mengaplikasikan kemahiran kaunseling dalam pdp

18
1.0 PENGENALAN Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembetukkan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya di mana iklim kondusif untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran supaya objektif yang ditetapkan dapat tercapai ( Mok Soon Sang, 2011). Ia melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam bilik darjah bagi meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat perancangan sendiri ( Noraini Idris, 2009). Suasana pembelajaran yang berkesan tidak mungkin terbina dengan hanya memberi tumpuan pada proses penyampaian isi pelajaran guru sahaja. Ia turut mengambilkira kaedah dan pengaplikasian kemahiran- kemahiran yang sesuai dalam mengendalikan PDP yang dirancang. Kecekapan dan keberkesanan kemahiran guru dalam mengurus bilik darjah dapat mengalakkan pembentukkan iklim pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu, PISMP semester 7 wajib mengambil kursus Bimbingan dan Kaunseling Kanak- kanak (EDU 3073) supaya dapat mempertingkatkan kemahiran- kemahiran asas kaunseling yang berkesan seperti kemahiran melayan, kemahiran memberi perhatian, kemahiran menyoal dan lain- lain sebelum menamatkan pengajian perguruan. Dalam tugasan yang diberi, topik yang perlu dibincangkan ialah mengulas secara kritis tentang penggunaan kemahiran- kemahiran asas kaunseling yang diaplikasikan oleh guru dalam video yang telah ditonton serta memberi justifikasi tentang Teori Pemusatan Perorangan Carl Rogers yang dapat membantu guru pelatih dalam menangani masalah- masalah murid dalam bilik darjah. 1

Upload: peisi-ong

Post on 23-Dec-2015

14 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Kemahiran kaunseling termasuklah kemahiran melayan, kemahiran berkomunikasi, kemahiran berinteraksi dan sebagainya. Guru haruslah mahir memilih kemahiran yang berkesan supaya dapat mengendalikan PDP dengan lancar.

TRANSCRIPT

Page 1: Mengaplikasikan Kemahiran Kaunseling dalam PDP

1.0 PENGENALAN

Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembetukkan suatu alam pembelajaran

serta usaha untuk mengekalkannya di mana iklim kondusif untuk pelaksanaan proses

pengajaran dan pembelajaran supaya objektif yang ditetapkan dapat tercapai ( Mok

Soon Sang, 2011). Ia melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam

bilik darjah bagi meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap

tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat perancangan sendiri ( Noraini Idris,

2009).

Suasana pembelajaran yang berkesan tidak mungkin terbina dengan hanya memberi

tumpuan pada proses penyampaian isi pelajaran guru sahaja. Ia turut mengambilkira

kaedah dan pengaplikasian kemahiran- kemahiran yang sesuai dalam mengendalikan

PDP yang dirancang. Kecekapan dan keberkesanan kemahiran guru dalam mengurus

bilik darjah dapat mengalakkan pembentukkan iklim pengajaran dan pembelajaran di

bilik darjah.

Oleh itu, PISMP semester 7 wajib mengambil kursus Bimbingan dan Kaunseling Kanak-

kanak (EDU 3073) supaya dapat mempertingkatkan kemahiran- kemahiran asas

kaunseling yang berkesan seperti kemahiran melayan, kemahiran memberi perhatian,

kemahiran menyoal dan lain- lain sebelum menamatkan pengajian perguruan. Dalam

tugasan yang diberi, topik yang perlu dibincangkan ialah mengulas secara kritis tentang

penggunaan kemahiran- kemahiran asas kaunseling yang diaplikasikan oleh guru dalam

video yang telah ditonton serta memberi justifikasi tentang Teori Pemusatan Perorangan

Carl Rogers yang dapat membantu guru pelatih dalam menangani masalah- masalah

murid dalam bilik darjah.

1

Page 2: Mengaplikasikan Kemahiran Kaunseling dalam PDP

2.0 TUGASAN SATU: ULASAN KRITIS

Dalam video pengajaran yang telah saya tonton, saya perhatikan bahawa terdapat

penggunaan beberapa kemahiran- kemahiran asas kaunseling serta telah diaplikasikan

oleh guru tersebut semasa proses pengajarannya.

Melalui pemerhatian saya, saya mendapati guru tersebut telah menggunakan

kemahiran memberi tindak balas dalam sesi pembelajaran dan pengajaran beliau.

Guru tersebut sering memberikan tumpuan dan fokus kepada perasaan serta ekspresi

lisan murid sepanjang pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Sekiranya guru

mendapati sesiapa yang tidak menumpukkan perhatian ataupun bising semasa

pengajaran dan pembelajaran guru akan memanggil nama tersebut serta memberi

isyarat ataupun menunjukkan mimik muka (marah ataupun tidak suka) dan memberi

nasihat kepada murid supaya dapat menumpukkan perhatian dalam pembelajaran.

Di samping itu, guru juga mengaplikasikan kemahiran memberi perhatian terhadap

murid semasa PDP dijalankan. Saya dapat perhatikan guru tersebut sering memberikan

perhatian terhadap segala gerak- geri murid dalam kelas. Dengan kemahiran ini guru

dapat memahami lebih dalam keadaan murid. Semasa PDP dijalankan, guru tersebut

sering memperhatikan kedudukan murid dalam kelas supaya memastikan murid dapat

duduk dengan selesa. Guru juga memastikan muridnya berada dalam keadaan yang

bertenang serta duduk dalam satu keadaan yang selesa supaya murid dapat mengikuti

PDP yang sedang dijalankan. Sebagai contoh, guru tersebut telah memberikan tindak

balas positif kepada muridnya iaitu menyoal, memparafrasa dan merumus. Dalam sesi

pembelajaran dan pengajaran, guru telah mengemukakan pelbagai soalan kepada

murid supaya dapat membantu muridnya lebih memahami tentang topik yang

dibincangkan. Sebagai contoh, guru tersebut telah mengemukakan soalan terbuka

kepada murid supaya murid boleh lebih memahami isi pembelajaran yang dipelajari.

Soalan terbuka ini dapat membantu murid mengemukakan maklumat yang difikirkan

perlu semasa menjawab soalan serta membantu murid berfikir secara menyeluruh.

Selain itu, melalui pemerhatian saya juga dapat mengesan bahawa guru tersebut telah

mengaplikasikan kemahiran menginteprestasi tingkah laku semasa pembelajaran

dan pengajaran dijalankan. Guru tersebut telah menyampaikan mesej secara bukan

lisan termasuklah kontak mata dan intonasi suara. Sebagai contoh, guru telah

meninggikan intonasi suara semasa memberi nasihat kepada murid yang membuat

2

Page 3: Mengaplikasikan Kemahiran Kaunseling dalam PDP

bising supaya dapat menarik semula perhatian murid tersebut. Tambahan pula, demi

menjayakan sesi pembelajaran dan pengajaran guru tersebut juga menunjukkan

ekspresi muka yang sesuai untuk memberi isyarat kepada murid supaya tidak membuat

bising semasa PDP dijalankan. Sebagai contoh, guru tersebut telah menunjukkan

ekspresi marah semasa mengesan seseorang murid tersebut tidak mengikut

pembelajaran dan pengajaran.

Penggunaan komunikasi bukan lisan seperti ekspresi muka, kontak mata, postur dan

pergerakan badan, ruang dan jarak serta suara juga merupakan kemahiran yang

penting bagi setiap guru dan perlu digunakan supaya dapat mengendalikan PDP

dengan berjaya. Suara guru memainkan peranan yang penting semasa pembelajaran

dan pengajajaran dijalankan. Kadar kekuatan suara yang sesuai dan jelas dapat

membantu sesi pembelajaran dan pengajaran dijalankan dengan berjaya. Semasa PDP,

guru tersebut telah menggunakan ton suara yang sesuai untuk menunjukkan perasaan

sebenar guru terhadap respon murid. Sebagai contoh, guru telah meninggikan ton

suaranya semasa menasihat murid yang berbuat bising semasa PDP supaya dapat

menumpukkan semula perhatian terhadap PDP yang dijalankan.

Seterusnya, kemahiran melayan dan mendengar juga diaplikasikan oleh guru tersebut

semasa melaksanakan PDP.

Menurut Covey ( 2001), perbuatan melayan melibatkan kombinasi berikut, kontak mata,

kualiti vokal, bahasa tanpa lisan, kemahiran menfokus, ekspresi muka, tahap tenaga,

kedudukan dan jarak dan dorongan menima.

Kontak mata merupakan komunikasi yang penting. Hal ini demikian, kontak mata dapat

mengekalkan arus perbualan dan melibatkan orang lain untuk memberikan tindak balas.

Dalam video, saya mendapati guru sering berhadapan dengan murid serta sering

mengadakan kontak mata dengan murid dalam kelas. Melalui pengekalan kontak mata

antara guru dengan murid, guru dapat mengesan kefokusan murid sama ada murid

tersebut dapat mengikuti PDP yang dijalankan. Kontak mata mengikut keselesaan

peribadi dan budaya terhadap murid semasa mengajar telah menunjukkan bahawa guru

menghormati muridnya. Di samping itu, semasa PDP dijalankan guru tersebut telah

melayan muridnya dengan mesra serta menggunakan intonasi suara yang sesuai

semasa menyampaikan pengajaran kepada murid. Dalam video tersebut, saya dapat

perhatikan guru telah menggunakan nada suara yang jelas dan kelajuan percakapan

3

Page 4: Mengaplikasikan Kemahiran Kaunseling dalam PDP

yang sesuai. Dengan cara ini, murid akan berasa selesa dengan penyampaian guru

serta sering bersedia untuk memberi respon kepada guru. Hal ini demikian, dengan

kualiti vokal yang sesuai murid berasa lebih tenteram dan selesa untuk mengikut PDP

yang telah disampaikan oleh guru tersebut. Seterusnya, saya juga dapat mengesan

bahawa guru Bahasa Malaysia telah melayan muridnya secara selektif. Semasa PDP

dijalankan, terdapat beberapa murid yang cuba mengganggu sesi PDP seperti

menggantuk, bercakap dan lain- lain. Maka, guru tersebut telah membuat keputusan

untuk memberikan nasihat dan peneguhan yang sewajarnya kepada murid yang tidak

menumpukkan perhatian semasa PDP dijalankan. Tambahan pula, guru tersebut juga

memberikan dorongan minima untuk memberi respon. Dorongan minimum termasuklah

gerak isyarat anggukan kepala, ulangan perkataan- perkataan yang penting serta

berkata “ya” semasa murid dapat menjawab soalan untuk mendorong murid turut

bertindak secara aktif sepanjang PDP dijalankan. Guru telah meminta murid- murid yang

lain memberikan tepukan kepada murid yang dapat menjawab soalan guru dengan

tepat. Dengan cara ini, keyakinan diri terhadap diri seseorang murid dapat ditingkatkan

secara tidak langsung.

Walaubagaimanapun, kadang- kala guru juga menghadapi masalah kesukaran dalam

mengawal tumpuan atau fokus murid dalam PDP.

Menurut Sapora et al. (2001), suasana yang aman dan tenang tanpa gangguan

membolehkan serta memudahkan perbincangan tanpa rasa terancam, bergantung

kepada tiga keadaan yang memudahkan iaitu empati, hormat- menghormati, berbaik

sangka, jujur dan ikhlas.

Oleh itu, keadaan bilik darjah yang kondusif memainkan peranan yang penting semasa

mengendalikan sesi PDP. Dengan keadaan bilik darjah yang kondusif dapat

mempengaruhi keseluruhan PDP yang telah dirancang supaya dapat dijalankan dengan

lancar serta dapat mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.

Hal ini demikian, kita sering terdedah kepada gangguan luaran seperti persekitaran dan

pada ketika- ketika tertentu, ia akan menyebabkan seseorang itu kehilangan tumpuan

dan fokus. Oleh itu, sebelum PDP dimulakan, guru perlulah memastikan bilik darjah

adalah dalam keadaan yang kondusif serta memastikan murid adalah bersedia untuk

belajar. Sesebuah bilik darjah yang kondusif termasuklah pencahayaan yang sesuai,

pengaliran udara, penyusunan perabot dan lain- lain. Pada awal PDP, guru telah

4

Page 5: Mengaplikasikan Kemahiran Kaunseling dalam PDP

mengaplikasikan kemahiran membina hubungan. Kemahiran ini memberi

perangsangan kepada murid agar sentiasa tenang dengan memberi perhatian untuk

mengikut PDP. Guru tersebut telah membina suasana alam sekeliling dengan

memastikan kerusi meja murid disusunkan dengan sesuai dan selesa untuk diduduk,

minta murid menyimpan barang- barang yang berada di atas meja ke dalam laci supaya

murid tidak dipengaruhi oleh objek- objek yang lain. Seterusnya, guru juga menyediakan

pelbagai jenis modal makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat bagi tujuan PDP. Guru

telah menggunakan bakul untuk membawa makanan seperti modal buah- buahan,

modal sayur- sayuran dan lain- lain untuk menarik perhatian para murid serta modal

yang ditunjukkan dapat membantu murid lebih memahami bagi maksud makanan

berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat. Murid dapat membuat banding beza bagi

model makanan kepada dua kategori iaitu makanan berkhasiat dan makanan tidak

berkhasiat.

Di samping itu, jarak komunikasi antara guru dan murid juga diambilberat oleh guru

tersebut. Guru Bahasa Melayu telah menggunakan jarak yang sesuai serta berhadapan

dengan murid semasa mengajar dalam kelas. Jarak yang sesuai dapat menimbulkan

rasa selesa dalam diri murid serta murid dapat memberi perhatian yang baik kepada

PDP yang dijalankan.

Pada akhir pembelajaran, guru telah menggunakan kemahiran merumus untuk

merumuskan pernyataan atau pengikatan semula bahagian isi yang telah diperolehi

dalam PDP. Guru telah memberi lembaran kerja yang berkaitan dengan tajuk yang

dibincang. Dalam lembaran kerja tersebut, murid dapat menghasilkan suatu rumusan

yang ringkas bagi menggabungkan isi pelajaran yang penting serta yang perlu diketahui

dan difahami dengan tepat. Dengan cara ini, murid dapat mengimbas kembali apa yang

telah dipelajari serta lebih memfokus pernyataan yang dibincang semasa PDP. Tidak

lupa juga, guru tersebut telah memberi sokongan dan galakan kepada muridnya supaya

turut dapat meningkatkan keyakinan dan minat mereka dalam pembelajaran dan

pengajaran.

Kesimpulannya, seseorang guru yang professional perlulah sering meningkatkan

kemahiran- kemahiran yang tertentu supaya dapat mengurus karenah murid semasa

mengendalikan PDP dalam kelas. Guru perlulah bersabar dan mahir mengaplikasikan

kemahiran yang dipelajari ke atas murid pada tempat, masa dan keadaan yang sesuai.

5

Page 6: Mengaplikasikan Kemahiran Kaunseling dalam PDP

Seseorang guru yang berjaya perlulah mempunyai kemahiran- kemahiran yang baik

serta personaliti yang baik barulah seseorang guru tersebut dapat melaksanakan

tugasannya dengan penuh dedikasi serta dapat melahirkan modal insan yang holistik.

6

Page 7: Mengaplikasikan Kemahiran Kaunseling dalam PDP

3.0 TUGASAN KEDUA: ULASAN REFLEKTIF

Berdasarkan pengalaman saya semasa berpraktikum di prasekolah SJK ( C) Poy Hwa,

saya telah mengaplikasikan teori pemusatan perorangan dalam pengajaran saya. Teori

pemusatan perorangan juga dikenali sebagai Teori Humanustik – PCC. Teori PCC ini

dipelopori Rogers hasil daripada pengaruh Field Theory. Bagi konsep asas Teori PCC,

individu adalah unik dan mempunyai potensi diri untuk berkembang menjadi lebih

cemerlang dalam kehidupan. Seseorang individu boleh dipercayai dan berkemampuan

untuk menyelesaikan masalah demi menuju ke arah kesempurnaan. (Self Actualization).

Pada pandangan Rogers, sifat semula jadi manusia telah dibahagikan kepada empat

iaitu: individu mempunyai harga diri dan penghormatan diri, tingkah laku dilihat dari

sudut persepsi, cenderung ke arah kesempurnaan kendiri dan manusia baik dan boleh

dipercayai.

Saya menyokong padangan Rogers bahawa setiap manusia mempunyai harga diri dan

penghormatan diri. Setiap insan mempunyai rasa harga diri terhadap diri sendiri tidak

kira peringkat umur sama ada kanak- kanak mahupun orang dewasa. Oleh itu, sebagai

guru prasekolah saya telah memberikan peneguhan kepada anak murid saya semasa

saya menjalani praktikum di prasekolah. Bagi murid prasekolah yang bertingkah laku

baik, saya telah memberi peneguhan positif seperti ganjaran, pujian dan galakan supaya

murid tersebut dapat mengekal dan mengukuhkan tingkah laku tersebut. Sekiranya,

saya mendapati murid prasekolah melakukan tingkah laku yang tidak sepatutnya seperti

berlawan, mengacau kawan yang lain ataupun berbuat bising semasa PDP dijalankan,

maka saya akan menanya kepada murid tersebut kenapa dia berbuat demikian. Sebagai

guru prasekolah saya perlulah bertindak adil serta melihat tingkah laku murid dari

pelbagai sudut persepsi supaya tidak mengabaikan mana- mana pihak ataupun

berlakunya bias semasa menyelesaikan masalah yang timbul.

Di samping itu, setelah mendengar penjelasan murid tersebut saya akan memberi

nasihat kepada murid tersebut serta memberitahu perbuatan tersebut akan

menyedihkan guru dan rakan- rakan yang lain. Tujuan saya berbuat demikian kerana

saya percaya semua manusia cenderung ke arah kesempurnaan kendiri. Murid

prasekolah yang masih kecil amat memerlukan bimbingan orang dewasa untuk

mencapai ke arah kesempurnaan kendiri. Oleh itu, sebagai guru prasekolah saya

perlulah membimbing murid prasekolah tersebut melangkah ke pangkal jalan yang

7

Page 8: Mengaplikasikan Kemahiran Kaunseling dalam PDP

sebenarnya seperti mana andaian asas Rogers bahawa manusia itu adalah boleh

dipercayai dan mempunyai potensi yang luas untuk memahami diri mereka dan

menyelesaikan masalah sendiri. Murid prasekolah boleh berkembang secara positif

sekiranya wujud suasana mesra, ikhlas, permisif dan penuh kefahaman. Rogers

menyatakan bahawa setiap manusia senantiasa akan menuju ke arah nirwana kendiri.

Hal ini demikian, pencapaian ke tahap tersebut adalah manusia yang telah mencapai

perkembangan personaliti tertinggi dan telah dapat menrealisasikan potensinya.

Antaranya satu ciri personaliti manusia yang telah mencapai tahap kesempurnaan

kendiri ialah seseorang individu akan mencapai perkembangan moral yang tinggi iaitu

lebih mengutamakan kebajikan orang lain. Sebagai guru prasekolah, saya haruslah

menyediakan pelbagai jenis persekitaran yang berlainan untuk murid prasekolah

mengadaptasi pelbagai situasi. Sebagai contoh, saya telah mengadakan aktiviti

lakonan, main peranan bagi kanak- kanak untuk memainkan peranan sebagai kakak

atau abang menolong ibu bapa menjaga adik yang masih muda semasa mereka tidak

berada di rumah.

Di samping itu, dalam buku Three Character Classic ataupun juga dikenali sebagai San

Zi Jing ( teks klasik cina) menyatakan:

People at birth are naturally good, their natures are similar but their habits make them

different.”

Dengan ini, saya mendapati San Ji Jing ini sedikit sebanyak mirip kepada teori PCC

yang percaya bahawa manusia dilahirkan pada asalnya adalah baik. Kanak- kanak

ibarat kertas yang putih semasa dilahir ke dunia ini, dia menjadi rosak mungkin kerana

dicemari sedikit demi sedikit daripada persekitaran sekelilingnya. Walaubagaimanapun,

sebagai guru prasekolah yang bertanggungjawab saya haruslah membantu dan

membimbing murid prasekolah bermula di peringkat prasekolah lagi. Bak kata pepatah,

“Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Saya perlulah bekerjasama bersama pihak lain

seperti pihak sekolah dan pihak ibu bapa untuk mendapatkan komitmen dalam

membantu murid prasekolah membina sahsiah diri serta perkembangan kanak- kanak

secara menyeluruh. Hal ini demikian, murid prasekolah memerlukan penerimaan tanpa

isyarat termasuklah kasih sayang, kemesraan, dihormati, penjagaan) untuk membentuk

persepsi terhadap diri atau konsep kendiri dan personaliti yang sihat dan selaras dengan

pandangan orang lain.

8

Page 9: Mengaplikasikan Kemahiran Kaunseling dalam PDP

Selain itu, Rogers juga menyarankan tiga keadaan untuk mewujudkan suasana galakan

pertumbuhan supaya individu dapat berkembang mengikut keupayaannya iaitu

genuinness atau realness, penerimaan atau diberi perhatian dan pemahaman yang

mendalam. Rogers percaya jika sikap ini digunakan dalam perhubungan, maka manusia

akan mengurangkan mekanisma belah diri dan akan lebih bersikap terbuka terhadap

pengalamannya serta persekitarannya. Dalam diri kanak- kanak terdapat sifat egosentrik

yang agak tinggi, dan sifat ini telah menjadikan kanak- kanak sering berfikir diri

sendirinya adalah baik berbanding dengan orang yang lain serta sukar untuk menerima

padangan orang lain. Oleh itu, dalam pelaksanaan aktiviti PDP saya telah

merancangkan aktiviti kumpulan supaya dapat mengurangkan sifat egosentrik dalam diri

kanak- kanak. Melalui aktiviti kumpulan, murid dapat menjalankan tugasan ataupun

aktiviti bersama dengan rakan- rakan yang lain supaya mereka dapat saling

bekerjasama untuk menghasilkan suatu hasil kerja seperti kolaj, membina blok dan lain-

lain. Di samping itu, murid prasekolah juga dapat mempelajari cara berinteraksi dengan

individu yang lain serta memupukkan sikap keterbukaan dalam kalangan kanak- kanak.

Dalam teori PCC, Rogers mempercayai matlamat terapi digunakan adalah untuk

menolong pelajar supaya kongruen diri dan persekitarannya. Oleh demikian, guru perlu

menekankan aspek yang menggalakkan diri murid itu memahami persepsi tentang

dirinya dengan alam sebenar. Maka, perhubungan antara guru dengan murid yang

berasaskan konsep kongruen, penerimaan tanpa syarat dan empati perlu diwujudkan

dalam sesi PDP. Sebagai guru prasekolah saya perlu kongruen di dalam perhubungan

dengan semua murid dalam prasekolah. Maksud kongruen adalah merujuk kepada guru

perlu bertulus ikhlas semasa menjalani sesi PDP. Oleh itu, sebagai guru prasekolah

saya dikehendaki bersifat terbuka dan menjalin perhubungan yang baik agar dapat

menyakinkan murid yang terdiri daripada pelbagai kaum termasuklah kaum melayu,

kaum cina, kaum siam dan sebagainya. Semasa membuat perancangan PDP, saya

perlulah mengambilkira pelbagai aspek termasuklah unsur agama, latar belakang dan

sebagainya supaya PDP yang dirancangkan tidak menyentuh isu- isu sensitif serta

menyinggung perasaan mana- mana pihak. Dengan adanya keyakinan kukuh, maka

murid prasekolah akan bersedia mengikut aktiviti yang yang dirancang.

Bagi maksud genuine pula adalah kejujuran guru dalam menjalinkan hubungan baik

dengan murid prasekolah. Sebagai guru prasekolah, saya perlulah bertindak secara adil

tanpa rasa bias serta menerima semua murid dengan fikiran, tanggapan dan sikap

9

Page 10: Mengaplikasikan Kemahiran Kaunseling dalam PDP

terbuka. Saya mestilah bersikap mesra dengan murid prasekolah walaupun berlainan

bangsa, berlainan agama ataupun nilai- nilai yang dipegang oleh murid bertentangan

dengan nilai- nilai guru.

Seterusnya sikap yang kedua yang perlu ada pada seorang guru ialah sikap mengambil

berat yang mendalam dan ikhlas terhadap murid prasekolah. Perasaan ambil berat ini

pula tidak seharusnya tercemar oleh penilaian- penilaian tentang perasaan, fikiran,

tingkah laku murid sebagai baik atau tidak baik ( Corey, 1982). Oleh itu, pembelajaran

berkesan akan terhasil jika pelajar berasa tenangdan bebas daripada ancaman serta

perbezaan individu atau pengalaman pelajar diambil kira dalam menentukan tahap

layanan yang sewajarnya. Rogers menyarankan penerimaan semua murid sebagai

individu yang ada potensi dan yang sedang berkembang. Menurut Kohn ( 2005),

sebagaimana dipetik oleh Eggen dan Kauchak (2007):

Students who felt unconditionally accepted by their teachers were more likely to be

interested in learning dan to enjoy chanllenging academic tasks, instead of just doing

schoolwork because they had to and preferring earsier assignments at which they know

they would succeed.

Oleh itu, saya dapat mengesan betapa penting guru perlu memberi penghargaan yang

tinggi kepada murid dan menerimanya dengan penuh kemesraan tanpa meletakkan

sebarang syarat terhadap penerimaan itu. Inilah yang dikatakan oleh Rogers sebagai

pertimbangan positif tanpa syarat.

Tambahan pula, sebagai guru prasekolah saya juga perlu membuat pemahaman yang

mendalam ataupun empati yang tepat terhadap latar belakang dan perkembangan dari

semasa ke semasa bagi seseorang murid prasekolah. Rogers percaya bahawa empati

berada bersama orang lain dengan cara empati adalah satu cara yang cukup berkuasa

untuk membawa perubahan personaliti ( Grummon, 1973). Konsep empat merujuk

kepada keupayaan guru memahami murid dan membantu dengan tepat seperti apa

masalah yang dialami oleh murid itu sendiri. Sebagai guru saya haruslah berfikir secara

rasional dan cuba merasai perkara yang dialami oleh murid dengan mengikut tahap

kognitif murid tersebut. Dengan mempersepsikan dunia dalaman seseorang murid

dengan tepat, maka guru akan dapat memahami apa yang dialami oleh murid. Matlamat

empati yang tepat ialah untuk membantu murid mendekati pengalamannya sendiri yang

pula menjadi rujukan bagi memandu tingkah lakunya dan permahaman kendirinya.

10

Page 11: Mengaplikasikan Kemahiran Kaunseling dalam PDP

Kesimpulannya, Teori Pemusatan Klien atau Pemusatan Perorangan yang diasaskan

oleh Carl Roger adalah satu teori yang cukup berkesan dalam proses PDP. Teori ini

mewujudkan suasana penerimaan terhadap klien tanpa syarat proses yang aman

damai dan kefahaman yang mendalam terhadap pelajar.

11

Page 12: Mengaplikasikan Kemahiran Kaunseling dalam PDP

4.0 RUMUSAN

Ekoran dari perkembangan dunia pendidikan era ini, peranan dan tugas guru dalam mendidik anak bangsa menjadi semakin mencabar. Seorang guru yang bertindak sebagai pengurus bilik darjah efektif akan berusaha mempertingkatkan serta melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran yang berkesan demi dapat membantu murid dalam pembelajaran dan pengajaran serta berjaya dalam kehidupan.

Justeru, kemahiran- kemahiran asas kaunseling yang berkesan seperti kemahiran melayan, kemahiran berkomunikasi, kemahiran memberi pemerhatian dan lain- lain serta teori- teori kaunseling seharusnya dipraktikkan dalam usaha mengendalikan PDP masa kini secara berkesan serta membentuk satu persekitaran pembelajaran yang postif dan kondusif di sekolah. Guru wajar mengamalkan kemahiran tertentu yang dirasakan paling sesuai dengan tahap murid sebagai usaha menjadikan murid seronok berada di dalam kelasnya serta berjaya menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

12

Page 13: Mengaplikasikan Kemahiran Kaunseling dalam PDP

BIBLIOGRAFI

Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin. (2013). Bimbingan dan kauseling kanak- kanak.

Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Khoo B.L ( 2013). Bimbingan dan kaunseling kanak- kanak. Selangor: Penerbit

Multimedia Sdn. Bhd.

Noriati. A. Rashid & Boon. P.Y. & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009). Murid dan

alam belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mohd Shariff Mustaffa & Jamaludin Ramli & Zainudin Hassan. Aplikasi pendekatan kaunseling pemusatan klien dalam menangani masalah emosi remaja di sekolah. Retrieved February 23, 2015 from http://eprints.utm.my/17069/1/JOE-1-2011-029.pdf

Teori kaunseling dan psikoterapi. Retrived February 25, 2015 from http://jamr3.brinkster.net/bahan/teori%20kaunseling%203.pdf

13