miskonsepsi kanak-kanak

Click here to load reader

Post on 10-Aug-2015

545 views

Category:

Documents

9 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

miskonsepsi kanak-kanak

TRANSCRIPT

Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif

Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kes

Oleh Zaliha binti Musa Unit Latihan Dalam Perkhidmatan Institut Perguruan Tun Abdul Razak Kota Samarahan

ABSTRAKMiskonsepsi banyak dilaporkan dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti konsepsi tentang jirim dalam kalangan murid sekolah rendah. Ujian rangsangan yang mengandungi soalan terbuka tentang pepejal, cecair dan gas telah ditadbirkan bagi mengumpul data kualitatif sebelum miskonsepsi murid diteroka menggunakan temu bual separa berstruktur. Peserta kajian ialah enam orang murid Tahun 5 terdiri daripada murid pelbagai tahap kebolehan. Triangulasi data dibuat melalui analisis dokumen, temu bual terhadap guru dan nota kajian lapangan pengkaji. Data kajian dianalisis mengikut tema menggunakan ATLAS-Ti. Keputusan kajian menunjukkan wujud miskonsepsi tentang konsep jirim dalam kalangan semua peserta kajian tanpa mengira tahap kebolehan. Tahap miskonsepsi tentang konsep pepejal, cecair dan gas adalah setinggi 83% hingga 100%. Dapatan kajian mencadangkan guru menggunakan pendekatan konstruktivisme agar miskonsepi pelajar dapat dicabar bagi membantu mereka membina konsep sains yang lebih diterima secara saintifik.

PENGENALAN If students construct new knowledge out of the experiences they encounter, then it makes sense for the teacher to grasp some part of their experience and connect it to the knowledge to be taught Toh Kok Aun, 2003) Kajian konsepsi tentang konsep-konsep jirim dan yang berkaitan dengan jirim seperti atom, molekul dan sebatian telah banyak dilakukan (Salem, 2007; Hannah, Laurinda, Jose Mendoza & Aldo Borsese, 2007) namun kebanyakannya tertumpu dalam kalangan pelajar sekolah menengah atau

1 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif

peringkat yang lebih tinggi. Di Malaysia, kajian konsepsi tentang jirim dapat dilihat dalam kajian oleh Mohammad Yusof Arshad et al. (2002). Kajian tentang konsepsi jirim dalam kalangan murid sekolah rendah kurang diberi tumpuan dan belum banyak dilakukan terutamanya di Sarawak. Tajuk jirim penting dikuasai di peringkat sekolah rendah sebab konsep zarah merupakan konsep asas kepada tajuk yang seringkali sukar difahami di peringkat menengah iaitu konsep mol.

Masalah pembelajaran dalam kalangan murid dikatakan berpunca daripada fahaman awal yang tidak ditangani oleh guru sebelum memulakan poses pengajaran (diSessa, 2006 dalam Hsu, Wu & Hwang, 2008). Pemahaman konsep yang kabur di peringkat rendah selalunya akan menyumbang kepada kesinambungan pemasalahan pembelajaran konsep yang sama di peringkat yang lebih tinggi di mana kesukaran menerima pelajaran yang baru akan berlaku (Ozmen, 2004). Apabila konsep yang baru tidak memberi makna kepada mereka, pelajar akan cenderung mengekalkan fahaman mengikut pandangan sendiri. Keadaan ini kadangkala didorong oleh faktor guru yang kurang mempunyai latar belakang saintifik dan seterusnya menyumbang kepada miskonsepsi

dalam kalangan pelajar mereka (Del Pozo, 2001; Leite, Mendoza & Borsese, 2007). Faktor-faktor ini menunjukkan pentingnya miskonsepsi tentang jirim yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran KBSR Sains Tahun 5 diselidiki agar strategi yang relevan dapat diformulasikan bagi mencabar kefahaman pelajar yang sedia ada demi membantu pelajar membina konsep sains yang lebih diterima secara saintifik.

2 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif

Oleh itu, kajian ini cuba mengenal pasti apakah idea pelajar tentang konsep jirim dan apakah miskonsepsi yang wujud dalam kalangan murid sekolah rendah yang menyumbang kepada permasalahan pembelajaran. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti konsepsi pelajar sekolah rendah tentang konsep jirim melalui kebolehan pelajar sekolah rendah mengkelaskan bahan-bahan mengikut kategori pepejal, cecair dan gas. Soalan kajian yang cuba dijawab ialah apakah konsepsi pelajar sekolah rendah tentang konsep jirim dari aspek keupayaan membezakan bahan-bahan mengikut kategori pepejal, cecair dan gas?

TINJAUAN LITERATUR Persetujuan dicapai dalam kalangan pendidik sains bahawa setiap pelajar pergi ke sekolah dengan pelbagai pengalaman, mempunyai idea tentang sesuatu dan penjelasan tersendiri tentang sesuatu fenomena. Idea dan penjelasan yang dibina oleh kanak-kanak terhadap konsep sains selalunya berbeza daripada pandangan saintis. Konsep-konsep yang berbeza ini dipanggil kerangka alternatif (Lin & Cheng, 2000), sains kanakkanak (Gilbert, Osborne & Fensham, 1982) atau miskonsepsi (Huddle, White, & Rogers, 2000). Miskonsepsi dalam kalangan kanak-kanak dilaporkan bersifat meluas, stabil dan sukar untuk diubah (Fisher, 1985). Kajian oleh Margel, Eylon dan Scherz (2008) mendapati masa diambil untuk membetulkan miskonsepsi pelajar tentang struktur jirim ke tahap partikel (particulate explaination) ialah dua tahun.

Miskonsepi dalam kalangan kanak-kanak dikatakan mungkin berpunca daripada hubungan pelajar dengan masyarakat, bahasa pertuturan

3 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif

seharian yang diucap dan didengar, dan melalui aktiviti dan interaksi mereka dengan alam sekeliling (Johari Surif & Mohammad Yusof, 2003). Mengikut Leite, Mendoza dan Borsese (2007), the persistence of students learning difficulties in the domain of liquids and liquid-state phenomenon is also associated with their teachers conceptual knowledge (muka surat 350). Kajian oleh Nakhleh dan Samarapungavan (2005) mendapati pelajar tidak dapat menjelaskan ciri-ciri bahan secara konsisten berdasarkan pengetahuan mereka tentang kandungan bahan. Penyelidik lain mencadangkan guru yang tidak mempunyai latar belakang saintifik yang kukuh boleh memperkenalkan miskonsepsi kepada pelajar mereka (Del Pozo, 2001; Kokkotas, Vlachos & Koulaidis, 1998). Johnson (1998) pula menyatakan beberapa permasalahan pembelajaran juga disebabkan kaedah pengajaran guru. Ini menunjukkan bahawa guru juga berperanan kepada berlakunya miskonsepsi dalam kalangan pelajar.

Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran sains yang digunakan oleh guru perlu berupaya mengatasi permasalahan pelajar seperti kewujudan miskonsepsi melalui penguasaan konsep pada tiga aras pengkonsepan dan menerapkan pembangunan strategi metakognitif pelajar (Johari Surif & Mohammad Yusof, 2003). Johari Surif dan Mohammad Yusof (2003) mencadangkan aplikasi model generatif-metakognitif dalam persekitaran konstruktisvisme untuk mengatasi masalah miskonsepsi dalam kalangan pelajar Kimia. Kajian Salem (2007) mendapati bahawa penggunaan conceptual change text oriented instruction yang mengambil kira

miskonsepsi pelajar telah berjaya mengatasi masalah miskonsepsi pelajar berbanding dengan kaedah pengajaran tradisional. Sekali lagi pendekatan

4 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif

konstruktivisme yang menekankan aktiviti hands-on dan minds-on adalah dicadangkan. Ini menunjukkan bahawa mengenali apakah miskonsepsi pelajar adalah penting sebelum sesuatu intervensi dapat dilakukan.

METODOLOGI REKABENTUK KAJIAN Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif dengan rekabentuk kajian kes iaitu singlecase singlesite study. Kes merupakan pelajar yang dikaji dan fokus kajian ialah tentang miskonsepsi. Kaedah kualitatif menerusi temu bual membolehkan penerokaan mendalam tentang

sesuatu fenomena, dalam kes ini ialah konsep jirim, dapat dilaksanakan (Margel et al., 2008; Yin, 1984).

PERSAMPELAN Kaedah persampelan yang digunakan ialah purposive sampling (Merriam, 2001) dan melibatkan 6 orang murid Tahun 5 SK Permai, Sarawak (bukan nama sebenar). Murid Tahun 5 dipilih sebab tajuk Jirim terkandung dalam sukatan pelajaran KBSR Sains Tahun 5. Pemilihan enam orang murid Tahun 5 adalah bersesuaian berdasarkan kemampuan pengkaji dari segi kos dan masa. Kriteria ditetapkan untuk pemilihan peserta kajian ialah murid pada tahap prestasi baik, memuaskan dan agak lemah; serta boleh membaca dan menulis. Murid pada tahap prestasi baik (cemerlang) adalah mereka yang memperolehi markah dalam julat 81100; memuaskan ialah 41-60 dan prestasi lemah (perlukan pembaikan) ialah dalam julat 21-40, seperti digariskan dalam buku Laporan Penilaian

5 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Konsepsi Tentang Jirim Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Di Sarawak: Satu Kajian Kest Laporan Penyelidikan Kualitatif

Kendalian Sekolah. Selain dari itu seorang guru Sains yang mengajar murid-murid ini turut dipilih untuk ditemu bual.

PROSEDUR PENGUMPULAN DATA Tiga kaedah pengumpulan data telah digunakan iaitu menggunakan ujian rangsangan, temu bual dan analisis dokumen yang menjadi data sekunder. Nota kajian lapangan pengkaji juga menjadi sumber rujukan.

Instrumen Kajian Instrumen kajian digunakan dalam kajian kes ini berupa ujian rangsangan mengandungi item tentang subtopik States of Matter dalam Tema

Menyiasat Alam Bahan KBSR Sains Tahun 5. Idea kanak-kanak tentang konsep jirim diukur dan dinilai melalui kebolehan mengkelaskan bahanbahan kepada kategori pepejal, cecair dan gas. Bahan-bahan digunakan untuk aktiviti pengkelasan mengikut kategori pepejal, cecair dan gas dipilih berdasarkan sifat-sifat bahan yang mempunyai jisim, isipadu dan bentuk dan yang biasa dijumpai oleh kanak