membangunkan modul alat bantu mengajar …€¦ ·  · 2013-11-19sains serta pendidikan (biologi)...

31

Upload: dinhphuc

Post on 19-May-2018

229 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: MEMBANGUNKAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ ·  · 2013-11-19Sains Serta Pendidikan (Biologi) Fakulti Pendidikan ... 2.4.5 Penyediaan Soalan Subjektif Berbentuk Essei Atau Eksperimen
Page 2: MEMBANGUNKAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ ·  · 2013-11-19Sains Serta Pendidikan (Biologi) Fakulti Pendidikan ... 2.4.5 Penyediaan Soalan Subjektif Berbentuk Essei Atau Eksperimen
Page 3: MEMBANGUNKAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ ·  · 2013-11-19Sains Serta Pendidikan (Biologi) Fakulti Pendidikan ... 2.4.5 Penyediaan Soalan Subjektif Berbentuk Essei Atau Eksperimen

MEMBANGUNKAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) BERASASKAN KOMPUTER BAGI TAJUK KECIL

SISTEM PERTAHANAN BADAN MANUSIA BIOLOGI KBSM, TINGKATAN LIMA

NUR AZLINA BINTI SHAHARUDIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Biologi)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 4: MEMBANGUNKAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ ·  · 2013-11-19Sains Serta Pendidikan (Biologi) Fakulti Pendidikan ... 2.4.5 Penyediaan Soalan Subjektif Berbentuk Essei Atau Eksperimen

ii

Page 5: MEMBANGUNKAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ ·  · 2013-11-19Sains Serta Pendidikan (Biologi) Fakulti Pendidikan ... 2.4.5 Penyediaan Soalan Subjektif Berbentuk Essei Atau Eksperimen

iii

DEDIKASI

Untuk Ayah:

Shaharudin Bin Ismail

Untuk Ibu:

Kamariah Binti Talib

Adik-adik:

Mohd Iqmal Reza,

Amir Zul Ariff.

Sahabat Baik:

Md. Jack Naethanial Bin Abdul Jack William

Page 6: MEMBANGUNKAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ ·  · 2013-11-19Sains Serta Pendidikan (Biologi) Fakulti Pendidikan ... 2.4.5 Penyediaan Soalan Subjektif Berbentuk Essei Atau Eksperimen

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan izinNya dapat

saya siapkan Projek Sarjana Muda ini bagi memenuhi penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Biologi), Universiti Teknologi Malaysia. Ucapan

ikhlas terima kasih ditujukan khas bagi semua pihak yang terlibat dalam memberikan

sebarang tunjuk ajar dan kerjasama sepanjang tempoh saya menyaiapkan projek ini.

Penghargaan ikhlas dan sekalung budi dirakamkan kepada Tuan Haji muslim

Bin Jonid dan Dr. Arba’at bin Hassan selaku penyelia bagi Projek Sarjana Muda ini

yang telah banyak dan sabar memberi dorongan dan bimbingan di sepanjang tempoh

pembangunan projek ini. Dengan bantuan dan sokongan idea dari beliau dapatlah

meringankan beban yang dihadapi untuk menyiapkan projek ini dengan sempurna.

Penghargaan juga ditujukan khas buat kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang

tidak pernah jemu memberikan sokongan dan kasih sayang yang tidak terhingga

kepada saya selama ini.

Akhir sekali, ribuan terima kasih ditujukan buat rakan-rakan seperjuangan yang

sanggup berkongsi ilmu yang banyak menghulurkan bantuan kepada saya. Segala jasa

dan pengorbanan kalian tidak akan saya lupakan.

Wassalam.

Page 7: MEMBANGUNKAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ ·  · 2013-11-19Sains Serta Pendidikan (Biologi) Fakulti Pendidikan ... 2.4.5 Penyediaan Soalan Subjektif Berbentuk Essei Atau Eksperimen

v

ABSTRAK

Perkembangan teknologi multimedia telah membawa satu alternatif baru untuk

menghasilkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan efektif.

Selaras dengan perkembangan pesat bidang multimedia dan perlaksanaan penggunaan

komputer di dalam bilik darjah secara giat mulai tahun 2003 oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia di mana penggunaan alat bantu mengajar (ABM) berasaskan

komputer bagi kegunaan guru-guru sains khususnya, adalah sangat wajar untuk segera

diwujudkan. Menurut G.Rex Meyer (1998), maklumat yang pelbagai jenis hanya dapat

dipersembahkan secara berkesan dengan teknik dan media yang berbagai-bagai sifat.

Kombinasi unsur-unsur animasi, video, audio, teks dan grafik serta ditambah dengan

unsur-unsur penilaian, info dan kerohanian serta penyusuran ke internet, dapat

menjadikan sesi pembelajaran sains khususnya Topik Sistem Pertahanan Badan

Manusia berjalan dalam suasana yang lebih menarik dan kondusif berbanding

menggunakan ABM tradisional. Dengan ini dapat membantu pelajar mengekalkan

minat dan motivasi pelajar dari semasa ke semasa untuk meminati mata pelajaran sains

seperti yang diharapkan oleh sistem pendidikan kita. Perisian modul ini dibangunkan

menggunakan perisian pembangunan Power Point Office XP dan dibantu dengan

perisian sokongan seperti Gif Animated, Sonic Foundry Sound Forge, Ulead Cool 3D

3.5 dan lain-lain. Diharapkan perisian ini menjadi bahan sokongan guru yang

berkesan.

Page 8: MEMBANGUNKAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ ·  · 2013-11-19Sains Serta Pendidikan (Biologi) Fakulti Pendidikan ... 2.4.5 Penyediaan Soalan Subjektif Berbentuk Essei Atau Eksperimen

vi

ABSTRACT

The development of multimedia technology has brought a new alternative in

producing an interesting and affective teaching and learning process. In accordance to

the rapid development in the field of multimedia and the use of computers in

classrooms starting in 2003 by the Malaysian Ministry of Education, the use of

computer-based teaching aid by teachers, especially sciences teachers need to be

quickly implemented. According to g. Rex Meyer (1998), a variety of information can

only be displayed effectively with various techniques and media. A combination of

animation, video, audio, text and graphic elements with the addition of evaluation,

information and spiritual elements and internet surfing, will make sciences learning

sessions, especially the topic of Human Body Defence System, become more exciting

and conducive than using traditional teaching aid. Thus, by helping students to

maintain their interests and motivation from time to time, as was hoped by our

education system. This module was built using PowerPoint XP, with the addition of

other software such as Gif Animated, Sonic Foundry Sound Forge, Ulead Cool 3D 3.5

and many more. Hopefully, this software will become an effective teachers’ aid.

Page 9: MEMBANGUNKAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ ·  · 2013-11-19Sains Serta Pendidikan (Biologi) Fakulti Pendidikan ... 2.4.5 Penyediaan Soalan Subjektif Berbentuk Essei Atau Eksperimen

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGAHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAHAGIAN SATU

BAB I

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Projek 10

1.5 Kepentingan Projek 11

1.6 Skop Projek 12

1.7 Rasional Pemilihan Tajuk 12

Page 10: MEMBANGUNKAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ ·  · 2013-11-19Sains Serta Pendidikan (Biologi) Fakulti Pendidikan ... 2.4.5 Penyediaan Soalan Subjektif Berbentuk Essei Atau Eksperimen

viii

BAHAGIAN DUA

BAB II

BAB II SOROTAN PENULISAN 14

2.1 Pengenalan 14

2.2 Definisi Perisian Modul Alat Bantu Mengajar 16

2.3 Ciri-ciri Modul Alat Bantu Mengajar yang Baik 17

2.4 Kelebihan Modul Alat Bantu Mengajar 18

2.4.1 Menjimatkan Masa 18

2.4.2 Melibatkan Pelbagai Ransangan 19

2.4.3 Menyeronokkan Pelajar 19

2.4.4 Meningkatkan Kadar Pengekalan Pengetahuan 20

2.4.5 Penyediaan Soalan Subjektif Berbentuk Essei

Atau Eksperimen 20

2.5 Kelemahan Perisian Modul Alat Bantu Mengajar 20

2.5.1 Pembinaan Perisian Mengambil Masa

Yang Panjang 20

2.5.2 Tertakluk Kepada Kemudahan Perkakasan 21

2.5.3 Harga Perkakasan Yang Diperlukan Mahal 21

2.5.4 Masalah “Slide Transition” 21

2.6 Definisi Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 22

2.7 Perbezaan Antara Perisian Modul ABM dengan PBK 23

2.8 E-Book ( Electronic Book ) 25

2.9 Perbezaan Perisian Modul ABM Dengan E-Book 26

2.10 Strategi Pembelajaran 28

2.10.1 Latih Tubi 28

2.10.2 Tutorial 29

2.10.3 Simulasi 30

2.10.4 Penyelesaian Masalah 31

2.11 Aspek Padagogi dalam Perisian Modul ABM 31

Page 11: MEMBANGUNKAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ ·  · 2013-11-19Sains Serta Pendidikan (Biologi) Fakulti Pendidikan ... 2.4.5 Penyediaan Soalan Subjektif Berbentuk Essei Atau Eksperimen

ix

2.12 Teori Pembelajaran 32

2.12.1 Teori Behaviourisme 34

2.12.1.1 Aplikasi Prinsip Teori Behaviourisme

Dalam Reka Bentuk Perisisan

Modul Alat Bantu Mengajar. 35

2.12.2 Teori Konstruktivisme 36

2.12.2.1 Aplikasi Prinsip Teori Konstruktiveisme

Dalam Perisian Modul Alat

Bantu Mengajar. 38

2.13 Multimedia 39

2.14 Elemen-elemen Multimedia 40

2.14.1 Teks 40

2.14.2 Grafik 40

2.14.3 Animasi 41

2.14.4 Audio 42

2.14.5 Video 43

2.15 Hiperteks dan Hipermedia 44

2.15.1 Hiperteks 44

2.15.2 Hipermedia 45

BAHAGIAN TIGA

BAB III

BAB III REKA BENTUK PEMBANGUNAN 46

3.1 Pengenalan 46

3.2 Prosedur Pembinaan Perisian 47

3.3 Penentuan Tajuk dan Skop 47

3.4 Rasional Pemilihan Media 48

Page 12: MEMBANGUNKAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ ·  · 2013-11-19Sains Serta Pendidikan (Biologi) Fakulti Pendidikan ... 2.4.5 Penyediaan Soalan Subjektif Berbentuk Essei Atau Eksperimen

x

3.5 Klasifikasi Komputer 49

3.6 Analisis Pembangunan 49

3.6.1 Objektif Pengajaran 50

3.6.2 Kumpulan Sasaran 51

3.6.3 Isi Kandungan Pelajaran 52

3.6.4 Soalan / Penilaian Pencapaian 52

3.7 Persekitaran Pengguna 53

3.7.1 Penggunaan Dalam Sesi Pengajaran /

Dalam Kumpulan Yang Besar 53

3.7.2 Penggunaan Secara Individu 53

3.7 Pemilihan Perisian Pembangunan Utama 53

3.8.1 Kelebihan Microsoft Power Point XP 54

3.8.2 Perisian Multimedia 55

3.8.2.1 Teks 56

3.8.2.2 Grafik 56

3.8.2.3 Audio 57

3.8.2.4 Video 57

3.8.2.5 Animasi 57

3.9 Perkakasan Pembangunan 57

3.10 Spesifikasi Perkakasan Minimum Pengguna 58

3.11 Pembangunan Perisian 59

3.12 Carta Alir 60

Page 13: MEMBANGUNKAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ ·  · 2013-11-19Sains Serta Pendidikan (Biologi) Fakulti Pendidikan ... 2.4.5 Penyediaan Soalan Subjektif Berbentuk Essei Atau Eksperimen

xi

BAHAGIAN EMPAT

BAB IV

BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN 74

4.1 Pengenalan 74

4.2 Pakej Perisian 74

4.3 Struktur Asas Perisian 75

4.3.1 Skrin Tajuk 75

4.3.2 Skrin Manu Utama 76

4.3.3 Paparan Topik 77

4.3.4 Paparan Penilaian 80

4.3.5 Paparan Glosari 81

4.3.6 Paparan Info 81

4.3.7 Butang-butang Nevigasi 82

4.4 Panduan Pengguna Perisian 82

BAHAGIAN LIMA

BAB V

BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 84

5.1 Pengenalan 84

5.2 Perbincangan 84

5.3 Masalah-masalah Yang Dihadapi Semasa

Pembangunan Perisian 85

5.3.1 Kekurangan kepakaran 85

5.3.2 Kekangan Masa 86

Page 14: MEMBANGUNKAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ ·  · 2013-11-19Sains Serta Pendidikan (Biologi) Fakulti Pendidikan ... 2.4.5 Penyediaan Soalan Subjektif Berbentuk Essei Atau Eksperimen

xii

5.3.3 Kekurangan Perkakasan 86

5.3.4 Kekurangan Perisian Asal 87

5.4 Kelebihan Perisian 87

5.4 Kelemahan Perisian 88

5.5 Cadangan 90

5.7 Kesimpulan 91

BAHAGIAN ENAM

RUJUKAN

RUJUKAN 92

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

LAMPIRAN 97

Lampiran A 97

Lampiran B 100

Page 15: MEMBANGUNKAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ ·  · 2013-11-19Sains Serta Pendidikan (Biologi) Fakulti Pendidikan ... 2.4.5 Penyediaan Soalan Subjektif Berbentuk Essei Atau Eksperimen

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA

SURAT

2.1 Perbezaan Antara Perisian Modul ABM Dengan

PBK 23

2.2 Perbezaan Perisian Modul ABM Dengan E-Book 26

2.3 Aspek Pedagogi Dalam Perisian Modul ABM 32

Page 16: MEMBANGUNKAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ ·  · 2013-11-19Sains Serta Pendidikan (Biologi) Fakulti Pendidikan ... 2.4.5 Penyediaan Soalan Subjektif Berbentuk Essei Atau Eksperimen

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 3.1 Prosedur Pembinaan Perisian 47

3.2 Carta Alir Umum 61

3.3 Carta Alir Terperinci Pengenalan 62

3.4 Carta Alir Terperinci Benteng Pertahanan Pertama 63

3.5 Carta Alir Terperinci Kulit 64

3.6 Carta Alir Terperinci Hidung 65

3.7 Carta Alir Terperinci Epitelium Bersilia 66

3.8 Carta Alir Terperinci Enzim Lisozim 67

3.9 Carta Alir Terperinci Asid Hidroklorik 68

3.10 Carta Alir Terperinci Gerak Balas Badan 69

3.11 Carta Alir Terperinci Mekanisme Pembekuan Darah 70

3.12 Carta Alir Terperinci Benteng Pertahanan Kedua 71

3.13 Carta Alir Terperinci Benteng Pertahanan Ketiga 72

3.14 Carta Alir Terperinci Penilaian 73

Page 17: MEMBANGUNKAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ ·  · 2013-11-19Sains Serta Pendidikan (Biologi) Fakulti Pendidikan ... 2.4.5 Penyediaan Soalan Subjektif Berbentuk Essei Atau Eksperimen

xv

4.1 Paparan Skrin Tajuk 76

4.2 Paparan Menu Utama 76

4.3 Paparan Bila Mouse Over Nombor 1 77

4.4 Paparan Bila Mouse Over Nombor 2 77

4.5 Paparan Bila Mouse Over nombor 4 77

4.6 Paparan Teks dan Grafik Topik Pengenalan 78

4.7 Paparan Teks dan Grafik Topik Benteng Pertahanan Pertama 78

4.8 Paparan Teks dan Grafik Topik Benteng Pertahanan Kedua 78

4.9 Paparan Teks dan Grafik Topik Benteng Pertahanan Ketiga 78

4.10 Paparan Teks dan Grafik Topik Penilaian 79

4.11 Paparan Teks dan Grafik Topik Glosari 79

4.12 Paparan Topik Pengenalan 79

4.13 Paparan Topik Benteng Pertahanan Pertama 79

4.14 Paparan Topik Benteng Pertahanan Kedua 79

4.15 Paparan Topik Benteng Pertahanan Ketiga 79

4.16 Paparan Penilaian Sumatif 80

4.17 Paparan Penilaian Formatif 80

4.18 Paparan Soalan KBKK 80

4.19 Paparan Soalan Pengetahuan Sedia Ada 80

4.20 Paparan Glosari 81

4.21 Paparan Info 81

4.22 Paparan Butang-butang Nevigasi 82

4.23 Opsyen tetingkap Pointer Option 83

4.24 Opsyen tetingkap Screen 83

Page 18: MEMBANGUNKAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ ·  · 2013-11-19Sains Serta Pendidikan (Biologi) Fakulti Pendidikan ... 2.4.5 Penyediaan Soalan Subjektif Berbentuk Essei Atau Eksperimen

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Temuramah Tentang Tajuk Biologi KBSM 97

Tingkatan 5

B Temuramah Tentang Tajuk Biologi KBSM 100

Tingkatan 5

Page 19: MEMBANGUNKAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ ·  · 2013-11-19Sains Serta Pendidikan (Biologi) Fakulti Pendidikan ... 2.4.5 Penyediaan Soalan Subjektif Berbentuk Essei Atau Eksperimen

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Multimedia Super Coridor atau Koridor Raya Multimedia, suatu perkataan dan

sebutan yang selalu kita dengar ataupun baca melalalui media massa. Isu ini banyak

diperbincangkan di pelbagai seminar dan perbincangan. Koridor Raya multimedia

adalah salah satu daripada perkembangan mutakhir teknologi maklumat di Malaysia.

Ia juga sebagai satu daripada agenda Malaysia untuk mencapai wawasan 2020 dan juga

bersaing dalam ekonomi global.

Mengikut Alvin Tofler (2000) yang dipetik dari buku Teknologi Maklumat, kita

berada dalam gelombang ketiga iaitu gelobang maklumat. Kini kita tinggal dalam

masyarakat yang maklumat sebagai sumber penting. Untuk memahami era maklumat,

kita perlu memahami tentang evolusinya. Dalam era maklumat, jalinan antara

seseorang manusia dengan manusia yang lain diperkukuhkan dan alat utama yang

digunakan ialah teknologi maklumat. Dalam era maklumat ini juga kita memerlukan

lebih ramai pekerja yang berpengetahuan iaitu pekerja yang terlibat dalam penciptaan,

pengagihan dan penggunaan maklumat. Jelas betapa pentingnya kita mengubah

masyarakat kita kepada masyarakat bermaklumat seperti yang ditekankan kepada

perdana menteri Malaysia dalam pelancaran wawasan 2020 iaitu :

Page 20: MEMBANGUNKAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ ·  · 2013-11-19Sains Serta Pendidikan (Biologi) Fakulti Pendidikan ... 2.4.5 Penyediaan Soalan Subjektif Berbentuk Essei Atau Eksperimen

2

Dalam era maklumat yang kita diami masyarakat Malaysia mesti kaya

maklumat. Tidak berlaku keadaan hari ini keadaan negara kaya dan membangun yang

miskin maklumat dan keadaan negara kaya maklumat yang miskin dan tidak

membangun.

Dapat kita saksikan disini perkembangan teknologi maklumat telah

mempengaruhi masyarakat sedunia termasuklah Malaysia. Malaysia yang sedang

bergerak dari masyarakat industri kepada masyarakat era teknologi maklumat jelas

dapat diperhatikan melalui penekanan dalam bidang sains dan teknologi dalam cabaran

Wawasan 2020. Cabaran keenam dalam Wawasan 2020 telah mewujudkan masyarakat

saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi dan

memandang jauh kehadapan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi malah

menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan (Siri Ucapan

Penting semasa National Congress Vision 2020,1997) yang diambil daripada penulisan

Voon (2002).

Justeru itu, dalam menjadikan cabaran wawasan ini suatu kenyataan suatu

anjakan perlu dilakukan dimana titik permulaan perubahan ini semestinya bermula dari

segi pendidikan. Pada amnya ramai orang bersetuju bahawa bentuk sistem pendidikan

yang disediakan kini akan menentukan peranan masa depan Malaysia dalam komuniti

negara kita, bentuk masyarakat, dan kualiti kehidupan setiap individu. Oleh itu,

pendidikan telah menjadi tanggungjawab yang amat penting untuk setiap negara yang

bertujuan mencapai visi kearah Pendidikan Bertaraf Dunia.

Walaubagaimanapun di dunia akademik, teknologi mempunyai beberapa

definisinya.

Raizen (1995) dari artikel Teknologi Pemangkin Pendidikan menyatakan

bahawa teknologi membolehkan pelajar berfikir dari semua persepsi dan menggunakan

segala pengetahuannya untuk menyelesaikan masalah. Bagi negara kita yang hendak

mencapai Wawasan 2020, teknologi juga harus diutamakan dalam kurikulum teras

Page 21: MEMBANGUNKAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ ·  · 2013-11-19Sains Serta Pendidikan (Biologi) Fakulti Pendidikan ... 2.4.5 Penyediaan Soalan Subjektif Berbentuk Essei Atau Eksperimen

3

untuk semua pelajar kerana kita sering menemui konsep, proses dan hasil dari inovasi

teknologi. Oleh itu celik teknologi dianggap kritikal untuk masa depan dalam bidang

perniagaan, pengurusan dan kualiti kehidupan kita. Namun begitu dalam konteks ini,

teknologi akan dianggap teknologi pendidikan iaitu satu proses menggunakan alat

bantuan mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan ini,

kegunaan teknologi maklumat, termasuk komputer dan telekomunikasi atau jaringan

merupakan suatu pendekatan yang amat berkesan di dalam bilik darjah.

Sebenarnya teknologi maklumat dalam pendidikan adalah sebahagian wawasan

IT (Teknologi Maklumat) 2020 negera kita. Pendidikan ialah suatu proses berterusan

kerana pada masa sekarang terdapat ledakan maklumat. Ini bermakna bahawa untuk

negara kita mempelajari segala maklumat yang kerap kali bertambah, kita terpaksa

menggunakan teknologi yang terkini, seperti komputer multimedia bagi mengikuti

perkembangan ilmu didunia ini.( Rencana yang diterbikan dalam Buletin PKPSM

Perak pada bulan Januari 1996).

Pengajaran dan pembelajaran menggunakan multimedia sesuai dalam

pendidikan dibilik darjah kerana berdasarkan definisi multimedia Multimedia

merupakan gabungan data, suara, video, audio, animasi, grafik, teks dan bunyi-bunyian

yang mana gabungan elemen-elemen tersebut mampu dipaparkan melalui komputer

adalah lebih menarik. Menurut Gayeski, D.M. (1992) dipetik dari penulisan Huang

Chewei Ing (2003) "Multimedia ialah satu sistem hubungan komunikasi interaktif

melalui komputer yang mampu mencipta, menyimpan, memindahkan, dan mencapai

kembali data dan maklumat dalam bentuk teks, grafik, animasi, dan sistem audio."

Jeffcoate (1995) yang dipetik daripada petikan dari internet iaitu Multimedia dalam

pendidikan, mendifinisikan Sistem Maklumat Multimedia sebagai suatu sistem yang

menggunakan pelbagai kaedah berkomunikasi (atau media). Menurut Phelps (1995)

daripada internet Multimedia dalam pendidikan pula, multimedia adalah kombinasi

teks, video, suara dan animasi dalam sesebuah perisian komputer yang interaktif.

Schurman (1995) daripada internet Multimedia dalam pendidikan

mendefinisikan multimedia sebagai kombinasi grafik, animasi, teks, video dan bunyi

Page 22: MEMBANGUNKAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ ·  · 2013-11-19Sains Serta Pendidikan (Biologi) Fakulti Pendidikan ... 2.4.5 Penyediaan Soalan Subjektif Berbentuk Essei Atau Eksperimen

4

dalam satu perisian yang direka bentuk yang mementingkan interaksi antara pengguna

dan komputer. Komputer yang mempunyai perkakasan berupaya untuk melaksanakan

perisian multimedia atau disebut juga sebagai komputer multimedia. Menurut Collin,

Simon (1995) daripada penulisan Huang Chewei Ing (2003), Multimedia merupakan

sebuah persembahan, permainan atau aplikasi yang menggabungkan beberapa media

yang berlainan. Sesebuah komputer yang boleh menggunakan klip video, rakaman

suara, imej, animasi dan teks serta pula boleh mengendalikan peranti-peranti seperti

perakam video, pemain cakera video, pemacu CD-ROM, synthesizer dan juga kamera

video. Sekiranya program tersebut menghasilkan bunyi, video dan imej, ia disebut

sebagai multimedia, tetapi apabila program itu membolehkan pengguna mengendalikan

pergerakan perisian dengan membuat pilihan yang berbeza-beza, maka ianya disebut

sebagai multimedia interaktif.

Berdasarkan definisi yang diberikan di atas dapatlah disimpulkan bahawa

multimedia itu adalah suatu kaedah penyebaran maklumat dan juga satu teknologi

komputer yang direka bentuk khusus dengan menggabungkan bunyi, gambar-gambar

pegun dan bergerak, grafik, animasi, data dan teks bersama-sama keupayaan interaktif

sesebuah komputer supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan lebih

berkesan.

Menurut Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (1999-2000), interaktiviti

membenarkan pengguna mengawal isi kandungan yang dipersembahkan, bila dan

bagaimana ia dipersembahkan. Semasa pengajaran guru persembahan isi pengajaran

secara interaktif mealui persembahan multimedia yang dibangunkan dapat memberi

pelbagai penekanan kepada pengguna berbanding cara yang pasif seperti kaedah “chalk

and talk”. Terdapat kajian yang membuktikan bahawa persembahan multimedia yang

interaktif dalam pengajaran dapat membina sikap positif pelajar dan dapat

mempertingkatkan kadar penerimaan pelajar serta memperoleh pengajaran yang

berkesan.

Page 23: MEMBANGUNKAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ ·  · 2013-11-19Sains Serta Pendidikan (Biologi) Fakulti Pendidikan ... 2.4.5 Penyediaan Soalan Subjektif Berbentuk Essei Atau Eksperimen

5

Kenyataan ini dibuktikan berdasarkan kajian yang dilaporkan oleh Mohd

Sahidi (1999) yang memetik sumber dari Edger Dale (1969) yang menyatakan peratus

penglibatan deria dalam pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut : Deria

rasa – 1%, deria sentuh – 1.5%, deria bau – 3.5%, deria pendengaran -11.0% dan deria

penglihatan 85%. Didalam Baharuddin Aris, Noraffandy Yahya (2000), penulisannya

dalam bab Proses Komunikasi Dalam Pendidikan mengungkapkan senarai lima deria

mengikut peratus penggunaannya dalam pembelajaran adalah ; penglihatan (mata) –

75%, pendengaran (telinga) – 13%, Sentuhan (tangan) – 6%, rasa (lidah) – 3% dan bau

(hidung) – 3%. Dapat disimpulkan disini penghasilan perisian modul ABM perlulah

mencakupi beberapa komponen diatas, seperti lebih bersifat interaktif, berwarna-warni,

mempunyai kontras yang jelas, mempunyai gabungan sumber audio, vedio, animasi,

grafik dan teks, supaya dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan dapat

mengurangkan rasa bosan pelajar terhadap pengajaran guru. Perlu diingatkan disini,

menurut Norbahayu (2003), alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru hendaklah

boleh digunakan oleh semua pelajar tidak mengira samaada pelajar lemah, sederhana

ataupun pandai. Alat bantu mengajar yang baik bukan sahaja berkesan malah

mempunyai daya tarikan untuk mendapat tumpuan pelajar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pembelajaran berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan (Dick &

Reiser, 1989). Keseronokan belajar adalah sesuatu yang diharapkan oleh semua

golongan guru terhadap pelajar-pelajarnya. Keseronokan membawa implikasi pelajar

tertarik dan berminat hendak belajar, manakala guru pula mempunyai strategi yang

boleh mendorong pelajar-pelajarnya memberi tumpuan serta mengambil bahagian yang

menyeluruh dalam proses pengajaran pembelajaran. Situasi ini dapat diwujudkan

sekiranya guru dapat menyampaikan pengajaranya dengan bantuan bahan atau media.

Perkembangan teknologi telah dapat mempelbagaikan perkakasan dan perisian dalam

sistem penyampaian.

Page 24: MEMBANGUNKAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ ·  · 2013-11-19Sains Serta Pendidikan (Biologi) Fakulti Pendidikan ... 2.4.5 Penyediaan Soalan Subjektif Berbentuk Essei Atau Eksperimen

6

Bermula dengan interaksi secara lisan, manusia mula berkomunikasi dengan

mencatat di atas bahan yang bermula dengan daun hinggalah berlakunya

perkembangan teknologi kertas dan percetakan. Seterusnya teknologi fotografi telah

berkembang yang menyebabkan terdapatnya gambar-gambar yang dapat digunakan

sebagai satu rujukan disusuli pula dengan media elektronik seperti radio, TV, filem,

video, VCD, DVD dan perkembangan terakhir dengan ada teknologi maklumat seperti

telesidang dan komputer terutamanya dalam bidang multimedia.

Walaupun perkembangan seumpama ini banyak memberi sumbangan terhadap

dunia hiburan tetapi tidak dapat disangkal dalam pendidikan perkembangan ini dapat

memberi kesan yang positif dalam proses pembelajaran. Sebagai seorang guru

perkembangan yang begitu mencabar ini harus dianggap sebagai satu peluang ke arah

mempelbagaikan strategi dan mempermantapkan sistem penyampaian ke arah yang

lebih berkesan, dinamik, menyeronokan dan menghiburkan. Pengajaran dan

Pembelajaran melalui cara lama ( guru sebagai penyampai ilmu sahaja) dan

memastikan pelajar dilengkapi dengan 3M (membaca mengira dan menulis) tidak

sempurna lagi. Guru dan pelajar perlu mengetahui bagaimana menggunakan komputer

dalam pengajaran dan pembelajaran, terutama komputer multimedia. Di pasaran

banyak yang dapat kita perhatikan penjualan Perisian Berbantukan Komputer yang

boleh digunakan oleh pelajar dalam membantu proses pembelajaran sesuatu subjek.

Persoalannya disini adakah hanya pelajar sahaja yang perlu selari dengan

perkembangan teknologi dan bagaimana pula dengan guru. Guru masa kini juga perlu

menyahut cabaran wawasan di mana guru di zaman maklumat peru menjadi guru

berteknologi. Sekiranya pelajar menggunakan PBK untuk membantu mereka dalam

pembelajaran guru juga perlu membantu pelajar menggunakan ABM bermultimedia

yang mengikut perkembangan teknologi terkini untuk mempertingkatkan pemahaman

pelajar disamping memperkukuhkan pembelajaran didalam bilik darjah daripada yang

abstark kepada yang lebih konkri.

ABM yang berkonsepkan multimedia dapat memainkan peranan penting dalam

pengajaran dan pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa kita dapat mengingat 10%

Page 25: MEMBANGUNKAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ ·  · 2013-11-19Sains Serta Pendidikan (Biologi) Fakulti Pendidikan ... 2.4.5 Penyediaan Soalan Subjektif Berbentuk Essei Atau Eksperimen

7

daripada yang kita , 20% yang kita lihat, 40% dari yang kita dengar dan kita lihat, dan

70% daripada yang kita dengar lihat dan buat. Ini bermakna ABM bermultimedia

adalah alat yang amat sesuai dalam pendidikan kerana ketiga-tiga komponen lihat,

dengar dan buat terangkum dalam perisian ini.

Kaedah pengajaran dan pembelajarn tradisional bergantung kepada kekuatan

pengingatan atau memori fakta sahaja dimana konsep yang abstrak kekal abstrak dan

pelajar tidak perlu faham tetapi hanya menghafal ini adalah punca rasa bosan pelajar

terhadap pengajaran secara tradisional kerana ia lebih berpusatkan guru dimana pelajar

tidak aktif dan hanya menyalin nota yang ditulis guru. Namun begitu pembelajaran

menggunakan kaedah pengajaran yang menggunakan ABM bermultimedia

membenarkan interaksi dan percubaan daripada pelajar sendiri. Mengikut

perkembagan dunia pendidikan hari ini, pendidikan hari ini lebih memfokuskan kepeda

pembelajaran secara kritis dan kreatif. Dalam membentuk dan merancang pemikiran

pelajar berorientasikan pembelajaran secara kritis dan kreatif penggunaan ABM yang

berorientasikan multimedia adalah suatu keperluan dimana hanya ABM berbentuk ini

yang dapat menyampaikan hasil pengajaran secara realistik dan konkrit. Ini kerana jika

dibandingkan dengan ABM biasa seperti carta, transperensi, dan lain-lain lagi bahan-

bahan ABM seperti ini tidak dapat memberi gambaran secara realistik.

Penyampaian pengajaran secara tradisional hanya melibatkan penggunaan satu

daripada deria terbesar pelajar iaitu penglihatan dimana input yang diperolehi jika

diberikan pemfokusan yang penuh dalam pengajaran hanyalah 40% tetapi, dengan

penggunaan ABM bermultimedia yang melibatkan hampir kesemua deria pelajar yang

memberi kesan terbesar terhadap pengajaran diransang dan ini menyebakan input yang

diperolehi adalah lebih kurang 80%. Dengan penggunaan ABM bermultimedia

konsentrasi pelajar terhadap pengajaran tidak perlu diragukan lagi kerana manusia

lebih tertarik kepada sesuatu yang menarik. Selain itu, menurut Mohd Sahidi (2003)

ciri ABM yang baik adalah ABM yang bersifat komprehensif iaitu ABM yang

memiliki ciri-ciri menarik dan mudah dikendalikan bila dibawa ke sidang pengajaran di

bilik darjah.

Page 26: MEMBANGUNKAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ ·  · 2013-11-19Sains Serta Pendidikan (Biologi) Fakulti Pendidikan ... 2.4.5 Penyediaan Soalan Subjektif Berbentuk Essei Atau Eksperimen

8

1.3 Pernyataan Masalah

Dalam perancangan projek untuk memperkenalkan penggunaan komputer

dalam pengajaran pembelajaran, salah satu komponen yang penting yang mesti diberi

perhatian ialah penghasilan perisian kursus yang mencukupi. Perisian komputer yang

sedia ada dan sesuai untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat

sekolah menengah yang mengikut sistem pendidikan Malaysia amat sedikit

bilangannya dan biasanya sukar diperolehi. Untuk menjayakan rancangan

memperkenalkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran satu usaha

yang bersungguh-sungguh untuk menghasilkan perisian kursus yang menepati sukatan

perlu dijalankan.

Pembelajaran secara tradisional yang biasa dilaksanakan di sekolah lebih

berpusatkan guru dan tidak melibatkan pelajar dalam pemprosesan maklumat secara

aktif. Menurut ahli psikologi kognitif seperti Ausubel (1968) dan Wittrock (1986)

daripada pentikan internet Pendidikan Bertaraf Dunia, pembelajaran adalah satu proses

yang aktif yang melibatkan pemprosesan maklumat dan mengintegrasikan maklumat

baru dengan pengetahuan yang sedia ada pada pelajar. Ini adalah penting terutamanya

dalam mata pelajaran yang memerlukan banyak pemprosesan maklumat yang

dikemukakan dalam bentuk teks ekspositori. Pembelajaran yang tidak aktif akan

membawa kepada rasa bosan dan ini dapat mengurangkan konsentrasi pelajar terhadap

pembelajaran justeru dapat menghilangkan minat pelajar untuk mempelajari mata

pelajaran tersebut.

Dengan penggunaan ABM yang berasaskan multimedia berkomputer,

pengajaran dapat disampaikan dengan lebih baik dimana dengan wujudnya unsur

interaktiviti dan pengawalan oleh pelajar, pembelajaran menjadi lebih menarik dan

pengekalan informasi menjadi lebih berkesan ini menyebabkan pembelajaran pelajar

menjadi lebih bermakna. Menurut Funkhouser C (1993), pelajar lebih suka kepada

pendekatan melalui multimedia daripada kaedah tradisional yang lebih bersifat sehala.

Page 27: MEMBANGUNKAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ ·  · 2013-11-19Sains Serta Pendidikan (Biologi) Fakulti Pendidikan ... 2.4.5 Penyediaan Soalan Subjektif Berbentuk Essei Atau Eksperimen

9

Dalam bidang sains banyak maklumat baru dikemukakan di mana pelajar perlu

memprosesnya supaya dapat diintegrasikan dalam struktur pengetahuan yang sedia ada.

Kesukaran memahami konsep sains yang abstrak serta perkaitan antara satu konsep

dengan konsep yang lain boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan pelajar kerana

pelajar sukar memahami konsep yang baru dipelajari akibat berlaku pertindihan

maklumat dengan pengatahuan sedia ada. Menurut Norfabialhaiyu(2000) dalam

petikan Dreyfus (1991) kefahaman merupakan matlamat yang lebih penting berbanding

pengetahuan dan kemahiran dalam menyelesaikan soalan. Kajian mendapati ramai

pelajar boleh menjawab dengan betul tetapi jika diteliti dengan lebih mendalam

terdapat kesalahan konsep yang merupakan persoalan pokok kefahaman.

Bagi mengatasi masalah ini dengan bantuan ABM berkomputer yang

berunsurkan multimedia dapat membantu pelajar memahami konsep sains yang abstrak

dengan kaedah yang lebih mudah iaitu dengan melihat paparan yang berunsur animasi

serta vedio yang lebih realistik. Walaupun guru telah berpengalaman dalam mengajar

namun tetap menghadapi masalah dan ketandusan idea untuk memberi penerangan

serta analogi yang mudah untuk dikaitkan dengan pengajaran, dengan adanya unsur ini

pelajar lebih mudah untuk memahami penerangan guru kerana berdasarkan penerangan

mereka mendapat gambaran yang jelas mengenai penerangan tersebut. Menurut kajian

Weinraub (1998) mendapati peratus pemahaman pembelajaran pelajar dengan

menggunakan perisian berbantukan komputer dalam sains adalah lebih tinggi dan lebih

baik berbanding dengan cara pengajaran yang biasa.

Akibat daripada kurang pemahaman pelajar terhadap pembelajaran sains

menyebabkan nilai negatif telah diterap pada minda pelajar dimana matapelajaran sains

adalah susah, sukar difahami dan perlu banyak hafalan. Menurut Zakaria (2000) yang

mengambil petikan dari kajian Okey (1978), dalam kajiannya menyatakan pelajar

hilang minat terhadap pembelajaran adalah disebabkan oleh faktor-faktor seperti bahan

pengajaran tidak mencapai objektif pengajaran, organisasi isi kandungan yang tidak

sesuai dan pendekatan pengajaran yang statik dan kurang memuaskan. Masalah

kurangnya bahan pengajaran sebegini adalah disebabkan kurangnya tenaga sumber

manusia yang mahir serta pakar dalam penyediaan dan pembinaan perisian modul alat

Page 28: MEMBANGUNKAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ ·  · 2013-11-19Sains Serta Pendidikan (Biologi) Fakulti Pendidikan ... 2.4.5 Penyediaan Soalan Subjektif Berbentuk Essei Atau Eksperimen

10

bantu mengajar yang mencapai objektif pengajaran serta memenuhi kehendak sukatan

pelajaran.

Di Malaysia penggunaaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran masih

di tahap yang minima dan kurang dipraktikkan di sekolah. Oleh kerana masa yang

diambil untuk membangunkan perisian agak lama dan masa guru yang agak terhad

kerana pelbagai tugas yang meliputi kurukulum dan ko-kurikulum, menyebabkan guru

tiada inisiatif untuk membangunkan perisian. Ada sesetengah guru yang fobia

komputer serta kurang pendedahan kepada teknologi membuatkan alat bantu mengajar

berasaskan komputer tidak menjadi pilihan. Guru masih gemar mengajar

menggunakan kaedah lama iaitu kaedah “chalk and talk”. Bagi mengatasi masalah ini

suatu modul perisian pembelajaran yang berteraskan multimedia berkomputer di

bangunkan supaya dapat membantu guru dalam pengajaran dan dapat meningkatkan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dimana penyampaian pelajaran dapat

disampaikan daripada yang abstrak kepada konkrit.

1.4 Objektif Projek

Objektif pembianaan modul alat bantu mengajar berasaskan komputer ini

adalah untuk :

(a) Membangunkan suatu modul Alat Bantu Mengajar (ABM) berasaskan

komputer yang bertajuk Sistem Pertahanan Badan dalam matapelajaran Biologi

Tingkatan Lima.

(b) Membina suatu modul Alat Bantu Mengajar (ABM) yang dapat meningkatkan

keberkesanan didalam proses pengajaran dan pembelajaran serta interaksi

antara guru dan pelajar bagi tajuk Sistem Pertahanan Badan

(c) Mewakili bahan sokongan kepada guru untuk memudahkan penyampaian

penerangan kepada pelajar.

Page 29: MEMBANGUNKAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ ·  · 2013-11-19Sains Serta Pendidikan (Biologi) Fakulti Pendidikan ... 2.4.5 Penyediaan Soalan Subjektif Berbentuk Essei Atau Eksperimen

11

(d) Menambah bilangan modul Alat Bantu Mengajar (ABM) yang berasaskan

komputer yang menggunakan Bahasa Melayu dalam penyampaian isi pelajaran.

1.5 Kepentingan Projek

Perisian Modul Alat Bantu Mengajar ini dibina adalah untuk mengatasi

kekurangan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran tradisional dan penggunaan

media dua dimensi serta tiga dimensi lain, yang biasa digunakan oleh guru sebagai alat

bantu mengajar di sekolah seperti carta, transperensi, model dan media cetak.

Disamping itu ia juga dapat mengatasi masalah kekurangan perisian yang bersifat

tempatan iaitu yang bercirikan sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Kementrian

Pendidikan.

Perisian ini dapat memberi gambaran yang jelas dan yang paling penting ialah

ia dapat mengukuhkan serta mempermudahkan konsep yang abstrak dalam topik

Sistem Pertahanan Badan. Ini kerana, modul ini memenuhi hampir kesemua kriteria

sebuah media yang menarik dengan hasil gabungan grafik, teks, animasi, video dan

audio yang menarik dan mempercepatkan proses pemahaman serta membantu pelajar

untuk mengekalkan daya ingatan terhadap topik Sistem Pertahanan Badan. Penggunaan

video dalam perisian ini dapat mededahkan pelajar kepada pembelajaran yang lebih

realistik dimana pelajar dapat melihat gambaran sebenar mengenai proses yang berlaku

dalam sistem pertahanan badan manusia. Penggunaan audio pula diselitkan supaya

proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam suasana yang tenang dan tidak

membosankan. Dengan itu, ia dapat menambah kelancaran poses pengajaran dan

pembelajaran serta komunikasi dua hala antara guru dan pelajar.

Modul ABM ini juga boleh dijadikan sebagai bahan sokongan kepada guru dan

dapat mengurangkan beban guru dalam penyediaan Alat Bantu Mengajar setiap kali ke

kelas. Ia juga sesuai digunakan oleh pelajar sebagai bahan ulangan kepada

Page 30: MEMBANGUNKAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ ·  · 2013-11-19Sains Serta Pendidikan (Biologi) Fakulti Pendidikan ... 2.4.5 Penyediaan Soalan Subjektif Berbentuk Essei Atau Eksperimen

12

pembelajaran yang telah dipelajari di kelas. Disamping itu, Modul ABM ini juga

disediakan dengan soalan-soalan penilaian formatif dan sumatif untuk

mempertingkatkan serta menambahkan lagi aktiviti pelajar didalam kelas supaya

pembelajaran lebih bermakna. Diselitkan juga dengan adaptasi nilai murni kepada

pelajar supaya pelajar dapat mempertingkatkan nilai yang baik di dalam diri dan

menambahkan lagi rasa syukur terhadap anugerah ilahi.

1.6 Skop Projek

Skop projek ini adalah untuk membangunkan Modul Alat Bantu Mengajar

(ABM) yang berasaskan komputer bagi topik Sistem Pertahanan Badan Manusia dalam

mata pelajaran Biologi Tingkatan Lima KBSM. Isi kandungan di dalam modul ini

adalah berasarkan sukatan terbaru Biologi Tingkatan 5 berserta dengan maklumat

tambahan, iaitu meliputi pengenalan kepada Sistem Pertahanan Badan Manusia,

barisan pertahanan pertama, barisan pertahanan kedua dan barisan pertahanan yang

ketiga. Maklumat tambahan diselitkan supaya ia boleh dijadikan sebagai sumber

rujukan tambahan kepada pelajar.

1.7 Rasional Pemilihan Tajuk

Tajuk yang dipilih dalam pembangunan Modul Alat Bantu Mengajar

menggunakan komputer adalah Sistem Pertahanan Badan Manusia. Sistem Pertahanan

Badan Manusia dijadikan sebagai tajuk pilihan kerana ia merupakan salah satu tajuk

dalam mata pelajaran Biologi Tingkatan Lima yang mempunyai sifat penerangan yang

abstrak, ini kerana terdapat kurang gambarajah berwarna yang bersesuaian didalam

buku teks untuk menunjukkan proses yang berlaku dalam sistem pertahanan badan.

Disamping itu juga, topik ini tidak disertakan dengan aplikasi secara amali iaitu dengan

Page 31: MEMBANGUNKAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ ·  · 2013-11-19Sains Serta Pendidikan (Biologi) Fakulti Pendidikan ... 2.4.5 Penyediaan Soalan Subjektif Berbentuk Essei Atau Eksperimen

13

menjalankan eksperimen. Berpunca daripada ini, pelajar kurang memahami dan tidak

dapat menguasai konsep pelajaran dengan baik disamping terdedah kepada pelbagai

miskonsepsi. Penerangan guru yang hanya menggunakan alat bantu mengajar biasa

seperti penggunaan teks di papan putih, carta, gambarajah hitam-putih, lukisan dan

transperensi tidak dapat memberikan gambaran yang jelas yang dapat mengkonkritkan

pemahaman pelajar kerana topik ini melibatkan sesuatu yang tidak dapat dilihat

dengan mata kasar.

Disebabkan pelajar mempunyai daya imaginasi dan tahap kognitif yang berbeza

adalah sukar bagi guru untuk menyampaikan pengajaran secara tradisional dengan

berkesan. Dengan itu, pembangunan Modul ABM berasaskan komputer yang memiliki

kombinasi unsur-unsur multimedia yang menarik seperti animasi, grafik, vedio, audio

dan teks yang bersesuaian dan memberi gambaran yang lebih realistik ini dapat

membantu serta menjadi bahan sokongan kepada guru dalam sesi pengajaran dan dapat

mempertingkatkan lagi pemahaman pelajar yang abstrak kepada yang lebih konkrit.

Berdasarkan soalan soal selidik yang diedarkan kepada guru-guru mata

pelajaran Biologi sekolah menengah seperti Sekolah Menengah Seri Perhentian, guru-

guru tersebut juga berpendapat topik ini seharusnya diajar menggunakan ABM

berasaskan komputer supaya dapat menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran

yang konkrit dan mantap.

Kesimpulan yang dapat dirumuskan bagi rasional pemilihan tajuk in ialah

dengan pembinaan modul ABM ini diharap dapat memudahkan dan mengukuhkan

daya ingatan pelajar serta pemahaman pelajar terhadap topik Sistem Pertahanan Badan

Manusia, disamping itu juga dapat meringankan beban guru serta menjimatkan masa.