mengatasi masalah miskonsepsi murid tahun 5 dalam subtopik asid dan alkali menggunakan carta kata...

11
MENGATASI MASALAH MISKONSEPSI MURID TAHUN 5 DALAM SUBTOPIK ASID DAN ALKALI MENGGUNAKAN CARTA KATA KUNCI Oleh : Noor Shazaliza Binti Hamad @ Ahmad PPG Sains 2 Semester 8 Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan [email protected] ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengatasi masalah miskonsepsi murid tahun lima dalam subtopik asid dan alkali menggunakan Carta Kata Kunci. Hasil tinjauan awal menunjukkan murid mengalami miskonsepsi dan tidak menunjukkan minat dalam mempelajari subtopik ini. Oleh itu, penggunaan alat bantu mengajar iaitu Carta Kata Kunci digunakan untuk mengatasi masalah ini. Kajian ini melibatkan tiga orang murid tahun 5 di salah sebuah sekolah di daerah Besut.Dapatan kajian menunjukkan perubahan miskonsepsi dalam kalangan peserta kajian berdasarkan hasil temu bual. Selain itu, terdapat peningkatan pencapaian positif peserta kajian selepas kajian dijalankan berdasarkan analisis dokumen peserta kajian. Selain itu, berdasarkan instrumen soal selidik kesemua peserta kajian bersetuju bahawa penggunaan Carta Kata Kunci telah berjaya meningkatkan minat mereka terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru. Justeru, data yang diperoleh telah membuktikan bahawa penggunaan Carta Kata Kunci telah dapat mengatasi miskonsepsi murid tahun lima Amal dalam subtopik asid dan alkali. (Kata kunci : miskonsepsi, asid dan alkali, Carta Kata Kunci )

Upload: noor-shazaliza-ahmad

Post on 03-Dec-2015

67 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: mengatasi masalah miskonsepsi murid tahun 5 dalam subtopik asid dan alkali menggunakan carta kata kunci

MENGATASI MASALAH MISKONSEPSI MURID TAHUN 5 DALAM SUBTOPIK ASID DAN ALKALI MENGGUNAKAN CARTA KATA KUNCI

Oleh :

Noor Shazaliza Binti Hamad @ Ahmad

PPG Sains 2 Semester 8 Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

[email protected]

ABSTRAK

Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengatasi masalah miskonsepsi murid tahun lima dalam subtopik asid dan alkali menggunakan Carta Kata Kunci. Hasil tinjauan awal menunjukkan murid mengalami miskonsepsi dan tidak menunjukkan minat dalam mempelajari subtopik ini. Oleh itu, penggunaan alat bantu mengajar iaitu Carta Kata Kunci digunakan untuk mengatasi masalah ini. Kajian ini melibatkan tiga orang murid tahun 5 di salah sebuah sekolah di daerah Besut.Dapatan kajian menunjukkan perubahan miskonsepsi dalam kalangan peserta kajian berdasarkan hasil temu bual. Selain itu, terdapat peningkatan pencapaian positif peserta kajian selepas kajian dijalankan berdasarkan analisis dokumen peserta kajian. Selain itu, berdasarkan instrumen soal selidik kesemua peserta kajian bersetuju bahawa penggunaan Carta Kata Kunci telah berjaya meningkatkan minat mereka terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru. Justeru, data yang diperoleh telah membuktikan bahawa penggunaan Carta Kata Kunci telah dapat mengatasi miskonsepsi murid tahun lima Amal dalam subtopik asid dan alkali.

(Kata kunci : miskonsepsi, asid dan alkali, Carta Kata Kunci )

1.0 PENGENALAN

Pembelajaran sains merupakan satu pembelajaran yang sangat menyeronokkan kerana ia menggunakan pendekatan berpusatkan murid dan pendekatan berpusatkan bahan . Murid berpeluang meneroka sendiri untuk mendapatkan pengetahuan baharu dan membina konsep hasil gabungan pengetahuan sedia ada mereka . Pada peringkat ini guru perlu memainkan peranan untuk memastikan konsep yang dibina oleh murid adalah sejajar dengan konsep sains yang sebenar agar tidak berlaku sebarang masalah miskonsepsi .

Page 2: mengatasi masalah miskonsepsi murid tahun 5 dalam subtopik asid dan alkali menggunakan carta kata kunci

2.0 FOKUS KAJIAN

Bagi subtopik asid dan alkali , murid sememangnya berasa seronok dan teruja untuk melakukan aktiviti merasa dan menggunakan kertas litmus untuk menguji sifat berasid dan beralkali . Walaubagaimana pun , timbul masalah apabila murid tidak dapat menggunakan dapatan daripada ujikaji dan penerokaan bahan untuk menjawab soalan yang diberikan secara lisan dan bertulis dengan baik . Berlaku miskonsepsi di kalangan murid apabila mereka menyatakan bahawa warna kedua-dua kertas litmus akan berubah apabila diletakkan di dalam bahan berasid dan beralkali .

2.1 Kebolehtadbiran

Kajian ini akan dijalankan kepada 3 peserta kajian daripada murid tahun 5 Amal dari sebuah sekolah di Besut , Terengganu . Dari segi kebolehtadbiran , saya mempunyai sokongan dari segi tenaga dan masa yang cukup bagi menangani masalah tersebut . Hal ini kerana , subtopik asid dan alkali ini berada dalam sukatan pelajaran tahun 5 dan saya akan menggunakan masa pengajaran bagi menjalankan kajian ini . Kumpulan sasaran juga mudah didapati kerana mereka adalah murid di bawah tanggungjawab saya sendiri . Saya juga akan menggunakan carta kata kunci sebagai bahan bantu mengajar agar murid bergerak aktif semasa sesi bimbingan .

2.2 Kepentingan

Kajian ini sangat penting kerana subtopik ini perlu dikuasai oleh murid sebagaimana mereka menguasai topik-topik yang lain . Sekiranya murid tidak dapat menguasai topik tersebut , berkemungkinan mereka akan menghadapi masalah pada masa akan datang dalam topik sains di dalam sukatan sekolah menengah di mana aras kefahamannya semakin tinggi dan sukar . Semoga hasil daripada kajian ini nanti dapat membantu murid memahami menguasai tajuk yang dibincangkan dan mereka tidak akan melihat mata pelajaran sains sebagai sesuatu mata pelajaran yang susah .

2.3 Kebolehgunaan

Kajian ini boleh digunakan bagi mengatasi masalah murid memahami konsep asid dan alkali . Melalui penggunaan alat bantu mengajar carta kata kunci , di harap murid-murid dapat mengatasi miskonsepsi mereka berkenaan subtopik ini melalui aktiviti minds on . Hal ini kerana , murid akan memperkuatkan ingatan mereka dengan mengaplikasikan apa yang mereka laksanakan dengan baik melalui perbuatan mereka .

2.4 Kawalan

Bidang kajian ini berada di dalam ruang lingkup kuasa saya untuk bertindak . Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Beting Lintang , Besut , Terengganu . Peserta kajian saya terdiri daripada tiga orang murid Tahun 5 Amal yang terdiri daripada dua orang murid lelaki

Page 3: mengatasi masalah miskonsepsi murid tahun 5 dalam subtopik asid dan alkali menggunakan carta kata kunci

dan seorang murid perempuan . Selain itu , kajian ini hanya memfokuskan kepada mengatasi masalah miskonsepsi murid-murid berkenaan konsep asid dan alkali serta pengelasan mengikut sifat kimia bagi bahan berasid dan beralkali dengan menggunakan kertas litmus merah dan biru .

2.5 Kolaborasi

Selain itu , kolaborasi merupakan elemen yang penting dalam menjalankan sesuatu kajian . Dalam merealisasikan kajian ini , saya mendapat kerjasama daripada pihak pentadbiran , serta rakan guru sains di sekolah . Saya juga akan mendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah untuk menjalankan kajian saya . Tambahan lagi , saya juga akan mendapatkan bantuan dan pendapat daripada pensyarah , rakan sekuliah serta murid-murid bagi mendapatkan maklumat serta melakukan perbincangan supaya kajian ini dapat berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancang . Melalui kolaborasi yang baik , maka maklumat yang bakal diperolehi adalah sangat bermanfaat .

2.6 Kerelevanan kepada sekolah

1. Di samping itu juga , kajian saya ini adalah sangat relevan kepada sekolah dan bersesuaian kerana saya menggunakan alat bantu mengajar yang menarik untuk menjalankan kajian kepada murid . Ini dapat memberikan ilham kepada guru-guru lain untuk lebih proaktif dan berinovasi .

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum

Mengatasi Masalah Miskonsepsi Murid Tahun 5 Dalam Subtopik Asid dan Alkali Menggunakan Carta Kata Kunci

3.2 Objektif Khusus

3.2.1 Untuk mengatasi masalah miskonsepsi murid tahun 5 berkenaan konsep asid dan alkali menggunakan alat bantu mengajar carta Kata Kunci

3.2.2 Untuk meningkatkan minat murid dalam matapelajaran sains menggunakan carta Kata Kunci

3.3Persoalan Kajian

3.3.1 Apakah penggunaan carta Kata Kunci dapat mengatasi masalah miskonsepsi murid dalam subtopik berasid dan beralkali ?

Page 4: mengatasi masalah miskonsepsi murid tahun 5 dalam subtopik asid dan alkali menggunakan carta kata kunci

3.3.2 Apakah penggunaan carta Kata Kunci dapat meningkatkan minat murid tahun 5 semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam subtopik asid dan alkali ?

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini akan melibatkan 3 orang murid tahun 5 Amal sebagai peserta kajian . Mereka ini terdiri daripada 2 murid lelaki dan seorang murid perempuan yang berusia 11 tahun . Ketiga-tiga mereka adalah berbangsa Melayu yang tinggal di perkampungan nelayan dengan taraf sosio ekonomi yang sederhana dan ada di antara mereka bertaraf sosio ekonomi yang rendah .

5.0 TINDAKAN

Model kajian yang digunakan oleh saya adalah berdasarkan model kajian yang diolah daripada model kajian Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) . Model ini mempunyai lima peringkat iaitu mengenal pasti aspek amalan , perancangan , tindakan , memerhati / mengumpul data dan akhir sekali adalah refleksi .

5.1 Peringkat 1 - Kenal pasti Aspek Amalan

Pertama sekali , saya telah membuat satu temubual dengan rakan guru sains yang mengajar peserta kajian semasa mereka berada di tahun 4 untuk mengenalpasti sejauh mana masalah ini telah berakar umbi dan apakah langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya . Bukan sahaja masalah yang difokuskan malahan saya juga memfokuskan temubual untuk mengetahui latar belakang peserta kajian dan prestasi akademik mereka terutamanya bagi mata pelajaran sains . Hasil daripada temu bual yang dilaksanakan bersama-sama rakan guru akan menjadikan proses kajian tindakan saya berjalan lancar .

Kemudian , selepas mendapat keputusan daripada ujian yang dijalankan , saya akan menemubual tiga orang peserta kajian yang mendapat keputusan markah yang rendah dalam ujian . Saya membuat temubual untuk mengetahui sejauh mana pemahaman mereka mengenai topik asid dan alkali sekaligus mencungkil idea dan pengetahuan sedia ada mereka . Melalui temubual ini juga saya dapat mengenalpasti miskonsepsi yang berlaku dalam diri peserta kajian tersebut .

5.2Peingkat 2 - Perancangan

Justeru , saya juga akan mengajar kembali tajuk asid dan alkali kepada peserta kajian yang dipilih menggunakan alat bantu mengajar carta kata kunci agar mereka dapat memahami perubahan warna kertas litmus ke atas bahan berasid dan beralkali . Saya hanya memfokuskan kajian tindakan saya kepada murid –murid saya sahaja iaitu tiga orang murid yang dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan dan diterangkan seperti yang di atas . Rasionalnya peringkat ini adalah untuk memastikan kaedah yang dipilih dapat mengatasi miskonsepsi dalam diri peserta kajian .

5.3 Peringkat 3 - Tindakan

Pada fasa tindakan , saya tlah melaksanakan bimbingan yang telah dirancang . Tindakan di dalam pengajaran dan pembelajaran telah dibuat dengan teliti dan tersusun . Saya telah

Page 5: mengatasi masalah miskonsepsi murid tahun 5 dalam subtopik asid dan alkali menggunakan carta kata kunci

menggunakan Carta Kata Kunci untuk mengatasi masalah miskonsepsi peserta kajian . Ianya juga telah digunakan sebagai bahan bantu belajar bagi peserta kajian tersebut .

5.4Peringkat 4 - Memerhati / Mengumpul Data

Setelah semua fasa tindakan telah selesai dijalankan , saya telah mengumpul semua maklumat yang diperlukan daripada instrumen temu bual , analisis dokumen dan soal selidik yang telah dibuat bagi melihat hasil dapatan daripada kajian yang telah saya jalankan .

5.5 Peringkat 5 - Refleksi

Fasa terakhir dalam model Kurt Lewin adalah fasa refleksi . Pada fasa ini , saya telah menganalisis dan menilai data-data kajian yang telah dikumpul . Hasil analisis data tersebut akan saya jelaskan pada bab analisis dan intreprestasi data . Selepas itu , saya telah membuat refleksi berkenaan keberkesanan bimbingan yang telah dijalankan sama ada ianya telah mencapai objektif kajian saya ataupun tidak

6.0 ANALISIS DAN INTERPRESTASI DATA

Jadual 6.1

Skor Analisis Dokumen

Peserta Kajian Sebelum Bimbingan Selepas Bimbingan Pola Skor

1 5/14 ( 36% ) 14/14 ( 100% ) Meningkat

2 7/14 ( 50 % ) 14/14 ( 100% ) Meningkat

3 6/14 ( 43% ) 14/14 ( 100% ) Meningkat

Page 6: mengatasi masalah miskonsepsi murid tahun 5 dalam subtopik asid dan alkali menggunakan carta kata kunci

peserta kajian 1 peserta kajian 2 peserta kajian 3

36

5043

100 100 100

Graf Pencapaian Peserta Kajian Sebelum dan Selepas Bimbingan

sebelum bimbingan selepas bimbingan

Rajah 6.1. Graf Pencapaian Peserta Kajian Sebelum dan Selepas Bimbingan

Jadual 6.1 dan Rajah 6.3 menunjukkan peratusan markah peserta kajian sebelum dan selepas bimbingan dijalankan . Dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga peserta kajian menunjukkan peningkatan markah yang drastik . Ini dapat dilihat peserta kajian 1 36% , peserta kajian 2 50% dan peserta kajian 3 43% meningkat kepada pencapaian 100% selepas bimbingan dijalankan . Ini menunjukkan bahawa peningkatan positif hasil daripada penggunaan alat bantu mengajar carta kata kunci yang dapat membantu murid mengelas bahan berasid dan beralkali dengan betul dan mudah . Oleh itu dapat dirumuskan bahawa penggunaan carta kata kunci amat berkesan dalam membantu murid memahami konsep dan mengingat konsep sifat kimia bahan berasid dan beralkali menggunakan kertas litmus . Seterusnya meningkatkan pencapaian mereka selain dapat membaiki amalan guru dalam mengajar topik ini .

Jadual 6.2

Analisis Keseluruhan Soal Selidik Murid

Item Soalan Setuju Tidak Setuju1 Saya dapat memahami konsep sifat kimia

bahan berasid dan beralkali dengan baik .3 (100%) 0 ( 0%)

2 Saya dapat mengelas bahan berasid dan beralkali dengan mudah

3 (100%) 0 ( 0%)

3 Saya seronok mempelajari topik asid dan alkali

3 (100%) 0 ( 0%)

4 Proses pengajaran guru menjadi lebih menarik dan mudah difahami apabila menggunakan carta kata kunci

3 (100%) 0 ( 0%)

Page 7: mengatasi masalah miskonsepsi murid tahun 5 dalam subtopik asid dan alkali menggunakan carta kata kunci

item 1item 2

item 3item 4

0102030405060708090

100

Graf Peratusan Analisis Soal Selidik

setujutidak setuju

Rajah 6.2. Graf Peratusan Analisis Soal Selidik

7.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DATA

Persoalan Kajian 1

Apakah penggunaan carta Kata Kunci dapat mengatasi masalah miskonsepsi murid dalam subtopik berasid dan beralkali ?

Berdasarkan hasil dapatan kajian yang telah dibincangkan sebelum ini , saya mendapati bahawa penggunaan alat bantu mengajar carta kata kunci telah berjaya membantu mengatasi masalah miskonsepsi murid dalam topik asid dan alkali . Bagi menjawab persoalan ini , saya telah menggunakan instrumen temubual dan disokong oleh data analisis dokumen .

Dengan merujuk kepada transkrip temu bual dan analisis dokumen peserta kajian , dapat saya rumuskan bahawa kesemua peserta kajian sudah berjaya membetulkan miskonsepsi yang dihadapi oleh mereka melalui penggunaan carta kata kunci . Hal ini dapat dibuktikan apabila peserta kajian berjaya menjelaskan perubahan warna kertas litmus merah berlaku hanya pada bahan beralkali manakala perubahan kertas litmus biru berlaku hanya pada bahan yang berasid secara lisan dan bertulis .

Persoalan Kajian 2

Apakah penggunaan carta Kata Kunci dapat meningkatkan minat murid tahun 5 semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam subtopik asid dan alkali ?

Bagi menjawab persoalan kedua ini , saya telah menggunakan instrumen soal selidik dan telah disokong oleh hasil temu bual . Bagi instrumen soal selidik , item 3 dan 4 merupakan item yang digubal untuk mengukur peningkatan minat peserta kajian semasa pengajaran dan pembelajaran topik asid dan alkali apabila menggunakan carta kata kunci sebagai alat bantu

Page 8: mengatasi masalah miskonsepsi murid tahun 5 dalam subtopik asid dan alkali menggunakan carta kata kunci

mengajar . Hasil analisis menunjukkan bahawa kesemua item soal selidik telah mendapat respon positif . Sebanyak 100% peserta kajian bersetuju bahawa penggunaan carta kata kunci telah berjaya meningkatkan minat mereka semasa pengajaran dan pembelajaran topik ini .

8.0 RUMUSAN

Alat bantu mengajar merupakan satu elemen yang penting dalam memastikan kelangsungan pembelajaran yang berkesan selain kaedah pengajaran guru semata-mata . Perkara ini disokong dengan kajian yang dijalankan oleh Shahril (2005) iaitu bahan bantu mengajar lebih membantu merangsangkan dunia pelajar untuk belajar . Selain itu , peserta kajian dapat mempelajari tajuk ini dalam suasana yang lebih menyeronokkan dan seterusnya dapat meningkatkan motivasi mereka untuk mempelajari sains . Fokus kajian ini juga dapat mengubah persepsi sesetengah murid yang beranggapan bahawa mata pelajaran sains adalah satu mata pelajaran yang banyak menghafaz formula dan banyak fakta yang perlu diketahui serta susah . Kesannya murid akan bersemangat untuk memberikan sepenuh perhatian terhadap pembelajaran mereka seterusnya melibatkan diri dengan semua aktiviti yang dilakukan oleh guru .Sesungguhnya penglibatan aktif murid dalam pembelajaran adalah berpunca daripada maklum balas guru yang mampu memotivasi dan merangsang penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran .

Berdasarkan hujah di atas , dapat saya simpulkan bahawa objektif kajian saya telah tercapai dan persoalan kajian saya yang kedua telah terjawab . Kesimpulannya penggunaan carta kata kunci telah mengatasi masalah miskonsepsi dan meningkatkan minat murid dalam topik asid dan alkali di kalangan murid tahun 5 .