bab keenam panduan bahasa melayu - fakulti teknologi dan ... · pdf filementerjemah tatabahasa...

25
Bab Keenam: Panduan Bahasa Melayu Bab Keenam Panduan Bahasa Melayu TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS KEPADA BAHASA MELAYU Panduan Am Menterjemah Menterjemah Tatabahasa Menterjemah Frasa Menterjemah kata sendi Menterjemah adverba-ly Masalah Istilah dalam Bahasa Inggeris KEKELIRUAN DALAM BAHASA MELAYU Kekeliruan 1: Kesilapan Penggandaan Kata Kekeliruan 2: Kesilapan Penggunaan adalah atau ialah Kekeliruan 3: Kesilapan Penggunaan di, dalam dan di dalam Kekeliruan 4: Kesilapan Penggunaan di antara dan antara Kekeliruan 5: Kesilapan penggunaan di dan ke Kekeliruan 6: Kesilapan penggunaan dari dan daripada Kekeliruan 7: Kesilapan Penggunaan untuk atau bagi Kekeliruan 8: Kesilapan Mengeja Kata dengan k dan kk Kekeliruan 9: Kesilapan Penggunaan sekali, sungguh, paling dan ter Kekeliruan 10: Kesilapan Penggunaan Kata Nafi bukan atau tidak ISBN 978-983-41293-6-1 131

Upload: buidiep

Post on 05-Mar-2018

237 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab Keenam Panduan Bahasa Melayu - Fakulti Teknologi dan ... · PDF fileMenterjemah Tatabahasa Menterjemah Frasa Menterjemah kata sendi ... Penggunaan Kata Nafi bukan atau ... beberapa

Bab Keenam: Panduan Bahasa Melayu

Bab Keenam Panduan Bahasa Melayu

TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS KEPADA BAHASA MELAYU

Panduan Am MenterjemahMenterjemah TatabahasaMenterjemah FrasaMenterjemah kata sendiMenterjemah adverba-lyMasalah Istilah dalam Bahasa Inggeris

KEKELIRUAN DALAM BAHASA MELAYU

Kekeliruan 1: Kesilapan Penggandaan Kata Kekeliruan 2: Kesilapan Penggunaan adalah atau ialah Kekeliruan 3: Kesilapan Penggunaan di, dalam dan di dalam Kekeliruan 4: Kesilapan Penggunaan di antara dan antara Kekeliruan 5: Kesilapan penggunaan di dan ke Kekeliruan 6: Kesilapan penggunaan dari dan daripada Kekeliruan 7: Kesilapan Penggunaan untuk atau bagi Kekeliruan 8: Kesilapan Mengeja Kata dengan k dan kk Kekeliruan 9: Kesilapan Penggunaan sekali, sungguh, paling dan terKekeliruan 10: Kesilapan Penggunaan Kata Nafi bukan atau tidak

ISBN 978-983-41293-6-1 131

Page 2: Bab Keenam Panduan Bahasa Melayu - Fakulti Teknologi dan ... · PDF fileMenterjemah Tatabahasa Menterjemah Frasa Menterjemah kata sendi ... Penggunaan Kata Nafi bukan atau ... beberapa

Bab Keenam: Panduan Bahasa Melayu

Bab Keenam Panduan Bahasa Melayu

Satu daripada kelemahan utama pelajar ialah untuk menulis dalam Bahasa Melayu dengan menggunakan gaya bahasa yang betul. Bab ini bertujuan untuk memberikan beberapa panduan am bagi menulis dalam Bahasa Melayu. Bab ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama adalah panduan menterjemah daripada Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu. Bahagian kedua pula adalah berkenaan beberapa kesilapan biasa yang dilakukan oleh pelajar semasa menulis dalam Bahasa Melayu. TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS KEPADA BAHASA MELAYU Seperti juga bidang sains lain, kebanyakan bahan rujukan bidang Sains Komputer dan Kejuruteraan Perisian adalah dalam Bahasa Inggeris. Sehubungan itu, anda pasti berhadapan dengan situasi yang memerlukan anda menterjemah atau mengulas semula bahan yang dirujuk dalam Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu. Ainon dan Abdullah (2001) mengatakan ayat boleh dibahagikan kepada tiga jenis: ayat maklumat, ayat perasaan dan ayat arahan. Dalam terjemahan, menterjemah ayat maklumat adalah yang paling mudah. Dua jenis ayat lagi lebih susah untuk diterjemahkan. Kebanyakan ayat dalam bidang sains adalah daripada jenis ayat maklumat. Walaupun ayat jenis ini dikatakan lebih senang untuk diterjemah, namun kesalahan dalam penterjemahan kerap berlaku. Sehubungan itu, bahagian ini memberikan panduan ringkas dan bermanfaat kepada anda untuk menterjemahkan bahan dalam bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Sebagai makluman, kami telah merujuk panduan yang ditulis oleh (Ainon dan Abdullah 2005) bagi menyediakan bahagian ini. Manakala contoh-contoh yang diberikan sebolehnya telah disesuaikan dengan bidang Sains Komputer. Namun, terdapat juga beberapa contoh dari sumber asal (khasnya dalam Jadual 6.5) digunakan kerana kesukaran untuk mendapatkan contoh yang sesuai. Sehubungan itu, untuk perbincangan yang lebih menyeluruh tentang teknik terjemahan, anda digalakkan untuk merujuk buku yang asal.

ISBN 978-983-41293-6-1 132

Page 3: Bab Keenam Panduan Bahasa Melayu - Fakulti Teknologi dan ... · PDF fileMenterjemah Tatabahasa Menterjemah Frasa Menterjemah kata sendi ... Penggunaan Kata Nafi bukan atau ... beberapa

Bab Keenam: Panduan Bahasa Melayu

Panduan Am Menterjemah Panduan 1: Tujuan utama kita menterjemah satu bahan daripada Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu adalah untuk membolehkan maklumat yang terdapat dalam bahan tersebut difahami oleh orang yang menggunakan Bahasa Melayu. Justeru, semasa menterjemah, kita perlu mengekalkan maklumat yang ingin disampaikan. Anda boleh mengubahsuai tatabahasa mahupun perkataan yang digunakan, asal saja maklumat yang ingin disampaikan sama.

Frasa Bahasa Inggeris:

Hold down ALT key, and then drag over the text.

Terjemahan: Pegang ke bawah kekunci ALT, dan kemudian tarik atas teks tersebut. (x) Tekan kekunci ALT, dan seret atas teks tersebut. (√)

Panduan 2: Terdapat perkataan dalam Bahasa Inggeris yang tidak ada padanannya dalam Bahasa Melayu, seperti the, is, a dan an. Perkataan tersebut boleh diabaikan. Contohnya;

Frasa Bahasa Inggeris:

An Introduction to Computer Science.

Terjemahan: Satu Pengenalan Kepada Sains Komputer. (x) Pengenalan Sains Komputer. (√) Pengantar Sains Komputer. (√)

Panduan 3: Ayat dalam Bahasa Inggeris ditentukan oleh tenses yang terlibat. Dalam bahasa Melayu, soal tenses diitafsirkan berdasarkan konteks perbincangan secara keseluruhan.

Frasa Bahasa Inggeris:

The software engineering term was first introduced in 1961.

Terjemahan: Istilah kejuruteraan perisian telah diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 1961. (x) Istilah kejuruteraan perisian diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 1961. (√)

ISBN 978-983-41293-6-1 133

Page 4: Bab Keenam Panduan Bahasa Melayu - Fakulti Teknologi dan ... · PDF fileMenterjemah Tatabahasa Menterjemah Frasa Menterjemah kata sendi ... Penggunaan Kata Nafi bukan atau ... beberapa

Bab Keenam: Panduan Bahasa Melayu

Panduan 4: Bagi perkataan yang mempunyai padanan lebih daripada satu, kita mempunyai pilihan untuk menterjemahkannya. Namun, anda tidak boleh menggunakan sebarangan pilihan perkataan. Konteks penggunaan perkataan tersebut mestilah diteliti.

Frasa Bahasa Inggeris:

Space Character

Terjemahan: Sifat Angkasa (x) Aksara Ruang (√)

Frasa Bahasa Inggeris:

Chemical Plant

Terjemahan: Tumbuhan Kimia (x) Loji Kimia (√)

Panduan 5: Sekiranya ayat yang diterjemah mengandungi suatu budaya yang tiada dalam budaya Melayu, maka cubalah cari persamaan yang paling hampir.

Frasa Bahasa Inggeris:

Like chalk and cheese.

Terjemahan: Seperti kapur dengan keju. (x) Seperti langit dengan bumi. (√)

Perkataan yang melibatkan budaya amat kurang dalam penulisan ayat berbentuk maklumat. Namun, jika ada keperluan untuk anda menterjemahkan ayat khasnya berbentuk peribahasa, maka dicadangkan anda merujuk (Shamsuddin, 2005). Menterjemah Tatabahasa Dua ayat yang serupa dari segi bentuk tatabahasanya, tidak semestinya mempunyai makna yang sama. Frasa Bahasa Inggeris: The properties of the system.

Maknanya: The properties belong to the system.

namun,

Frasa Bahasa Inggeris: The correctness of the specification. Maknanya: The specification is correct.

ISBN 978-983-41293-6-1 134

Page 5: Bab Keenam Panduan Bahasa Melayu - Fakulti Teknologi dan ... · PDF fileMenterjemah Tatabahasa Menterjemah Frasa Menterjemah kata sendi ... Penggunaan Kata Nafi bukan atau ... beberapa

Bab Keenam: Panduan Bahasa Melayu

Bukannya: The correctness belongs to the specification. apatah lagi jika,

Frasa Bahasa Inggeris: The user of the system. Maknanya: The one who use the system. Bukannya: The user belongs to the system, atau

The system is useful. Sehubungan itu, janganlah mengamalkan penterjemahan yang sama ke atas binaan tatabahasa yang sama kerana seperti contoh di atas, maknanya boleh berbeza. Begitu juga, binaan tatabahasa yang berbeza boleh digunakan bagi menterjemah suatu ayat. Frasa Bahasa Inggeris: The Reverse Polish Notation was found by a

polish. Kesemua berikut adalah terjemahan betul:

Notasi Polish Songsang ditemui oleh seorang berbangsa Poland. (√) Seorang berbangsa Poland menemui Notasi Polish Songsang. (√) Seorang berbangsa Polandlah yang menemui Notasi Polish Songsang. (√) Yang menemui Notasi Polish Songsang ialah seorang berbangsa Poland. (√)

Menterjemah Frasa Kedudukan perkataan dalam bahasa Melayu tidak sama dengan bahasa Inggeris. Dalam bahasa Inggeris, kata sifat ditulis sebelum kata nama. Contohnya: Frasa Bahasa Inggeris: Simple algorithm Terjemahan: Mudah algoritma. (x) Algoritma mudah. (√) Frasa Bahasa Inggeris: Robust and user friendly computer system. Terjemahan: Teguh dan mesra pengguna sistem komputer. (x) Sistem komputer yang teguh dan mesra pengguna.

(√)

ISBN 978-983-41293-6-1 135

Page 6: Bab Keenam Panduan Bahasa Melayu - Fakulti Teknologi dan ... · PDF fileMenterjemah Tatabahasa Menterjemah Frasa Menterjemah kata sendi ... Penggunaan Kata Nafi bukan atau ... beberapa

Bab Keenam: Panduan Bahasa Melayu

Kesilapan yang lebih kerap berlaku bila melibatkan gabungan rangkai kata. Contohnya:

Frasa Bahasa Inggeris: The last phase of the Waterfall Model is testing. Terjemahan: Fasa Model Air Terjun yang terakhir ialah

pengujian. (x) Fasa terakhir Model Air Terjun ialah pengujian. (√)

Dalam kes di atas, ‘yang terakhir' merujuk kepada fasa, bukannya Model Air Terjun. Sebagai panduan bagi menterjemah frasa, unsur-unsur terdekat hendaklah disusun berdekatan apabila diterjemahkan. Sebagai contohya, perhatikan cara untuk menterjemah frasa Bahasa Inggeris berikut:.

High-speed Network Protocol Specification

Cara untuk melakukan terjemahan adalah seperti berikut: ungkaikan frasa kepada perkataan, dan gabungkannya satu demi satu dengan bermakna, seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Jadual 6.1: Kaedah Terjemahan Frasa

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Specification Spesifikasi Protocol Specification Spesifikasi Protokol Network Protocol Specification Spesifikasi Protokol Rangkaian High-Speed Network Protocol Specification

Spesifikasi Protokol Rangkaian Berkelajuan Tinggi

Jadi terjemahan yang betul ialah

Spesifikasi Protokol Rangkaian Berkelajuan Tinggi bukannya Spesifikasi Rangkaian Protokol Berkelajuan Tinggi Menterjemah kata sendi Kata sendi dalam Bahasa Inggeris perlu diterjemah mengikut fungsi semantiknya. Sekiranya fungsi semantik tidak diketahui, terjemahan anda akan kelihatan tidak tabii. Fungsi semantik kata sendi boleh dirujuk dalam kamus.

ISBN 978-983-41293-6-1 136

Page 7: Bab Keenam Panduan Bahasa Melayu - Fakulti Teknologi dan ... · PDF fileMenterjemah Tatabahasa Menterjemah Frasa Menterjemah kata sendi ... Penggunaan Kata Nafi bukan atau ... beberapa

Bab Keenam: Panduan Bahasa Melayu

Jadual 6.2 hingga 6.4 di bawah menunjukkan beberapa kaedah bagi menterjemah beberapa kata sendi seperti for, on dan over.

Jadual 6.2: Contoh terjemahan bagi kata sendi for Fungsi semantik Contoh ayat

Tempoh Kata sendi for digantikan dengan selama.

The testing was running for 30 days. Pengujian tersebut dilakukan selama 30 hari.

Sebab Kata sendi for tidak perlu digantikan.

The errors were implemented for a purpose. Ralat tersebut sengaja diimplemen.

Tujuan Kata sendi for diganti dengan untuk.

The application was developed for improving the learning process. Aplikasi tersebut dibangunkan untuk memperbaiki proses pembelajaran.

Penerima Kata sendi for diganti dengan untuk.

The application was developed for children with learning disabilities. Aplikasi tersebut dibangunkan untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran.

Jadual 6.3: Terjemahan bagi kata sendi on Fungsi semantik Contoh ayat

Masa A processor model provides estimated upper- and lower-bounds on the running time and length of a code fragment when executed on that processor. Model pemproses memberikan anggaran batas atas dan batas bawah bagi masa larian dan panjang serpihan kod apabila dilaksanakan pada pemproses tersebut.

Subjek Our specification focuses on key aspects of the protocol needed for safety. Spesifikasi kami menumpu kepada aspek utama protokol.

ISBN 978-983-41293-6-1 137

Page 8: Bab Keenam Panduan Bahasa Melayu - Fakulti Teknologi dan ... · PDF fileMenterjemah Tatabahasa Menterjemah Frasa Menterjemah kata sendi ... Penggunaan Kata Nafi bukan atau ... beberapa

Bab Keenam: Panduan Bahasa Melayu

Jadual 6.4: Terjemahan bagi kata sendi over Fungsi semantik Contoh ayat

Tempat A cctv is placed over the wall. Sebuah cctv diletakkan di dinding.

Matlamat They threw a blanket over her. Mereka menutup tubuhnya dengan selimut.

Perjalanan They climb over the wall. Mereka memanjat tembok itu.

Arah perjalanan They live over the road. Mereka tinggal di seberang jalan.

Hasil At last we were over the crest of the hill. Akhirnya kami sampai ke puncak bukit.

Tiada pergerakan Leaves lay thick over the ground. Daun penuh bertaburan di atas tanah.

Pergerakan They spalsh water all over me. Mereka simbah saya dengan air hingga basah kuyup.

Kata sendi dalam Bahasa Inggeris yang lain dan fungsi semantiknya ditunjukkan dalam Jadual 6.5.

Jadual 6.5: Pelbagai kata sendi berdasarkan fungsi semantik Fungsi semantik Contoh kata sendi

tempat at, on, in, upon, inside, above, outside, within, by, over, under, below, behind, about,

arah up, down, along, around, towards, across, from, away from

masa when, at, on, in, during, for, before, after, since, until, till, between, up to, by

sebab akibat, alasan, tujuan dan motif

because of, on account, for, from, out of, in order, to, at, with, without, having, except for, but, with reference to, as to, as for, in spite of, despite, for all, with all, not withstanding, but for

merujuk subjek about, on

ISBN 978-983-41293-6-1 138

Page 9: Bab Keenam Panduan Bahasa Melayu - Fakulti Teknologi dan ... · PDF fileMenterjemah Tatabahasa Menterjemah Frasa Menterjemah kata sendi ... Penggunaan Kata Nafi bukan atau ... beberapa

Bab Keenam: Panduan Bahasa Melayu

Menterjemah adverba-ly Seperti juga kata sendi, terjemahan adverba-ly dilakukan dengan kita mengetahui fungsi semantiknya. Unsur adverba-ly kerap disalah terjemah, contohnya:

Frasa Bahasa Inggeris: Technically speaking, ... Terjemahan: Bercakap secara tenikal, ... (x)

Ditinjau dari aspek teknikal, ... (√)

Frasa Bahasa Inggeris: Software Engineering project prepares students to be technically capable of leading software development teams.

Terjemahan: Projek Kejuruteraan Perisian menyediakan pelajar mempunyai keupayaan teknikal bagi memimpin pasukan pembangunan perisian. (x) Projek Kejuruteraan Perisian menyediakan pelajar agar berupaya memimpin kumpulan pembangunan perisian secara teknikal. (√)

Beberapa fungsi semantiks yang berkaitan dengan kata adverba-ly ditunjukkan dalam Jadual 6.6.

Jadual 6.6: Terjemahan bagi adverba-ly Fungsi semantik Contoh

Sudut Pandangan Economically, the computer technology reduces the cost of transactions Ditinjau daripada sudut ekonomi, teknologi komputer mengurangkan kos urusniaga.

Fokus The field of computer vision studies processing of visual data as a purely technical problem. Bidang penglihatan komputer mengkaji tentang pemprosesan data visual semata-mata sebagai masalah teknikal.

Penekan maksud The method can verify that the specification absolutely specify user requirements. Kaedah tersebut boleh menentusah bahawa spesifikasi itu benar-benar menspesifikasi keperluan pengguna.

ISBN 978-983-41293-6-1 139

Page 10: Bab Keenam Panduan Bahasa Melayu - Fakulti Teknologi dan ... · PDF fileMenterjemah Tatabahasa Menterjemah Frasa Menterjemah kata sendi ... Penggunaan Kata Nafi bukan atau ... beberapa

Bab Keenam: Panduan Bahasa Melayu

Cara This workshop addresses issues of algorithm performance by carefully combining traditional methods together with experimental investigations. Bengkel ini mengenalpasti isu prestasi algoritma dengan menggabungkan secara berhati-hati kaedah tradisional dengan penyelidikan bereksperimen. Manually done. Dilakukan secara manual. The process of marking is carried out automatically. Proses pemarkahan itu dijalankan secara automatik.

Subjek ayat The system was intentionally implemented with bugs. Sistem itu sengaja diimplemen supaya mengandungi pepijat.

Stail For a computer scientist, a doctoral degree is generally required because of the highly technical nature of his work. Bagi seorang ahli sains komputer, ijazah kedoktoran kebiasaannya diperlukan kerana sifat pekerjaan mereka yang sangat teknikal.

Sikap Understandably, the set of data could not be processed by using existing intelligent techniques. Tidak hairanlah kalau set data itu tidak boleh diproses menggunakan teknik pintar yang ada.

Bagi mengulas suatu ayat Bahasa Inggeris, sebaiknya anda memahami sudut pandangan dan sikap yang diambil oleh penulis berdasarkan penulisannya. Dengan itu ulasan anda akan lebih menarik. Contohnya, suatu ayat dimulakan dengan perkataan possibly, kita boleh mengatakan bahawa “Penulis tidak yakin sepenuhnya …..”. Jadual 6.7 menunjukkan pebagai adverba-ly yang digunakan berdasarkan kepada kelas pandangan dan sikap penulis.

ISBN 978-983-41293-6-1 140

Page 11: Bab Keenam Panduan Bahasa Melayu - Fakulti Teknologi dan ... · PDF fileMenterjemah Tatabahasa Menterjemah Frasa Menterjemah kata sendi ... Penggunaan Kata Nafi bukan atau ... beberapa

Bab Keenam: Panduan Bahasa Melayu

Jadual 6.7: Pelbagai adverba-ly berdasarkan kelas pandangan dan sikap penulis

Pandangan dan sikap penulis Contoh adverba-ly yakin akan kebenaran apa yang dikatakannya

admittedly, definitely, indisputably, undoubtedly

ragu terhadap apa yang dikatakannya

possibly, reportedly, supposedly, conceivably

yakin menerima sesuatu kenyataan sebagai benar

clearly, evidently, manifestly, obviously

menganggap apa yang ditulis mungkin benar, mungkin salah

actually, really, factually

mengetahui apa yang ditulis bertentangan dengan kenyataan sebenar

apparently, hypothetically, ideally, outwardly, superficially, technically, theoretically

merasa pelik dan di luar dugaan mengenai apa yang ditulisnya

astonishingly, incredibly, remarkably unexpectedly, strangely

berpendapat apa yang ditulis itu memang sudah sepatutnya terjadi

appropriately, typically, naturally, predictably, understandably

berpuas hati terhadap apa yang dikatakannya

delightfully, refreshingly

kecewa terhadap apa yang dikatakannya

regretably, dissapointingly, disturbingly

berpendapat apa yang ditulis merupakan suatu keberuntungan

fortunately, happily, luckily

berpendapat apa yang ditulis membawa kecelakaan

unfortunately, unhappily, madly, unluckily, tragically

mempunyai sikap apa yang menentukan apa yang disebut itu betul

correctly, rightly, justly

menyalahkan apa yang ditulisnya incorrectly, unjustly, wrongly membuat penilaian terhadap kebijaksanaan atau kemahiran sesuatu perkara yang dibincangkannya

cleverly, reasonably, unreasonably, sensibly, wisely, unwisely

Masalah Istilah dalam Bahasa Inggeris Istilah dalam Bahasa Inggeris boleh sama ada dipinjam atau diterjemahkan. Meminjam istilah bermaksud kita menggunapakai bahasa, ejaan atau bunyi asal istilah tersebut. Contohnya;

Istilah Bahasa Inggeris Pinjaman dalam Bahasa Melayu Verification Verifikasi Internet Internet

ISBN 978-983-41293-6-1 141

Page 12: Bab Keenam Panduan Bahasa Melayu - Fakulti Teknologi dan ... · PDF fileMenterjemah Tatabahasa Menterjemah Frasa Menterjemah kata sendi ... Penggunaan Kata Nafi bukan atau ... beberapa

Bab Keenam: Panduan Bahasa Melayu

Manakala jika kita menterjemah istilah bermakna kita menggunakan perkataan Melayu sedia ada.

Istilah Bahasa Inggeris Terjemahan Istilah Verification Pengesahbetulan Windows Tetingkap Web page Laman sesawang Download Muat turun

Oleh kerana hampir 100% istilah asal teknologi termasuk teknologi maklumat adalah dalam Bahasa Inggeris, maka kita tidak dapat mengelak daripada meminjam istilah tersebut. Pada masa ini, kita sangat beruntung kerana Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyediakan kamus istilah IT DBP atau istilah sains yang boleh dilayari di alamat http://www.dbp.my. Atau anda juga boleh merujuk (Ainon dan Abdullah 2005). Jangan cuba untuk mereka istilah anda sendiri. Jika perkataan tersebut masih belum ada istilah dalam bahasa Melayu, gunakan istilah dalam Bahasa Inggeris, tetapi diletakkan dalam tanda “ “. Namun begitu, sekiranya anda was-was untuk sama ada menggunakan terjemahan istilah, atau meminjam istilah asal, Ainon dan Abdullah (2005) memberikan panduan bagi meminjam istilah, walaupun terjemahan istilah tersebut ada dalam Bahasa Melayu:

Panduan Istilah Bidang sains dan teknikal Gigabit → Gigabit Bidang sosial yang asalnya adalah daripada bahasa Yunani dan Latin

Pseuducode → Pseudokod

istilah bukan Inggeris untuk menulis dan bercakap dalam bidang ilmu pengetahuan bertaraf tinggi.

de facto, esprit de corp, lingua fraca, ivy league.

istilah dalam bahasa Inggeris harian bagi nama untuk benda konkrit yang asalnya tiada dalam alam Melayu.

Computer → Komputer Diskette → Disket

istilah bagi barangan pengguna yang dijual di kedai-kedai biasa yang asalnya tiada dalam alam Melayu. Bahasa lisan masyarakat umum Melayu turut mengekalkan istilah asal

Bicycle → basikal Photocopy machine → mesin fotokopi (mesin pendua) Program → Program (aturcara)

istilah bagi tempat awam. cinema-pawagam zoo-zoo museum-muzium

ISBN 978-983-41293-6-1 142

Page 13: Bab Keenam Panduan Bahasa Melayu - Fakulti Teknologi dan ... · PDF fileMenterjemah Tatabahasa Menterjemah Frasa Menterjemah kata sendi ... Penggunaan Kata Nafi bukan atau ... beberapa

Bab Keenam: Panduan Bahasa Melayu

condominium-kondominium (pangsapuri)

KEKELIRUAN DALAM BAHASA MELAYU Dewan Bahasa dan Pustaka (Koleksi Pedoman Bahasa) telah mengeluarkan satu laporan berkenaan kesilapan ini. Kami telah mengambil sebahagian laporan tersebut untuk dimuatkan dalam bahagian ini. Bahagian yang diambil adalah kesilapan yang selalu kami kesan melalui penulisan pelajar dan kekeliruan yang juga kami sendiri hadapi. Contoh-contoh yang diberi sebolehnya disesuaikan dengan bidang Sains Komputer. Oleh itu, anda digalakkan untuk melihat laporan yang lengkap daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam bahagian ini, ayat yang salah adalah ayat yang ditulis asal, manakala pembetulan dibuat terus kepada ayat tersebut, sama ada menggunakan ‘strikethrough’ atau simbol ‘insert’ ↑ atau ↓ diikuti dengan teks. Kekeliruan 1: Kesilapan Penggandaan Kata a) Kesilapan kerana menggandakan perkataan yang mengikuti kata yang

merujuk bilangan/kumpulan.

Panduan: Kata merujuk bilangan/kumpulan1,2,3,4 + perkataan tidak berganda

Contoh kesilapan dan pembetulan yang dibuat:

Kebanyakan perisian-perisian Antara maklumat-maklumat Sejumlah besar daripada pembangun-pembangunAda komputer-komputer yang ...

1Kata bilangan seperti: banyak, beberapa, empat, kebanyakan, keseluruhan, jumlah, ramai, segala, sebahagian, semua, sesetengah, setiap.

2Kata yang bermaksud kumpulan seperti: antara, antologi, banjaran, barisan, daftar, deretan, gabungan, gerombolan, gugusan, jemaah, kalangan, kawan, kumpulan, mesyuarat, pelbagai, perhimpunan, persatuan, persekutuan, pertemuan, rangkaian, rentetan, rombongan dan senarai.

ISBN 978-983-41293-6-1 143

Page 14: Bab Keenam Panduan Bahasa Melayu - Fakulti Teknologi dan ... · PDF fileMenterjemah Tatabahasa Menterjemah Frasa Menterjemah kata sendi ... Penggunaan Kata Nafi bukan atau ... beberapa

Bab Keenam: Panduan Bahasa Melayu

3Perkataan yang berawalan se- (yang bermakna satu) atau perkataan yang berangkai dengan kata bilangan satu yang mengandungi makna kumpulan atau mengandungi unit lebih daripada satu di dalamnya seperti: Sebahagian, sebaris, sebanyak, sebilangan, sedikit, segelintir, sejambak, sejumlah, sekandang, sekawan, sekumpulan, seramai, serangkai, serombongan, sesetengah, setiap, setimbun.

4Perkataan ada yang bermaksud telah tersedia atau telah terkumpul.

b) Kesilapan kerana menggandakan perkataan yang mengikuti kata kerja

terbitan ber-...-an bermaksud jamak.

Panduan: Kata nama tidak berganda + kata kerja terbitan ber-...-an bermaksud jamak1

Contoh kesilapan dan pembetulan yang dibuat:

Kamera-kamera cctv bergantungan di dinding.

1Kata kerja yang berimbuhan apitan ber-…-an yang membawa maksud banyak atau berulangan seperti; bergantungan, berguguran, berkejaran, berkibaran, bertaburan, berterbangan dan sebagainya.

c) Kesilapan dalam membentuk kata bilangan

Contoh kesilapan: -kedua

Antara kedua↑ proses -bagai Berbagai↑ bidang

d) Kesilapan kerana menggandakan perkataan yang sudah mendukung maksud

banyak seperti ibu-bapa, mereka, rakyat.

Contoh kesilapan dan pembetulan: Mereka-mereka yang mengambil bahagian

e) Kesilapan kerana menggandakan keseluruhan gabungan kata atau kata

majmuk yang sepatutnya hanya perkataan yang pertama sahaja yang perlu digandakan

Contoh kesilapan dan pembetulan yang dibuat:

Dokumen teknikal-dokumen teknikal ... Jurutera perisian-jurutera perisian ...

ISBN 978-983-41293-6-1 144

Page 15: Bab Keenam Panduan Bahasa Melayu - Fakulti Teknologi dan ... · PDF fileMenterjemah Tatabahasa Menterjemah Frasa Menterjemah kata sendi ... Penggunaan Kata Nafi bukan atau ... beberapa

Bab Keenam: Panduan Bahasa Melayu

Kekeliruan 2: Kesilapan Penggunaan adalah atau ialah Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan; manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian.

Panduan: ialah + kata nama/frasa nama adalah + frasa adjektif/frasa sendi nama

a) Kesilapan penggunaan kata adalah di tempat ialah.

Contoh kesilapan dan pembetulan yang dibuat: ialah

Charles Babbage adalah↑ orang yang pertama mencipta komputer. ialah

Masalah yang dihadapi adalah↑ kekurangan algoritma yang berkesan.

b) Kesilapan penggunaan kata ialah di tempat adalah.

Contoh kesilapan dan pembetulan yang dibuat: adalah Kursus ini ialah↑ untuk …

adalah Tahun yang mana komputer mula diperkenalkan ialah↑ pada …

c) Kesilapan penggunaan kata adalah di hadapan kata kerja, perlu tambah kata

sendi

Panduan: adalah + kata sendi + kata kerja

Contoh kesilapan dan pembetulan yang dibuat:

untuk Matlamat utama sistem ini adalah ↑ membantu pihak pengurusan

melaksanakan tanggungjawabnya secara berkesan.

dengan Satu usaha yang dijalankan adalah ↑ menerbitkan manual untuk

pengguna.

ISBN 978-983-41293-6-1 145

Page 16: Bab Keenam Panduan Bahasa Melayu - Fakulti Teknologi dan ... · PDF fileMenterjemah Tatabahasa Menterjemah Frasa Menterjemah kata sendi ... Penggunaan Kata Nafi bukan atau ... beberapa

Bab Keenam: Panduan Bahasa Melayu

d) Kesilapan penggunaan kata adalah, perlu dihapuskan.

Contoh kesilapan dan pembetulan yang dibuat: Keputusan ini diambil adalah berdasarkan…

Lain-lain contoh kesilapan dan pembetulan yang dibuat:

… adalah berasaskan … … adalah dibuat … … adalah digalakkan … … adalah dinasihati … … adalah diperakui … … adalah melambangkan … … adalah menjadi … … adalah merupakan … … adalah tertakluk …

e) Kesilapan penggunaan kata adalah pada awal ayat.

Contoh kesilapan dan pembetulan yang dibuat: Adalah diharapkan dengan pemilihan ini...

Kekeliruan 3: Kesilapan Penggunaan di, dalam dan di dalam a) Kesilapan penggunaan kata sendi nama di pada tempat dalam

Contoh kesilapan dan pembetulan yang dibuat: dalam

Beliau memiliki ijazah sarjana di↑ bidang Sains Komputer. Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.

Contoh yang betul: Persidangan Atur’07 itu akan diadakan di Dewan Tun Abdul Razak. Pengujian sistem tersebut akan dilaksanakan di syarikat berkenaan.

ISBN 978-983-41293-6-1 146

Page 17: Bab Keenam Panduan Bahasa Melayu - Fakulti Teknologi dan ... · PDF fileMenterjemah Tatabahasa Menterjemah Frasa Menterjemah kata sendi ... Penggunaan Kata Nafi bukan atau ... beberapa

Bab Keenam: Panduan Bahasa Melayu

b) Kesilapan penggunaan kata sendi nama di dalam pada tempat dalam

Contoh kesilapan dan pembetulan yang dibuat: Di dalam pelbagai bidang sains...

Contoh lagi:

Terdapat bahagian yang terlibat di dalam penggunaan istilah.

Kata sendi nama dalam pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak seperti perkara, peristiwa, hal, urusan, bahasa, bidang, masyarakat dan sebagainya.

Contoh yang betul:

Dalam hal ini, bahasa pengatucaraan Cobol lebih sesuai digunakan.

Kata sendi nama di di hadapan kata dalam tidak salah digunakan seperti berikut kerana kata dalam ini berfungsi sebagai kata nama arah. Contoh:

Ungkapan yang berada di dalam tanda kurungan perlu dihitung dahulu.

Kekeliruan 4: Kesilapan Penggunaan di antara dan antara Contoh kesilapan dan pembetulan yang dibuat:

Ketepatan dinamik merupakan di antara faktor kualiti bagi pemarkahan

aturcara C.

Contoh lagi:

Terdapat perbezaan di antara sumber terbuka dengan perisian percuma . Kata antara dapat berfungsi sebagai kata sendi nama dan kata arah. Kata sendi nama ialah perkataan yang digunakan di hadapan frasa nama untuk menghasilkan frasa sendi nama. Contoh kata sendi selain antara ialah bagi, dalam, dari, daripada, demi, dengan, hingga, kepada, oleh, pada, sejak, semenjak, seperti, tentang, terhadap, umpama, untuk.

ISBN 978-983-41293-6-1 147

Page 18: Bab Keenam Panduan Bahasa Melayu - Fakulti Teknologi dan ... · PDF fileMenterjemah Tatabahasa Menterjemah Frasa Menterjemah kata sendi ... Penggunaan Kata Nafi bukan atau ... beberapa

Bab Keenam: Panduan Bahasa Melayu

Contoh antara berfungsi sebagai kata sendi: ... antara bahasa pengaturcaraan Antara sumber terbuka dengan sumber tertutup banyak perbezaannya.

Kata arah pula ialah kata yang menunjukkan arah atau kedudukan. Kata arah selain antara ialah ‘atas’, ‘bawah’, ‘tengah’, ‘depan’, ‘belakang’, ‘luar’, ‘dalam’ dan sebagainya biasanya digunakan dalam frasa sendi, yakni mengikuti kata sendi nama. Contoh antara berfungsi sebagai kata arah:

… di antara Sekinchan dengan Sabak Bernam. … di antara tiang telefon. Kekunci ‘G’ terletak di antara kekunci ‘F’ dengan kekunci ‘H’.

Tambahan.

• Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang.

Contoh kesilapan dan pembetulan yang dibuat:

Antara perisian-perisian ciptaannya ialah...

• Kata sendi nama antara dan frasa sendi nama di antara boleh

membentuk frasa sendi nama berpasangan. Kata yang menjadi pasangannya ialah kata sendi nama dengan bukan kata hubung dan.

Contoh kesilapan dan pembetulan yang dibuat:

dengan … di antara Muar dan↑ Batu Pahat.

… menghasilkan manfaat yang bersalingan antara perkembangan teknologi dan↓ kemantapan bahasa…

dengan

• Kata hubung dan hanya dapat digunakan apabila kata sendi nama antara diikuti oleh lebih daripada dua frasa.

Contoh yang betul:

… antara Hasnah, Rabitah dan Mariah …

ISBN 978-983-41293-6-1 148

Page 19: Bab Keenam Panduan Bahasa Melayu - Fakulti Teknologi dan ... · PDF fileMenterjemah Tatabahasa Menterjemah Frasa Menterjemah kata sendi ... Penggunaan Kata Nafi bukan atau ... beberapa

Bab Keenam: Panduan Bahasa Melayu

• Kata sendi nama antara boleh digandingkan dengan kata sendi nama hingga untuk menunjukkan lingkungan (tentang jarak, peratusan, masa, berat dan sebagainya).

Contoh yang betul:

… antara 20% hingga 50%. … antara akhir tahun tersebut hingga tarikh laporan ini.

Kekeliruan 5: Kesilapan penggunaan di dan ke Pengguna sering terkeliru antara penggunaan di dan ke sebagai kata sendi dengan di dan ke sebagai imbuhan. Sebagai kata sendi, awalan di dan ke perlu dieja terpisah dengan lata yang berikutnya. Sebagai imbuhan pula, awalan di- dan ke- hendaklah dieja serangkai dengan kata yang menerimanya. Kedua-dua bentuk ini berbeza dari segi penggunaan dan ejaannya. a) Kata sendi nama di

Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.

Panduan:

di + ' ' + kata nama/frasa nama yang menunjukkan tempat

Contoh kesilapan:

(×) (√) diangkasa di angkasa diantara di antara diatas di atas dibarat di barat

Kata sendi nama di tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa atau zaman.

Contoh kesilapan dan pembetulan yang dibuat: pada

di↑zaman ini pada

di↑abad ke-20 pada

ISBN 978-983-41293-6-1 149

Page 20: Bab Keenam Panduan Bahasa Melayu - Fakulti Teknologi dan ... · PDF fileMenterjemah Tatabahasa Menterjemah Frasa Menterjemah kata sendi ... Penggunaan Kata Nafi bukan atau ... beberapa

Bab Keenam: Panduan Bahasa Melayu

di↑hari cuti pada

di↑saat ini

b) Kata sendi nama ke Kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan tempat, arah atau masa dan ditulis terpisah daripada frasa nama atau kata nama yang mengikutinya. Panduan:

ke + ' ' + kata nama/frasa nama yang menunjukkan tempat, arah, masa Contoh (menunjukkan tempat atau arah):

Dia melihat ke kiri dan ke kanan sebelum melintas jalan. Mereka pergi ke Kuala Kedah.

Contoh (menunjukkan waktu atau masa)

Perbincangan itu berlanjutan hingga ke petang. Tradisi itu masih kekal hingga ke zaman sekarang.

c) Awalan di- Contoh kesilapan awalan di- membentuk kata kerja, iaitu kata kerja pasif diri ketiga.

(×) (√) di peroleh diperoleh di laporkan dilaporkan di pertingkatkan dipertingkatkan di yakini diyakini

d) Awalan ke- Awalan ke- bergabung dengan kata dasar untuk membentuk kata terbitan tertentu. Contoh kesilapan: (×) (√)

ke semua masalah kesemua masalah

ISBN 978-983-41293-6-1 150

Page 21: Bab Keenam Panduan Bahasa Melayu - Fakulti Teknologi dan ... · PDF fileMenterjemah Tatabahasa Menterjemah Frasa Menterjemah kata sendi ... Penggunaan Kata Nafi bukan atau ... beberapa

Bab Keenam: Panduan Bahasa Melayu

ke rangka kerangka Awalan ke- apabila diimbuhkan pada kata bilangan dan dieja sepenuhnya hendaklah diserangkaikan pada kata yang mengikutinya dan, jika melebihi satu perkataan, pada kata yang pertama mengikutinya, tetapi apabila diimbuhkan pada angka Arab hendaklah disisipi dengan tanda sempang manakala, jika diimbuhkan pada angka Roman, tinggal lafaznya sahaja. Contoh kesilapan:

(×) (√) ke tiga ketiga ke dua puluh kedua puluh ke 4 ke-4 ke IV/keIV IV

Kekeliruan 6: Kesilapan penggunaan dari dan daripada a) Kata sendi nama dari

Berikut merupakan contoh kesilapan penggunaan kata sendi nama dari dan pembetulan yang dibuat:

bermula daripada tarikh itu sejak daripada zaman dahulu

Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu atau masa.

Contoh betul yang menyatakan tempat atau arah:

Pandangan itu dibuat dari sudut teknikal. Teks itu disetkan supaya bergerak dari arah kiri.

Contoh yang menyatakan waktu atau masa:

Syarikat tersebut terkenal sejak dari tahun 1960-an. Pasukan pembangun perisian itu sering mengadakan perjumpaan dari

semasa ke semasa. b) Kata sendi nama daripada

Berikut merupakan contoh kesilapan penggunaan kata sendi nama daripada dan pembetulan yang telah dibuat:

ISBN 978-983-41293-6-1 151

Page 22: Bab Keenam Panduan Bahasa Melayu - Fakulti Teknologi dan ... · PDF fileMenterjemah Tatabahasa Menterjemah Frasa Menterjemah kata sendi ... Penggunaan Kata Nafi bukan atau ... beberapa

Bab Keenam: Panduan Bahasa Melayu

daripada berbeza dari↑ algoritma jarak terdekat yang lain

daripada ilham dari↑ kelakuan semut

Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan perkara berikut: • Punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur mujarad

(abstrak); • Sumber atau asal kejadian sesuatu benda; • Perbezaan atau perbandingan; dan • Menyatakan sebahagian daripada semua, perbezaan, perubahan atau

perbandingan.

Contoh betul yang menyatakan punca bagi manusia, institusi, haiwan, benda dan unsur mujarad:

Ahmad menerima email daripada kawannya. Komen daripada pihak pengguna telah mereka terima. Pelajar harus menjauhkan diri daripada plagiarisma.

Contoh betul yang menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda: Air terdiri daripada gabungan hidrogen dan nitrogen. Rak CD itu diperbuat daripada plastik.

Contoh betul yang menyatakan sebahagian daripada semua :

Hanya dua daripada syarikat-syarikat yang memohon mempunyai pengalaman lebih lima tahun.

Sebahagian besar daripada pelajar masih gagal menguasai kemahiran pengaturcaraan.

Contoh yang menyatakan perubahan, perbezaan atau perbandingan:

Jadual cincang lebih baik daripada senarai linear. Imej itu berubah secara perlahan-lahan daripada imej kucing kepada

harimau belang.

ISBN 978-983-41293-6-1 152

Page 23: Bab Keenam Panduan Bahasa Melayu - Fakulti Teknologi dan ... · PDF fileMenterjemah Tatabahasa Menterjemah Frasa Menterjemah kata sendi ... Penggunaan Kata Nafi bukan atau ... beberapa

Bab Keenam: Panduan Bahasa Melayu

Kekeliruan 7: Kesilapan Penggunaan untuk atau bagi Kata sendi untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi apabila digunakan untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Contoh kesilapan:

Dia membeli buah tangan bagi Jenny. (×) Dia membeli buah tangan untuk Jenny. (√)

Kata sendi nama untuk boleh bertukar ganti penggunaannya dengan bagi jika digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang berfungsi untuk menunjukkan kegunaan sesuatu. Contoh:

Input untuk/bagi aturcara tersebut mestilah betul. Perancangan projek untuk/bagi membina sistem tersebut masih dikaji. Komputer untuk/bagi kegunaan pejabat sahaja.

Kekeliruan 8: Kesilapan Mengeja Kata dengan k dan kk Kesilapan ini berlaku kerana pengguna tidak dapat membezakan antara imbuhan –kan dan meN –kan dengan imbuhan –an, peN –an dan ke-…-an akibat pengaruh sebutan. Imbuhan –kan dan –an tidak akan berubah apabila diimbuhkan pada kata dasar yang berakhir dengan konsonan k.

Panduan:

ke + kata dasar + an peN + kata dasar + an

kata dasar + kan meN + kata dasar + kan

Contoh kesilapan (dan pembetulan ) mengeja kata dengan dua k/(kk) pada kata yang sepatutnya dengan satu k/(k):

kebanyakkan pembaikkan

Contoh kesilapan (dan pembetulan) mengeja kata dengan satu k/(k) pada kata yang sepatutnya dengan dua k/(kk):

ISBN 978-983-41293-6-1 153

Page 24: Bab Keenam Panduan Bahasa Melayu - Fakulti Teknologi dan ... · PDF fileMenterjemah Tatabahasa Menterjemah Frasa Menterjemah kata sendi ... Penggunaan Kata Nafi bukan atau ... beberapa

Bab Keenam: Panduan Bahasa Melayu

k tunjuk|an k meletak|an

Kekeliruan 9: Kesilapan Penggunaan sekali, sungguh, paling dan teR- Imbuhan teR- dan kata penguat sekali dan paling menunjukkan darjah penghabisan. Oleh itu, suatu kata adjektif itu hanya boleh menggunakan salah satu di antara teR- atau sekali atau paling. Contoh kesilapan:

(×) (√) (√) (√) paling masyhur sekali masyhur sekali termasyhur paling masyhur tertinggi sekali tinggi sekali tertinggi paling tinggi

Kekeliruan 10: Kesilapan Penggunaan Kata Nafi bukan atau tidak a) Kesilapan penggunaan kata nafi tidak Kata nafi tidak digunakan untuk penafian dalam frasa kerja dan frasa adjektif. Panduan: tidak + frasa kerja/frasa adjektif Contoh kesilapan dan pembetulan yang dibuat:

tidak bukan↑ membawa (frasa kata kerja) tidak bukan↑ berjaya (frasa adjektif)

b) Kesilapan penggunaan kata nafi bukan Kata nafi bukan digunakan untuk penafian dalam frasa nama dan frasa sendi nama. Panduan: bukan + frasa nama/frasa sendi nama Contoh kesilapan:

ISBN 978-983-41293-6-1 154

Page 25: Bab Keenam Panduan Bahasa Melayu - Fakulti Teknologi dan ... · PDF fileMenterjemah Tatabahasa Menterjemah Frasa Menterjemah kata sendi ... Penggunaan Kata Nafi bukan atau ... beberapa

Bab Keenam: Panduan Bahasa Melayu

bukan tidak↑ dari Sepang (frasa sendi nama) bukan tidak↑ tentang pelanggan (frasa sendi nama) bukan tidak↑ kolej (frasa nama)

Nota: Kata nafi bukan hanya boleh digunakan di hadapan frasa kerja dan frasa adjektif apabila digunakan untuk mendukung maksud pertentangan maklumat. Contohnya:

Sistem yang dibina bukan bertujuan untuk menggantikan guru, tetapi sekadar membantu guru memarkahkan tugasan pelajar. (frasa kerja) Perisian itu bukan sahaja banyak fitur, malah mesra pengguna juga. (frasa adjektif)

ISBN 978-983-41293-6-1 155