menterjemah sari kata

14
MENTERJEMAH SARI KATA NURUL WARDAH NAZIFAH BINTI RAZALI A139307 TERJEMAHAN ARAB – MELAYU – ARAB 2 PPPJ2443 JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM, UKM

Upload: wardah-naz

Post on 28-Jul-2015

175 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Menterjemah sari kata

MENTERJEMAH SARI KATA

NURUL WARDAH NAZIFAH BINTI RAZALIA139307

TERJEMAHAN ARAB – MELAYU – ARAB 2 PPPJ2443

JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM, UKM

Page 2: Menterjemah sari kata

Orang yang menonton filem atau drama televisyen mempunyai dua sumber maklumat bagi memahami cerita yang sedang ditontonnya.

Sumber pertama adalah gambar-gambar yang sedang ditayangkan pada skrin. Sumber kedua adalah skrip dialog yang diperdengarkan kepada penonton.

Maklumat yang perlu dimasukkan dalam sari kata adalah maklumat yang tidak dapat diketahui oleh penonton melalui apa yang ditontonnya (Ainon Mohd & Abdullah Hassan, 2008).

Page 3: Menterjemah sari kata

Jenis Sari Kata

Sari kata bagi dialog dalam

drama

Sari kata bagi suara latar

belakang dalam rancangan

dokumentari

Sari kata bagi teks

penceramah

Page 4: Menterjemah sari kata

Sari Kata bagi Dialog dalam Drama

Dialog drama mestilah diterjemahkan ke dalam bentuk dialog juga.

Gaya bahasa drama adalah gaya bahasa pertuturan sehari-hari.

Spontan dan penuh dgn beban emosi (Ainon Mohd & Abdullah Hassan, 2008).

Page 5: Menterjemah sari kata

Sari Kata bagi Suara Latar Belakang dalam Rancangan Dokumentari

Teks suara latar belakang adalah sejenis dialog.

Menggunakan bahasa yang tersusun rapi.Berbeza dgn gaya bercakap dalam drama.

Page 6: Menterjemah sari kata

Sari Kata bagi Teks Penceramah

Ceramah juga merupakan dialog.Bentuk monolog (tidak mempunyai lawan

bercakap).

Page 7: Menterjemah sari kata

Panduan Penting bagi Terjemahan Sari Kata Filem dan Televisyen

Sari kata hendaklah sama laju dgn kadar kelajuan pertukaran gambar pada skrin

Terjemahkan maklumat yang tidak boleh difahami oleh

penonton drpd menonton gambar

dlm skrin

Pilih perkataan-perkataan yang

pendek

Salah satu cara memendekkan

perkataan adalah dgn berjimat cermat

apabila menggunakan penambahan.

Pilih frasa yang pendek

Pilih dialog yang pendek

Page 8: Menterjemah sari kata

Sari kata hendaklah sama laju dgn kadar kelajuan pertukaran gambar pada skrin

• Terjemahan sari kata filem & televisyen mestilah seringkas yang boleh.

• Jika panjang, akan menimbulkan kesan negatif:1) penonton mengambil lebih banyak masa bagi membaca sari kata itu.2) disebabkan saiz skrin itu terhad, sari kata itu terpaksa disambung ke dalam frem depan. Akibatnya sari kata itu tergantung-gantung & tidak dapat dibaca sehingga tamat dalam satu frem.3) saiz skrin yang terhad juga menyebabkan sari kata yang panjang ditulis dalam dua baris ataupun lebih.4) banyak dialog tidak sempat diberikan sari katanya.

Page 9: Menterjemah sari kata

Terjemahkan maklumat yang tidak boleh difahami oleh penonton drpd menonton gambar dlm skrin

• Kalau gambar menunjukkan pelakon sedang minum kopi, sari kata tidak ditulis “pahitnya kopi ni” tetapi cukup dgn menulisnya “pahitnya”.

• Kalau gambar menunjukkan dgn jelas pelakon ditimpa sesuatu kemalangan, sari kata tidak perlu dituliskan “apa yang telah terjadi pada kau?”, cukup dgn “Apa dah jadi?”.

Page 10: Menterjemah sari kata

Pilih perkataan-perkataan yang pendek

• Merujuk kepada jumlah huruf pada ejaan perkataan itu.

• Cth: a) pandang, nampak, lihat, tengokb) perempuan, wanitac) waktu, masa

Page 11: Menterjemah sari kata

Salah satu cara memendekkan perkataan adalah dgn berjimat cermat apabila menggunakan

penambahan.• Perkataan yang mempunyai tambahan boleh digunakan

dalam bentuk kata akarnya saja.• Cth:a) kemajuan-maju

b) kebersihan-bersih• Bagi perkataan yang menggunakan dua atau lebih

penambahan, jumlah penambahan itu boleh dikurangkan.• Cth: memajukan-majukan• Cth: ayat “Jangan menyebabkan aku malu” boleh ditulis

“Jangan buat aku malu” @ “Jangan malukan aku” @ “Jangan bagi malu”.

Page 12: Menterjemah sari kata

Pilih frasa yang pendek

• Kebanyakan frasa boleh digantikan dgn satu perkataan shj.

• Cth: mendirikan rumah tangga – bersuami, beristeri, berkahwin

Page 13: Menterjemah sari kata

Pilih dialog yang pendek

• Dgn cara menggantikan gaya cakap orang itu dgn gaya cakap orang Melayu (Ainon Mohd dan Abdullah Hassan: 2008).

• Cth: ayat “I can feel exactly how you feel.” (sembilan suku kata) tidak boleh diterjemahkan menjadi “Aku dapat merasakan apa yang kau rasakan” (lima belas suku kata) krn orang Melayu tidak bercakap begitu, sebaliknya mereka berkata “Aku tahu perasaan kau.” (sembilan suku kata).

Page 14: Menterjemah sari kata

Sekian,Terima Kasih