pdp abad ke 21

7
K KANDUNGAN: Pembelajaran Abad Ke-21: Amalan Dan Pelaksanaan Di Sekolah Cabaran Pembelajaran Abad Ke- 21 Contoh Susun Atur Kelas Abad Ke-2 Pembelajaran Abad Ke-21: Amalan Dan Pelaksanaan Di Sekolah Rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan generasi abad ke-21 telah banyak diperkatakan dan banyak bahan- bahan penulisan yang mengulas mengenai pendidikan yang mampu memenuhi harapan dan keperluan pendidikan masa kini dan masa depan. Rata- rata pakar pendidikan bersetuju bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu berubah sesuai dengan perkembangan teknologi cyber dan akses kepada internet yang semakin maju. Kaedah pengajaran konvensional seperti “chalk and talk” semata-mata kurang berhasil menarik minat murid sebaliknya memerlukan kaedah yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pengajaran yang relevan sesuai dengan perkembangan semasa. Semua pihak yang terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan perlu menyedari bahawa tiada ruang untuk tidak ikut sama melaksanakan transformasi pendidikan. Malah perubahan dalam pendidikan perlu sentiasa seiring

Upload: isham-ibrahim

Post on 27-Jan-2016

50 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

document

TRANSCRIPT

Page 1: PdP Abad Ke 21

K

KANDUNGAN:

Pembelajaran Abad Ke-21: Amalan Dan Pelaksanaan

Di Sekolah

Cabaran Pembelajaran Abad Ke-21

Contoh Susun Atur Kelas Abad Ke-2

Pembelajaran Abad Ke-21:

Amalan Dan Pelaksanaan Di Sekolah

Rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan generasi

abad ke-21 telah banyak diperkatakan dan banyak bahan-

bahan penulisan yang mengulas mengenai pendidikan

yang mampu memenuhi harapan dan keperluan

pendidikan masa kini dan masa depan. Rata-rata pakar

pendidikan bersetuju bahawa kaedah pengajaran dan

pembelajaran perlu berubah sesuai dengan

perkembangan teknologi cyber dan akses kepada internet

yang semakin maju. Kaedah pengajaran konvensional

seperti “chalk and talk” semata-mata kurang berhasil

menarik minat murid sebaliknya memerlukan kaedah yang

lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pengajaran

yang relevan sesuai dengan perkembangan semasa.

Semua pihak yang terlibat secara langsung dengan dunia

pendidikan perlu menyedari bahawa tiada ruang untuk

tidak ikut sama melaksanakan transformasi pendidikan.

Malah perubahan dalam pendidikan perlu sentiasa seiring

perkembangan zaman atau selangkah kehadapan. Guru-

guru perlu bersedia menerima perubahan dan dapat pula

mengurus perubahan dengan cekap dan berkesan agar

pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih segar dan

memenuhi keperluan murid.

Menyedari kepentingan guru memahami dan bersedia

melakukan perubahan dalam pengajaran dan

pembelajaran sesuai dengan pembelajaran abad ke-21,

Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan

inisiatif pembelajaran abad ke-21 secara rintis pada

tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan keseluruh

negara mulai tahun 2015. Justeru ANJAKAN keluaran

kali ini akan membincangkan pembelajaran abad ke-21

serta berkongsi maklumat beberapa model susun atur

kelas abad ke-21 sejajar dengan usaha Kementerian

Pendidikan Malaysia melaksanakan transformasi

pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.

Page 2: PdP Abad Ke 21

Pelaksanaan pengajaran berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah

Menengah (KSSM) merupakan penanda aras keberkesanan pendidikan abad ke-21 seperti dihasratkan Kementerian

Pendidikan Malaysia mulai tahun 2014, iaitu selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

Kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21:

Ciri-ciri pembelajaran abad ke-21

Elemen-elemen yang terkandung dalam kemahiran abad ke-21:

Sumber: Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)

Anjakan Bilangan 4/2015

Page 3: PdP Abad Ke 21

Cabaran Pendidikan Abad Ke-21 Ciri-ciri murid yang diharapkan hasil

Cabaran pendidikan abad ke-21 adalah untuk menyediakan

pembelajaran yang menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras

Tinggi (KBAT) dan mengurus bilik darjah atau ruang

pembelajaran yang lebih dinamik. Namun cabaran utama adalah

bagaimana guru-guru menggunakan pelbagai sumber sokongan

teknologi serta maklumat bagi melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran yang efektif dan berkualiti serta relevan dengan

perkembangan semasa. Untuk mendepani cabaran ini, guru

secara berterusan perlu mengemaskini pengetahuan

(kandungan kurikulum) dan kompetensi (pedagogi PdP) supaya

kekal relevan dengan keperluan semasa dan akan datang.

Masa Lampau PEMBELAJARAN Abad ke-21

pembelajaran abad ke-21

Berupaya membuat hubung kait

Bijak menyoal

Yakin berkomunikasi

Dahagakan ilmu

Mengambil risiko

Ingin tahu

Menjana idea

Fleksibel

Tidak berputus asa

Mendengar dan membuat refleksi

Berkemahiran kritis

Menguasai kemahiran literasi

Berani mencuba

Mampu berfikir sendiri

Berinisiatif

Mampu berkerja dengan orang

Membuat perubahan

Berintegriti

Berkeperibadian tinggi

Anjakan Bilangan 4/2015

Page 4: PdP Abad Ke 21

Perkongsian

MaklumatContoh Susun Atur Kelas Abad ke-21

Susunan meja membolehkan murid berinteraksi dan

melaksanakan kolaborasi bagi meningkatkan kemahiran berfikir walaupun jumlah murid yang ramai

Persekitaran fizikal bilik darjah yang

kondusif sangat penting kerana akanmenggalakkan pembelajaran yangberkesan.

Suasana fizikal bilik darjah mungkinmerupakan ‘kawan ‘ atau ‘musuh’ dalam

pembelajaran (Marland 1975)

RuangUntukAktiviti

Sumber: www.cikguhailmi.com

Guru berperanan sebagai fasilitator di dalam bilik darjah

Anjakan Bilangan 4/2015