat Prinsip Utama Kemahiran MenerangGunakan kejelasan Tumpukan kepada aspek yang spesifik Gunakan contoh, illustrasi dan media yang relevan dan menarik Fokus semula dengan membuat ringkasan Gunakan bahasa mudah dan sesuai dengan pelajar Elak kekaburan dan ayat tidak relevan

  • Empat Prinsip Utama Kemahiran Menerang

    Gunakan penegasan Intonasi berbeza Penunjuk/penyerlah Pergerakan, gerak isyarat

  • Empat Prinsip Utama Kemahiran MenerangUrutan/Kesinambungan Induktif/deduktif Bantu ingat (prompts) Variasi dan kata penghubung Pelbagaikan kelajuan penyampaian

  • Empat Prinsip Utama Kemahiran Menerang

    Dapatkan maklum balas Libatkan pelajar Wujudkan peluang pelajar menunjukkan kefahaman, minat dan sikap

  • Kemahiran Menutup Pengajaran Aspek Kognitif Melihat semula/memperkukuh dan meringkaskan hasil pembelajaran. Menilai kefahaman pelajar. Beberapa soalan yang boleh diajukan pada sesi penutup:

  • Contoh soalan:Apakah yang telah anda pelajari hari ini?Bagaimana kita boleh meringkaskan perbincangan kita pada hari ini dalam beberapa ayat sahaja?Apakah idea atau konsep utama yang telah kita bincangkan hari ini?Bagaimana idea-idea utama yang kita bincangkan berkait antara satu sama lain?Bagaimanakah perbincangan hari ini berkait dengan apa yang kita pelajari semalam?Bagaimana agaknya idea atau konsep yang kita bincangkan hari ini boleh diaplikasi kepada situasi baru atau berbeza yang kamu mungkin hadapi pada masa hadapan?

  • Kemahiran Menutup Pengajaran Aspek Kognitif:Pelajar membuat refleksi ke atas apa dan bagaimana mereka belajar dan membuat kesimpulan Cuba jadikan pengakhiran pelajaran sesuatu yang tidak dapat dilupakanMembuat perkaitan dengan pelajaran akan datang Memberi kerja rumah/pembacaan yang sesuai

  • Kemahiran Menutup Pengajaran Aspek Sosial Nilai afektif: Perasaan mencapai kejayaan dan keseronokan pengalaman belajar. Cuba jadikan pelajar berasa apa yang mereka pelajari itu penting dan istimewa. Contohnya bertanya:Apakah kebaikan yang diperoleh daripada mengetahui bagaimana prinsip ini boleh diaplikasikan?

  • Kemahiran Menutup Pengajaran Aspek Sosial:Bagaimana perasaan kamu tentang pengalaman pembelajaran hari ini?Adakah kamu pelajari sesuatu yang baru? Adakah ia menarik?Adakah pelajaran hari ini berguna di luar bilik darjah?Bagaimanakah pelajaran hari ini boleh membantu kamu membuat keputusan atau menyelesaikan masalah dalam kehidupan kamu di luar bilik darjah?Adakah kamu berasa seronok dengan pembelajaran hari ini?

  • Ada 6 lagi Kemahiran Mikropengajaran

    MemperkukuhMengilustrasi dengan contoh Membuat demonstrasi Mengendali perbincangan Mengendali kerja amali Membuat refleksi

  • Tugasan KumpulanBagi setiap kemahiran yang diberikan, sila buat demonstrasi di hadapan kawan-kawan anda.Peruntukan masa 15 minit bagi setiap kumpulan.Semasa demonstrasi dijalankan, pelajar-pelajar lain perlu menganalisis tentang teknik dan kriteria-kriteria penting dalam kemahiran tersebut.Perbincangan akan dijalankan selepas demonstrasi kemahiran dipersembahkan.