membangunkan perisian modul alat bantu mengajar …€¦ · 3.5 carta cara mematikan arka dan...

25
MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) BERTAJUK KIMPALAN ARKA BAGI TINGKATAN 4 PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL SUHAIMI B. MAT SULONG @ MUSTOFA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 06-Jan-2020

38 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · 3.5 Carta cara mematikan arka dan kedudukan kimpalan 47 3.6 Carta jenis sambungan 48 3.7 Carta soalan pengukuhan 49 4.1

MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) BERTAJUK KIMPALAN ARKA BAGI TINGKATAN 4

PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

SUHAIMI B. MAT SULONG @ MUSTOFA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · 3.5 Carta cara mematikan arka dan kedudukan kimpalan 47 3.6 Carta jenis sambungan 48 3.7 Carta soalan pengukuhan 49 4.1

PSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR

(ABM) BERTAJUK KIMPALAN ARKA BAGI TINGKATAN 4 PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

SESI PENGAJIAN : 2005/2006

Saya SUHAIMI B. MAT SULONG @ MUSTOFA mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh

_________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : 137,FELDA KERTEH SATU, HJ MUSLIM BIN JONID KETENGAH JAYA, Nama Penyelia 23300, DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN. Tarikh : 06 APRIL 2006 Tarikh : 06 APRIL 2006 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. * * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · 3.5 Carta cara mematikan arka dan kedudukan kimpalan 47 3.6 Carta jenis sambungan 48 3.7 Carta soalan pengukuhan 49 4.1

MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR

(ABM) BERTAJUK KIMPALAN ARKA BAGI TINGKATAN 4

PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

SUHAIMI BIN MAT SULONG @ MUSTOFA

Tesis Ini Disampaikan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan (Jentera)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

Page 4: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · 3.5 Carta cara mematikan arka dan kedudukan kimpalan 47 3.6 Carta jenis sambungan 48 3.7 Carta soalan pengukuhan 49 4.1

ii

“ Saya akui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Jentera).”

Tandatangan : …………………………………..

Nama Penyelia : ENCIK HJ MUSLIM BIN JONID

Tarikh : ………………………………….. 17 APRIL 2006

Page 5: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · 3.5 Carta cara mematikan arka dan kedudukan kimpalan 47 3.6 Carta jenis sambungan 48 3.7 Carta soalan pengukuhan 49 4.1

iii

“Saya akui tesis ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali

nurkilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya

jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ........................................................................

Nama Penulis : SUHAIMI B. MAT SULONG @ MUSTOFA

Tarikh : ......................................................................... 17 APRIL 2006

Page 6: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · 3.5 Carta cara mematikan arka dan kedudukan kimpalan 47 3.6 Carta jenis sambungan 48 3.7 Carta soalan pengukuhan 49 4.1

iv

Tuntutlah ilmu, tapi tidak melupakan ibadah, dan

kerjakanlah ibadah tetapi tidak boleh melupakan ilmu

Page 7: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · 3.5 Carta cara mematikan arka dan kedudukan kimpalan 47 3.6 Carta jenis sambungan 48 3.7 Carta soalan pengukuhan 49 4.1

v

PENGHARGAAN

Buat sekian kalinya, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana di atas limpah

dan rahmatNya dapat juga saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini bagi memenuhi

penganugerahan Ijzah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Jentera ),

Universiti Teknologi Malaysia. Syukur yang tak terhingga juga ditujukan kepada

sesiapa sahaja yang terlibat dalam memberikan sebarang tunjuk ajar sehingga

mampu menerbitkan Projek Sarjana Muda ini.

Penghargaan ikhlas dan sekalung budi juga ditujukan khas buat pembimbing

saya Tuan Haji Muslim bin Jonid yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk

ajar dari permulaan hinggalah siapnya Projek Sarjan Muda ini. Kesukaran dalam

melengkapkan Projek Sarjana Muda ini sudah pasti mampu diatasi sepanjang berada

dalam bimbingan beliau.

Ribuan terima kasih juga buat kedua ibu bapa saya, Mat Sulong @ Mustofa

bin Daud dan Salamah bt. Jusoh yang banyak memberi dorongan kepada saya

sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Kasih sayang mereka tidak

pernah saya lupakan.

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada rakan- rakan seperjuangan atau

mana – mana pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam

membantu saya menyiapkan projek ini. Jasa kalian tidak akan saya persiakan.

Page 8: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · 3.5 Carta cara mematikan arka dan kedudukan kimpalan 47 3.6 Carta jenis sambungan 48 3.7 Carta soalan pengukuhan 49 4.1

vi

ABSTRAK

Penyampaian matlumat melalui komputer atau lebih dikenali sebagai Alat

Bantu Mengajar (ABM) telah menarik perhatian pelajar-pelajar dan guru-guru di

sekolah khasnya. Sungguhpun telah banyak terdapat perisian - perisian ABM di

pasaran, namun perisian – perisian yang dihasilkan oleh anak tempatan dan

bercirikan tempatan masih lagi berkurangan malah tidak mencukupi. Hari ini

penggunaan ABM dilihat mampu meransangkan keinginan pelajar dalam pengajaran

dan pembelajaran (Atan Long,1982). Arus perkembangan dalam bidang komputer

dan teknologi matlumat tidak dapat dinafikan telah membawa arus perubahan yang

besar dalam kehidupan manusia. Dahulunya, budaya sekolah berasaskan kepada

proses mengingat telah diubah kepada budaya berfikir, bermaklumat (IT) dan mahir

menggunakan peralatan berteknologi. Fokus utama pendidikan multimedia adalah

untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sebagai suatu proses

yang aktif dan membantu pelajar menjelajah serta memahami suatu konsep abstrak.

Bagi mencapai tujuan ini modul yang dibina adalah bersifat interaktif. Perisian

modul yang bertajuk “Kimpalan Arka” ini dibangunkan dengan menggunakan

Microsoft powerPoint 2003 sebagai perisian asas dalam pembangunan modul dan

Adobe Photoshop 6.0, Sonic Foundry Forge 4.5, Ulead Cool 3D, Macromedia Flash

5 sebagai perisian sokongan. Sasaran utama pembinaan modul ini adalah untuk guru-

guru Pendidikan Teknik Kejuruteraan(PTK) seterusnya untuk pelajar.

Page 9: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · 3.5 Carta cara mematikan arka dan kedudukan kimpalan 47 3.6 Carta jenis sambungan 48 3.7 Carta soalan pengukuhan 49 4.1

vii

ABSTRACT

Dissemination of information through “Alat Bantu Mengajar (ABM) had

attracted the attention of students and teachers. Although, there are lots of ABM

software in market, but the local software product is still insufficient. Now days,

almost every teacher is using the teaching aid to conduct the class (Atan Long,

1982). In line with the rapid developments in the field of information technology &

computer, it brings a dramatic chance to human life includes education system in

Malaysia. Teaching aids will make the learning process easier for student to

understand. The old school culture has changed from a memorized based process to a

superior quality of educational system. This is due to the building up of the country’s

supply of knowledge workers at having an IT- savvy labour force which can employ

their IT skills. The main focus of multimedia education is to create an active and

interactive culture of lifelong leaning process. It helps students to explore and

understand the abstract concepts. The software of “kimpalan arka’ is developed by

using Microsoft PowerPoint XP as major software and several available software

likes Adobe Photoshop 6.0, Sonic Foundry Forge 4.5, Ulead Cool 3D and

Macromedia Flash 5. The main usage target for this software is for technical teacher

(PTK). Beside that, it is also for student usage.

Page 10: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · 3.5 Carta cara mematikan arka dan kedudukan kimpalan 47 3.6 Carta jenis sambungan 48 3.7 Carta soalan pengukuhan 49 4.1

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

TAJUK

PENGESAHAN PENYELIA ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Penyataan Masalah 5

1.3 Objektif kajian 7

1.4 Rasional Pemilihan Tajuk 7

1.5 Kepentingan Projek 8

1.6 Skop Projek 9

1.7 Definasi Dan Istilah 10

1.7.1 Alat Bantu Mengajar 10

1.7.2 Pembelajaran 10

1.7.3 Pengajaran 10

Page 11: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · 3.5 Carta cara mematikan arka dan kedudukan kimpalan 47 3.6 Carta jenis sambungan 48 3.7 Carta soalan pengukuhan 49 4.1

ix

1.7.4 Pembelajarn Berbantukan 11

Komputer (PBK)

1.7.5 Multimedia 11

1.7.6 Teknologi Matlumat 11

1.7.7 Pembelajaran Mastery 11

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.0 Pengenalan 12

2.1 Perbezaan Terminologi CBE,CMI,CAI dan CAT 12

2.2 Definasi Modul Alat Bantu Mengajar 14

2.3 Definasi Pembelajaran Berbantukan 16

Komputer (PBK)

2.4 Definasi Buku Elektronik 17

2.5 Kelemahan Buku Elektronik 17

2.6 Perbezaan Alat Bantu Mengajar (ABM), 18

Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer

(PBK), dan Buku Elektronik (E-book)

2.7 Ciri- ciri ABM yang baik 20

2.8 Kelebihan – kelebihan Perisian Modul ABM 21

2.9 Kelemahan – kelemahan Perisian Modul ABM 22

2.10 Pendekatan Pengajaran dalam ABM 24

2.10.1 Pendekatan Inkuiri 24

2.10.2 Pendekatan Induktif 24

2.10.3 Pendekatan Mastery 25

2.11 Teori pembelajaran 25

2.11.1 Teori Behaviourisme 26

2.11.2 Teori Konstruktivisme 26

2.11.3 Teori Kognitif 27

Page 12: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · 3.5 Carta cara mematikan arka dan kedudukan kimpalan 47 3.6 Carta jenis sambungan 48 3.7 Carta soalan pengukuhan 49 4.1

x

2.12 Strategi pengajaran dalam Modul ABM 28

2.12.1 Latih tubi 28

2.12.2 Tutorial 28

2.12.3 Simulasi 29

2.12.4 Penyelesaian Masalah 29

2.13 Definasi Multimedia dan Elemen- elemennya 29

2.13.1 Video 29

2.13.2 Grafik 30

2.13.3 Animasi 30

2.13.4 Teks 30

2.13.5 Audio 31

2.13.6 Hiperteks 31

2.13.7 Hipermedia 31

BAB 3 REKA BENTUK PEMBANGUNAN

3.0 Pengenalan 32

3.1 Prosedur pembinaan perisian 33

3.2 Penentuan Tajuk Dan Skop 33

3.2.1 Objektif Pengajaran 34

3.3 Pemilihan Perisian Pembangunan 34

3.4 Pemilihan Perisian Multimedia 35

3.5 Pemilihan Perkakasan 38

3.5.1 Spesifikasi Perkakasan Minimum 38

Pembangunan

3.6 Pemilihan Modul Rekabentuk Instruksi Bersistem 39

3.6.1 Fasa analisis 40

3.6.2 Fasa rekabentuk 40

3.6.3 Fasa pembangunan 40

Page 13: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · 3.5 Carta cara mematikan arka dan kedudukan kimpalan 47 3.6 Carta jenis sambungan 48 3.7 Carta soalan pengukuhan 49 4.1

xi

3.6.4 Fasa perlaksanaan 41

3.7 Pembangunan Perisian 42

3.8 Carta Alir Perisian Modul Alat Bantu Mengajar 43

BAB 4 HASIL REKA BENTUK PERISIAN

4.0 Pengenalan 50

4.1 Pakej Perisian 51

4.2 Operasi Perisian 51

4.3 Model Perisian 52

4.3.1 Grafik dan Kesan Audio 52

4.3.2 Penyediaan dan Pengeditan Teks 53

4.3.3 Penghasilan Animasi 53

4.3.4 Penghasilan Audio 53

4.4 Susun Cara Perisian 53

4.4.1 Paparan persembahan Tajuk 54

4.4.2 Paparan Topik 54

4.4.3 Paparan Soalan Pengukuhan 55

4.4.4 Kemudahan Laman Web 57

4.4.5 Paparan Glosari 58

4.4.6 Paparan Bantuan 58

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 60

5.1 Perbincangan 61

5.1.1 Kekuatan dan Kelemahan Perisian 61

Page 14: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · 3.5 Carta cara mematikan arka dan kedudukan kimpalan 47 3.6 Carta jenis sambungan 48 3.7 Carta soalan pengukuhan 49 4.1

xii

5.1.1.1 Kekuatan perisian 61

5.1.1.2 Kelemahan Perisian 62

5.2 Masalah – Masalah Yang Dihadapi Sepanjang 63

Proses Pembelajaran

5.2.1 Kekurangan Kepakaran 63

5.2.2 Kekurangan Perkakasan 63

5.2.3 Kekurangan Perisian Asli 64

5.3 Cadangan 64

5.4 Kesimpulan 65

RUJUKAN 67

Page 15: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · 3.5 Carta cara mematikan arka dan kedudukan kimpalan 47 3.6 Carta jenis sambungan 48 3.7 Carta soalan pengukuhan 49 4.1

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 2.1 Perbezaan Alat Bantu Mengajar, perisian pembelajaran 18

berbantukan komputer dan buku elektronik

2.2 Aplikasi asimilasi, akomodasi dan keseimbangan 27 dalam perisian

Page 16: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · 3.5 Carta cara mematikan arka dan kedudukan kimpalan 47 3.6 Carta jenis sambungan 48 3.7 Carta soalan pengukuhan 49 4.1

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.0 Hubungan antara CBE,CAI dan CMI dalam 13

pengajaran dan pembelajaran.

3.1 Prosedur-prosedur umum dalam pembinaan perisian 33 3.2 Carta alir umum 44 3.3 Carta menu pengenalan 45 3.4 Carta cara memulakan arka 46 3.5 Carta cara mematikan arka dan kedudukan kimpalan 47 3.6 Carta jenis sambungan 48 3.7 Carta soalan pengukuhan 49 4.1 Rajah paparan persembahan tajuk 54 4.2 Paparan topik 55 4.3 Paparan penilaian formatif 56 4.4 Paparan penilaian sumatif 56 4.5 Paparan laman web 57 4.6 Paparan glosari 58 4.7 Paparan bantuan pengguna 59

Page 17: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · 3.5 Carta cara mematikan arka dan kedudukan kimpalan 47 3.6 Carta jenis sambungan 48 3.7 Carta soalan pengukuhan 49 4.1

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Penggunaan Teknologi matlumat (information Technology) bukan sesuatu

yang baru dalam dunia alaf baru ini. Chew Choon Kian (1998) dalam tesisnya juga

merujuk kepada DR. Fong Chan Onn (2000), kehidupan masyarakat negara kita hari

ini dari segi ekonomi dan sosial politik telah berubah akibat daripada kepesatan

teknologi matlumat (information Technology).

Sejak kebelakangan ini juga , kerajaan Malaysia telah giat membuat sahutan “

sebuah komputer dalam sebuah keluarga”. Ini kerana kerajaan sedar betapa perlunya

kemahiran menggunakan komputer bagi generasi yang akan datang sesuai dengan

perkembangan dunia yang semakin pantas menuju kemajuan siber. Perubahan ini

juga meliputi dalam aspek pendidikan. Guru- guru dan pelajar- pelajar didedahkan

dengan kemahiran komputer yang dilihat banyak memberi manfaat dalam proses

pengajaran dan pembelajaran (P&P). Malaysia telah membelanjakan sebanyak

RM6.2 bilion untuk menghasilkan “K-Malaysia” semata – mata untuk mencapai

objektif sosial dan ekonomi berasaskan pengetahuan (Datuk Seri Abdullah Ahmad

Badawi, 1-7-2003).

Page 18: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · 3.5 Carta cara mematikan arka dan kedudukan kimpalan 47 3.6 Carta jenis sambungan 48 3.7 Carta soalan pengukuhan 49 4.1

2

Selain untuk kemudahan guru dan pelajar, komputer juga diperkenalkan

untuk memudahkan kerja pentadbiran dan pendokumentasian. Sekaligus sekolah

mampu menyediakan dan memproses segala butir- butir pelajar dan hal berkaitan

dengan secara bersistematik dan efektif. Malah segala kertas- kertas ujian, analisis

data keputusan peperiksaan pelajar juga mampu dilakukan dengan sempurna dengan

adanya sistem komputer ini.

Selain itu, Kementerian Sumber Manusia telah memperkenalkan sijil Z003

ICT untuk memiawaikan tahap literasi komputer rakyat dalam negara ini

(http://www.glorianet.org/berita/603081.html). Dengan ini, sesiapa yang mempunyai

sijil ini akan diiktiraf sebagai K-pekerja (Kworker) dan pegawai awam seperti guru

digalakkan untuk memaksimumkan penggunaan komputer sebagai alat yang lebih

sempurna dan berguna. Oleh hal yang demikian, guru dilatih supaya menghasilkan

alat bantu mengajar elektronik yang sesuai dengan perkembangan minda pelajar.

Kenyataan ini dapat merealisasikan cabaran ke-6 dalam wawasan 2020 (Ahmad

Zaini,1997). Jika diteliti, cabaran ke-6 dalam wawasan 2020 ialah mewujudkan daya

perubahan yang tinggi dan memandang jauh kehadapan. Hari iniMalaysia bukan

sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun

saintifik.

Menurut Jamaludin(1996), bahawa penggunaan alat bantu megajar

multimedia mampu mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang paling

konduksi dan variasi. Jadi proses pembelajaran dan pengajaran yang efektif dapat

dihasilkan seiring dengan perkembangan teknologi multimedia.

Page 19: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · 3.5 Carta cara mematikan arka dan kedudukan kimpalan 47 3.6 Carta jenis sambungan 48 3.7 Carta soalan pengukuhan 49 4.1

3

1.1 Latar Belakang Masalah

Sejak kebelakangan ini, pembinaan perisian yang berasaskan multimedia

untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran (P&P) amat digalakkan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia bagi menjamin pembelajaran yang optimum

(Manimegalai,2001). Aplikasi ABM adalah salah satu contoh perisian multimedia

yang beransurkan teknologi matlumat.

Menurut Sulaiman Ngah Razali (1997), ABM mampu mempelbagaikan

kaedah dan teknik mengajar dengan berkesan, menjimatkan masa dan tenaga,

menarik perhatian, berkebolehan serta menghasilkan pembelajaran yang maksimum.

Tujuan aplikasi ABM bukan sahaja untuk meningkatkan kelancaran

perhubungan interaksi antara guru dengan pelajar malah juga mempercepat

pemahaman mereka terhadap isi pelajaran (Baharuddin, 1995).

Menurut Jamaluddin (2002), ABM yang digunakan dalam sistem pendidikan

pada masa ini adalah alat bantu visual, iaitu berbentuk gambar, model, objek, dan

lain - lain yang mampu mengukuhkan pengalaman konkrit, motivasi belajar serta

meningkatkan daya serap dan potensi pelajar. Video, audio, teks dan animasi

merupakan antara elemen atau media multimedia yang amat berkesan untuk menarik

perhatian pelajar dalam pelbagai konteks persembahan matlumat (Jamaluddin, 2002)

Menurut Rio Sumarni(2002), gabungan teks, grafik, animasi, vedio dapat

menarik dan menyeronokkan. Pelajar belajar dalam persekitaran pembelajaran baru

yang mengutamakan kemahiran meta kognitif dan teori konstruktivisme

(Micheal,1997).

Page 20: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · 3.5 Carta cara mematikan arka dan kedudukan kimpalan 47 3.6 Carta jenis sambungan 48 3.7 Carta soalan pengukuhan 49 4.1

4

Dalam konteks pendidikan, penggunaan komputer dan teknologi sebagai

ABM dikenali sebagai Komputer Membantu Pengajaran atau computer assisted

instruction, CAI (Lewis, 1979). Pelbagai kaedah dan bentuk dirancang agar mampu

membentuk pelajaran formal, latihan terkawal, pengajaran secara individu,

penyelesaian masalah dan permainan.

Dalam menjadikan ABM sesuatu yang menarik dan efektif dalam P&P,

pelbagai perisaan komputer seperti PowerPoint 2003 telah dijadikan satu medan alat

bantu mengajar yang memanfaatkan pelbagai bidang seperti pendidikan, perniagaan,

pengurusan, bidang latihan dan pembangunan. Guru memerlukan kretiviti,

kemahiran dan hanya masa yang singkat untuk menghasilkan persembahan

multimedia yang menarik mengikut kehendak bersesuian dengan konteks pengajaran

dan pembelajaran (P&P).

Secara dasarnya, terdapat tiga fasa dalam penggunaan teknologi dalam

pendidikan. Fasa yang pertama lebih terbatas terhadap ketrampilan motorik dan

penguasaan masteri. Fasa yang kedua melibatkan penggunaan teknologi seperti

CDROM dan teknologi digital yang disifatkan sebagai menyediakan informasi dalam

format-format interaksi, hipermedia dan hipertek. Fasa yang terakhir adalah

berhubungan dengan perubahan dan administrasi kelas terhadap penggunaan

teknologi iaitu penentuan kebajikan, teman sebaya dan tanggungjawap

(http:/berita.penabur.org/2002003/pendidikan_berbaris/htm).

Sejajar dengan itu, guru seharusnya bertindak lebih dinamik untuk

mengimplementasikan kurikulum P&P dengan lebih efisen seiring dengan

perkembangan fasa- fasa teknologi. Peningkatan mutu profesional guru dimantapkan

dengan memantapkan mutu ABM multimedia dalam masa yang sama mampu

meningkatkan prestasi akademik pelajar.

Page 21: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · 3.5 Carta cara mematikan arka dan kedudukan kimpalan 47 3.6 Carta jenis sambungan 48 3.7 Carta soalan pengukuhan 49 4.1

5

Secara umumnya, kekurangan penggunaan ABM multimedia dalam aspek

pendidikan khususnya akan menjadikan sistem pendidikan negara kita akan

ketinggalan dengan arus perubahan teknologi. Setiap perkembangan teknologi

seharusnya bergerak sejajar dengan perkembangan dalam pendidikan. Kekurangan

tenaga yang berkebolehan dan berpengetahuan komputer untuk menghasilkan ABM

yang bermutu tinggi adalah salah satu punca mengapa keadaan ini terjadi.

1.2 Penyataan Masalah

Dalam menghadapi perubahan sistem pembelajaran yang semakin maju, guru

seringkali menghadapi kesukaran untuk menyampaikan isu pengajaran dengan

berkesan. Apatah lagi subjek kejuruteraan yang lebih sukar untuk difahami tanpa

merujuk kepada ABM yang efisen. Walaupun seseorang guru itu berpengalaman dan

berpotensi, tetapi kadangkala masalah tetap timbul kerana ketidaksesuian dalam

pemilihan ABM dalam proses P&P.

Memandangkan ABM telah menjadi salah satu media utama dalam

memantapkan sistem pendidikan Malaysia, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)

dan Pusat Pengajian Guru (PKG) telah banyak membangunkan bahan perisian

mengikut pelajaran dalam KBSM dalam memastikan proses penyampaian dalam

kelas lebih efisen. Namun begitu, perisian yang berfokuskan kepada jurusan

Pendidikan Teknik Dan Kejuruteraan (PTK) masih lagi berkurangan terutama bagi

sukatan pelajaran “Kimpalan Arka”.

Oleh yang demikian, sistem pengajaran tidak mampu menentukan tahap

kefahaman pelajar terhadap konsep genetik mengikut taksonomi Bloom

(JimStewart,1988). Jadi, Kinner (1983,1986) telah menyatakan bahawa dengan

menggunakan simulasi komputer CATLAB dan BIRDBREED, pelajar dapat

menyelesaikan masalah genetik dalam buku teks dengan berkesan.

Page 22: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · 3.5 Carta cara mematikan arka dan kedudukan kimpalan 47 3.6 Carta jenis sambungan 48 3.7 Carta soalan pengukuhan 49 4.1

6

Setelah pendedahan awal penggunaan ABM berunsurkan teknologi

menampakkan hasil yang positif, maka penggunaan bahan ABM berbentuk ini terus

menerus mendapat minat pelbagai guru untuk menggunakannya. Namun keadaan ini

menjadi sebaliknya kepada guru- guru yang kurang mahir dan dalam keadaan

tertentu. Menurut Micheal (dalam Razali,2004), terdapat tiga masalah utama yang

menjadi batu penghalang kepada keberkesanan penggunaan komputer di dalam bilik

darjah iaitu kekurangan guru yang terlatih, kekurangan persepaduan penggunaan

komputer dalam KBSM serta ketidaklengkapan kemudahan komputer yang terkini

dalam sekolah.

Selain dari itu, menurut Awang Matusin (dalam Razali,2004) bahawa pelajar

patut belajar secara kosisten dan holistik di masa yang sewajarnya dalam pengajaran

guru yang sistematik yang berteraskan komputer. Buat masa ini, modul pengajaran

yang sistematik masih boleh dianggap berkurangan kerana masalah seperti yang

dinyatakan oleh Micheal.

Menurut R. Lewis (1979) pula, terdapat tiga punca atau masalah utama yang

menghalang untuk melaksanakan pembelajaran secara komputer ialah ketahan guru,

kualiti perisian dan pemilihan perkakasan. Beliau melihat keupayaan guru untuk

menghasilkan kualiti perisian yang tinggi berbantukan pemilihan perkakasan yang

berpatutan adalah kriteria yang utama untuk melaksanakan proses pengajaran dan

pembelajaran melalui komputer.

Oleh yang demikian, pembinaan satu perisian alat bantu mengajar bercirikan

multimedia adalah sesuatu yang wajar. Pembinaan modul ini akan membantu dan

melatih guru menghasilkan perisian ABM yang sejajar dengan kehendak

Kokurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan mampu mengajar tajuk

kimpalan arka secara konkrit secara pembelajaran mastery.

Page 23: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · 3.5 Carta cara mematikan arka dan kedudukan kimpalan 47 3.6 Carta jenis sambungan 48 3.7 Carta soalan pengukuhan 49 4.1

7

1.3 Objektif Kajian

Terdapat empat objektif utama pembinaan alat bantu mengajar ini, iaitu:

i. Membina satu modul alat bantu mengajar bagi tajuk “ Kimpalan Arka” dalam

mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Tingkatan Empat.

ii. Menambahkan bilangan modul alat bantu mengajar pendidikan mengikut

garis panduan Kokurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM).

iii. Sebagai bahan sokongan kepada guru dalam meningkatkan mutu pengajaran

dan pembelajaran (P&P).

iv. Menambahkan bilangan modul alat bantu mengajar yang berteraskan teori

konstruktivisme di Malaysia.

1.4 Rasional Pemilihan Tajuk

Menurut Baharuddin (2002), pembinaan modul alat bantu mengajar ini

adalah untuk meningkatkan lagi tahap pemikiran pelajar terhadap isi pelajaran

mengikut taksonomi Bloom. Dalam taksonomi Bloom terdapat enam tahap yang

mana bermula dengan pengetahuan (yang paling rendah) kepada penilaian (paling

sukar). Dengan ini tahap pemikiran pelajar sewajarnya dikembangkan dari tahap

pengetahuan kepada tahap penilaian secara berperingkat- peringkat.

Page 24: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · 3.5 Carta cara mematikan arka dan kedudukan kimpalan 47 3.6 Carta jenis sambungan 48 3.7 Carta soalan pengukuhan 49 4.1

8

Menurut Voon Sieu-Ming (dalam Razali,2004) pula, pelajar akan mengalami

kesukaran dalam memahami sesuatu pengajaran kejuruteraan tanpa merujuk kepada

gambaran simulasi selain daripada melakukan kerja amali. Keadaan ini adalah sama

juga dengan tajuk kimpalan arka dalam subjek kejuruteraan jentera. Tanpa bantuan

ABM yang berkesan sudah pasti sukar ingin memberi penjelasan bagaimana sesuatu

proses dilakukan.

Selain itu, Sekolah Menengah Teknik Dungun, Terengganu, Cik Aini dan

Encik Zainal, guru tingkatan empat kejuruteraan jentera berkata bahawa penggunaan

ABM yang mempunyai simulasi atau langkah kerja dapat mengukuhkan kefahaman

pelajar terhadap tajuk “Kimpalan Arka”.

Faktor utama kebanyakkan guru kurang menggunakan modul pengajaran

berkomputer adalah kerana tidak mempunyai kemahiran dan masa untuk

membangunkan perisian sebagai alat bantu mengajar (Ann Thompson,1997).

Atas maksud itu, pembangunan modul ini adalah bertujuan mendedah dan

membantu guru atau murid-murid dalam proses pembelajaran dan pengajaran mereka

sama ada secara fasilator atau pembelajaran efektif, meningkatkan kefahaman

terhadap pembelajaran dan mengatasi kesukaran dalam proses kerja amali ataupun

teori.

1.5 Kepentingan Projek

Modul ABM berasaskan kompouter ini dibina tidak lain adalah untuk

memudahkan proses P&P dalam bilik darjah. Selain dari itu, penyampaian guru akan

menjadi lebih mudah dan menarik perhatian pelajar terhadap topik tersebut. Malah

Page 25: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · 3.5 Carta cara mematikan arka dan kedudukan kimpalan 47 3.6 Carta jenis sambungan 48 3.7 Carta soalan pengukuhan 49 4.1

9

pembangunan modul ini secara tidak langsung akan membantu mengatasi

kekurangan alat bantu mengajar dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

berkenaan tajuk “Kimpalan Arka” dan dalam masa yang sama mengatasi masalah

kekurangan modul alat bantu mengajar yang memenuhi sukatan pelajaran

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Modul ABM ini akan memberikan gambaran dan penjelasan yang

mengkonkritkan konsep yang abstrak. Guru dapat memberikan penerangan dengan

lebih berkesan dengan adanya unsur-unsur multimedia yang menarik seperti vedio,

animasi, teks dan sebagainya. Malah pelajar akan dapat memahami konsep

“kimpalan Arka” dengan lebih mudah dan berkesan. Ini kerana penggunaan video

mampu mendedahkan pelajar kepada pelajaran yang realistik. Pengajaran guru juga

akan menjadi lebih seronok dengan adanya interaktiviti antara pelajar.

1.6 Skop Projek

Skop projek adalah membangunkan satu modul ABM berasaskan komputer

bagi topik “Kimpalan Arka” dalam matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal

(PKM) tingkatan empat aliran sekolah teknik. Kandungannya merangkumi seperti

berikut:

a) Pengertian kimpalan arka

b) Prinsip asas bagi kimpalan kerja

c) Cara memulakan arka

d) Cara mematikan arka

e) Kedudukan kimpalan arka

f) Jenis sambungan kimpalan arka.