memori seorang tua komsas pembentangan

27
MEMORI SEORANG TUA

Upload: sha

Post on 18-Jan-2016

261 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

PEMBENTANGAN INI DIPENUHI DENGAN SEMUA ASPEK

TRANSCRIPT

Page 1: Memori Seorang Tua KOMSAS PEMBENTANGAN

MEMORI SEORANG

TUA

Page 2: Memori Seorang Tua KOMSAS PEMBENTANGAN

SINOPSISPak Itam hendak berkongsi pengalaman,

memberikan peringatan dan menceritakan sejarah perjuangannya untuk mengangkat martabat bangsa dan tanah air pada masa lampau kepada penduduk kampung, anak-anak muda dan cucu-cicitnya dengan mengadakan sambutan hari jadinya yang ke-85 tahun secara besar-besaran. Dia mahu mereka mangambil iktibar daripada memori hidupnya itu. Dia turut mengundang pihak media dan mahasiswa universiti

Page 3: Memori Seorang Tua KOMSAS PEMBENTANGAN

Sewaktu mudanya, Pak Itam berjuang untuk memartabatkan bangsa dan tanah air. Dia tokoh Angkatan Pemuda Insaf, pemimpin PKMM dan penulis yang digeruni. Dia bukan sahaja sanggup meletakkan jawatan sebagai majistret sedangkan dia orang Melayu yang pertama menjadi majistret di Malaya ini, malahan rela dipenjarakan. Sewaktu dia di dalam penjara di Singapura, isterinya, iaitu Siti Nurhidayah meminta fasakh lalu berpisahlah dia dengan isteri dan anak-anaknya, iatu Izwan dan Nuryani Iman. Sejak itu, mereka terputus hubungan.

Page 4: Memori Seorang Tua KOMSAS PEMBENTANGAN

Tuk Mat dipertanggungjwabkan oleh Pak Itam untuk menerajui persiapan majlis tersebut dengan bantuan beberapa orang pemuda kampung. Pak Itam membayangkan kemeriahan sambutan hari jadinya itunya dengan kesesakan lalu lintas dan pihak wartawan yang menemuramahnya. Walau bagaimanapun, pada hari majlis hari jadi itu berlangsung, suasana lengang dan sunyi sepi. Hanya penjual di gerai-gerai makanan dan minuman, artis dan seniman yang diundang yang datang. Pak Itam berasa sungguh kecewa kerana masyarakat kini sudah lupa akan sejarah dan sumbangan tokoh pejuang bangsa pada zaman dahulu.

Page 5: Memori Seorang Tua KOMSAS PEMBENTANGAN

Pak Itam menjadi lesu dan tidak bersemangat lalu berehat di rumahnya. Suasana tiba-tiba gempar apabila Pak Itam ditemui terbaring di atas sejadah sewaktu menunaikan solat zuhur. Kehadiran seorang wanita tua yang meletakkan sejambak ros dan memegang kaki Pak Itam menjadi tanda tanya dalam kalangan orang ramai. Tuk Mat yang mengetuai identiti wanita itu menangis dan menganggap hajat Pak Itam telah tercapai.

Page 6: Memori Seorang Tua KOMSAS PEMBENTANGAN

TEMA• Semangat nasionalis seorang tua.– Pak Itam berhasrat untuk berkongsi memori hidupnya

sebagai pejuang masa dan bangsa semasa majlis hari jadinya yang ke-85 tahun tetapi akhirnya meninggal dunia pada hari berkenaan dengan penuh kekecewaan kerana majlis itu tidak mendapat sambutan yang diharapkan. Dia menganggap generasi hari ini sudah melupakan perjuangan dan pengorbanan pejuang dahulu.

Page 7: Memori Seorang Tua KOMSAS PEMBENTANGAN

PERSOALAN• Semangat cinta akan negara–Pak Itam antara tokoh pejuang yang menentang

Malayan Union demi memartabatkn nusa dan bangsa.

• Semangat keberanian dalam perjuangan–Pak Itam berani menentang penjajah demi

mempertahankan maruah bangsa dan tanah airnya dengan menulis artikel tentang perjuangannya.

Page 8: Memori Seorang Tua KOMSAS PEMBENTANGAN

• Kasih sayang–Pak Itam sangat menyayangi isterinya, iaitu Siti

Nurhidayah dan anak-anaknya, iaitu Izwan dan Nuryani Iman walaupun sudah lama berpisah dengan mereka.

• Ketabahan dalam kehidupan –Pak Itam tabah menghadapi dugaan hidupnya

yang terpaksa berpisah dengan isteri dan anak-anak kerana meringkuk di dalam penjara demi perjuangannya untuk memartabatkan bangsa dan tanah air.

Page 9: Memori Seorang Tua KOMSAS PEMBENTANGAN

• Sikap mudah lupa terhadap perjuangan dan pengorbanan–Pak Itam berasa sedih kerana orang Melayu terlalu

mudah dan cepat melupakan jasa serta pengorbanan orang tua-tua dalam memperjuangkan hak bangsa dan kedaulatan negara.

• Perceraian telah memusnahkan kasih sayang–Perceraian Pak Itam dengan isterinya, iaitu Siti

Nurhidayah telah memutuskan perasaan kasih sayang antara bapa dengan anak-anaknya, iaitu Izwan dan Nuryani Iman.

Page 10: Memori Seorang Tua KOMSAS PEMBENTANGAN

WATAK & PERWATAKAN• PAK ITAM–Watak utama dalam cerpen ini. Dia dipanggil Tuk

Aki oleh Rokiah dan Halimah.–Usianya 85 tahun.–Pak Itam berasal dari Kuala Semantan, Pahang

dan kemudian menetap di Kampung Langat.–Dia berpendidikan tinggi. Buktinya, dia belajar di

luar negara dan menjadi orang Melayu pertama berkhidmat sebagai majistret di Malaya.

Page 11: Memori Seorang Tua KOMSAS PEMBENTANGAN

• Seorang pejuang nasionalis– Dia tokoh Angkatan Pemuda Insaf, pemimpin PKMM

dan turut berarak menentang penubuhan Malayan Union. Selain itu, dia telah dipenjarakan beberapa kali oleh penjajah Inggeris dan Jepun.

• Pak Itam berani, ikhlas dan sanggup berkorban demi mempertahankan maruah bangsa dan tanah air. – Dia penulis dan wartawan yang sanggup menentang

penjajah tanpa mengharapkan sebarang balasan demi membela hak dan maruah bangsanya.

Page 12: Memori Seorang Tua KOMSAS PEMBENTANGAN

• Pak Itam tabah menempuh dugaan hidupnya.– Dia reda apabila berpisah dengan anak-anak dan isterinya

apabila isterinya menuntut cerai ketika dia ditahan di penjara. Malahan sejak itu, dia hidup sendirian kerana tidak pernah menemui mereka lagi.

• Pak Itam juga penyayang.– Walaupun isterinya meminta cerai ketika dia berada di

penjara, tetapi Pak Itam sangat menyayangi isteri dan anak-anaknya

• Pak Itam bersemangat tinggi– Pak Itam bersemangat untuk menerima tetamu sempena

majlis sambutan hari jadinya yang ke-85 kerana dia dapat berkongsi pengalaman hidupnya menentang penjajah dan mengangkat maruah bangsa

Page 13: Memori Seorang Tua KOMSAS PEMBENTANGAN

• TUK MAT –Jiran dan orang kepercayaan Pak Itam di

Kampung Langat. Dia suami Rogayah serta Rokiah dan Halimah.–Seorang yang suka menolong• Tuk Mat membantu Pak Itam mempersiapkan

majlis sambutan hari jadi Pak Itam sehingga selesai

Page 14: Memori Seorang Tua KOMSAS PEMBENTANGAN

–Seorang yang prihatin• Tuk Mat sayu melihat wajah Pak Itam yang

begitu kecewa apabila tidak ramai yang hadir ke majlisnya

–Seorang yang ikhlas• Tuk Mat dan isterinya membantu Pak Itam

dengan ikhlas dan menolak upah yang diberikan oleh Pak Itam

Page 15: Memori Seorang Tua KOMSAS PEMBENTANGAN

LATAR • LATAR MASA–Zaman penjajah• Pak Itam keluar masuk penjara kerana

mempertahankan tanah air daripada penjajah–Waktu pagi• Pak Itam berkira-kira untuk memasang tujuh

lapan khemah supaya penduudk Langat dapat menjamu selera

Page 16: Memori Seorang Tua KOMSAS PEMBENTANGAN

–Tengah hari• Budak kontrak akan datang memasang

khemah–Selepas sembahyang asar• Pak Itam melihat persiapan akhir majlis

sambutan hari jadinya–Malam• Tuk Mat datang ke rumah Pak Itam untuk

melaporkan bahawa segala persiapan telah selesai dan meminta Pak Itam berehat

Page 17: Memori Seorang Tua KOMSAS PEMBENTANGAN

• LATAR TEMPAT–Penjara Singapura• Isteri Pak Itam membawa surat fasakh ketika

dia merinkuk di dala penjara di Singapura–Langat• Pak Itam menjemput penduduk Langat supaya

datang ke majlis sambutan hari jadinya–Rumah Pak Itam• Majlis sambutan hari jadi Pak Itam diadakan di

pekarangan rumahnya

Page 18: Memori Seorang Tua KOMSAS PEMBENTANGAN

• LATAR MASYARAKAT–Masyarakat pejuang iaitu berusaha

membebaskan tanah air daripada penjajah• Pak Itam mempertaruhkan sebahagian besar

hidupnya semata-mata berjuang mempertahankan tanah air daripada cengkaman penjajah

–Masyarakat yang rajin membantu• Tuk Mat rajin membantu Pak Itam membuat

persiapan sempena majlis sambutan hari jadi Pak Itam yang ke-85

Page 19: Memori Seorang Tua KOMSAS PEMBENTANGAN

–Masyarakat yang melupakan jasa dan pengorbanan pejuang negara• Pak Itam sayu apabila masyarakat Langat

tidak hadir dalam majlis sambutan hari jadinya seolah-olah mereka melupakan jasa dan pengorbanan Pak Itam

–Masyarakat yang penyayang•Walaupun Pak Itam sudah bercerai dengan

iaterinya tetapi dia tetap sayang dan mendoakan agar isterinya diberi kebahagian

Page 20: Memori Seorang Tua KOMSAS PEMBENTANGAN

–Masyarakat yang bersemangat tinggi untuk berkongsi pengalaman hidup• Pak Itam bersemangat tinggi membuat

persiapan menyambut majlis hari jadinya kerana dia ingin berkongsi pengalaman hidupnya berjuang untuk negara dan bangsa

Page 21: Memori Seorang Tua KOMSAS PEMBENTANGAN

GAYA BAHASA

• Bahasa asing – bahasa Inggeris–Hot, vision, Happy birthday to you

• Sinkope–Sudahlah pak, hari dah nak masuk

zuhur, pergilah berehat

Page 22: Memori Seorang Tua KOMSAS PEMBENTANGAN

• Pepatah–Kebersihan sebahagian daripada iman

• Simile–Pak Itam terasa dirinya kian mengecil

seperti sebiji debu• Personifikasi–Tiba-tiba hatinya diintali kesayuan

Page 23: Memori Seorang Tua KOMSAS PEMBENTANGAN

NILAI• Tanggungjawab– Pak Itam bertanggungjawab untuk berkongsi pengalaman

hidupnya dengan masyarakat akan perjuangannya terhadap bangsa dan negara

• Bantu-membantu– Tuk Mat membantu Pak Itam membuat persiapan majlis

sambutan hari jadi Pak Itam hingga selesai

• Mengenang jasa– Masyarakat seolah-olah lupa akan jasa dan pengorbanan Pak

Itam kerana tidak hadir ke majlis sambutan hari jadi Pak Itam

Page 24: Memori Seorang Tua KOMSAS PEMBENTANGAN

• Kasih sayang–Pak Itam sedih apabila mengenangkan isteri dan

dua orang anaknya yang tidak pernah dijumpainya sehingga sekarang

• Patriotik–Pak Itam mempertaruhkan sebahagian besar

hidupnya berjuang untuk bangsa dan negara sehingga keluar masuk penjara dan kehilangan isteri dan anak-anak

Page 25: Memori Seorang Tua KOMSAS PEMBENTANGAN

PENGAJARAN• Kita hendaklah cinta akan negara dengan berjuang menentang

penjajah– Pak Itam keluar masuk penjara kerana perjuangannya menentang

penjajah dan mengangkat maruah bangsa Melayu• Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga

– Walaupun sudah bercerai tetapi Pak Itam sangat menyayangi isteri dan anak-anaknya dan sering berdoa supaya isterinya beroleh kebahagiaan

• Kita hendaklah rajin membantu supaya beban mereka dapat diringankan– Tuk Mat dan penduduk kampung membantu Pak Itam membuat

persiapan majlis sambutan hari jadi Pak Itam

Page 26: Memori Seorang Tua KOMSAS PEMBENTANGAN

• Kita hendaklah mengenang jasa pejuang negara– Masyarakat perlu mengenang jasa dan pengorbanan

pejuang tanah air kerana merekalah kita dapat hidup aman

• Kita hendaklah berkongsi pengalaman hidup supaya masyarakat dapat jadikan pedoman– Pak Itam bersungguh-sungguh mengadakan majlis hari

jadinya dengan menjemput seluruh penduduk Langat untuk berkongsi kisah perjuangannya

Page 27: Memori Seorang Tua KOMSAS PEMBENTANGAN

TERIMA KASIH