mengurus perubahan

2
MENGURUS PERUBAHAN PERBINCANGAN FORUM SECARA KOLABORATIF Arahan AKTIVITI 1: 1. Berdasarkan pembacaan anda dan soalan dalam Forum, anda dikehendaki untuk membincangkan langkah-langkah yang boleh anda lakukan sebagai pemimpin sekolah bagi membantu guru-guru di sekolah anda meningkatkan kesediaan, pengetahuan dan kemahiran supaya matlamat reformasi pendidikan tercapai. 2. Anda juga dikehendaki untuk membaca pandangan rakan-rakan anda serta memberikan maklum balas terhadap pos yang telah mereka buat. 3. Klik pada Forum Perbincangan di bawah untuk memulakan aktiviti ini. Forum Perbincangan - Tranformasi Pendidikan Soalan Perbincangan Forum - Transformasi Pendidikan: KSSR telah dilaksanakan bagi Tahun 1 mulai 2011. Pada masa yang sama penambahbaikan sistem pentaksiran pendidikan telah ditambah baik melalui pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah. Perubahan sistem pendidikan memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang berlainan kepada guru-guru termasuk kebolehan menerima dan menyerap perubahan ini. Bincangkan langkah-langkah yang boleh anda lakukan sebagai pemimpin sekolah bagi membantu guru-guru di sekolah anda meningkatkan kesediaan, pengetahuan dan kemahiran supaya matlamat transformasi pendidikan ini tercapai 1. Kepentingan Perubahan Perubahan penting dilakukan oleh pemimpin sekolah khasnya perubahan tersebut merupakan dasar yang dibentuk oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Contoh KSSR dan PBS, perlu dilaksanakan oleh pemimpin sekolah kerana ianya dasar KPM dalam usaha membuat perubahan kepada sistem pendidikan negara.. Dalam hal ini, sebagai pemimpin,, ilmu dan pengetahuan tentang KSSR dan PBS wajib diketahui dan difahami oleh pemimpin terlebih dahulu. Setelah faham dan mahir,

Upload: mohd-isa

Post on 10-Dec-2015

33 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: MENGURUS PERUBAHAN

MENGURUS PERUBAHAN PERBINCANGAN FORUM SECARA KOLABORATIF

Arahan AKTIVITI 1:

1. Berdasarkan pembacaan anda dan soalan dalam Forum, anda dikehendaki untuk membincangkan langkah-langkah yang boleh anda lakukan sebagai pemimpin sekolah bagi membantu guru-guru di sekolah anda meningkatkan kesediaan, pengetahuan dan kemahiran supaya matlamat reformasi pendidikan tercapai.

2. Anda juga dikehendaki untuk membaca pandangan rakan-rakan anda serta memberikan maklum balas terhadap pos yang telah mereka buat.

3. Klik pada Forum Perbincangan di bawah untuk memulakan aktiviti ini.

Forum Perbincangan - Tranformasi Pendidikan

Soalan Perbincangan Forum - Transformasi Pendidikan:

KSSR telah dilaksanakan bagi Tahun 1 mulai 2011. Pada masa yang sama penambahbaikan sistem pentaksiran pendidikan telah ditambah baik melalui pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah. Perubahan sistem pendidikan memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang berlainan kepada guru-guru termasuk kebolehan menerima dan menyerap perubahan ini. Bincangkan langkah-langkah yang boleh anda lakukan sebagai pemimpin sekolah bagi membantu guru-guru di sekolah anda meningkatkan kesediaan, pengetahuan dan kemahiran supaya matlamat transformasi pendidikan ini tercapai

1. Kepentingan Perubahan

     Perubahan penting dilakukan oleh pemimpin sekolah khasnya perubahan tersebut merupakan dasar yang dibentuk oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Contoh KSSR dan PBS, perlu dilaksanakan oleh pemimpin sekolah kerana ianya dasar KPM dalam usaha membuat perubahan kepada sistem pendidikan negara.. Dalam hal ini, sebagai pemimpin,, ilmu dan pengetahuan tentang KSSR dan PBS wajib diketahui  dan difahami oleh pemimpin terlebih dahulu. Setelah faham dan mahir, pemimpin perlu menerangkannya kepada warga sekolah sejelas-jelasnya supaya perubahan yang hendak dilaksanakan dapat difahami dan dikuasai serta dapat dilaksanakan di sekolah dengan sistematik. Pemimpin akan menjadi pakar dan rujukkan sekiranya sebarang masalah dihadapi dan pemimpin akan dihormati oleh warga sekolahnya.

     Sekiranya sebarang perubahan yang ingin dibawa oleh pemimpin, pastikan analis persekitaran dilakukan. Kemudiann terangkan matlamat dan objektif kepada semua guru, mengapakah perubahan dilakukan? Adakann sesi penerangan dan soal jawab, supaya guru-guru tersebut fahan dan menerimanya secara terbuka. Jadi perubahan yang dilakukan menjadi milik bersama dan akan melaksanakannya sebagai satu pasukann menuju matlamat perubahan yang dilaksanakan