miskonsepsi perpuluhan

Upload: hailmi-othman

Post on 18-Jan-2016

385 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Miskonsepsi

TRANSCRIPT

TUGASAN 1Sukatan Pelajaran KBSR Matematik menekankan pelajar menguasai kemahiran yang melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi( +, -, x, ) Operasi-operasi itu merupakan asas kepada menguasai kemahiran-kemahiran lain dalam Matematik. Matapelajaran matematik merupakan salah satu matapelajaran teras yang wajib untuk dipelajari oleh setiap murid. Ini kerana matapelajaran Matematik merupakan salah satu matapelajaran yang penting dalam menyediakan murid dengan kemahiran saintifik mengira untuk pembangunan negara ke arah sains dan teknologi pada masa akan datang. Tidak dinafikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seringkali terdapat masalah di mana murid tidak dapat mengikuti rentak dan kaedah pengajaran guru. Sesetengah murid pula tidak berminat untuk belajar dan lantas tidak memberi tumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Namun, secara puratanya, terdapat persamaan antara masalah-masalah yang dihadapi. Mereka berpendapat bahawa selalunya masalah ini timbul apabila para pelajar menghadapi tekanan, sama ada tekanan daripada keluarga, tekanan daripada guru, mahupun tekanan yang dicorakkan oleh para pelajar sendiri.Miskonsepsi adalah satu daripada masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam pembelajaran matematik dan sering menjadi penghalang kepada mereka untuk memahami konsep-konsep Matematik yang berkaitan dengan konsep yang disalah tafsirkan oleh mereka. Sebahagian murid tergolong dalam lemah Matematik mungkin disebabkan oleh kurang mahir membaca, menulis, melakukan latihan pengiraan dan bercakap. Dalam Matematik, masalah ini akan lebih ketara dengan adanya istilah Matematik yang mana sebahagiannya daripada mereka yang belum pernah mendengar dan lupa istilah yang diberikan. Beberapa kajian yang telah dijalankan oleh ahli psikologi, pakar matematik dan guru matematik menunjukkan ada pelbagai sebab murid melakukan kesilapan dalam pengiraan Matematik. Sesuatu kemahiran yang hendak diajar kepada murid perlulah diterangkan konsep disebaliknya.Antara miskonsepsi yang sering berlaku di kalangan murid ialah 1. terlalu menggeneralisasikan (overgeneralization)2. terlalu memudahkan (oversimplification)3. pandangan/idea pengetahuan sedia ada (pre-conceive notion).4. salah mengenalpasti (misidentifying)5. salah faham (misunderstanding)6. salah maklumat (misinformation)7. kepercayaan bukan saintifik (nonscientific beliefs)8. salah faham konsep (conceptual misunderstands)9. kepercayaan kepada yang lebih terkenal (popular beliefs)10. penerangan yang salah mengenai definisi dan kaedah (definition and method incorrectly explained) Satu ujian Matematik telah dilaksanakan terhadap murid Tahun 5 iaitu ujian penambahan nombor bulat dan penambahan perpuluhan. Saya telah memilih murid kelas terakhir bagi Tahun 5 di mana semua murid lemah dikumpulkan dalam kelas ini. Sebagaimana yang diketahui umum murid-murid ini sukar untuk menguasai kemahiran mengira yang melibatkan sesuatu konsep yang abstrak. Selepas ujian saya telah menjalankan temuduga untuk mengetahui kesukaran yang dihadapi dalam pembelajaran Matematik. Kebanyakkan murid menyatakan Matematik merupakan subjek yang susah untuk dikuasai. Mereka juga rasa terbeban kerana terpaksa menghafal sifir untuk penyelesaian Matematik. Selain daripada itu, saya turut menguji murid untuk menyatakan nilai tempat bagi nombor bulat dan perpuluhan. Rata-rata murid yang disoal tidak memberikan jawapan yang betul. Wujudnya kekeliruan dan miskonsepsi tentang nilai tempat. Hasil temubual ini tidak mengejutkan saya kerana berdasarkan pengalaman mengajar saya, murid lemah sukar untuk mengingati fakta-fakta mengenai nombor. Namun saya pasti sekiranya miskonsepsi murid terhadap Matematik dapat diperbetulkan, murid-murid ini akan lebih berminat untuk belajar seterusnya menguasai kemahiran asas mengira. Ujian yang telah dilaksanakan dengan memberikan tumpuan kepada tajuk nombor dan perpuluhan. Bagi kedua-dua tajuk ini saya menumpukan kepada kemahiran nilai tempat dan operasi penambahan.Penambahan merupakan satu operasi terhadap nombor. Ianya proses bertambah dua atau lebih kuantiti dengan menggunakan nombor. Sebagai hasilnya pertambahan kuantiti akan turut diwakili oleh nombor. Tujuan saya memilih kemahiran ini adalah kerana saya mendapati murid masih tidak dapat menerima konsep penambahan sebagai sesuatu nombor yang meningkat nilainya.Miskonsepsi bagi nombor bulat dan penambahan.Berdasarkan kepada temubual dan hasil kerja murid, saya telah mengenalpasti beberapa miskonsepsi yang terjadi kepada murid-murid ini. 1. 56+ 9 Kekeliruan mengenai nilai tempat. Kekeliruan ini merupakan kesilapan asas yang seirng berlaku kepada murid lemah. Mereka sukar untuk mengenal nilai tempat bagi sesuatu nombor dan menyebabkan mereka sukar untuk melakukan operasi. Murid sukar untuk mengingati nilai tempat terutama ketika menyusun nombor dalam bentuk lazim. Sebagai contoh : 9 + 56 = disusun sebagai semasa membuat

pengiraan walaupun soalan telah dibuat dalam bentuk lazim.Nombor 9 ditambah dengan 5 sehingga menghasilkan 14. Ini jelas menunjukkan miskonsepSI tentang nilai tempat dan keliru ketika menyusun nombor.

2. Nilai sifar dalam pengiraan. Nilai sifar digunakan untuk menggambarkan sesuatu yang tiada atau tidak mempunyai nilai. Semasa melakukan penambahan sesuatu nombor yang ditambah dengan sifar akan menghasilkan nombor itu semula. Contoh kesalahan yang telah dibuat ialah 70 + 9 = 70. Murid tidak memahami konsep nilai sifar bagi soalan ini.

3. Kesalahan membilang. Ini berpunca daripada kesalahan mengira untuk tertib menaik semasa melakukan penambahan. Contohnya 37 + 294 ditulis sebagi 341. Kesalahan ini berlaku kerana ketika mengira, murid membilang hingga lebih dari sepatutnya.

4. 37+ 29421211Kekeliruan tentang pengiraan yang melibatkan pengumpulan semula. Kesalahan ini berkaitan rapat dengan pengetahuan mengenai nilai tempat. Murid menulis jawapan terus tanpa mengumpul semula pada nilai tempat yang bersebelahan. Kesalahan ini boleh dilihat pada soalan nombor 8,jelas menunjukkan miskonsepsi tentang pengumpulan semula.

Miskonsepsi dalam penambahan perpuluhan.Satu ujian juga telah dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat mengenai tahap pemahaman murid terhadap perpuluhan. Saya telah menyediakan satu set soalan mengenai kemahiran ini dan beberapa miskonsepsi telah dikenalpasti.1. 5.765+ 9. 37Wujudnya kekeliruan terhadap murid semasa menyusun nombor perpuluhan dalam bentuk lazim. Murid telah menyusun nombor tanpa mengikut nilai tempat perpuluhan. Miskonsepsi yang dikenalpasti ialah mengenai nilai tempat bagi perpuluhan dan tempat susunan nombor ketika melakukan penambahan. Sebagai contoh bagi soalan nombor 7 ( 5.766 + 9.37 ). Susunan yang dibuat ialah :

2. Kesilapan ketika membilang. Kebanyakan murid menyelesaikan soalan dengan membilang menggunakan jari. Miskonsepsi yang wujud ialah ketika menambah dan membilang jari untuk mendapatkan jawapan.

3. Mengabaikan titik perpuluhan bagi nombor bulat. Beberapa orang murid telah membuat kesilapan ketika penambahan. Ini kerana murid beranggapan nombor bulat tidak mempunyai titik perpuluhan. Konsep mengenai nombor bulat juga mempunyai titik perpuluhan tidak dapat difahami dan murid menganggap penamban bagi perpuluhan adalah sama seperti nombor biasa. Contohnya pada soalan nombor 9 dan 10. Kegagalan untuk menyelesaikan soalan ini adalah kerana miskonsepsi tentang nilai tempat dan anggapan bahawa nombor bulat tidak mempunyai nilai perpuluhan.

4. Miskonsepsi tentang simbol tambah. Murid melakukan operasi tolak serta tidak menulis simbol (+) ketika menyusun nombor dalam bentuk lazim.

TUGASAN 2Setelah meneliti hasil kerja murid, saya telah mengenalpasti beberapa miskonsepsi yang telah wujud. Untuk memperbetulkan miskonsepsi ini saya telah menjalankan dua sesi pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan nombor bulat dan perpuluhan. Saya telah membuat perancangan dengan menetapkan hasil pembelajaran yang hendak dicapai berdasarkan kepada miskonsepsi yang telah berlaku. Perancangan dan aktiviti pengajaran untuk miskonsepsi nombor bulatKelas: 5 TekunHari : Rabu Tarikh : 28 Ogos 2013Masa : 9.45-10.45 pagiObjektif: i)Mengenal nilai tempat bagi nombor bulat sehingga tiga digit ii)Menambah sehingga nombor tiga digitHasil pembelajaran : -Menyelesaikan dengan betul 8 dari 10 soalan penambahan dengan menyusun mengikut nilai tempat yang betul dari lembaran kerja. -Menyelesaikan dengan betul, 8 dari 10 soalan penambahan nombor bulat hingga tiga digit dari lembaran kerja.Pada peringkat permulaan saya bersoal jawab jawab dengan murid tentang nama-nama tempat dalam Pulau Pinang. Daripada jawapan dan respons murid terhadap soalan saya mengaitkannya dengan nilai tempat dengan menerangkan bahawa setiap nombor mempunyai nilai tempatnya yang tersendiri.Seterusnya saya memperkenalkan semula nilai tempat bagi nombor bulat sehingga tiga digit. Akitiviti ini dibuat dengan menggunakan carta nilai tempat pada papan hitam.456 terdiri daripada 4 ratus, 5 puluh dan 6 sa. Nombor ini dijelaskan kepada murid melalui carta seperti berikut.

RatusPuluhSa

456

Saya juga mengulang dengan beberapa contoh yang lain supaya murid dapat mengenal dan mengingat nilai tempat. Latih tubi untuk menyebut dan menyusun juga dibuat dengan meminta murid menyebut nilai tempat bagi nombor dan mengisi pada carta.

Setelah murid sudah boleh menyebut dan menyatakan nilai tempat, aktiviti seterusnya ialah mengaitkan nilai tempat dengan operasi penambahan. Saya memberi penekanan bahawa sebelum penambahan dibuat, nombor-nombor haruslah disusun mengikut nilai tempat. Untuk itu saya menggunakan carta nilai tempat untuk menunjukkan susunan nombor.

Penerangan mengenai penambahan merangkumi penambahan yang melibatkan pengumpulan semula. Saya juga menunjukkan cara nombor disusun setelah pengumpulan semula dibuat. Latih tubi dibuat untuk meningkat kefahaman murid dengan menggunakan contoh-contoh lain.Seterusnya setelah murid menunjukkan kefahaman tentang susunan dan nilai tempat bagi nombor, saya mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi penambahan. Di dalam lembaran kerja ini disertakan carta nilai tempat bertujuan memudahkan murid menyusun nombor ketika penambahan. Bagi membantu murid yang lemah mengenai konsep penambahan, saya telah menyediakan manik dan guli. Penggunaan bahan konkrit ini dapat membantu murid untuk menyelesaikan lembahan kerja yang telah diberikan. Selain itu saya juga menggunakan bahan konkrit ini untuk memperbetulkan konsep murid mengenai sifar.

Pada peringkat penilaian saya sekali lagi mengedarkan lembaran kerja kepada murid. Perbezaan bagi lembaran kerja ini ialah carta nilai tempat tidak disertakan. Murid perlu menyelesaikan penambahan yang telah disusun dalam bentuk lazim. Penyusunan nombor dalam bentuk lazim bertujuan membantu murid untuk mendapatkan jawapan yang betul.Setelah selesai aktiviti pengajaran, saya telah membuat semakan jawapan dan membuat perbandingan. Saya dapati miskonsepsi yang wujud dikalangan murid secara keseluruhannya dapat diatasi. Ini dapat dilihat dengan jenis melalui ujian, latihan lembaran kerja dan penilaian selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Peningkatan dari segi jawapan yang betul dapat dilihat dengan jelas. Ini menunjukkan bahawa murid telah menguasai kemahiran nilai tempat. Selain itu, miskonsep ketika membilang dapat diatasi dengan pengggunaan bahan konkrit. Kekeliruan yang wujud ketika penambahan yang melibatkan pengumpulan semula juga dapat diatasi.

Perancangan dan aktiviti pengajaran untuk miskonsepsi perpuluhanKelas: 5 TekunHari : Khamis Tarikh: 29 Ogos 2013Masa : 7.45-8.45 pagiObjektif: i)Mengenal nilai tempat bagi perpuluhan sehingga tiga tempat perpuluhan ii)Menambah perpuluhan sehingga tiga tempat perpuluhanHasil pembelajaran : -Menyelesaikan dengan betul 8 dari 10 soalan penambahanperpuluhan dengan menyusun mengikut nilai tempat perpuluhan dari lembaran kerja. -Menyelesaikan dengan betul, 8 dari 10 soalan penambahan perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan dari lembaran kerja.

Permulaan pengajaran dibuat dengan memperkenalkan nilai tempat perpuluhan dengan menggunakan carta nilai tempat. Saya memberi penekanan kepada titik perpuluhan dan nilai yang wujud selepas titik perpuluhan disebelah kanan. Saya juga meminta murid untuk menyebut nilai tempat perpuluhan iaitu persepuluh, perseratus dan perseribu. Latih tubi untuk menyebut dan mengisi nombor pada carta juga dibuat.

Penggunaan carta membolehkan murid membuat banding beza antara nilai tempat bagi perpuluhan. Pada peringkat seterusnya, saya mengaitkan nilai tempat dengan operasi penambahan. Saya menunjukkan cara susun nombor perpuluhan dibuat pada carta. Contoh-contoh lain juga dipelbagaikan untuk meningkatkan kefahaman murid, terutama apabila penambahan perpuluhan dengan nombor bulat. Kekeliruan murid untuk menentukan titik perpuluhan bagi nombor bulat juga dapat diatasi melalu penggunaan carta ini.

Saya juga menekankan penggunaan simbol tambah ketika menyelesaikan penambahan. Kekeliruan yang wujud ketika membilang diatasi dengan membimbing murid untuk menggunakan jari. Ini merupakan kesinambungan penggunaan bahan konkrit pada pengajaran nombor bulat yang lalu. Saya mengingatkan murid tentang bagaimana membuat pengiraan dan membilang menggunakan merupakan jari adalah sama seperti menggunakan manik dan guli. Latih tubi penyelesaian dibuat dengan menggunakan beberapa contoh di papan hitam. Beberapa orang murid juga diminta untuk menyelesaikan soalan di papan hitam dengan menggunakan carta nilai tempat.Seterusnya saya mengedarkan lembaran mengenai penambahan nombor perpuluhan.saya menyediakan dua lembaran kerja untuk pengajaran ini. Pada lembaran kerja pertama ini disertakan carta nilai tempat pada setiap soalan. Murid diminta menyelesaikan kesemua 10 soalan. Dalam masa yang saya turut membimbing murid yang lemah untuk menyusun nombor mengikut nilai tempat dan titik perpuluhan. Pemerhatian secara kelas mendapati kebanyakkan murid dapat menyusun nombor perpuluhan dengan betul. Bagi mengelakkan kesalahan ketika membilang, saya sekali lagi membimbing murid untuk menggunakan jari sebagai bahan konkrit.

Setelah selesai menyiapkan lembaran kerja pertama, murid diedarkan lembaran kerja kedua. Lembaran kerja kedua tidak mengandungi carta nilai tempat seperti sebelum ini. Murid harus menentu, dan menyusun nombor perpuluhan mengikut nilai tempat yang betul. Pada peringkat ini murid diminta menyelesaikan sendiri soalan yang dikemukan tanpa bimbingan guru.Setelah selesai aktiviti pengajaran ini saya telah membuat semakan dan meneliti respon dan jawapn murid bagi setiap soalan. Hasil semakan jawapan mendapati terdapat perbezaan antara sebelum dan selepas pengajaran dibuat. Hasil kerja murid selepas pengajaran menunjukkan peningkatan kefahaman terhadap nilai tempat perpuluhan. Kebanyakan murid dapat memberikan jawapan yang betul sekaligus dapat memperbetulkan miskonsepsi tentang susunan nombor dalam bentuk lazim semasa penambahan.Kedua-dua aktiviti pengajaran ini memberikan pengalaman baru buat murid. Sebelum ini murid hanya diperkenalkan terus kepada penambahan tanpa diterangkan pentingnya menambah nombor mengikut nilai tempat. Namun setelah meneliti keberkesanan kedua-dua aktiviti ini, saya mengenalpasti beberapa cadangan penambaikan untuk meningkatkan kefahaman murid. Antara penambahbaikan yang boleh dilaksanakan ialah:1. Menggunakan bahan-bahan berunsur ICT dan grafik yang menarik. Penggunaan alat seperti ini dapat menarik perhatian murid terhadap pelajaran. Grafik proses penambahan boleh dibuat dengan animasi. Di samping banyak langkah pengajaran akan menjadi lebih mudah dengan pengintergrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.2. Penggunaan gambar atau objek untuk mewakili nilai sesuatu nombor boleh digunakan untuk menunjukkan penambahan di papan hitam. Murid secara kelas dapat melihat dengan jelas proses penambahan.3. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini boleh ditingkatkan dengan mempelbagaikan bahan-bahan konkrit.4. Memanjangkan tempoh pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana saya mendapati ada murid yang tidak sempat menyelesaikan lembaran kerja dalam waktu yang ditetapkan. 5. Memperbanyakkan latih tubi semasa sesi pengajaran untuk mengekalkan kefahaman murid terhadap nilai tempat dan penambahan.

REFLEKSIPelbagai kesukaran dihadapi oleh dalam pembelajaran Matematik di sekolah. Antara kesukaran yang sering dihadapi oleh murid-murid adalah berpunca daripada kecuaian dan miskonsepsi murid itu sendiri. Kesukaran yang berpunca daripada kecuaian agak mudah dikesan oleh guru dan murid-murid. Antara langkah yang boleh diambil oleh guru dalam mengatasi kesukaran ini adalah dengan sering mengingati murid-murid agar lebih berhati-hati semasa menyelesaikan latihan Matematik. Bagaimanapun, kesukaran yang berpunca daripada miskonsepsi agak mencabar dan lebih sukar diatasi. Miskonsepsi dalam kalangan murid-murid ada kaitannya dengan teori pembelajaran. Melalui teori pembelajaran, membolehkan guru membuat: ramalan tentang kesilapan yang sering dilakukan oleh murid; penjelasan tentang bagaimana dan kenapa murid melakukan kesilapan membantu murid mengatasi masalah miskonsepsi yang dialaminya. Murid-murid kadang kala mempunyai miskonsepsi tentang nilai tempat bagi masalah aritmetik ataupun digit yang selalu disusun secara menegak dan bermula dari kanan. Notasi ini secara tradisional, murid-murid diajar untuk menyusun nilai tempat digit dan tambah secara menegak. Apabila murid-murid diberikan masalah seperti (200 + 56.6), 200+ 56.6------------ 76.6------------murid-murid yang menghadapi kesukaran ini akan menyusun nombor dengan mengabaikan titik perpuluhan bagi memberi jawapan 76.6 (iaitu jawapan yang salah) Bagi mengatasi masalah miskonsepsi ini, saya telah memberi penekanan kepada murid-murid yang bahawa, setiap nombor mesti ada titik perpuluhan. Seperti nombor 200 tersebut, murid perlu meletakkan titik perpuluhan dihujung nombor tersebut:

200.0+ 76.6------------- 276.6------------

Jawapan diatas ialah jawapan yang betul. Guru perlu memberi penekanan mengenai penambahan perpuluhan dan nilai tempat.Selain daripada itu, terdapat juga miskonsepsi dalam kalangan murid dalam nombor perpuluhan. Keadaan ini adalah berpunca daripada perbezaan peraturan dalam mengaplikasikan nombor perpuluhan berbanding dengan nombor bulat. Murid tidak dapat membezakan nombor bulat dan nombor perpuluhan. Bagaimanapun masalah timbul apabila soalan nombornya tidak boleh ditambah secara langsung. Perhatikan contoh berikut:0.68 + 0.79 = ? Kedua-dua nombor perpuluhan ini tidak boleh ditambah secara langsung disebabkan digit-digitnya apabila ditambah mengikut nilai tempat akan memberikan jumlah yang lebih besar daripada 10. Adalah tidak benar sekiranya dilakukan begini: 0 . 6 8 + 0 . 7 9 ------------- 0 .13 17 -------------

Murid selalu melakukan kesilapan dengan menambah dan terus meletakkan jumlah kiraan tersebut di ruang jawapan dibawah. Sepatutnya murid perlu mengumpul semula di nilai digit persepuluh. Sebenarnya operasi yang betul adalah seperti berikut: 1 1 0 . 6 8 + 0 . 7 9 ------------- 1. 4 7 -------------

Cara pengiraan yang betul adalah seperti diatas, murid perlu mengumpul semula jika jawapan melebihi 10. Masalah miskonsepsi ini berlaku kerana, murid tidak faham dengan kaedah mengumpul semula. Jadi guru perlulah memberi penjelasan kepada murid-murid. Penggunaan carta nilai tempat dapat membantu murid untuk mengatasi masalah ini. Guru boleh membimbing murid untuk menulis hasil tambah yang melebihi 9 untuk dipindahkan ke nilai tempat yang seterusnya.Terdapat juga murid yang tidak memahami peranan nilai tempat dalam penyelesaian masalah berkaitan dengan penambahan. Contohnya seperti dibawah: 13.5+ 0.24 ---------- 1.59 -----------Di sini dapat dilihat murid tidakmemahami konsep dan nilai digit jika nombor tersebut ada titik perpuluhan. Sebagai guru, langkah penyelesaian yang boleh dilakukan ialah dengan membuat jadual nilai digit. Penggunaan pelbagai alat bantu mengajar mengikut cara yang bersesuaian dapat meningkatkan mutu atau tumpuan murid murid terhadap pembelajaran. Pengunaan bahan bantu mengajar juga turut memudahkan guru dalam penyampaian konsep kepada pelajar. Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Oleh itu pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan perlu bekerjasama dalam memastikan pelajar dapat menguasai matematik dengan baik supaya hasrat negara untuk menjadi sebuah negara yang maju dan bersaing di peringkat global akan tercapai. Miskonsepsi miskonsepi yang dibincangkan di atas adalah perkara yang serius yang perlu diatasi. Pengetahuan murid yang terbatas dalam mempelajari Matematik hendaklah diubah dan diperbaiki. Bahasa Matematik merupakan perkara yang sering membatasi pemahaman murid mengenai konsep-konsep Matematik. Murid-murid biasanya mempunyai kefahaman konseptual yang sangat rendah dalam bahasa yang digunakan dalam soalan. Kelemahan ini mungkin berasal daripada kelemahan pelajar itu sendiri dan pendekatan pengajaran guru yang kurang menekankan pembinaan konsep Masalah miskonsepsi yang dihadapi oleh pelajar berkait rapat dengan miskonsepsi mereka terhadap pengajaran asas nombor iaitu, nombor bulat, pecahan, perpuluhan dan peratus dan tidak dapat dibetulkan dengan cara latih tubi atau drill tetapi ia perlu diselidiki secara mendalam bagaimana miskonsepsi ini berlaku.Kesimpulannya, miskonsepsi lahir dari apa yang telah diajarkan. Walaupun pelajaran yg diturunkan oleh mereka tersebut tidak logik dan salah, tetapi dari segi perspektif kanak-kanak, ia sangat sesuai dan benar. Bagi kita matematik adalah subjek kumulatif ataupun bertambah-tambah,dan kita mempelajari sesuatu yang baru dengan berpandukan pembelajaran lampau. Maka, setiap miskonsepsi adalah betul bagi sesetengah pembelajaran yang terdahulu sebagaimana yang digariskan dalam kurikulum.Majoriti dari punca miskonsepsi adalah kerana generalisasi melampau dalam pengetahuan sedia ada yang hanya tepat untuk pembelajaran awal. Skema yang telah pun terbina dalam minda kanak-kanak akan terus kukuh dan sukar untuk berubah. Kanak-kanak tidak mudah untuk menerima idea baru dengan mudah, contohnya, menukar skema-skema yang sudah tersimpan dalam minda mereka, tetapi sebaliknya mereka akan cuba mencernakan idea baru tersebut kepada skema yg sedia ada, maka tiada perubahan yang akan berlaku.

RUJUKAN

Mok Soon Sang (2003) A Mathematics Course for Diploma of Education, Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Subang Jaya.

Baharin Shamsudin (1990). Siri Pendidikan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Untuk Sekolah Rendah Buku . Kuala Lumpur : DBP, KPM

Mohd Uzi Dollah, Noor Shah Saad .(2012). Modul KRM3013 Asas Nombor. Tanjung Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris

Tugasan ProjekMiskonsepsi adalah satu fenomena yang sering wujud di kalangan murd-murid dalam pembelajaran Matematik. Perkara yang sering menjadi penghalang kepada mereka untuk memahami konsep-konsep Matematik yang berkaitan.Tugasan yang disediakan akan memberi pendedahan serta pengalaman yang konkrit dan releven untuk anda meneroka pelbagai miskonsepsi yang timbul, serta berupaya mencari pengajaran alternatif untuk mengatasinya.Tugasan 1Berdasarkan penilaian yang sudah nada jalankan di dalam sekolah atau penilaian khas untuk tujuan tugasan ini, pilih murid yang membuat kesilapan dalam standard/ hasil pembelajaran dalam mana-mana dua tajuk dari kursus ini, kemudian menjalankan sesi temubual dengan mereka. Abaikan kesilapan yang disebabkan kelalaian, ketidakfahaman, atau faktor lain, tetapi catatkan huraian mereka mengenai miskonsepsi yang berlaku. Huraikan permasalah murid tentang miskonsepsi.Tugasan 2Merancang satu aktiviti yang anda anggap dapat membetulkan miskonsepsi yang wujud di kalangan murid. Laksanakan sesi bimbingan dengan aktiviti itu. Menilai murid berkenaan sekali lagi untuk menentukan samada msikonsepsi berkaitan telah dibetulkan. Membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan aktiviti yang telah anda merancang dan melaksana untuk pembetulan miskonsepsi.Sediakan laporan tentang perancangan, pelaksanaanm dan penilaian keberkesanan aktiviti anda. Membuat cadangan penambahbaikan aktiviti sekiranya ada. Tugasan 3Sediakan laporan refleksi. Fokus kepada sebab miskonsepsi berlaku dan perkara yang perlu diperhatikan dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran agar kewujudan miskonsepsi berkenaan boleh dielakkan.