laporan miskonsepsi

7
NOORMAZNI BT AHMAD TERMIZI LAPORAN BERGAMBAR LAPORAN MISKONSEPSI SEBELUM PENGAJARAN. Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Sains tahun 4 dalam Tema Menyiasat Bumi Dan Alam Semesta, murid saya sering mengalami miskonsepsi bagi hasil pembelajaran 4.1.1.3 iaitu memahami bahawa planet mengelilingi Matahari. Fenomena kejadian siang dan malam adalah satu situasi dimana Bumi berputar di atas paksinya sambil mengelilingi Matahari.Dalam proses kejadian ini, sebahagian Bumi akan menerima cahaya matahari apabila bahagian Bumi tersebut menghadap Matahari.Kejadian Bayang-bayang juga berlaku apabila Bumi berputar di atas paksinya.Dalam kejadian ini Matahari seakan bergerak pada setiap hari bermula terbit fajar dan terbenam Matahari. Fenomena ini sangat sukar di fahami oleh murid saya.Murid saya menyangkakan Matahari itu sendiri yang bergerak mengelilingi Bumi. Tema Bumi dan Alam Semesta adalah satu tema yang agak meluas dan memerlukan tahap kefahaman yang tinggi bagi seseorang murid yang berumur 10 tahun.Persoalan mengenai mengapakah matahari terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah Barat telah memberikan satu gambaran kepada murid bahawa Matahari itu boleh bergerak mengelilingi Bumi. Persoalan yang saya ajukan kepada murid-murid kelas tahun 4 Exora, mengapakah anda mengatakan Matahari itu bergerak. Jawapan yang di terima dari pelbagai sudut. Jawapan murid 1 : Saya lihat Matahari terbit kat bawah Gunung kemudian naik atas. Jawapan murid 2 : Bila tengahari Matahari berada di atas dan apabila terbenam Matahari berada di

Upload: daniazara

Post on 16-Jan-2016

117 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

mm

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN MISKONSEPSI

NOORMAZNI BT AHMAD TERMIZI LAPORAN BERGAMBAR

LAPORAN MISKONSEPSI

SEBELUM PENGAJARAN.

Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Sains tahun 4 dalam Tema Menyiasat Bumi Dan Alam Semesta, murid saya sering mengalami miskonsepsi bagi hasil pembelajaran 4.1.1.3 iaitu memahami bahawa planet mengelilingi Matahari.

Fenomena kejadian siang dan malam adalah satu situasi dimana Bumi berputar di atas paksinya sambil mengelilingi Matahari.Dalam proses kejadian ini, sebahagian Bumi akan menerima cahaya matahari apabila bahagian Bumi tersebut menghadap Matahari.Kejadian Bayang-bayang juga berlaku apabila Bumi berputar di atas paksinya.Dalam kejadian ini Matahari seakan bergerak pada setiap hari bermula terbit fajar dan terbenam Matahari.

Fenomena ini sangat sukar di fahami oleh murid saya.Murid saya menyangkakan Matahari itu sendiri yang bergerak mengelilingi Bumi.

Tema Bumi dan Alam Semesta adalah satu tema yang agak meluas dan memerlukan tahap kefahaman yang tinggi bagi seseorang murid yang berumur 10 tahun.Persoalan mengenai mengapakah matahari terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah Barat telah memberikan satu gambaran kepada murid bahawa Matahari itu boleh bergerak mengelilingi Bumi.

Persoalan yang saya ajukan kepada murid-murid kelas tahun 4 Exora,

mengapakah anda mengatakan Matahari itu bergerak.

Jawapan yang di terima dari pelbagai sudut.

Jawapan murid 1 : Saya lihat Matahari terbit kat bawah Gunung kemudian naik atas.

Jawapan murid 2 : Bila tengahari Matahari berada di atas dan apabila terbenam Matahari berada di

bawah pula.

Jawapan murid 3 : Apabila pagi Matahari berada di tepi dan apabila tengahari Matahari telah naik ke

atas pula dan akhir sekali berada di bawah semula.

Jawapan murid 4 : Matahari sangat terang apabila Matahari berada di atas dan gelap apabila Matahari

berada di bawah.

Jawapan murid 5 : Setiap masa saya Nampak Matahari berada di tempat yang berlainan.Mestilah

Matahari itu bergerak.

Page 2: LAPORAN MISKONSEPSI

NOORMAZNI BT AHMAD TERMIZI LAPORAN BERGAMBAR

CADANGAN STRATEGI MENGATASI MASALAH MISKONSEPSI PELAJAR

Strategi pilihan : Tayangan video tentang peredaran Bumi mengelilingi Matahari.

Kaedah : Perbincangan

Saya telah memilih untuk menayangkan video tentang proses keadaan sebenar di Angkasa Lepas , bagaimanakah situasi sebenar hubungannya di antara pergerakan Bumi dan kedudukan Matahari.

Murid-murid dapat melihat dengan jelas , orbit yang di gunakan oleh Bumi untuk mengelilingi Matahari.Matahari dapat di perhatikan bahawa sentiasa berada di tempat yang sama dan murid dapat memerhati hanya Bumi yang bergerak mengelilingi Matahari.

Di samping itu juga Murid-murid dapat melihat relative saiz Bumi dan Matahari dan bagaimanakah situasi sebenar keadaan permukaan Matahari yang mempunyai permukaan yang bercahaya.Tayangan video ini juga dapat mengukuhkan kefahaman murid tentang planet-planet lain yang mempunyai fungsi yang sama dengan planet Bumi iaitu sentiasa mengelilingi Matahari mengikut orbit masing-masing dan dengan jelas dapat melihat Matahari berada static di tengah tengah .

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran ini di jalankan saya sentiasa memberi penerangan kepada murid dan pelbagai persoalan yang di ajukan oleh murid bagi mengukuhkan kefahaman mereka tentang konsep Matahari tidak bergarak dan hanya Bumi yang mengelilingi Matahari.

SELEPAS PENGAJARAN.

Selepas proses pengajaran dan pembelajaran di jalankan, saya dapat melihat murid-murid telah menguasai konsep yang sebenarnya. Murid-murid telah mengetahui:

1. Bumi berputar mengelilingi Matahari.2. Matahari tidak bergerak .3. Kedudukan Matahari yang berubah pada setiap pagi tengahari dan petang di sebabkan oleh

Bumi berputar pada paksinya.4. Matahari di kelilingi oleh planet-planet lain yang mengelilingi matahari melalui orbit yang

tersendiri.

Page 3: LAPORAN MISKONSEPSI

NOORMAZNI BT AHMAD TERMIZI LAPORAN BERGAMBAR

LAPORAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR.

KEKUATAN

1. Murid dapat melihat dengan lebih dekat peristiwa yang berlaku di angkasa lepas.

2. Murid dapat melihat orbit yang di gunakan oleh Bumi untuk mengelilingi Matahari.

3. Murid dapat melihat dengan jelas posisi matahari ketika Bumi beredar mengelilingi Matahari.

4. Murid dapat mengajukan persoalan ketika pengajaran dan pembelajaran di sampaikan.

5. Guru mengadakan kuiz ringkas bagi memantapkan kefahaman murid tentang miskonsepsi.

6. Murid dapat membuat perbandingan relative saiz Bumi dan matahari.

KELEMAHAN

1. Murid tidak terlibat secara aktif di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1.Konsep dapat di perkukuhkan lagi jika aktiviti pengajaran dan pembelajaran di tambah dengan

aktiviti simulasi.

2.Penggunaan bahan maujud dan model Bumi dan Matahari akan dapat mengukuhkan kefahaman

konsep murid.

Page 4: LAPORAN MISKONSEPSI

NOORMAZNI BT AHMAD TERMIZI LAPORAN BERGAMBAR

LAPORAN BERGAMBAR

GURU MEMBERI PENERANGANTENTANG KEDUDUKAN BUMI DAN MATAHARI

ORBIT-ORBIT YANG DI GUNAKAN OLEH PLANET UNTUK MENGELILINGI MATAHARI

BUMI BERGERAK

Page 5: LAPORAN MISKONSEPSI

NOORMAZNI BT AHMAD TERMIZI LAPORAN BERGAMBAR

MENGELILINGI MATAHARI

MATAHARI MEMPUNYAI CAHAYA BUMI BERPUTAR DI ATAS PAKSINYA

MATAHARI TIDAK BERGERAK HANYA BUMI MENGELILINGI MATAHRI

Page 6: LAPORAN MISKONSEPSI

NOORMAZNI BT AHMAD TERMIZI LAPORAN BERGAMBAR

MURID MENUMPUKAN PERHATIAN SEMASA TAYANGAN VIDEO

MURID MENGUKUHKAN KONSEPMELALUI TAYANGAN VIDEO YANG DI TUNJUKKAN